faedah mengunjungi perpustakaan terkini

8
Ramalan Akhir BM SPM Faedah Mengunjungi Perpustakaan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad” dan “Tuntutlah ilmu hingga negara China”. Oleh itu, kita diseru untuk membudayakan ilmu. Dalam hal ini, perpustakaan ialah gedung ilmu yang hampir dengan kita. Hampir semua sekolah di Malaysia dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber. Sememangnya, kewujudan perpustakaan banyak memberikan faedah kepada kita semua. Antara faedah mengunjungi perpustakaan ialah kita dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti-aktiviti yang membuang masa dan merugikan dapat kita elakkan apabila kita mengunjungi perpustakaan. Masa kita dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat kerana masa itu emas”. Sebagai generasi pewaris yang akan mewarisi tonggak pemerintahan negara, setiap detik perlu digunakan sebaiknya, bukan melakukan aktiviti yang tidak sihat. Sebagai misalan, bergaul dengan abu jahal, abu dajal, lalat hijau dan bergelumang dalam lembah zulmat. Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan adanya perpustakaan.

Upload: jiaye-siaw

Post on 03-Jan-2016

2.033 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Faedah Mengunjungi Perpustakaan Terkini

TRANSCRIPT

Page 1: Faedah Mengunjungi Perpustakaan Terkini

Ramalan Akhir BM SPM

Faedah Mengunjungi PerpustakaanNabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Tuntutlah ilmu sejak

dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad” dan “Tuntutlah ilmu hingga negara China”. Oleh itu, kita diseru untuk membudayakan ilmu. Dalam hal ini, perpustakaan ialah gedung ilmu yang hampir dengan kita. Hampir semua sekolah di Malaysia dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber. Sememangnya, kewujudan perpustakaan banyak memberikan faedah kepada kita semua.

Antara faedah mengunjungi perpustakaan ialah kita dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti-aktiviti yang membuang masa dan merugikan dapat kita elakkan apabila kita mengunjungi perpustakaan. Masa kita dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat kerana “masa itu emas”. Sebagai generasi pewaris yang akan mewarisi tonggak pemerintahan negara, setiap detik perlu digunakan sebaiknya, bukan melakukan aktiviti yang tidak sihat. Sebagai misalan, bergaul dengan abu jahal, abu dajal, lalat hijau dan bergelumang dalam lembah zulmat.

Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan adanya perpustakaan. Kita boleh membaca pelbagai jenis buku di perpustakaan. Bagi yang ulat buku, perpustakaan ialah tempat untuk kita menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sains, agama mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di dalam kelas. Dengan ini, kita akan menjadi manusia yang berpengetahuan dan menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat mengembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita. Orang tua kita nescaya akan gembira bagai mendapat gunung intan.

Selain itu, kita juga dapat kemudahan pinjaman buku di perpustakaan. Kita dapat meminjam pelbagai buku seperti buku rujukan, buku cerita majalah, dan sebagainya. Bagi murid-murid dari keluarga

Page 2: Faedah Mengunjungi Perpustakaan Terkini

yang berkain tiga hasta, murid-murid tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli buku –buku yang ingin dibaca. Maklum sahajalah marcapada sedang dilanda kemelut kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barangan di pasaran global. Jika dapat berjimat, mengapa harus membazir pula? Ingatlah peribahasa tirkah bangsa “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”

Kewujudan kutubkhanah juga membolehkan kita mengulang kaji pelajaran dengan lebih selesa dan kondusif. Keadaan ini memandangkan suasana di perpustakaan begitu tenteram dan kita dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih sempurna. Dampaknya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan. Suasana membaca yang tenang dan persekitaran yang menarik akan merangsang kita berterusan membaca. Jika di rumah, mungkin rumah kita sempit, panas dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulang kaji pelajaran, Insya-Allah kita akan tajam hati.

Sebagai intihanya, faeadah mengunjungi perpustakaan memang banyak. Kewujudan perpustakaan banyak memberikan manfaat kepada murid-murid. Oleh itu, kita haruslah menggunakan masa terluang dengan mengunjungi perpustakaan. Kita perlulah memanfaatkan perpustakaan daripada melakukan pekerjaan yang sia-sia bagai menghitung bulu kambing. Lantaran itu, hari ini marilah kita ke perpustakaan!

Isi TambahanDi samping itu, pelajar dapat menggunakan bahan-bahan audio visual seperti televisyen,radio dan komputer untuk menambahkan kefahaman dan mendalami sesuatu tajuk.

Page 3: Faedah Mengunjungi Perpustakaan Terkini

Bahagian A[30 markah]

(Masa dicadangkan : 45 minit)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah. Panjangya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

JAWAPAN:

Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan. Banyak bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya. Kesemua bahan ini adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal bahasa, bilik audio visual, dan sebagainya. Murid akan memperoleh pelbagai manfaat jika memaksimum penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah.

Antara usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah adalah memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah dikunjungi oleh murid. Misalnya, pusat sumber terletak di bahagian bawah sesebuah bangunan. Bangunan tersebut perlulah dicat dan dihias dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid mengunjungi dan meneroka kemudahan yang terdapat di pusat sumber itu, bak kata pepatah, ’tak kenal maka tak cinta’. Selain itu, suasana di dalam pusat sumber perlulah kondusif seperti terdapat penyaman udara, ruang membaca dan membuat rujukan yang selesa, suasana pusat sumber yang ceria, bersih dan senyap.

LOKASI PUSAT SUMBER PERLULAH STRATEGIK

MENGHEBAHKAN KEMUDAHAN PUSAT SUMBER KEPADA PELAJAR

MENGADAKAN PROGRAM MEMBACA

Page 4: Faedah Mengunjungi Perpustakaan Terkini

Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber perlu menghebahkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber. Hebahan tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan. Melalui saluran ini, murid-murid dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di pusat sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang menggunakan rangkaian internet dan komputer dan sistem automasi. Di samping itu, bahan rujukan dan koleksi buku cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk menarik murid mengunjungi pusat sumber.

Selain itu, untuk menggalakkan murid mengunjungi PSS mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program NILAM harus digiatkan lagi agar murid akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk meminjam dan membuat bacaan di pusat sumber. Program seperti ini menggalakkan pelajar banyak membaca. Di samping menambahkan bilangan bahan bacaan yang dibaca, murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan yang dibaca, ’jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca, menambah pengetahuan’. Tempat yang penuh dengan bahan bacaan tak lain dan tak bukan tentulah di pusat sumber sekolah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid.

Konklusinya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini dan mengikut peredaran zaman. Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan murid dan menarik mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber harus menjadi nadi utama murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah.

>>>>>>>Perpustakaan ialah gedung ilmu. Hampir semua sekolah di

Malaysia dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber. Sememangnya, kewujudan perpustakaan banyak memberikan faedah kepada kita semua. Antara faedah mengunjungi perpustakaan ialah kita dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti-aktiviti yang membuang masa dan merugikan dapat kita elakkan apabila kita mengunjungi perpustakaan. Masa kita dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat kerana “masa itu emas” Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan adanya perpustakaan. Kita boleh membaca pelbagai jenis buku di perpustakaan. Dengan ini, kita akan menjadi manusia yang berpengetahuan dan menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat mengembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita.

Page 5: Faedah Mengunjungi Perpustakaan Terkini

Selain itu, kita juga dapat kemudahan pinjaman buku di perpustakaan. Kita dapat meminjam pelbagai buku seperti buku rujukan, buku cerita dan sebagainya. Murid-murid tidak perlu mengahabiskan wang untuk membeli buku –buku yang ingin dibaca. Maklum sahajalah marcapada sedang dilanda kemelut kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barangan di pasaran global. Kewujudan perpustakaan juga membolehkan kita mengulang kaji pelajaran denagn lebih selesa. Keadaan ini memandangkan suasana di perpustakaan begitu tenteram dan kita dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih sempurna. Dampaknya,kita akan mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan. Sebagai intihanya, faeadah mengunjungi perpustakaan memang banyak. Kewujudan perpustakaan banyak memberikan manfaat kepada murid-murid. Oleh itu, kita haruslah menggunakan masa terluang dengan mengunjungi perpustakaan.

>>>>>>>>>>>>>

Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata akan susunan buku yang cantik dan kemas. Kita juga akan terbayang rakan-rakan yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan yang disediakan untuk kita. Bagi yang ulat buku, perpustakaan adalah tempat untuk kita menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertanmbah baik dalam bidang sains, agama mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di dalam kelas.

Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan perpustakaan. Di perpustakaan terdapat akhbar, majalah dan buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli buku untuk menambah pengetahuan.

Mengunjungi perpustakaan bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Sebagai generasi pewaris negara, setiap detik perlu digunakan sebaiknya, bukan melakukan aktiviti yang tidak sihat.

Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Kita boleh membaca buku seperti novel yang digemari. Sesudah kita membaca tentu sahaja hati kita berasa puas dan terhibur dan menyebabkan minda kita berasa tenang.

Suasana membaca yang tenang dan persekitaran yang menarik akan meransang kita berterusan membaca. Jika di rumah, mungkin rumah kita sempit, panas dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, Insya-Allah kita akan tajam hati.

Page 6: Faedah Mengunjungi Perpustakaan Terkini

konklusinya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita daripada melakukan pekerjaan yang sis-sia bagai menghitung bulu kambing lebih baik kita ke perpustakaan. Oleh itu, hari ini marilah kita ke perpustakaan!