esei ilmiah falsafah pendidikn kebangsaan
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
1/19
KURSUS
GROUP EL=A-17
PENSYARAH: EN.ZAINI B.ABDULLAH
TAJUK TUGASAN
Esei Ilmiah
NAMA:
NORFAIZAH AINI BINTI AHMAD ZUHDI
NO. MATRIK
D20102042731
1
KPF3012 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Dasar Dan Falsafah
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
2/19
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):huraian dan penghayatan. Tuliskan esei
tentang tajuk di atas mengikut soalan berikut:
a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut
memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
b) Cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran.
Pengenalan
Sebelum menjawab soalan dari bahagian (a) dan (b) terlebih dahulu mari kita
lihat apakah yang dikatakan sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Sebenarnya Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan
pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin
berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara,
iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-
1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-
pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-
keperluan individu, masyarakat dan negara. FPK digambarkan sebagai medium
penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa masyarakat dan
hasrat negara seperti berikut :
Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu
falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada dua
perkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala
Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga
2
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
3/19
penjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah
mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan
penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah
perkembangan manusia.
E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan
falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item.
Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan
falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap
perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran
atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian
secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.
Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare
yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal
Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan
merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak,
dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat
yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan
yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi
dan sains (Russel, 1946).
Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal,
dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori
kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.
3
http://ads.clicksor.com/search.php?q=usahahttp://ads.clicksor.com/search.php?q=usaha -
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
4/19
Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam
merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara
Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan
inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi
pendidikan.
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
FPK menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang
pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasar-
dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal
(tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya, ...ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi.... Gabungan kesemua
item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh
negara Malaysia.
Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini
secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah.... Perkataan berterusan
menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan
berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan pendidikan
berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.
Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, ...bertujuan melahirkan
4
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
5/19
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, ....
Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum, ko-
kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang
sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat
Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut.
Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para
guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, lanjutan penghasilan
falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan
ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.
B agaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit
tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
Pembentukan FPK merujuk variasi faktor yang perlu dipertimbang
memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk
bangsanya. Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar
pendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul di kemudian
hari.
Jika dilihat dari konteks agama pengetahuan dan pengalaman terhadap isi
kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme
keguruan ialah agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia. Agama Islam
diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretan kepercayaan lain dianuti
secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. Agama Islam menjadi
rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK. Unsur agama tersebut dapat
dihayati di dalam pernyataan ...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
5
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
6/19
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan....
Kedua jika dilihat dari konteks sosial pengetahuan dan pengalaman terhadap
isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembanganprofesionalisme
keguruan ialah meliputi hierarki dan struktur masyarakat setempat serta
kebudayaannya. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung kepada variasi
amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama, hormat
menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang stabil. Tujuan
ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu ...memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Ketiga jika dilihat dari konteks politik pengetahuan dan pengalaman terhadap
isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembanganprofesionalisme
keguruan ialah dalam menentukan ideologi negara lantas mempengaruhi dasar
pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK
yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan.
Keempat, jika dilihat dari konteks ekonomi pengetahuan dan pengalaman
terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan
profesionalisme keguruan ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan
kemajuan negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat
membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya
pengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi
penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara.
Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi, iaitu
...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.
6
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
7/19
Faktor individu
Kelima, Jika dilihat dari konteks individu pengetahuan dan pengalaman
terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan
profesionalisme keguruan ialah individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan
individual seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi aspek-aspek J-E-
R-I (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelas terpampang di dalam
ayat pertama FPK
Keenam, Jika dilihat dari konteks sejagat pengetahuan dan pengalaman
terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan
profesionalisme keguruan ialaht yang menitik berat pandangan dan visi sedunia,
perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi
sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.
Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan antarabangsa turut
mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya, program pendemokrasian
pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup
dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada tahun 1980 telah
dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan...
7
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
8/19
Elemen-elemen FPK dan cabang rujukan falsafah
Barisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara, iaitu Rukun
Negara, DEB dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empat
cabang falsafah pendidikan, iaitu; metafizik, aksiologi, epistomologi dan logik. FPK
mendukung 17 elemen yang diklasifikan sebagai satu aspek yang dipandang serius.
Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang falsafah :
Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah
Bil. Cabang
Falsafah
Elemen-elemen Implikasi
1 epistomologi pendidikan suatu usaha
berterusan
a. Pendidikan adalah suatu
proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran
dan nilai murni;
b. Proses pendidikan yang
berterusan bagi membantu
individu menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan.
2 metafizik perkembangan potensi
individu
a. Setiap individu telah
diberkati Tuhan dengan bakat,
potensi dan kebolehan yang
mungkin terpendam dan perlu
dicungkil;
b. Pendidikan seharusnya
memberi peluang individu
untuk berkembang bakat,
8
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
9/19
potensi dan kebolehan mereka
menerusi interaksi sosial
dengan orang lain dan
pragmatik.
3 metafizik perkembangan individu
secara menyeluruh dan
bersepadu
a. Bakat, potensi dan
kebolehan tidak boleh
dikembangkan secara
berasingan; sebaliknya
dihubungkait atau diselaraskan
bagi mengelakkan
pertentangan antara satu sama
lain;
b. Perkembangan dan
peningkatan seelok-eloknya
merangkumi empat aspek; iaitu
J-E-R-I.4 epistomologi insan yang seimbang dan
harmonis
a. Keimbangan antara
keempat-empat aspek di atas
akan menghasilkan individu
yang mampu hidup secara
harmonis dengan diri dan
orang lain;
b. Individu sedemikian
memiliki ketahanan untuk
menghadapi segala cabaran
hidup serta sanggup
berhadapan dengan apa jua
masalah yang timbul.5 metafizik unsur intelek a. Berkemahiran untuk berfikir
9
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
10/19
secara kreatif dan senantiasa
berusaha memperoleh dan
mengembang ilmu yang betul,
b. Sangup untuk berkongsi
ilmu dengan orang lain dan
persekitaran
(menyebarluaskan ilmu).
6 epistomologi unsur rohani a. Menyedari dan percaya
kepada Tuhan dan sentiasa
bersyukur;
b. Berakhlak mulia dan
berpegang kepada nilai-nilai
murni.
7 aksiologi unsur emosi a. Mempunyai emosi yang
matang dan stabil;
b. Mempunyai sifat kekitaan dan
perpaduan.
8 logik unsur jasmani a. Menyedari tentang
kepentingan kesihatan fizikal;
b. Mengembangkan bakat dan
kemahiran teknikal, manipulatif
dan sosial.
9 aksiologi kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan
a. Menyedari bahawa hukum dan
fenomena alam merupakan
peraturan yang ditetapkan oleh
Tuhan;
b. Menyedari dan insaf bahawa
individu bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas segala
10
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
11/19
perbuatan dan tindakannya;
c. Mengamalkan segala ajaran
agama yang dianuti.
10 epistomologi rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan
a. Cintai ilmu pengetahuan;
b. Berusaha memupuk budaya
ilmu dan budaya membaca;
c. Mempunyai fikiran yang luas
dan terbuka.
11 logik rakyat Malaysia yang
berketerampilan
a. Mempunyai kecekapan dan
kompetensi diri;
b. Berpandangan jauh dan
berinisiatif;
c. Memupuk pembawaan diri
yang baik.
12 aksiologi rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia
a. Mempunyai perwatakan diri
yang baik;
b. Berpegang kepada nilai-nilai
murni dan moral sebagai
prinsip hidup.
13 logik rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab
a. Boleh dipercayai;
b. Menjalankan tugas dengan
amanah, bersih dan cekap;
c. Berusaha untuk meningkatkan
diri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara.
14 aksiologi rakyat Malaysia yang
berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri
a. Berfikiran waras dan berjiwa
tenang;
b. Mempunyai daya ketahanan
yang kuat untuk menghadapi
cabaran hidup.
11
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
12/19
15 logik rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan
negara
a. Berusaha memupuk
perpaduan rakyat
bermediumkan sifat toleransi,
bertimbang rasa, kekitaan,
hormat-menghormati dan
sebagainya;
b. Mempertahankan maruah diri,
profesion agama, bangsa dan
negara.
16 logik berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri
a. Berdaya tahan fizikal dan
mental yang mantap;
b. Berkebolehan mengharungi
liku-liku hidup yang kian
mencabar dari masa ke
semasa.
17 logik sumbangan terhadap
keharmonian dan
kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara
Bersemangat patriotik;
b. Menjadikan Rukun Negara
sebagai amalan hidup.
Deduktifnya, sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah
berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek yang
dipandang serius sewajarnya diberi penekanan.
Cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran.
Cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi
paparan tanggungjawab para pentadbir sekolah, para guru, penyediaan aktiviti
12
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
13/19
kurikulum dan kokurikulum di medium yang dinamakan sekolah. Sekolah bertindak
sebagai sarana penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh
variasi pihak memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa
yang bakal tiba suatu hari nanti.
Selain itu, cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
tentang isi kandungan unit pelajaran tentang pendidikan yang dihasilkan adalah
menyeluruh dan bersepadu demi peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke
dalam rutin seharian dapat dipraktik para murid. Tambahan lagi, pendidikan
ditafsirkan di dalam FPK sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan
potensi para murid yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam
Rukun Negara.
Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok
masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan senantiasa
berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah semulajadi insan.
Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan terhadap kemakmuran variasi
pihak.
Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru; yakni
peranan pihak pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana kemudahan
yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan, pelaksanaan aktivti kurikulum dan
kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang disediakan di setiap sarana
FPK.
Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian
demi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yang terkandung di
13
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
14/19
dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya, kajian yang terlibat
adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau sebaliknya, pemerhatian
menerusi senarai semak, dan borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel
guru secara rawak. Analisis para respondan dibuat menerusi kaedah statisitik
deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan peratusan.
FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan
negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan
tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu
kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik
demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.
Cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran ialah FPK menyumbang implikasi terhadap sistem
pendidikan negara ini; umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang
merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam
(ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang
kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan
aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung
dalam FPK.
Cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran seterusnya ialah FPK menyumbang implikasi terhadap
kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi
perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang
mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi
pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi
pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran
pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
14
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
15/19
Cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran ialah dalam menekankan perubahan sikap pendidik dan
profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini
melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang
positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).
Cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi
kandungan unit pelajaran ialah dalam menyumbang implikasi kepada institusi
pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi
yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar
berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan
aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa
pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang
cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya
diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara
Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPK diaplikasi terhadap
pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah?
Kesimpulan
Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah
bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu ditekan dan
15
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
16/19
diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke sekolah
tersebut. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak
khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan. Pelaksanaan
FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa ke
semasa.
Bibiliografi
1.Abu Bakar yang, 2007 Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran di Era Globalisasi,
Majalah Kefahaman Islam Visi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2.Adnan Abd Majid. 2004. Ancaman Bahasa Rojak, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
3.Awang Sariyan. 2001. Pendidikan Bahasa Melayu Di Malaysia: Pemenuhan
Suatu Idealisme. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
16
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
17/19
4.Awang Sariyan. 2004. Bahasa Rojak:Nilai Rasmi Bahasa Kebangsaan
Luntur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur..
5.Anwar Ridhwan. Bahasa Melayu: Acuan atau Acuman. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
6.Abdullah Hassan. 2006. Aplikasi Psikiolinguistik. PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Belyanin V.P. 2000. Foundations of Psycholinguistic Diagnostics (Models of
the World). Moscow.
7.Chomsky, Noam. 2000. New Horizons in the Study of Language and Mind.
Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge.
.Lakoff, George. 1987. Women, fire, and dangerous things: what categories
reveal about the mind. Chicago: Percetakan Universiti Chicago.
9.Massimo.1980. Language and learning: the debate between Jean Piaget
and Noam Chomsky. Cambridge, Mass.: Percetakan Universiti Harvard.
10.Pinker, Steven.1994. The Language Instinct. New York: William Morrow.
11.Steinberg, Danny D. 2001. Hiroshi Nagata, dan David P. Aline.
Psycholinguistics: Language, Mind and World, edisi ke-2. Longman
12.Steinberg, Danny D. & Sciarini, Natalia. 2006. Introduction to
Psycholinguistics, edisi ke-2. London: Longman.
17
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
18/19
KURSUS:
18
-
8/3/2019 Esei Ilmiah Falsafah Pendidikn Kebangsaan
19/19
KPF3012 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Dasar Dan Falsafah
GROUP: EL-A17
PENSYARAH: EN.ZAINI B.ABDULLAH
TAJUK TUGASAN
Esei Ilmiah
NAMA:
NORFAIZAH AINI BINTI AHMAD ZUHDI
NO. MATRIK
D20102042731
19