elm 3033 konsep penilaian

18
Pendidikan Moral (ELM 3033)

Upload: trifnach

Post on 17-Aug-2015

295 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PPG KPM

TRANSCRIPT

Pendidikan Moral (ELM 3033) Konsep Penilaian - satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapaiKonsep Pengujian - satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori Konsep Pentaksiran - proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah Penilaian Formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif Penilaian Tidak Formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap Penilaian Formal Penilaian Formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Penilaian Sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan Penilaian Tak Formal Memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : i. Pemerhatian ii.Senarai semak dan skala pemeringkatan iii. Rekod Anekdot iv. Hasil kerja pelajar v.Temu bual PerbandinganAntara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif UJIAN FORMATIFUJIAN SUMATIF Fungsi Menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid Pensijilan murid pada akhir kursus Masa diberiSepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau unit Kesukaran item Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Ada penilaian yang sangat senang dan ada yang susah Jenis alat Alat pengukur formatif yang di bentuk khusus Peperiksaan akhir tahun Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja, buku skrap dan lain-lain UPSR, PMR, SPM, STPM, Peperiksaan Sijil Perguruan, peperiksaan akhirtahun Pembinaan Instrumen Pengukuran dan Penilaian Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: i. Menentukan tujuan dan objektifpengajaran yang hendak diuji. ii. Menentukan Jadual penentuan ujian iii. Menulis item-item soalan. iv. Menyunting item. v. Menjalankan praujian. vi. Mentadbir ujian atau peperiksaan Menulis Item-Item Soalan Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif Soalan ObjektifSoalan Subjektif Soalan aneka pilihan -jawapan terbaik -Positif dan negatif -Cantuman Soalan betul salah Soalan memerlukan jawapan yang pendek Soalan melengkapkan perkataan / ayat / cerita Soalan menggunakan gambar Soalan Objektif Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis: 1. Item respon bebas Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. 2. Item respon tetap (item objektif pilihan) Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap; Format salah betul Padanan Aneka pilihan Contoh Item-item Ujian Soalan Objektif

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik) Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah.Semasa menjalankan tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi.Apakah tindakan anda A. Memarahi mereka B. Menasihati mereka C. Tidak mempedulikan mereka D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan 2. Contoh soalan objektif (Positif / negatif) Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-perkara berikut kecuali

A.Membayar ganti rugi kepada jiran B.Melarikan diri dari tempat kejadian C. Menggantikan pasu bunga yang baru D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran 3. Contoh soalan objektif (Cantuman) Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar IMenebang pokok sesuka hati II Membuang sampah ke dalam sungai IIIMenanam pokok bunga di kawasan lapang IVMengumpulkan surat khabar untuk kitar semula V Menderma baju lama ke rumah anak yatim A.I dan II sahaja B.II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. III, IV dan V sahaja 4.Contoh soalan betul / Salah a)Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya.() b)Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ()

Soalan Subjektif Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis 1. Tindak balas terhad (struktur) 2. Tindak balas lanjutan (esei) Dua jenis item esei 1.Item tindak balas terhad Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

2. Item tindak balas lanjutan Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka. Jenis Soalan Subjektif Jenis soalan respons terhad adalah seperti berikut: 1. Soalan berstruktur satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku) 2. Soalan berpandu mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain. Pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan

3. Soalan jenis gerak balas lanjutan Soalan jenis perbicaraan. Memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis. Sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi Contoh item-item ujian soalan Subjektif 1. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat) a) Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus _______________ b)Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akanmenguntungkan kita kerana ________________________________ 2.Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek) a)Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar _______________________________________________________ b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. Apabila sampai di rumah, Manjit terus makan keranaletih dan lapar. Nyatakan 2 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri 1.______________________________________________________ 2.______________________________________________________ Aspek Instrumen Penilaian 1. Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap kelas. 2. Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita. 3. Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat majmuk. Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah Masalah 1:Penilaian moral susah dinilai secara afektif Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

Masalah 2:Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot). Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji.

Masalah 4:Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai

Pendidikan Moral (ELM 3033)