etnik waj 3106
DESCRIPTION
BUAT KAWAN2...BEKONGSI ILMU YANG ADA...TRANSCRIPT
ISI KANDUNG
ISI KANDUNG
1. SOALAN TUGASAN
2. HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR
3. BIODATA PELAJAR
4. PENGHARGAAN
5. PENGENALAN
6. KONSEP PERLEMBAGAAN
7. PEMBAHAGIAN PERLEMBAGAAN
8. GRAFIK/RAJAH BERKAITAN PERLEMBAGAAN
9. KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
10. GRAFIK /RAJAH KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
11. UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN
11.1 KESULTANAN /PEMERINTAHAN BERAJA
11.2 AGAMA ISLAM
11.3 BAHASA MELAYU
11.4 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
12. GRAFIK/RAJAH UNSUR-UNSUR PERLEMBAGAAN
13. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
13.1 PENGENALAN
13.2 MALAYAN UNION-1946
13.3 PERJUMPAAN KONGRES MELAYU PERTAMA 1948
13.4 PENUBUHAN UMNO-1946
13.5 PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1946
13.6 PILIHAN RAYA PERTAMA
13.7 RUNDINGAN KEMERDEKAAN
13.8 SURUHAN JAYA REID
13.9 MENGGUBAL RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN
13.10 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
13.11 PENUBUHAN MALAYSIA
14. CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
15. KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETHIK
16. PERKARA-PERKARA YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN DAN
HUBUNGKAITNYA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETHNIK
16.1 PERKARA 8
16.2 PERKARA 10(4)
16.3 PERKARA 10
16.4 PERKARA 38
17. GRAFIK KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
18. KONTRAK SOSIAL
18.1 SEJARAH KEWUJUDAN KONTRAK SOSIAL
18.2 TUJUAN KONTRAK SOSIAL
18.3 KANDUNGAN DALAM KONTRAK SOSIAL
19. GRAFIK /RAJAH KONTRAK SOSIAL
20. REFLEKSI
21. BIBLIOGRAFI
22. BORANG KOLABORASI
SOALAN TUGASAN
HALAMAN PENGAKUAN
PELAJAR
2. HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan,petikan atau ringkasan yang saya telah nyatakan sumbernya.
Tanda Tangan :
Nama : Zameri Bin Omar
No kad Pengenalan : 730119-11-5345
Tarikh : 3 MAC 2013
2. HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan ,petikan atau ringkasan yang saya telah nyatakan sumbernya.
Tanda Tangan :
Nama : Siti Rohaya Binti Yusuf
No kad Pengenalan : 730825-11-5158
Tarikh : 3 MAC 2013
BIODATA PELAJAR
3. BIODATA PELAJAR
Nama : Zameri Bin Omar
Tarikh lahir : 19 Januari 1973
Tempat lahir : Kampung Mangkuk,Setiu,
Terengganu Darul Iman.
Jantina : Lelaki
Status perkahwinan : Berkahwin
Agama : Islam
Alamat : Lot 8493 Kampung Alor Tempoyak,
23000 Dungun,Terengganu.
No Telefon : 019 9701985
E-mail : [email protected]
Pekerjaan : Guru
Alamat Tempat kerja : Sekolah Kebangsaan Santong,
23100 , Paka,Terengganu.
Pengalaman Mengajar : 15 Tahun
Matapelajaran yang diajar : Bahasa Melayu Tahun 6 , Matematik Tahun 2,
Pendidikan Jasmani Tahun
Nama Isteri : Siti Rohaya Binti Yusuf
No Telefon : 019- 9491980
E-mail : [email protected]
Pekerjaan : Guru
Alamat Tempat Kerja : Sekolah Kebangsaan Paka 111 ,
23100 Paka,Terengganu.
Pengalaman Mengajar : 15 Tahun.
Matapelajaran yang diajar : Kelas Pemulihan Khas.
3. BIODATA PELAJAR
Nama : Siti Rohaya Binti Yusuf
Tarikh lahir : 25 Ogos 1973
Tempat lahir : Kampung Apal ,82100 Jerteh,
Besut ,Terengganu .
Jantina : Perempuan
Status perkahwinan : Berkahwin
Agama : Islam
Alamat : Lot 8493 Kampung Alor Tempoyak
2300 Dungun,Terengganu Darul Iman
No Telefon : 019 9491980
E-mail : [email protected]
Pekerjaan : Guru
Alamat Tempat kerja : SK Paka 111,23100,Paka
Terengganu Darul Iman.
Pengalaman Mengajar : 15 Tahun
Matapelajaran yang diajar : Bahasa Melayu
Nama suami : Zameri Bin Omar
Tarikh lahir : 19 Januari 1973
Tempat lahir : Kampung Mangkuk,22100 Setiu,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon : 019 9701985
E-mail : [email protected]
Pekerjaan : Guru
Alamat Tempat kerja : Sekolah Kebangsaan Santong,23100
Paka,Terengganu Darul Iman.
Pengalaman Mengajar : 15 Tahun
Matapelajaran yang diajar : Bahasa Melayu Tahun 6 , Matematik Tahun 2,
Pendidikan Jasmani Tahun 3
PENGHARGAAN
4. PENGHARGAAN
kami ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kerja
kursus kami tentang Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
dapat disiapkan tepat pada masanya.Kerja kursus ini di buat secara
berpasangan.Dalam menyiapkan tugasan ini, kami mendapat sokongan dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada DR Ramli Bin Ismail ,Pensyarah
Pembimbing kami yang terlalu banyak membantu membimbing dan juga sebagai
pemudah cara kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Tanpa tunjuk ajar
yang begitu jitu dan padu daripada beliau,mana mungkin kami akan dapat
menghasilkan satu kerja kursus yang baik.
Kepada guru-guru yang mempunyai pengetahuan sejarah khususnya, juatan
terima kasih kerana telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada
kami dalam mencari bahan-bahan penting bagi digunakan dengan tujuan
menyempurnakan kerja kursus Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di
Malaysia.
Jutaan penghargaan juga kepada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Santong
dan Sekolah Kebangsaan Paka 111 khususnya yang telah banyak membantu dan
memberikan sokongan dan kerjasama kepada kami dalam mendapatkan surat
kelulusan untuk melakukan kerja di tempat kajian.
Kejayaan semua usaha ini sangat bergantung kepada sokongan dan kerjasama
semua rakan-rakan terutamanya.Rakan-rakan guru telah banyak membantu dan
memberi kerjasama kepada kami dalam mencari bahan-bahan penting bagi
digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus ini.
Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua
hamba-Nya yang sentiasa membantu .
Sekian,terima kasih.
PENGENALAN
5. PENGENALAN
Bagi sebuah negara yang berdaulat perlembagaan merupakan sumber
undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi
keluhurannya.Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai peruntukan
mengenai susunan sosial, atau adat-susila dan amalan ketatanegaraan, untuk
menjamin keharmonian, perpaduan, kemakmuran, keselamatan serta kelangsungan
Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.
Susunan ini merangkumi aneka cabang kehidupan, termasuk mengenai Islam
dan lain- lain agama; kesamarataan; kebebasan; kewarganegaraan; keselamatan
negara, keistimewaan bangsa Melayu dan bumiputera, serta kepentingan-
kepentingan sah rakyat bukan Melayu.
Peruntukan ketatanegaraan ini penting untuk dimaktubkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan kerana warganegara Malaysia berbilang bangsa,
daripada lingkungan sosio- budaya dan agama yang berlainan, dan memiliki warisan
serta sejarah yang berbeza.
Perkara-perkara yang menyentuh isu bahasa,agama ,kedudukan istimewa
bumiputera dan kewarganegaraan dalam perlembagaan Malaysia menjadi faktor
penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh dikalangan rakyat
Malaysia.Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang ramai dalam
perlembagaan Malaysia diimbangi dengan pembentukkan lain yang juga memberi
kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.
Kita perlu mengambil ikhtibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh
generasi terdahulu yang menghayati erti sedia berkorban ,toleransi dan rela
berkongsi kuasa.Kita perlu mengambil ikhtibar dari pengorbanan yang telah
ditunjukkan oleh generasi terdahulu yang menghayati erti sedia berkorban,tolenransi
dan rela berkongsi kuasa.Perjanjian sosial perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia
tanpa mempersoalkannya lagi .Melalui kebudayaan sikap ini,secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil
yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.
Perlembagaan Malaysia mengandungi aspek Kontrak Sosial kerana ia merupakan
satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia. Huraian
lanjut dari perseptif sejarah yang meliputi sejarah penindasan dan tipu helah
penjajah, penyisihan masyarakat, pribumi dalam arus modernisasi, ketempangan
ekonomi antara golongan serta sejarah hubungan kaum di negara ini yang
berselang-seli antara sengketa dan kerjasama dimana semuanya hendaklah lengkap
dan komprehensif serta disebarkan seluas-luasnya secara berterusan kepada
segenap lapisan masyarakat. Segenap lapisan masyarakat, generasi tua dan
generasi muda, harus mengetahui, memahami dan menghayati kandungan serta
semangat kontrak sosial itu. Penyebaran luas kandungan dan semangat kontrak
sosial itu perlulah dilakukan dengan sungguh-sungguh melalui sistem pendidikan
yang lebih khusus dan melalui pelbagai sistem komunikasi yang lebih luas dan
meliputi. Penekanannya hendaklah diterapkan dalam sistem pendidikan di negara ini
supaya generasi muda faham akan sejarah pembentukan negara ini.
Pemimpin-pemimpin umat Melayu sendiri perlu sentiasa diingatkan tentang
Kontrak Sosial ini. Jika Perdana Menteri mengatakan bahawa “kegagalan
melaksanakan kontrak sosial itu merupakan punca kepada konflik” maka itu
bermakna bahawa kejahilan atau keengganan memahami dan menghayati kontrak
sosial akan mewujudkan kita kepada konflik. Sesungguhnya untuk mengelakkan
konflik itulah maka manusia perlu mempunyai kontrak sosial agar kehidupan mereka
bernegara dan bermasyarakat terjamin aman, tertib dan teratur. Bagaimanapun
dalam analisis terakhir, rakyatlah yang menjadi penentu.
Merekalah yang akan menentukan sama ada masyarakat pelbagai budaya
mampubertahan dan berkembang. Nilai mereka, persepsi mereka, prinsip serta
prejudis mereka, dan impian serta aspirasi adalah untuk mereka dan juga bangsa
mereka, yang akan mencorakkan bentuk dunia yang mereka tinggal di dalamnya.
Sama ada mereka belajar untuk hidup bersama dalam suasana stabil dan harmoni
atau musnah bersama dalam perselisihan dan kerosakkan. Malaysia boleh jadi
negara mantap, kukuh, harmoni, selamat dan maju jika peruntukan ketatanegaraan
dalam Perlembagaan Persekutuan ini diterima sepenuhnya sebagai realiti di negara
majmuk sejak 1957.
KONSEP PERLEMBAGAAN
6. KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan juga membawa erti iaitu suatu suratan atau dokumen yang
mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan
kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya.Perlembagaan adalah tunggak
kepada punca semua undang-undang dalam negara berkenaan. Semua undang-
undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip
perlembagaan dan jika sekiranya bertentangan, maka undang-undang
perlembagaanyang lebih unggul dan diterimapakai sebagai undang-undang yang
lebih utama. Dengan itu, undang-undang perlembagaan dapat membatalkan mana-
mana undang-undang lain yang bertentangan dengannya (Mohd Salleh Abas 1984).
Hashim Yeop Sani (1983) pula berpendapat perlembagaan bukan hanya
melibatkan apa-apa perkara yang berkenaan dengan urusan kerajaan, rangka-
rangka demokrasi dan perlindungan akan hak-hak rakyatnya tetapi ianya adalah
sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu secara
tersendiri bagi mencerminkan pertimbangan-pertimbangan suasana muhibah,
penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.
Makna perlembagaan itu dapat disimpulkan seperti berikut:
i. Perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menjadi teraspanduan
pemerintahan negara.
ii. Ia juga menjadi kerangka asas yang membentuk dan memandusistem
pemerintahan sesebuah negara.
iii. Ia adalah undang-undang tertinggi dan asas semua undangundang lain di dalam
negara.
iv. Ia menjadi rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahannegara.
v. Ia mengawal pemerintah dan yang diperintah dalammempertahankan kewujudan
dan kesinambungan negara.
Sesebuah negara perlu mempunyai peraturan atau undang-undangnya sendiri.
Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan:
i. organisasi kerajaan.
ii. pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah
iii. prinsip untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan.
Dengan kata lain Perlembagaan adalah sekumpulan undang-undang dasar, yang
menjadi garis panduan bagi pemerintahan sesebuah Negara. Dari undang-undang
dasar ini, lahirlahsemua undang-undang yang diperkenalkan di Negara ini. Dalam
perlembagaan termaktub peraturan yang menentukan struktur kerajaan dan
kuasanya, sistem kehakiman, hak asasi , kebebasan beragama, soal bahasa, hak
kerakyatan, dan pilihanraya.
Tujuan perlembagaan ialah:
i. menentukan cara sesebuah negara diperintah.
ii. menetapkan hak-hak individu, warganegara dan batasannya.
iii. menjamin kebebasan.
Menurut K.C Wheare (1951) terdapat dua maksud utama daripada istilah
perlembagaan .Pertamanya ialah berhubung dengan institusi politik asasi bagi
sesebuah negara (yakni sesuatu yang setiap negara mesti mempunyai sistem
kerajaan yang tersusun rapi seharusnya memilikinya) .Maksud kedua pula ialah
perlembagaan merupakan satu dokumen bertulis yang mentakrifkan susunan
institusi-intitusi politik pemerintahan negara serta hak-hak rakyat di dalam negara
berkenaan.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada
kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin
semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang
dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang
dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak
bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan
hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan
sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.
Bagi negara moden yang berdaulat ,perlembagaan adalah sumber undang-undang
yang tertinggi dan setiap individu perlu patuh keluhurannya.Perlembagaan adalah
undang-undang asas pemerintahan negara,Perlembagaan berperanan sebagai
panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan atau
rakyat.Di Malaysia Perlembagaan Malaysia mengandungi badan
kerajaan(perundangan,kehakiman dan aksekutif ) termasuk Yang di-Pertua n Agong
(Ketua Negara)
Perlu juga diingat bahawa perlembagaan negara ini adalah terperinci (detailed): 183
perkara (terbahagi kepada 14 bahagian) dan 12 jadual. Berbeza dengan Amerika
Syarikat yang perlembagaannya bersifat umum, perlembagaan kita adalah terperinci
dan perlu dipinda untuk disesuaikan dengan kehendak dan
perubahan.Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua
negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara
bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang
diPertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.(bukan PM semata-
mata).
Jelaslah bahawa Perlembangan merupakan satu dokumen unggul yang amat
mempengaruhi segala aspek perkembangan politik, ekonomi, pendidikan,
keagamaan,dan kebudayaan.Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan
Perlembagaan Tanah Melayu yangtelah digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan
yang dipengerusikan Lord Reid dariUnited Kindom. Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri
daripada pakar-pakar perlembagaandari Australia, India dan Pakistan. Wakil-wakil
Raja-raja Melayu dan parti-parti politikseperti UMNO, MCA, dan MIC juga menyertai
suruhanjaya ini.
Perlembagaan Malaysia telah mula dikuatkuasakan bermula pada 16 September
1963 dan kandungannya disesuaikan dengan keadaan tempatan. Perlembagaan kita
adalah jenis bertulis. Ada juga Negara seperti England yang mempunyai
perlembagaan yang tidak bertulis.
7. PEMBAHAGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan
tidak bertulis. Perlembagaan bertulis mengandungi 3 sifat iaitu perlembagaan itu
kukuh, sukar dipinda melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan yang
membolehkan ia berbuat demikian. Sifat kedua ialah tentang kuasa Parlimen. Pada
kebiasaannya, Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang yang
sudah terdapat dalam perlembagaan itu dan tidak bertentangan dengan kebebasan
asasi. Sifat yang ketiga ialah mengenai tugas mahkamah. Mahkamah
bertanggungjawab untuk mentafsir perlembagaan dengan jelas dan muktamad.
Dalam erti kata lain mahkamah ialah penjaga perlembagaan. Kebanyakan negara di
dunia ini adalah tertakluk kepada perlembagaan jenis ini termasuk negara kita
Malaysia.
Perlembagaan tidak bertulis pula wujud kerana kesemua prinsip mengenai
perlembagaan tidak terkumpul dalam satu suratan. Apabila sesebuah negara tidak
mempunyai satu suratan yang mengandungi prinsip perlembagaan seperti ini,
bukanlah bermakna negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan. Ini bermakna,
prinsip perlembagaan negara tersebut bertaburan dalam beberapa Akta
Parlimennya, keputusan-keputusan mahkamah dan lebih-lebih lagi dalam
konvensyen perlembagaan dan juga dalam fikiran dan pendapat pendita-pendia dan
ulama-ulama terkenal dan terkemuka. Contoh negara yang mempunyai
perlembagaan tidak bertulis ialah United Kingdom. Pun begitu, K. C. Wheare (1993)
telah mentakrifkan kerajaan berperlembagaan sebagai kerajaan yang dibatasi oleh
terma perlembagaan, dan bukan kerajaan yang dibatasi oleh kehendak dan
kemampuan mereka yang
8. GRAFIK/RAJAH BERKAITAN PERLEMBAGAAN
DEFINISI PERLEMBAGAAN
SATU SET PERATURAN TENTANG HAK ,KUASA DAN PROSEDUR SERTA TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG MENGAMAL DENGAN MEMANDU HUBUNGAN DIANTARA SATU AKTIVITI DENGAN AKTIVITI YANG LAIN DAN JUGA AKTIVITI DENGAN RAKYAT AWAM
SATU DASAR ATAU FORMULA YANG MENYATAKAN TUGASAN KUASA-KUASA AWAM DI DALAM SESEBUAH NEGARA DIBAHAGIKAN DAN DIGUNAKAN
SATU DASAR ATAU FORMULA YANG MENYATAKAN TUGASAN KUASA AWAM DI DALAM SESBUAH NEGARA DIBAHAGIKAN DAN DIGUNAKAN
BERPERANAN SEBAGAI PANDUAN BAGI PEMBENTUKKAN UNDANG-UNDANG SAMA ADA DIPIHAK KERAJAAN ATAU RAKTYAT
Definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep
perlembagaan itu, antaranya
1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.
Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.
2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.
Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat
3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.
Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.
4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.
Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.
5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.
Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.
KONSEP PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENGANDUNGI 131 PERKARA YANG
MENYENTUH PELBAGAI ASPEK PEMERINTAHAN SEPERTI KEBEBASAN
ASASI,ydpa ,KEISTIMEWAAN RAJA-RAJA MELAYU DAN HAK ORANG BUKAN
MELAYU,SOAL BAHASA MELAYU,AGAMA ,KEHAKIMAN ,KEWARGANE
GARAAN DAN SEBAGAINYA
MERUPAKAN SUMBER UNDANG-UNDANG TERTINGGI
UNTUK MENYELARASKAN PEMERINTAHAN SESEBUAH
NEGARA
BERPERANAN SEBAGAI GARIS PANDUAN PEMBENTUKKAN
UNDANG-UNDANG SAMA ADA DI PIHAK PEMERINTAHAN ATAU
RAKYAT
BERMATLAMAT UNTUK MEMBERIKAN JAMINAN DAN PERLINDUNGAN
KEPADA RAKYAT
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
MALAYSIA SEBUAH
PERSEKUTUAN
RAJA BERPELEMBAGAANPENGASINGAN
KUASA
KEBEBASAN UNDANG-UNDANG
DEMOKRASI BERPALIMEN
KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA
RASMI
PERANAN PERLEMBAGAAN
SUMBER
GARIS PANDUAN
PERATURAN
SETIAP PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN BOLEH DI
PERHALUSI SEBAGAI SUMBER UNDANG-UNDANG
PERLU DIRUJUK APABILA HENDAK MENGGUBAL SESUATU PERATURAN
UNDANG-UNDANG
MENGATUR PEMERINTAHAN SESEBUAH NEGARA
TUJUAN PERLEMBAGAAN
MENJAMIN KEBEBASAN
MENENTUKAN CARA SESEBUAH
NEGARA DIPERINTAH
MENETAPKAN HAK-HAK
INDIVIDU ,WARGANEGARA DAN
BATASAN
JENIS PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN BERTULIS
-PERLEMBAGAAN YANG DIKUMPUL DAN DISUSUN DALAM SATU KANUN /DOKUMEN
-SUKAR DIPINDA KECUALI WUJUD PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN YANG MEMBENARKANNYA
-CONTOH;NEGARA YANG MENGAMALKAN -MALAYSIA
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
-SEMUA PRINSIP PERLEMBAGAAN YANG TIDAK TERKUMPUL DALAM SATU DOKUMEN SEPERTI ADAT RESAM DAN TRADISI,UNDANG-UNDANG YANG DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH
9. KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Undang-undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang
tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-
undang samada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Perlembagaan ini juga
menentukan berbagai-bagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan,
kerajaan persekutuan, perundangan, kedudukan negeri, perkhidmatan awam,
kehakiman dan lain-lain lagi. Semua undang-undang yang ada tidak boleh
berlawanan dengan perlembagaan. Dengan ini, perlembagaan merupakan dokumen
yang mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara.
Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting
untuk negara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia. Hal ini
memudahkan kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan
pentadbiran dengan licin tanpa terpaksa bersaing dengan pihak lain. Seiring dengan
kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen
memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang
terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada
di luar bidang kuasanya.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang
yang digubal oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang
kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini bermakna
mahkamah juga tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Walaupun
Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga tertakluk kepada
perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, tetapi harus menjalankan
tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam perlembagaan.
Ketertinggian Perlembagaan Malaysia menggambarkan beberapa ciri.
• Di antaranya adalah:
i. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
ii. Perlembagaan harus dijadikan sebagai panduan dalam menggubal undang-
undang negara
iii. Sebarang penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan akan terbatal setakat mana yang bercanggah
iv. Parlimen dan badan perundangan lain seperti Dewan Undangan Negeri, pihak
eksekutif dan kehakiman juga mendapat bidang kuasa masing-masing dari
perlembagaan.
v. Ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong juga menjalankan tugasnya mengikut
Perlembagaan.
10. GRAFIK/RAJAH KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
Menjadi punca kepada semua undang-undang.
Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan.
Undang-undang tersebut dianggap batal jika berlawanan.
Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.
Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubaloleh parlimen.
Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda tertakluk kepadaperlembagaan.
Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dankedudukan perlembagaan.
11. UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,terdapat 4 unsur penting yang
melatari pembetukan perlembagaan ini. Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak
sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan (Shamsul Amri
Bharuddin, 2008). Menurut Mohd Salleh Abas(1985), unsur-unsur tersebut ialah
Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan
Kedudukan Istimewa orang Melayu. Unsur-unsur ini diperlukan untuk kestabilan
serta kemajuan negara dan memainkan peranan penting dalam perjalanan
Perlembagaan.
11.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
Orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja selama berabad-abad
lamanya. Semasa zaman penjajahan British, Sultan-sultan masih diterima sebagai
pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing
walaupun pada masa yang sama mereka perlu menerima nasihat daripada pegawai-
pegawai British sebagai Residen atau Penasihat British. Kedaan ini berlanjutan
sehingga menjelang hari kemerdekaan. Pada tahun 1046, Malayan Union
diperkenalkan oleh British sekaligus memyebabkan kebanyakn sultan-sultan
kehilangan kuasa mereka kerana pihak British memerintah secara langsung negara
ini. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu bersatu dan menentang Malayan Union
dan hasilnya pada tahun 1948 Perjanjian Persekutun Tanah Melayu diperkenalkan.
Perlembagaan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan Raja-raja Melayu kepada
kedudukan asal mereka.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja diteruskan
dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi
berparlimen dan kemerdekaan. Dengan itu, Raja-raja dikehendaki menerima nasihat
daripada menteri-menteri mereka dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu. Raja-
raja ini bertindak sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Apabila
negara mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan
beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen
dan kemerdekaan. Dengan itu, Raja-raja dikehendaki menerima nasihat daripada
menteri-menteri mereka dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu. Raja-raja ini
bertindak sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.
Yang di-Pertuan Agung pula dilantik dari kalangan Raja-raja sembilan buah Negeri
Melayu dan bertindak sebagai kepala utama bagi Persekutuan. Baginda diberi kuasa
memerintah Persekutuan namun sebagai raja berperlembagaan. Ahmad Ibrahim &
Ahilemah Joned(2005) menyatakan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong
ialah seakan-akan Baginda Queen di England. Yang di-Pertuan Agong dikehendaki
bertindak atas nasihat Kabinet Baginda atau seorang Menteri yang diberi kuasa oleh
Kabinet. Baginda juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Persekutuan dan mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-
hukuman orang-orang yang telah disabitkan oelh mahkamah tentera dan bagi
kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selain itu, baginda mempunyai kuasa membuat pelantikan-pelantikan yang penting
bukan sahaja menurut Perlembagaan tetapi juga menurut Akta-akta Parlimen seperti
melantik hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
Pada tahun 1948, melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan
Majlis Raja-raja yang mempunyai sekretariat tetap diketuai oleh seorang pegawai
dengan gelaran ”Penyimpan Mohor Besar Raja-raja”. Majlis yang terdiri daripada
Sultan-sultan dan Yang Dipertua Negeri, berfungsi dalam: 1) Memilih Yang di-
Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menurut peruntukan Jadual
Ketiga;
2) Mempesetujui atau tidak mempersetujui supaya sebarang perbuatan, amalan atau
upacara agama meliputi seluruh Persekutuan: dan
3) Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang dan membuat
nasihat ke atas sebarang perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini memerlukan
persetujuan Majlis ini atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding
dengan majlis itu.
(Mohd Salleh Abas, 1987)
Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa
dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Berhubung dengan Raja-
raja lain, kedaulatan prerogati kuasa dan bidang kuasa mereka tidak tersentuh dan
tidak ada tindakan apa pun jua dalam mana-mana mahkamah boleh dikenakan ke
atas Raja mana-mana Negeri atas sifat dirinya sendiri. Begitu juga dengan
kedaulatan kuasa dan bidang kuasa Pembesar-pembesar memerintah Negeri
Sembilan dalam wilayah masing-masing dan mereka juga kebal daripada tindakan
mahkamah atas sifat diri masing-masing.
11.2 Agama Islam
Agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Tidak
hairanlah dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu didefinisikan
sebagai ”seseorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan
menurut adat istiadat Melayu”. Ketika zaman penjajahan Portugis dan Belanda di
Tanah Melayu, mereka berhasrat untuk menukarkan agama Islam orang Melayu
kepada agama Kristian namun usaha mereka gagal dek kerana orang Melayu pada
masa itu yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama. Lantas mereka
berjuang berhabis-habisan mempertahankan agama dan negeri mereka.
Sesudah Portugis dan Belanda meninggalkan Tanah Melayu, British pula datang
namun soal agama Islam tidak diganggu lagi. Walaupun terdapat perjanjian-
perjanjian antara British dan Raja-raja Melayu untuk menerima nasihat daripada
British namun soal agama dikecualikan. Selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak
British menukar peranan mereka daripada menjadi penasihat kepada mentadbir
negara ini secara langsung dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union
dalam tahun 1946, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam juga tidak disentuh
oleh kuasa mereka. Oleh itu, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia
mengisytiharkan bahawa ”Islam ialah agama bagi Persekutuan” membayangkan apa
yang telah dipertahankan oleh orang Nelayu sepanjang masa, malah sebelum British
masuk ke Malaysia. Ketika penjajahan British, agama Kristian telah dibawa masuk ke
Tanah Melayu. Agama –agama lain seperti Hindu dan Buddha turut dibawa masuk
oleh imigran India dan China. Oleh itu, walaupun Islam adalah agama Persekutuan,
namun agama-agama lain tetap diberi pertimbangan untuk dianuti oleh penganut
agama tersebut.
Oleh kerana agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan, maka Kerajaan
mempunyai keistimewaan untuk menubuhkan atau membantu menyelenggara
institusi-institusi Islam dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan
tersebut.. Berikutan dengan kuasa perlembagaan inilah Seksyen 36 dan 37 Akta
Pelajaran 1961 dibuat dan mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan
kerajaan supaya memeruntukkan pengajaran agama Islam kepada pelajar-pelajar
beragama Islam dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada 15
orang.
11.3 Bahasa Melayu
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri-negeri Melayu menggunakan
bahasa Melayu dengan meluas untuk tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat-
menyurat, penulisan minit, juga dalam prosiding peundangan dan mahkamah.
Selepas perang, keadaan mula berubah dan mula menampakkan penghakisan
sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. British lebih
cenderung untuk memasukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa
Melayu. Hal in terjadi kerana sistem common law British dan sistem Kerajaan British
hasil dari Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan. Apabila Malayan Union
dibubarkan, Perjanjian Persekutuan Malayu yang menggantikannya masih
mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Majlis
Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan, akan tetapi apa-apa yang perlu dicatat atau
ditukar ke dalam bentuk penulisan mesti dilahirkan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu,
apabila Semenanjung mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perlembagaan
Kemerdekaan telah mengusulkan bahawa bahasa Melayu menjadi ”bahasa rasmi”
Persekutuan atau ”bahasa bagi Persekutuan”, dengan cara yang sama sebagaimana
agama Islam dinyatakan akan menjadi agama Persekutuan tanpa istilah `rasmi’ atau
istilah `kebangsaan’. Namun begitu, perkara tersebut masih belum dapat
memuaskan hati para pemimpin Melayu ketika itu lantas Perkara 153(1) diluluskan
untuk menguatkuasakan bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan
Persekutuan. Hashim Yeop(1974) menyatakan bahawa istilah ”kebangsaan”
digunakan bertujuan untuk mewujudkan satu konsep kebangsaan dalam
penggunaan bahasa apabila negara ini mencapai kemerdekaannya. Mohd Salleh
Abas(1987) menyatakan bahawa konsep memberi taraf kebangsaan kepada bahasa
Melayu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada
pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi semata-mata. Antara kesannya ialah bahasa
ini secara langsung telah menjadi bahasa pengantaraan untuk digunakan dalam
kesemua maksud rasmi dan bahawa semua bahasa lain, walaupun boleh diajar dan
dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan ”selain daripada maksud rasmi”.
Selain itu, apabila bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa
Melayu telah memenuhi keperluan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dalam
usha menjadi sebuah negara yang bersatu melalui bahasa yang sama dan menjadi
bahasa pengantar di negara ini sejak sekian lama.
11.4 Kedudukan Istimewa orang Melayu
Melalui Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong telah diberi
tanggungjawab yang berat untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan sah kaum-kaum lain.
Dalam perjanjian awal antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan Britih, tiada
peruntukan untuk mengutamakan penduduk bangsa Melayu kerana Tanah Melayu
pada ketika itu hanya dihuni oleh orang Melayu dan tiada sesiapa pun yang
mempersoal akan hak dan kedudukan istimewaan orang Melayu. Namun keadaan
telah berubah kerana terdapat ramai imigran dari China dan India dibawa masuk
oleh pihak British untuk menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi mengikut kaum
dengan orang China di lombong, orang India di ladang serta orang Melayu di
kampung sebagai petani. Rentetan daripada peristiwa tersebut, orang Melayu
merasakan mereka tidak dapat bersaing dengan para imigran ini baik dari segi
pendidikan mahu pun ekonomi.
Lebih membimbangkan, British telah memperkenalkan Perlembagaan Malayan
Union pada 27 Mac 1946 dan dilaksanakan pada 1 April 1946. Di bawah
perlembagaan ini, hak dan keistimewaan orang Melayu bukan sahaja tidak disebut
malah, kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu semuanya dikurangkan
kepada hanya untuk maksud formaliti dan dalam perkara kecil-kecil sahaja. Keadaan
ini telah memperlihatkan dengan jelas akan kehilangan sepenuhnya kedudukan
orang Melayu, akan tetapi memberi keuntungan bagi kaum imigran disebabkan
pengiktirafan mereka oleh perlembagaan ini. Lebih membimbangkan, British telah
memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union pada 27 Mac 1946 dan
dilaksanakan pada 1 April 1946.
Di bawah perlembagaan ini, hak dan keistimewaan orang Melayu bukan sahaja tidak
disebut malah, kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu semuanya
dikurangkan kepada hanya untuk maksud formaliti dan dalam perkara kecil-kecil
sahaja. Keadaan ini telah memperlihatkan dengan jelas akan kehilangan
sepenuhnya kedudukan orang Melayu, akan tetapi memberi keuntungan bagi kaum
imigran disebabkan pengiktirafan mereka oleh perlembagaan ini. Walaubagaimana,
setelah Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948, orang Melayu berjaya mendapatkan semula kedudukan dan tempat mereka di
negara ini. Dengan itu, tugas melindungi ”kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan sah kaum-kaum lain” diberikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan
dan akhirnya diberi kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga ke hari ini.
Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) ”Melayu” ditakrifkan sebagai lazimnya
bertutur dalam Bahasa Melayu, menganuti agama Islam dan mengamalkan adat
istiadat Melayu. Setelah Sabah dan Sarawak memasuki Persekutuan pada tahun
1963, kedudukan istimewa bumiputera kedua-dua negeri ini turut berada di bawah
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Tanggungjawab ini turut merangkumi batas-
batas Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan
Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan di dalam
perkhidmatan awam, danlam pemberian biasiswa dan bantuan atau lain-lain
kemudahan pelajaran dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan
perdagangan. Baginda juga diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan-arahan perlu
kepada pihak berkuasa yang sesuai untuk memastikan dasar tersebut dipatuhi.
Kedudukan istimewa lain orang Melayu ialah berkaitan Perkara 86 dan 90 iaitu tanah
rizab orang Melayu.
Perkara ini bertujuan melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggara
oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke
dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan melayu,
dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan
istimewa orang Melayu.
Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak tetapi diseimbangkan dengan
kepentingan sah kaum-kaum lain dan ianya dibatasi oleh beberapa peruntukan
dalam Perlembagaan.
12. GRAFIK /RAJAH UNSUR –UNSUR PERLEMBAGAAN
UNSUR-UNSUR PERLEMBAGAAN
AGAMA
-PERKARA 3(1) AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI PERSEKUTUAN
-AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAN DAN DAMAI
-SETIAP ORANG MEMPUNYAI HAK UNTUK MENGANUT DAN MENGAMALKAN AGAMA
BAHASA MELAYU
-BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN YANG MESTI DIGUNAKAN UNTUK MAKSUD-MAKSUD RASMI
-TIADA LARANGAN MENGGUNAKAN/MENGAJAR/BELAJAR BAHASA LAIN
INSTITUSI BERAJA
-RAJA BERKUASA MUTLAK DIBANTU OLEH PEMBESAR-PEMBESAR YANG DILANTIK SEBELUM PENJAJAHAN BRITISH
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU BUMIPUTERA ,SABAH DAN SARAWAK
-JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM,BIASISWA,PENDIDIKAN,PERNIAGAAN,KEMUDAHAN KHAS
-TANAH RIZAB ORANG MELAYU DILINDUNGI DARIPADA DISELENGGARA OLEH ORANG BUKAN MELAYU
-KEMASUKKAN PERKHIDMATAN ORANG MELAYU KE DALAM REJIMEN ASKAR MELAYU
13. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
13.1 Pengenalan
Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah
Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19.
Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh
dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis
Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya
menawan Tanah Melayu.
Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan
Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang
Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah
dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan
beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan
beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia
yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk
memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan
kepada Malaysia.
Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union,
merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu
yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-
negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan
kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu
(Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah
Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat
kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang
Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan
politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi perjuangan
mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi negara yang
mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.
Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah
bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu
13.2 Malayan Union-1946
Malayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan
Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan
yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak
Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942.
Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan
kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk
menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan
Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.
Malayan Union merupakan sebuah konfederasi negeri-negeri Melayu dengan
Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura yang menjadi sebuah crown colony di bawah
pentadbiran British). Ia merupakan pewaris Malaya British dan ditubuh untuk
memudahkan pentadbiran tanah jajahan British di Semenanjung Melayu. Ia ditubuh
pada April 1946 oleh British.
Antara butiran penting Malayan Union merupakan:
1. Kewarganegaraan yang memberi hak saksama kepada semua rakyat, tidak kira
bangsa;
2. Kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli;
3. Penukaran Sultan kepada Presiden.
4. Sultan-sultan, pemerintah negeri-negeri Melayu, terpaksa memberi semua kuasa
mereka kepada Mahkota British, kecuali dalam hal-hal budaya atau agama.
5. Malayan Union akhirnya diperintah oleh seorang Gabenor British.
Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun
menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan
Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.
Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir
Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau
telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak
penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja
Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama
satuminggu.
Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua
kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah
diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata
sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh
orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah
memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah
pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa
kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun
Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta
Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union
Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah
penjajahan British di Tanah Melayu
Sebab-sebab British menubuhkan Malayan Union
Britih telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 sebagai persediaan
Tanah Melayu ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Melalui penggabungan ini,
Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai dengan Piagam
Atlantik 1945. Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara
ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Selain itu, penubuhan Malayan Union juga adalah
untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang cekap dan seimbang di antara negeri.
Malayan Union juga akan mewujudkan bangsa Malayan Union supaya golongan
pendatang dapat melupakan negara asal mereka. Malayan Union juga dapat
menjimatkan kos pentadbiran selain mengawal kuasa politik orang Melayu. British
juga dapat menguasai pentadbiran negeri-negeri Melayu.
Sebab-sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union
Pelaksanaan Malayan Union telah menimbulkan penentangan orang Melayu
terhadap sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab penentangan ialah tindakan
Sir Harold MacMichael yang mengugut raja-raja Melayu, contohnya Sultan Badlishah
dari Kedah. Sultan turut tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan
Majlis Mesyuarat Negeri. Orang Melayu juga menentang kerakyatan mudah kepada
kaum imigran secara jus soli. Status peribumi orang Melayu juga terjejas. Orang
Melayu mempunyai kedudukan yang sama taraf dengan kaum pendatang.
Sir Harold MacMichael Mengugut Sultan
Pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan pembentukan Malayan Union di
Kuala Lumpur. Pengisytiharan tersebut telah mendapat bantahan daripada orang
Melayu, terutamanya terhadap SirHarold MacMichael. Beliau tidak memberi masa
yang secukupnya kepada raja-raja Melayu untuk berfikir dan berbincang mengenai
Malayan Union. Contohnya, Sultan Perak tidak diberi masa yang
cukup untuk membincangkan Malayan Union dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Sir Harold MacMichael juga mengugut sultan untuk diturunkan takhta sekiranya
baginda enggan menandatangani perjanjian Malayan Union. Ini berlaku terhadap
Sultan Badlishah dari Kedah.
Kesan-kesan Pelaksanaan Malayan Union
Antara kesan daripada pelaksanaan Malayan Union ialah telah berlaku perubahan
status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri jajahan. Kuasa raja-
raja Melayu juga hilang walaupun mereka masih berhak membincangkan soal
agama Islam, tetapi zakat fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union.
Selain itu, kedudukan orang Melayu kini setara dengan orang dagang berdasarkan
kerakyatan sama rata atau jus soli. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam
status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu juga
menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang. Selain itu, ekonomi dan pendidikan
orang Melayu juga amat mundur dan jauh ketinggalan berbanding dengan orang
dagang yang diberi perhatian oleh British. Orang Melayu juga bimbang akan
kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, orang Melayu bangun mempertahankan
status quo mereka. Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun menentang
Malayan Union menunjukkan wujud perpaduan kebangsaan untuk menentang
Malayan Union.
13.3 Perjumpaan kongres Melayu pertama-1946
Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41
pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia
bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan
yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum
mempunyaai sebarang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu
sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak
orang Melayu sebagai bumiputera.
Ketika ini Kongres ini belum mempunyai sebarang rancangan
kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih
kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayusebagaibumiputera.
Ia juga telah mengisytiharkan bahawa perjanjian Mac Michael itu tidak sah kerana
tiada persetujuan dan perbincangan pembesar Melayu dan rakyat jelata. Melalui
Kongres ini Pertubuhaan Kebangsaan Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei
1946 bagi memelihara kepentingan orang Melayu, di mana Dato Onn Jaafar menjadi
Presiden yang pertama. Keengganan penerimaan Malayan Union ini diburukkan lagi
apabila kaum Cina dan India turut mengkritik sesetengah bahagian gagasan itu.
Bantahan-bantahan orang Melayu menjadi begitu memuncak menjelang Mei 1946,
akhirnya British terpaksa akur bagi mengenetepikan berlakunya aktiviti komunis dan
pelampau Melayu yang mahukaan penyatuan politik dengan Indonesia. Mereka
sedar bahawa sejauhmana sekali pun sokongan orang Cina dan India terhadap
gagasan ini masih tidak dapat menandingi kehebatan bantahan orang Melayu.
Akhirnya satu perundingan perubahan perlembagaan dilakukan yang kemudiannya
melahirkan Persekutun Tanah Melayu pada tahun 1948. Ternyata Malayan Union
adalah satu peristiwa yang mempunyai rahmat yang tersembunyi. Di mana buat
pertama kali bangsa Melayu bangun menentang British melalui penyatuan.
13.4 Penubuhan UMNO-1946
Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah
ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO
banyak memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh
pertubuhan tersebut kepada pihak British.
Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu
Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja
dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal
perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato’ Onn
Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk
menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union.
13.5 Penubuhan persekutuan Tanah Melayu-1948
Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang
dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan
dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang
dinamakan Perjanjian Persekutuan.
Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan
dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan
Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan
ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya
Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-
undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing.
Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-
masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak
Perjanjian Persekutuan 1948.
13.6 Pilihanraya Pertama
Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada
penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris
memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala
Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-
anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang
dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.
13.7 Rundingan Kemerdekaan
Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk
berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu.
Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil
Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.
Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum
mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6
Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera
Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang
sepenuhnya.
13.8 Suruhanjaya Reid
Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi
mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah
kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh
Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya
ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan
demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai
Kerajaan Persekutuan yang kuat.
Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat
Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin
kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa
proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah
menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada
Disember 1956.
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain
itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh
parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang
bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti
Perikatan.
13.9 Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan
Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama
diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi
jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja
Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua
Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula
perlembagaan tersebut.
13.10 Kemerdekaan Tanah Melayu
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27
Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya
adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan
Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga
kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India.
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat
orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia.
Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga
pertengahan bulan April tahun yang sama.
Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk
berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum
dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama,
kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962,
Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum
balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan
penubuhan Malaysia.
13.11 Penubuhan Malaysia
Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara
kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk
memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing
akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen
Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia
untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada
26 Ogos 1963.
CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
APRIL 1946-
MALAYA UNION DIPERKENALKAN DAN MENDAPAT TENTANGAN ORANG MELAYU
1948-
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TELAH DIBUAT ANTARA RAJA-RAJA MELAYU DAN PEMIMPIN BRITISH
1 FEBUARI 1948-
PERLEMBAGAAN BARU BAGI TANAH MELAYU TELAH DIPERKENALKAN
1955-
SELEPAS PILIHAN RAYA ,PRTI PERIKATAN MENANG MAJORITI UNDIAN DAN TELAH MENJADI KERAJAAN PEMERINTAH
OKTOBER 1956
SURUHANJAYA REID BERJAYA MENERIMA 131 CADANGAN DARIPADA PENDUDUK TANAH MELAYU
31 OGOS 1957
DRAF PERLEMBAGAAN BAGI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU TELAH DIBENTUK
1963
-PERLEMBAGAAN TERSEBUT DIPINDA BERDASARKAN LAPORAN SURUHANJAYA COBBOLT (PERSETUJUAN RAKYAT SABAH ,SARAWAK DAN SINGAPURA SERTA MENUKARKAN NMA
16 SEPTEMBER 1963
PINDAAN AKTA MALAYSIA YANG MEMASUKI SABAH ,SARAWAK, SINGAPURA SERTA MENUKARKAN NAMA PERSEKUTUAN KEPADA MALYSIA
14. CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
15.KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Perlembagaan adalah undang-undang yang mengandungi peraturan yang
boleh dikuatkuasakan atau prinsip asas yang mengasaskan sistem pemerintahan
seperti yang termaktub dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlaksanaan
Perlembagaan telah banyak membawa kebaikan kepada negara secara amnya dan
kepada rakyat secara khususnya.
Perlembagaan merupakan penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan
serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui tampuk
pemerintahan dan terbukti Pelembagaann mampu menjamin satu pentadbiran yang
cekap, jujur dan adil. Oleh itu Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara
untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik seterusnya
menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara
seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan
kebebasan beragama. Dengan peruntukan tersebut, Perlembagaan menjamin
keselamatan dan keamanan melalui undang-undang yang digariskan sejara jelas.
Selain itu, Perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan
memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat
Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara
kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini
bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan
kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif seperti
keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan yang boleh
menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan mengakibatkan berlakunya
persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal mengancam keselamatan
negara.Perkara ini telah termaktub dalam pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970
yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Dengan ini Perlembagaan
boleh menjamin keselamatan dan rakyat daripada dianiaya serta keamanan negara.
Unsur taat setia kepada negara adalah termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Perkara tersebut menyatakan bahawa seseorang itu akan
diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati
bahawa seseorang itu telah memperolehi kerakyatan negara lain. Seseorang itu juga
diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak
suka kepada negara ini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kepentingaan
Perlembagaan di negara kita adalah untuk menjaga kedaulatan, keamaan dan
kesejahteraan negara.
Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah
jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan
Sarawak bersetuju memasukiMalaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun
semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-
undang, bebas menganut dan mengamal agama masing-masing, boleh mengajar
dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri serta berhak memiliki harta.
Selain itu, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran yang
menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir
untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan
oleh kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu menitik beratkan soal
keaman, kemakmuran dan hak sama rata di kalangan rakyat di negara ini.
Seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
juga menyerahkan kuasanya dalam beberapa bidang kepada kerajaan pusat seperti
pendidikan dan kesihatan. Kesan daripada penyerahan kuasa ini ialah
pembangunan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan
seperti kesihatan, pos, telekom dan polis. Di sini, perkongsian budaya telah wujud
dan mengeratkan perasaan kekitaan dan persefahaman. Selain itu, usaha ke arah
mewujudkan integrasi nasional telah menampakkan hasil dan dapat
mempercepatkan lagi proses pembentukan negara bangsa yang bersatu dan
berdaulat.
Bagi dunia pendidikan pula, pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi telah
merima sistem meritokrasi yang menolak pelaksanaan sistem koata yang
dilaksanakan sebelum itu. Sistem meritokrasi melaksanakan pemilihan pelajar
berdasarkan prestasi akademik tapa mengira golongan etnik. Walaupun kedudukan
istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam Perlembagaan, namun
pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah diwujudkan ke
arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.
Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin
kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah
negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik
tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali sistem
Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini,
demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.
Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Perlembagaan juga dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.
Perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama.
Perlembagaan juga penting apabila ia dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.
Perlembagaan juga dapat memupuk unsur taat setia kepada negara.Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain.
Perlembagaan juga penting dalam memastikan wujudnnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan (1970), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini..
Perlembagaaan juga berperanan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.
Perlembagaan juga penting untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat. Ia juga penting sebagai panduan pemerintahan kerajaan negeri
Perlembagaan Persekutuan bukan saja memperuntukan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada Rakyat melalui kebebasan asasi( Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak.
Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/ Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan ( Bahagian 4 , Bab 3, Perkara 40). Jadi , ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
GRAFIK /RAJAH KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
16. PERKARA-PERKARA YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN DAN HUBUNGKAITNYA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETHNIK
16.1 Perkara 8 – Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan
dalam soal agama dan kedudukan istimewa orang melayu.
Menurut perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap rakyat
akan mendapat perlindungan undang-undang yang sama kecuali diperuntukan oleh
Perlembagaan, tiada perbezaan di antara warganegara dari segi kedudukan politik,
sosial, pekerjaan dan taraf ekonomi. Selain itu, rakyat yang tinggal di semua negeri
dalam Persekutuan akan mendapat layanan yang sama rata dan kerajaan tidak akan
mengutamakan rakyat yang tinggal di sesebuah negeri tertentu sahaja. Walaupun
warganegara Malaysia mengamalkan agama, adat dan keturunan (kaum) yang
berbeza, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pemerintahan yang berdasarkan
warna kulit (Dasar Apartheid), agama, keturunan atau tempat lahir dan kaum.
Dengan kata lain semua rakyat mendapat perlindungan undang-undang yang sama
tanpa mengira perbezaan kaum. Begitu juga dalam perlembagaan, tiada diskriminasi
terhadap perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa
awam atau mana-mana pentadbiran undang-undang dalam memperolehi,
memegang, melepaskan harta atau menjalankan apa-apa perniagaan/profesion.
Terdapat pengecualian dalam perkara 153 yang membuat peruntukan layanan
istimewa bagi orang melayu dan kaum bumiputera yang lain di sabah dan Sarawak
dalam beberapa perkara sepeti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan
awam, pemberian biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.
16.2 Perkara 10 (4) – Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh
kedudukan raja- raja, kedudukan agama islam dan kedudukan orang melayu.
Di dalam perlembagaan juga, terdapat satu perkara yang disebutkan iaitu hakasasi.
Setiap warganegara yang sah, akan mendapat jaminan dan perlindungan dari
kerajaan. Dalam perlembagaan mengenai hak asasi, terdapat dua jenis iaitu hak
ramai dan hak individu. Contohnya dalam Perkara 10, disebut, memberi hak
kebebasan bercakap merupakan hak individu manakala dalam Perkara 10(2),
disebut, Parlimen diberi kuasa untuk mengawal hak tersebut kerana ia merupakan
hak orang ramai. Rasionalnya ialah hak kebebasan bercakap itu mungkin akan
menjejaskan keselamatan orang ramai. Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi
Manusia telah ditubuhkan di Malaysia. Badan ini bertujuan untuk mempromosikan
dan memberikan perlindungan hak asasi manusia di negara ini.Sebuah akta yang
membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah diperkenalkan selepas
peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakan langkah
yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan
seperti menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan
kontrak sosial boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut
tidak boleh dilakukan secara sesuka hati. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum
penahanan itu disahkan. Di antara syarat-syarat tersebut ialah:
i) Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhak
mengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu dengan mengemukakan
kenyataan melainkan kenyataan itu dianggap membahayakan kepentingan negara.
ii) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih dari 3 bulan melainkan
penahanannya telah disyorkan oleh Yang Di-Pertuan Agong oleh satu badan
penasihat. Badan penasihat itu akan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan
oleh warganegara yang ditahan itu sebelum mensyorkannya.
iii) Badan tersebut haruslah terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 orang ahli
biasa. Pengerusi itu haruslah layak iaitu merupakan hakim dan perlantikan ahli
badan itu dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong.Perbicaraan bagi pesalah ini berlainan
kerana perbicaraan adalah jenis tertutup.
16.3 Dalam perkara 10 juga, menyatakan mengenai batasan hak kebebasan
bersuara daripada menyentuh kedudukan raja, Islam, orang melayu dan
sebagainya.
Agama Islam menjadi agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan hasil daripada persetujuan dan semangat muafakat
yang ada pada pimpinan semua bangsa. Agama Islam diiktiraf dalam perlembagaan
Malaysia dan diberikan kedudukan yang signifikan. Apa yang penting ialah cara
bagaimana ia diberikan penafsiran agar Islam itu dilihat sebagai komprehensif,
dinamik dan bersepadu. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan DYMM Seri
Paduka Baginda Yang dipertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam Negara
Malaysia. Hal ini sudah tentu menjamin kedaulatan agama Islam sebagai agama
rasmi negara. Selain itu para sultan di negeri-negeri pula merupakan ketua agama di
negeri masing-masing. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa badan-badan
perundangan negeri boleh menggubal sebarang undang-udang di bawah semangat
perlembagaan.
Dalam Perlembagaan Malaysia, kebebasan beragama diberikan sepenuhnya kepada
setiap warganegara. Setiap warganegara bebas untuk menganut dan mengamalkan
agamanya dan menyebarkannya. Walau bagaimanapun, pendakyahan sebarang
kepercayaan dan doktrin agama kepada individu Islam adalah tidak dibenarkan.
Tiada seorang pun boleh disuruh untuk membayar apa jua bentuk cukai untuk tujuan
agamanya kecuali untuk agamanya sendiri. Setiap kelompok agama mempunyai hak
untuk mengurus hal ehwal agamanya dan mewujudkan institusi untuk tujuan
keagamaan, kebajikan, memperoleh dan memiliki serta menguruskannya mengikut
undang-undang. Dalam hal ini, diskriminasi tidak dibenarkan terhadap mana-mana
warganegara atas dasar agama, bangsa, keturunan dan tempat kelahiran. Setiap
kelompok agama mempunyai hak untuk menubuhkan institusi untuk tujuan
pendidikan di dalam agamanya sendiri. Pengingkaran terhadap perlembagaan
dianggap sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang negara
Malaysia.
Walaupun Perlembagaan Malaysia dalam perkara 10 menyatakan bahawa setiap
orang mempunyai hak kebebasan untuk bercakap, Islam tidak boleh digantung atau
dimansuhkan sama ada melalui pindaan biasa ataupun melalui darurat Islam juga
tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenangnya. Hal ini dapat ditunjukkan
dalam perkara 9 dan 10 yang menyatakan bahawa apa-apa jenis sekatan boleh
dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya
ia penting dari segi kententeraman dan keselamatan negeri.
Kebebasan beragama yang diamalkan oleh orang Islam di Malaysia merupakan
kewajipan dan ajaran yang telah ditentukan oleh agama Islam itu sendiri. Islam
mengiktiraf kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam anutan apa-apa agama.
Setiap individu mempunyai hak mempercayai dan mengamalkan sistem
kepercayaaan masing-masing.
Perkara ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud:
Islam menyuruh umatnya memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa ada
sebarang bentuk penindasan mahupun diskriminasi. Ini menunjukkan dalam Islam
tiada unsur paksaan. Keharmonian dan kehidupan hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak akan tercapai sekiranya tidak wujud kebebasan beragama, toleransi,
saling memahami dan perpaduan. Islam mengakui bentuk-bentuk kepelbagaian
budaya dan agama serta kepercayaan dengan memberikan garis panduan tentang
pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap budaya, agama dan sistem kepercayaan yang
diredhai-Nya.
Bahkan hak-hak orang bukan Islam tetap dipertahankan dalam konteks sejarah
pemerintahan dan pentadbiran Rasulallah.s.a.w., para sahabat dan pemerintah yang
adil. Ketiadaan kebebasan beragama dalam sesebuah negara akan menimbulkan
pelbagai implikasi negatif. Sejarah telah membuktikan bahawa penjanaan
pembangunan dan kemajuan negara kita sejak merdeka hinggalah sekarang adalah
hasil daripada semangat bekerjasama, hormat menghormati, tolong menolong dan
toleransi yang menjadi resepi unik negara berbilang kaum seperti Malaysia.
16.4 Perkara 38 – Kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat
undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu ,orang melayu,
bahasa melayu dan agama lslam.
Dalam Perkara 38 kuasa Majlis Raja – Raja menghalang parlimen membuat undang
– udang yang ,menyentuh kedudukan raja – raja melayu, orang melayu, bahasa
melayu dan agama Islam. Agama Islam merupakan agama
persekutuan.Walaubagaimanapun, ini bukanlah bermaksud negara ini mengamalkan
sistem teokrasi. Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut agama yang lain
dan juga merayakan perayaan masing-masing.
Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-masing.
Banyak peruntukkan telah dibelanjakan untuk membangunkan agama Islam Malayan
Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India yang dilahirkan di
Tanah Melayu merupakan warganegaranya.Tetapi dengan adanya Perlembagaan,
kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah penduduk bukan
Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang daripada 10
tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM.Mereka hendaklah
mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai
tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga perlu
fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Selain itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam
diiktiraf.Prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja’ telah dimasukkan ke dalam Rukunegara
yang merupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-raja di
Malaysia.
Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948.Ia bertujuan
untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa,kedaulatan
raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa
kebangsaan,kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan
raja-raja."Adalah pandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang Maha
Mulia bahawa tidak dikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang
dicadangkan bahawa ajaran agama Muslim atau ajaran agama Islam adalah agama
yang ditetapkan bagi Persekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak menyokong
perisytiharaan seperti itu dimasukkan dan ini adalah perkara arahan khusus dimana
saya tidak banyak terlibat".
Hakim Abdul Hamid berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan
seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau Hakim Abdul
Hamid dari Pakistan itu mengesyorkan oleh kerana cadangan yang dibuat oleh
Perikatan itu adalah dibuat sebulat suara, ia harus diterima. Peruntukan seperti itu
telah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang perlu ialah memindahkannya dari
Perlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu yang baru.
Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh golonganorang
Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan di dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk menjaga
hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan mempertingkatkan
kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan dalam semua bidang kehidupan
supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan
jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu
yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.
Selain itu, tugas Majlis Raja-raja ialah mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-
apa amalan agama dalam seluruh Persekutuan. Berhubung perkara 3 Perlembagaan
menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi terutamanya bagi maksud-maksud
upacara. Pengisytiharan itu dimasukkan bagi membolehkan Majlis Raja-raja
mengeluarkan perintah tentang upacara dan amalan agama Islam yang terpakai bagi
Persekutuan secara menyeluruh. Hal ini juga membolehkan Yang di-Pertuan Agong
mewakili Raja-raja dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.
Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi, namun setiap warganegara diberi
kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman damai.
17. GRAFIK KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
PERKARA 3
AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN
IMPLIKASI
PIHAK KERAJAAN (PERSEKUTUAN/NEGERI MEMPUNYAI KEBEBASAN ,KUASA DAN KEISTIMEWAAN UNTUK;
-MENUBUHKAN ,MENYELENGGARA,MEMBANTU PENUBUHAN INSTITUSI ISLAM
-MELAKSANAKAN AJARAN ISLAM
-MENGELUARKAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK TUJUAN ITU
RASIONAL PERKARA 3
• Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
• Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
• Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
• Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat
• Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.
PERKARA 11
PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA
-Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekolahan
-Setiap orang berhak untuk menganut dan mengamalkannya tertakluk kepada perkara 11(4)
• Perkara 11(4): Undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan agama-agama lain kepada penganut Islam
• Perkara 12(3): Larangan memaksa penganut menerima ajaran dan upacara sembahyang bukan agamanya
Perkara 12(4): Penetapan agama bagi yang berumur bawah 18 tahun
Perkara 11(3)
• Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
• Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
• Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang
PEKARA 15
• Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi)
IMPLIKASI
• Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
• Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
RASIONAL PERKARA 152
• Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
• Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
• Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
• Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
Perkara 153
-Tentang kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Implikasi
-YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
-Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,perniagaan dan kemudahan khas iaitu yang diberikan.
-Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada sesiap merasakan kehilangan hak yang dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar tersebut
-Walau bagaimanapun ,perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukkan lain
Rasional perkara
Ekonomi
• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) Jurang Pendapatan melebar antara etnik
• Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur
• Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970
• Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)
• Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing
Pendidikan
• Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu
• Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970
• Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.
Piagam Madinah
Elemen persamaan piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia
Kebebasan
-beragama
-bekerjasama dan mencari keuntungan
-menjawat jawatan dalam kerajaan
Hak mendapat perlindungan
-perlindungan dari penceroboh luar
-perlindungan dari kezaliman dalaman
-perlindungan terhadap darah dan jasad
Jaminan
-ketika lemah ,dewasa dan ketiadaan harta
18. KONTRAK SOSIAL
Maksud kontrak sosial
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara
sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.
Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya
untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan
berdaulat (Syed Ahmad Hussein1994).
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen
yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang
berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan
dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial
apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan)
yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan
kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di
Malaysia(Syed Ahmad Hussein1994).
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum
yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan
pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak
sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu
UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud
dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan
negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal
keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu,
kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk
menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari
oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar
kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
(Mohamed Jauhar Hassan, 1996).
18.1 Sejarah Kewujudan Kontrak Sosial
Sejarah perjanjian ini bermula apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada
20 Januari 1874. Perjanjian ini memperkenalkan sebuah sistem yang mengurangkan
kuasa raja dan keistimewaan orang Melayu iaitu Sistem Residen.Peranan seorang
residen pada awalnya merupakan penasihat raja sahaja tetapi akhirnya mencampur
tangan dalam urusan raja. Dengan adanya sistem residen, ekonomi yang dahulunya
dimonopoli oleh raja dan pembesar melayu telahterjejas. Kemasukan orang asing ke
dalam Tanah Melayu telah mengeksploitasikan hasil bumi. Dasar pecah dan
perintah, diskriminasi kaum serta penempatan kaum mengikut kawasan dengan
menempatkan orang Melayu di luar bandar, orang Cina di bandar dan orang-orang
India di ladang-ladang getah berjaya memundurkan pencapaian orang Melayu dan
membentuk tembok curiga di antara kaum.
Selepas itu, beberapa lagi sistem bagi mengkukuhkan lagi kuasa British di
Tanah Melayu telah diperkenalkan dan digunakan. Di antaranya ialah penubuhan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 dengan termeterainya Perjanjian
Persekutuan 1896 iaitu menggabungkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor
dan Perak. Kononya perjanjian ini bertujuan untukmengembalikan kuasa sultan.
Kuasa pentadbiran bagi keempat-empat negeri tersebut berada dalam kuasa
Residen-Jeneral.
Selain itu, penubuhan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
Negeri Selat juga telah banyakmemberi banyak kesan negatif kepada pribumi dan
raja serta pembesar Melayu. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah
mengeruhkan keadaan dengan menambahkan lagi perasaan prasangka dan politik
perkauman di antara kaum dengan melayan kaum Cina dengan teruk tetapi melayan
baik kaum India dan kaum Melayu.
Dasar penjepunan juga telah diperkenalkan dan ini mengetepikan bahasa
ibunda masyarakat Melayu. Kuasa sultan dan pembesar juga tidak dikembalikan
seperti yang dijanjikan sebelum Jepun mengalahkan pihak British. Selepas Jepun
menyerah diri dan mengembalikan Tanah Melayu kepada pihak British, bermulalah
rancangan pembentukan Malayan Union.
Dalam pembentukan itu, sebuah perlembagaan telah cubadiperkenalkan.
Perlembagaan ini telah mengurangkan kuasa perundangan di peringkat negeri,
menghapuskan hak-hak raja dan hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk
pribumi Tanah Melayu serta peruntukan kuasa eksekutif dan perundangan kepada
seorang Gabenor. Rancangan ini telah menerima pelbagai tentangan dari kalangan
kaum Melayu, Cina dan India. Selepas rancangan ini gagal, sebuah Jawatankuasa
Kerja ditubuhkan pada 1946 untuk membentuk sebuah persekutuan dengan suatu
perlembagaan yang boleh diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Hasil
dari kajian dan perbincangan, satu perjanjian telah dimeterai iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan diketuai oleh seorang
Pesuruhjaya Tinggi British. Tetapi atas desakan, akhirnya British telah membenarkan
satu pilihanraya diadakan pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi
pilihanraya tersebut dan telah membuat satu rombongan keLondon untuk
memperolehi kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa
sehingga sekarang dan telah mengalami beberapa perubahan contohnya
kemasukan Sabah dan Sarawak serta penukaran nama Persekutuan
kepada Malaysia pada tahun 1963.
18.2 Tujuan Kontrak Sosial
Terdapat beberapa tujuan kontrak sosial cuba diwujudkan oleh kerajaan Malaysia.
Antaranya ialah untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok
masing-masing. Kedua, untuk memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil
kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Tujuan ketiga adalah
untuk memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun. Ini
adalah kerana persetujuan tersebut dianggap memenuhi kepentingan yang
berpanjangan. Keempat, memastikan setiap pihak yang bersetuju akan mematuhi
dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa
depan. Kontak sosial juga dapat melanjutkan kelangsungan pentadbiran yang
cekap. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan keadaan politik yang stabil di samping
untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, ia
sedikit sebanyak dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanahair.
Tambahan pula, kontrak sosial dilihat dapat mewujudkan masyarakat yang bebas
dan adil dalam usaha untuk mencapai integrasi nasion
18.3 Kandungan dalam Kontrak Sosial
Antara isu yang terkandung dalam kontrak sosial adalah Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak
Keistimewaan Orang Melayu, Kedaulatan Rajaraja dan Sultan Melayu serta taraf
kerakyatan melalalui Prinsip ‘Jus Soli’.
Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dengan diwajibkan di semua jenis pusat pendidikan. Ini
merupakan salah satu langkah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa yang
sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan Bahasa
Melayu serta menggalakkan penggunaannya.
Minggu Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Melayu dilancarkan dalam tahun
1960, melalui cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa”. Akta Bahasa Kebangsaan 1967
menetapkan bahawa Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua urusan
rasmi. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan bahasa
Inggeris di dalam Dewan dengan kebenaran Yang Di Pertua Dewan. Ahli Dewan
Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris
selepas 10 tahun merdeka. Sebagai mercu kejayaan dalam usaha mendaulatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah
ditubuhkan pada 1970. Kesemua sekolah di Malaysia menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan merupakan satu subjek wajib bermula dari tahun
1982.
Manakala dalam Perkara 3 (1) pula, Agama Islam merupakan agama
persekutuan. Walaubagaimanapun, ini bukanlah bermaksud negara ini
mengamalkan sistem teokrasi. Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut
agama yang lain dan merayakan perayaan masing-masing. Mereka juga bebas
untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-masing.
Ketiga, prinsip kerakyatan secara ‘jus soli’ telah diperkenalkan semasa
rancangan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India
yang dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan
adanya Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu
ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu)
tidak kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM.
Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap
negara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958,
mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Selain itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.
Selain itu, prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja’ telah dimasukkan ke dalam
Rukunegara yang merupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan
raja-raja di Malaysia. Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta
Hasutan 1948. Ia bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan,
hak istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa
kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa
pemerintahan raja-raja.
Seterusnya, kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu
yang baru. Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh
golonganorang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan
didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk
menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan
mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan dalam semua
bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini
dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum Cina
dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.
Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah
diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan
jika ia merupakan langkah yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan
keselamatan Malaysia. Kesalahan seperti menggugat keselamatan dan
ketenteraman Negara dengan mempersoalkan kontrak sosial boleh ditahan di bawah
akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidak boleh dilakukan secara sesuka
hati.
Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum penahanan itu disahkan. Di antara
syarat-syarat tersebut ialah:
i. Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhak
mengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu dengan mengemukakan
kenyataan melainkan kenyataan itu dianggap membahayakan kepentingan negara.
ii. Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih dari 3 bulan melainkan
penahanannya telah disyorkan oleh Yang Di-Pertuan Agong oleh satu badan
penasihat. Badan penasihat itu akan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan
oleh warganegara yang ditahan itu sebelum mensyorkannya.
iii. Badan tersebut haruslah terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 orang ahli
biasa. Pengerusi itu haruslah layak iaitu merupakan hakim dan perlantikan ahli
badan itu dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong. Perbicaraan bagi pesalah ini berlainan
kerana perbicaraan adalah jenis tertutup.
Di samping itu, rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,
diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama
generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti
memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial
itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi
kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni.
Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup
yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian
berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu.
Tunku Abdul Rahman Al-Haj berjaya menyakinkan rakyat dengan kontrak sosial yang telah dipersetuju bersama oleh semua kaum
Ketuanan orang-orang Melayu perlu dipertahankan
19. GRAFIK /RAJAH KONTRAK SOSIAL
KONTRAK SOSIAL 1948
PERSETUJUAN YANG DICAPAI DIANTARA MELAYU,CINA DAN INDIA SEMASA MEWUJUDKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 DI BAWAH NAUNGAN INGGERIS
BERKAIT RAPAT DENGAN BANTAHAN MELAYU TERHADAP PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 1946
POERUNTUKKAN DALAM KONTRAK SOSIAL 1948 ,MENJAMIN KETUANAN MELAYU DALAM PROSES POLITIK NEGARA
IA MENGAMBIL KIRA KEDUDUKAN BUKAN MELAYU IAITU CINA DAN INDIA DALAM NEGARA YANG BAKAL MERDEKA DARI INGGERIS
MERUPAKAN HASIL PROSES TAWAR-MENAWAR ANATARA MELAYU DAN BUKAN MELAYU
KONTRAK SOSIAL 1948 MENJADI ASAS KEPADA PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU 1948
PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL 1948
ISLAM
-ISLAM IALAH AGAMA PERSEKUTUAN
RAJA-RAJA MELAYU
-KEDUDUKAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN
KEISTIMEWAAN MELAYU
-HAK ISTIMEWA MELAYU BAGI MENYENTUHKAN DOMINASI MELAYU DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
BAHASA MELAYU
-BAHASA MELAYU IALAH BAHASA KEBANGSAAN
HAK KEWARGANEGARAAN
-HAK KEWARGANEGARAAN BERDASARKAN PRINSIP JUS SOLI
UNSUR-UNSUR TRADISI
KONTRAK SOSIAL
IA JUGA KONTRAK SOSIAL YANG TELAH DISEPAKATI SEMASA MENGGUBAL UNDANG-UNDANG
UNSUR-UNSUR TRADISI ADALAH FAKTOR PENTING UN TUK MEWUJUDKAN IDENTITI MALAYSIA DAN MEMUPUK PERSEFAHAMAN KE ARAH PERPADUAN
UNSUR-UNSUR TRADISI INI MELIPUTI BAHASA ,AGAMA ,KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH ,SARAWAK DAN PEMERINTAHAN BERAJA
IA BERPERANAN MENSTABILKAN SISTEM POLITIK NEGARA DAN DILINDUNGI DI BAWAH AKTA HASUTAN
DIANGGAP SEBAGAI ISU SENSITIF YANG DILARANG DIJADIKAN ISU PERBINCANGAN AWAM
REFLEKSI
20.Refleksi
Alhamdulillah atas limpah dan kurnia-Nya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan
yang telah diberikan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing dan juga raka sekumpulan atas bimbingan,
sokongan dan bantuan daripada mereka dalam tempoh menyiapkan tugasan ini.
Pada awal bulan Febuari yang lalu, saya telah menerima soalan kerja
kursus bagi subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106) untuk menjelaskan tentang
Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia .Soalan juga meminta
saya untuk menyediakan grafik atau rajah yang berkaitan dengan Konsep
Perlembagaan dan Unsur-unsur perlembagaan.Selain itu saya juga dikehendaki
menyediakan satu carta garis masa untuk menunjukkan sejarah penggubalan
perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia.Pada mulanya saya merasa sangat
sukar untuk melaksanakan tugasan ini ,tetapi dengan bimbingan pensyarah dan
tugasan ini boleh dibuat secara berpasang telah melegakan hati saya.
Pelbagai ilmu ditimba ketika dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
Saya mencari sebanyak maklumat yang boleh untuk dibuat sebagai rujukan dan
menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Dalam tugasan ini saya juga telah
memperoleh pengalaman baru antaranya pemahaman tentang Perlembagaan
Malaysia dengan lebih terperinci dan kepentingannya dalam konteks hubungan etnik
di Malaysia. Dengan adanya kerja kursus seperti ini, saya merasakan diri mendapat
lebih banyak ilmu.
Dalam proses mendapatkan sumber bahan bagi kerja kursus ini, saya
telah membuat rujukan di pusat sumber dan internet bagi mendapatkan buku-buku
rujukan dan artikel-artikel yang berkaitan. Saya juga mendapat maklumat tentang
Perlembagaandaripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah.
Melalui tugasan ini, saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci apa
itu Konsep perlembagaan dan kepentingan perlembagaan,.Saya juga mengetahui
tentang kontrak sosial ,unsur-unsur yang terdapat dalam kontrak sosial dan
keperluan kontrak sosial terutama dalam konteks hubungan ethnik di
Malaysia.Selama ini saya kurang jelas mengenai retetan peristiwa sebelum
pembentukkan Malaysia,tetapi apabila membuat tugasan mengenai garis masa
penggubalan perlembagaan sehingga terbentuk Malaysia,saya mendapat gambaran
dengan terperinci.Rakyat seluruhnya harus tahu apa perlembagaan dan faham
perkara-perkara yang terdapat dalam perlembagaan baru hubungan diantara ethik
berjalan dengan baik dan kemakmuran dapat dikekalkan.
Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada rakan-
rakan sekelas kerana memberi tunjuk ajar serta kerjasama yang amat baik. Jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing dalam memberi
panduan dan bimbingan dalam melaksanakan tugasan ini. Sekian.
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian sebagai guru di sekolah.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek Hubungan Ethik (WAJ 3106)
saya agak keliru tentang kehendak soalan .Saya berasa begitu sukar dan tercabar
untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang
Perlembagaan Malaysia amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini
tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik,
bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Lagipun tugasan ini
dilakukan secara berpasangan jadi ini memudahkan lagi saya untuk membuat
tugasan kerana kita dapat berkongsi idea.
Di sini saya mencari apa itu Perlembagaan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan perlembagaan ,selepas pencarian maklumat barulah saya mendapat
maklumat yang jelas tentang Perlembagaan,perkara-perkara yang terkandung dalam
perlembagaan dan kepentingannya dalam hubungan etnik di Malaysia .
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan diperolehi selain
mengetahui konsep perlembagaan saya juga mengetahui tentang kontrak sosial dan
keperluan kontrak sosial terutamanya Malaysia yang mempunyai penduduk
berbilang kaum.Saya juga dapat mengetahui tentang garis masa penggubalan
perlembagaan Malaysia iaitu apakah retetan peristiwa yang berlaku sebelum
pembentukkan Malaysia dengan lebih jelas lagi.
Saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku –buku sejarah dan
sumber internet. Melalui maklumat yang diperolehi saya dapat membuat tugas yang
diberi dengan mudah.
Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi
dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah
atau peringkat yang lebih tinggi .
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada DR Rosli Bin Ismail yang telah banyak membantu saya
dan rakan –rakan seperjuangan dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan
tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu
sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan
Rumusannya, setelah bersusah payah, tugasan ini dapat disempurnakan. Saya amat
berpuas hati dan berbangga dengan hasil usaha saya. Saya berkeyakinan
pengalaman menyempurnakan kerja kursus ini dapat saya manfaatkan untuk
meningkatkan kualiti tugasan saya pada semester-semester yang akan datang .
BIBLIOGRAFI
21.BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Bari.(2002). Majlis Raja-raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. 2005. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Yeop A. Sani. 1974. Bagaimana Undang-undang Kita Diperbuat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
K. C. Wheare. 1993. Perlembagaan Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Kamil Awang.(2001).Sultan Dan Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Abas. 1987. Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Suffian hashim.(1987). Megenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Ranjit Singh Malhi.(1992).Pengajian am STPM: Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur:Federal Publications
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha Sdn. Bhd.
Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189
Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Jauhar Hassan, 1996. Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah. Dlm, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar. Keadilan Sosial. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, hal 147-148.
BORANG KOLABORASI
REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS (PKB 3104)
IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
SULTAN MIZAN
NAMA PELAJAR : ZAMERI OMAR /SITI ROHAYA YUSUF
NO MATRIK /NO : 730119-11-5345 / 730825-11-5158
KUMPULAN : PPG/PJJ(FEB/02/KPM)PKB 1
MATA PELAJARAN : HUBUNGAN ETHNIK (WAJ 3106)
PENSYARAH PEMBIMBING : DR RAMLI BIN ISMAIL
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN
KOMEN
T/TANGAN,NAMA DAN
COP RASMI(JIKA ADA)
2/3/2013 Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran
Membuat rangka tentang tajuk dahulu.
2/3/2013 Memahami kehendak soalan dan perbincangan dengan rakan sekelas
Mendapat pendapat rakan sekelas.
3/3/2013 Bertanya kepada guru-guru disekolah tentang topik yang hendak dibuat
Mendapatkan penjelasan daripada orang yang berpengetahuan
4/3/2013 Mencari maklumat dari internet,buku dan modul
Cetak maklumat dari internet
Membuat nota ringkas
Catatan bibliografi
5/3/2013Berbincang dengan rakan-rakan guru yang sama –sama belajar tajuk ini
Memberi penerangan dengan jelas
6/3/2013 Menyediakan draf tugasan Menyusun maklumat
Menganalisis maklumat
Menghubungkait maklumat yang releven
Membuat huraian secara terperinci
11/3/2013 Sekali lagi berjumpa dengan rakan-rakan guru
Berbincang tentang draf yang telah dibuat
12/3/2013 Semakkan tugasanDan Kerja mengumul maklumat
Membetul ejaan
Menyusun maklumat ikut keutamaan
Memperincikan huraian
Tugasan dijilid dengan kemas
13/3/2013 Menghantar draf tugasan untuk dilihat dan disemak pensyarah
Membetul dan menyemak semula tugasan berdasarkan kehendak soalan yang dikehendaki oleh pensyarah
14/3/2013 Membuat semakan semula,menambaikani maklumat dari internet,buku dan modul
Mencetak,menyusundan menyiapkan tugasan.
16/3/2013 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah