fahami konsep asas forex

33
Fahami Konsep Asas Forex 1) Dalam forex, anda hanya diberi 2 pilihan sahaja untuk melakukan buy dan sell.Tetapi anda juga diberi pilihan sama ada untuk memilih buy/sell utk trend panjang atau buy/sell untuk trend pendek. Tapi berapa jauh market berjalan? adakah anda tahu? cuba lihat gambar di bawah 2) Tiada siapa yang tahu ke mana arah tuju market forex. Indicator hanya membantu tetapi ramai yang silap. Ramai yang menganggap indicator sebagai kunci untuk mendapatkan keuntungan. Bila indicator mendatangkan rugi, maka indicator pula yang di persalah. Saya percaya ramai di antara anda memiliki berpuluh indicator, malah tak kurang beratus. Sebab apa? sebab anda mencari indicator terbaik untuk mendapatkan profit yang maksimum. Tak salah anda menggunakan indicator..

Upload: adztwins

Post on 28-Jul-2015

211 views

Category:

Economy & Finance


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fahami konsep asas forex

Fahami Konsep Asas Forex

1) Dalam forex, anda hanya diberi 2 pilihan sahaja untuk melakukan buy dan sell.Tetapi anda juga diberi pilihan sama ada untuk memilih buy/sell utk trend panjang atau buy/sell untuk trend pendek. Tapi berapa jauh market berjalan? adakah anda tahu?cuba lihat gambar di bawah

2) Tiada siapa yang tahu ke mana arah tuju market forex. Indicator hanya membantu tetapi ramai yang silap. Ramai yang menganggap indicator sebagai kunci untuk mendapatkan keuntungan. Bila indicator mendatangkan rugi, maka indicator pula yang di persalah. Saya percaya ramai di antara anda memiliki berpuluh indicator, malah tak kurang beratus. Sebab apa? sebab anda mencari indicator terbaik untuk mendapatkan profit yang maksimum. Tak salah anda menggunakan indicator..

Page 2: Fahami konsep asas forex

3) Mari kita lihat keuntungan yang kita boleh dapat dari pergerakkan turun naik market.

Page 3: Fahami konsep asas forex

244 + 169 + 148 + 59 + 72 + 95 + 176 + 245 + 95 = 1,303 pipWow, tentu banyak bukan? kalau 1 pip 1USD tentu anda dah dapat 1,303 USD. Banyak tu, makan sebulan pun tak habis. Kenapa kita tak dapat 1,303 pip? tetapi yang kita dapat -1,303 pip? Memang berkerut dahi kalau dapat -1,303 pip. Kalau banyak duit takpelah. Mungkin boleh hold sampai market turun. Tetapi bagaimana pula kalau margin call?

4) Disini timbul la perasaan tamak dalam diri kita. Kalau boleh kita nak dpt 1,303 pip. Sama la dengan perangai saya dulu, last-last yang saya dapat adalah margin call. Untung hari ni 30 pip, esok rugi 120 pip. Saya rasa ramai yang mengalami masalah yang serupa. Kadang rasa timbul perasaan nak berhenti sahaja dari main forex. Duit makin lama makin habis, untung cuma rasa 2-3 kali. Kenapa begitu?

Page 4: Fahami konsep asas forex

5)Sekali pandang pada graf, bukan susah forex ni. Itulah tanggapan pertama bila mengenali dunia forex.

Page 5: Fahami konsep asas forex

kat bawah buy, kat atas sell. Dah boleh dapat profit 1,303 pip. Tapi kenapa ramai yang dapat margin call? Kenapa 95% trader loss? Indicator ada beratus-ratus, kelas forex masuk dah berlambak, ada yang bayar, ada yang free. Tetapi kenapa masih lagi loss?

6)Sebab forex senang sangatlah akhir kita dapat hasil seperti ni

Senang kan? senang untuk dapat merah ( loss ). Rasa nak menangis pun ada. Nak berhenti forex pun ada. Salah indicator ke? atau salah cikgu yang mengajar ke?

Kalaulah saya dapat hasil macam yang bawah ni kan best.

Page 6: Fahami konsep asas forex

Tapi kenapa tak dapat?

7) Itulah dunia forex, bila dah berkecimpung barulah saya tahu bahawa dunia forex indah khabar dari rupa. majorit 95% trader loss akan buat perkara yang sama seperti saya buat.

Bila tengok ss orang lain hijau ratus-ratus dan kelas dibuka, ramai lah yang berminat untuk mendapatkan hasil yang hijau. Padahal ada cikgu yang tak bertanggung jawab edit post-post supaya kelihatan hijau. Anak murid pun kena tipu. Masuk kelas pun bukan murah, kurang-kurang RM400. Tapi ada gak cikgu yang bagus. Tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

8) Bila bercerita bab loss, ramai yang beri pendapat. Ada yang kata tamak, tak jaga margin, signal false, teknik lari, cikgu ajar salah. Kalau di ceritakan bab loss, rasanya tak habis sampai esok pun. Ramai yang suggest Money Management, main 10% dari modal. Tapi berapa ramai yang ikut?

Page 7: Fahami konsep asas forex

contoh Money Management yang ada.Tapi tak kan nak dapat 10 pip jer? Kalau 1 pip 1USD ok la jugak, Kalau 1 pip 1sen usd? Berapa lama saya nak kumpul?

Main 1 pip 1usd pun loss , main 1 pip 1sen usd pun loss jugak? macam mana pula?

Akhirnya loss jugak. Ada 10k usd pun habis gak, ada 10usd pun habis gak. Lama-lama sanggup berhutang sebab forex. Hari ni untung 200usd, esok terus margin call. Macam mana tu?

9) Banyak trader membuat kesilapan. 95% buat kesilapan yang sama, Antaranya1. Ramai trader suka predict bila market akan berubah arah. 2. Ramai yang suka tanggung float pip merah yang banyak, tapi bila close pip hijau yang sedikit.3. Tidak Berdisiplin bila trade4. Bukak post trade melebihi 10% daripada margin

Page 8: Fahami konsep asas forex

Siapakah anda untuk mengetahui market akan berubah arah? Kebanyakkan trader yang rugi adalah trader yang suka lawan arah market (Tapi mana trader tau market nak berubah arah). Satu persoalan juga..

10) Maka berlaku kes seperti Sell di bawah, Buy di atas. Cukup bulan terus margin call. Ramai trader buat kesilapan seperti di bawah ini. Saya percaya 95% buat kesilapan ini .

Page 9: Fahami konsep asas forex

Konsep forex yang sebenar adalah Buy di Low, Sell di High. So salah siapa? signal ke? atau cikgu forex tak beritahu?

11) Trader juga selalu lakukan kesilapan yang seperti di bawah ini..

Page 10: Fahami konsep asas forex

Akhirnya yang dapat adalah float yang banyak sehingga margin call. Kalau nasib baik float sikit tak mengapa. Bagaimana kalau float sampai -1000? last-last cari juga cikgu forex padahal diri sendiri yang salah.

12) Lagi satu kesalahan trader yang selalu berlaku

Page 11: Fahami konsep asas forex

Selalu trader suka gatal tangan ( dalam erti kata lain tidak BERDISIPLIN ). Suka cari penyakit. Trader macam ni, kasi 1000 signal pun atau 1000 cikgu pun still akan loss sampai bila-bila. Bila dah loss, salahkan indicator. Indicator tak betul la. Yang pergi kelas, salahkan cikgu pulak. Padahal sendiri yang salah. Yang untung cikgu forex. 1 Kepala RM 400, 10 jenis anak murid degil dan selenga macam ni dah untung RM 4000. Sebab tu kelas forex tumbuh macam cendawan. So salah siapa?

13) Penyakit yang trade suka simpan. Tak tau nak kata macam mana. Mungkin ramai trader-trader malaysia ni kaya-kaya. Bak kata orang, alah kalau loss top up lagi. apa susah kan? Sanggup float sampai ratus-ratus, ribu-ribu. Bila dah nak margin call baru gelabah nak top up. Lepas tu rasa frust yang teramat sangat. Kalah orang putus cinta. Dalan hati rasa menyesal tak cut loss. Rasa nak bersara dari forex la, tak nak main forex lagi la. Tapi salah siapa? signal ke? cikgu ke?

Page 12: Fahami konsep asas forex

14) Lagi satu kesilapan trader adalah TAMAK. Nak cerita bab tamak, saya pun tamak jugak. Kalau boleh nak dapat 100 pip jugak. Dah la float sampai ratus-ratus. Bila profit 20-50 pip je. Mana adil, betul tak? Dalam forex turun naik adalah duit. Siapa yang tak nak duit. Rugi ooo sapa tak nak duit. Tapi macam mana nak dapat duit? balik-balik yang dapat, duit kena telan lagi ada la...

Page 13: Fahami konsep asas forex

15) So salah siapa sekarang? signal anda? atau cikgu forex anda? Saya pun bukan seorang yang hebat. Dalam trade saya , ada juga saya loss. Dalam forex loss adalah asam garam. Terima loss anda sebagai pengajaran. Mungkin pagi ni anda loss tapi petang anda profit. Saya tak harapkan anda ikut cakap saya tapi ubah persepsi cara trading anda. Maksimumkan profit anda dan kurang kan loss anda. Bagilah duit 5usd sekali pun, kalau konsep dan teknik anda betul, 5 usd akan jadi 5000usd. tapi kalah konsep dan teknik anda salah , 10k usd pun boleh habis sekejap sahaja.

Page 14: Fahami konsep asas forex

16) Panjang jugak saya bercerita, harap lepas ni ramai yang tukar konsep dan cara trade. Jangan salah sesiapa kalau anda losss.. dalam forex sebab semua datang daripada anda sendiri. Benda dah ada depan mata anda tapi anda terlupa atau tidak perasan . Saya pun pernah lalui apa yang anda lalui sekarang. Memang pahit nak terima loss, macam-macam cara dah cuba, kelas pun dah banyak masuk. Tapi jawapan yang saya dapat hanya loss. Forex memang tiada belas kasihan. Dua tawaran sahaja diberikan. Anda rugi atau anda untung. Semua teknik adalah sama tapi apabila konsep anda salah maka anda sebenarnya yang salah..

Page 15: Fahami konsep asas forex

17) Dalam forex, TREND adalah sahabat sejati anda. Anda gagal mengenalpasti trend beerti anda gagal mengusai forex. Dalam forex hanya 2 trend sahaja anda perlu tahu iaitu Naik atau Turun. Tetapi anda tidak tahu berapa panjang trend itu naik atau turun. Begitu juga dengan saya. Saya pun tidak tahu sejauh mana trend akan pergi. Ramai yang berkata kalau nak tengok trend, lihat pada Timeframe D1 (Daily). Itu sebenarnya bergantung pada diri anda dan cara anda trading. Dalam forex, tiada batasan untuk anda menggunakan TimeFrame. Trend akan muncul di mana-mana TimeFrame sekali pun. Anda akan jumpa trend naik/turun di Time Frame 15, 30, 1 jam malah weekly sekalipun.

Page 16: Fahami konsep asas forex

Tanpa trend , anda seperti kehilangan arah. Macam-macam cara anda boleh ukur trend. Contoh indicator trendline, rsi, macd. Tapi anda peningkan kepala anda dengn pelbagai indi.

18)Trend hanya menawarkan Trend panjang atau trend pendek. Anda bukan tidak kenal indicator rsi, trendline atau macd. Tetapi sebenarnya anda gagal menguasai indicator tersebut. Disitu

Page 17: Fahami konsep asas forex

sebenarnya anda perlu lihat kesilapan anda

19) Anda boleh ukur trend menggunakan rsi jugak. Begitu juga macd. cuba lihat gambar di bawah

Page 18: Fahami konsep asas forex

20) Trend memang sahabat sejati anda. Anda telah tahu trend tetapi anda masih loss atau margin call. Kenapa? Kalau setakat loss mungkin boleh dimaafkan juga tetapi kalau margin call? Tentu anda susah hati dan mula menyalahkan trend. Hati anda akan berkata "Alah dah tahu trend pun kena margin call jugak". Kalau anda telah tahu trend tetapi anda loss, bermakna anda masih selamat. Tetapi jika anda tahu trend tetapi anda kena margin call beerti anda memang tidak memahami trend tersebut.

Page 19: Fahami konsep asas forex

21) Saya pun tidak tahu sejauh mana trend pergi dan saya pun ada loss jugak. Tetapi profit saya melebihi loss yang saya dapat. Sebab apa? sebab saya faham bagaimana trend berfungsi. Saya hanya menggunakan salah satu daripada 3 indicator sahaja. Mari saya tunjukkan contoh

Page 20: Fahami konsep asas forex

Ini adalah contoh penggunaan trendline indicator. Jumlah pip tersebut adalah anggaran profit yang anda perolehi. Banyak bukan? tetapi kena masih ada yang margin call?

22) Bila anda mengetahui sesuatu trend, jangan sesekali anda memikirkan bilakan trend akan berubah. Kebanyakkan trader loss disebabkan mereka memikirkan bilakah akan berlakunya reversal. Tanamkan dalam hati anda "Anda tidak tahu sejauh mana market akan pergi" atau "Lebih baik saya ikut sahaja arah market yang ada".Kebanyakkan trader loss sebab mereka menjangkakan market akan berubah bila nampak sebarang reversal berlaku. Apabila mereka nampak bayangan reversal akan berlaku, dengan senang hati mereka akan bukak satu post yang berlawanan arah. Bila market tidak mengikut seperti apa yang dijangkakan maka dengan sendirinya anda telah menetapkan satu post dalam keadaan loss. Disini silap anda, sebab apa? sebab anda inginkan profit yang maksimum tetapi anda lupa bahawa "tiada siapa yang tahu ke mana market akan pergi".

Page 21: Fahami konsep asas forex

23)Walaupun anda mengetahui trend bukan beerti anda berhak membuat keputusan sesuka hati anda. Kebanyakkan trader loss disebab mereka terpengaruh dengan pengaruh market. Mereka akan mula berasa tamak dan ingin mendapat keuntungan lebih. Disinilah terletaknya kekuatan mental /disiplin seseorang trader. Kalau yang lemah, mereka akan masuk kali kedua post. Tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya mereka hanya menempah kerugian.

Page 22: Fahami konsep asas forex

Anda perlu ingat "Market boleh berubah bila-bila masa sahaja". Mungkin anda bernasib baik untung bila untung kali kedua. Tetapi tanya pada diri anda, berapa kali peluang kedua anda mendatangkan keuntungan?

Page 23: Fahami konsep asas forex

24) Walaupun anda tahu trend, tidak beerti anda tidak boleh memasuki market sesuka hati anda. Trader selalu melakukan kesilapan ini kerana ingin mendapatkan keuntungan. Trader lupa pada "Market boleh berubah bila-bila masa sahaja". Jangan kerana keuntungan 20 pip, anda kehilangan 20K

Page 24: Fahami konsep asas forex

25) Cuba tanya balik dalam diri anda, siapa sebenarnya silap? signal ke? cikgu ke? market ke? Saya tak nafikan ramai yang loss beribu-ribu, ada yang dah setahun main forex pun masih loss lagi. Dah bermacam-macam teknik cuba tapi masih gagal. Tapi kenapa kita gagal? Anda keluarkan duit beratus dan beribu untuk masuk kelas forex, beli signal semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tapi anda terlepas pandang apa yang ada di depan mata anda.

Page 25: Fahami konsep asas forex

Jangan salahkan orang lain. Salahkan diri anda sendiri.

26) Jangan sesekali anda mencari perubahan trend. Setiap perubahan trend akan datang dengan sendiri. Setiap trader hanya perlu mempunyai kesabaran. Tidak salah kalau anda bersabar. Setiap trend yang akan datang adalah peluang untuk anda menjana keuntungan. Market bergerak 24 jam sehari selama 5 hari. Setiap saat adalah peluang untuk anda. Apa anda perlu lakukan adalah sabar. Market sentiasa memberi peluang kepada anda mencari keuntungan. Tetapi anda sendiri yang menutup peluang tersebut.

Page 26: Fahami konsep asas forex

27) Walaupun trade ikut trend tetapi 3 kesilapan tersebut perlu anda hindari. Ramai juga yang tahu trade ikut trend tapi berapa ramai yang berjaya? Ramai yang trade ikut trend tersebut tapi masih gagal juga? Sebab apa? sebab mereka memandang mudah. Dalam erti kata lain "Trade jer ikut trend, mesti selamat". Cuba lihat gambar di bawah

Page 27: Fahami konsep asas forex

Bukan tidak boleh entry di kawasan tersebut, tetapi risikonya adalah tinggi.

28) Jangan ambil mudah sesuatu perkara walaupun ianya nampak mudah. Bak kata orang, kalau mudah tentu yang main forex ni ramai yang dah kaya. Tetapi kenapa ramai yang gagal? Mencari Overbaught/Oversold sama juga anda mencari reversal. Nah tanda disedari anda telah melakukan salah satu kesalahan tersebut. Mudahkan nak buat silap? Salah siapa? Anda juga bukan?Cara yang betul adalah tunggu di permulaan market. Dalam ertikata lain, tunggu perubahan trend. Indicator akan memberitahu anda setiap perubahan trend yang berlaku. Apa yang anda perlu lakukan hanya tunggu dengan sabar.

Page 28: Fahami konsep asas forex

Sekiranya anda terlepas trend, tunggu sahaja trend berikutnya. Kalau dah tak tahan sangat, main la demo/virtual sahaja. Saya pun selalu buat begitu. Demo pun demo la, janji seronok. Untuk live saya tunggu di setiap permulaan trend.Kerugian anda adalah minimum jika masuk di permulaan trend.

29) Setiap trader inginkan keuntungan. Jumlah keuntungan adalah bergantung pada setiap trader tersendiri. Ada yang cukup dengan 10 pip sahaja, ada yang 100 pip. Saya cuma membantu bagaimana teknik exit boleh digunakan untuk menentukan keuntungan anda. Biasanya indikator pivot atau fibo boleh digunakan untuk sebagai target untuk keuntungan anda.

Page 30: Fahami konsep asas forex

garisan-garisan tersebut adalah target untuk setiap keuntungan anda.

30) Di dalam forex, kerugian adalah sesuatu yang tidak boleh di elakkan. Saya pun ada loss dalam trade. Tetapi apa yang kita perlu buat adalah meminima kan setiap kerugian. Jangan sesekali kita cuba menahan kerugian (float) sehingga beratus-ratus pip. Di sini ramai trader melakukan kesilapan. Menahan kerugian beerti akan membenarkan modal anda di ambil sedikit demi sedikit. Lama-lama margin call yang menanti anda.Di dalam setiap trend akan berlaku trend pendek dan trend panjang. Adakalanya trend pendek akan menyebabkan anda kerugian. Tetapi anda terlupa bahawa trend panjang menyediakan pulangan yang cukup lumayan.Kerugian Trend Pendek

Page 31: Fahami konsep asas forex

Keuntungan Trend Panjang

Tentu seronok bukan kalau dapat profit macam ini? Belajarlah terima kerugian tetapi jangan sesekali menahan kerugian dalam trading anda.

32) Anda tentu mengenali indicator trendline, rsi, macd dan banyak lagi. Semuanya ada depan anda. Saya tidak menyuruh anda menggunakan trendline sebagai kaedah mengukur trend. Anda boleh mencuba apa-apa sahaja yang boleh mengukur keadaan trend. Yang pasti anda mengetahui sama ada trend tersebut adalah naik atau turun. Penggunaan margin juga perlu dijaga. Setiap trader ada perasaan tamak, tapi biarlah tamak bertempat. Nak hilang duit memang senang. Nak kumpul duit, hanya diri sendiri sahaja yang tahu. Biarlah kita untung hari ini seringgit tetapi akhir bulan kita dapat 1000 ringgit.Anda membayar Beratus-ratus ringgit ke kelas forex untuk mendapatkan keuntungan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Tidak salah anda pergi ke kelas forex tapi jangan lah terlepas peluang yang ada di depan mata. Kelas hanya untuk memantapkan sahaja teknik trading kita. Memaksimumkan profit dan meminimumkan loss adalah tujuan untuk kita pergi kelas.Cuba tanya pada diri kita. Salah siapakah selama ini? semua ada di depan mata. hari-hari kita tengok.

Page 32: Fahami konsep asas forex

Ingatlah pesanan1. Jangan sesekali cuba cari perubahan trend. Biarkan trend berubah sendiri.2. Jangan sesekali masuk apabila trend sudah tinggi/jauh dari permulaan trend. Tunggu sahaja trend yang berikutnya.3. Jangan masuk market buat kali kedua di dalam sesuatu trend4. Jaga margin anda. Biar untung 1usd sehari tapi akhir bulan untung 1000usd5. Terima kerugian anda (cut loss) tetapi jangan simpan kerugian anda (float)6. Masuk market hanya dipermulaan trend sahaja.7. Mainlah 10% daripada margin anda (Rasanya dah berbuih mulut orang kasi tahu, tapi tak nak dengar jugak). Kalau loss, salahkan diri sendiri. minta maaf kalau ada salah dan silap atau terkasar bahasa. Saya hanya menyampai ilmu yang sekecil ikan bilis. Siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan cikgu-cikgu forex yang hebat-hebat.. Sekian