email formula oleh neal izham
DESCRIPTION
Find out more related information here http://www.nealizham.comTRANSCRIPT
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
EMAIL FORMULA
“ A Sense Of Urgency ”
Rahsia Menukar Prospek Menjadi
Pembeli Dalam Sekelip Mata!
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
HAK CIPTA TERPELIHARA
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Neal
Izham Sharifudin
Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam
e-buku ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan
ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak
penerbit dan penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang
disalahgunakan.
PENAFIAN
Penerbitan ini mengandungi pandangan penulis. Ia bertujuan membantu dan menyediakan
maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. E-buku ini diniagakan dengan memahami
penulis dan penerbit tidak terlibat dengan khidmat professional yang terkandung di dalam buku
ini. Pembaca perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli professional sekiranya
memerlukan bantuan.
Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau
risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada
penggunaan mana-mana kandungan e-buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin,
dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat
pendidikan awal di Negeri Johor dan
mendapat peluang melanjutkan
pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar
kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).
Berjaya mendapat keputusan
yang cemerlang pada peringkat PMR
dan SPM seterusnya menyambung
pengajian ke peringkat matrikulasi di
Tangkak. Masakini beliau merupakan
pelajar sepenuh masa di Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia
perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di
peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang
perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-
buahan.
Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.
Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan
paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini
menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-
belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk
memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Bahagian 1
- Apakah itu ‘A Sense of Urgency’?
- Kuasa ‘Urgency’ di dalam Pemasaran Email
- ‘Fake Urgency’
- Memahami Konsep Urgency (Impulse Factor)
- ‘A Sense of Urgency + Emotional Marketing?
Bahagian 2
- Fear of Loss
- Urgency
- Jones Theory
- Kredibiliti
- Tamak
- Kemahuan
- Sifat Ingin Tahu
- Nombor atau Digit
- ‘Magic Words’
Bahagian 3
- Urgency pada Subjek
- Urgency pada Call to Action
- Urgency pada P.S (Post Script)
RUMUSAN
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Pengenalan
Assallamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana sudi mendapatkan Ebook
Email Formula: A Sense Of Urgency ini. Baiklah sebelum itu, izinkan saya
nyatakan bahawa ebook ini adalah dalam Bahasa Melayu walaupun tajuknya
dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa saya hasilkan ebook ini?
Tujuan utama saya mudah sahaja, kini pemasaran emel menjadi penyumbang
besar kejayaan Usahawan Internet. Kebanyakan hasil jualan adalah daripada
teknik pemasaran emel. Sehubungan itu juga, kini banyak ebook tentang teknik
pemasaran emel yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Walau bagaimanapun, di dalam ebook ini, saya cuba mencari satu kelainan
dalam teknik pemasaran emel. Sebenarnya terdapat beratus – ratus strategi
pemasaran emel yang boleh kita lakukan, tetapi adakah kita pasti tentang
keberkesanannya?
Ebook EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency yang saya tulis ini, mungkin agak
berbeza dengan ebook lain kerana saya hanya memfokuskan beberapa tajuk
tertentu sahaja di dalam pemasaran emel. Ebook ini adalah hasil pengalaman
saya sendiri.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Sesetengah isi kandungannya mungkin sesuai dan mungkin juga tidak sesuai
untuk anda. Tetapi adalah tidak salah untuk kita sama – sama mencubanya.
‘Try & Error’ itulah ungkapan yang sesuai untuk saya nyatakan di sini.
Saya yakin, ‘Try & Error’ini telah banyak kali kita lakukan dalam kehidupan
harian kita, jadi tidak ada salahnya jika anda mencubanya dalam teknik
pemasaran emel anda.
Kenapa ‘Try & Error’ terjadi?
Mudah sahaja, setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia,
atau lebih mudah pelbagai ragam prospek atau subscriber. Jadi ‘Try & Error’
memang patut dilakukan bagi mengenal pasti cara terbaik dalam melakukan
jualan melalui teknik pemasaran emel.
Jadi saya berharap ebook ini akan memberi sedikit idea bagaimana
melakukan pemasaran emel dengan lebih berkesan.
Jadi, gunakanlah sebaik mungkin!
Nama ANda
www.LamanWeb.com
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Bahagian 1
Apakah itu ‘A Sense of Urgency’?
A Sense of Urgency bermaksud perkara – perkara yang berbetuk desakan. Jika
di dalam jualan, ianya membawa erti perkara – perkara atau strategi tertentu
yang bakal membuatkan prospek merasa terdesak untuk membeli produk yang
dijual. Selain itu ia juga bermaksud dorongan.
Desakan? Dorongan?
Ya, strategi URGENCY ini sering kali digunakan di dalam bidang jualan ‘door to
door’, ‘cold calling’ dan pelbagai bidang lagi. Kenapa?
Mudah sahaja, idea dan strategi dalam ‘A Sense of Urgency’ sangat berkesan
terhadap prospek. Cuba anda bayangkan, katakanlah anda seorang ‘kaki
shopping’. Ketika anda lalu di depan kedai baju yang memang anda suka,
anda terlihat satu papan tanda tertulis 90% DISKAUN HARI INI SAHAJA!
Apa yang akan anda buat?
Jika saya ‘kaki shopping’, sudah pasti saya segera masuk ke dalam, memilih
barangan tersebut dan membelinya. Anda perasan atau tidak strategi
‘URGENCY’ yang digunakan oleh kedai tersebut?
Yang mana satu?
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
90% DISKAUN HARI INI SAHAJA!
Terdapat 2 strategi pada ayat tersebut. Yang pertama ialah 90% DISKAUN dan
yang kedua ialah HARI INI SAHAJA! Itu adalah apa yang anda baca sahaja.
Bagaimana pula dengan apa yang anda lihat?
Lihat? Bagaimana pula tu Haszoor?
Baiklah, katakan jika tokei kedai meletakkan baju yang cantik, yang
sememangnya anda mahu beli sejak sekian lama (cuma tak mampu sebab
mahal). Itu strategi yang ketiga!
Jika tokei kedai meletakkan awek cun berserta papan tanda tersebut, serta
awek cun tersebut memakai pula pakaian yang agak seksi….
Itu juga ‘A Sense of Urgency’!
Apa sahaja perkara yang mampu membuatkan anda terdesak untuk
mendapatkan barangan tersebut atau sesuatu yang mampu menarik
perhatian dikira ‘A Sense of Urgency’. Mudah bukan? Yang menjadi tanda
tanya, adakah ‘A Sense of Urgency’ yang tokei kedai gunakan itu berjaya
membuatkan anda membeli barangan dari kedai beliau.
Adakah anda sudah faham sekarang atau mahu saya tunjukkan contoh sekali
lagi? Baik, saya berikan satu lagi contoh. Kali ini saya kaitkan sekali dengan
teknik pemasaran emel yang biasa kita gunakan.
Saya yakin, anda sendiri pernah mencuba teknik ini.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Di dalam emel anda, anda nyatakan bahawa tawaran ini adalah terhad. Ayat
anda adalah seperti berikut:
Tawaran harga murah ini hanya untuk 10 pelanggan sahaja!
Selepas ini ianya akan meningkat kepada harga …. bla….bla…bla
Itulah ‘A Sense of Urgency’ yang anda gunakan dalam pemasaran emel!
Tetapi percaya atau tidak kebanyakan teknik tersebut sudah lagi tidak
berkesan. Jadi bagaimana?
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa ‘A Sense Of Urgency’ dalam Pemasaran Emel!
Kini sesetengah ‘A Sense of Urgency’ dalam pemasaran emel sudah biasa
digunakan. Kebanyakan prospek sudah lali dengan teknik ini. Ada yang
berjaya, dan ramai juga yang gagal. Jadi bagaimana untuk kita mengetahui
mana satu yang terbaik?
Hakikatnya kita tidak tahu mana satu yang terbaik. Seperti yang saya nyatakan
sebelum ini. Terdapat pelbagai jenis manusia yang wujud. Setiap satunya
dengan pelbagai karenah dan ragam. Apa yang anda perlu lakukan adalah
melakukan semua strategi kemudian membuat penilaian sendiri teknik atau
strategi manakah yang mampu menjadikan prospek anda bertukar menjadi
pelanggan.
Kuasa ‘A Sense of Urgency’ begitu kuat dalam pemasaran emel. Hasilnya
sungguh memberangsangkan!
Tanyalah mana – mana IM, sudah pasti mereka pernah melakukan teknik
tersebut. Percaya atau tidak, teknik ‘A Sense of Urgency’memberikan
pendapatan lumayan untuk mereka. Ia juga berlaku kepada saya.
Setiap kali saya menggunakan teknik ‘A Sense of Urgency’ dalam pemasaran
emel saya, saya pasti mendapat habuan yang lumayan. Tetapi sebelum itu,
pastikan anda mempunyai ‘mailing list’ yang besar sekurang –kurangnya 500 –
1000 subscriber. Jangan harapkan sesuatu yang tinggi hasilnya jika ‘mailing list’
anda hanya seramai 100 orang!
Baik, apa yang ‘A Sense of Urgency’ mampu lakukan?
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
- Membuat jualan dalam sekelip mata, mungkin 2 jam, 8 jam, 24 jam dan
mungkin juga 7 hari selepas anda menghantar emel. Yang penting anda
wajib tahu objektif penghantaran emel anda. Adakah anda mahu
mereka membeli dalam masa 2 jam, 8 jam atau 7 hari.
- Menambah keuntungan serta menggandakan jualan produk anda
dengan 1 emel sahaja! Ya saya akan tunjukkan caranya nanti!
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
‘Fake Urgency’
Apakah sebenarnya ‘fake urgency’? ‘Fake Urgency’ adalah salah satu
desakan atau dorongan yang gagal. Maksudnya tiada sesiapa pun yang mahu
melihat atau membuat tindakan hasil dari ‘urgency’ yang anda lakukan.
Mengapa ini terjadi?
Apakah kesilapan yang anda lakukan?
Mengapa tiada sesiapa pun yang melihat tawaran anda?
Anda merasakan anda telah memberikan tawaran terbaik untuk subscriber
anda, tetapi kelihatan seolah – olah semuanya sia – sia.
Adakah perkara ini pernah berlaku kepada anda?
Tanpa segan silu saya nyatakan, perkara ini memang terjadi kepada saya. Saya
menghantar pelbagai emel berbentuk ‘A Sense of Urgency’ tetapi hasilnya?
KOSONG!
Perkara ini berlaku hanya kerana satu sebab iaitu…
- Anda sebenarnya tidak tahu langsung apa kehendak subscriber anda.
- Anda tidak pernah membuat kajian apa yang subscriber anda mahu.
- Anda tidak pernah meletakkan diri anda pada kedudukan subscriber.
Lebih teruk lagi, anda tidak pernah ambil pusing siapakah subscriber anda.
Anda hanya tahu menulis emel yang power tetapi tidak tahu target market
anda. Anda tidak tahu siapa mereka, umur mereka, kerja mereka, kemampuan
mereka, yang paling penting apakah tujuan mereka menjadi subscriber anda.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Saya sendiri pada mulanya tidak pernah mengetahui perkara ini. Sehinggalah
saya perasan, setiap kali saya membuat promosi, emel saya semakin hari
dipinggirkan. Asalnya tiada sesiapa yang membeli produk yang saya
promosikan.
Kemudian tiada sesiapa membaca emel saya. Lebih teruk lagi, peratus yang
membaca emel saya semakin hari semakin menurun! Ya itulah yang berlaku
kerana kesilapan saya sendiri.
Jadi anda harus faham dan tahu siapa subscriber anda. Dengan keadaan itu,
pemasaran emel menggunakan teknik ‘A Sense of Urgency’pastinya lebih
mudah dan lebih lumayan.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Konsep ‘A Sense of Urgency’
‘A Sense of Urgency’ kebiasaannya digunakan pada hampir keseluruhan emel.
Ini bagi memastikan emel yang dihantar memberi satu impak untuk subscriber
bertindak dengan segera. Segala bentuk dorongan atau desakan baik secara
langsung atau tidak langsung, pasti memberikan kesan yang berbeza pada
emel anda.
Anda boleh praktikkan pada subjek emel anda.
Gunakan pada headline emel anda.
Gunakan pada isi kandungan emel anda.
Gunakan pada ‘Call to Action’ emel anda.
Boleh juga digunakan pada ‘Post Script’ (P.S).
Pendek kata, gunakan ‘A Sense of Urgency’ pada setiap bahagian emel dan
setiap emel yang dihantar, anda pasti dapat lihat sesuatu yang hebat berlaku.
Percayalah…
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
A Sense Of Urgency + Emotional Marketing!
Saya telah menerangkan mengenai ‘A Sense of Urgency’. Kini anda patut tahu
mengenai ‘Emotional Marketing’ pula.
Apakah itu ‘Emotional Marketing’?
‘Emotional Marketing’ bermaksud melakukan pemasaran dengan menjadikan
emosi sebagai senjata atau medium utama. Kenapa emosi?
Hampir 70% - 90% faktor pembelian berlaku hanya disebabkan emosi.
Emosi yang bagaimana?
Emosi takut, bimbang, bersemangat dan sebagainya. Semua emosi ini boleh
dijadikan panduan untuk kita melakukan ‘Emotional Marketing’. Skopnya agak
luas, mungkin saya terpaksa hasilkan 1 lagi ebook mengenai ‘Emotional
Marketing’.
Cukuplah sekadar anda tahu, bahawa kebanyakan faktor membeli adalah
hasil dorangan dari emosi kita yang telah terganggu. Contohnya, apabila kita
melihat sesuatu tawaran terhad, kita menjadi bimbang jika tawaran tersebut
tamat dan kita gagal mendapatkannya.
Jadi kita membuat keputusan untuk mendapatkan barangan tersebut. Emosi
telah berjaya mengawal tindakan kita.
Itulah yang dinamakan ‘Emotional Marketing’!
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Bahagian 2
Kuasa ‘Fear of Loss’
Apakah itu ‘fear of loss’? Bolehkah ‘fear of loss’ digunakan dalam pemasaran
emel? Jawapannya BOLEH dan DIGALAKKAN! ‘Fear of Loss’atau dalam bahasa
melayu yang membawa erti ‘takut akan kehilangan’. Mungkin agak kelakar
bunyinya dan seperti tergantung.
Biar saya jelaskan sedikit lagi supaya kita sama – sama faham.
Takut akan kehilangan… maksudnya bimbang atau risau akan hilangnya
sesuatu tawaran yang menarik. Anda harus menjadikan subscriber anda
sebagai orang yang paling kecut perut jika terlepas satu tawaran istimewa
daripada anda.
Bagaimana mahu menjadikan subscriber kecut perut?
Tawarkan sesuatu berdasarkan:
Elemen ‘Fear of Loss’
- Berbeza
- Unik atau luarbiasa
- Berpatutan
- Kena dengan target market anda
- Paling penting, sesuatu yang subscriber anda idam – idamkan!
Baik sebelum itu, apa yang anda perlu lakukan?
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Pertama, seperti yang saya maklumkan di awal ebook ini tadi, anda haruslah
membuat kajian tentang subscriber anda. Cuba selidik apa yang mereka
mahukan. Siapa mereka, kemampuan mereka, jenis serta tahap pemikiran
mereka. Jadi barulah mudah untuk anda menggunakan ‘fear of loss’dalam
pemasaran emel anda.
Bagaimana membuat kajian?
Berinteraksilah dengan mereka. Jangan asyik anda sahaja yang hantar emel,
sesekali anda boleh minta pandangan mereka. Hantarkan emel pertanyaan,
tanya apa sahaja yang anda mahu asalkan ianya bersangkut paut dengan
produk yang ingin anda promosi.
Anda boleh meminta subscriber anda membalas emel yang dihantar, minta
pandangan mereka mengenai sesuatu topik. Hubungan 2 hala ini secara tidak
langsung membina kepercayaan mereka terhadap anda.
Anda boleh bertanya masalah yang mereka hadapi, contohnya subscriber
anda berminat menjalankan perniagaan internet, tetapi masalah mereka
adalah tidak tahu selok belok membina laman web, jadi anda boleh kongsi
sedikit jalan penyelesaiannya.
Anda boleh bertanya tentang kemampuan mereka, berapa mereka sanggup
bayar dan apa pula yang mereka inginkan sebagai balasan yang mereka
mahukan.
Contohnya;
Sebelum ini saya pernah mengadakan seminar mengenai asas pemasaran
internet. Pada waktu tersebut saya langsung tidak membuat kajian. Hasilnya
tidak sampai 10 orang yang mendaftar dan saya terpaksa membatalkan
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
seminar tersebut, kerana ‘charge yang dikenakan agak murah, jadi tidak dapat
menampung kos seminar tersebut.
Kemudian saya buat sedikit kajian. Bertanya kepada subscriber, menilai semula
apa yang mereka mahukan, kemudian melancarkan semula seminar tersebut
dan hasilnya…
Sungguh memberangsangkan!
Sekarang saya tunjukkan satu persatu bagaimana melakukan ‘fear of loss’
dalam pemasaran emel anda dan saya berharap ianya akan dapat
membantu anda.
Langkah 1
- Buat sedikit kajian, berinteraksi dengan subscriber. Pastikan anda
mengetahui selok belok mengenai subscriber anda. Anda harus tahu
dengan siapa anda berhadapan. Anda perlu tahu jenis mereka, mungkin
pendapatan mereka, berapa mereka sanggup bayar, tahap mana
pemikiran mereka dan sebagainya.
Langkah 2
- Buat sedikit pengumuman, bahasa mudahnya ‘pre-launh’ atau pra
pelancaran. Beritahu subscriber betapa pentingnya produk yang anda
promosikan tersebut. Buat mereka tertunggu – tunggu. Ini bertujuan
membina ‘excitement’ subscriber.
Langkah 3
- Promosi, masukkan elemen – elemen ‘fear of loss’ dalam emel anda.
Pastikan subscriber tahu yang tawaran anda adalah yang terbaik, unik
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
dan sungguh luarbiasa. Yang penting tawaran tersebut tidak sama
dengan tawaran orang lain.
Langkah 4
- Ucapkan tahniah & terima kasih tanda anda menghargai pelanggan
seperti mereka. Ini penting supaya anda mempunyai peluang
mempromosikan produk yang lain kepada mereka di lain masa.
Jadi bagaimana?
Saya harap anda sudah faham sedikit sebanyak kuasa ‘fear of loss’ dalam
pemasaran emel.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa ‘Urgency’
Urgency atau URGENT bermaksud penting. Sesuatu yang perlu disegerakan.
Sebelum ini saya pernah menerangkan mengenai ‘urgency’ dalam pemasaran
emel. Saya memanggilnya Teori Loceng Kecemasan.
Mengapa?
Saya pasti anda tahu mengenai Loceng Kecemasan. Jika di bangku sekolah,
Loceng Kecemasaran bermaksud adanya peristiwa penting berlaku seperti
kebakaran. Apa yang kita lakukan apabila mendengar Loceng Kecemasasan?
Sudah pasti lari bukan!
Sama jugalah ‘urgency’ yang kita gunakan dalam pemasaran emel. Cuma
yang berbeza ialah, kita tidak mahu subscriber lari, kita mahu mereka bergegas
dengan segera untuk mendapatkan produk yang kita promosi.
Bagaimana membuat ‘urgency’ di dalam emel?
Paling mudah ialah menetapkan ‘dateline’ atau tarikh tamat / tarikh tutup.
Ya, dengan meletakkan tarikh tutup sesuatu emel promosi, saya yakin sedikit
sebanyak kita pasti dapat menggerakkan subscriber melakukan sesuatu.
Terangkan dengan jelas apa yang anda mahu mereka lakukan kemudian
berikan ‘DEADLINE’!
Berikut adalah 3 idea yang biasa digunakan di dalam ‘URGENCY’.
- Harga = Dapatkan pada harga RMxx sebelum ________
- Diskaun = Diskaun 70% pada hari ini sahaja!
- Bonus = Beli dan dapatkan BONUS TERHAD sebelum __________
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Terdapat pelbagai cara lagi, yang penting anda wajib letakkan tarikh tertentu
yang bakal membuatkan subscriber anda tidak senang duduk dengan
tawaran anda.
Sekarang kita lihat lebih teliti bagaimana ‘dateline urgency’ digunakan di
dalam pemasaran emel dan yang pastinya ia sangat berkesan.
Dateline digunakan dalam banyak versi:
Dateline Tetap
Bermaksud sesuatu tarikh yang telah ditetapkan, tawaran tersebut hanya sah
sebelum tarikh tersebut. Contohnya, tawaran istimewa ini hanya sah sebelum
17hb. Jadi buat tempahan segera sebelum tarikh tersebut.
Dateline Kuantiti
Memberi erti sesuatu tawaran yang terhad kepada beberapa kuantiti sahaja.
Contohnya, ebook ini hanya untuk 200 orang sahaja.
Dateline Harga
Harga adalah paling utama, kerana ianya mampu mengerakkan subscriber
dengan lebih cepat kerana pastinya seseorang itu mahukan sesuatu yang
murah. Jadi dateline harga adalah sangat berkesan di dalam pemasaran emel.
Kebiasaan dateline harga digabungkan sekali dengan dateline tetap.
Dateline Bonus
Ini adalah salah satu lagi cara yang agak berkesan. Membuat tawaran bonus
istimewa untuk jangka masa terhad atau untuk kuantiti yang terhad.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Dateline Diskaun
Suatu masa dahulu, idea dateline diskaun merupakan antara yang terhebat.
Walau bagaimanapun ianya masih lagi boleh diguna pakai dan pasti
memberikan kesan yang berbeza. Kebiasaan diskaun turut sama digabungkan
dengan dateline tetap atau dateline kuantiti.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa ‘Jones Theory’ – People Like to Believe
Seterusnya ialah kuasa ‘Jones Theory’ iaitu ‘People Like to Believe’. Maksudnya
manusia suka untuk percaya. Subscriber membeli kerana percayakan sesuatu.
kebiasaannya percaya kepada 2 perkara.
Pertama, percaya terhadap produk. Kedua percaya terhadap penjual.
Apakah hubung kaitnya dengan pemasaran emel?
Begini, untuk kes yang pertama, percaya kepada produk. Di dalam pemasaran
emel, anda boleh meletakkan testimoni pembeli mengenai betapa produk
tersebut dapat membantu mereka. Selain itu anda juga boleh letakkan bukti
pembayaran pembeli yang mendapatkan produk anda. Ini bagi menaikkan
lagi rasa kepercayaan subscriber pada produk anda. Saya sarankan gunakan
bukti bergambar. Itu adalah lebih baik.
Untuk kes yang kedua, percaya kepada penjual. Seharusnya anda
menyatakan terlebih dahulu ‘track record’anda. Ini termasuklah latar belakang,
kejayaan anda mungkin serta apa sahaja yang berkaitan dengan produk yang
anda jual atau promosi. Tujuannya adalah sama, ianya untuk membina
kredibiliti di mata pembeli.
Saya berikan contoh;
Saya menggunakan testimoni yang meyakinkan, kemudian meletakkan ‘screen
shot’ bukti pembelian, selain itu saya juga menggunakan gambar – gambar
orang yang telah berjaya setelah membeli produk tersebut.
Jika anda mahu lebih baik lagi, gunakan video.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Selain itu saya turut membuat emel bersiri yang meng’update’ segala cerita
terbaru atau status terkini mengenai sesuatu produk yang saya jual ataupun
saya promosi. Dengan cara ini, subscriber dapat mengetahui segala
pergerakan atau latar belakang sesuatu produk yang kita jual ataupun
promosi.
Berikut saya ringkas beberapa teknik ‘Jones Theory’ yang saya gunakan dalam
pemasaran emel antaranya ialah;
- Mengunakan testimoni, baik testimoni produk ataupun penjualnya.
- Menggunakan bukti pembayaran produk.
- Menggunakan bukti pendapatan.
- Mengemas kini segala berita terbaru, contohnya segala update terbaru
mengenai produk, penjual atau segala yang berkaitan yang mampu
meningkatkan kredibiliti serta kepercayaan subscriber terhadap produk
yang kita jual atau promosi.
- Menggunakan bukti bergambar atau video.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa Kredibiliti
Saya pasti anda tahu apa itu kredibiliti dan bagaimana ianya mampu menjual.
Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai maksud sebenarnya. Cukuplah
sekadar saya berkongsi bagaimana saya menggunakan kredibiliti di dalam
pemasaran emel saya.
Antara cara yang biasa saya gunakan;
Saya menyatakan dengan tepat, mengenai produk contohnya nama produk,
apakah kelebihan produk, ciri – ciri produk, apa yang bakal pembeli perolehi
selepas mendapatkan produk tersebut dan pelbagai lagi. Nyatakan apa
sahaja yang membawa kebaikan pembeli.
Selain itu saya juga turut menyatakan dengan tepat mengenai penjual produk.
Siapa mereka,latar belakang mereka, track record, kejayaan mereka,
pengalaman mereka dan pelbagai lagi. Seperti yang saya nyatakan di atas,
‘highlight’ apa sahaja mengenai penjual produk selagi ianya mampu
membuatkan prospek percaya yang penjual tersebut adalah yang terbaik.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa Tamak
Tahukah anda sebenarnya semua manusia di muka bumi ini mempunyai sifat
tamak. Jika tidak banyak pasti ada sedikit Saya juga tidak terkecuali. Saya
mahukan sesuatu yang lebih. Jika saya sudah menjana RM100 sehari, saya
mahukan RM200 pula sehari dan begitulah seterusnya.
Jadi adalah lebih baik kita ambil kesempatan atas sifat tamak tersebut.
Jika anda sudah tahu bahawa subscriber anda, apa lagi buatlah tawaran
seperti berikut di dalam pemasaran emel anda;
Bulk Order
Ini antara yang paling berjaya, sebab itulah kita boleh lihat banyak tawaran
‘BULK ORDER’. Jika di dalam perniagaan biasa, ‘bulk order’ lebih dikenali
sebagai BORONG. Jika di dalam perniagaan internet pula ianya lebih kepada
PAKEJ LENGKAP yang mempunyai beberapa modul atau lebih senang pakej
MRR & PLR yang dijual dengan banyak.
Bagaimana saya menggunakan ‘bulk order’?
Kebiasaannya saya menggunakan ‘bulk order’ dalam menawarkan bonus
tambahan. Pastikan subscriber nampak dengan jelas ‘bulk order’ yang anda
tawarkan. Ulangi beberapa kali supaya mereka faham tentang tawaran ‘bulk
order’ tersebut.
Pilihan
Selain itu anda juga boleh gunakan teknik ini. Meminta supaya subscriber
memilih mana satu yang mereka mahukan. Cara ini telah terbukti kerana
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
subscriber biasanya akan memilih salah satu daripada pilihan yang anda
berikan.
Saya berikan contoh, jika anda menjual 2 produk sekali gus, ini adalah teknik
yang sangat bagus untuk digunakan. Anda perlu nyatakan dengan tepat
kelebihan 2 produk tersebut berserta harganya. Kemudian anda sendiri
membuat sedikit review mengenai 2 produk tersebut. Biarkan subscriber anda
memilih mana satu yang mereka suka.
Contohnya;
Produk A – adalah produk JIMAT WANG
Produk B – adalah produk BUAT DUIT
Anda nyatakan kelebihan produk tersebut, masukkan sekali harga kemudian
anda berikan sedikit review anda. Biarkan subscriber untuk memilih. Jika anda
bijak, anda tawarkan ‘bulk order’ di sini. Maknanya mereka harus
mendapatkan kedua – dua produk tersebut sekali gus. Jadi, asalnya subscriber
mempunyai 2 pilihan kini bertukar arah mengambil ‘bulk order’ sebagai pilihan
utama.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa Kemahuan
Setiap orang ada kemahuan yang tersendiri, ada yang mahu berjaya, mahu
kurus, mahu dapat awek yang cun. Jadi mengapa kita tidak mahu
menggunakan kemahuan sebagai senjata utama dalam pemasaran emel.
Bagaimana?
Jika anda mempromosikan ebook cara – cara mengorat awek yang cun,
apakata anda nyatakan dahulu setiap masalah yang prospek alami.
Kemahuan prospek adalah mahu mendapatkan awek cun. Masalahnya pula
ialah beliau tidak tahu cara yang terbaik mendekati awek.
Senaraikan secara terperinci mengenai masalah tersebut dan BUMP, tunjukkan
penyelesaian kepada masalah mereka itu. Setiap kemahuan berpunca
daripada masalah yang dihadapi, dan sebab itulah saya menggunakan
masalah.
Lebih tinggi kemahuan seseorang itu,lebih tinggi lagilah masalah yang
dihadapinya. Sama juga lebih tinggi impian seseorang itu, lebih banyak
masalah yang bakal di hadapinya.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa Sifat Ingin Tahu
Sama seperti kemahuan, kita juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.
Pendek kata sesuatu yang membuatkan kita teruja. Elemen ‘suspen’ atau
misteri yang ditonjolkan mampu juga menghasilkan jualan.
Teknik pra pelancaran adalah salah satu hasil dari sifat ingin tahu manusia. Di
sebabkan itulah pelbagai teknik ‘teaser’ dilakukan sebelum pelancaran
sebenar.
Yang pastinya, sifat ingin tahu ini mampu merangsang serta memberi dorongan
untuk kita membeli sesuatu produk.
Contohnya;
Anda lakukan satu siri emel, mungkin dalam 3 atau 5 emel secara berturutan
daripada permulaan pra pelancaran hingga pelancaran sebenar sesuatu
produk. Kemudian anda lihat hasilnya. Jika dilakukan dengan betul, saya pasti
ianya adalah sesuatu yang hebat.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa Nombor / Digit
Ini pula adalah kuasa Nombor atau Digit. Sesungguhnya manusia sukakan
nombor. Contohnya seperti RM20,000. RM10,000 hanya 20 hari dan pelbagai
lagi. Nombor tersebut memainkan peranan penting dalam menghasilkan satu
emosi (teruja) dalam diri kita.
Tanyalah mana – mana orang sekalipun, walaupun mereka tidak meminati kira
– kira atau matematik, tetapi sesuatu yang berbentuk nombor pasti membuka
mata mereka serta memberi dorongan untuk mengetahuinya dengan lebih
lanjut.
Jadi, adakah anda dapat lihat kuasa nombor dalam pemasaran emel?
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Kuasa ‘Magic Words’
Akhir sekali ialah kuasa ‘Magic Words’ yang boleh kita gunakan dalam
pemasaran emel. Apa itu ‘Magic Words’? ‘Magic Words’ ialah perkataan yang
memberi satu impak kepada pembaca. Perkataan tersebut mestilah berjaya
mendorong subscriber untuk membuat tindakan.
Antara ‘Magic Words’ yang paling popular dan sering digunakan ialah
perkataan PERCUMA. Sebut sahaja percuma, pasti dapat menarik perhatian
pembaca. Kita sukakan sesuatu yang percuma, betul tak?
Selain itu, perkataan seperti download sekarang, perkataan rahsia, perkataan
diskaun, bonus dan sebagainya. Ini adalah perkataan yang bakal
membuatkan subscriber kita berasa teruja ketika membacanya. Jadi pastikan
anda menggunakan perkataan ini sebaik mungkin untuk menarik subscriber
membuat tindakan susulan hasil dari ‘magic words’ tadi.
Berikut saya senaraikan beberapa ‘Magic Words’ yang agak ‘HOT’;
1. PERCUMA
2. SEKARANG
3. HARI INI
4. DOWNLOAD
5. BUKA SEKARANG
6. DISKAUN
7. BONUS
8. ISTIMEWA
9. REBET
10. TAWARAN
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Bahagian 3
Strategi Urgency pada Subjek Emel
Tujuan subjek emel ditulis adalah untuk memastikan ianya dibuka. Lebih tinggi
peratus emel yang dibuka, lebih tinggilah peluang untuk anda meraih
keuntungan. Jadi anda boleh lihat betapa pentingnya subjek emel anda.
Berikut adalah contoh – contoh subjek pada emel yang biasa digunakan;
1. [[firstname]], Rahsia Buat Duit dilancarkan SEKARANG!
2. [[firstname]], TAWARAN TUTUP dalam masa 2 jam sahaja lagi!
3. [[firstname]], TERHAD untuk 12 orang sahaja!
4. [[BUKA SEKARANG]], penting untuk [[firstname]].
5. BONUS ISTIMEWA hanya untuk [[firstname]].
6. [[firstname]], DISKAUN 50%, Kini Tinggal 5 tempat sahaja lagi!
7. Mahukah [[firstname]] RM200 Sehari?
8. [[firstname]], buat tempahan hari ini juga!
9. TAHNIAH! RM100 untuk [[firstname]].
10. [[firstname]], ini BUKTI RM12,500 sebulan dengan affiliate.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Strategi Urgency pada Subjek ‘Call to Action’ Emel
‘Call to action’ ialah bahagian akhir emel yang mana kita meminta subscriber
melakukan sesuatu. ‘Call to action’ boleh dilakukan dalam bentuk arahan,
contohnya BUAT TEMPAHAN SEKARANG! Atau boleh juga dalam bentuk sindiran
atau ‘reverse psychology’ seperti JANGAN DOWNLOAD jika…..
Berikut adalah contoh ‘urgency’ yang biasa digunakan pada bahagian ‘call to
action’;
1. Klik Sekarang ---->
2. Buat tempahan hari ini juga
3. Buat tempahan sebelum 13 hb julai
4. Dapatkan segera, kini tinggal 5 unit sahaja lagi
5. Bertindaklah sekarang
6. Daftar dalam masa 24 jam
7. Ambil tindakan segera sebelum jam 6 petang
8. Jangan lepaskan peluang hebat ini
9. Layari laman web ini sekarang
10. Ikuti perkembangan di sini ---->
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Strategi Urgency pada P.S (Post Script) Emel
Ini adalah bahagian akhir setiap emel. Ia juga merupakan antara bahagian
paling penting sekali dalam pemasaran emel. Sesetengah subscriber akan
pergi ke bahagian bawah terlebih dahulu. Di sinilah kekuatan P.S (Post Script).
Jadi gunakan sebaik mungkin P.S ini bagi menarik perhatian subscriber anda.
1. BONUS yang disediakan hanya untuk 5 yang terawal sahaja!
2. Pastikan anda dapatkannya hari ini juga kerana saya memberikan
diskaun SEPARUH HARGA.
3. Peluang ini hanya terhad untuk 15 peserta sahaja!
4. Tawaran bakal ditutup pada jam 12 malam ini, buat tindakan anda
segera!
5. 12 bonus disediakan bersama tawaran eksklusif ini.
6. Buat tempahan segera sebelum 15 Ogos!
7. Harga akan dinaikkan sehingga RM100, buat tempahan sekarang untuk
mendapatkannya pada harga RM50 sahaja.
8. Harga istimewa jika buat tempahan sekarang!
9. Jangan lepaskan peluang keemasan ini
10. Pastikan anda mendaftar awal kerana bimbang slot kosong bakal
berakhir.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Rumusan
Tahniah kerana akhirnya tamat sudah bacaan anda. Saya harap anda
mendapat sesuatu daripada ilmu yang saya kongsikan hari ini. Walaupun ilmu
di dalam ebook ini tidaklah seberapa, tetapi saya yakin ada sesetengah idea
yang ada di dalamnya sedikit sebanyak membantu anda melakukan
pemasaran emel dengan lebih berkesan.
Sebenarnya memang banyak teknik penulisan emel. Apa yang saya kongsikan
dengan anda hanyalah hasil daripada pengalaman dan sedikit kajian saya
terhadap pemasaran emel pada masa ini.
Email Formula: A Sense Of Urgency dihasilkan untuk memastikan anda
menggunakan penulisan emel dengan betul, maknanya memfokuskan pada
teknik ‘urgency’ bagi membantu anda dalam membuat jualan untuk sebarang
produk.
Selagi target market anda betul, saya yakin ianya bukanlah satu masalah besar
jika anda bijak menggunakannya. Saranan terakhir saya ialah, gunakan &
gabungkan setiap idea dalam Email Formula: A Sense Of Urgency dan pastinya
anda akan dapat melihat hasilnya dalam sekelip mata. Akhir kata dari saya,
gunakan sebaik mungkin ilmu ini untuk anda berjaya di dalam pemasaran
emel.
Ikhlas,
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Nama Anda
www.LamanWeb.com
Gambar Anda
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
TAMAT
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
EMAIL FORMULA: A Sense Of Urgency
www.LamanWeb.com
http://www.BlogMudah.info
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com