etika dan etiket dalam komunikasi€¦ · etika dan etiket yang baik dalam komunikasi 1. jujur...
TRANSCRIPT
2014
ETIKA DAN ETIKET
DALAM KOMUNIKASI
PENGENALAN ETIKA
Etika (falsafah moral) – daya intelek manusia yang
membolehkan mereka menggunakan taakulan bagi
perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka
seharian (Bourke)
Etika- suatu sistem dasar akhlak atau tingkah laku
dan kesusilaan seseorang manusia. Tingkah laku itu
meliputi seluruh sistem hidup.
PENGENALAN ETIKA
Etika ialah kajian sistematik mengenai perilaku,
sama ada “baik” atau “buruk” (Bourke, 1966)
Huraian Aristotle tentang etika dalam buku
“Nicomachean Ethics”:
Tujuan seseorang manusia berlaku baik atau beretika semata-mata
untuk mencari kesejahteraan hidup di dunia ini
PENGENALAN ETIKA
Etika – prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan semasa menjalankan tugas (Kamus Dewan Edisi Baru, 1992)
CIRI-CIRI ETIKA
Bersifat objektif; berpandukan kepada prinsip dan dasar yang digariskan
Memenuhi tuntutan peranan dan tanggungjawab
Menyempurnakan sistem peradaban yang diamalkan / dipersetujui
Mengandungi peraturan-peraturan tertentu untuk dipatuhi golongan tertentu
CIRI-CIRI ETIKA
Boleh berubah mengikut keperluan dasar pengurusan
Merupakan perencanaan menyeluruh terhadap bentuk pelaksanaan dasar
Pelanggaran etika melibatkan pelanggaran dasar atau profesion semata
KEPENTINGAN ETIKA
Pemupukan nilai murni
Pengayaan jalinan maklumat
Pemusatan kepada pekerjaan berkualiti/ bermoral tinggi
Peningkatan citra, simbol, status dan kedudukan
Pemeliharaan martabat bangsa, status, kedudukan dan keturunan
PENGENALAN ETIKET
Etiket bermakna peraturan adab tertib dalam pergaulan sosial.
Etiket menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam hubungan dengan orang lain.
PENGENALAN ETIKET
Etiket ialah peraturan yang ditentukan oleh budaya masyarakat yang berkenaan. Contoh 1: Etiket dalam majlis makan mengikut budaya Melayu berbeza dengan etiket dalam budaya Cina atau India.
Contoh 2: Apabila bertemu dengan seseorang, hendaklah menyapanya dengan ungkapan sapaan tertentu, seperti Assalamualaikum, Apa khabar, Selamat Pagi, dsbnya.
ETIKET SOSIAL: PROTOKOL
PERKENALAN DIRI Lelaki diperkenalkan kepada wanita
Orang muda diperkenalkan kepada orang tua
Pangkat rendah kepada pangkat tinggi
Kurang berkuasa kepada lebih berkuasa (kecuali Raja, Ketua Negara, Pembesar, Orang Kenamaan).
PERKENALAN 2 PIHAK
Elakkan menonjol diri, pangkat, kedudukan
Memadai, nyata nama & organisasi / tempat tinggal
Elakkan nama manja, ringkas, glamor
Tidak perlu maklumat terperinci (panjang lebar), kecuali ditanya
PERKENALAN OLEH PIHAK KE-3
“Encik A, inilah B dari XYZ”
“Saya perkenalkan…”
“Izinkan saya memperkenalkan…”
Penerima: “Assalamualaikum / Hello. Apa khabar?”
Yang diperkenalkan: “Wa’alaikumsalam Wbt. / Hello. Khabar baik.”
BERJABAT SALAM WAKTU
PERKENALAN
Erat, mesra, mata bertentangan
Ibu jari lurus, empat jari lain ke bawah
Jika tidak dapat dilakukan, memadai angguk dan senyum
Perempuan hulur dahulu
Jika perempuan tidak hulur tangan, lelaki jangan hulur (kalau tidak disambut,…) Kecuali pembesar, orang kenamaan yang menerima perkenalan (hulur dahulu)
SEMASA BERBUAL
Gunakan nada sederhana, usah tinggi & menonjol
Tidak monopoli perbualan
Usah keterlaluan dari segi bukan lisan
Usah berjenaka berlebihan
Usah ketawa kuat / mengilai
Elakkan berbisik dengan orang sebelah sahaja
Dengar dengan minat
Etika Dan Etiket Yang Baik Dalam
Komunikasi
1. Jujur tidak berbohong, 2. Bersikap dewasa tidak kekanak-kanakan, 3. Lapang dada dalam berkomunikasi, 4. Menggunakan panggilan / sebutan orang
yang baik, 5. Menggunakan mesej bahasa yang efektif
dan efisien,
Etika Dan Etiket Yang Baik Dalam
Komunikasi
6. Tidak mudah emosi / emosional, 7. Berinisiatif sebagai pembuka dialog, 8. Berbahasa yang baik, ramah dan sopan 9. Menggunakan pakaian yang pantas -
sesuai keadaan 10. Bertingkah laku yang baik.
Contoh Teknik Komunikasi Yang Baik
- Menggunakan kata dan kalimat yang baik sesuai lingkungan - Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh lawan bercakap - Menatap mata lawan bercakap dengan lembut - Memberikan ekspresi wajah yang ramah dan murah senyum - Gunakan gerakan tubuh / gesture yang sopan dan wajar - Bertingkah laku yang baik dan ramah terhadap lawan bercakap
Contoh Teknik Komunikasi Yang Baik
- Memakai pakaian yang rapi, menutup aurat dan sesuai situasi - Tidak mudah terpancing emosi lawan cakap - Menerima segala perbezaan pendapat atau perselisihan yang terjadi - Mampu menempatkan diri dan menyesuaikan gaya komunikasi sesuai dengan karakteristik lawan cakap. - Menggunakan volume, nada, intonasi suara serta kecepatan bercakap yang baik.
Contoh Teknik Komunikasi Yang Baik
- Menggunakan komunikasi non verbal
yang baik sesuai budaya yang berlaku
seperti berjabat tangan, merunduk, hormat,
cipika cipiki (cium pipi kanan - cium pipi
kiri).
SEKIAN
TERIMA KASIH