fadhilat azan dan muazin

Upload: rosidiibrahim

Post on 07-Jul-2015

338 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Fadhilat Azan Dan Muazin Fadhilat azan dan muazin

Fadhilat azan dan muazin adalah amat banyak, dan sudah memadai kepada kita untuk menyatakan fadhilatnya atau kelebihan azan itu ialah hukum azan yang telah menjadi khilaf dikalangan ulama` samada sunat muakad atau fardhu kifayah. Ini adalah kerana azan bukanlah hanya untuk menandakan masuk waktu sembahyang sahaja, bahkan merupakan satu syiar daripada syiar-syiar Islam. Kita dapat membezakan antara negara Islam dan negara kafir adalah dengan azan. Azan juga menyeru kepada membangkitkan kembali semangat perjuangan Islam sebagaimana ia menyeru kepada perpaduan dikalangan kaum muslimin dengan solat berjumaah di Masjid. Lafaz-lafaz azan yang terdiri daripada takbir, kalimah syahadah, seruan kepada sembanyang dan seruan kepada kejayaan juga menunjukkan betapa besarnya fadhilat dan kelebihan azan. Antara ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan fadhilat azan ialah : 1- firman Allah Taala : `tBur `|mr& Zwqs% `JiB !%ty n