esus rstus - tjc sabah

25
Tuhan dan Juruselamat Kehidupan Baru Di Dalam Kristus

Upload: others

Post on 25-Dec-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: esus rstus - TJC Sabah

Yesus KristusTuhan dan Juruselamat

Kehidupan Baru Di Dalam Kristus

Page 2: esus rstus - TJC Sabah

Isi Kandungan Siapakah Yesus? 1Tuhan Menjadi Manusia 2Tuhan Atas Langit Dan Bumi 3Intipati Tuhan 5Sifat Keilahian Tuhan 6Masalah Manusia: Dosa 8Jawapan Tuhan: Yesus 10Keliharan Yang Luarbiasa 11Manusia Yang Adalah Tuhan 12Dia Menunjukkan Kita Jalan 13Dia Mati Di Atas Kayu Salib 14Dia Sekarang Hidup 16Dialah Satu-Satunya Jalan 18Dia Akan Datang Kembali 19

Page 3: esus rstus - TJC Sabah

1Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

SIAPAKAH YESUS?

Yesus ialah manusia yang paling berpengaruh yang pernah hidup. Manusia sejak berkurun-kurun lagi telah memperkatakan Dia, menulis

tentangNya, menginjil tentangNya malah mati untuk Dia. Bagaimana Dia boleh memiliki impak yang begitu mendalam serta meluas di bumi ini?

Pada zamanNya, Yesus telah melakukan tanda-tanda mujizat yang tidak pernah didengari oleh sesiapapun. Dia telah memberi makan kepada beribu-ribu orang dengan lima roti dan dua ikan. Dia mencelikkan mata orang buta, membuatkan orang lumpuh berjalan malah menghidupkan orang mati. Dari mana datangnya kuasa yang maha semulajadi ini?

Yesus pernah berjanji kepada para pemercayaNya kepenuhan rohani yang abadi. Dia menyakinkan pengikut-pengikutNya bahawa mereka akan mempunyai kedamaian yang kekal di dalam hati mereka malah Dia memberitahu manusia bahawa cara tunggal untuk memperolehi hidup kekal ialah dengan percaya dan mengikut Dia. Siapakah yang memberikan kuasa sedemikian untuk menawarkan janji-janji ini?

Page 4: esus rstus - TJC Sabah

2 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

TUHAN MENJADI MANUSIA

Pada hakikatnya, Yesus bukan hanya manusia sahaja; melainkan Dia ialah Tuhan yang mengambil rupa manusia. Dia bukan sahaja

tokoh sejarah; Dia ialah Pencipta Maha Kekal dan Mahaberkuasa. Dia bukan sahaja ialah seorang pemimpin agama; Dia ialah Tuhan dan Juru Selamat.

Walaupun Yesus telah dilahirkan pada zaman sejarah, Dia pada hakikatnya sedia wujud sebelumpun kelahiranNya ke dalam dunia ini. Dia tidak ada permulaan mahupun pengakhiran. Dia mengatakan diriNya sendiri, “Aku ialah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terkemudian, Yang Awal dan Yang Akhir” (Wahyu 22:13).

Oleh sebab itu, apabila kita membincangkan tentang Yesus, kita tidak boleh hanya memikirkanNya sebagai seseorang yang telah hidup dua ribu tahun yang lalu di tanah Palestin. Yesus ialah Tuhan yang abadi, yang merendahkan diriNya menjadi manusia demi menyelamatkan kita untuk masuk ke KerajaanNya yang kekal. Oleh itu, untuk memahami kehidupan dan perbuatan Yesus di era sejarah, kita perlu mengalihkan perhatian kita kepada Yesus, Tuhan yang kekal abadi, Pencipta dan Penguasa segala sesuatu.

Page 5: esus rstus - TJC Sabah

3Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

TUHAN ATAS LANGIT DAN BUMI

Tuhan yang perlu kita sembah bukanlah rekaan dalam minda kita. Tuhan-tuhan yang disembahkan oleh manusia cumalah ciptaan

manusia sahaja. Kita mesti mencari dan menyembah Tuhan yang benar kerana Dia yang mencipta kita dan membekalkan keperluan-keperluan kita, dan Dia ialah Raja dan Hakim yang kita harus berikan pertanggungan jawab.

Alkitab menjelaskan kepada kita siapakah Tuhan benar dan bagaimana hubunganNya dengan setiap kita. “Tuhan yang telah menjadikan bumi dan segala isinya, Ia yang ialah Tuhan atas langit dan bumi, tidak diam dalam kuil-kuil buatan tangan manusia, dan juga tidak dilayani oleh tangan manusia, seolah-olah Ia kekurangan apa-apa, kerana Dialah yang memberikan hidup dan nafas dan segala sesuatu kepada semua orang. Dari satu orang sahaja Ia telah menjadikan semua bangsa dan umat manusia untuk mendiami seluruh muka bumi dan Ia telah menentukan musim-musim bagi mereka dan batas-batas kediaman mereka, supaya mereka mencari Dia dan mudah-mudahan menjamah dan menemukan Dia, walaupun Ia tidak jauh dari kita masing-masing. Sebab di dalam Dia kita hidup, kita bergerak, kita ada” (Kisah Para Rasul 17:24-28).

Page 6: esus rstus - TJC Sabah

4 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

Hanya Yesus ialah Tuhan benar. Seperti yang dicatatkan dalam Alkitab: “Kerana di dalam Dialah telah menciptakan segala sesuatu, yang ada di syurga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, mahupun kerajaan, baik pemerintah, mahupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia. Ia ialah terlebih dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu ada di dalam Dia” (Kolose 1:16-17). Oleh itu, menyembah Tuhan atas langit dan bumi ialah percaya dan tunduk kepada Tuhan Yesus Kristus.

Page 7: esus rstus - TJC Sabah

5Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

INTIPATI TUHAN

Tuhan melebihi alam fizikal. Alkitab mengatakan: “Tuhan itu Roh” (Yohanes 4:24). Oleh sebab kita diam dalam cakerawala fizikal, maka kita tidak

dapat melihat ataupun menjamah Tuhan.

Tuhan wujud tersendiri dan kekal. Dia tidak ada permulaan mahupun pengakhiran. Tuhan Yesus mengisytiharkan: “Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Tuhan selain dari padaKu” (Yesaya 44:6). Tiada seorangpun yang berjaya menjadikan Tuhan itu manusia. Hanyalah Dia yang menciptakan segala sesuatu dan memberikan nyawa kepada setiap makhluk yang hidup.

Selaku Pencipta dan Penguasa atas segala sesuatu yang wujud, Tuhan ialah Maha Ada, Maha Kuasa dan Yang Mahu Tahu. RohNya menyerap keseluruhan cakerawala. Dia menahan dan menguasai kesemua penciptaan dengan kuasaNya yang besar. Dia juga mampu mengetahui dan melihat segala sesuatu termasuk niat hati kita.

Page 8: esus rstus - TJC Sabah

6 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

SIFAT KEILAHIAN TUHAN

Tuhan itu mahakudus. Sifat ilahiNya ialah standard moral yang mutlak. Tiada apa jua yang keji di dalamNya. Sebaliknya Dia membenci

segala kejahatan. Dia mengharapkan semua insan yang mempunyai kecekapan untuk membuat pilihan yang bermoral agar meneladani sifat keilahianNya.

Tuhan itu benar. Dia tidak berdusta. Dia tidak mengubah peraturanNya. Segala yang diucapkanNya dan yang dilakukanNya boleh dipercayai. Kita boleh bersandar kepada kesemua janjiNya kerana Dia sekali-kali tidak akan gagal memegang salah satu daripada mereka.

Tuhan itu adil. Dia sekali-kali tidak berat sebelah, tetapi menghukum mereka yang jahat dan memberi upah kepada mereka yang taat. Setiap manusia harus memberi pertanggungan jawab kepada Tuhan atas perbuatan mereka di hadapan takhta penghakimanNya. Dia akan melemparkan mereka yang jahat ke dalam nyalaan api yang kekal dan memberi upah kepada mereka yang taat dengan hidup yang kekal.

Page 9: esus rstus - TJC Sabah

7Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

Tuhan itu pengasih. Dia menjagai kita semua dengan mendalamnya kerana kita ialah anak-anakNya. Walaupun Dia itu adil, namun Dia masih menunjukkan belas kasihan dan kesabaran ketika kita memberontak terhadapNya, dengan mengharapkan kita akan berubah dan Dia bersedia mengampuni kita pada bila-bila masa kita kembali kepadaNya. Dia memaklumi dan bersimpati dengan kelemahan-kelemahan serta kepedihan kita. Itulah sebabnya Dia datang ke dunia ini – untuk mengeksperian kelemahan kita, merasai kepedihan kita, untuk menanggung penghukuman atas dosa kita dan membawa kita kembali ke hadiratNya.

Page 10: esus rstus - TJC Sabah

8 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

MASALAH MANUSIA: DOSA

Manusia sejak berkurun-kurun lagi telah mencarikan pelbagai cara untuk mengisi kekosongan dan kesepian dalaman. Hal-

hal seperti kesihatan, kenamaan, pendidikan, dan percintaan cuma membawakan kepuasan sementara sahaja. Demi mencarikan lebih banyak kepuasan ataupun demi untuk melepaskan diri dari masalah-masalah, manusia berpaling kepada dadah, seks, alkohol, parti-parti ghairah, kekerasan dan pelbagai lagi hal-hal berkenaan. Tetapi di sebalik mencarikan kepuasan, mereka berhadapan dengan kekosongan yang lebih besar, dan masalah bertimbun-timbun seperti kerosakan famili, pembunuhan diri dan jenayah yang kejam.

Kekosongan rohani ialah sesuatu yang tidak dapat dipenuhi dengan kenikmatan material mahupun kenikmatan fizikal. Kekosongan yang terkandung di dalam setiap insan ialah dibuahkan oleh dosa, suatu keadaan perenggangan kasih sayang dari Tuhan. Sebagaimana kita berharap mencarikan kegirangan yang sebenarnya, kita tidak dapat kerana kita telah menolak Tuhan sebagai Raja kita.

Page 11: esus rstus - TJC Sabah

9Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

Apa yang lebih mengerikan daripada kehampaan rohani ialah pemisahan yang kekal dari Tuhan. Sebagai orang-orang berdosa, kita kepunyaan dominion kegelapan dan tidak boleh memasuki Kerajaan Tuhan. Sebagai gantinya, apabila hari-hari kita di dunia ini tamat, kita semua harus menderita kesengsaraan di dalam api yang kekal.

Page 12: esus rstus - TJC Sabah

10 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

JAWAPAN TUHAN: YESUS

Tuhan bukanlah manusia unggul yang selalu menanti untuk menghukum kita kerana dosa-dosa kita ataupun hanya melihat masalah-

masalah kita dengan mata bersimpati dari jarak yang jauh, melainkan Dia ingin berkongsi penderitaan-penderitaan kita dan membantu kita. Dia prihatin tentang apa yang kita lalui. Apa yang paling penting ialah Dia mahu menyelamatkan kita daripada dominion kegelapan untuk memasuki kerajaanNya yang mulia.

Justeru itu, Tuhan melaksanakan kasihNya. Demi menyelamatkan kita dari penguasaan Syaitan, Tuhan perlu membayar suatu wang tebusan untuk dosa-dosa kita iaitu dengan nyawa seseorang yang langsung tidak pernah berdosa. Oleh kerana tiada seorangpun yang tidak berdosa kecuali Tuhan, maka Tuhan sendiri datang ke dunia ini dalam tubuh jasmani untuk mengorbankan nyawaNya demi kita semua. “Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup kekal” (Yohanes 3:16).

Page 13: esus rstus - TJC Sabah

11Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

KELAHIRAN YANG LUARBIASA

Kelahiran Yesus ke dalam dunia ini ialah yang paling luarbiasa. Dia dilahirkan oleh seorang perawan! Kelahiran Yesus sendiri telah

membezakanNya daripada insan manusia yang lain.

Sebagaimana ajaib kelahiranNya, Tuhan beratus-ratus tahun yang dahulu telahpun meramal kelahiran Yesus yang sejati sebelum ianya terjadi. “Sesungguhnya, seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang laki-laki, dan ia akan menamakan Dia * Imanuel” (Yesaya 7:14).

Oleh sebab Yesus berasal dari sifat yang keTuhanan, Dia tidak diturunkan dari nenek moyang manusia melalui perkahwinan. Dia dilahirkan oleh Tuhan, maka telah dipanggil sebagai Anak Tuhan. Alkitab memberitahu kita bahawa Maria didapati mengandung anak tersebut melalui Roh Tuhan. Melalui kelahiran yang ajaib ini, Yesus datang ke dunia ini sebagai seorang yang tidak berdosa yang kesudahannya ialah mengorbankan diriNya demi dosa-dosa manusia.

* Imanuel bererti Tuhan menyertai kita.

Page 14: esus rstus - TJC Sabah

12 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

MANUSIA YANG ADALAH TUHAN

Oleh sebab Roh Tuhan tidak dibatasi oleh ruangan ataupun masa, maka apabila Yesus berjalan di atas air, Dia juga berada di Syurga,

dan masih memenuhi cakrawala ini. Tuhan yang sama telah memainkan peranan sebagai Tuhan dan hamba, Bapa dan Anak pada satu masa yang sama. Yesus dipanggil sebagai Anak Tuhan. Namun sebenarnya Dia ialah manifestasi Bapa dalam bentuk manusia. Oleh itu, Tuhan Yesus berfirman: “Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa” (Yohanes 14:9).

Walaupun Yesus ialah Tuhan, Dia berkongsi kemanusiaan kita. Walaupun Dia tidak pernah melakukan dosa, namun Dia dapat merasakan godaan. Walaupun Dia berfirman dengan penuh autoriti, namun Dia melayani orang lain dengan orang lain dengan rendah hati. Meskipun Dia melakukan perbuatan yang ajaib, namun Dia masih merasai kelaparan, kehausan, kelesuan dan kepedihan.

Page 15: esus rstus - TJC Sabah

13Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

DIA MENUNJUKKAN KITA JALAN

Sebagai Tuhan, Yesus memanifestasi sifat keilahian Tuhan dalam kepenuhanNya melalui firman dan perbuatan-perbuatanNya. Dia menyatakan Tuhan

kepada kita supaya kita dapat mengenali Tuhan dengan seikhlasnya. “Sebab dalam Dia(Yesus)lah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan keTuhanan” (Kolose 2:9). Dalam Yesus, kita dapat melihat Tuhan benar yang tersempurna dalam keadilan dan kasih.

Yesus tinggal di antara kita dan berbicara dengan kita melalui cara-cara yang kita fahami. Ia menawarkan penyembuhan, pimpinan dan penghiburan. Ia memberitakan khabar baik tentang kedatangan Kerajaan Tuhan. Dia juga mengajarkan kita bagaimana menjalani kehidupan yang berkenan kepada Tuhan dan menunjuk kepada kita jalan untuk kembali kepada Tuhan.

Page 16: esus rstus - TJC Sabah

14 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

DIA MATI DI ATAS KAYU SALIB

Yesus juga dipanggil “Kristus” yang bermakna “Yang diurapi”. Tuhan mengurapkan Yesus menjadi Raja, Nabi dan Imam, untuk

memerintah di dalam hati manusia, mengistiharkan mesej keselamatan dan mempersembahkan diri sendiri sebagai korban untuk umat manusia.

Misi Yesus ialah menyelamatkan umat manusia daripada dosa. Untuk berbuat demikian, Ia telah mati menggantikan kita, Ia telah dihukum untuk disalibkan, menghadapi cara kematian yang menyiksakan. Walaupun Ia mempunyai kuasa untuk menghapuskan dunia, namun Ia merelakan diri untuk menyerahkan nyawaNya sendiri. Di atas kayu salib, Dia menjadi seorang dosa, memikulkan dosa-dosa seluruh dunia dan mengalami kesiksaan ditolak Tuhan. Walaupun kita yang seharusnya dihukum, namun Tuhan Yesus telah menanggung segala hukuman kita. Kerana Dia, Yang Benar, mati untuk orang-orang fasik, maka setiap yang percaya kepadaNya hari ini, akan beroleh hidup kekal. Ia merupakan jambatan yang menghubungkan kita ke sorga. Dia ialah Juruselamat dunia. Oleh iman di dalam Tuhan Yesus Kristus, kita akan menerimakan hidup kekal dan luput daripada api neraka.

Kisah Tuhan Yesus di atas kayu salib ialah satu kisah kasih teragung. Ianya merupakan kisah di mana Pencipta mati untuk makhluk-makhluk ciptaanNya

Page 17: esus rstus - TJC Sabah

15Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

sendiri. “Akan tetapi Tuhan menunjukkan kasihNya kepada kita, oleh kerana Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa” (Roma 5:8). Dari raja-raja ke para pengemis, daripada para cendekiawan ke para buta huruf, daripada yang tua hingga yang muda, daripada negara-negara maju ke negara-negara primitif, kisah kasih ini diceritakan berulang-ulang dengan tidak henti-henti sehingga ke hari ini, ianya masih terus diceritakan.

Page 18: esus rstus - TJC Sabah

16 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

DIA SEKARANG HIDUP

Kuasa penyelamatan Yesus tidak berakhir selepas kematianNya. Memandangkan Dia ialah Tuhan, Tuhan atas kehidupan, maka maut

tidak berkuasa atasNya. Ia bangkit dari antara orang-orang mati tiga hari selepas Ia dikuburkan. Kemudian menampakkan diri kepada murid-muridNya sebelum terangkat ke Sorga. Seperti yang telah dijanjikanNya, Dia telah mengutus Roh Kudus menjadi Penolong peribadi kita, mengajar dan mentransformasikan kita untuk hidup menurut kehendak Tuhan.

Page 19: esus rstus - TJC Sabah

17Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

Murid-murid Yesus memberitakan bahawa Yesus ialah hidup. Sehingga ramai di antara mereka menderita penganiayaan dan mati shayid semata-mata kerana memberitakan bahawa Yesus hidup. Hari ini, umat kristian seluruh dunia juga mengakui bahawa Yesus hidup. Dia ialah Tuhan Kerajaan Sorga yang selayak-layaknya dipuji dan disembah kita. Kerana Ia hidup, maka Ia masih mengabulkan doa, mentransformasikan begitu banyak kehidupan dan mengaruniakan Roh Kudus kepada setiap yang memohon kepadaNya.

Tuhan Yesus berjanji kepada para pengikutNya: “Sebab Aku hidup dan kamupun akan hidup” (Yohanes 14:19). Oleh kebangkitanNya dan pembaharuan yang dikerjakan RohNya, maka kita kini beroleh kehidupan baru, suatu kehidupan yang penuh makna dan pengharapan, suatu kehidupan kekal.

Page 20: esus rstus - TJC Sabah

18 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

DIALAH SATU-SATUNYA JALAN

Yesus Kristus ialah jalan ke sorga. Dengan melunaskan hutang-hutang dosa kita dan mengalahkan kuasa jahat, Tuhan Yesus

telah membuka bagi kita pintu keselamatan: “Dan keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan” (Kisah Para Rasul 4:12). Hanya di dalam Dia sahaja kita akan benar-benar beroleh kemerdekaan, damai sejahtera, sukacita dan pengharapan.

Kita sekali-kali tidak akan sampai ke sorga dengan mempercayai dan bersandar kepada seseorang pemimpin agama atau cuba-cuba ‘menawan dan menyenangkan hati seseorang’. Hanyalah orang-orang yang menempuhi jalan Tuhan saja yang layak masuk ke dalam kerajaanNya. Kita mesti percaya Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat kita dan menjadi muridNya. Tiada lagi sebarang jalan yang lain. Secara terang-terangan Tuhan Yesus berkata: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup” (Yohanes 14:6).

Page 21: esus rstus - TJC Sabah

19Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

DIA AKAN DATANG KEMBALI

Sebelum kembali ke sorga, Tuhan kita menghiburkan murid-muridNya: “Di rumah BapaKu banyak tempat tinggal. ……Sebab Aku

pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. Dan apabila Aku telah pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempatKu, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada” (Yohanes 14:2,3). Tuhan Yesus yang berada di Sorga, akan datang kembali. Ia pernah datang ke dunia dalam rupa hamba untuk mati demi dosa-dosa kita, dan Ia akan datang kembali, kali ini sebagai Raja dan Hakim.

Ia akan menjalankan penghakimanNya yang terakhir berdasarkan keadilan. Dia akan menghakimi setiap orang setimpal dengan perbuatannya, termasuk yang baik dan yang jahat. Sehingga mereka yang mati akan bangkit untuk berdiri di hadapan takhta penghakiman untuk mendengar hukuman yang menimpa mereka. Setiap mereka yang tidak percaya dan yang tidak taat akan dilenyapkan daripada hadiratNya untuk masuk ke dalam api dan kegelapan kekal, sebaliknya Dia akan menyambut setiap pemercaya ke dalam kerajaan kekalNya. Alam semesta fizikal ini akan dilenyapkan dalam nyalaan api. Lantas, Tuhan akan membangunkan satu ciptaan baru, yakni langit baru dan bumi baru untuk mereka yang selamat (Lihat: II Petrus 3:7-13).

Page 22: esus rstus - TJC Sabah

20 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

Hai kawan-kawan, Tuhanlah sebabnya kita terus hidup. Tujuan kehidupkan kita ialah hidup menurut kehendakNya agar kita akan dipersatukan dengan Bapa Sorga suatu hari nanti. Dengan pengharapan yang penuh girang ini, kita menantikan kedatangan kembaliNya dan kita mengharap dengan sesungguhnya kepada Kerajaan Sorga di mana kita akan bersama-sama Tuhan sampai selama-lamanya.

Percaya dan bersandarlah kepada Tuhan Yesus sebagai Tuan dan Juruselamatmu* Dia akan menyelamatkan kamu; Dia akan memberikan sukacita dan damai sejahtera di dalam kehidupanmu dan Dia juga akan menyambut kamu ke dalam kerajaanNya tatkala kamu menghabiskan perjalanan kehidupan ini.

* Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan, sila mintakan risalah bersiri ini dan hubungilah Gereja Yesus Benar yang terdekat dengan anda.

Page 23: esus rstus - TJC Sabah

21Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

Lampiran:

Berserulah Kepada Tuhan Melalui DoaMulakan kepercayaan peribadimu dengan doa. Sewaktu kamu mengkajikan kebenaran, pelajarilah juga untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Walaupun kita tidak dapat melihat Tuhan, doa yang beriman membolehkan kita merasakanNya dalam cara-cara yang ajaib.

Pejamkan mata dan tumpukan perhatian; sujud berlutut, tanda kita merendahkan diri di hadiratNya. Mulakan doamu dengan berkata: “Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa”. Janji Tuhan: Dan apa jua yang kamu minta dalam namaKu, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan dalam Anak” (Yohanes 14:13). Hanya dengan nama Tuhan Yesus sahaja kita mempunyai hak istimewa untuk menaikkan permohonan kepada Tuhan. Justeru itu, kita berdoa di dalam namaNya.

Kemudian berkata: “Haleluya, Puji Tuhan Yesus”. “Haleluya” bermakna: “Terpujilah Tuhan” . Sedemikianlah jemaah di sorga memuji-mujikan Tuhan. “Kemudian dari pada itu aku mendengar seperti suara yang nyaring dari himpunan besar orang

Page 24: esus rstus - TJC Sabah

22 | Yesus Kristus - Tuhan dan Juruselamat

banyak di sorga, katanya: “Haleluya! Keselamatan dan kemuliaan dan kekuasaan ialah pada Tuhan kita” (Wahyu 19:1).

Doa ialah cara meluahkan segala fikiran dan perasaanmu kepada Tuhan. Pujilah dan bersyukurlah kepadaNya kerana mengaruniakan kepadamu nyawa dan kesempatan untuk mengenaliNya. Beritahukan kepadaNya segala masalah dan kekuatiranmu. “Serahkanlah segala kekuatiranmu kepadaNya, sebab Ia yang memeliharamu” (I Petrus 5:7).

Mintakan Dia supaya mengampuni kamu, mengajari kamu dan membantu kamu. Buatlah satu komitmen untuk menerima Injil dan taat pada Yesus sebagai Tuhanmu. Mintalah Roh Kudus untuk masuk ke dalam hatimu dan ke dalam kehidupanmu untuk menjadi Penolongmu. Hauskan dan rindukanlah Tuhan seperti mana kamu menghauskan air.

Relakanlah dirimu untuk menerima Tuhan: “Ya Tuhan, aku ingin menerimakan Engkau ke dalam hidupku dan mematuhi kehendakMu. Pimpinlah aku untuk lebih mengenali Engkau dan perkuatkanku dengan RohMu”.

Apabila habis berdoa, kata: “Amin”, satu ekspresi yang bermakna: ‘sesungguhnya’ ataupun ‘kiranya terjadi seperti ini’.

Page 25: esus rstus - TJC Sabah

23Kehidupan Baru Di Dalam Kristus |

Tuhan mencarikan keikhlasan dan kejujuran. Seandainya kamu berdoa kepada Dia dengan segenap hati sambil berseru: “Haleluya”! Tuhan yang menguji hatimu akan memimpin kamu dan membekalkan segala keperluanmu.