eskipunnamaku - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/21163/1/scan0008.pdf · arahan ketua....

4

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: eskipunnamaku - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/21163/1/scan0008.pdf · arahan ketua. Ketika bersara daripada tentera aku terus bekerja sebagai pegawai kese lamatan di
Page 2: eskipunnamaku - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/21163/1/scan0008.pdf · arahan ketua. Ketika bersara daripada tentera aku terus bekerja sebagai pegawai kese lamatan di

eskipunnamakuMerdeka, tetapiaku tidakpernah merde­ka. Aku terku­

rung dalam kehidupan tradisiyang memenjara hidupku.

AIm merdeka, tetapi terpen­jara.

Aku masih ingat ketikamula-mula masuk sekolahdarjah satu. Guru memanggilnamaku, "Siapa Merdeka?" Akupantas mengangkat tangan danmenyahut, 'Saya!' 1<etika ituseluruh kelas ketawa. AIm tahunamaku itu tidak seperti nama­nama yang lain seperti Ahmad,Sulaiman, Faridah, Ramidah,Kamsiah, Omar dan banyaklagi. Aku juga berasa pelikdengan nama yang diberikanoleh bapaku itu. Rupa-rupanyaaku lahir pada 31 Ogos 1957.Mungkin bapaku terlalu patri­otik atau sebagai jalan mudahuntuk menamakan diriku yangtiba-tiba hadir ketika orangsibuk menyambut merdeka.

Kini umurku sudah 57tahun.Bermakna sudah 57 tahun akumerdeka. Tapi padaku akutidak pernah merdeka. Akutidak pernah merasai nikmatmerdeka. Kalau 'merdeka'bermakna 'kebebasan', sebe­narnya aku juga tidak pernahmerasai 'bebas' itu. AIm tidakbebas seperti anak-anak lain.Sehinggalah aku dewasa akutidak pernah merasai nikmatkebebasan yang sebenarnya.

Siapakah yang ber­tanggungjawab menjajah dirikuitu?

Sudah tentulah ibu bapakusendiri. Mereka tidak pernahmemberikan kemerdekaansepenuhnya kepadaku. Me­reka mengongkong kehidu­panku sejak kecil sehinggalahdewasa. Meskipun kini ibubapaku sudah tiada, tinggalaku menentukan hidup sendiri,tetapi mereka telah menguncihidupku dengan tradisi yangdipaksakan terhadapku sejakaku kecillagi. Hingga bila akudewasa aku terpaksa memba­wa semua doktrin hidup yangdibebankan di bahuku. Bebanitu seperti telah terpatri kejapdi bahu kehidupanku yang ter­paksa ku bawa ke mana-manajua. Apakahaku salah memberitafsiran terhadap makna sebe­nar kerrterdekaan itu?

Ketika aku sudah mulabersekolah, aku sudah mera­sai bahawa aku akan terusdidoktrinkan menjadi apa sajayangibu bapaku suka. Ada rotandan ugutan di tangam mereka.Engkau mesti belajar. Orangyang belajar 'saja akan dapatmembebaskan diri daripadakebebalan. Sebenarnya kebeba­Ian dan kebodohanlah penjajahyang sebenarnya. Bukan merekayang datang ke negara kita, yangmemberikan sekolah, yangmemberikan jalan raya, yangmemberikan kita pekerjaan.

"Kamu mesti belajar

bahasa Inggeris!"Itulah kata putus mereka

terhadap masa depanku. Bagimereka bahasa Inggeris adalahbahasa kemajuan. Bahasa Ing- .geris adalah bahasa pekerjaan.Bahasa Inggeris adalah bahasaintelektual.

Entah kenapa aku begrtumembenci bahasa Inggeris.Setelah enam tahun belajar disekolah Melayu, kemudian bera­lih kepada bahasa pengantarInggeris di sekolah Inggeris, akuberasa bagai dijajah kembali.

Bermula daripada kegaga­lanku semasa di sekolahmenengah aku terus diburuoleh kegagalan demi kegagalandalam hidup. Begitulah biar­pun aku merdeka, tetapi padahakikatnya aku tidak pernahmerdeka.

Ayah dan ibuku sendiri tidakpeduli sama ada aku berjayaatau tidak dalam hidup ini.Bagi mereka tugas mereka telahselesai selepas saja memberikannama padaku, iaitu Merdeka.Bagi mereka dengan nama ituaku boleh berdikari. AIm bolehhidup sendiri dengan baki pen­didikan penjajah yang masihdiamalkan di negara ini.

Ketika itu baru aku mema­hami bahawa biar namaku Mer­deka, jika diri tidak diisi denganilmu di dada kita akan terusdijajah. Barulah aku memahamimengapa bapaku menamakandiriku Merdeka.

AIm hanya diterima bertugas

sebagaitentera.Ketikadite­muduga,aku terus di-terima setelah lulus juga sesipemeriksaan kesihatan dankecergasan. Tentang namakuitu juga sebenarnya memberikeberuntunganjuga kepadaku.Pegawai penemuduga amat ber­minat dengan namaku. Merekamenyatakan tugas tenteramemang tugas orang seperti­ku, iaitu orang yang namanyaMerdeka. Tentera akan bertugasmemastikan negara sentiasamerdeka daripada penjajah.Penjajah telah pergijadi sesuai­lah Merdeka mempertahankannegaraini.

"Merdeka!" pekik merekakuat.

AImjuga spontan menyahut,"Merdeka!" lebih lantang.

Entah kenapa ketika dalamlatihan lagi aku berasa kemer­dekaan itu tidak ada maknalangsung. AImberasa tidak mer­deka juga. Aku dijajah denganpelbagai peraturan tentera yangketat. Didera dengan pelbagailatihan yang begitu mengujifikiran dan semangatku. Berla­ri dengan memikul beban begdi belakang dengan membawasenjata beberapa kilometer.Mengharung hutan, sungai,gunung dan lembah. Semuanyamenuntut semangat merdekayang begitu mencabar. Rupanya

kemerdekaanbukan sesuatuyang begitu mudahseperti nama yang terte­ra dalam kad pengenalan.

Sehinggalah tamat latihandan bertugas. di kern di selu­ruh negara, aku adalah wajahmerdeka yang berada di medanhadapan, tetapi terluka dalamkehidupan. Semasa beradadalam perut lori tentera melihatke luar lebuh raya ketika dihan­tar untuk bertugas di mana akusering membisikkan pada diri,"AImadalah kemerdekaan yangsentiasa siap dengan senjatauntuk berperang entah dengansiapa?"

Ringgalah aku berumahtangga dan mempunyaisejumlah anak merdeka,sehinggalah aku bersara akubelum pemah mencapai maknamerdeka sepenuhnya. Rupa­nya aku terpaksa bekerja lebihkeras untuk menjaga rumahtanggaku, menyara anak­anakku, membesarkan mereka,menyekolahkan mereka.

Sudah berkali-kali juga akuturut serta dalam perbarisanmenyambut Rari Kebangsaanatau Rari Kemerdekaan, tetapiaku tetap seorang tenterayang sentiasa berada di bawah

Page 3: eskipunnamaku - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/21163/1/scan0008.pdf · arahan ketua. Ketika bersara daripada tentera aku terus bekerja sebagai pegawai kese lamatan di

arahan ketua. Ketika bersaradaripada tentera aku terusbekerja sebagai pegawai kese­lamatan di sebuah pasar raya.

, Begitulah mahalnya hargasebuah kemerdekaan. Hanyapada nama tetapi aku tidakpernah merasai nikmat mer­deka itu. Aku hanya seorangtentera pada mulanya, akuhanya seorang pegawai penjagadi sebuah pusat beli-belah ataupasar raya pada akhirnya.

Di pusat beli-belah inilahaku melihat gelagat anak-anakmerdeka yang lebih banyakmembuang masa dengan ber­sidai sepanjang masa. Merekasanggup datang pagi-pagi lagi,lebih-Iebih lagi pada hujungminggu hinggap dari satupintu kedai ke pintu kedailain dan akhirnya berdedai dikaki lima dan tempat terbukahanya untuk memerhatikanorang yang datang dan pergi.

AIm sering memerhatikangelagat mereka mengusik anakgadis yang juga datang hanyauntuk memperagakan diri.Kebanyakan mereka akhirnyaakan masuk ke dalam kum­pulan itu dan akan berakhirke mana saja. Sudah tentumereka akan mencari tempatyang sesuai untuk bercanda.Akhirnya wajah mereka meng­hiasi media perdana denganpelbagai masalah sosial yangmelanda negara yang sudahmerdeka ini.

Inilah makna merdeka bagimereka.

Aku si Merdeka ini hanyamampu bermimpi. Aku hanyaseorangjaga yang tidak punyakuasa ke atas pasar raya ini.

Jika aku mati pun keranamempertahankan keselama­tan pasar raya ini, aku hanyaakan dikenang sebagai orangbail< yang sanggup berkorbandemi orang lain.

Lebih malang lagi akugagal mendidik anak-anakku.Mereka terus membebaskandiri daripada konkonganku,si bapa Merdeka yang tidakpunya kuasa meskipun seba­gai seorang bapa. Satu-satumereka dewasa dan satu-satumereka mempersoal kemam­puan diriku. Bagi merekaaku bagai sebuah negarakava, tetapi tidak mempunyaiharta. Aku bagai pemimpinnegara, tetapi tidak mempu­nyaikuasa.

Satu-satu mereka pergimeninggalkan kehidupan dirumah Merdeka yang tidakmenjanjikan masa hadapan.Mereka memilih jalan sendi­ri. Mereka semakin sinis dankritis terhadap diriku yangbertanggungjawab mela­hirkan mereka ke dunia. Bagimerekasebuah kemerdekaansebenar bukan hanya padanama, tetapi sewajarnya dapatdirealisasikan dalam bentukkekayaan dan kekuasaan.

"Ayah miskin fikiran!" katamereka menuduh.

"Anakku! Memang benar,pada nama saja ayah Merdeka,tetapi sebenarnya kita masihterjajah. Ayah miskin fikiran,tetapi kamu terjajah fikiran.Meski penjajah telah lamapergi, tetapi mereka datangkembali dalam bentuk globa­lisasi dan kamu semua hanyutdi dalamnya."

PROFIL

Shapiai MohdRamly

® DilahirkanGunung5emanggol, Perak, pada 26Ogos 1950 dan menetapdi Johor sejak 1971.

® Lulusan ijazah sarjanaUniversitiPertanianMalaysia(UPM)

® Pernah memenangiHadiah KetigaPeraduanMengarang CerpenEsso-GAPENA(1983),Hadiah Kedua PeraduanMengarang Cerpen .Esso - GAPENAke-V1danHadiah 5agu Hati PeraduanMengarang cerpen Esso­GAPENAke-Vll dan Vll1.Turut terbabit dalamgenre puisi dan buku.

Pengarangkreatif dipelawa

menghantarcerpen bermutu

dan bermoralke halaman

Sanggar Kreatif,Kembara, BH Ahad

melalui [email protected]. Pengirimwajib menyertakan

biodata, nomborkad pengenalan,alamat lengkap,nombor telefon,

gambar yangjelas berukuran

2 megabait.menggunakansistem JPEG,

nombor akaunMaybank atau

CIMB.Cerpen tidakboleh melebihi

110 barisan.

Page 4: eskipunnamaku - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/21163/1/scan0008.pdf · arahan ketua. Ketika bersara daripada tentera aku terus bekerja sebagai pegawai kese lamatan di

Sudut puis;

SAMBUT MERDEKA

Sambut merdeka dengan ceriatunjukkan kita warga setia.

Sam but merdeka penuh semangatkibarkan Jalur Gemilangperlu diingat.

Sambut merdeka ber­

sama keluargasambil berhibur adat dijaga.

Sam but merdeka beramai-ramai

cintakan negara perlu disemai.

Sam but merdeka berbaju baruhargai pengorbananpemimpin dulu.

Sambut merdeka pergi ke pekanbaru bersemangat kita rayakan.

Sam but merdeka bersama tekadmajukan negara ting-gikan martabat.

Sambut merdeka kibarkan bendera

pupuk semangat cintakan negara.

Sam but merdeka ber­

sama pemlmplnkukuhkan perpaduan mesra dijalin.

Selamat menyambut Hari Merdekahari bersejarah penuh makna.

PENA MUTIARA,Taman Keramat Permai CAUl)

TERIMA KASIH,MERDEKA

Terima kasih untuk segalamemberi makna sebuah hidupmengusung hayatdi tanah sejagat. .

Engkau memberinilai dan erti

menghirup bebasdengan udara maruahdi mana tumpahnya darah.

Engkau mengajardi mana berdiri

daulat bangsa di negeri sendiri.

Bukan dengan hanya memintatetapi memberidengan segala rela.

MARSLI NO

Balok Maju, Kuantan,

MERDEKA KITA

Merdeka yang kita rasaterucap pada kata-katajika ditanya pada jiwamungkin lain jawabnya.

Kita laung merdekakuat dan bertenagatapi jika ditanya pada jiwamungkin tidak senada.

Kita kata merdeka

macam kita cinta negarajika ditanya pada jiwasanggupkah berkorban untuknya.

Kita memang merdekatapi hanya pada kata-katasedang jiwa dan mindamasih terjajah.

MAZNIAH MD YUNUS

Lading Pasir Logok, Kota Tinggi

TANAH TUMPAHDARAHKU

Menanti ke~ibaanmuhari demi harisaat demi saat

dengan seribu senyuman.

Titisan darah

yang penuh perjuanganmenjadi kenyataan .menjadi kejayaan.

Kerana engkaukini dan selaman'iaaku gembiraaku bebasaku berilmu

menandingi duniamencabar dunia

dengan ...senjata MERDEKAdanpeluru PERPADUAN.

Aku, engkau, mereka dan lain lainmenjadi KAMIdi bawah sloganSATU MALAYSIA.

Dulu hari ini dan esokaku tetap di sininegara yang indah

maju danmakmur

tanah tumpah darahku

Merdeka!Merdeka'Merdeka!

OTHAYAKUMARANKANDASAMYIPG Kampus Sultan Abdul Halim