ep 6 bekerja

Upload: muhammad-hazwan

Post on 05-Oct-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfds

TRANSCRIPT

  • Channel 603 #TutorTVSetiap Jumaat, 7.15 mlm

    BEKERJAStrategi Kerjaya (Tip-Tip) Episod 6

    Dapatkan rehat dan tidur yang cukup sebelum hari pertama bekerja bagi menampilkan perwatakan yang segar, kemas dan bergaya di hadapan majikan dan rakan sekerja.

    Rancang perjalanan ke tempat kerja. Perkara-perkara seperti kesesakan jalan raya boleh melambatkan perjalanan tetapi tidak wajar dijadikan alasan tiba lewat ke tempat kerja.

    Sediakan dokumen-dokumen penting, seperti kad pengenalan diri, sijil peperiksaan dan salinan resume. Lazimnya dokumen-dokumen tersebut diperlukan untuk melapor diri pada hari pertama kerja.

    Menambah pemahaman tentang syarikat anda

    Buat sedikit kaji selidik tentang latar belakang syarikat dan carta organisasi. Layari laman web rasmi, baca brosur syarikat, atau apa jua medium yang mengandungi informasi syarikat.

    Sebelum hari pertama

    Menyesuaikan diri dalam tempat kerja

    Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk menyesuaikan diri dalam tempat kerja baru termasuk:

    Memupuk semangat semangat berpasukan dan bekerjasama dalam diri anda untuk memudahkan lagi kerja anda di pejabat.

    Rajin bertanya dan tunjukkan minat terhadap kerja. Sebagai orang baru, gunakan peluang ini untuk memperkenalkan diri dengan mengajukan soalan-soalan berkenaan kerja.

    Tuliskan input yang diterima dalam bentuk nota supaya ia boleh dirujuk dan digunapakai kelak.

    Jika menghadapi masalah, cuba selesaikannya sendiri. Jika tidak mampu menyelesaikannya, jangan menambah kepada masalah itu.

    Hulurkan bantuan jika diperlukan. Tegur dan sapa rakan sekerja dengan berhemah dan jangan berlagak sombong atau menunjuk-nunjuk.