edisi julai – disember 2020 -...

40
2020 EDISI JULAI – DISEMBER ISSN Bar code

Upload: others

Post on 04-Sep-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

2020EDISI JULAI – DISEMBER

ISSN Bar code

Page 2: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Hak Cipta Fakulti Sains Bumi, 2020

Hak cipta adalah terpelihara. Setiapbahagian daripada terbitan ini tidak bolehditerbitkan semula, disimpan untukpengeluaran atau dipindahkan kepadabentuk lain, sama ada dengan caraelektronik, mekanikal, gambar, rakamandan sebagainya tanpa mendapat izindaripada Penerbit Fakulti Sains Bumi.

Judul buku: Buletin Fakulti Sains BumiEdisi Julai – Disember 2020

Nombor e-ISSN: 2716-6619

Diterbitkan oleh:Fakulti Sains BumiUniversiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli,17600 Jeli, Kelantan, Malaysia.

PENASIHATPROF. MADYA TS. DR. MOHAMAD FAIZ MOHD AMIN ChM. DR. ROZIDAINI MOHD GHAZITs. Dr. NOOR JANATUN NAIM JEMALI

KETUA PENYUNTINGDR. WONG HIE LING

PENYUNTINGDR. ELVAENE JAMESDR. HAFZAN EVA MANSORDR. MARIEANNE CHRISTIE LEONGDR. MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL KARIMDR. NOORZAMZARINA SULAIMANTs. DR. SHAPARAS DALIMANPN. SITI AISYAH NAWAWIPN. SITI HAJAR YA’ACOB

SIDANG EDITORIALKANDUNGAN M/S

Projek Pembinaan Telaga Tiub UMK Kampus Bachok 1

Kolokium Maya 2

Program Gotong Royong Di Muzium FSB Sempena Lawatan YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

3

Lawatan Kerja Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengajian TinggiKe Globe Muzium FSB

4

Keusahawanan Sosial: Projek Pengumpulan Minyak Masak Terpakai 5

Program Satu Pokok Satu Pensyarah 6

Bengkel Pemetaan dan Pentafsiran Geologi Secara Atas Talian BagiPelajar Tahun Akhir Program Geosains, FSB

7

Bengkel Persediaan Audit, Audit Dalaman dan Program Audit OlehJabatan Standard Malaysia

8

Bengkel Penyediaan Dokumen Bagi Permohonan Program Baharu: Program Sarjana Muda Sains Gunaan Geoteknologi Maklumat

10

Sesi Perbincangan Bagi Kerjasama Program Inventori SpesimenKebangsaan Antara Muzium FSB UMK Bersama KementerianTenaga dan Sumber Asli (KeTSA)

12

Lawatan TNCPI Ke Muzium FSB 13

Lawatan ke Tapak Konservasi Rafflesia, Lojing 14

Penganjuran Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Kelantan 15

Taklimat Pelajar Baharu Pra Ijazah Sains UMK 2020 SempenaMinggu Induksi

17

Bengkel Kursus Projek Penyelidikan I Pelajar SEN 19

Program Mocha Talk: Adakah Saya Tidak Pandai Atau HanyaBernasib Baik?

20

Pemantauan Kualiti Air Bawah Tanah Telaga Komuniti 21

Jelajah Lestari Virtual Bersama Industri 22

Program Kebolehpasaran Graduan: Kursus Kad Hijau LembagaPembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

23

Pembentangan Poster Pemetaan Geologi Projek Penyelidikan II Geosains Sesi 2020/2021 Secara Virtual

25

FSB GE Talk Series: Career Path and Portfolio 26

Bengkel Pengenalan Kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaandan Juga Pengendalian Bahan Kimia Siri 3.0

27

Program Granite 2020 - Breakthrough Geoscience in Modern Digital World, Universitas Trisakti, Indonesia

28

FSB GE Talk Series: Groom to Bloom 29

Conservation Is Conversation 2020 30

International Webinar On Tropical Forest Conservation in Malaysia 32

Program Perkongsian Solat Jamak dan Qasar 33

Introduction to Scientific Computing in Data Science With Python 34

Webinar: Membangunkan Produk Berasaskan Serangga danLawatan Maya ke Entopia, Pulau Pinang

35

Pembentangan Poster Infografik Kursus ENT 1243 Mikrobiologi danBiokimia Dalam Sains Gunaan

36

Webinar Antarabangsa Kelolaan FSB 37

Page 3: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Zakiyah Binti Ainul Kamal & Dr. Mohammad Muqtada Ali Khan

Satu projek pembinaan telaga tiub telah dilakukan di UMK Kampus Bachok bermula pada 10 Jun2020 dan telah berakhir pada 13 Ogos 2020 yang lepas. Penggerudian telaga tiub ini adalahrentetan daripada kajian geofizik yang telah dilakukan pasukan Fakulti Sains Bumi UMK KampusJeli.

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh pasukan Program Geosains tersebut, potensi air bawahtanah yang terdapat di kawasan kolej kediaman IBS dan tangki air UMK Kampus Bachok telahdapat dikenalpasti. Sumber air yang berada di dalam kawasan UMK Kampus Bachok ini dapatdimanfaatkan melalui pembinaan telaga tiub yang mampu untuk menampung dan menambahkeperluan air di UMK Kampus Bachok. Pembinaan telaga tiub ini juga diharapkan agar dapatmengatasi masalah gangguan terhadap bekalan air sekiranya berlaku kelak.

PROJEK PEMBINAAN TELAGA TIUB UMK KAMPUS BACHOK

1

Page 4: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

KOLOKIUM MAYA

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dekan Fakulti SainsBumi, Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Faiz Mohamad Amin pada sebelah petang 1 Julai 2020.Majlis penutupan juga telah dilengkapan dengan ucapan aluan daripada Penyelaras Program SainsSumber Asli, Dr. Norashikin Mohd Fauzi dan ucapan daripada wakil pelajar, Muhammad FakhrulImran bin Mohd Fizal.

Sebelum berakhirnya kolokium, upacara yang dinantikan oleh semua peserta adalah pengumumanpembentang terbaik. Tiga orang pembentang terbaik telah dipilih dan hadiah wang RM 50dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing berserta sekeping sijil penghargaan. Pembentangbertuah tersebut adalah Nor Fakhira binti Muhamad Fazli, Nur Fatin Natasha bt Mohd Nazim danNur Nabilah bt A. Rahman. Mereka masing-masing telah diselia oleh Dr. Kamarul Ariffin binKambali@Hambali, Dr. Nazahatul Anis bt Amaludin, dan Dr. Jayaraj Vijaya Kumaran.

Semoga semangat para pelajar ini dicontohi oleh pelajar junior pada masa akan datang. Kemanisandalam kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan. Semoga semua pelajar tetap sukseswalaupun berhadapan dengan norma baharu kehidupan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh COVID-19 di Malaysia tidak menghalangsama sekali pengajian dan pembelajaran di Universiti Malaysia Kelantan, khususnya para pelajar diFakulti Sains Bumi. Kolokium Projek Penyelidikan Tahun Akhir bagi pelajar Sains Sumber Aslitetap berjalan secara maya buat julung kalinya melalui platform Google Meet. Kolokium ini telahberlangsung pada 30 Jun hingga 1 Julai 2020. Seramai 24 orang pelajar telah membentangkan hasilkajian mereka dan diadili oleh 10 orang pensyarah.

Semangat dan iltizam setiap pelajar untuk membentangkan hasil kajian mereka harus dipuji.Ketiadaan atau kesukaran mendapatkan talian internet tidak menjadi penghalang dan alasan kepadamereka. Ada yang berada di Perpustakaan Awam dan ada juga yang berada di dalam kereta untukmendapatkan talian internet.

e-ISSN 2716-6619

Dr. Aainaa Syazwani Mohamad Amir Hamzah

2

2

Page 5: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PROGRAM GOTONG ROYONG DI MUZIUM FSB SEMPENA LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI

PENGAJIAN TINGGI MALAYSIADr. Elvaene James

Fakulti Sains Bumi telah mengadakan aktiviti gotong royong di muzium FSB pada 2 Julai 2020untuk menyambut kedatangan lawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YangBerhormat Dato’ Dr. Mansor Haji Othman. Kesemua Ahli Jawatankuasa Muzium FSB, stafpentadbiran dan pengurusan makmal hadir untuk menjayakan gotong royong tersebut. Selaindaripada itu, terdapat sebilangan pensyarah FSB yang turut hadir untuk menjayakan aktiviti gotongroyong tersebut dan seterusnya meringankan beban tugas peserta yang sedia ada. Globe Bumi FSBtelah dijadikan tempat untuk tapak pameran lawatan dan semua yang terlibat memulakan kerjagotong royong dari pagi sehinggalah selesai.

Walaupun masa gotong royong hanyalah sehari, namun hasil kerjasama daripada semua pihak telahmemberikan hasil yang terbaik untuk pameran tersebut. Barang-barang pameran daripada JabatanSEG, SEN dan SEL telah dipamerkan untuk tatapan umum. Selain daripada itu, hasil-hasilpenyelidikan daripada para pensyarah turut dipamerkan di ruang laluan tengah fakulti untukpengetahuan umum. Ini termasuklah hasil penyelidikan dan produk-produk yang telah dihasilkandibawah FSB. Program gotong royong ini telah berjaya diadakan dan kerjasama daripada semuapihak yang terlibat amatlah dihargai.

Edisi Julai – Disember 2020

e-ISSN 2716-66193

Page 6: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Edisi xxx – xxx 2020

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

KE GLOBE MUZIUM FSBDr. Elvaene James

Pada 5 Julai 2020, Universiti Malaysia Kelantan telah menerima lawatan kerja daripada YangBerhormat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Mansor bin Othman yang bertempat diUMK Kampus Jeli dan UMK Bachok. Aktiviti yang dihadiri oleh beliau melibatkan keseluruhanfakulti dan pentadbiran di UMK Kampus Jeli. Selain itu, wakil daripada rombongan TimbalanMenteri Pengajian Tinggi telah melakukan lawatan ke Globe Muzium FSB untuk melihat hasil-hasil spesimen yang dikumpul oleh para pensyarah dan pelajar sepanjang pengajian. Rombonganlawatan telah diiringi oleh Dekan Fakulti Sains Bumi iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad FaizMohd. Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Muzium FSB Peringkat Fakulti Sains Bumi iaitu Dr.Jayaraj Vijaya Kumaran.

Pelbagai jenis spesimen telah dipamerkan diGlobe Muzium FSB ini. Jabatan Geosainsmenunjukkan jenis-jenis batuan, fosil, mineraldan barang-barang kelengkapan ke lapangan.Selain itu, Jabatan Sumber Asli dan Kelestarianmempamerkan pelbagai spesimen daripadafauna terawet, serangga, herbarium dan kesantapak binatang. Kajian mikroskop daripadakeratan nipis batuan dan tumbuh-tumbuhanturut disertakan di dalam pameran tersebut.

e-ISSN 2716-66194

Page 7: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

KEUSAHAWANAN SOSIAL: PROJEK PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI

Dr. Nor Shahirul Umirah Idris

Projek Keusahawanan Sosial ini adalahmerupakan inisiatif yang dijalankan oleh BiroKeusahawanan, Jawatankuasa Penyelidikandan Inovasi, Fakulti Sains Bumi. Projekpengumpulan minyak masak terpakaimerupakan program perintis ke arah salah satuinisiatif menjadikan UMK Kampus Jeli sebagaikampus hijau. Seperti yang diketahui umum,pembuangan minyak masak terpakai ke dalamsistem perparitan ataupun pembentungan akanmenyebabkan sistem saluran tersebut tersumbatdan jika sisa berkenaan dibuang ke tapakpelupusan sampah pula akan menimbulkanmasalah kepada alam sekitar terutamanyapencemaran air dan tanah. Komoditi minyakmasak sebenarnya boleh ditukar menjadipendapatan sampingan daripada dibuang begitusahaja.

Dengan kerjasama yang dijalankan dengansyarikat pengumpulan minyak masak terpakaiiaitu Synergy Integrated Enterprise, KotaBharu, sebanyak 150 kg minyak masak terpakaitelah berjaya dikumpulkan dari Julai sehinggaNovember 2020. Sistem pengumpulan minyakmasak terpakai adalah melibatkan kedai makanyang terletak berdekatan UMK Kampus Jelidan sumbangan daripada staf Fakulti SainsBumi dan staf fakulti lain. Diharapkan denganperlaksanaan projek ini dapat memupukkesedaran mengitar semula sisa minyak masakdi kalangan staf UMK Kampus Jeli danmasyarakat sekitar. Selain itu, membudayakanpengumpulan sisa minyak masak dalamkehidupan seharian mereka sekaligus memupukkesedaran menjaga alam sekitar.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-66195

Page 8: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PROGRAM SATU POKOK SATU PENSYARAHDr. Zulhazman Hamzah & Dr. Marieanne Christie Leong

Program “Satu Pokok Satu Pensyarah” telah dianjurkan oleh Unit Landskap Fakulti Sains Bumi(FSB) pada 13 Ogos 2020. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuankepada semua pensyarah berkenaan kaedah dan cara untuk menanam serta menyelenggara pokok.Pokok-pokok tersebut juga akan diletakkan di dalam bilik masing-masing sebagai hiasan dalamandan juga sebagai terapi minda.

Sebanyak 40 pasu dan anak-anak pokok telah disediakan oleh Unit Landskap FSB. Jenis anakpokok terbabit merangkumi spesies Monstera deliciosa, Sansevieria trifasciata, Java Palm,Antherium andraeanum, Calathia, Fiddle Fig, dan Ficus elastica. Sesi penerangan dan kaedahpenanaman pokok telah dilaksanakan di foyer Fakulti Sains Bumi (FSB) oleh Dr ZulhazmanHamzah. Setiap pensyarah diajar dengan kaedah yang betul untuk memindahkan anak pokok daripolibeg ke dalam pasu, kaedah pembajaan, penyiraman dan pemantauan penyakit. Program inimerupakan sebahagian daripada perancangan Unit Landskap FSB untuk menceriakan danmenghijaukan FSB dengan pokok yang pelbagai spesies di dalam dan luar bangunan fakulti.

e-ISSN 2716-66196

Page 9: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

BENGKEL PEMETAAN DAN PENTAFSIRAN GEOLOGI SECARA ATAS TALIAN BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR

PROGRAM GEOSAINS, FAKULTI SAINS BUMI 2020

Dr. Noorzamzarina Sulaiman

Seramai 39 orang pelajar tahun akhir dan tiga orang penceramah yang terdiri daripada pensyarahJabatan Geosains telah terlibat dengan Bengkel Pemetaan dan Pentafsiran Geologi bagi pelajartahun akhir program Geosains, Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli yangdilakukan secara atas talian melalui pautan Google Meet pada 26 Ogos 2020. Program di bawahanjuran Jabatan Geosains ini merupakan salah satu usaha untuk membantu pelajar dengan memberitaklimat dan pendedahan berkenaan cara dan kaedah dalam mentafsir dan memetakan data geologiyang diperoleh.

Para penceramah berkongsi ilmu pengetahuan mereka dengan pelajar dari segi elemen-elemengeologi yang perlu ada bagi menyiapkan sebuah peta. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengancara bagaimana untuk menghasilkan keratan rentas geologi yang terbaik. Bengkel ini diharapkandapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran analitikal dan bertanggungjawab terhadappenyelidikan dan hasil kajian mereka. Hasil daripada bengkel yang dilakukan ini turut membantupelajar dengan cara bagaimana mereka boleh menyiapkan poster pemetaan yang akandibentangkan pada pembentangan poster nanti.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-66197

Page 10: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

BENGKEL PERSEDIAAN AUDIT, AUDIT DALAMAN DAN PROGRAM AUDIT OLEH JABATAN STANDARD

MALAYSIAMohamad Fikri Samsudin

Pihak Pengurusan Makmal dalam usahamencapai akreditasi makmal telah melaluibeberapa fasa dalam memperolehi akreditasimakmal ini. Pada 6 Ogos 2020, pihakpengurusan makmal telah menjalankan bengkelpersiapan dokumen bagi tujuan Audit Dalaman.Tujuan diadakan bengkel ini adalah untukmelengkapkan dan menambah baik dokumenISO17025. Hasil dari bengkel ini, dokumen iniakan melalui proses Audit Dalaman yangdijalankan oleh panel audit dalaman yang telahdilantik iaitu Pn. Siti Hafidah binti Kamsanidan ChM. Dr. Nik Raihan Nik Yusoff.

Selepas menjalani proses audit dalaman ini,pihak pengurusan makmal perlu untukmenjawab Non-Conformity Report (NCR) yangtelah dibangkitkan semasa audit berkenaan.Bagi menjawab NCR ini, satu bengkel telahdiadakan bagi menjawab NCR sertamelengkapkan dokumen ISO sebagaipersediaan kepada Compliance Assessmentyang akan dijalankan pada 26 dan 27 Ogos2020.

e-ISSN 2716-66198

Page 11: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Compliance Assessment merupakan audit di peringkat akhir dalam proses permohonan SkimAkreditasi Makmal Malaysia ISO 17025:2017. Audit ini dijalankan oleh pihak Jabatan StandardMalaysia dan juruaudit yang terlibat adalah Dr. Puziah Hashim. Semasa audit ini, kedua-duabahagian dokumentasi dan teknikal dilihat secara menyeluruh termasuk sesi ujikaji di makmal.Pihak pengurusan makmal telah melepasi dengan baiknya audit ini.

Pada 13, 14 dan 15 September 2020, satu lagi bengkel diadakan bagi menjawab NCR yang telahdibangkitkan semasa Compliance Assessment. Semasa bengkel ini, pihak pengurusan makmal telahmenambahbaik dokumen dan melengkapkan NCR. Hasil dari bengkel ini, satu Mesyuarat SemakanPengurusan atau Management Review Meeting (MRM) diadakan bagi membincangkan hal-halberkaitan makmal akreditasi dan hal-hal yang berbangkit bagi penambahbaikan pada masa akandatang. MRM ini akan dijalankan setahun sekali yang akan dipengerusikan oleh Penyelia MakmalISO.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-66199

Page 12: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN BAGI PERMOHONAN PROGRAM BAHARU: PROGRAM

SARJANA MUDA SAINS GUNAAN GEOTEKNOLOGI MAKLUMAT

Rohazaini Muhammad Jamil

Jabatan Geosains dengan sukacitanya sedangmerangka dan menyediakan dokumen untukmenubuhkan satu lagi program baharu yangdijangka amat menarik dan memenuhikeperluan industri di masa hadapan. Programyang diberi nama Sarjana Muda SainsGeoteknologi Maklumat ini merupakanperpaduan antara dua disiplin utama(interdisciplinary) iaitu geosains dan teknologimaklumat. Terdapat tiga siri bengkel yang telahdijalankan iaitu siri 1 pada 24 Ogos 2020, siri 2pada 16 dan 17 November 2020 dan siri 3 pada16 dan 17 Disember 2020.

Program Sarjana Muda Sains Gunaan Geoteknologi Maklumat ini bermatlamat untuk melahirkangraduan yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran teknikal dalam geoteknologi maklumat(geospatial), berkebolehan menyelesaikan isu-isu geospatial secara kreatif dan inovatif sertagraduan yang berkepimpinan dan beretika serta bercirikan minda keusahawanan yang seimbangdan holistik. Graduan yang dilahirkan oleh program ini juga dijangka akan mendapat peluangpasaran pekerjaan yang tinggi berikutan maklumbalas positif yang diberikan oleh industri sewaktuproses kajian pasaran dijalankan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 12pensyarah Geosains dan dipengerusikan olehKetua Jabatan Geosains, Dr. Wani Sofiamanakala Pn. Zaitul Zahira selaku penyelarasbengkel ini telah menerajui pengisian bengkelTerdapat pelbagai perkara yang telah dicapaimelalui siri bengkel ini, antaranya adalahterbentuknya satu struktur penawaran kursusberserta sinopsis silibus yang lengkap, strukturkurikulum, hasil kajian pasaran daripada pihakindustri, serta objektif utama program dan hasilpembelajaran program.

10

Page 13: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Pada 17 November 2020, turut diadakan perjumpaan secara atas talian dengan Prof Adjung Gs.Abdul Rasid Jaapar dari industri (Pengarah Urusan Syarikat Geomapping Technology Sdn Bhd)dan juga selaku Presiden Persatuan Geologi Malaysia. Di antara perkara-perkara yangdibincangkan adalah seperti kebolehpasaran graduan dan juga pemurnian bagi sesetengah strukturkurikulum agar selari dengan keperluan masa depan graduan (professional position), sertakeperluan perisian untuk pembelajaran dan pengajaran.

Program Learning Outcome (PLO) juga turut dibawa berbincang bagi menetapkan 11 PLO yangdiperlukan untuk memastikan kualiti kemahiran insaniah dan kebolehpasaran graduan programbaharu ini.

Dijangkakan dokumen kertas cadangan permohonan program baharu ini bagi penyediaan dokumendi peringkat Mesyuarat Saringan Awal (MSA) di peringkat prasiswazah fakulti yang dijangkauntuk dihantar sebelum Februari 2021. Sekiranya semua dokumen dapat disiapkan mengikut garismasa yang ditetapkan, program baharu ini dijangkakan sedia untuk ditawarkan bagi kemasukanpelajar pada September 2022.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-661911

Page 14: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

SESI PERBINCANGAN BAGI KERJASAMA PROGRAM INVENTORI SPESIMEN KEBANGSAAN ANTARA MUZIUM FSB UMK BERSAMA KEMENTERIAN

TENAGA DAN SUMBER ASLI (KeTSA)Dr. Hafzan Eva Mansor

Satu sesi perbincangan bagi kerjasama Program Inventori SpesimenKebangsaan antara Muzium FSB UMK bersama Kementerian Tenaga danSumber Asli (KeTSA) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Rafflesia FSBpada 2 September 2020. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh TimbalanDekan Penyelidikan dan Inovasi FSB (Dr. Noor Janatun Naim bt. Jemali),dan dihadiri oleh wakil dari KetSA (En. Yasser Bin Mohamad Ariffin),dan beberapa penyarah yang akan terlibat dengan Program MyBIStersebut. Penganjuran mesyuarat ini adalah untuk mengadakanperbincangan bagi kerjasama Program Inventori Spesimen Kebangsaan(MyBIS) antara KeTSA dan FSB, lawatan lapangan ke Muzium FSB olehwakil daripada KeTSA, dan juga upacara menandatangai TOR untukProgram MyBIS.

e-ISSN 2716-6619

MyBIS merupakan satu platfom maya secara one-stop yang dibangunkan oleh KementerianTenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk merekod informasi-informasi berkenaan biodiversiti diMalaysia. Platfom ini menyediakan kemudahan pertukaran maklumat berkenaan dengankonvensyen kepelbagaian biodiversiti. Sebagai satu pangkalan jaringan nasional, MyBIS menjadipusat untuk mengumpul segala maklumat biodiversiti kebangsaan dimana segala maklumatdikumpulkan daripada sumber-sumber seperti buku, jurnal, pangkalan data spesimen, dansebagainya.

Universiti Malaya (UM) telah mempunyaipangkalan MyBIS sendiri(http://klu.mybis.gov.my) untuk merekodkoleksi herbarium mereka, dan UniversitiMalaysia Kelantan (UMK) juga berpotensibesar untuk membangunkan sistem MyBISsendiri memandangkan Muzium Fakulti SainsBumi memiliki serta menyimpan spesimen-spesimen (e.g. serangga, tumbuhan, danreptilia) yang telah dikenalpasti nama saintifikserta taksonominya.

12

Page 15: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

ChM. Dr. Nik Raihan Nik Yusoff

Pada 12 September 2020, Muzium FSB telah menerima lawatan daripada TNCPI, Prof. Ts. Dr.Arham Abdullah. Lawatan ini adalah sejurus selepas perjumpaan YBhg. Prof. Naib Canselorbersama dengan ahli akademik di tiga buah Fakulti di UMK Kampus Jeli. Pihak pengurusan FSBmengambil peluang ini dengan membawa YBhg. Prof. TNCPI untuk melawat Glob FSB sebagaitapak Muzium FSB yang menempatkan pelbagai spesimen flora dan fauna serta mineral batuan danfosil.

FSB sangat berbesar hati di atas kesudian YBhg. Prof. kerana sudi meluangkan masa untukmelawat Muzium FSB. Beliau juga mencadangkan beberapa idea untuk menaik taraf danmenambahbaik Muzium FSB supaya lebih gah pada masa hadapan.

e-ISSN 2716-6619

LAWATAN TNCPI KE MUZIUM FSB

e-ISSN 2716-661913

Page 16: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Siti Hafidah Kamsani & Nurul Izzati Mohamad

Penyelidikan flora dan fauna Tanah TinggiLojing merupakan usaha yang berterusan bagipara penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB)terutamanya berkenaan bunga Rafflesia. Iamerupakan bunga yang terbesar di dunia,sangat langka dan semakin terancam. PopulasiRafflesia hanya terdapat di empat negara AsiaTenggara sahaja iaitu Malaysia, Indonesia,Filipina dan Thailand. Spesies Rafflesia kerriyang terdapat di Tanah Tinggi Lojingmerupakan bunga Rafflesia yang terbesar diMalaysia dan ke dua terbesar di dunia selepasRafflesia arnoldi di Bengkulu, Indonesia.Sehubungan dengan itu, pada 16 dan17September 2020 serta 4 dan 5 November 2020,Lawatan ke Tapak Konservasi Rafflesia, Lojingtelah diadakan dan lawatan pertama telahdiketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. NoorAzizi bin Ismail selaku Naib CanselorUniversiti Malaysia Kelantan. Susulandaripada lawatan pertama, lawatan kedua telahdiadakan yang mana delegasi lawatan adalahdaripada pihak media luar dan media UMK.Objektif utama lawatan ini adalah untukmendedahkan kepada pihak PengurusanTertinggi UMK dan Media berkenaan aktivitipembangunan dan meninjau keadaan semasapopulasi Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing sertameneliti ruang dan peluang bagi UMK untukmenjalankan penyelidikan yang lebih mantapdan penglibatan dalam pembangunan di TanahTinggi Lojing terutamanya berkaitan denganalam sekitar dan bunga Rafflesia.

e-ISSN 2716-6619

LAWATAN KE TAPAK KONSERVASI RAFFLESIA,LOJING

Pembukaan kawasan hutan di Tanah Tinggi Lojing untuk pertanian berskala besar, pembangunanbandar baru dan aktiviti ekopelancongan yang tidak lestari telah menyebabkan habitat Rafflesiasemakin terancam. Penyelidikan oleh pihak FSB mendapati populasi bunga Rafflesia semakinberkurangan saban tahun. Ekosistem bunga Rafflesia yang bergantung kepada serangga danmamalia kecil untuk proses pendebungaan dan penyebaran biji benih semakin terganggu akibataktiviti-aktiviti manusia di sekeliling habitat tersebut.FSB telah mengambil inisiatif untuk menyelamatkan kepupusan bunga Rafflesia di Tanah TinggiLojing ini dengan mengangkat satu kertas cadangan kepada Kerajaan Negeri Kelantan agarmengezetkan satu kawasan sebagai kawasan perlindungan Rafflesia. Langkah ini ternyatamembuahkan hasil apabila pada tahun 2010, kerajaan negeri telah mewartakan kawasan seluas1,000 ekar (404 ha) sebagai Kawasan Pemuliharaan Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing.

14

Page 17: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PENGANJURAN MINGGU SAINS NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Ts. Dr. Shaparas Daliman

Minggu Sains Negara merupakan salah satu inisiatif pihak Kerajaan dalam meningkatkan minatterhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di kalangan masyarakatsecara umumnya, dan kalangan pelajar, khasnya. Di peringkat sekolah, Kementerian Pendidikantelah menekankan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalanganpelajar sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagaipihak berkepentingan. Namun begitu, penularan wabak COVID-19 dan Perintah KawalanPergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada 18 Mac 2020 telahmenyebabkan perancangan aktiviti Minggu Sains Negara 2020 perlu diselaraskan dan disusunsemula dengan mengadaptasi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu. Justeru, UMKmelalui Fakulti Sains Bumi yang julung kalinya menganjurkan program bersempena Minggu SainsNegara 2020 Peringkat Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia, MOSTI danKETSA telah melaksanakan beberapa program dan pertandingan bagi memperkasakan pendidikanSTEM ini melalui aktiviti yang mengadaptasi SOP norma baharu ini melalui dua pendekatan iaitusecara atas talian dan aktiviti bersemuka. Program atas talian dan aktiviti bersemuka ini mengambilpendekatan amali luar dengan penglibatan komuniti untuk berkongsi ilmu sains, teknologi daninovasi (STI).

Program “Fun With Science – Exploring STEM Through Creativity and Innovation” ini merupakanbeberapa modul aktiviti yang memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan danaplikasi sains dan teknologi terutama terhadap generasi muda seperti murid-murid sekolah rendahdan menengah akan kepentingan ilmu pendidikan STEM. Aktiviti telah dijalankan pada 20September 2020 bertempat di Dewan Utama UMK Kampus Jeli dan 14 Oktober 2020 di MRSMJeli dengan menggunakan modul aktiviti bersemuka bagi Pertandingan “Challenge of DroneCoding Games” mengikut aktiviti berkumpulan bagi menyemarakkan minat pelajar kepada STEMmelalui penyertaan di dalam program ini.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-6619

15

15

Page 18: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Program turut dijalankan secara atas talian iaituPertandingan Jurutera Cilik – “Membina ModelJambatan” dan Pertandingan “My ScienceExperience” bagi menarik minat danmenambah penyertaan dari pelajar sekolah daninstitusi pengajian tinggi di sekitar Kelantan.Terdapat lebih 1000 penyertaan atas talian danfizikal dari kalangan pelajar sekolah rendah,sekolah menengah dan pelajar IPTA, yang turutdisertai dengan penglibatan guru dan ibu bapa.Laman media sosial Fakulti Sains Bumi STEMMinggu Sains Negara juga telah mendapatpencapaian lebih 16,000 pengunjung sepanjangprogram ini berlangsung.

e-ISSN 2716-6619

Diharapkan semangat dalam mengintegrasikansains dan teknologi dalam rutin harianbersempena Minggu Sains Negara ini dapatditeruskan dan disemai dan tidak terhenti hanyakerana tamatnya Minggu Sains Negara. Inikerana salah satu pengukur kepada pencapaiantaraf negara maju adalah melalui pencapaiandan peningkatan bidang sains dan teknologi.Kesimpulannya, motivasi yang tinggi harusterus diterapkan kepada setiap anak dan paratenaga pengajar untuk menanam minat terhadapSTEM ini dan menjadikan STEM sebagai suatuyang dapat meningkatkan potensi diri danmelindungi alam sekitar.

16

Page 19: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

TAKLIMAT PELAJAR BAHARU PRA IJAZAH SAINS UMK 2020 SEMPENA MINGGU INDUKSI

Dr. Hjh. Marinah Muhammad

Pada 4 Oktober 2020, pendaftaran secara atastalian pelajar baharu Pra Ijazah Sains UMKberjalan dengan lancar dengan bantuan semuapihak yang telah diberikan kepada JabatanPersediaan Sains UMK. Kerjasama yangmantap dari Fakulti Sains Bumi, PusatPengkomputeran dan Informatik, BahagianPembangunan Akademik dan PusatKecemerlangan dan Pembangunan Akademiktelah menjayakan proses pengambilan pelajarperintis Pra Ijazah Sains UMK 2020. Taklimatpelajar baharu secara atas talian menggunakanplatform Google Meet juga telah berjalandengan lancar dengan dihadiri oleh kesemuapelajar yang seramai 27 orang. Selain KetuaJabatan Persediaan Sains dan PenolongPendaftar Fakulti Sains Bumi, lima orang ahliAkademik iaitu Ketua Program Pra Ijazah danpensyarah untuk empat kursus wajib bagiProgram ini juga turut hadir dan memberi kata-kata semangat kepada semua pelajar.

Program ini juga telah membuat penawaran kali kedua pada 7 Oktober 2020 dan pendaftaran atastalian yang berakhir pada 10 Oktober 2020 telah menjadikan jumlah keseluruhan pelajar perintisini adalah seramai 30 orang. Maklum balas pelajar yang begitu teruja dan tertunggu-tunggu untukmelalui proses pengajaran dan pembelajaran memberikan satu kepuasan yang amat bermakna bagiJabatan Persediaan Sains. Tenyata peluang kedua yang disediakan kepada para pelajar lepasanSTPM sains ini memberikan tanda-tanda positif seawal hari pertama mereka bergelar pelajarProgram Pra Ijazah Sains UMK. Program ini merupakan satu program akademik yangdibangunkan khusus untuk pelajar lepasan STPM sains yang tidak mendapat tempat di mana-manaUniversiti dalam peringkat Ijazah. Jabatan Persediaan Sains berusaha semampu boleh ingin merekasemua kekal dalam bidang Sains dan melalui program ini akan melayakkan mereka untukmenyambung pengajian ke peringkat Ijazah yang juga aliran Sains di UMK.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-661917

Page 20: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Membangunkan satu program akademik baharu yang akhirnya diiktiraf dan diperakukan diperingkat Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu proses yang memerlukan kesabaran yangtinggi. Apatah lagi untuk mempromosikan program tersebut kepada umum, bukan satu kerja yangmudah. Sekiranya dapat dipromosi sekalipun, tanpa bantuan semua pihak yang pakar ianya sangatsukar untuk direalisasikan kerana ianya perlu dimulakan dengan tanpa ada apa-apa hakta sistempermohonan dan penerimaan tawaran sekalipun. Oleh itu, Jabatan Persediaan Sains UMKmengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telibat dalam menjayakanpengambilan pelajar perintis program Pra Ijazah Sains UMK 2020 dan seterusnya membolehkanberlakunya pengajaran dan pembelajaran secara atas talian buat masa ini. Semoga gelombangketiga COVID-19 ini lenyap dengan kadar segera agar terbuka peluang untuk para pendidik diJabatan Persediaan Sains bersemuka dengan pelajar. Kejayaan program Pra Ijazah Sains ini bukanterletak pada layaknya mereka menyambung pengajian ke peringkat Ijazah selepas 5 bulanpembelajaran tetapi ianya hanya boleh diukur selepas empat tahun apabila mereka menjadi alumniIjazah Sarjana Muda UMK.

e-ISSN 2716-661918

Page 21: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

BENGKEL KURSUS PROJEK PENYELIDIKAN I PELAJAR SEN

Dr. Zulhazman Hamzah & Dr. Muhammad Firdaus Abdul Karim

Bengkel Kursus Projek Penyelidikan 1, sesi 2020/21, bagi pelajar tahun akhir program SainsSumber Asli (SEN) telah dianjurkan dengan jayanya pada 24 Oktober 2020. Program ini telahberlangsung dalam suasana norma baharu ekoran pandemik COVID-19 iaitu secara atas talian yangmelibatkan 21 orang pelajar SEN dan seorang pelajar daripada Program Geosains. Ianya jugamelibatkan 7 orang staf dari Fakulti Sains Bumi dan seorang staf daripada Perpustakaan UMKCawangan Jeli yang menyumbangkan kepakaran masing-masing bagi membantu para pelajardalam memahami dan mengendalikan projek penyelidikan tahun akhir secara sistematik. Bengkelini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran analitikal danbertanggungjawab terhadap hasil kajian mereka.

Pensyarah yang telibat dalam bengkel ini adalah Dr. Zulhazman Hamzah, Dr. Muhammad FirdausAbdul Karim, Dr. Nurul Syazana Abdul Halim, Dr. Aainaa Syazwani Mohamad Amir Hamzah,Dr. Noorzamzarina Sulaiman dan Dr. Elvaene James yang telah memberi penerangan yangterperinci mengenai penulisan saintifik proposal projek penyelidikan akhir. Manakala, En.Mohamad Fikri Samsudin selaku Pegawai Sains FSB pula menjelaskan kepada para pelajarmengenai peraturan makmal, keselamatan dan belanjawan penyelidikan. Sementara itu, Pn. SitiZaharah Mat Rohi yang diundang selaku penceramah jemputan daripada Perpustakaan UMK telahmenerangkan kepada para pelajar mengenai kaedah capaian bahan penulisan dari perpustakaanUMK dan lain-lain universiti.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-661919

Page 22: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PROGRAM MOCHA TALK: ADAKAH SAYA TIDAK PANDAI ATAU HANYA BERNASIB BAIK?

Dr. Muhammad Firdaus Abdul Karim, Dr. Hjh. Marinah Muhammad &Dr. Aainaa Syazwani Mohamad Amir Hamzah

Program Bual Bicara Mocha Talk: AdakahSaya Tidak Pandai Atau Hanya Bernasib Baik?adalah anjuran bersama Pusat KomunikasiKorporat dan Jabatan Persediaan Sains, FakultiSains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan.Program ini telah bersiaran langsung dari GlobeFSB pada 27 Oktober 2020 dan menerima lebih2.4 ribu tontonan menerusi laman rasmiFacebook Universiti Malaysia Kelantan(Rasmi).

Rancangan bual bicara ini juga merupakanplatform untuk memperkenalkan Program PraIjazah Sains UMK yang diwujudkan untukmemberi ‘peluang kedua’ kepada pelajarlepasan STPM Sains dan Matrikuasi Sainsmelanjutkan pelajaran ke Universiti. Pelajarakan mengikuti kursus intensif selama 1semester untuk melayakkan diri ke peringkatIjazah Sarjana Muda (Sains Gunaan) denganKepujian di Universiti Malaysia Kelantan.Semoga usaha dan kepercayaan yang diberikankepada Jabatan Persediaan Sains untukmendidik dan melahirkan bakat mudakhususnya dalam bidang sains dan matematikakan memberikan hasil yang positif kepadakemajuan negara.

20 e-ISSN 2716-6619

Rancangan bual bicara yang berkonsepkanperbincangan santai ini membawa gandingandinamik Pn. Noor Alizam Binti Shafi'e(Wartawan UMK) dan Dr. Aainaa Syazwani BtMohamad Amir Hamzah (Penyelaras ProgramPra Ijazah Sains UMK) selaku hos. Kehadirandua tetamu jemputan iaitu Dr. Hjh. MarinahMuhammad (Ketua Jabatan Persediaan SainsFSB UMK) dan En. Muhammad Faris AimanMuhammad Sanusi (Pengasas, FARISACADEMY) telah berjaya memikat hatipenonton menerusi perkongsian pengalamanbelajar subjek sains dan matematik dari alampersekolahan sehingga ke Institusi PengajianTinggi (IPT).

“Hanya langit sahaja yang menjadi sempadan”,kata-kata semangat daripada Dr. Marinahkepada para penonton dan pelajar supaya tidakberputus asa apabila mendapat keputusanpeperiksaan am yang kurangmemberangsangkan. En. Faris pula berkongsitiga persoalan utama yang akan membantusetiap individu dalam merancang perjalananhidup iaitu, “Find your big WHY?, HOW? danWHAT?”. Bermula dengan apa impian ataucita-cita hidup, bagaimana untuk mencapaiimpian tersebut dan apa yang perlu dilakukansupaya tidak terperangkap dengan persepsiyang mengekang potensi diri. “Saya tidakpandai, subjek sains dan matematik susahhanyalah persepsi yang tidak didokong denganpeluang dan usaha yang betul”, pendapatkedua-dua tetamu jemputan.

20

Page 23: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Zakiyah Ainul Kamal & Dr. Mohammad Muqtada Ali Khan

Pada 4 dan 5 November 2020, satu kerjalapangan bagi pemantauan kualiti air bawahtanah bagi telaga komuniti telah dilakukan dibawah skim geran penyelidikan fundamental(FRGS) yang diketuai oleh Dr. MohammadMuqtada Ali Khan. Kerja lapangan ini jugamelibatkan seorang pelajar PhD serta pegawaigeosains daripada Jabatan Mineral danGeosains (JMG) Kelantan. Pemantauan kualitiair tanah bagi telaga komuniti ini bertujuanuntuk memeriksa kualiti air berdasarkan kepadabeberapa parameter dalam penilaian kualiti airtanah. Sampel air telaga juga telah diambil bagikajian penerobosan air masin ke dalam akuiferdi kawasan kajian.

e-ISSN 2716-6619

PEMANTAUAN KUALITI AIR BAWAH TANAH TELAGA KOMUNITI

Pemantauan kualiti air bawah tanah ini telahdilakukan di kawasan sekitar Tumpat, KotaBharu dan Bachok. Telaga komuniti ini telahdipilih berdasarkan peta asas kawasan kajian.Telaga tiub yang terlibat adalah kepunyaanpenduduk setempat dan di masjid sekitarkawasan kajian. Berdasarkan kajian dan temuramah yang dilakukan terhadap masyarakatsetempat, telaga tiub di rumah mereka telahdibina sendiri bagi mengatasi masalah bekalanair terutama pada musim kemarau. Selain itu,terdapat juga telaga yang telah dibina olehpihak JMG. Telaga ini telah digunakan sebagaisumber air alternatif bagi kegunaan domestikmasyarakat setempat.

21

21

Page 24: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Nabila Shafeeqa, Dr. Muhamad Azahar Abas &Dr. Wong Hie Ling

Jelajah lestari Virtual kali ini agak unik danberbeza berbanding tahun sebelumnya dengandisulami kursus terpilih iaitu Penilaian RisikoAlam Sekitar, Pengurusan Sisa Buangan danPencegahan Pencemaran dan Penderiaan Jauhdan GIS. Konsep webinar dipilih sebagaikaedah pelaksanaan Jelajah Lestari Virtualpada kali ini.

Tiga (3) industri peneraju dalam bidangmasing-masing dijemput sebagai panel dalamsesi webinar iaitu:

i. En. M Azahar B. A Satar, Petroliam Nasional Berhad

ii. En. Mohd Azrein B. Che Asari, Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn. Bhd.

iii. Cik Izawani Bt. Ibrahim, Urban Explorer Sdn. Bhd.

22

JELAJAH LESTARI VIRTUAL BERSAMA INDUSTRI

e-ISSN 2716-6619

Seramai 74 pelajar iaitu daripada programIjazah Sarjana Muda Sains Gunaan (SainsKelestarian) dan Ijazah Sarjana Muda SainsGunaan (GeoSains) telah terlibat secaralangsung dalam Jelajah Lestari Virtual padatahun ini. Maklum balas yang positif daripadaindustri dan peserta menunjukkan impak positifprogram ini walaupun hanya dilaksanakan diatas talian.

Jelajah Lestari merupakan salah satu wadahyang direncanakan kepada mahasiswa/i FakultiSains Bumi agar mereka lebih cakna berkaitanisu dan permasalahan semasa di industri dankomuniti. Pandemik COVID-19 yang melandadunia ketika ini tidak merencatkan aktivititahunan ini dan Jelajah Lestari perlu diadakansecara atas talian atau lebih dikenali secaravirtual.

Secara keseluruhan, program ini telah memberikesan yang mendalam kepada peserta dan telahmemberi gambaran sebenar kepada pelajarberkenaan suasana alam pekerjaan. Denganharapan mereka dapat bersedia dalam konteksfizikal dan mental sebelum mereka melangkahke alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar jugadidedahkan dengan masalah alam sekitar danseterusnya cara mengaplikasikan teori yangdipelajari di dalam bilik kuliah ketika berada disituasi sebenar. Program ini juga terus memberisemangat dan motivasi kepada pelajar untukmenggapai kecemerlangan dalam pengajianmereka.

22

Page 25: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN: KURSUS KAD HIJAU LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI

PEMBINAAN (CIDB) BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR FSBNazmi Ma’som, Ts. Dr. Shaparas Daliman &

Dr. Wong Hie Ling

Pada 7 November 2020, telah berlangsungnyabengkel Kad Hijau CIDB Fakulti Sains Bumi(FSB) UMK. Bengkel ini berlangsung selamatiga jam secara atas talian di pautan GoogleMeet. Seramai 68 peserta terdiri daripadapelajar FSB, Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi(FBKT). Perlaksanaan kursus Kad Hijau CIDBbertujuan untuk membolehkan pelajar FSBberdaftar dengan Lembaga PembangunanIndustri Pembinaan Malaysia (CIDB)seterusnya melayakkan pelajar untukmemperolehi Kad Hijau CIDB. Kad HijauCIDB merupakan satu program bersepadu yangmelibatkan pendaftaran dan akreditasi PersonelBinaan untuk meningkatkan tahap keselamatandi lapangan, tapak kerja pembinaan dan lanskapalam sekitar.

Kad Hijau CIDB adalah kelaziman PersonelBinaan di Malaysia bagi memastikan PersonelBinaan menyedari kepentingan tempat kerjayang selamat dan sihat, memberikanpengetahuan asas mengenai keselamatan dankesihatan di tempat kerja dan memaklumkankeperluan undang-undang berkaitan keselatandan kesihatan.

Pendaftaran Kad Hijau CIDB adalah bertepatandengan keperluan pelajar yang bakal menjalaniLatihan Industri pada tahun hadapan 2021.Selain berpeluang mempelajari pelbagai aspekkeselamatan dan kesihatan pekerjaan,pemegang Kad Hijau CIDB juga secaraautomatik diliputi Skim Insurans khas yangmenginsuranskan pemegang kad terhadapkematian dan kemalangan.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-661923

Page 26: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Personel binaan yang memiliki kad hijau yangsah akan diberikan perlindungan di bawahPelan Takaful Personel Binaan berkelompokCIDB. Pelan ini merupakan satu bentukperlindungan berdasarkan konsep Hibah(Pemberian/ Hadiah) yang manapembayarannya tertakluk kepada budi bicaradan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untukmemberi sumbangan kepada personel binaanyang ditimpa kemalangan atau keluarga(penama) jika berlaku kematian. Ianya jugaadalah selaras dengan dasar kerajaan dalammewujudkan budaya masyarakat penyayangdan prihatin.

Akhir sekali, Program Kad Hijau CIDB inibakal membawa impak besar kepada UniversitiMalaysia Kelantan dan pelajar khususnya.Melalui program ini, pelajar dan alumni UMKbakal memiliki Kad Hijau CIDB dan berpotensiuntuk bekerja dalam bidang lapangan, alamsekitar dan pembinaan. Selain itu, ini memberipeluang kepada alumni UMK untukmemperolehi pekerjaan sama ada tetap atausampingan. Ini kerana kebanyakkan syarikat diMalaysia mewajibkan pekerja mempunyai KadHijau untuk menjalankan sebarang kerja dipremis mereka sama ada melibatkan kerja-kerjalapangan, lanskap, pembinaan dan sebagainya.

e-ISSN 2716-6619e-ISSN 2716-661924

Page 27: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PEMBENTANGAN POSTER PEMETAAN GEOLOGI PROJEK PENYELIDIKAN II GEOSAINS SESI 2020/2021

SECARA VIRTUALDr. Elvaene James & Dr. Noorzamzarina Sulaiman

Pembentangan poster pemetaan geologi bagi Projek Penyelidikan II (EGT 4173) yang dilakukansecara atas talian melalui pautan Google Meet telah diadakan selama 2 hari pada 8 dan 9 November2020. Seramai 39 pelajar tahun akhir (SEG 4) dan 13 pensyarah daripada Jabatan Geosains telahterlibat dengan program tersebut. Walaupun sebelum ini Program Pembentangan Poster dijalankansecara bersemuka, namun program tetap berjalan lancar dengan semua pelajar bersemangat untukmembentangkan hasil kajian pemetaan mereka. Program di bawah anjuran Jabatan Geosains inimerupakan salah satu usaha untuk menilai hasil kajian pelajar yang menekankan kepadapembentangan penemuan, analisis dan perbincangan secara jelas dan yakin.

Objektif utama penganjuran program ini ialah sebagai satu dorongan untuk meningkatkankecemerlangan diri mahasiswa dalam bidang penyelidikan dan melatih pelajar menepati garis masaFYP II yang telah ditetapkan. Selain itu juga, para pelajar dapat melatih diri untuk mempamerkansikap dan nilai-nilai murni dalam menjayakan projek tahun akhir. Hasil daripada pembentanganprojek ini turut memberikan maklumat dua hala daripada para pemeriksa kepada pelajar-pelajarserta para pelajar dapat mendapat maklumat daripada komen-komen pemeriksa untuk memperbaikilagi projek penyelidikan tahun akhir mereka.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-661925

Page 28: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

FSB GE TALK SERIES:CAREER PATH AND PORTFOLIO

Dr. Muhamad Azahar Abas

Program “Career Path and Career Portfolio”merupakan program yang julung kalidianjurkan oleh Unit Kebolehpasaran Graduan,Fakulti Sains Bumi (FSB) secara atas talian.Program ini merupakan hasil kerjasama FSBbersama Alumni bagi memberi pendedahan danpencerahan kepada pelajar FSB berkaitanlaluan kerjaya dan bentuk pekerjaan yangberpotensi bagi program akademik masing-masing. Oleh itu, perkongsian ini diketuai olehketua program masing-masing iaitu: Ts. Dr.Shaparas Daliman (Sains Sumber Asli), Dr.Nursufiah Sulaiman (Geosains), dan Dr.Muhamad Azahar Abas (Sains Kelestarian).

Bagi mendapatkan input yang lebih holistik,program ini juga melibatkan penyertaandaripada alumni sebagai penceramah iaitu: En.Ahlami Mirza Ahmad, Asian EnvironmentalSolution Sdn Bhd (Alumni SEN), Ms. FongMei Yong dari ESRI APAC Center (AlumniSEG), dan En. Muhammad Amirul Fitri Hassandari Tropical Growth (M) Sdn. Bhd. (AlumniSEL).

Program ini telah disertai oleh semua pelajarFSB dari tahun satu hingga tahun empat bagimemastikan setiap pelajar mempunyaikesedaran berkaitan laluan kerjaya masing-masing. Program ini telah menunjukkan impakyang positif kepada pelajar FSB bagipersediaan seawal tahun satu berkaitanpembangunan kerjaya masing-masing.Diharapkan, program ini dapat diteruskansecara berkala dengan penglibatan alumnisebagai sokongan bagi memastikan pelajar FSBmempunyai hala tuju yang jelas semasapengajian.

e-ISSN 2716-6619e-ISSN 2716-661926

Page 29: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

BENGKEL PENGENALAN KEPADA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN JUGA

PENGENDALIAN BAHAN KIMIA SIRI 3.0Dr. Nor Shahida Shafiee @ Ismail

Pada 18 November 2020 lalu, telahberlangsung Bengkel Pengenalan KepadaKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan danPengendalian Bahan Kimia Siri 3.0. Bengkelini merupakan anjuran oleh JawatankuasaPersekitaran, Keselamatan dan KesihatanPekerjaan Fakulti Sains Bumi (FSB) bagimemenuhi keperluan di dalam peraturanKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(Penggunaan dan Standard Pendedahan BahanKimia Berbahaya kepada Kesihatan) tahun2000 yang menyatakan bahawa adalahtanggungjawab majikan untuk menyediakanlatihan berkenaan pengendalian bahan kimiasekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2tahun.

Bengkel kali ini merupakan siri yang ketigabeikutan siri pertama dan keduayang dianjurkan pada tahun 2016 dan 2018.Pada kedua-dua siri tersebut penyertaan adalahterbuka kepada peserta dari dalam dan luarUMK dan turut melibatkan aktiviti hands onataupun amali. Namun pada siri ketiga ini, ataskekangan pandemik COVID-19 yang melandaNegara, Jawatankuasa telah bersetuju untukmenganjurkan bengkel secara atas talian khususuntuk kakitangan dan pelajar pasca siswazahUMK.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-661927

Seramai 92 penyertaan diterima yang terdiridaripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj)UMK antaranya dari Pejabat Naib Canselor,Pusat Pengurusan Persekitaran KeselamatanDan Kesihatan Pekerjaan, Pusat PengajianBahasa dan Pembangunan Insaniah, PejabatKeselamatan, Pejabat Pendaftar, PejabatTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan danInovasi), Fakulti Sains Bumi ,Fakulti PerubatanVeterinar, Fakulti Industri Asas Tani sertaFakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Apayang menarik pada siri ketiga kali iniadalah terdapat pertambahan topik baharu iaituberkenaan pengurusan sisa terjadual di manatopik ini belum pernah disentuh pada siripertama mahupun siri kedua sebelum ini.

Page 30: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PROGRAM GRANITE 2020 – BREAKTHROUGH GEOSCIENCE IN MODERN DIGITAL WORLD,

UNIVERSITAS TRISAKTI, INDONESIACik Nur Atiyah Hassan @ Che Hassan & Dr. Nor Shahida Shafiee @ Ismail

Seramai 22 orang pelajar program Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian telahberpeluang mengikuti Program Granite 2020 – ‘Breakthrough Geoscience In Modern DigitalWorld’, sebuah program yang dianjurkan oleh Fakulti Kebumian Dan Energi (FTKE -Kejuruteraan Geologi) bersama Himpunan Mahasiswa Teknik Geologi Universitas Trisakti,Jakarta, Indonesia. Program ini telah dijalankan secara maya bermula pada 18 November 2020sehingga 14 Disember 2020 yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti seminar dan pertandingangeologi.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjangprogram termasuklah seminar dan pertandingan‘Geographic Information System MappingContest, ‘Virtual Geological Excursion’,‘Geology Clip & Essay Competition’,‘Geomodelling Competition’ serta majlispenutup. Melalui penglibatan pelajar GeosainsUMK dalam pertandingan di Granite 2020 telahmemberi peluang kepada pelajar untukmengaplikasikan ilmu geologi dan asaspemetaan di lapangan. Program ini jugatelah mengeratkan hubungan di antaramahasiswa di Malaysia dan mahasiswa diIndonesia seterusnya telah membawa namaGeosains UMK dan Kelab Explorasi di rantauAsia Tenggara.

e-ISSN 2716-6619

Edisi Julai – Disember 2020

28 e-ISSN 2716-661928

Page 31: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

FSB GE TALK SERIES: GROOM TO BLOOMDr. Muhamad Azahar Abas

Pada 22 November 2020, UnitKebolehpasaran Graduan, Fakulti Sains Bumi(FSB) telah menganjurkan programperkongsian bersiri daripada industri iaituGroom to Bloom secara atas talian. ProgramGroom to Bloom merupakan aktiviti tahunanfakulti yang dianjurkan Unit KebolehpasaranGraduan Fakulti. Tujuan utama program iniadalah bagi menyediakan bakal graduan FSBtahun 2021 iaitu seramai 90 orang sebelummereka melangkah ke industri bagi tujuanlatihan industri ataupun untuk bekerja. FSBsangat menitik beratkan kualiti graduan yangdihasilkan. Pelbagai aktiviti telah diaturkankepada pelajar bagi menyediakan merekasupaya menjadi graduan pilihan industri.

Antara inisiatif yang telah dibuat di FSB adalahdengan menawarkan struktur kurikulumberasaskan keperluan semasa industri, programlaluan kerjaya dan program Groom to Bloomyang dianjurkan ini. FSB sangat komitedmelalui kerjasama dengan industri bagimelahirkan graduan yang kompeten danberwibawa dalam bidang masing-masing.

Sehubungan itu, pada tahun ini panel jemputan adalah dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(SPAN) iaitu En Mohammad Ezkandar Abdul Razak yang telah berkongsi kepakaran beliauberkaitan tip atau petua menjadi graduan pilihan industri. Bilangan graduan yang dihasilkaninstitusi pengajian tinggi di Malaysia semakin meningkat saban tahun yang mana memberi tekanankepada graduan mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, graduan yang betul-betul bersedia dan terbaiksahaja akan lebih menjadi pilihan industri. Oleh itu, program ini telah memberi impak yangmendalam kepada bakal graduan FSB 2021 untuk menjadi lebih bersedia dari segi mental, emosidan fizikal. Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar tahun akhir FSB bagi menjalani latihanindustri pada tahun 2021.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-661929

Page 32: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

CONSERVATION IS CONVERSATION 2020Dr. Aainaa Syazwani Mohamad Amir Hamzah

Tahun ini dalam sejarah dan buat pertama kalinya, program “Conservation is Conversation2020” diadakan secara atas talian melalui platform Facebook Program Sains Sumber Asli FakultiSains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan; Instagram natureexplorers.umk dan ecofriendly_19;serta Twitter nature_fsbumk akibat pandemik COVID-19. Program ini telah berjalan selama limahari iaitu pada 22 hingga 26 November 2020 oleh pelajar-pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana MudaSains Sumber Asli dengan kerjasama Kelab Eco-Friendly.

“Conservation is Conversation” merupakansebuah program kesedaran bagi memenuhihasil pembelajaran kursus subjek PemuliharaanIn-situ dan Ex-situ. Antara aktiviti yangdijalankan adalah ceramah, perkongsian fakta,kuiz, pertandingan video, dan jugapertandingan poster.

Sebelum program dijalankan, AJK telahmembuat perkongsian fakta berkenaanpemuliharaan in-situ dan ex-situ dua hari lebihawal secara infografik, setiap hari. Fakta-faktaini dikongsi bertujuan untuk memberimaklumat dan kesedaran kepada masyarakatberkenaan ekosistem, spesies, dan maklumatberkaitan pemuliharaan. Fakta-fakta inikemudiannya akan disoal di dalam aktiviti kuiz.

Bagi sesi ceramah pula, dua orang penceramahtelah dijemput iaitu En. Mohamad Tamimi binAli Ahmad dan Dr. Siti Khairiyah Mohd Hatta.En. Mohamad Tamimi merupakan PegawaiPenyelidik dari Bahagian Penyelidikan Penyudan Spesies Marin Terancam, FRI RantauAbang; manakala Dr. Siti Khairiyah merupakanpensyarah dari Universiti Teknologi MARA,Shah Alam.

Kedua-dua penceramah telah menyampaikanperkongsian berkenaan pemuliharaan in-situdan ex-situ. Ceramah tersebut telah dihadirioleh 208 orang peserta melalui capaian GoogleMeet dan Facebook Live yang mana setiappeserta layak untuk menerima e-sijilpenyertaan.

e-ISSN 2716-6619

Edisi Julai – Disember 2020

30 e-ISSN 2716-661930

Page 33: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Aktiviti yang terakhir adalah pertandinganmereka poster bertemakan “Conservation forNext Generation”. Pertandingan ini juga telahdisertai oleh 66 orang dari seluruh Malaysia. 3pemenang utama dan 2 pemenang saguhatitelah dipilih.

Program ini adalah diharapkan dapatmendedahkan masyarakat kepadatanggungjawab masing-masing dalammemelihara dan memulihara kepelbagaianbiologi khasnya di Malaysia; selainmeningkatkan kesedaran kepada masyarakattentang kepentingan ekosistem alam semulajadi.

e-ISSN 2716-6619 e-ISSN 2716-6619

AJK telah memperuntukkan selama 4 hari bagiaktiviti Easy Peasy Conservation Quizzy. Kuizyang diberikan adalah berdasarkan perkongsianfakta sepanjang program berlangsung. 3 hadiahutama dan 2 hadiah saguhati telah diberikankepada para pemenang.

Lebih menarik lagi, AJK telah menarikperhatian masyarakat dengan mengadakan“Video/TikTok Challenge”. Tiga kategori telahdipertandingkan iaitu “Compost Bin”, “SENStudio” dan “Poetry”. Peserta perlumenggunakan aplikasi TikTok untuk merakamvideo. Melalui aplikasi ini, pihak AJK dapatmenarik perhatian remaja untuk menggunakanaplikasi media sosial dengan sebaiknya selaindaripada memberi pendedahan kepadamasyarakat berkaitan isu pemuliharaan.Pertandingan ini telah mendapat penyertaanseramai 68 orang.

31

Page 34: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

INTERNATIONAL WEBINAR ON TROPICAL FOREST CONSERVATION IN MALAYSIA

Dr. Muhammad Firdaus Abdul Karim & Ts. Dr. Noor Janatun Naim Jemali

Program “International Webinar on TropicalForest Conservation in Malaysia” adalahanjuran bersama Fakulti Sains Bumi (UMK),School of Biological Science (University ofAberdeen) dan South East Asia RainforestResearch Partnership (SEARRP). Webinar initelah bersiaran langsung menerusi laman rasmiFacebook Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)dan saluran YouTube UMKTV pada 30November 2020. Dipengerusikan oleh Dr.Muhammad Firdaus (FSB UMK), sesi webinardimulakan dengan perkongsian daripada DatukDr. Glen Reynolds, Pengarah SEARRP.

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada luar dan dalam negara ini menggariskankepentingan penemuan saintifik berkaitan komposisi, kekayaan dan fungsi spesies pokok yangmempunyai tindakbalas terhadap kecerunan pada skala kecil dalam ketinggian dan tanah merentasilandskap hutan tropika. Sesi webinar ini telah mendapat tontonan lebih 2.3 ribu dan boleh ditontonsemula menerusi laman rasmi Universiti Malaysia Kelantan

e-ISSN 2716-6619e-ISSN 2716-6619

Antara input menarik yang dikongsikan adalahfungsi SEARRP dalam memacu kejayaanprojek penyelidikan berkaitan pemeliharaandan pemuliharaan di Sabah dan komitmenkerajaan negeri Sabah untuk mewartakankawasan bagi perlindungan hutan.

Sesi perkongsian disemarakkan lagi denganinfo menarik kajian spesies terancam Rafflesiadi Semenanjung Malaysia oleh Dr. ZulhazmanHamzah (FSB UMK). Kajian berkenaanRafflesia ini telah bermula sejak penubuhanUMK lagi dan kini berada di fasa kerjasamabersama agensi berkaitan bagi penubuhankawasan perlindungan Rafflesia dan eko-pelancongan.

Tetamu ketiga sesi webinar adalah Prof. DavidBurslem dari University of Aberdeen, Scotland,UK. Prof David B. berkongsi data penyelidikanberkenaan kepelbagaian spesies dan fungsipokok pada skala landskap di Sabah, Malaysia.

32

Page 35: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PROGRAM PERKONGSIAN SOLAT JAMAK DAN QASAR

Azhan Fikri bin Zulkepli & Dr. Nor Shahida Shafiee @ Ismail

Pada 10 Disember 2020, Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujianbersama Exco Kerohanian daripada Kelab Eksplorasi telah menganjurkan satu programPerkongsian Solat Jamak dan Qasar.

Program ini diadakan secara atas talian dari jam 8.30 malam sehingga jam 10 malam menggunakanplatform Google Meet yang telah dihadiri oleh 112 orang pelajar program Geosains. Penceramahjemputan pada malam tersebut ialah Ustaz Muhd Khalid El-Muhammady Bin Uthman El-Muhammady yang juga merupakan pegawai Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan.

e-ISSN 2716-6619

e-ISSN 2716-6619

Objektif Program ini diadakan adalah bertujuan memberikan pendedahan dan penjelasan yanglebih mendalam terhadap ilmu solat Jamak dan Qasar serta isu-isu berkaitannya. Program inimensasarkan pelajar baharu (tahun 1) program Geosains Universiti Malaysia Kelantan bagimemberi pendedahan awal tentang bagaimana untuk melakukan solat dalam keadaan tertentuketika berada di lapangan.

Selain itu, program ini juga dapat menjawab segala persoalan dan permasalahan dalam beribadahyang dihadapi oleh pelajar-pelajar Geosains sewaktu berada di lapangan selama ini.

33

Page 36: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

INTRODUCTION TO SCIENTIFIC COMPUTING IN DATA SCIENCE WITH PYTHON

Dr. Marieanne Christie Leong

Selaras dengan Revolusi Industri 4.0 dan perkembangan semasa teknologi digital yangberkembang pesat semasa berlakunya pandemik COVID-19, Fakulti Sains Bumi (FSB) telahmengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel “Introduction to Scientific Computing in DataScience with Python” pada 12 Disember 2020 bagi memberi pengenalan asas kepada sains datadan penggunaan bahasa pengaturcaraan Python dalam pengkomputeran saintifik. Bengkel inibertujuan untuk memperkasakan kemahiran digital staf dan pelajar UMK dalam pengendalian dananalisis data pada skala kecil dan besar dengan lebih cekap dan efisien menggunakan kaedahpengkomputeraan saintifik.

Penceramah bengkel ini, Dr. Marieanne Leong dari FSB, memberi pengenalan dan contoh yangmenarik berkaitan aplikasi bahasa pengaturcaraan Python dalam pelbagai bidang. Bengkel inimerangkumi pembelajaran asas Python, penggunaan modul saintifik NumPy dan Pandas, modulvisualisasi data seperti Matplotlib dan Seaborn, serta Teknik “web-scraping” menggunakan modulBeautiful Soup.

Bengkel ini telah mendapat maklumbalas yang sangat positif dari para peserta dan sebuah bukubertajuk “Python 3 Essentials: For Absolute Beginners and Curious Cats” juga telah diterbitkansebagai sumber rujukan para peserta dan orang ramai.

e-ISSN 2716-6619e-ISSN 2716-661934

Page 37: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

WEBINAR: MEMBANGUNKAN PRODUK BERASASKAN SERANGGA DAN LAWATAN MAYA KE

ENTOPIA, PULAU PINANGDr. Norashikin Mohd Fauzi

Pada 22 Disember 2020, telah diadakan sesiwebinar yang melibatkan jaringan industribersama pihak Entopia, Pulau Pinang.Penganjuran webinar yang bertajuk Developinginsect-based products atau “Membangunkanproduk berasaskan serangga” adalah bertujuanuntuk memberikan pendedahan mengenaikeusahawanan-ento (ento-preneurship) kepada43 orang pelajar Tahun 2 Program SainsSumber Asli (SEN) yang mengikuti kursusEntomologi. Kursus Entomologi merupakankursus elektif program SEN yangmemfokuskan kepada pembelajaran mengenaiserangga.

Penceramah jemputan bagi webinar ini, CikNurshaziela Yaacob bukan sahaja berkongsiilmu yang cukup bermanfaat kepada pelajarmalahan turut menyediakan video lawatanmaya yang berdurasi pendek bagimemperkenalkan Entopia, Pulau Pinang kepadapelajar. Entopia merupakan sebuah tamanserangga yang menjadi salah satu pusat tarikanpelancong yang terkenal di Pulau Pinang.Webinar dan lawatan maya tersebut berjayamempertingkatkan minat pelajar untukmendalami dengan lebih lanjut akan kelebihanserta cabaran dalam mengusahakan perusahaanberasaskan serangga.

e-ISSN 2716-661935

Page 38: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

PEMBENTANGAN POSTER INFOGRAFIK KURSUS ENT 1243 MIKROBIOLOGI DAN BIOKIMIA DALAM

SAINS GUNAANTs. Dr. Suganthi Appalasamy

Pembentangan poster infografik untuk kursus ENT1243 Mikrobiologi dan Biokimia dalam SainsGunaan diadakan pada 28 Disember 2020.

Pembentangan ini disertai oleh pelajar tahun satu Program Sains Sumber Asli, Fakulti Sains Bumi(FSB). Sebanyak enam kumpulan telah membentangkan poster kumpulan bertemakan ‘Innovationsin Biochemistry and Microbiology and Its Application in Natural Resource’ dan diadili oleh Ts. Dr.Shaparas Daliman, Dr. Jayaraj Vijaya Kumaran dan Dr. Norashikin Fauzi sebagai juri jemputan.

e-ISSN 2716-661936

Page 39: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan

Ts. Dr. Noor Janatun Naim Jemali

Webinar antarabangsa bagi tahun 2020 telahdijalankan dengan pelbagai topik, kupasan isudan perkongsian yang menarik berkenaanpenyelidikan, inovasi dan pembangunanakademik. Melalui webinar ini, pertemuanpeserta dan ahli panel dapat dilakukan secaramaya walau berada di lokasi dan zon masayang berlainan dimana interaksi secaralangsung melalui gambar (video) ataupun text(chat) dapat dijalankan. Selain dari Malaysia,panel terdiri daripada pelbagai negara termasukMesir, Indonesia, dan United Kingdom.Webinar antarabangsa ini akan terusdiusahakan dan dijadikan aktiviti wajib fakultidalam menyokong akulturasi ilmu merentassempadan.

e-ISSN 2716-6619

WEBINAR ANTARABANGSA KELOLAAN FSB

Walaupun dalam keadaan negara dilanda wabak pandemik COVID-19, Fakulti Sains Bumi(FSB) tetap mengorak langkah dan memastikan kelangsungan aktiviti akademik dan penyelidikanterus berjalan dengan mengambil inisiatif melalui penganjuran webinar antarabangsa. Siri webinaryang dirancang melibatkan pelbagai institusi dan agensi dari dalam dan luar negara. Kombinasipanel dan moderator yang cukup mantap pada setiap sesi webinar serta perkongsian ilmu dalambidang kepakaran masing-masing untuk perkembangan professionalism berterusan di kalangan ahliakademik dan penyelidik merupakan objektif utama webinar ini diadakan. Ianya juga sekaligusmerupakan aktiviti bagi mempromosi dalam menjadikan FSB lebih dikenali.

Edisi Julai – Disember 2020

37e-ISSN 2716-661937

Page 40: EDISI JULAI – DISEMBER 2020 - fsb.umk.edu.myfsb.umk.edu.my/download/download/Buletin_FSB_Julai... · dan jika sisa berkenaan dibuang ke tapak ... taklimat dan pendedahan berkenaan