edu 3053 isl16

10
EDU 3053 ISL 16 Melayari dan akses maklumat dari internet dan pusat sumber untuk mencari beberapa jenis media interaktif yang boleh digunakan sebagai sumber bilik darjah. Antara media interaktif yang boleh digunakan ialah: 1. Media bergerak Rakaman video Animasi Filem 2. Orang Pelajar Guru 3. Objek/ model yang boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar. Filem

Upload: quan-lucas

Post on 25-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

@@

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16

Melayari dan akses maklumat dari internet dan pusat sumber untuk mencari beberapa jenis media interaktif yang boleh digunakan sebagai sumber bilik darjah.

Antara media interaktif yang boleh digunakan ialah:

1. Media bergerak

Rakaman video

Animasi

Filem

2. Orang

Pelajar

Guru

3. Objek/ model yang boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar.

Filem

Bahan maujud Diorama

Page 2: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16

4. Teks

Poster Surat khabar

Buku teks majalah

risalah

Page 3: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16

5. Visual

6. Audio

Suara

Bunyi

Muzik

lagu

diagram lukisan

kartunFoto/gambar

grafik slaid

Page 4: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16

Media Interaktif

Media bergerak

rakaman video

animasi

filem

Orang

pelajar

guru

Objek/Model

bahan maujud

diorama

Teks

poster

surat khabar

buku teks

Visual diagram, lukisan, foto/gambar, kartun

Audio suara, bunyi, muzik, lagu

Page 5: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16

Berdasarkan Bab 11 dalam Smaldino, S.E., Russell, J.D., Heinich, R.& Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). New Jersey: Pearson Educational Inc. dan artikel-artikel lain berkaitan akta hakcipta di Malaysia berbanding antarabangsa.

Undang-undang hak cipta Malaysia

Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungi

hak cipta di Malaysia. Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987.

Latar belakang

Akta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April

1987. Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969. Akta ini dipinda oleh Akta

Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utama pindaan ini ialah berikutan masalah

pemindahan karya hak cipta melalui Internet.

Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai Konvensyen

Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam Konvensyen ini

menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai Konvensyen Berne

juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu "mula-mulanya diterbitkan di

Malaysia" atau "mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia

dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu".

 

Peruntukan

Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:

Karya sastera

Karya muzik

Karya seni

Filem

Rakaman bunyi

Siaran

Page 6: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16

Secara umum, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni

selain daripada fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujud sehingga 50

tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya jenis lain pula, jangka masa hak cipta

ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.

Tidak seperti undang-undang hak cipta di negara lain, Malaysia mengakui hak

cipta bagi karya yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan. Ini dinyatakan

dalam seksyen 11 (1). Sebagai perbandingan, undang-undang hak cipta Amerika

Syarikat tidak merangkumi karya-karya yang dibuat oleh kerajaan kecuali sekiranya

karya itu adalah untuk tujuan dagangan atau tujuan-tujuan khas lain. Oleh itu,

hampir semua karya yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah di dalam

domain awam. Undang-undang hak cipta Indonesia juga tidak melindungi sebarang

karya yang dibuat oleh Pemerintah.

 

Penguatkuasaan

Antara ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan

kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan bahawa

seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret,

memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencari serta menyita apa-

apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi menggeledah

tempat itu.

Page 7: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16

Undang-undang hak cipta Malaysia

Banding beza antara hak cipta Malaysia dengan hak cipta antarabangsa.

Hak cipta Malaysia Hak cipta Antarabangsa

Malaysia mengakui hak cipta bagi

karya yang dibuat oleh Kerajaan atau

pertubuhan Kerajaan. Ini dinyatakan

dalam seksyen 11 (1).

undang-undang hak cipta Amerika

Syarikat tidak merangkumi karya-

karya yang dibuat oleh kerajaan

kecuali sekiranya karya itu adalah

untuk tujuan dagangan atau tujuan-

tujuan khas lain.

Undang-undang hak cipta Indonesia

juga tidak melindungi sebarang karya

yang dibuat oleh Pemerintah.

Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia.

Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987.

Akta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 1987.

hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni selain daripada fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujud sehingga 50 tahun selepas kematiannya.

Bagi karya-karya jenis lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.

Page 8: EDU 3053 ISL16

EDU 3053 ISL 16