ekonomi - model ricardo-karlmarx
DESCRIPTION
Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2TRANSCRIPT
![Page 1: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/1.jpg)
Model Ricardo
Dalam Model Ricardo diandaikan ,sebahagian besar barangan penggunaan adalah dari sektor pertanian yang dihasilkan oleh faktor tanah.
Faktor ini mempunyai penawaran tetap dan pengeluarannya tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang.
• Perbezaan antara aktiviti yang menggunakan tanah sebagai input dan yang tidak menggunakan tanah adalah perkara pokok dalam perbincangan model pertumbuhan Ricardo.
1
![Page 2: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/2.jpg)
Dua perkara penting disumbangkan oleh Model Ricardo dalam menganalisis pertumbuhan.
-Pertama, model ini menunjukkan proses
pertumbuhan ekonomi akan berhenti apabila
telah mencapai satu tingkat tertentu.
-Kedua, agihan pendapatan kepada sumber input adalah berkaitan dengan dan ditentukan melalui proses pertumbuhan ekonomi.
2
![Page 3: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/3.jpg)
• Agihan pendapatan dalam bentuk sewa, untung dan upah kepada masing-masing tuan tanah, pemodal dan pekerja adalah berkait rapat dengan tingkat pertumbuhan ekonomi.
• Pertumbuhan ekonomi pula bergantung kepada penawaran tanah, stok modal dan buruh serta teknologi pertanian.
3
![Page 4: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/4.jpg)
Ekonomi adalah berbentuk pasaran dan peruntukan sumber dipengaruhi oleh motif keuntungan (Ex. Membahagi ikut peratusan atau tahap produktiviti) walaupun tidak semestinya pada tingkat maksimum.
Perbezaan dalam perolehan keuntungan adalah berkait rapat dengan kualiti tanah atau tahap produktiviti, di mana modal diperuntukkan.
4
![Page 5: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/5.jpg)
KRITIKAN TERHADAP MODEL RICARDO
Analisis Ricardo menggambarkan proses pertumbuhan tidak berlaku secara harmoni dan tidak memberi faedah kepada semua golongan atau dengan kata lain kepentingan mereka tidak sama.
Golongan yang paling banyak menerima faedah daripada pertumbuhan ekonomi ialah tuan-tuan tanah.
5
![Page 6: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/6.jpg)
Tanah yang terhad penawarannya (output telah maksimum) menyebabkan nisbah buruh-tanah semakin tinggi apabila penduduk bertumbuh dan selanjutnya kadar sewa meningkat.
Proses pertumbuhan akan membawa kepada
peningkatan sewa dan mengurangkan untung.
6
![Page 7: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/7.jpg)
Mengikut Ricardo, proses pertumbuhan akan berhenti apabila tanah yang dapat digunakan habis dan ini membawa kepada kejatuhan untung.
Tetapi pendapat ini dikritik dari dua sudut iaitu pertama, kapitalis mungkin mempunyai sumber tabungan lain dan kedua, mungkin terdapat kemajuan teknologi yang mampu mengekalkan kadar untung, dengan itu pulangan berkurangan dan pengeluaran dapat dilambatkan.
7
![Page 8: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/8.jpg)
Ricardo juga mengabaikan soal pembaikan tanah yang juga adalah langkah penting dalam meningkatkan pembentukan modal sektor perrtanian.
Dalam Model Ricardo, tuan tanah tidak mempunyai insentif untuk melakukan pelaburan daripada sewa yang mereka perolehi untuk menyambung proses pertumbuhan. Oleh itu, apabila berlaku peningkatan dalam kos buruh, nisbah produktiviti upah jatuh.
8
![Page 9: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/9.jpg)
• Tuan tanah juga boleh menerima lebihan dalam bentuk sewa tanpa apa-apa usaha.
Gambaran ini nampaknya tidak realistik dalam keadaan sebenarnya kerana tuan tanah boleh menjadi kapitalis dan selalunya akan melakukan pelaburan bagi meneruskan proses pertumbuhan.
9
![Page 10: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/10.jpg)
Model Karl Marx
Perbezaan pandangan Marx dengan Smith dan Ricardo ialah tentang upah cukup hidup (smith) dan hukum pulangan bertambah kurang (Ricardo). Ekonomi Marxian juga mempercayai pertumbuhan tidak berlaku selamanya, tetapi apa yang berbeza ialah tentang berakhirnya pertumbuhan ekonomi. Marx berpendapat pertumbuhan akan berhenti apabila berlaku krisis.
10
![Page 11: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/11.jpg)
Marx melihat pembangunan ekonomi dari sudut sosial dan sejarah. Marx menganggap perhubungan sosial dalam pengeluaran lebih penting daripada pertukaran antara barangan. Sifat sosial buruh ditekankan.
Beliau mengatakan produktiviti buruh, kemahiran masyarakat buruh, pengetahuan sains dan teknologi dan alam sekitar (budaya- sosial) adalah anugerah penting sesebuah ekonomi. Perhubungan angkubah ini akan menentukan budaya-sosial dalam masyarakat.
11
![Page 12: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/12.jpg)
Hukum dinamik (yang mementingkan modal daripadan buruh- pandangan terhadap buruh lebih kepada negatif) dalam teori Marx ialah:
(i). keinginan utama pemodal ialah untuk
mengumpulkan seberapa banyak
modal,
(ii). kecenderungan kadar upah untuk jatuh,
12
![Page 13: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/13.jpg)
(iii). penumpuan dan pemusatan yang
semakin meningkat bagi modal.
Persaingan di antara firma membawa
kepada hanya firma-firma besar mampu
bersaing dan wujudnya monopoli, dan
(iv). peningkatan pengangguran kerana
melalui perubahan teknologi modal
dapat menggantikan buruh.
13
![Page 14: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/14.jpg)
Dalam Model Marx, output terdiri daripada modal tetap, modal berubah dan lebihan, atau
Y = c + v + s, atau Y = f (c, v, s) Dengan,
y = output
c = modal tetap
v = modal berubah atau modal kerja (upah
atau kos pengeluaran buruh)
s = nilai lebihan (bersih) iaitu nilai yang
dihasilkan oleh buruh melebihi v.
14
![Page 15: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/15.jpg)
Dari persamaan di atas, Marx mengatakan semakin tinggi nisbah antara modal tetap dengan modal berubah c/v maka semakin murah output kerana kos berubah yang semakin kurang. (c/v v Q akan murah)
Analisis dibuat berasaskan kepada hukum
pulangan bertambah tinggi. Faktor tanah yang mempunyai penawaran tetap tidak dimasukkan ke dalam analisis Model Marx.
15
![Page 16: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/16.jpg)
KRITIKAN TERHADAP MODEL KARL MARX
Model pertumbuhan Marx adalah diasaskan kepada masyarakat industri (Negara Maju)dan tidak memberi tumpuan kepada negara membangun.
Namun demikian terdapat juga sebahagian dari pandangan Marx yang bertentangan dengan negara industri sendiri.
16
![Page 17: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/17.jpg)
Contohnya dari segi persaingan modal yang dikatakan hanya pemodal besar sahaja mampu meneruskan operasi, sebenarnya tidak berlaku.
Dalam keadaan sebenar, di negara industri mahupun negara membangun, peranan pemodal kecil masih penting. Mereka masih boleh beroperasi untuk memenuhi permintaan kumpulan tertentu.
17
![Page 18: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/18.jpg)
Marx mendefinisikan modal tetap sebagai bukan sahaja mesin tetapi juga input bukan buruh seperti bahan mentah.
Oleh itu peningkatan dalam penggunaan mesin tidak semestinya meningkatkan modal sekiranya nilai kos input lain jatuh.
18
![Page 19: Ekonomi - Model ricardo-karlmarx](https://reader034.vdocuments.mx/reader034/viewer/2022052322/55737ff3d8b42af4698b51c2/html5/thumbnails/19.jpg)
Begitu juga kemajuan teknologi tidak semestinya meningkatkan komposisi modal dan seterusnya tidak membawa kepada penurunan kadar untung.
Ini menunjukkan andaian yang mengatakan pulangan bertambah tinggi adalah tidak konsisten dengan kenyataan bahawa berlaku kejatuhan kadar untung.
19