esaimen titas

Upload: difery-dailit-dep

Post on 07-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERTIMBANGAN EKOLOGI DALAM PENGURUSAN ALAM SEKITARPENDAHULUANDalam dunia moden berasaskan sains dan teknologi yang membawa pelbagai kesenangan dan kemewahan ini,masalah alam sekitar juga turut menjadi topik perbincangan di serata dunia. Pengetahuan dan kemajuan yang dimiliki seolah-olah masih belum menjamin kesejahteraan hidup. Keadaan ini sangat membimbangkanden perlu di pandang serius untuk masa yang akan datang dan generasi yang bakal mewarisinya. Pembangunan fizikal dalam bidang-bidang seperti pembinaan,teknologi maklumat dan komunikasi masih menggusarkan masyarakat pada masa ini kerana masalah-masalah alam sekitar yag menakutkan.Kebimbangan ini pernah disuarakan oleh Meadow dan rakan-rakan (1972) dalam 'The Limits to Growth' yang menyebut bahawa apabila manusia terus melakukan eksploitasi tanpa batas terhadap sumber-sumber asli alam sekitar,dunia mungkin akan menghadapi kemusnahan menjelang abad ke 21.Amaran ini telah didorong kepada banyak persidangan dan perbincangan mengenai alam sekitar di seluruh dunia seperti Persidangan Kemuncak Bumi mengenai alam sekitar dan pembangunan yang diadakan pada tahun 1992 di Rio de Janeiro,Brazil dan persidangan mengenai perubahan cuaca dunia akibat pencemaran.Namun begitu,laporan atau berita sering kali memaparkan bahawa air dan udara disekeliling kita semakin tercemar. Laporan kualiti Alam Sekitar 2002 Jabatan Alam Sekitar menyatakan status kualiti udara bagi tahun 2002 secara keseluruhannya mencatatkan kemerosotan berbanding tahun sebelumnya.Status kualiti udara tidak sihat ini adalah disebabkan oleh peningkatan kepekatan pencemaran ozon (0) yang tinggi dan kepekatan habuk halus di bawah saiz mikron (PM10). Begitu juga dengan kualiti sungai yang semakin tercemar. Dalam tahun yang sama,daripada 927 stesyen dalam 120 lembangan sungai,489 (53%) masih terawal manakala 303 (33%) dan 139 (15%) sangat tercemar.

Definisi EkologiPerkataan ekologi bukanlah suatu istilah baru atau moden kerana masalah alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan dan pemodenan. Ekologi ditakrifkan sebagai suatu cabang sains yang melibatkan hubungan sesama organisma hidup (makhluk) dan juga hunbungan mereka dengan alam sekeliling.Alam sekitar merujuk kepada satu lapisan nipis yang mengandungi tanah,batu,air,dan udara yang meliputi planet bumi,bersama-sama dengan organisma yang ditanggungnya dan lapisan ini sentiasa berubah ,sama ada ke arah menambah atau mengurang keupayaannya menanggung kehidupan yang ada.Ekologi: Keseimbangan Alam Bagaimanakah bumi ini dengan ekosistem-ekosistem yang ada di dalamnya dapat terus bertahan sekian lama? Apakah faktor yang menyebabkan kehidupan terus berpanjangan? Sebenarnya ekosistem yang ada dapat bertahan lama disebabkan adanya kitaran atau pusingan nutrien yang sentiasa berlaku. Kitaran ini bermula dengan kebolehan tumbuhan mengambil tenaga ang datangnya dari matahari. Tenaga perlu kerana tiada benda hidup yang dapat wujud tanpa tenaga dalam bentuk makanan. Semua makhluk mesti makan dan pola pemakanan di atas muka bumi ini membentuk rantaian makanan yang tiada penghujungnya.Bahan-bahan galian yang larut dari tanah,yang larut dalam air dipanggil nutrien bersama-sama dengan nitrogen dalam udara akan diambil oleh tumbuhan. Tumbuhan hijau juga memerlukan karbon dioksida dari udara dan yang penting sekali,cahaya matahari untuk membentuk tenaga. Rantaian makanan bermula bila tumbuhan dimakan oleh haiwan besar dan serangga. Haiwan-haiwan ini kemudian dimakan oleh haiwan lain. Setelah dimakan,haiwan perlu membuang najis,Bahan buangan ini akan berbalik kepada tanah. Bila haiwan mati,akan dimakan pula oleh serangga,ulat,kulat dan bakteria yang akhirnya akan mereputkannya supaya bahan-bahan ini juga kembalik ke dalam tanah.Lapisan nipis ini dipanggil biosfera dan lebih dikenali sebagai alam sekitar. Biosfera adalah satu lapisan setebal kurang daripada 15 batu iaitu dari dasar laut yag terdalam kepuncak gunung yang tinggi dimana organisma boleh hidup tanpa bantuan alat-alat khas. Wlaubagaimanapun istilah yang lebih kerap didengar ialah atmosfera iaitu lapisan di atas muka bumi yang merangkumi tempat tinggal manusia.Ekosistem ialah suatu perkumpulan tumbuhan dan haiwan,termasuk bakteria dan kulat,yang hidup yang hidup berinteraksi sesama mereka dan juga dengan alam sekitar. Contohnya hutan bakau yang merupakan sattu ekosistem yang tersendiri.Ekosistem adalah sesuatu yang kompleks. Walaupun begitu tidak pernah berlaku ketidakseimbangan diantara rantaian makanan antara tumbuhan dan haiwan. Ini bermakna walaupun kompleks tetapi sentiasa ada kesinambungan dan keseimbangan. Sungguhpun bumi mempunyai sumber tenaga yang tidak pernah putus-putus daripada matahari tetapi jumlah bahan-bahan ini dapat digunakan berulang-ulang kali kerana proses kitaran semula sentiasa berlaku. Kitaran karbon contohnya bermula bila tumbuhan mengambil Karbon Dioksida dari udara untuk membentuk makanan. Tumbuhan dan haiwan pengguna akan menukar sebahagian daripada karbon kepada karbon dioksida dan dibebaskan ke atmosfera sebagai hasil sampingan pernafasan. Pemakanan detrius,iaitu organisma yang memakan sisa-sisa haiwan dan tumbuhan yang mati akan memulangkan semula karbon ke atmosfera menerusi pernafasan. Sesetengah haiwan yang mati akan ditimbus dalam endapan sebelum mereka direputkan oleh pereput. Sesetengah bahan yang tertimbus sejak berjuta-juta tahun dahulu telah ditukarkan menjadi arang batu,minyak dan gas melalui tindakan haba dan tekanan. Bahab-bahan ini digunakan oleh manusia sebagai bahan api fosil,yang apabila dibakar akan menghasilkan karbon dioksida yang akan kembali ke atmosfera.Sekian lama kadar perpindahan tenaga dan bahan di kalangan komponen-kompenan alam sekitar yang tertentu telah menjadi stabil. Tetapi di akhir-akhir ini aktiviti manusia telah mula menggangu kadar perpindahan tersebut. Contohnya,penggunaan bahan api fosil yang terlalu banyak telah menyebabkan pertambahan dalam perpindahan karbon ke atmosfera dalam kuantiti yang banyak (Abdul Halim 2000).

Gangguan Ekosistem Kesan Daripada Tindakan Manusia Alam ini dijadikan begitu seimbang di masa kompenan-kompenan di dalamnya dijalinkan dengan kesempurnaan. Sekiranya berlaku gangguan kepada satu bahagian ekosistem akan menggugat keseluruhan ekosistem. Sebagai contoh gangguan ekosistem adalah penggunaan racun serangga DDT (Dichloro Diphenyl Tricholoethane) yang memberi kesan kepada populasi Burung Robin. Populasi Burung Robin telah dkurang ini adalah rentetan daripada penggunaan racun DDT. Semburan ini telah menyebabkan daun-daun gugur ke tanah dan akan di makan oleh cacing tanah yang menjadi makanan kepada Burung Robin. Ini akan menyebabkan Burung Robin akan mati dan mungkin akan pupus.Begitu juga yang berlaku dengan populasi rusa di Hutan Simpan Haibab di Arizona Amerika Syarikat. Apa yang berlaku,sebelum 1906,rusa di kawasan ini lebih kurang 4000 ekor sahaja. Rusa ini membantu kehidupan haiwan-haiwan lain seperti serigala,singa gunung dan beruang kerana rusa ini adalah makanan haiwan-haiwan tersebut. Selain daripada pemangsa,rusa terpaksa pula bersaing dengan haiwan lain seperti biri-biri untuk meragut rumput. Dalam tahun itu juga,kawasan tersebut telah diumumkan sebagai kawasan perlindungan rusa bermakna tidak ada lagi haiwan ternak dan pemangsa dikawasan tersebut. Disebabkan itu,populasi rusa bertambah secara mendadak. Namun,dalam kualiti yang telalu banyak ini rusa sukar dikawal dan akibatnya banyak rusa yang mati disebabkan kebuluran dan penyakit timbul daripada pesaing yang hebat sesama mereka. Akhirnya populasi rusa menurun ke paras asal. Contoh ini menunjukkan gangguan atau perubahan kepada suatu bahagian ekosistem. Perlindungan ke atas hidupan liar juga tidak boleh tersalah langkah dan tanpa pengetahuan tentang saling kaitan antara kompenan-kompenan ekosistem.

Pemuliharaan ekosistem.Ekosisterm adalah suatu keperluan untuk mengekalkan seharusnya tidak ditangguhkan sekali lagi dan bukan hanya menjadi tanggungjawab pemimpin dalam kerajaan atau Negeri, tetapi sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap manusia di bumi, dari mensasarkan untuk warga tua. Semua orang perlu membuat satu usaha untuk menyelamatkan alam sekitar sekeliling kita mengikut kapasiti masing-masing.Sedikit usaha yang kami lakukan adalah sangat bermanfaat untuk mencapai bumi didiami untuk generasi generasi kami. Usaha-usaha kerajaan untuk merealisasikan kehidupan yang adil dan Sejahtera bagi rakyatnya tanpa menyebabkan kerosakan alam sekitar yang disusuli dengan membuat pembangunan mapan program biasanya dirujuk sebagai pembangunan alam sekitar. Pembinaan alam sekitar merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti lelaki secara beransur-ansur dengan melihat faktor-faktor alam sekitar.Bagi persekitaran pembangunan berwawasan yang tersendiri adalah seperti berikut:a. Memastikan yang adil dan keadilan;b. Nilai biodiversiti;c. Menggunakan pendekatan integratif;d. Menggunakan pandangan jangka panjang;

1. Usaha Kerajaan lakukan.Memerintah sebagai orang yang menjaga kebajikan rakyatnya mempunyai satu tanggungjawab yang besar dalam usaha untuk berfikir dan merealisasikan pembentukan pengekalan ekosistem.Perkara-perkara yang kerajaan perlu lakukana.Mengeluarkan UU Pokok Agraria No. 5 Tahun 1960 yang mengatur tentang Tata Guna Tanah.b.Menerbitkan UU No. 4 Tahun 1982, tentang Ketentuan-ketentuan PokokPengelolaan Lingkungan Hidup.c.Memberlakukan Peraturan Pemerintah Rl No. 24 Tahun 1986, tentang AMDAL (Analisa Mengenai Dampak Lingkungan).d. Pada tahun 1991, kerajaan menubuhkan Agensi kawalan alam sekitar bertujuan:1) Menangani kes-kes pencemaran.2) Memantau bahan-bahan berbahaya dan toksik (B3).3) menjalankan analisis penilaian kesan alam sekitar (AMDAL).e. Kerajaan menyokong gerakan untuk menanam satu juta pokok.Pemeliharaan alam sekitar oleh masyarakat dengan Kerajaan sebagai seorang warganegara yang baik, masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk kelestarian alam sekitar selaras dengan kemampuan masing-masing.

Di antara usaha-usaha yang boleh dilakukan kepada masyarakat berkenaan dengan pemeliharaan alam sekitar, antaranya:

a. Pemuliharaan tanah (tanah yang rata, medan/Bukit condong)Kejadian tanah runtuh dan banjir menunjukkan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan isu tanah. Banjir telah menyebabkan pemindahan tanah oleh air aliran dipanggil hakisan yang mengakibatkan kehilangan kesuburan tanah dan terkikisnya tanah permukaan bumi. Percubaan pelestarian tanah boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok atau menggalakkan aktiviti-aktiviti; penghutanan Re-greening (semula) tanah yang digunakan untuk menjadi terdedah.b. Pemuliharaan udaraUdara merupakan satu elemen penting bagi kehidupan, kerana apa-apa organisma memerlukan udara. Kita tahu bahawa di udara terkandung pelbagai jenis gas, termasuklah oksigen.Udara yang kotor disebabkan oleh habuk atau asap akan menyebabkan kadar oksigen berkurangan.Hal ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia.Usaha-usaha yang boleh dibuat untuk memastikan udara bersih dan sihat adalah:1) Menggalakkan menanam pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan hiasan di sekeliling kita.2)Mengurangkan pelepasan asap daripada kenderaan,kilang dan sebagainya.3) Mengurangkan penggunaan bahan kimia seperti pelepasan gas CFC.

c. Pemuliharaan hutanEksploitasi hutan berlangsung dari dulu hingga ke hari ini tanpa memikirkan untuk kesan kepada kita.Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan keseimbangan hutan:1) Penghutanan semula atau penanaman semula pokok hutan.2) Melarang pembalakan hutan sewenang-wenangnya.3) Melaksanakan sistem menebang pokok terpilih.4) menggunakan sistem tebang-tanam dalam kegiatan pembalakan5) Mengenakan hukuman yang berat bagi orang-orang yang melanggar peraturan-peraturan berkaitan pengurusan hutan.

d. Pemeliharaan laut dan PantaiSeperti juga dengan hutan, laut serta sumber-sumber asli yang berpotensi. Kerosakkan hidupan marin dan pantai banyak disebabkan aktiviti manusia. Pengambilan Pasir pantai, batu karang di tepi laut, kemusnahan hutan paya bakau, aktiviti kegiatan-manusia merupakan pengancam kehidupan laut.Bagi usaha untuk memelihara laut dan pantai boleh dilakukan dengan:1) Melakukan penambakan Pantai dengan menanam bakau kembali di kawasan sekitar pantai.2) melarang mengambil batu-batu di sekitar pantai dan di laut.3) Melarang penggunaan bahan letupan dan bahan kimia lain dalam mencari ikan.4) Melarang memakai pukat harimau untuk mencari ikan.

e.Pemeliharaan flora dan faunaHidupan yang terdapat di bumi ini saling bergantung antara satu sama yang lain antara manusia,tumbuhan,haiwan dan alam sekitar.Sekiranya salah satu daripadanya hilang maka keperluan itu akan terjejas dan mendatangkan kesan kepada yang lain.Oleh itu, Pemeliharaan flora dan fauna amat penting bagi kehidupan bumi yang lain dapat terus hidup.Usaha yang boleh dilakukan dalam pemeliharaan ini adalah;1) Melakukan hutan simpan bagi hidupan liar dan alam semulajadi.2) Melarang aktiviti pemburuan haram.3) menggalakkan aktiviti-aktiviti Penghijauan.