edu 3106 lyn mira

Upload: lyndadarling

Post on 06-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    1/14

    PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIKDARJAH YANG MESRA BUDAYA

    BUDAYA DAN PEMBELAJARAN(EDU 3106)

    Disediakan oleh:Norhaslinda Binti Mohd Anuar

    Nuramira Binti Zulkafli(PISMP PEMULIHAN KHAS SEM 5)

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    2/14

    Kumpulan 7 :TOPIK 5

    PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIKDARJAH YANG MESRA BUDAYA

    -Perhubungan Antara Kelompok Etnik

    -Pengurusan Pengajaran DanPembelajaran

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    3/14

    Perhubungan Antara KelompokEtnik

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    4/14

    1. Di Malaysia, semua kanak-kanak dari kaum berbeza cubadisatukan melalui sistem pendidikan yang sama.

    2. Mereka diberi peluang bercampur-gaul di dalam sekolahyang sama dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagaibahasa pertuturan.

    3. Mereka juga menggunakan buku teks yang sama,kurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yangsama.

    4. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)merupakan satu progam yang menggalakkan penglibatanmasyarakat untuk melahirkan persefahaman dan toleransiantara murid pelbagai kaum di sekolah.

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    5/14

    Guru Dan Pemahaman TerhadapKepentingan Hubungan Etnik 1. Guru memikul tanggungjawab besar dalam memastikan murid-murid

    daripada pelbagai latar belakang dapat menjalani kehidupan sehariandalam suasana harmoni dan mengamalkan nilai-nilai murni rakyatMalaysia.

    2. Guru perlu menjalankan peranannya dalam mencapai hasrat Wawasan2020.

    -menjadi negara bersatu-mesyarakat Malaysia yang yakin-mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh

    -hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal, dan bertolak ansur,penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur

    -mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing,dinamik, cergas dan kental

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    6/14

    3. Guru perlu menghayati sembilan cabaran startegikwawasan 2020 bagi memenuhi hasrat tersebut.

    -cabaran pertama : mewujudkan negara Malaysiabersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsibersama

    -cabaran kedua : mewujudkan masyarakat yang berjiwabebas, tenteram dan maju

    -cabaran ketiga : usaha mewujudkan danmembangunkan masyarakat demokratik yang matang

    -cabaran keempat : mewujudkan masyarakat yangsepenuhnya bermoral dan beretika

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    7/14

    -cabaran kelima : mewujudkan masyarakat liberal dan bertolakansur

    -cabaran keenam: mewujudkan masyarakat saintifik danprogresif

    - Cabaran ketujuh : mewujudkan masyarakat penyayang dan

    budaya penyayang

    - Cabaran kelapan : memastikan masyarakat yang adil dalam

    bidang ekonomi

    - Cabaran kesembilan : mewujudkan masyarakat makmur yang

    mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    8/14

    4) Setiap guru perlu merancang mewujudkan persekitaran bilik darjah

    dan pembelajaran yang mesra budaya

    5) Guru perlu menjadi contoh teladan yang paling berkesan kepada

    murid dengan sentiasa bersikap penyayang terhadap setiap murid.

    6) Guru merancang aktiviti rancangan pengajaran dan pembelajaran

    dan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi.

    7) Guru perlu menyediakan isi pelajaran yang menjurus ke arah

    pemupukan nilai-nilai harmoni, perpaduan, dan saling

    menghormati.

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    9/14

    KESIMPULAN

    Antara pengalaman yang pasti diperoleh olehkanak-kanak melalui persekolahan mereka adalahhubungan sosial yang mampu membina

    tanggungjawab kemanusiaan dan tanggungjawabsosial yang kuat.Pemupukan terhadap nilai-nilai perpaduan antaraetnik perlu menjadi antara fokus dan matlamatpengajaran di dalam bilik darjah.Kerapuhan perpaduan dalam kalanganmasyarakat Malaysia menjadi penghalang padapembinaan negara harmoni dan maju.

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    10/14

    PENGURUSAN PENGAJARAN& PEMBELAJARAN

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    11/14

    KONSEP

    Menguruskan tindakan atau aktiviti yang dilakukanoleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran danpembelajaran di dalam mahupun di luar kelas.

    Hal ini penting bagi mengelakkan daripada berlakunyapembaziran waktu sekiranya objektif pengajaran tidaktercapai.Cth: Guru menyediakan Pelan Tindakan Strategik bagimata pelajaran yang diajar.Guru juga boleh menjalankan kajian mengenaikekuatan, kelemahan dan halangan yang wujud semasaP&P.

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    12/14

    Keperluan perancangan pengajaran danpembelajaran

    Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhimasa yang diperuntukkanmenepati kehendak objektif/matlamat

    berkesan sepanjang waktu pengajaranmenarik perhatian dan tidak membosankanMurid saling bergantung antara satu sama lainsecara positif

    Saling berinteraksi secara bersemuka danbertanggungjawab dalam mencapai matlamatpembelajaran

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    13/14

    Bagi mencapai kecekapan pengurusan P&P, penelitianperlu diberikan kepada perancangan, pelaksanaan,

    penyeliaan, penilaian dan refleksi.Proses P&P juga perlu kreatif untuk menggalakkanpenglibatan aktif daripada murid-murid.Walau bagaimanapun, guru perlu bijak memilih kaedahpengajaran yang sesuai dalam proses mencapai objektif

    pengajaran.Hal ini termasuklah pemilihan pendekatan, strategi dankaedah yang mengambil kira latar belakang murid, tahapkognitif, tahap pembelajaran, nilai dan sikap sertapersekitaran yang melibatkan murid-murid.

    Sikap prihatin guru terhadap perkara-perkara tersebutdapat mengelakkan daripada timbulnya isu-isu sensitif yangmenyentuh aspek kepercayaan dan adat resam murid-murid.

  • 8/2/2019 EDU 3106 lyn mira

    14/14

    KESIMPULAN

    Guru perlu bijak menghubungkan proses P&Pdengan kelompok murid yang terlibat.

    Dalam merealisasikan hal ini, guru perlumemahami budaya dan gaya pembelajaranmurid serta mengambilkira perbezaan individuyang wujud dalam diri seseorang murid.