elektronik - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/sumber...

45
ELEKTRONIK

Upload: lamdiep

Post on 28-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

ELEKTRONIK

Page 2: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 02/04/2013

Program inap desa lonjak industri pelancongan KOTA TINGGI 1 April - Program inap desa di negeri ini bukan sahaja mendapat sambutan yang menggalakkan, malah berjaya melonjakkan jumlah kehadiran pengunjung.

Pengarah Pelancongan negeri, Mohd. Za'nal Misran berkata, pada 2012, sebanyak 78,917 pelancongan dalam dan luar negara menginap di inap desa berbanding 47,432 orang pada 2011 iaitu peningkatan 66.3 peratus.

Menurutnya, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini pada 2012 turut meningkat kepada 22.3 juta orang berbanding 16.7 juta pada tahun sebelumnya.

"Daripada jumlah tersebut, jumlah pelancong yang menginap pada 2012 juga meningkat sebanyak 4.53 peratus iaitu 3.96 juta orang berbanding 3.79 juta pada 2011," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Homestay Negeri Johor di Dewan Terbuka Homestay Temenin Baru dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Homestay Negeri Johor, Saifuddin Mohd. Kadak dan Ketua Kampung Temenin, Rahmat Ibrahim.

Sebanyak 118 ahli jawatankuasa daripada 16 persatuan inap desa di negeri ini menghadiri mesyuarat tahunan itu.

Terdahulu, hadirin diberi taklimat tentang peranan koperasi oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Muar, Tukiman Samo.

Dalam pada itu, Za'nal berpesan supaya pengusaha inap desa tidak bimbang tentang kewujudan pengusaha 'haram', sebalik meminta mereka berfikiran positif untuk terus bersaing dalam bidang berkenaan.

"Pengusaha perlu gunakan segala sumber, kemahiran dan keunikan yang ada di sekitar kampung atau rumah supaya menjadi satu produk yang unik kepada para pelancong," katanya.

Beliau turut memberitahu, prestasi industri pelancongan negara pada tahun lalu merekodkan jumlah pendapatan mencecah RM58.3 bilion dan meletakkan Malaysia pada kedudukan kesembilan sebagai negara yang kerap dikunjungi pelancong oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO).

"Pencapaian ini jelas menjadi petunjuk kepada segala usaha dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, selain inisiatif Kementerian Pelancongan dalam

Page 3: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

membangunkan program pelancongan inap desa Malaysia yang berasaskan kegiatan ekonomi dan sosial di luar bandar," katanya.

ARKIB : 21/11/2012

Program 'Homestay' Malaysia diiktiraf antarabangsa KUALA LUMPUR 20 Nov. - Program 'Homestay' yang dibangunkan Kementerian Pelancongan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa apabila memenangi tempat pertama Anugerah 'Ulysses' kategori Inovasi Dalam Dasar Awam dan Governan di Istanbul, Turki pada Khamis lalu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia yang mendapat pengiktirafan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) itu bersama empat negara lain iaitu Brazil, Mexico, Austria dan Sepanyol yang memenangi kategori masing-masing.

Jelas beliau, pengiktirafan itu adalah hasil usaha dan inisiatif kementerian dalam membangunkan program pelancongan baharu iaitu Program Pengalaman 'Homestay' Malaysia yang berasaskan kegiatan ekonomi dan sosial di luar bandar.

"Sejak dilancarkan pada 2005, program 'Homestay' telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan perkembangan itu menyaksikan peningkatan jumlah pelancongan setiap tahun.

"Pada 2006, sebanyak 31,833 pelancong dalam dan luar negara dicatatkan diikuti sebanyak 65,715 (2007), 91,533 (2008), 161,561 (2009), 196,472 (2010) dan 254,981 (2011)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Yen Yen, menerusi program 'Homestay' tersebut, pelancong berpeluang untuk tinggal bersama penduduk di kawasan luar bandar dan mempelajari cara hidup serta budaya tempatan.

"Sepanjang menetap di kawasan itu, mereka berkesempatan mengenali produk pelancongan negara seperti makanan, pakaian, dan hiasan yang belum pernah dilihat," ujarnya.

Katanya, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pelancong, malah telah menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat tempatan khususnya di luar bandar.

Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan rasa bimbang terhadap kualiti kemudahan awam negara terutamanya pemandu teksi yang tidak memberi perkhidmatan dengan sebaiknya.

Page 4: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

"Banyak aduan diterima berhubung tindakan sesetengah pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab mengenakan tambang tanpa menggunakan meter.

"Sehubungan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia telah menjalankan kajian mengenai perkhidmatan pemandu teksi dan mengenalpasti langkah menangani masalah itu," ujarnya.

Terdahulu, beliau menyerahkan replika cek bernilai RM180,000 hasil sumbangan Hotel Shangri-La kepada tujuh pesakit jantung bagi meringankan beban mereka untuk menjalani pembedahan.

ARKIB : 07/11/2012

Malaysia diiktiraf penerajui homestay di ASEAN KUALA LUMPUR 6 Nov. - Malaysia kini muncul negara peneraju industri homestay di ASEAN berdasarkan kualiti serta impak yang dihasilkan produk pelancongan berkenaan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, selaras dengan pencapaian itu, ASEAN kini bukan sahaja mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi tetapi berminat untuk mendalami industri homestay negara.

"Berdasarkan inovasi yang kita laksanakan dalam bidang homestay ini, Malaysia kini menerajui produk pelancongan berasaskan homestay di ASEAN. Homestay kita sudah diiktiraf oleh ASEAN sebagai program yang amat berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan peringkat jawatankuasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut Yen Yen berkata, antara inovasi yang dilaksanakan kerajaan adalah mendaftarkan logo homestay di bawah harta intelek bagi memudahkan sebarang tindakan tegas diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak berdaftar.

Katanya, langkah tegas itu perlu bagi menjamin kualiti produk yang ditawarkan kepada pelancong selain mengelakkan mereka terkeliru dengan homestay palsu yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Menyentuh mengenai jumlah kedatangan pelancong berjumlah 24.7 juta pada 2011 yang dipertikai beberapa ahli Parlimen pembangkang, Yen Yen dalam nada sinis berkata, pihak berkenaan sepatutnya mencari isu yang lebih ilmiah jika mahu bermain politik.

Page 5: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

"Kita dapat data dari Jabatan Imigresen, jika warga asing yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar atau pas pekerja, kita tidak kira mereka sebagai pelancong. Tak kan kita bodoh sangat sehingga sengaja nak cipta data sendiri.

"Sebab akhirnya data ini akan dihantar ke Organisasi Pelancongan Dunia (WTO), mereka pun membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga pencapaian sektor pelancongan negara kita," katanya.

Terdahulu, sebaik sahaja memulakan ucapan, Yen Yen terus 'menyerang' Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang terlebih dahulu menuduh beliau menggunakan kedudukannya untuk melancong ke Austria dan menginap di Ais Hotel sehingga menelan belanja yang besar.

"Saya terkejut tuduhan seperti itu berlaku di dewan ini. Saya kasihan dengan Wangsa Maju, dari mana Yang Berhormat dapat maklumat? Pengintipan Yang Berhormat terlalu lemah dan ini satu budaya yang tidak boleh diterima di sini.

"Yang Berhormat perlu memohon maaf kerana saya tidak pernah ke Austria malah, Ais Hotel pun saya tidak tahu di mana, periksa pasport antarabangsa saya, pernahkah saya ke Austria. Lain kali periksa betul-betul maklumat," katanya.

ARKIB : 01/09/2012

Jumlah pelancong tinggal di inap desa meningkat 55 peratus NIBONG TEBAL 1 Sept. - Jumlah pelancong yang mendiami inap desa di seluruh negara meningkat 55 peratus dari Januari hingga Jun lepas, berbanding tempoh masa sama pada 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Azizan Noordin berkata, jumlah keseluruhan pelancong ke Malaysia bagi setengah tahun pertama adalah 155,933 orang membabitkan 125,442 pelancong domestik dan 30,491 pelancong antarabangsa.

"Jumlah pendapatan daripada program inap desa bagi tempoh Januari hingga Jun lalu adalah RM8,710,526 juta, berbanding 45.2 peratus bagi tempoh sama tahun lepas," katanya ketika merasmikan program "Mai Beraya Homestay 1Malaysia 2012" di Dataran Ilmu, Homestay Sungai Setar, di sini hari ini. - BERNAMA

Page 6: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 11/06/2011

Homestay utara Semenanjung disaran terokai peluang baru di Sumatera Daripada ZABRY MOHAMAD

MEDAN 10 Jun - Pengusaha homestay di Malaysia khususnya di utara Semenanjung disaran meneroka peluang baru di Sumatera, Indonesia berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap program inap desa tersebut.

Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia di Sumatera, Suhaimi Abu Hassan Shari berkata, faktor keyakinan dan jaminan keselamatan merupakan kriteria yang menyebabkan peningkatan permintaan itu.

"Program homestay di Malaysia sangat menjanjikan peluang besar daripada pelancong Indonesia khususnya dari Sumatera.

"Sumatera dan beberapa negeri di utara Semenanjung dihubungkan dengan sistem pengangkutan yang baik sama ada menggunakan kapal terbang atau feri.

"Dari Sumatera, pelancong Indonesia mudah bergerak menuju mana-mana destinasi pelancongan di Semenanjung terutama di bahagian utara," katanya kepada Utusan Malaysia di Pameran Pelancongan Antarabangsa Sumatera (SITF) di sini baru-baru ini.

Menurut Suhaimi, pelancong homestay dari Indonesia kebanyakannya merupakan warga pendidik dan pelajar.

Jelasnya, mereka menyertai program berkenaan untuk mempelajari budaya hidup masyarakat Melayu selain melihat sistem pendidikan di Malaysia.

Justeru kata beliau, pihaknya kini memberi tumpuan kepada para pelajar sekolah antarabangsa dan sekolah berprestasi tinggi di Sumatera bagi mempromosi program homestay.

Sementara itu, SITF yang berlangsung dari 3 hingga 5 Jun lalu disertai oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara yang terlibat dalam industri pelancongan antaranya Malaysia, Thailand, Singapura, Eropah dan China selain tuan rumah Indonesia.

Perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Wardiyatmo.

Page 7: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 17/10/2008

Wujudkan masyarakat pelancongan bermaklumat

KOTA TINGGI 16 Okt. -Kejayaan penganjuran dan penyertaan 500 pelajar peringkat menengah dari seluruh negara ke Program Pelancongan Pelajar (3P) 2008 di Homestay Felda Semenchu di sini, mencerminkan kesungguhan penganjur dan pelajar mewujudkan masyarakat bermaklumat dalam industri pelancongan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selain didedahkan maklumat sewajarnya, pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, program itu juga disemaikan dengan semangat cintakan negara dan seterusnya menyemarakkan industri pelancongan negara.

"Sebenarnya saya mendapat suntikan atas kejayaan penganjuran 3P pada tahun-tahun lalu yang meyakinkan saya untuk meneruskan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mengembangkan program serupa secara meluas," katanya.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata demikian selepas merasmikan Program Pelancongan Pelajar 2008, di Homestay Felda Semenchu, di sini baru-baru ini.

Jelas Azalina, program yang dikenalkan sejak 2001 itu sebenarnya bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang industri pelancongan dan seterusnya memupuk semangat cintakan negara.

Menurutnya, selain itu membina pengetahuan dan budaya melancong dalam negeri di kalangan pelajar terutamanya tempat-tempat bersejarah, kebudayaan dan eko-pelancongan.

"Kita yakin menerusi program itu juga ia dapat mendedahkan pelajar akan peluang pekerjaan dan perniagaan di sektor pelancongan," katanya.

Azalina berkata, pihaknya turut memikirkan dari segi pengisian program yang akan diperitingkatkan dari masa ke semasa.

Menurutnya, program kali ini pelajar didedahkan dengan seminar kerajaya, lawatan produk, ceramah, pertandingan buku skrap, Kuiz 3P dan latihan berkaitan pelancongan.

Tambah Azalina, pada keseluruhunnya program seumpama ini khususnya di Felda Semenchu yang dilengkapi dengan kemudahan asas lengkap, dapat membentuk generasi berpandangan jauh dan pengetahuan luas di bidang pelancongan yang kian berkembang.

"Harapan saya menerusi program ini secara tidak langsung membantu penduduk tempatan khasnya di Parlimen Pengerang dalam membangunkan kawasan tersebut agar lebih maju dan dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan," katanya.

Page 8: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 25/09/2008

Daftar inap desa di laman web - Azalina

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Operator homestay (inap desa) kini boleh mendaftar dengan Kementerian Pelancongan di laman web www.homestay.motour. gov.my yang dilancarkan hari ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, laman web itu merupakan platform kepada pengusaha inap desa yang antara lain untuk menjual pakej mereka kepada pelancong dalam dan luar negara.

Menurutnya, setiap permohonan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan untuk mendapatkan kelulusan.

Katanya, tahun lepas program inap desa menjana pendapatan RM4.9 juta.

''Mereka (operator) perlu mematuhi beberapa syarat semasa proses pendaftaran termasuk mengikuti kursus asas inap desa serta menjalani pemeriksaan rumah.

''Panel pemeriksa terdiri daripada Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa tempatan, Kementerian Pelancongan, Persatuan Homestay dan wakil Majlis Tindakan Pelancongan Negeri,'' katanya kepada pemberita selepas pelancaran Zoom! Homestay 2008 di sini hari ini.

Kemudahan inap desa membolehkan pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang berinteraksi serta merasai cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan Malaysia secara langsung.

Sehingga kini, 2,808 peserta dari 142 kampung di seluruh negara melibatkan diri dengan pro- gram inap desa.

Azalina menambah, kementeriannya bercadang menambah sekali ganda bilangan inap desa yang sedia ada.

Page 9: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 19/12/2003

Program Homestay diperkuatkan

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Program Cuti-Cuti Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1999 akan dipergiatkan lagi pada tahun depan dan 2005.

Menterinya, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, program tersebut adalah salah satu usaha untuk menarik pelancong-pelancong domestik dan juga pelancong-pelancong asing.

``Antara usaha-usaha yang akan dijalankan ialah memperkuatkan Program Homestay dan Kempen Program Pelancong Pelajar khususnya dari Singapura,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pelancong sekarang lebih berminat bercuti di tempat yang ada daya tarikan semula jadi seperti pemandangan alam, pantai, gunung-ganang dan hutan belantara.

Fadzir berkata, keindahan begini boleh dinikmati jika pelancong domestik dan asing mengambil bahagian dalam Program Homestay.

``Kementerian saya memberi tumpuan kepada Program Homestay ini.

``Saya yakin pelancong tempatan dan luar negeri yang berhasrat untuk tinggal bersama keluarga dalam masyarakat Malaysia dan merasai budaya serta corak hidup masyarakat tempatan,'' katanya.

Program Homestay menyediakan pilihan alternatif kepada para pelancong yang ingin merasai pengalaman melancong yang unik.

Sehingga kini terdapat 50 buah kampung di seluruh Malaysia yang bersedia menyambut kedatangan pelancong.

Abdul Kadir berkata, kini ada 1,721 buah rumah yang sesuai untuk di sewa di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.''

Sementara itu, Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Shariman Hamdan berkata, Program Homestay mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Mengikut beliau, kini sudah ada 10 kampung yang mendapat `pelancong berulang' dari negeri Jepun dan Singapura.

Page 10: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 13/12/2011

Melaka jadi peneraju industri homestay

MELAKA 12 Dis. - Melaka yakin mampu menjadi peneraju dalam usaha meningkatkan pendapatan industri homestay negara yang mencatatkan jualan RM12.4 juta di seluruh negara pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau percaya Melaka boleh menerajui perkara itu setelah mengkaji kelemahan, kelebihan dan peluang yang ada untuk menentukan hala tuju industri itu bersama peserta homestay dari seluruh negara.

Menurutnya, beliau melihat nilai pendapatan tahunan homestay dari seluruh negara sebanyak RM12.4 juta terlalu sedikit berbanding pendapatan kasar tahunan sebuah hotel di negeri ini.

"Dari situ saya melihat kedudukan pendapatan homestay terlalu jauh, sebab itu saya minta Seminar Homestay Antarabangsa Melaka 2011 yang pertama diadakan di negara ini bagi melihat matlamat dan hala tuju homestay.

"Setiap tahun kita perlu gandakan nilai pendapatan supaya setiap peserta homestay mampu meraih pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020," katanya selepas merasmikan seminar berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Melaka Berhad, Nordin Ali.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, sebelum ini beliau pernah mengadakan mesyuarat serta mempengerusikan jawatankuasa homestay dan proses pelaksanaannya perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

"Selepas itu Kementerian Pelancongan bolehlah bantu kita kerana kita pun dah ada pejabat yang tetap di sini. Saya fikir ini boleh banyak membantu.

"Kita mesti kena ada matlamat, sasaran dan kena bina lagi kawasan homestay kerana kita perlu capai sasaran, tidak boleh tunggu macam sekarang, ia datang secara semulajadi. Kadang-kadang kita kena paksa orang untuk mulakan homestay sebab kita perlu capai sasaran," tambahnya.

Beliau menambah, ketika ini Melaka mempunyai 115 peserta homestay terdiri daripada 28 orang dari Kampung Seri Tanjung, Ayer Limau (18 peserta), Alai (11), Pulai (20), Parit Penghulu (17), Kampung Morten (sembilan) dan Tambak Paya sebanyak 12 peserta.

Menurutnya, statistik mengenai kedatangan pelancong ke homestay tersebut dari Januari sehingga September lalu menunjukkan Melaka berada di tempat kelima iaitu seramai 15,492 orang.

Page 11: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

Dalam tempoh sama, Melaka juga menduduki tempat keempat dari segi pendapatan melalui homestay berbanding negeri-negeri lain dengan jumlah kira-kira RM961,000.

Antara panel penceramah dalam seminar tiga hari itu sehingga 14 Disember ini ialah pensyarah-pensyarah dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan selain penceramah luar negara termasuk Jepun dan Indonesia.

Pengisian program antaranya ialah forum, bengkel dan juga lawatan ke homestay di seluruh negeri ini.

ARKIB : 07/03/2011

Ambil tindakan pihak guna nama 'homestay' tanpa kebenaran

"Kami mempunyai 15 inap desa di enam daerah dengan ahli-ahli kira 285 yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia," katanya lagi.

PONTIAN 6 Mac - Persatuan Homestay Negeri Johor meminta Kementerian Pelancongan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan nama 'homestay' atau inap desa tanpa kebenaran dari pihak berkuasa dan menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Pengerusinya, Abd. Aziz Abd. Samad berkata, bilangan inap desa kini seperti 'cendawan tumbuh selepas hujan' namun banyak yang lari dari konsep sebenar dan menyebabkan pengusaha inap desa yang mempunyai lesen Kementerian Pelancongan tidak mendapat apa-apa pulangan.

Menurut beliau, selain Kementerian Pelancongan, pihak berkuasa tempatan juga perlu berhati-hati sekiranya ada permohonan untuk membuka inap desa di pusat bandar dan sebagainya walhal ia sebenarnya adalah untuk penduduk luar bandar bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

"Inap desa sebenar menyediakan aktiviti seperti persembahan kebudayaan, melawat tempat-tempat menarik, melihat aktiviti ekonomi penduduk seperti industri kecil dan sederhana (IKS), pertanian, ternakan dan sebagainya," katanya ketika mengulas kenyataan Pejabat Kementerian Pelancongan Johor bahawa kebanyakan inap desa tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

Pengarahnya, Muhammad Isa Abdul Halim, dalam laporan Utusan Malaysia pada 26 Februari lalu menyatakan inap desa hari ini tidak layak menggunakan nama tersebut kerana tidak bertepatan dengan definisi sebenar iaitu tempat tinggal yang mengamalkan budaya, cara hidup dan makanan di desa untuk diperkenal kepada pengunjungnya.

Abd. Aziz menjelaskan, pihaknya mengalu-alukan keprihatinan Pejabat Kementerian Pelancongan Johor mengenai perkara tersebut namun tindakan perlu diambil untuk membendungnya agar tidak memberikan kesan kepada industri tersebut pada masa depan.

Page 12: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

Jelasnya, para pengusaha inap desa diberikan pendedahan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan supaya dapat memberikan perkhidmatan terbuka kepada para pelawat.

Sehubungan itu beliau berharap, orang ramai tidak keliru dengan konsep inap desa kerana ia bukan sahaja menawarkan tempat tinggal tetapi menyediakan pelbagai aktiviti tambahan.

Tambahnya, syarat mendapatkan lesen inap desa di sesebuah kampung adalah sekurang-kurangnya perlu ada 10 orang peserta menyertainya tetapi apa yang berlaku menunjukkan seolah-olah tiada sebarang undang-undang berkaitan program tersebut.

Oleh yang demikian Abd. Aziz meminta ahli-ahlinya memantau sekiranya wujud inap desa yang beroperasi secara tidak sah kerana yang menanggung kerugian adalah pengusaha inap desa yang tulen.

Katanya lagi, dia tidak menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan inap desa tetapi perlulah mengikut saluran yang betul serta menjalankan operasi berlandaskan konsep dan objektif asalnya.

ARKIB : 16/07/2010

Penduduk desa perlu libat diri inap desa

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit memberitahu, setakat Mac tahun ini, kementerian tersebut telah mendaftarkan sebanyak 141 buah inap desa di seluruh negara yang meliputi 3,283 pengusaha inap desa yang menawarkan 4,414 buah bilik.

''Sementara itu bagi Sarawak, terdapat 19 inap desa yang didaftarkan dengan jumlah peserta sebanyak 233 dan 243 bilik yang ditawarkan.

MIRI 15 Julai - Kementerian Pelancongan komited memperluaskan program penginapan desa di Sarawak dalam usaha menggalakkan masyarakat luar bandar melibatkan diri dalam sektor pelancongan.

James Dawos memetik Sape semasa perasmian Tenyok Rimba Community Resort di Long Bedian, Baram, Miri. Kelihatan sama Lihan Jok (empat kiri).

Page 13: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

''Pada tahun lalu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua bagi program homestay malah kerajaan turut memberikan peruntukan yang besar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi meningkatkan penyertaan komuniti tempatan dalam program tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tenyok Rimba Community Resort (TRCR) di Long Bedian dekat sini baru-baru ini.

Dawos berkata, program inap desa merupakan satu produk pelancongan yang baru yang menampilkan keunikan gaya hidup, makanan dan kebudayaan masyarakat setempat yang mencerminkan budaya Malaysia.

Sehubungan itu, Dawos melahirkan keyakinan bahawa TRCR mampu menjadi tarikan baru kepada para pelancong yang datang ke Sarawak.

''Tenyok Rimba ini akan menjadi rakan penyumbang ke arah memajukan industri pelancongan bersama Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Loagan Bunut kerana lokasinya yang berhampiran," kata beliau.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Lihan Jok dalam ucapannya berkata, terdapat enam projek segera perlu dilaksanakan di Tenyok Rimba membabitkan penurapan jalan sejauh 6.8 kilometer menghubungkan Tenyok dengan jalan utama.

Menurutnya, selain itu, projek pembinaan mini hidro masing-masing menelan kos RM300,000, dewan serbaguna, laluan kayu pejalan kaki, lorong ke lima laluan hutan dan jambatan kanopi turut dibina di kawasan berkenaan.

Mengenai permohonan untuk menaik taraf kemudahan di Tenyok Rimba bernilai RM4.5 juta, Dawos berkata, pihaknya akan mempertimbangkan projek itu untuk pembentangan peruntukan pada 2013 hingga 2015.

ARKIB : 24/11/2009

Belia perlu ceburi program inap desa

LIMBANG 23 Nov. - Golongan belia disaran menerokai program inap desa homestay yang dilihat berpotensi menjadi produk utama industri pelancongan di Sarawak.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata, mereka boleh melibatkan diri secara aktif dalam program tersebut yang secara tidak langsung akan mengembangkan produk pelancongan domestik ke peringkat global.

Menurutnya, penglibatan golongan belia dalam program itu dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dan menjana pendapatan masing-masing.

Page 14: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

''Kerajaan sememangnya menekankan peranan belia untuk sama-sama memajukan industri pelancongan di negeri ini dengan menjadikan program inap desa di kawasan masing-masing sebagai destinasi tarikan para pelancong.

''Program inap desa di negeri ini masih belum diterokai sepenuhnya," katanya pada majlis Perasmian Kursus Homestay Berjaya di sini semalam.

Hasbi berkata, selain mampu menjana pembangunan ekonomi, program inap desa akan dapat memperkenalkan kawasan-kawasan menarik di Sarawak.

Bagaimanapun katanya, para belia perlu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang bersih, cantik dan selesa kepada pelancong di samping memperkenalkan budaya, warisan serta adat resam kepelbagaian etnik di negeri ini.

Jelasnya, program inap desa merupakan satu bentuk kemudahan tempat tinggal kepada pelancong untuk tinggal bersama tuan rumah terpilih selain berpeluang berinteraksi bersama mereka.

''Program ini dilihat sebagai satu produk pelancongan alternatif yang berpotensi dan mendapat sambutan tinggi.

''Ia ekoran peningkatan terhadap permintaan di kalangan pelancong antarabangsa untuk mempelajari cara hidup masyarakat setempat," katanya lagi.

Sehubungan itu, Hasbi memberitahu, program inap desa merupakan strategi kerajaan untuk membangunkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui penglibatan mereka dalam pembangunan pelancongan.

Menurutnya, program itu juga merupakan projek komuniti yang dapat memupuk perpaduan dan mendorong ke arah kemajuan sesebuah masyarakat itu sendiri.

Page 15: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 14/11/2009

Program inap desa jana pendapatan RM6.5 juta

BUKIT MERTAJAM 13 Nov. - Program inap desa atau homestay yang semakin popular di negara ini berjaya menjana pendapatan lebih RM6.5 juta sepanjang lapan bulan pertama tahun ini dengan peningkatan 80 peratus penyertaan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pendapatan yang dijana hasil program pelancongan itu meningkat hampir sekali ganda berbanding RM3.3 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, sebanyak 57,658 pelancong menyertai program homestay di seluruh negara sejak Januari hingga Ogos tahun lalu dan jumlah itu meningkat kepada 102,934 pada tempoh sama tahun ini.

''Ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan homestay sebagai salah satu produk unggul sektor pelancongan sudah menampakkan kejayaan yang sangat positif.

''Kejayaan ini menyerlahkan lagi kelebihan cara hidup masyarakat kampung dan keunikan suasana desa di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat perkampungan Homestay Mengkua ng Titi di sini, baru-baru ini.

Yen Yen berkata, kementeriannya setakat ini sudah mendaftarkan sebanyak 3,279 rumah yang menyertai program homestay melibatkan 140 perkampungan di seluruh negara.

ARKIB : 13/11/2009

Program inap desa hasilkan keuntungan

KUCHING 12 Nov. - Program inap desa (homestay) di Sarawak berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak RM429,549.50 kepada 233 peserta berdaftar dari 19 buah kampung setakat Januari hingga September tahun ini.

Menteri Muda Pelancongan, Datuk Hamden Ahmad berkata, jumlah pendapatan itu diperolehi hasil kedatangan seramai 12,004 pelancong dalam dan luar negara dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan daripada tahun sebelumnya kerana pendapatan bagi program inap desa tahun lalu sebanyak RM413,823.33 dengan kedatangan seramai 15,505 pelancong.

Page 16: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

''Berdasarkan fakta dan statistik itu menunjukkan bahawa program inap desa di negeri ini semakin popular dan menyumbangkan pendapatan yang berpatutan kepada peserta," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN Baru di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Dr. Abdul Rahman Ismail (BN-Bukit Kota) dan Mong Dagang (BN-Bukit Begunan).

Sementara itu, Menteri Muda Kemudahan Awam, Sylvester Entri Muran ketika menjawab soalan asal Paulus Palu Gumbang (BN-Batu Danau) memberitahu, satu projek bekalan air di Long Napir bernilai RM2.2 juta telah diluluskan di bawah peruntukan khas RM1 bilion bagi kegunaan penduduk di situ.

Jelas beliau, projek bekalan air itu telah bermula pada 23 Oktober tahun ini dan dijangka siap pada Ogos 2010.

''Selain projek itu, dua lagi projek bekalan air telah diluluskan untuk pelaksanaan pada 2011-2012 iaitu di Lubai Tengah, Limbang dengan kos berjumlah RM432,000 serta projek penyambungan paip air dari Batu Danau ke Medamit Fasa I dengan anggaran kos RM2.1 juta," kata beliau.

Page 17: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 25/03/2010

Rom's Homestay diminati pelancong Oleh SOPI SAMAILE [email protected]

KUCHING 24 Mac - Program homestay atau inap desa semakin mendapat tempat di kalangan para pelancong terutamanya dari luar negara.

Malah, program itu menjadi salah satu produk pelancongan utama bagi menarik pelancong luar yang mahu melihat secara dekat serta merasai sendiri pengalaman dan gaya kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Maka, tidak menghairankan ada di kalangan penduduk di negeri ini turut mengambil peluang daripada perkembangan industri homestay dengan menawarkan perkhidmatan untuk program tersebut.

Kebiasaannya, pelancong yang mengikuti program berkenaan akan menginap bersama pemilik rumah bagi tempoh tertentu, makan bersama di samping menjalani aktiviti bersama tuan rumah yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara penduduk dengan pelancong.

Bagaimanapun, Rom's Homestay di Kampung Siol Kandis yang turut menjalankan program tersebut menawarkan satu kelainan kepada para pelancong tetapi masih dapat merasai suasana homestay.

''Di sini, kami mementingkan suasana rileks dan penginapan ala dalam taman atau dalam hutan supaya pelancong dapat menikmati ketenangan dan kehijauan alam," kata Shahir Akmal Jamaludin, 26.

Shahir Akmal yang bertanggungjawab menguruskan pusat homestay bersama ibunya, Romlah Kassim memberitahu, para pelancong juga boleh menginap di situ tanpa had masa yang memberi ruang untuk para pelancong menikmati sepenuhnya suasana homestay ini.

Menurutnya, jika pengusaha homestay lain biasanya membenarkan pelancong menginap hanya beberapa hari atau beberapa minggu sahaja, namun di sini mereka boleh tinggal sehingga setahun atau lebih daripada itu.

Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke perkarangan Rom's Homestay yang seluas kira-kira 0.6 hektar itu, mereka akan berasa seperti berada di dalam taman.

Ruang tamu yang santai untuk aktiviti penginap Rom's Homestay.

Page 18: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

Ini kerana haruman bunga-bungaan yang segar dan mekar memenuhi ruang di kawasan berkenaan sambil menyajikan keindahan mata memandang.

Sementara setiap laluan kaki pula ditanam dengan pokok dan bunga yang mekar seolah-olah mengalu-alukan kehadiran pelancong yang pastinya kagum dengan kehijauan serta kesegaran yang ditawarkan di Rom's Homestay.

Di dalam kawasan Rom's Homestay itu pula mempunyai lima rumah untuk penginapan para pelancong dan ia boleh dipilih mengikut cita rasa mereka masing-masing.

Apa yang menarik dan uniknya Rom's Homestay adalah setiap rumah mempunyai nama sendiri iaitu Rumah Mariam, Rumah Baizura, Rumah Julia, Rumah Nor Hazah dan Rumah Putih.

Menurut Shahir Akmal, semua rumah ini kecuali Rumah Putih, mendapat namanya bersempena dengan nama pelawat pertama yang menginap di rumah berkenaan.

''Pemberian nama itu adalah idea ibu saya yang meminta persetujuan daripada penginap berkenaan untuk menggunakan nama mereka," katanya.

Daripada lima rumah tersebut, Rumah Mariam adalah paling besar dengan mempunyai lima bilik.

Setiap bilik pula diberikan nama tertentu seperti Mawar, Cempaka, Orkid dan Kenanga.

Sementara itu Rumah Putih pula mempunyai tiga bilik, Rumah Baizura dua bilik sementara Nor Hazah dan Julia masing-masing satu bilik.

Shahir Akmal memberitahu, segala kelengkapan pelancong disediakan seperti katil dan tilam empuk, kipas angin atau penghawa dingin, ruang tamu, dapur, bilik mandi dan sebagainya.

Jelasnya, setiap rumah pula mempunyai ruang tamu yang luas, dilengkapi sofa atau tikar rotan yang selesa untuk dijadikan tempat bersantai atau berbual-bual.

''Bagi pelancong yang inginkan kemudahan televisyen pula, mereka boleh meminta perkhidmatan tersebut kerana kemudahan ini disediakan berdasarkan permintaan.

''Untuk menjamu selera pula, pelancong tidak perlu melangkah jauh kerana di persekitaran kawasan homestay ini terdapat tempat makan yang dinamakan Rom's Little Penang Café," katanya .

Pada masa sama, Shahir Akmal berkata, kadang-kala keluarganya mengajak pelancong untuk makan bersama di rumah mereka sendiri yang hanya terletak bersebelahan yang secara tidak langsung mewujudkan hubungan mesra dengan pelancong.

Katanya, pelancong Inggeris lebih meminati program homestay kerana mereka ingin menghabiskan cuti dengan tenang sambil menikmati persekitaran desa yang damai dan hijau.

Page 19: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

''Saya masih ingat ada seorang pelancong Inggeris yang menghabiskan masanya di dalam taman ini dari pagi hingga tengah hari dan kemudiannya melakukan perkara sama hingga ke petang dengan duduk sambil menghabiskan bacaan novel," katanya.

Sesuai dengan konsepnya sebagai homestay yang bertujuan memberi pendedahan suasana dan budaya kampung kepada para pelancong, maka disediakan satu ruang khas untuk menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan dan tradisional, tarian ngajat dan lai-lain lagi.

Pada masa sama, pelancong turut boleh menghabiskan masa di sini untuk menonton televisyen atau berkaraoke.

''Puas berehat dan ingin menikmati suasana bandar raya Kuching, pelancong boleh menaiki kenderaan sewa untuk ke jeti Pangkalan Sapi yang jauhnya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

''Dari jeti berkenaan, mereka boleh menaiki perahu tambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak dan tiba di Tebingan Kuching," kata Shahir Akmal.

Beliau memberitahu, selain popular di kalangan pelancong Inggeris, Rom's Homestay atau nama sebenarnya Rom's Orchid Garden & Homestay cukup diminati oleh pelawat dari Semenanjung.

Katanya, status serta kerjaya para pelancong juga berbeza tetapi yang paling kerap menginap di sini adalah peguam-peguam dari Semenanjung, mereka yang berkeluarga, usahawan dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, menceritakan sejarah wujudnya Rom's Homestay, Shahir Akmal berkata, ia bermula dari minat ibunya yang berkebun bunga-bungaan, khasnya orkid sebelum wujud Rom's Orchid Garden sekitar tahun 1996.

Menurutnya, dua tahun kemudian, Rom's Little Penang Café dibuka di kawasan itu dan atas galakan ramai pihak, ibunya membuka pusat homestay berkenaan.

''Pada mulanya kami hanya ada dua buah rumah tetapi selepas ibu membeli tapak bersebelahan, tiga buah rumah lagi ditambah sehinggalah ia wujud seperti sekarang ini," katanya.

Page 20: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 11/03/2010

Pengusaha inap desa perlu penuhi tiga syarat utama

MELAKA 10 Mac - Program inap desa boleh dibangunkan di setiap kampung di negeri ini tetapi perlu memenuhi tiga syarat utama yang ditetapkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, tiga syarat utama yang perlu dipenuhi ialah lokasi kediaman, kemudahan asas dan kebersihan.

Menurutnya, tiga syarat tersebut menjadi keutamaan kerajaan negeri sebelum meluluskan sebarang pembangunan inap desa bertujuan untuk menjamin keselesaan keluarga dan pelancong.

''Selain itu, semua pengusaha inap desa perlu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan di samping mereka perlu menghadiri Kursus Asas Inap Desa anjuran Institut Kemahiran Desa (Infra) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

''Penyertaan untuk mewujudkan program inap desa pula terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di suatu kediaman secara tetap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Har Cheow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang menjawab soalan Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau) mengenai syarat-syarat utama untuk menjadikan sebuah kampung sebagai inap desa.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian Pelancongan juga akan menjalankan pemeriksaan rumah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan, Tourism Malaysia dan Persatuan Homestay Malaysia.

Di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 katanya, perkara-perkara lain yang turut diberi keutamaan ialah harga makanan, pengangkutan dan hal-hal yang melibatkan pakej lawatan.

Har Cheow berkata, mengikut rekod daripada Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, Melaka mempunyai sebanyak lima inap desa yang berdaftar iaitu dua Alor Gajah dan Jasin serta Melaka Tengah dengan jumlah pengusaha adalah sebanyak 103.

Beliau menambah, setiap pengusaha inap desa tidak perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada PBT kerana ia dikawal oleh Kementerian Pelancongan selain menerima peruntukan khas.

Page 21: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 12/06/2009

Percutian Homestay Berkereta Api diperkenal

''Kalau ada inap desa sekarang boleh capai pendapatan RM3,000 dalam tempoh tiga bulan maka kita akan berusaha menjana pendapatan ini supaya boleh meningkatkan kepada RM30,000,'' ujarnya.

KOTA BHARU 11 Jun - Homestay (inap desa) Kelantan mendapat rangsangan baru melalui usaha Kementerian Pelancongan memperkenalkan program Percutian Pelancongan Homestay Berkereta Api.

Langkah kementerian itu lebih disasarkan kepada usaha menarik kemasukan pelancong dari Singapura menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, program tersebut dilaksanakan memandangkan Kelantan mempunyai pelbagai daya penarik dengan keunikan budaya dan adat.

Malah, laluan perjalanan juga meredah muka bumi negeri yang berbukit-bukau dan menghijau, di samping perkampungan-perkampungan tradisional.

Sebagai langkah awal katanya, kementerian akan mengadakan rombongan ke Singapura dengan kerjasama pelbagai agensi pelancongan tanah air untuk mempromosi inap desa dan budaya Kelantan kepada republik itu.

''Kelantan ada sistem pengangkutan KTMB yang sangat berpotensi untuk kita gunakan bagi menarik kedatangan pelancong dari negara itu mengenali kebudayaan masyarakat setempat di homestay yang ada.

''Kita ada dikir barat, kertok, wau dan tarian serta pelbagai jenis makanan malah loghat pertuturan yang unik boleh dijadikan sandaran memajukan lagi industri ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan (MTPK), Datuk Abd. Aziz Derashid dan Pengerusi Persatuan Homestay Kelantan, Mohamad Nasir Mustafa.

Sehingga pertengahan tahun ini, Kelantan hanya mempunyai lapan buah kampung yang dijadikan sebagai perkampungan inap desa dan berjaya menarik 228 pengunjung termasuk 20 pelancong asing.

Antara inap desa yang menjadi tumpuan utama di negeri ini adalah Kampung Renok Baru dan Kampung Batu Papan di Gua Musang dan Kampung Seterpa, Peringat dekat sini.

Yen Yen berkata, kementerian akan menjalankan kursus dan program khas untuk melatih pihak pengurusan inap desa menjadi lebih cekap terutama sekali daripada aspek kebersihan dan kewangan.

Page 22: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengusaha-pengusaha inap desa di negeri ini supaya turut memainkan peranan masing-masing dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

''Untuk mencapainya, minda kita perlu terbuka dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung seperti kualiti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

''Kita tidak akan mempromosikan mana-mana inap desa yang hanya menyewakan rumah mereka kepada pengunjung dan tidak tinggal bersama kerana falsafah penubuhannya sudah tidak ada,'' ujarnya.

Yen Yen menambah, penduduk negeri ini juga perlu kreatif dalam mempersembahkan budaya tempatan kepada pelancong luar negara yang tidak pandai bertutur bahasa Melayu.

Katanya, seni dikir barat dalam dialek tempatan misalnya sangat unik namun tidak difahami. Oleh itu, beliau mencadangkan agar turut dialih bahasa supaya lebih memikat pelancong.

''Kita fahami keperluan mereka. Oleh itu, apa salahnya kalau ada beberapa lagu dikir barat dalam bahasa asal pelancong itu sendiri supaya mereka dapat menyanyi bersama,'' tambahnya.

Sementara itu, Abd. Aziz berkata, MTPK akan mengadakan rundingan dengan KTMB dalam masa terdekat untuk membincangkan peranan syarikat pengangkutan itu dalam menjayakan program terbabit.

Katanya, rundingan itu memberi fokus mengenai langkah promosi yang boleh dibuat oleh KTMB seperti mempamerkan gambar-gambar inap desa di gerabak yang digunakan dan keselesaan terhadap penumpang.

''MTPK akan memikul tanggungjawab ini sepenuhnya dan sebagai langkah segera, kita akan bertemu dengan KTMB dan menerangkan kepada mereka mengenai program ini,'' jelasnya.

Page 23: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

ARKIB : 12/06/2009

Kelulusan inap desa dibeku Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN [email protected]

KOTA BHARU 11 Jun - Kementerian Pelancongan membekukan kelulusan permohonan baru mewujudkan inap desa (homestay) di seluruh negara untuk memastikan tidak berlaku lambakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, jumlah inap desa kini sudah terlalu banyak berbanding kehadiran pelancong yang tidak begitu memuaskan.

Katanya, terdapat sebanyak 4,000 inap desa yang berdaftar di bawah kementerian terbabit namun hanya kira-kira 30 peratus pernah menerima kehadiran pelancong.

Sehubungan itu, katanya, fokus utama kementerian sepanjang tahun ini adalah untuk menaik taraf inap desa sedia ada dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping promosi.

''Kita tidak akan tambah jumlah yang ada ini, malah rekod menunjukkan tempoh masa pelancong yang menginap di homestay yang ada sekarang cuma 30 hari dalam setahun.

''Tumpuan kita sekarang adalah untuk memastikan kehadiran pelancong seramai 30 peratus itu ditingkatkan kepada 50 peratus sepanjang tahun ini melalui promosi yang intensif,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Homestay Kelantan 2009 di Homestay Seterpa, Peringat di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan, Datuk Abd. Aziz Derashid dan Pengerusi Persatuan Homestay Kelantan, Mohamad Nasir Mustafa.

Homestay Kampung Renok Baru, Gua Musang dipilih menjuarai pertandingan tersebut diikuti Homestay Kampung Seterpa dan Homestay Kampung Batu Papan juga dari Gua Musang.

Ketiga-tiga kampung yang mencapai markah masing-masing 71, 75 dan 76 peratus itu menerima hadiah wang tunai dan piala iringan.

Ng Yen Yen mencuba alat pemotong daun tembakau tradisional ketika melawat Homestay Kampung Seterpa, Kota Bharu, semalam. -

Utusan/Hafiz Johari

Page 24: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://www.utusan.com.my

Yen Yen berkata, program promosi inap desa akan dipertingkatkan di dalam dan luar negara termasuk di England, Jerman, Perancis dan Belanda.

Beliau berkata, industri pelancongan merupakan penyumbang kedua terbesar ekonomi negara apabila tahun lepas, sebanyak 22 juta pelancong mengunjungi negara ini dan menjana hasil sebanyak RM50 bilion.

''Sebenarnya nilai nyata hasil diperoleh lebih tinggi daripada jumlah itu kerana banyak pendapatan diperoleh terus oleh rakyat seperti bayaran perkhidmatan teksi dan pengangkutan bas,'' jelasnya.

Page 25: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY M'SIA POPULAR DI KALANGAN RAKYAT S'PURA

Date: 15-10-2010 Author: / ZAW ZAW HM SINGAPURA-PELANCONGAN SINGAPURA, 15 Okt (Bernama) - Program inap desa yang dilaksanakan pengusaha Malaysia semakin popular di kalangan rakyat Singapura sehingga Pelancongan Malaysia hari ini melancarkan satu lagi kempen untuk mempromosi program tersebut. Program Perjalanan Malaysia 2010 selama tiga hari tersebut yang diadakan di Suntec dan dianjurkan oleh Persatuan Agensi Bas Ekpres dirasmikan oleh Pengarah Pelancongan Malaysia cawangan Singapura, Zalizam Zakaria. Beliau bekata Kementerian Pelancongan Malaysia sedang mempromosi secara agresif program homestay di luar negara. Kira-kira dua minggu lalu Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berada di sini untuk melancar program Malaysia Rail Tourism yang mempromosi pakej homestay. Lebih 50 pempamer dengan kira-kira 100 gerai menawarkan pelbagai pakej, produk dan perkhidmatan dari hotel dan resot, homestay, taman tema, pelayaran, ekolancong, golf dan Spa hingga ke kemudahan membeli-belah dan hiburan, mengambil bahagian dalam pesta perjalanan tersebut. Zalizam berkata sejumlah 16 gerai Pelancongan Malaysia ditempah di pesta tersebut oleh 24 pengendali homestay dari seluruh negara yang mempromosi pakej pelancongan yang berbaloi. Beliau berkata program tersebut yang diperkenalkan pada 1995, semakin popular di kalangan pelawat asing yang mendapat pengalaman tinggal bersama masyarakat setempat di perkampungan Malaysia. Beliau berkata rakyat Singapura merupakan 58.9 peratus dari jumlah pelancong homestay asing dari Januari hingga Julai tahun ini. Semasa tempoh tersebut, pakej homestay menarik 108,798 rakyat Malaysia dan pelancong asing dan menjana pendapatan RM6.3 juta. Tahun lalu, 23.6 juga pelancong asing melawat Malaysia, dengan Singapura menyumbang kira-kira 53.8 peratus dari jumlah kedatangan pelancong dan menjana pendapatan RM27.5 bilion. Bagi setengah tahun pertama tahun ini, kedatangan pelancong Singapura mencecah 6.3 juta, pertambahan 2.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Zalizam. Sempena pesta pengembaraan itu, beliau turut melancarkan brocur edisi Singapura "IT'S ALL HERE! MALAYSIA HOLIDAY PACKAGES" yang menyenarai 45 pakej percutian dalam dolar Singapura. -- BERNAMA ZAW ZAW HM

Page 26: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

KURANG PROMOSI PUNCA PROGRAM HOMESTAY KURANG SAMBUTAN, KATA NG

Date: 16-06-2009 Author: / ZAJ ZI RHM NG-HOMESTAY LANGKAWI, 16 Jun (Bernama) -- Kadar penginapan untuk program homestay di seluruh negara pada tahun lepas hanya 10 peratus dan kadar rendah itu berpunca daripada kurangnya promosi di pihak kira-kira 3,600 pengusaha homestay. Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata punca lain ialah sikap pengusaha yang tidak menitikberatkan kebersihan dan menyediakan pakej menarik untuk memikat pelancong. "Kementerian membantu menyediakan peruntukan bagi membina tandas dan bilik air yang bersih dan elok. Selain itu bergantung kepada kreativiti mereka (pengusaha homestay) menyediakan pakej yang menarik," katanya kepada pemberita semasa melawat homestay Kampung Wang Tok Rendong di sini, hari ini. Beliau yakin sambutan terhadap program dapat ditingkatkan dengan syarat pengusaha meningkatkan perkhidmatan mereka daripada semua aspek kerana pelancong akan kembali semula selain menguar-uarkannya kepada kenalan sekiranya mereka berpuas hati. Dr Ng berkata pelancong asing memilih menginap di homestay kerana ingin merasai suasana kampung tetapi aspek kebersihan perlu diberi keutamaan. "Suasana kehidupan kampung hanya terdapat di homestay kerana ia tidak disediakan oleh hotel bertaraf lima atau enam bintang." Sementara itu Dr Ng mengumumkan tempoh khidmat semua pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) yang akan tamat akhir bulan ini dilanjutkan sehingga Disember ini. Katanya pelanjutan tempoh itu bagi memberi peluang kepada mereka melaksanakan program yang dirancangkan dengan licin bagi meningkatkan kembali kedatangan pelancong yang merosot kerana kelembapan ekonomi dunia dan penyakit. Beliau berkata bagi Langkawi sahaja, sebanyak RM18 juta diperuntukkan tahun ini bagi penyediaan prasarana pelancongan termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada. -- BERNAMA ZAJ ZI RHM

Page 27: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

SARAWAK TARIK PELAJAR ASING SERTAI PROGRAM HOMESTAY

Date: 25-05-2009 Author: / KHL KHL RHM SARAWAK-HOMESTAY KUCHING, 25 Mei (Bernama) - Sarawak sedang mempergiatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, khususnya pelajar asing untuk menyertai program Homestay sambil mengikuti khusus Bahasa Inggeris. Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan negeri Datuk Michael Manyin berkata trend terkini menunjukkan ramai pelajar asing, khususnya dari Korea dan Jepun menyertai program Homestay ketika musim cuti sekolah sambil menyertai kursus Bahasa Inggeris di negeri ini. "Program Homestay yang menawarkan pakej pembelajaran bahasa Inggeris semakin mendapat sambutan di kalangan pelajar-pelajar Korea dan Jepun di mana mereka akan datang ke Malaysia selama dua minggu ketika musim cuti sekolah. "Pelajar-pelajar asing ini akan menghadiri kelas Bahasa Inggeris selain mempelajari cara hidup, kebudayaan, kraftangan dan menikmati makanan tradisional di kampung dan rumah-rumah panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan "Panggah" (Baruk) di Kampung Bunuk di Jalan Borneo Heights, dekat sini hari ini. Manyin berkata kini terdapat 232 pengusaha dari 19 buah kampung menceburi dalam program Homestay di seluruh negeri Sarawak. Beliau berkata sebanyak 10,480 pelancong telah menyertai program Homestay itu dengan membawa pendapatan sebanyak RM500,000 kepada pengusaha Homestay di negeri ini. "Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 5,632 pelancong telah menyertai program Homestay dengan perolehan kira-kira RM100,000," katanya. Sementara itu, Manyin menyeru pengusaha program Homestay di negeri ini berdaftar dengan Kementerian Pelancongan untuk menikmati kemudahan dan faedah yang disediakan kementerian. "Kementerian akan memberi peruntukan untuk menaik taraf kemudahan dalam rumah pengusaha program Homestay yang didaftarkan dengan kementerian. Contohnya, RM5,000 akan diberikan untuk menaik taraf tandas di setiap rumah. "Selain itu, kementerian akan membantu pengusaha program dari segi promosi di dalam dan luar negara. Saya berharap pengusaha-pengusaha program Homestay berdaftar dengan kementerian secepat mungkin," katanya. -- BERNAMA KHL KHL RHM

Page 28: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY SARAWAK BERWAJAH BARU

Date: 24-07-2007 Author: / RDY BK Pelancongan-Homestay KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelancongan telah meluluskan peruntukan RM2.4 juta untuk menaik taraf kemudahan program homestay di Sarawak bagi membolehkan industri pelancongan yang pesat di negeri itu bertambah maju. Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata kementerian itu meluluskan peruntukan tersebut pada Khamis lepas. Program Homestay di negeri ini akan diteruskan dengan menggunakan koordinasi pendekatan daripada semua agensi kerajaan, katanya semasa melancarkan Laman Web Direktori Homestay di sini hari ini. Mengenai perkembangan program homestay di Sarawak, menurutnya setakat ini 12 kampung termasuk 118 peserta telah mendaftar untuk program tersebut. "Kementerian saya telah menerima sebanyak 15 permohonan baru dan saya harap pada masa akan datang, lebih banyak lagi akan memohon untuk menyertai program ini," katanya program ini diilhamkan pada 1996 dan secara aktif 2003 dengan penyertaan lima kampung. Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran itu, Wong berkata kerajaan negeri telah memilih untuk mempromosikan program tersebut melalui laman web kerana ia murah dan lebih berkesan. Beliau berkata dengan adanya laman web ini, pelancong asing boleh membuat tempahan dan perancangan mengenai perjalanannya. Menteri itu juga membayangkan bahawa iklan di televisyen tidak akan digunakan kerana bayarannnya agak mahal. Mereka yang berminat mengenai program homestay ini www.right.sarawak.gov.my/homestay or www.mudtour.sarawak.gov.my -- BERNAMA RDY BK

Page 29: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY M'SIA MENGGAMIT PELANCONG EROPAH

Date: 01-07-2007 Author: Noor Hayati Muda / NM PR RR Rencana-Homestay LONDON, 1 Julai (Bernama) -- Konsepnya mudah, jemput masuk pelancong dan layannya seperti salah seorang anggota keluarga untuk beberapa hari berikutnya dan anda beruntung beberapa ratus ringgit. Bagaimanapun, anda perlu memenuhi beberapa kriteria terlebih dahulu. Antaranya anda mesti mempunyai kediaman yang selesa dan bersih dengan sebuah keluarga yang mendiaminya dan rumah terletak di sebuah kampung dengan persekitaran moden. Diperkenalkan pada 1995, Program Homestay kini merupakan salah satu produk pelancongan paling menarik di Malaysia. Tahun lepas, lebih 30,000 pelancong, kebanyakannya dari Jepun, Korea dan Singapura menikmati pengalaman hidup di kampung. Presiden Persatuan Homestay Malaysia Sahariman Hamdan berkata, walaupun ia satu produk pelancongan baru secara bandingan, program Homestay berjaya menempah nama walaupun maklumat mengenainya disampaikan dari mulut ke mulut. "Semasa kami mulakannya, ia agak sukar kerana kami tidak banyak menerima sokongan daripada kerajaan. Langsung tiada promosi yang dijalankan oleh kerajaan. Tetapi hari ini kami diiktiraf sebagai salah satu daripada produk pelancongan penting dan dijemput menyertai acara-acara promosi," kata beliau semasa ditemui di `Malaysia Week'07', di Covent Garden Market di sini, baru-baru ini. PERLU PERLUAS PASARAN "Pasaran kami ialah warga Jepun dan Singapura. Kami mempunyai pelancong Eropah tetapi bilangannya sangat kecil, lebih kurang 250 orang. Jadi, penyertaan kami dalam `Malaysia Week' merupakan langkah pertama dalam menggamit lebih ramai pelancong Eropah dan berdasarkan kepada maklumat balas yang kami terima sehingga ini, minat yang ditunjukkan agak memberangsangkan," katanya, dan menambah kata persatuan itu bercadang menjalankan pemasaran lebih agresif menjelang hujung tahun. Sahariman berkata mereka yang mengunjungi ruang pameran persatuan itu semasa Malaysia Week kebanyakannya tidak pernah mendengar mengenai program itu dan beberapa orang pula mengetahuinya melalui rakan-rakan mereka. "Mereka sangka ia macam B&B (Penginapan & Sarapan), yang popular di sini. Tetapi kami menjelaskan kepada mereka bahawa dalam program Homestay anda adalah sebahagian daripada keluarga yang anda tinggal dengan, yang bermakna anda perlu turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang diatur oleh keluarga berkenaan," katanya. Sahariman berkata banyak daripada mereka telah menyatakan minat dan ada antara mereka membuat tempahan di situ juga.

Page 30: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

RESPONS BAIK "Kebanyakan daripada tempahan ialah bagi September ini dan Mac depan. Pada harga GBP15 hingga GBP20 (RM100 hingga RM134) sehari, dengan makanan dan perjalanan dari kampung ke kampung disediakan, warga Britain anggap Homestay sebagai kaedah paling murah untuk bercuti," katanya. Program itu, katanya, ideal bagi kebanyakan pelancong Eropah memandangkan mereka suka tinggal bagi tempoh lebih lama. "Kami juga menawarkan kepada mereka banyak pilihan. Kami ada kampung-kampung di pulau, dikelilingi alam semulajadi, perkampungan nelayan dan tanah tinggi untuk mereka memilih, dan yang lebih menarik ialah mereka boleh pergi dari satu destinasi ke destinasi lain," katanya. Selain daripada itu, Sahariman berkata kebanyakan daripada anggota persatuan juga turut serta dalam program Satu Daerah Satu Industri yang bermakna ia menawarkan satu lagi pengalaman bagi pelancong. Program Homestay bermula dengan 14 kampung dan persatuan itu kini mempunyai 115 anggota dengan 4,200 keluarga di seluruh negara. Bagaimanapun, untuk memastikan para tetamu benar-benar melalui pengalaman hidup kampung dan tradisi tempatan sebenar, penyertaan keluarga dari setiap kampung dihadkan kepada 10 buah rumah. "Rumah-rumah itu dipilih berasaskan kepada beberapa kriteria termasuk kemudahan yang perlu dan juga standard kebersihan yang tinggi, dan keluarga itu harus menjalani kursus-kursus yang dijalankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya. HOMESTAY DISAMBUT BAIK Sahariman berkata persatuan itu kini menerima sokongan kementerian-kementerian yang berkenaan. Sebagai contoh, Sahariman berkata di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, persatuan itu telah diperuntukkan RM40 juta untuk menaiktaraf infrastruktur serta kemudahan di kampung-kampung yang mengambil bahagian. "Berbanding 12 tahun yang lepas di mana kami begitu kurang menerima sokongan, kami benar-benar menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini. Tetapi pemasaran lebih agresif oleh agensi-agensi berkenaan pasti dapat membantu lagi," katanya. Sementara itu, Hugh Goodall, seorang warga Britain berusia 65-tahun kagum dengan konsep tinggal bersama keluarga dan dilayan seperti anggota keluarga. "Saya pernah dengar mengenai negara anda dan betapa ianya indah tetapi inilah kali pertama saya mendengar program seperti ini dan saya sudah pasti mahu mencubanya," kata beliau semasa ditemui di ruang pameran persatuan. Goodall, seorang bekas guru berkata beliau berhasrat melancong Malaysia bersama isteri pada Mac depan tetapi mendapati sukar untuk memilih antara kampung di pulau dan yang dikelilingi alam semulajadi. "Saya mungkin memilih kedua-duanya," kata beliau. Seorang pelancong Amerika, yang memperkenalkan dirinya sebagai Cik Fullman berkata beliau akan menempatkan Malaysia dan Program Homestay dalam

Page 31: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

senarai perkara yang mesti dilakukannya. "Saya suka merantau, khasnya mengembara sebagai `back-packer' dan saya rasa Program Homestay akan memenuhi keperluan saya dengan baik," kata penuntut separuh masa berusia 27 tahun dari Florida itu. -- BERNAMA NM PR RR MASYARAKAT KAMPUNG DIGESA PERKENALKAN PROGRAM HOMESTAY

Date: 06-05-2007 Author: / MZ NT ROS Sabah-Homestay PAPAR, 6 Mei (Bernama) -- Masyarakat desa digesa agar memperkenalkan program homestay kepada pelancong luar yang datang ke negara ini untuk membantu memajukan industri pelancongan negara selain meningkatkan ekonomi penduduk yang mempunyai pusat homestay. Naib Ketua Puteri Umno Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sebagai contoh, Kampung Papaga di Sabah bukan sahaja terpilih destinasi untuk acara 'eco-challenge' pada tahun lepas tetapi keindahan pusat penginapan homestay kampung berkenaan terpilih untuk rancangan Discovery Channel. "Saya berharap penduduk di sini yang mempunyai produk homestay mengekalkan identiti kebudayaan suku kaum, makanan tradisi dan membawa pelancong melihat keindahan kawasan perkampungan," katanya ketika melancarkan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Papaga, dekat sini, malam tadi. Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar berkata konsep pelancongan homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong dalam industri pelancongan negara dan melalui cara ini, pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Beliau turut meminta mereka memberikan layanan istimewa kepada setiap pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 yang bertepatan dengan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. "Tunjukkanlah kekayaan budi bahasa dan juga nilai hidup gaya timur yang masih lagi kita praktikkan," katanya. -- BERNAMA MZ NT ROS

Page 32: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY AMBIL SISWA JADI ANAK ANGKAT

Date: 26-02-2007 Author: Suriani Razali / SR ZUL RR Rencana-Homestay KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tahun 2007 membuka lembaran baru bagi rakyat di negara ini untuk terus produktif dan menjadi lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. Terdapat beberapa pengusaha program homestay yang mempromosikan beberapa buah kampung di negeri Selangor kepada pengunjung-pengunjung luar negara bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007. Ada juga sesetengah pengusaha program homestay menjalankan program-program anak angkat untuk para pelajar universiti pada harga yang jauh lebih berpatutan. Setakat ini beberapa program anak angkat untuk mahasiswa seperti dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Poly-Tech Mara, Bangi (KPTM) telah dijalankan. Antara kampung yang terlibat ialah Desa Maju Sg Tengi, Hulu Selangor. OBJEKTIF PROGRAM Objektif program ini adalah untuk menggalakkan mahasiswa menyumbangkan bakti serta berkongsi pengetahuan dan menjana idea-idea baru untuk dipraktikkan oleh penduduk kampung bagi mendapat faedah bersama. Di antara program yang biasa diadakan siswa-siswi yang berkunjung ke Desa Maju Sg Tengi adalah lawatan ke sekitar kampung, gotong-royong, mengadakan kelas tusyen kepada pelajar sekolah, sukaneka bersama keluarga angkat, pertandingan memancing dan lawatan ke ladang buah. Peserta juga dapat menikmati permainan-permainan tradisional serta berbagai-bagai aktiviti lain bersama-sama keluarga angkat mereka. Kemudahan yang disediakan bagi program anak angkat ini termasuk penginapan ala homestay dan pengangkutan bagi melawat kampung. PESAWAH PADI Satu lagi kampung yang menjadi lokasi program anak angkat yang diusahakan adalah Kg. Sawah Sempadan di Mukim Tanjung Karang, Kuala Selangor. Di kampung ini, peserta dapat merasai kehidupan sebagai pesawah padi kerana kampung terletak di tengah-tengah kawasan penanaman padi bagi negeri Selangor ini. Seramai 100 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda (Kewartawanan) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM telah berkesempatan merasai kehidupan cara kampung selama dua hari di Kampung Sawah Sempadan yang terletak kira-kira 90 kilometer dari sini. Pelbagai aktiviti mengenai kehidupan cara kampung diadakan. Pensyarah pengiring program berkenaan Hariyati Ariffin berkata, program seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar dan penduduk kampung tetapi juga memberikan pengalaman hidup di kampung kepada mereka.

Page 33: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

Menurut Hariyati, pelajar dibahagikan kepada tiga atau empat orang satu keluarga untuk merasai pengalaman sebagai adik beradik serta keluarga angkat di sana. BAS UiTM Ainulfarhana Cik Lid, 20, pelajar Kewartawanan semester satu, berkata mereka sudah membuat persediaan untuk program berkenaan sebulan lebih awal. Setelah tiba hari program berkenaan beliau dan rakan-rakan dibawa menaiki bas UiTM ke kampung tersebut. "Sehari sebelum ke sana saya dan rakan-rakan tak dapat tidur nyenyak kerana terlalu teruja dan tertanya-tanya bagaimana agaknya kampung berkenaan, serta layanan penduduk di sana nanti," katanya. Kata Ainulfarhana, mereka terharu dengan layanan yang diberikan oleh penduduk kampung yang peramah dan baik hati serta pemurah. "Kami sentiasa kenyang dan layanan macam kelas pertama," katanya. Sementara itu seorang siswi dari Mauritius, Shafinas Bibi Kassim, memberitahu ini adalah pengalaman pertama beliau tinggal di kampung dan beliau rasa sungguh seronok. Walaupun tidak begitu faham bahasa Melayu, Shafinas tidak berasa kekok di sana kerana ramai sahabat-sahabat dan pensyarahnya sanggup menjadi penterjemah kepada beliau yang sukar berkomunikasi dengan ibu bapa angkatnya. Beliau menyatakan rasa sungguh gembira mendapat kesempatan melawat dan tinggal di Kampung Sawah Sempadan yang cantik dan sungguh mendamaikan. HORMAT MENGHORMATI Alfonso Min yang berasal daripada Labuan, Sabah, memberitahu, keadaan kampung yang sungguh damai jauh berbeza daripada kawasan bandar tempat asalnya di Labuan. Menurutnya banyak pengalaman dikumpul di sana, umpamanya mengenali erti kasih sayang, ikatan persaudaraan, sikap hormat menghormati dan mempelajari budaya masyarakat kampung di negeri Selangor. Pelajar kewartawanan semester tiga ini berkata, ibu angkatnya mengingatkan beliau kepada ibu kandungnya yang berada di Labuan. Kemesraan yang ditunjukkan oleh ibu angkatnya membuatkan beliau dapat mengubati rindu kepada keluarganya di Labuan. -- BERNAMA SR ZUL RR

Page 34: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY SABAH PERLU SEDIAKAN PUSAT MAKLUMAT

Date: 28-05-2005 Author: / MK RS Sabah - Homestay KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) -- Para pengusaha program homestay di Sabah perlu menubuhkan sebuah pusat maklumat mengenai kebudayaan dan kehidupan masyarakat kampung sebagai daya tarikan pelancong, kata Penolong Setiausaha Persatuan Program Homestay Sabah, Rubbin Guribah. Rubbin berkata mereka juga perlu menghasilkan brosur yang lebih bermutu di samping menyediakan laman web. Ini semua boleh dilaksanakan dengan bantuan agensi-agensi kerajaan berkenaan, katanya pada majlis taklimat mengenai program itu di sini hari ini. Pada majlis itu, para pengusaha program itu memberi taklimat kepada wakil-wakil agensi pelancongan dan media dari Korea Selatan, Jepun, Australia, Singapura, Hong Kong dan negara-negara Scandinavia. Mereka berada di Sabah dari 26 hingga 31 Mei untuk mengenali dengan lebih dekat program penginapan itu. Menurut Rubbin program homestay berpotensi untuk berkembang memandangkan jumlah ketibaan pelancong ke negeri ini meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun lepas, Sabah mencatatkan 1.77 juta ketibaan pelancong berbanding 1.25 juta pada 2003. Beliau, juga seorang pengusaha program homestay di Melangkap, Kota Belud berkata buat masa ini kebanyakan mereka yang menyertai program itu ialah pelancong luar negara menerusi pakej-pakej pelancongan. Katanya, program ini belum begitu popular di kalangan orang tempatan kerana mereka belum begitu mengetahui mengenainya. Pada masa ini terdapat kira-kira 30 pengusaha homestay dari kawasan meliputi Long Pasia, Kota Belud, Ranau, Papar hingga Semporna. -- BERNAMA MK RS

Page 35: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY AKAN DITINGKATKAN DALAM USAHA TARIK PELANCONG

Date: 08-12-2004 Author: / ZY SOP AZH TEMERLOH, 8 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelancongan akan mengadakan kerjasama erat dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam usaha meningkatkan promosi memperkenalkan Malaysia ke luar negara, khususnya dalam membangunkan program `homestay'. "Program `homestay' di Malaysia menyumbang sebanyak RM25 juta tahun kepada pendapatan negara tahun ini dan saya yakin, jumlah ini akan bertambah seiring dengan usaha kita menggiatkan lagi promosinya," katanya Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Zahidi Hamidi. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis rumah terbuka Persatuan Homestay Malaysia di Kampung Desa Murni, Kerdau dekat sini hari ini, beliau berkata selaras dengan perkembangan yang memberangsangkan itu, 150 buah kampung di seluruh negara kini sudah memberikan persetujuan untuk bekerjasama menjayakan program berkenaan. Katanya mulai tahun depan, Kementerian Pelancongan akan menggunakan sistem khas untuk menilai program homestay agar ia mampu dijalankan dengan lebih teratur dan berkualiti. "Kita akan menggunakan sistem `bintang' seperti yang digunapakai ke atas hotel-hotel di negara in. Saya percaya cara ini akan mampu membuatkan semua pengusaha homestay memberikan yang terbaik kepada pelancong," katanya. Sementara itu, Zahid berkata negara dijangka memperolehi pendapatan berjumlah kira-kira RM30 bilion tahun ini ekoran kehadiran 15 juta pelancong dari Jepun, Korea dan United Kindom, berbanding RM25.5 bilion tahun lalu. -- BERNAMA ZY SOP AZH

Page 36: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY BERUPAYA BASMI KEMISKINAN LUAR BANDAR

Date: 04-09-2004 Author: / HM JM AZH Aziz-Homestay KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Program Homestay yang berupaya membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar akan dibantu dalam pelbagai aspek bagi menjana pembangunannya, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Aziz Shamsuddin hari ini. Beliau berkata peruntukan yang lebih besar serta latihan yang lebih menyeluruh akan disalurkan kepada pengusaha Homestay yang kini berjumlah 948 orang di 65 kampung seluruh negara. "Sebagai industri yang baru kepada ekonomi negara dan berupaya membasmi kemiskinan di luar bandar, peruntukan yang mencukupi akan diberikan kepada industri Homestay," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perhimpunan Homestay Kebangsaan 2004 di Seri Kembangan dekat sini. Beliau berkata pembangunan industri ini yang kini sangat menggalakkan dan dijangka maju sepenuhnya dalam lima tahun lagi. Program Homestay di negara ini dilancarkan di Temerloh, Pahang pada 1995. Ia mendapat sambutan yang baik, terutamanya dari kalangan pelajar Jepun dan Korea. Beliau berkata hasil dari penginapan pelancong di rumah mereka, pendapatan pengusaha Homestay boleh mencecah purata RM1,000 sebulan dan ada yang mendapat hingga RM10,000 sebulan. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang turut hadir berkata industri Homestay kini menyumbang satu peratus kepada pendapatan keseluruhan industri pelancongan negara yang bernilai kira-kira RM30 bilion. Katanya industri Homestay disasarkan boleh menyumbang hingga lima peratus kepada pendapatan industri pelancongan negara. Bagi menggalakkan lagi industri berkenaan, kementerian itu akan membawa para pengusahanya melawat ke luar negara bagi mempelajari dan mengadakan hubungan dengan pengusaha luar negara, kata beliau. Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Sahariman Hamdan pula berkata antara Januari dan Jun tahun ini, Industri Homestay mencatat kira-kira 50,000 pengunjung berbanding kira-kira 70,000 sepanjang tahun lepas. Beliau memohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukan kira-kira RM25 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menjana industri Homestay. -- BERNAMA HM JM AZH

Page 37: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PARLIMEN: PROGRAM HOMESTAY PERUBATAN TRADISIONAL AKAN DIMAJUKAN

Date: 19-05-2004 Author: / NER HK DC MAI KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelancongan akan membangunkan program "homestay" melibatkan bidang perubatan tradisional di kawasan luar bandar, kata timbalan menterinya Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Buat masa ini, katanya, terdapat tiga program "homestay", satu melibatkan promosi perubatan tradisional Melayu di Gua Kerbau, Kubang Pasu, Kedah, satu lagi di Gua Sam Poh Tong, Ipoh (Cina) dan di Batu Caves, Selangor bagi perubatan tradisional India. Pada masa ini, 65 kampung telahpun mengadakan program homestay dengan melibatkan 948 keluarga, katanya semasa menjawab soalan Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Ahmad Zahid berkata kerajaan telah mengenal pasti kawasan luar bandar di seluruh negara serta produk pelancongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan desa. "Ini termasuk pembangunan perkampungan warisan dan budaya, pembangunan satu produk satu daerah, pembangunan eko dan agro pelancongan selain menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya. -- BERNAMA NER HK DC MAI RAKYAT PERLU TURUT SAMA JAYAKAN PROGRAM HOMESTAY, KATA SHAHIDAN

Date: 28-09-2002 Author: / RIS RHM Homestay-Perlis KANGAR, 28 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata kerjasama rakyat Perlis amat diperlukan bagi memastikan kejayaan program homestay di negeri ini. Katanya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mewujudkan program homestay di setiap kawasan dewan undangan negeri (DUN). Sekiranya program itu berjaya dilaksanakan sepenuhnya, beliau berkata Perlis akan dapat mewujudkan 750 bilik penginapan tambahan dengan tiap kampung mempunyai sekurang-kurangnya 50 buah rumah untuk disewa kepada pelancong. Keutamaan diberikan kepada kampung-kampung yang pernah menyertai pertandingan Gerakan Desa Wawasan untuk menyertai program itu, katanya pada

Page 38: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

majlis pelancaran Program Homestay Peringkat Negeri Perlis di Kampung Tersusun, Titi Tinggi dekat sini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Negeri Datuk Abu Bakar Ismail. Di bawah program itu, pelancong boleh memilih tiga suasana untuk penginapan iaitu kawasan sawah padi, kawasan nelayan atau dusun buah-buahan dan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan serta berpeluang menikmati makanan tradisional negeri itu. Beliau berharap dengan adanya program itu, ia akan lebih menarik minat pelancong untuk singgah dan bermalam di Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2003-2005 dan tidak lagi dijadikan "negeri laluan" untuk ke Thailand atau Pulau Langkawi. Lebih sejuta pelancong dijangka melawat Perlis menjelang tahun 2005, kata Menteri Besar. -- BERNAMA RIS RHM SEBANYAK 15 KAMPUNG DIKENAL PASTI UNTUK PROGRAM HOMESTAY

Date: 27-04-2002 Author: / AD RHM KANGAR, 27 April (Bernama) -- Sebanyak 15 buah kampung di Perlis telah dikenal pasti untuk pelaksanaan program homestay menjelang Tahun Melawat Perlis 2003-2005, kata Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini. Katanya kampung-kampung terbabit dipilih berdasarkan kedamaian masyarakatnya di samping mempunyai kemudahan bilik untuk penginapan pelancong. Berucap pada majlis mesra rakyat peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri Sanglang di Padang Keria dekat sini hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyenaraikan nama-nama kampung berkenaan. Katanya, program homestay diperkenalkan bagi menampung kekurangan bilik-bilik hotel di negeri ini di samping mendedahkan para pelancong dengan budaya masyarakat tempatan. Beliau percaya pelancong asing akan tertarik dengan budaya masyarakat tempatan termasuk menikmati pengalaman hidup dalam pelbagai latar kehidupan masyarakat tempatan yang kebanyakannya bertani. Mengenai majlis mesra rakyat, Shahidan berkata ia bertujuan mewujudkan semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Katanya, meskipun kawasan Sanglang diwakili oleh parti PAS namun kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kawasan itu dan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di situ. -- BERNAMA AD RHM

Page 39: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PENYERTAAN PELANCONG JEPUN DALAM PROGRAM HOMESTAY MENINGKAT

Date: 20-02-2002 Author: / ROS RON Pelancongan-Homestay KUANTAN, 20 Feb (Bernama) -- Penyertaan pelancong dari Jepun dalam program "homestay" di Desa Murni, Temerloh dijangka meningkat kepada 3,500 orang tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Negeri, Datuk Maznah Mazlan hari ini. Beliau berkata peningkatan penyertaaan pelancong Jepun itu dicatatkan setiap tahun, iaitu 2,000 orang pada tahun 1999, 2,500 orang pada tahun 2000 dan 2,800 orang tahun lepas. "Bagi tahun lepas, program ini memberikan pulangan berjumlah RM750,000 kepada 100 penduduk kampung yang terbabit dengan program homestay," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai Pelancongan Jepun di sini. Seminar dua hari anjuran bersama Asean Centre, Jepun dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu dihadiri 60 peserta dari negeri-negeri di Pantai Timur. Maznah berkata pulangan yang diperolehi daripada program homestay itu antara lain diagih-agihkan kepada keluarga angkat peserta program, kos pengangkutan dan projek kemasyarakatan umpamanya majlis kenduri. Katanya berdasarkan maklumat balas, program homestay merupakan antara pakej pelancongan yang digemari oleh pelancong dari Jepun kerana ikatan kekeluargaan antara pemilik rumah dengan pelancong yang tinggal bersama di rumah berkenaan sebagai satu keluarga. "Saya dapati banyak kes yang menunjukkan walaupun program ini hanya sekadar lima hari tetapi saat untuk berpisah dengan keluarga angkat ini berlangsung dalam suasana yang begitu emosional," kata beliau. Maznah berkata hubungan di antara kedua-dua belah pihak berkekalan dan ada di antara pelancong yang pernah mengikuti program homestay itu kembali semula untuk menziarahi keluarga angkat masing-masing di Temerloh. -- BERNAMA ROS RON

Page 40: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

RISALAH PROGRAM HOMESTAY DALAM BAHASA JEPUN DAN INGGERIS

Date: 30-08-2001 Author: / ZI NH LAT LANGKAWI 30 Ogos (Bernama) -- Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi akan mengedarkan risalah Homestay Pulau Tuba, Langkawi dalam Bahasa Inggeris dan Jepun selain Bahasa Malaysia secara meluas di dalam dan luar negeri bagi menyampaikan maklumat mengenai pakej pelancongan yang disediakan. Pengurus Besar persatuan itu Mukhtar Affandi Musa hari ini berkata persatuan berkenaan akan mendapatkan kerjasama Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (LPPM) bagi mengedarkan risalah berkenaan di pejabat pelancongan di dalam dan luar negeri. Risalah dalam Bahasa Malaysia itu kini diedarkan di semua pejabat persatuan-persatuan nelayan seluruh negara, katanya. Beliau berkata persatuan itu menawarkan lima pakej menerusi program homestay Pulau Tuba yang disertai 30 nelayan pulau itu untuk menambah sumber pendapatan mereka. Sebelum ini ramai pengunjung yang kebanyakan pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan menyertai program itu secara kumpulan. "Kita mengalakkan penyertaan pelawat secara kumpulan, kerana harganya boleh dirunding", katanya. Mukhtar Affandi berkata pakej itu menonjolkan beberapa tempat menarik di Pulau Tuba seperti Gua Kelawar, Wang Lebah (tempat lebah), Pantai Batu Rebam, Kelong dan memberi makan kepada helang liar. Antara pakej itu ialah tiga hari dua malam yang diberi nama "mengenali cara hidup nelayan tradisional", selain menawarkan ekspedisi memancing ikan bersama nelayan, melihat kerja tangan tradisi dan melawat kawasan perusahaan membuat arang. Satu lagi pakej ialah pakej istimewa satu malam di kelong dengan penyertaan sekurang-kurangnya lapan orang, katanya. -- BERNAMA ZI NH LAT

Page 41: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PENGUSAHA PROGRAM HOMESTAY DIGESA JALANKAN AKTIVITI KOMPRHENSIF

Date: 17-03-2001 Author: / NO ZB Ali-Homestay ALRO GAJAH, 17 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Ali Mohd Rustam menyarankan pengusaha-pengusaha program pelancongan homestay di negeri ini menjalankan aktiviti komprehensif dan bersepadu dalam usaha menarik pelancong ke negeri ini. Beliau berkata program homestay di negeri ini yang berlandaskan kepada kebudayaan, alam sekitar dan aktiviti harian masyarakat setempat diharap menjadi tarikan kepada para pelancong untuk dilawati sepanjang masa. "Kerajaan negeri akan memastikan program homestay sebagai salah satu destinasi dalam kalendar program pelancongan Melaka" katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi homestay Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, dekat sini hari ini. Sebanyak 25 keluarga di kampung itu menyertai program homestay yang menyediakan sebanyak 40 buah bilik kepada para pelancong asing dan dalam negeri ini. Antara produk homestay yang ditawarkan di kampung itu yang dilancarkan pada tahun lepas ialah pelancongan pertanian, ternakan dan kebudayaan. Aktiviti dan rekreasi lain yang kini sedang dalam pembinaan di kampung itu ialah sebuah pusat mandi wap dan menunggang kuda. Mohd Ali berkata pada tahun lepas sebanyak 1,000 pelancong dalam dan luar negeri termasuk dari negara Jepun, Korea dan negara-negara ASEAN menyertai program homestay di kampung itu. "Tarikan pelancongan ke negeri ini bukan sahaja melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka tetapi ada juga pelancong yang ingin merasai kehidupan seharian penduduk di kampung-kampung tradisional," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta para penduduk di kampung itu memastikan kebersihan pada tahap yang tinggi dalam usaha menarik lebih ramai pelancong menyertai program itu. Selain Kampung Seri Tanjung, sebuah lagi program homestay yang terdapat di negeri ini ialah di Kampung Pulai, Jasin. -- BERNAMA NO ZB

Page 42: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

PROGRAM HOMESTAY DI DESA MURNI CATAT KEJAYAAN

Date: 28-11-2000 Author: / ROS AKD Pelancongan-Homestay KUANTAN, 28 Nov (Bernama) -- Program pelancongan bercorak "homestay" di Kampung Desa Murni, Temerloh yang mencatatkan kejayaan menggalakkan akan diperluaskan ke beberapa tempat lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Maznah Mazlan. Katanya, jumlah pelancong yang berkunjung ke Desa Murni tahun ini meningkat kepada 5,000 orang dan membawa pendapatan berjumlah RM2.5 juta kepada para penduduk yang menyertainya. "Ini berbanding dengan sejumlah 3,500 pelancong pada tahun lepas dengan memberikan pendapatan sebanyak RM750,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Melalui program homestay, para pelancong dibawa tinggal bersama-sama penduduk kampung bagi mendapatkan pengalaman sebenar cara hidup masyarakat desa. Maznah berkata pada tahun depan, bilangan pelancong yang akan berkunjung ke projek homestay Desa Murni dijangka antara 3,500 hingga 10,000 orang, termasuk yang menyertai 10 penerbangan sewa khas dari Jepun. "Berdasarkan kejayaan program ini, kerajaan negeri telah mengumpul senarai cadangan dari setiap daerah supaya program ini dapat diperluas dan dimanfaatkan oleh masyarakat luar bandar," kata beliau. Maznah berkata usaha-usaha turut dijalankan bagi mendapatkan penerbangan terus dari negara tertentu, umpamanya penerbangan sewa khas dari Taiwan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu yang akan bermula Februari tahun depan dengan setiap penerbangan membawa 188 pelancong. Katanya, kerajaan negeri bersama Penerbangan Malaysia (MAS) juga berusaha mewujudkan pakej percutian melalui "MAS Golden Holidays" yang mana syarikat penerbangan itu akan membantu kerajaan negeri memasarkan produk-produk pelancongan di Pahang ke semua destinasi MAS di seluruh dunia. -- BERNAMA ROS AKD

Page 43: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

MASYARAKAT LUAR BANDAR DISARAN SERTAI PROGRAM HOMESTAY

Date: 19-09-2000 Author: / MKO ZAA NMO KOTA TINGGI, 19 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mahu masyarakat luar bandar bersikap pro-aktif melibatkan diri dalam "program homestay" kerana program seumpama itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong asing. Katanya, banyak pelancong terutamanya dari Jepun, Taiwan dan Singapura kini berminat mengikuti program itu memandangkan mereka dapat merasai cara hidup masyarakat tempatan di kampung. Penerimaan pelancong asing terhadap program "homestay" kini menggalakkan dan oleh itu, masyarakat luar bandar perlu sanggup melibatkan diri, kata beliau pada perasmian program "Avenue Desa" di Kampung Bukit Lintang, dekat sini, hari ini. Abdul Ghani berkata mereka yang terlibat dengan program itu juga hendaklah memperbanyakkan aktiviti seperti permainan tradisional kerana ia boleh memperkenalkan lagi kebudayaan masyarakat negara ini. Beliau juga melahirkan rasa puas hati terhadap sikap penduduk Kampung Bukit Lintang yang sanggup menceburi bidang itu. Setakat ini, sebanyak 20 buah rumah di kampung itu menyertai program "homestay" berbanding 11 rumah ketika program itu diperkenalkan pada 1996. -- BERNAMA MKO ZAA NMO KELEMAHAN SISTEM PENGANGKUTAN PUNCA PROGRAM HOMESTAY KURANG SAMBUTAN

Date: 07-07-1998 Author: / SBS NAK Homestay KUALA TERENGGANU, 7 Julai (Bernama) -- Kelemahan sistem pengangkutan dikenalpasti antara punca yang menyebabkan program homestay, iaitu pelancong menginap di rumah penduduk kampung, di Terengganu kurang mendapatkan sambutan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Ibrahim Awang berkata kurangnya sistem pengangkutan ke kawasan program homestay menyebabkan mereka tidak berminat menyertai program itu. "Oleh itu, untuk memastikan program itu diteruskan, urusan pengendaliannya diserahkan kepada sebuah syarikat yang akan dilantik oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan," katanya pada persidangan berita selepas majlis penyerahan sumbangan peraduan mencari harta karun

Page 44: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

Misteri Sungai Terengganu '98 di sini, hari ini. Beliau berkata kementerian memilih 30 buah rumah di Kampung Hulu Jengai, Dungun bagi menjalankan program itu tahun ini. Setiap pelancong akan dikenakan bayaran antara RM25 dan RM30 semalam termasuk makan dan minum. Pihak kementerian akan membantu mempromosikan program itu manakala perjalanan aktivitinya pula diserahkan kepada penduduk kampung berkenaan. Ibrahim berharap dengan pengendalian syarikat baru, program homestay itu akan lebih berjaya dan mendapat sambutan. Terdahulu, beliau menerima sumbangan wang tunai dan barangan bernilai lebih RM30,000 termasuk bantuan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebanyak RM20,000. Turut menyumbang ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Syarikat Nestle dan American Malaysian Insurance. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam acara Misteri Sungai Terengganu iaitu acara berakit, perahu panjang dan kayak pada 11 Julai ini. -- BERNAMA SBS NAK PENYELARAS PROGRAM HOMESTAY DIINGATKAN JANGAN AMBIL TIP

Date: 02-06-1998 Author: / ZY RON TEMERLOH, 2 Jun (Bernama) -- Penyelaras program "homestay" di negara ini diingatkan supaya tidak mengambil tip atau mengaut keuntungan berlebihan daripada pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Sabbaruddin Chik berkata program homestay, yang menempatkan pelancong di rumah-rumah untuk menikmati suasana kehidupan masyarakat setempat, seharusnya lebih mengutamakan konsep layanan mesra tuan rumah dan adat sopan santun masyarakat Malaysia. Jika keuntungan yang diutamakan maka tujuan asal homestay itu akan diketepikan, katanya semasa berucap menutup kursus peningkatan kecekapan penyelaras dan peserta program homestay di Kampung Desa Murni, Kerdau di sini malam tadi. Kursus yang bermula sejak 29 Mei itu dihadiri 40 peserta. Beliau meminta amalan mengambil tip dan keuntungan berlebihan itu dihentikan segera kerana walaupun bilangan mereka yang melakukannya tidak ramai tetapi ia boleh merosakkan program pelancongan dan menjejaskan imej projek homestay itu sendiri. Program homestay yang dilancarkan pada tahun 1995 merupakan usaha kerajaan untuk melibatkan penyertaan masyarakat setempat terutama yang tinggal di luar bandar menyertai kegiatan pelancongan dan memperolehi pendapatan tambahan.

Page 45: ELEKTRONIK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/767/5/Sumber Elektonik.pdf · membuat penyelidikan mengenai kedudukan kita. Patutnya kita berbangga

http://blis.bernama.com/

Sabbaruddin berkata pada masa ini terdapat 450 pengusaha homestay di seluruh negara yang berdaftar dengan kementerian. -- BERNAMA ZY RON PROGRAM HOMESTAY BERPOTENSI LUAS UNTUK DIMAJUKAN

Date: 17-08-1996 Author: / MH MAI Pelancongan PONTIAN, 17 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan akan mengambil langkah berkesan untuk memajukan program "Homestay" terutama bagi membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup mereka. Menteri berkenaan, Datuk Sabbaruddin Chik berkata antara langkah yang diambil termasuk meluaskan program itu yang sebelum ini dilancarkan di Pahang, Perak dan Johor ke negeri-negeri lain. Beliau berkata program itu mempunyai potensi yang luas untuk dimajukan kerana melaluinya pelancong akan merasai sendiri pengalaman tinggal bersama tuan rumah, kebudayaan serta cara hidup masyarakat tempatan. "Pelancong terutama dari Barat ingin mencari kelainan daripada apa yang terdapat di tempat mereka, oleh itu program ini didapati sesuai untuk mereka merasai pengalaman yang baru," katanya pada persidangan berita selepas melancarkan program "Homestay" di Kampung Serkat, dekat sini hari ini. Sabbaruddin berkata walaupun program itu telah dilaksanakan sejak 10 tahun lepas, tetapi disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kelemahan promosi, ia kurang mendapat sambutan. Kementerian telah mengambil beberapa langkah tertentu termasuk mengadakan kempen memperkenalkan program itu secara meluas terutama melalui akhbar dan radio serta menambah produk pelancongan yang berpotensi. "Program Homestay itu sekiranya dilaksanakan akan mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pengusahanya termasuk mendapat pendapatan empat atau lima angka sebulan," katanya. Sabbaruddin juga menggesa masyarakat di kawasan yang berpotensi supaya mengambil langkah untuk memajukannya bagi meningkatkan pendapatan mereka. "Sektor pelancongan membantu masyarakat terbabit meningkatkan taraf hidup melalui perniagaan serta perhidmatan," kata beliau.-- BERNAMA MH MAI