elemen 3 -penerapan unsur patriotisme

2
Elemen 3 -Penerapan Unsur Patriotisme esei II bagi soalan Elemen 3. Anak-anak perlu menerapkan unsur patriotisme dalam esei yang ditulis.unsur-unsur ini boleh dirujuk melalui guru-guru dalam PANDUAN PENSKORAN KERJA KURSUS SEJARAH . Sila gariskan unsur patriotisme yang digunakan. Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsure patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita? Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita? Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Pihak berkuasa tempatan perlu menghayati dan menerap unsur-unsur patriotisme demi memperkukuhkan integrasi nasional.. Unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh pihak pentadbiran tempatan ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira bangsa dan ugama dan mengamalkan sikap salinghormat menghormati . Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah integrasi nasional. . Selain itu, pegawai pegawai pihak pentadbiran tempatan sewajarnya mengamalkan sikap menghormati raja dan pemimpin negara dan perlu berkelakuan sopan ,bertatasusila dan berhemah tinggi saban masa.

Upload: mohd-rani-bin-hassan

Post on 05-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Unsur Patriotisme nilai sejarah

TRANSCRIPT

Elemen 3 -Penerapan Unsur Patriotismeesei II bagi soalan Elemen 3.Anak-anak perlu menerapkan unsur patriotisme dalam esei yang ditulis.unsur-unsur ini boleh dirujuk melalui guru-guru dalam PANDUAN PENSKORAN KERJA KURSUS SEJARAH .Sila gariskan unsur patriotisme yang digunakan.

Tulissatuesei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsurepatriotisme berdasarkan soalan di bawah.Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita?

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita?Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan.Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnyaMajlis Perbandaran danMajlis Daerahmemainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Pihak berkuasa tempatan perlu menghayati dan menerap unsur-unsur patriotisme demi memperkukuhkan integrasi nasional..Unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh pihak pentadbiran tempatan ialahbertolak ansur dan bertoleransidalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira bangsa dan ugama dan mengamalkan sikap salinghormat menghormati .Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah integrasinasional..Selain itu, pegawai pegawai pihak pentadbiran tempatansewajarnya mengamalkan sikapmenghormati raja dan pemimpin negaradan perluberkelakuan sopan ,bertatasusila dan berhemah tinggisaban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agarbertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Hal ini pentingkerana kehormatandan sikap bertanggungjawabmenjadi teras integrasi nasional.Kakitangan institusi pentadbiran tempatan perlu berlakuadil dan bertimbangrasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama ,telus dan tidak berat sebelah.Hal ini bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak berpuas hati di kalangan penduduk pelbagai kaum dan serterusnya mengugat integrasi nasional.Undang-undang dan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah munasabah, relevantidak membebani penduduk tempatan. Dengan ini, rakyat jelata akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlahperasaan cinta akan negara.Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslahmempertahan dan menjunjungPerlembagaan Negara.Mereka juga harusbertindak wajarpeka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam dan sebarang masalah yang wujud haruslah menjadi prioriti utama pihak berkuasa.Apabila masalah masyarakat dapat dikurangkan , maka masyarakat akan hidup bersatu-padu dan akan wujudlah integrasi nasional yang diimpikan.Nilaibersefahaman dan bermuafakatmerupakan perkara penting bagi menjamin integrasi nasional di kalangan penduduk.Nilai ini dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong dan Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan..Pihak berkuasa tempatan harusberganding bahu membangunkan negaradengan caramenyokong dan melibatkan diri dalam usaha membangunkan negara.Masalah dan rungutan penduduk dapat diselami oleh pihak berkuasa bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk. dengansemangat muhibbah.Konklusinya, unsur-unsur patriotism perlu menjadi agenda utama dalam institusi pentadbiran tempatan jika kita ingin memperkukuhkan integrasi nasional.Dalam hal ini pihak pegawai pentadbiran tempatan hendaklahberilmu dan berberketrambilandansedia berkorban untuk bangsa dan negaraserta memberikan iltizam yang tinggi dalam sebarang urusan yang melibatkan masyarakat setempatbagi menjamin integrasinasional.

moga dapat dimanfaat.