edaran muhammad percuma rahmatun lil alamin
TRANSCRIPT
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
04-263 7200 04-250 2810Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang http://jheaipp.penang.gov.my
MUHAMMAD RAHMATUN LIL ALAMIN
“Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam” (Al-Anbiya’ : 107)
EdaranPERCUMA
EDISI KHAS
•iFIKRAH 25x17.5.indd 1•iFIKRAH 25x17.5.indd 1 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
Risalah Islam datang bersama
baginda Nabi Muhammad
SAW sebagai rahmat kepada
sekalian alam. Islam adalah agama
rahmah. Islam adalah agama untuk
mengeluarkan manusia daripada
perhambaan sesama hamba kepada
perhambaan sepenuhnya kepada
Allah. Islam membawa manusia
keluar daripada kegelapan jahiliyah
menuju kepada cahaya keimanan.
Begitu juga baginda Nabi SAW
pembawa rahmat kepada semua
makhluk, manusia, jin, tumbuhan,
haiwan dan segala yang ada di
dunia.
Banyak riwayat menceritakan
rahmatnya Nabi Muhammad SAW,
antara kisah yang masyhur ialah :
1. RAHMAT KEPADA ORANG TUA.
Satu ketika, Nabi Muhammad
SAW melihat seorang wanita tua
sedang memikul kayu-kayu api di
tengah-tengah cuaca panas. Setelah
keletihan, wanita tua itu berhenti
sejenak. Nabi Muhammad SAW lalu
menghampirinya dan menawarkan
bantuan memikul kayu api itu
sehingga ke rumahnya. Wanita itu
gembira dengan sifat rahmah Nabi
SAW.
RAHMAT UNTUK SEKALIAN ALAM
Disediakan Oleh: Bahagian Dakwah
2
•iFIKRAH 25x17.5.indd 2•iFIKRAH 25x17.5.indd 2 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
Anaknya ketika itu sudah memeluk
Islam. Anaknya memaklumkan
kematian ayahnya lalu meminta kain
untuk mengkafankan ayahnya. Lalu
baginda Nabi SAW memberikan
kain. Kemudian Rasulullah SAW
mahu mendirikan solat jenazah ke
atas Abdullah bin Ubai. Saidina
Umar r.a seraya bangun dan
menegur Nabi SAW, “Adakah
engkau wahai Rasulullah SAW
mahu menunaikan solat jenazah ke
atas ketua munafiqin? Sedangkan
dia telah melakukan banyak
perkara yang tidak baik ke atasmu
selama ini. Bukankah Allah SWT
melarangmu menunaikan solat ke
atas munafiqin?” Saidina Umar r.a
kemudiannya membaca surah
at-Taubah, ayat 80 mengenai
larangan tersebut.
Nabi Muhammad SAW
lalu menjawab, “Kalau
aku tahu Allah SWT akan
mengampunkan dosanya
jika aku beristighfar lebih 70
kali, maka aku akan istighfar
untuknya lebih 70 kali.”
Selepas itu Rasulullah SAW
mendirikan solat jenazah dan
menghantar jenazah Abdullah bin
Ubai ke kawasan perkuburan. Tak
lama kemudian, turunlah wahyu Allah
(surah at-Taubah ayat 84) berupa
larangan mendirikan solat jenazah ke
Begitu juga ketika Abu Qahafah,
ayah Saidina Abu Bakar as-Siddiq
mahu berangkat ke rumah Nabi
SAW untuk melafazkan bai’ah
kepada baginda SAW, Nabi SAW
mencadangkan kepada Abu Bakar r.a
supaya biar baginda sendiri yang ke
rumah Abu Qahafah untuk berjumpa.
Ini kerana Abu Qahafah sudah uzur
dan sudah tentu mengalami kesulitan
untuk bergerak ke rumah Nabi SAW.
Boleh saja Nabi Muhammad
SAW menggunakan statusnya
sebagai Rasul memerintah sesiapa
yang mahu berurusan dengannya
untuk datang menghadapnya tetapi
tidak.
2. RAHMAT KEPADA MUSUH.
Satu ketika, seorang sahabat
mencadangkan kepada Nabi
Muhammad SAW supaya
mendoakan kejahatan ke atas orang
musyrikin yang banyak mengganggu
dakwah baginda. Akan tetapi
jawab baginda, “Sesungguhnya
aku tidak diutus sebagai pembawa
laknat (kepada orang lain), tetapi
sesungguhnya aku diutus sebagai
rahmat.” (hadis sahih riwayat
Muslim).
Turut diriwayatkan dalam
sebuah hadis oleh Bukhari dan
Muslim bahawa baginda Nabi SAW
didatangi oleh anak Abdullah bin
Ubai bin Salul, ketua munafiqin.
3
•iFIKRAH 25x17.5.indd 3•iFIKRAH 25x17.5.indd 3 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk
memperkenalkan konsep “Al-Islam Rahmatun Lil Alamin”
sebagai satu kaedah bagi pentadbiran pengurusan hal ehwal
agama Islam di negeri ini. Tema “Al-Islam Rahmatun Lil Alamin”
dicetuskan oleh YB Dato’ Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Exco
Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015 untuk
menggambarkan Islam sebagai agama rahmat ke seluruh alam.
Sejak tercetusnya tema tersebut kerajaan Negeri Pulau Pinang telah
mengadakan 3 konvensyen berkonsepkan tema tersebut. Penceramah yang
diundang bagi menjayakan konvensyen tersebut adalah :
1. 2015 - Ismail bin Musa Menk (Mufti Menk), Mufti Zimbabwe
2. 2016 - Syaikh Yahya Ibrahim, Penceramah Australia
3. 2017 – Dr. Jasser Audah, Fakulti Pengajian Islam Qatar
atas orang munafiq selama-lamanya.
Sejak kejadian itu, Rasulullah SAW
tidak mendirikan solat jenazah ke
atas mana-mana jenazah orang
munafiq sehingga baginda wafat.
Inilah rahmat yang dibawa
oleh baginda Nabi SAW, sekaligus
membenarkan firman Allah SWT
dalam surah al-Anbiya’ ayat 107
seperti di atas.
3. RAHMAT KEPADA KANAK-KANAK DAN AHLI KELUARGA
Nabi Muhammad SAW akan
mengusap dan mengucup dahi
kanak-kanak yang ditemuinya. Satu
ketika, baginda ditegur oleh seorang
Arab Badwi mengenai perbuatannya
itu. “Sesungguhnya aku memiliki 10
orang anak dan aku tidak pernah
mencium dahi mereka.” Nabi SAW
menjawab, “Sesiapa yang tidak
mengasihi, nescaya tidak akan
dikasihi.”
Rasulullah SAW juga pernah
memendekkan solat yang
diimamkannya setelah mendengar
tangisan kanak-kanak di belakang,
sebagai rahmat kepada kanak-kanak
tersebut.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda dengan mafhumnya,
“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli keluarga dan
sesungguhnya akulah orang yang paling berbuat baik
kepada keluargaku.”
Banyak lagi kisah yang boleh
dicungkil dalam buku-buku hadis dan
sirah mengenai rahmatnya baginda
Nabi SAW kepada semua umat
manusia, binatang dan makhluk yang
lain.
4
•iFIKRAH 25x17.5.indd 4•iFIKRAH 25x17.5.indd 4 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
yang muda dan ada pula yang tua
yang terdiri dari pelbagai bangsa.
Seorang bapa boleh melihat
kehidupan Nabi SAW ketika memiliki
anak dan ketika menghadapi
kematian anak-anaknya.
Seorang datuk dapat menghayati
pedoman hidup Rasulullah SAW
ketika baginda melayan dua
cucunya, Hasan dan Husain.
Seorang pejuang dapat
melihat Rasulullah SAW sebagai
pejuang sewaktu berlangsungnya
peperangan.
Kehidupan Muhammad SAW
adalah lapangan yang cukup
luas untuk dijadikan teladan
bagi sesiapa sahaja.
Anak muda boleh mendapat
pedoman kerana Nabi Muhammad
SAW pernah menjalani kehidupan
sebagai anak muda yang rajin
bekerja dan memerah keringat tanpa
bergantung kepada keturunannya
yang mulia dan kedudukannya yang
istimewa.
Seorang yang masih bujang
boleh mengambil pedoman dari
hidup baginda.
Si suami yang mempunyai
seorang isteri boleh menjadikan
Rasulullah SAW sebagai ikutan
kerana baginda hanya bersama
dengan seorang isteri, Khadijah
sehingga umur baginda 50 tahun.
Mereka yang berpoligami juga
boleh menjadikan Rasulullah SAW
sebagai panduan kerana dalam 10
tahun terakhir baginda mempunyai
ramai isteri. Antaranya seorang anak
dara dan lainnya adalah janda, ada
SIRAH RASULULLAH SAW – LAPANGAN TELADAN
SEORANG PENGUASA, PEMERINTAH, RAJA ATAU KETUA KERAJAAN BOLEH
MENERIMA PEDOMAN DARI HIDUP NABI SAW KETIKA
MANA MEMILIKI KEKUASAAN. BAGINDA MERUPAKAN SEORANG PEMIMPIN YANG BERLAKU ADIL
DAN MENEGAKKAN HAK DAN KEBENARAN. RASULULLAH SAW
TELAH MENINGGALKAN WARISAN AGUNG DALAM LAPANGAN INI.
5
•iFIKRAH 25x17.5.indd 5•iFIKRAH 25x17.5.indd 5 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
terbesar di Makkah pada ketika
itu. Namun lihat kebijaksanaan dan
ketegasan yang ditunjukkan oleh
baginda pada ketika itu, dengan
meletakkan batu tersebut di atas
sehelai kain lalu dipegang 4 penjuru
kain oleh 4 orang ketua setiap
kabilah itu.
Dengan kata lain, sorotan
perjalanan hidup baginda
merupakan sorotan
perjalanan yang sangat
menarik dan mempunyai
daya tarikan qudwah
kepada golongan kafir
dari terus menyakiti
ketinggian budi pekerti
yang ditunjukkan oleh
baginda. Semasa kelahiran
baginda sendiri sejarah
menukilkan terdapat tanda-
tanda kerasulan dengan
terpadamnya api kaum
Majusi, runtuhnya Istana
Qisra Parsi, dan kota
Makkah diterangi cahaya
putih yang bersinar.
Selepas pertabalan kerasulan
baginda secara sah, maka semakin
hebatlah serangan musuh Islam
hingga mengundang kepada hijrah
baginda bersama kaum Muslimin
ke kota Madinah membuka
kepada satu lembaran baru untuk
membina sebuah negara Islam yang
sistematik, aman dan damai serta
Sebenarnya sama ada sebagai
pemerintah atau yang diperintah,
semua boleh melihat kehidupan
Rasulullah SAW. Baginda hidup
sebagai rakyat biasa dalam
pemerintahan orang lain di Makkah
dan sebagai pemerintah di Madinah.
Begitu juga bagi orang kaya atau
miskin. Baginda pernah merasai
kefakiran dan kemiskinan sehingga
terpaksa mengikat perut dengan
batu. Baginda juga pernah menerima
habuan yang banyak apabila
diberi kemenangan dan mendapat
ghanimah (rampasan perang) yang
banyak sehingga keseluruhan tanah
Arab tunduk di bawah kekuasaannya.
Sebelum kita meniti lebih jauh
dalam mengupas dan menyorot
kredibiliti tokoh juga selaku utusan
dari Allah SWT yang menjadi
titik tolak kepada kegemilangan
tamadun Islam suatu ketika dahulu,
Penulis suka untuk berkongsi kisah
perjalanan hidup ataupun sejarah
Nabi Muhammad SAW. Pemilihan
baginda dalam menyampaikan
amanah dari Allah SWT cukup berat
untuk digalas pada awal perlantikan
menjadi Rasul ketika berumur 40
tahun bertempat di Gua Hira’.
Sebelum itu, baginda memang
sudah terkenal dengan sifat
amanahnya (al-Amin) ketika
perebutan untuk meletakkan Hajar
al-Aswad oleh 4 ketua bagi 4 kabilah
6
•iFIKRAH 25x17.5.indd 6•iFIKRAH 25x17.5.indd 6 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
menggigil ketakutan baginda pulang
ke rumah lalu meminta Saidatina
Khadijah r.ha menyelimutkannya.
Selaku isteri yang memahami
tugas yang baru diterima oleh
suaminya, Saidatina Khadijah r.ha
memberikan kata-kata semangat
dan mendokong segala usaha
dakwah baginda, membuatkan
baginda bertambah yakin untuk
melaksanakan amanah yang
dipundak. Dalam masa yang sama
baginda turut disokong oleh bapa
saudara yang baginda sayangi
kerana banyak mempertahankan
baginda dari kecaman dan ancaman
pihak pembesar Quraisy.
Sehinggalah pada kemuncak
penyebaran dakwah Islam itu,
baginda diuji dengan dugaan yang
sangat pahit untuk ditelan, perit
untuk diluah kerana Allah SWT
amat menyayangi orang yang turut
menjadi contoh dan tarikan negara
lain kepada Islam sehinggalah
tersebarnya Islam ketika tampuk
kegemilangan pemerintahan baginda.
Sinar cahaya Islam yang dibawa
bukan sahaja dari timur ke barat,
bahkan meliputi hampir keseluruhan
dunia utara, selatan, timur mahupun
barat.
Kesabaran dalam dakwah adalah
antara tanda kerasulan yang telah
ditunjukkan oleh Allah SWT sebelum
baginda ditabalkan secara rasminya
menjadi utusan Allah SWT untuk
menyebarluaskan agama suci ini
dengan lebih giat lagi dan secara
terang-terangan setelah sekian lama
baginda dan para sahabat pada
ketika itu berdakwah kepada Islam
secara rahsia. Setelah menerima
taklifan kerasulan yang berat untuk
dipikul dari Allah SWT melalui
Malaikat Jibril a.s., dalam keadaan
7
•iFIKRAH 25x17.5.indd 7•iFIKRAH 25x17.5.indd 7 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
disayangi oleh baginda. Kembalilah
Saidatina Khadijah r.ha isteri
kesayangan baginda dan bapa
saudara baginda, Abu Talib yang
banyak memberi sokongan dan
mempertahankan diri baginda di kala
menghadapi tekanan serta ancaman.
Namun itu semua tidak menjadi
batu penghalang kepada baginda
untuk terus menyebarluas amanah
risalah Allah SWT kepada seluruh
umat manusia dan jin. Ini kerana
perutusan baginda Nabi SAW ke
muka bumi ini bukanlah kepada umat
manusia sahaja, bahkan kepada
umat jin juga kerana masyarakat
jin adalah seperti manusia, ada
yang cenderung ke arah kebaikan
lantas menerima Islam dan ada
juga yang sebaliknya. Begitu
besar tanggungjawab yang dipikul
oleh baginda untuk memastikan
amanah dari Allah SWT itu dapat
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya perjalanan
dakwah baginda tidaklah semudah
seperti yang kita bayangkan.
Perjuangan dakwah baginda pada
ketika itu memerlukan semangat
yang tidak mengenal erti futur dan
putus asa. Pengorbanan di jalan
Allah merupakan satu cita-cita
yang amat diimpi-impikan oleh
para sahabat dan Muslimin. Begitu
besar nikmat terkorban pada ketika
itu yang tidak dapat kita kecapi
pada waktu ini kerana faktor-faktor
perkauman yang begitu menebal
dalam diri-diri setiap orang Islam.
Inilah yang perlu dimuhasabahkan
oleh semua pemimpin negara-
negara Islam untuk menguatkan
kembali kesatuan dan kesepaduan
umat Islam yang kelihatan gah di
zaman pemerintahan baginda dan
para sahabat. Itulah sunnah orang
berjuang yang memerlukan kekuatan
dari segi jasmani dan rohani untuk
mencapai keredhaan Allah melalui
bantuan jua kemenangan yang
dikurniakan Allah kerana keimanan
dan keyakinan yang utuh kepada-
Nya.
Menelusuri sejarah, perjalanan
dakwah dan liku-liku perjuangan
baginda yang penuh dengan tribulasi
tidak mampu untuk kita bayangkan
sekadar teori semata-mata. Begitu
sukar perjalanan dakwah baginda
dalam mengembangkan ajaran Islam
hingga menguasai hampir ke seluruh
dunia.
Berkat dari sifat-sifat terpuji yang
ditunjukkan oleh baginda menjadi
ikutan para sahabat dan kaum
Muslimin berjuang dan berdakwah
memperkembangkan agama di
sisi Allah SWT sebagaimana yang
termaktub di dalam al-Quran yang
mafhumnya: “Sesungguhnya agama
yang benar di sisi Allah SWT itu
adalah Islam”.
8
•iFIKRAH 25x17.5.indd 8•iFIKRAH 25x17.5.indd 8 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
memperbanyakkan pemberian
“hadiah” berupa selawat dan salam
kepada baginda. Siapakah lagi
yang akan menjadi penyelamat
untuk kita dari terjerumus ke dalam
neraka Allah SWT yang amat pedih
melainkan baginda? Bukankah
baginda sahaja yang mampu
memberikan “syafaatul uzma” tidak
kepada para nabi dan rasul yang
lain? Allah SWT ada memuji baginda
yang memiliki ketinggian akhlak
yang terpuji untuk menjadi ikutan
(qudwah hasanah) kepada umatnya.
Allah berfirman di dalam Surah al-
Ahzab, ayat 21 yang bermafhum:
“Demi sesungguhnya untuk ikutan
kamu pada diri Rasulullah SAW
itu satu ikutan yang baik bagi
sesiapa yang mengharapkan
mardhatillah dan balasan baik
di akhirat kelak”.
Selaku umat baginda yang
amat cinta dan sayang
kepada Rasulullah SAW,
kita seharusnya menjadikan
baginda sebagai
qudwah hasanah
dalam menjalani
sepanjang
kehidupan kita
sehari-hari
di samping
RASULULLAH SEBAGAI QUDWAH
HASANAH
9
•iFIKRAH 25x17.5.indd 9•iFIKRAH 25x17.5.indd 9 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
Adam
NuhYafid
SamArfakhshadShalikhAbir
Falikh Ra’u Saru’ Nahur
AzarIbrahim
IsmailHaidirAram
‘Adwa Wazzi
SamiZarih
Nahith Muksar
AihamAfnad
Aisar Deshan
AidAr’awi
Yalhan Yahzin
YathrabiSanbir
Hamdan Ad-Da’a
‘Ubaid‘Abqar
Aid Makhi
NahishJahim
Tabikh Yadlaf
BildasHaza
Nashid ‘Awwam
Obai
Qamwal
Buz
Aws
Salaman
Humaisi’
Add
Adnan
Ma’ad
Nizar
Mudar
Elias
Mudrikah
Khuzaiman
Kinana
An-Nadr
Ishaq
Ya’qub Ish
KohathLevi
ImranMusa
Harun
Fahnaz Aziz
UkhtubYasin
Izar
Alyasa’Ilyas
Salasilah25Nabi & Rasul
10
•iFIKRAH 25x17.5.indd 10•iFIKRAH 25x17.5.indd 10 11/23/17 11:26 AM11/23/17 11:26 AM
Sheth Anwas Qinan Mahla’il
YaridIdrisMatulsalkhLamik
Iram
Malik
Fahr
Ghalib
Lo’i
Ka’b
Murra
Kilab
Qusai
Abd Munaf
Hashim
Abdul Mutalib
Abdullah
MUHAMMAD
‘ArsSamudHadzir
AufMasihUbayd
Abir
Aush
Ad
Khulud
Raya
Madyan
Abdullah
Hud
Haran
Lut
Shalih
Safyun
Syuib
Isa
Tarekh AmoseRum
AyyubZulkifli
Hezekiah
Heli
Maryam
Yusuf
MattaAbumataBunyamin
YunusYahudza
Yauksaun UfizBares
IsyaSalmun
Ummanizab
Hasrun
‘UwaidYuarRaum
Daud
Sulaiman
Zakaria
Yahya
Petunjuk:
Keturunan Langsung
Langkau Generasi
11
•iFIKRAH 25x17.5.indd 11•iFIKRAH 25x17.5.indd 11 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
Setelah membicarakan secara
panjang lebar mengenai perjuangan
dan liku-liku perjalanan dakwah
baginda yang penuh dengan
onak duri, setiap inividu Muslim
yang masih mendalami khazanah
kekayaan ilmu Allah SWT yang
tidak terhingga banyaknya perlu
melakukan satu anjakan momentum
untuk memperjuangkan agama
Allah yang semakin hari semakin
ditindas bukan sahaja dari musuh-
musuh Islam malahan dari orang
Islam sendiri yang kurang memahami
tentang konsep dan ajaran Islam
yang sebenarnya.
Sebenarnya tidak cukup bagi
seorang individu Muslim untuk
mengharapkan proses pembinaan
akhlak mulia yang boleh menjadi
qudwah dipacu oleh orang lain.
Yang terbaik ialah cuba merubah diri
sendiri untuk menjadi sentiasa lebih
baik dari sebelumnya. Setiap orang
perlu mengambil cakna dalam bidang
dakwah untuk menerangkan secara
telus kepada masyarakat Islam
secara khusus dan mengembalikan
mereka kepada ajaran Islam yang
sebenarnya bukanlah Islam pada
nama sahaja.
Apa yang perlu bagi kita laksanakan
adalah melakukan satu injeksi dengan
meningkatkan keazaman untuk membela
agama dan mengembalikan keizzahan
Islam yang semakin dipandang enteng
oleh segelintir golongan. Perlunya kita
menanamkan dalam diri sifat cintakan
Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih dari
segala-galanya dengan melaksanakan apa
yang telah ditinggalkan kepada kita selaku
pewaris para nabi dalam apa jua sudut
ilmiah mahupun dakwah dan perjuangan
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
12
•iFIKRAH 25x17.5.indd 12•iFIKRAH 25x17.5.indd 12 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
Dalam masa yang sama
keperluan bagi lepasan agama
adalah perlu untuk memberikan
penerangan dan penjelasan
kepada masyarakat bukan Islam
secara umum bagi menghilangkan
prasangka buruk mereka terhadap
Islam. Inilah perjuangan yang perlu
bagi kita laksanakan bersama demi
Islam yang kita cintai, bukannya
turut memburukkan keadaan
dengan ‘fatwa’ sesuka hati yang
memecahbelahkan lagi umat Islam
dan memesongkan fahaman yang
sedia tersesat.
Justeru, amatlah penting untuk
kita menghayati sirah perjuangan
Nabi SAW untuk dijadikan contoh
kepada perjuangan kita pada zaman
yang lebih mencabar ini. Tiada yang
lebih berharga melainkan sejarah
tokoh teragung untuk dijadikan batu
loncatan bagi kita menegakkan
kalimah Allah di muka bumi ini.
ASAS-ASAS PERADABAN SEBAGAI SIRAT
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Setiap sesuatu yang hendak
dibina mestilah ada
asasnya. Maka asas kepada
pembentukan adab dan kelakuan
seorang Muslim sebenar ialah
berdasarkan kepada empat buah
hadis Rasulullah SAW sebagaimana
yang disebutkan oleh Imam
Qairawani, seorang ulama besar
dalam mazhab Maliki. Daripada
hadis-hadis tersebut, terbinanya asas
peradaban meninggalkan larangan
Allah SWT, berkasih sayang sesama
insan, lisan yang baik dan menahan
diri dari marah;
13
•iFIKRAH 25x17.5.indd 13•iFIKRAH 25x17.5.indd 13 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
luar kota Makkah sehingga disebut
para sahabat, baginda senang
beribadat, mengabdi dan berkhalwat
sejak dari kecil lagi.
Baginda bersolat sunat dengan
begitu banyak sekali sehingga
adakalanya baginda tidak tidur
semalaman sehingga bengkak
kakinya. Baginda turut berpuasa
selang sehari dan berzikir di waktu
jaga dan tidur. Malah baginda digelar
sebagai “al-Quran bergerak” kerana
al-Quran bukan sahaja dihafal
malah dijadikan panduan seluruh
kehidupannya.
Sekiranya kita mengikut integriti
Rasulullah SAW sebagai hamba dan
kekasih Allah SWT, nescaya kita
tidak akan mensia-siakan kehidupan
di dunia dan di akhirat. Masalah
yang melanda umat Islam hari ini
seperti peperangan, perebutan
kuasa, perpecahan, pembunuhan,
pembohongan dan tidak menunaikan
amanah dan tanggungjawab, adalah
bermula dari sifat tidak bersungguh-
sungguh meninggalkan larangan
Allah SWT. Walhal Rasulullah SAW
telah menunjukkan sifat yang begitu
mulia dalam berurusan dengan
Tuhan, manusia, diri sendiri dan alam.
Musibah banjir besar yang
melanda beberapa negeri mutakhir ini
mungkin juga akibat ketidakmesraan
manusia dan alam yang sekaligus
1. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah SWT
Dari Abu Hurairah r.a katanya; “Telah bersabda
Rasulullah SAW: Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah
peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena
dengannya.”
Yang dimaksudkan dengan
hadis di atas ialah kita hendaklah
meninggalkan perkara-perkara yang
tiada kena mengena dengan kita
sebagai Muslim. Perkara ini ialah
apa yang dikatakan sebagai hal-
hal yang haram dan makruh di sisi
agama. Manakala segala perkara
yang berkaitan dengan kita ialah
perkara yang menjadi suruhan Allah
SWT baik berupa perkara wajib
mahupun sunat. Maka, al-Quran dan
as-Sunnah menjadi kayu ukur sama
ada sesuatu itu ada kena mengena
dengan kita atau sebaliknya.
Rasulullah SAW menunjukkan
contoh perlaksanaan ibadah
sedemikian banyak untuk kita
jejaki langkahnya kerana secara
fitrahnya, Rasulullah SAW menyukai
pengabdian dan ibadah serta
merasa senang melakukannya.
Sebelum diangkat menjadi Rasul,
pernah sehingga sebulan baginda
memutuskan semua kesibukan untuk
beribadat di dalam sebuah gua di
14
•iFIKRAH 25x17.5.indd 14•iFIKRAH 25x17.5.indd 14 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
apa yang ada pada diri kita ataupun
yang ada pada saudara kita haruslah
tidak melebihi cinta kita kepada Allah
dan Rasulnya.
Mengambil contoh Rasulullah
SAW, setiap hari baginda
memastikan setiap dirham yang
dimilikinya didermakan kepada fakir
miskin. Malah baginda mencari rezeki
sekadar keperluannya sahaja dan
yang selebihnya diberikan kepada
orang yang berhajat kerana Allah
SWT. Dalam keadaan yang lain,
apabila dua atau tiga hari Rasulullah
SAW tidak nampak salah seorang
sahabatnya atau tidak bertemu di
mana-mana, nescaya ditanya dan
dicari oleh baginda.
Baginda yang menziarahi ke
rumah sahabat tersebut tanpa
rasa sombong. Malah baginda
solat, makan dan duduk bersama
para sahabat. Islam menggariskan
hak-hak sesama seagama yang
menunjukkan betapa tingginya
nilai kasih sayang sesama mukmin
sehingga Rasulullah SAW pernah
menggambarkan kehidupan orang-
orang Mukmin umpama jasad yang
satu yang saling merasakan segala
yang dirasai dan dideritai oleh
saudara seagama.
Dapatkah kita bayangkan
sekiranya situasi yang sama masih
lagi berlaku pada hari ini dan
menyebabkan banyaknya berlaku
salah faham sesama sendiri.
Akhirnya, manusia juga yang
menanggung pelbagai kesusahan
yang tidak tertanggung. Ini adalah
antara beberapa situasi yang perlu
dihayati dan dimuhasabah, agar
kita segera kembali kepada cara
bermuamalat dengan alam yang
sebenar.
2. Berkasih sayang sesama insan
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada
Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW: “Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai
saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.”
Hadis di atas memberi gambaran
berkenaan cara berkasih sayang
dan bercinta sesama manusia dalam
Islam. Hadis di atas menekankan
bahawa tanda kesempurnaan
iman seseorang Muslim itu ialah
dia menyayangi sesuatu yang ada
pada saudaranya sebagaimana ia
menyayangi sesuatu yang ada pada
dirinya sendiri. Sebagai contohnya,
sekiranya kita sayangkan kesihatan
diri kita, jaga diri kita supaya
sentiasa sihat, maka begitu juga
kita hendaklah merasakan bahawa
saudara seagama dengan kita juga
patut menjaga kesihatan. Namun
begitu, cinta dan sayang kita kepada
15
•iFIKRAH 25x17.5.indd 15•iFIKRAH 25x17.5.indd 15 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
benar sahaja. Persoalan-persoalan
yang dikemukakan pula dijawab
dengan jawapan-jawapan dan
nasihat yang mudah diterima oleh
para hadirin.
Hari ini, di dalam dunia tanpa
sempadan, lisan manusia bukan
sekadar didengar di telinga, tetapi
juga ditatap oleh mata. Kecanggihan
teknologi memudahkan urusan
komunikasi, malah, yang lebih
menyesakkan situasi, penutur boleh
bertukar identiti tanpa siapa pun
mengetahui. Maka, dengan itu, ramai
yang menabur fi tnah dan kata nista
kepada sesiapa sahaja yang mereka
suka, meskipun tahu akibatnya.
Inilah antara peranan besar
yang perlu dipikul oleh setiap kita.
Mentarbiyah umat yang banyak di
alam maya tidak semudah mengajar
di alam nyata. Di hadapan mata, kita
tahu siapa orangnya dan mereka
dilakukan oleh setiap kita? Alangkah
indahnya kehidupan andainya tiada
seorang pun saudara kita yang
kesusahan atau kelaparan kerana
keprihatinan kita kepada sesama
saudara mengatasi masa.
3. Lisan yang baik
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda; “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri....”
Asas yang ketiga ialah bercakap
dengan perkataan yang baik ataupun
diam sahaja. Seorang Muslim sejati
hendaklah sentiasa menjaga kata-
katanya agar tidak terkeluar daripada
batas-batas syariat. Ini kerana
kata-kata yang terkeluar daripada
batas syarak boleh menyebabkan
seseorang itu mendapat kemurkaan
Allah SWT.
Rasulullah SAW seorang yang
fasih dalam berkata-kata. Tutur
katanya dihiasi dengan kata-kata
yang manis dan sopan. Ketika
berbicara, baginda menggunakan
ayat-ayat yang padat dan lengkap,
ringkas dan mudah difahami oleh
orang-orang yang mendengarnya.
Baginda tidak bercakap jika
dirasakan tidak perlu dan hanya
meninggikan suara apabila
menyatakan sesuatu yang hak dan
$
$
$
16
•iFIKRAH 25x17.5.indd 16•iFIKRAH 25x17.5.indd 16 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
Baginda Rasulullah SAW juga
memiliki sifat berlapang dada
dan suka memaafkan orang lain
walaupun diberi peluang untuk
membalas dendam. Di dalam
suatu peperangan, seorang tentera
kaum Musyrikin berjaya mengugut
Rasulullah SAW dan tentera kaum
Muslimin dengan berkata: “Siapakah
di antara kamu yang dapat
menyelamatkan engkau daripada
pedangku?” Lantas Rasulullah
SAW pun menjawab, “Allah”.
Mendengar perkataan itu gentarlah
tangan tentera Musyrikin itu dan
pedang tersebut jatuh daripada
tangannya. Kemudian Rasulullah
SAW mengambil pedang tersebut
sambil berkata, “Siapakah kini yang
dapat mempertahankan engkau
daripadaku?” Orang Musyrikin itu
dengan susah payah menjawab,
“Ambillah nyawaku dengan cara
yang baik.” Baginda pula berkata
kepadanya, “Katakanlah aku
bersaksi tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan aku (Rasulullah)
adalah pesuruhnya.”
Inilah salah satu contoh sifat
Rasulullah SAW yang sentiasa
bersifat berlapang dada dan pemaaf.
Walaubagaimana pun, marah kerana
agama adalah dituntut. Contohnya,
kita marahkan anak kita kerana tidak
menunaikan solat. Maka perbuatan
itu adalah bertujuan untuk mendidik.
berbicara dengan lisan yang amanah,
tetapi kadangkala, orang yang sama
juga, di alam maya, bertutur tanpa
ingat dosa dan pahala.
4. Menahan diri dari marah
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seseorang
telah berkata kepada Nabi SAW; “Nasihatilah aku! Dijawab oleh
Nabi SAW; Jangan marah! Orang itu berulangkali meminta supaya
dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan;
Jangan marah!”
Asas yang terakhir ini ialah
menahan diri daripada perasaan
marah. Suka marah adalah salah
satu sifat mazmumah (terkeji). Ia
merupakan ajaran syaitan kerana
marah itu sifatnya panas dan
panas itu sifat api. Maka cara untuk
memadamkan api ialah dengan air.
Apabila seseorang itu terasa ingin
marah, maka Nabi SAW mengajar
kita agar berwuduk supaya hati
yang ingin atau sedang marah
disejukkan oleh air wuduk. Marah
tidak mendatangkan manfaat
kepada kita bahkan ia membawa
kepada permusuhan dan dendam
kesumat. Jadi, seorang Muslim sejati
hendaklah mengawal emosinya
agar tidak mudah marah dan
menggantikannya dengan sifat sabar,
salah satu sifat mahmudah (terpuji).
17
•iFIKRAH 25x17.5.indd 17•iFIKRAH 25x17.5.indd 17 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
HENTI
SALAH GUNAKONSEP
“RAHMATUN LIL ALAMIN”
Hari ini kita sedang berhadapan
dengan pelbagai persoalan yang
berhujah dengan menggunakan
konsep “Rahmatun Lil Alamin” bagi
menghalalkan perbuatan dan tindak
tanduk mereka yang songsang
seterusnya menafi kan seruan Islam
yang sebenar.
“MENGAPA PERLU DIHALANG
HIBURAN DAN MINUM ARAK?”
“MENGAPA PERLU DIHALANG
LELAKI MENJADI PEREMPUAN
DAN PEREMPUAN MENJADI
LELAKI?”
“MENGAPA PERLU DIHALANG
ORANG ISLAM YANG INGIN
MURTAD?”
“BUKANKAH ISLAM ITU AGAMA
RAHMAT, MEMBERI KEBEBASAN
KEPADA ORANG ISLAM DAN
BUKAN ISLAM? BUKANKAH
ISLAM AGAMA YANG TIDAK
MEMAKSA DALAM SOAL
AGAMA?”
ADAKAH RAHMAT UNTUK ORANG KAFIR?
Ketika menjelaskan ayat 107
daripada surah al-Anbiya di atas,
terdapat beberapa pandangan ulama
mengenai persoalan adakah orang
kafi r tergolong di kalangan mereka
yang mendapat rahmat. Ada ulama
berpandangan rahmat itu hanya
untuk orang Islam sahaja, dan ulama
lain mengatakan orang kafi r turut
mendapat rahmat, sesuai dengan
maksud perkataan “Lil Alamin”, untuk
sekalian alam.
Ibnu Abbas r.a menjelaskan
bagaimanakah yang dimaksudkan
rahmat untuk orang Islam dan untuk
orang kafi r. Katanya dalam Tafsir at-
Tabari, orang Islam mendapat rahmat
di dunia dan di akhirat disebabkan
keimanan mereka. Manakala orang
kafi r, rahmat yang mereka dapat di
dunia ialah ditangguhkan daripada
mendapat seksa di dunia seperti
seksaan yang diterima oleh umat
terdahulu seperti dilanda banjir,
dilanda ribut dan diterbalikkan bumi.
???DAKAHDAKAAHMAT AHMNTUK K RANG NG AFIR?IR?
18
•iFIKRAH 25x17.5.indd 18•iFIKRAH 25x17.5.indd 18 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
KESIMPULAN
Sesungguhnya kelahiran Rasulullah
SAW sememangnya membawa
rahmat besar ke seluruh alam.
Kelahiran baginda juga amat memberi
makna yang besar kepada kehidupan di
alam ini. Baginda telah berjaya merubah
manusia dari suasana kehidupan
jahilah yang bersifat paganisma kepada
kehidupan yang bertamadun dan penuh
dengan adab kesopanan tatasusila
kehidupan. Beliau telah berjaya merubah
Dan seribu satu lagi isu yang
dipertahankan oleh golongan liberal
terutamanya dan mereka tanpa
segan-silu menggunakan hujah Islam
agama rahmah untuk menegakkan
benang yang basah.
Hakikatnya mereka sendiri
kurang faham dengan konsep
“Rahmatun Lil Alamin”. Jika mereka
faham erti Islam agama rahmah,
mereka sewajarnya menyokong
semua usaha penambahbaikan
sistem Islam di negara ini. Semua
peraturan yang membawa nilai
Islam seperti pengasingan lelaki dan
perempuan di tempat tertentu bagi
mengelakkan percampuran bebas,
peraturan pemakaian menutup aurat
dan sebagainya perlu disokong oleh
golongan liberal.
Jika mereka benar-benar faham
Islam agama rahmah, nescaya
mereka akan menyokong cadangan
pindaan Akta Mahkamah Syariah.
Tidak cukup setakat itu, mereka
pasti akan menjulang status Malaysia
sebagai negara Islam, bukan negara
sekular.
Malangnya, mereka hanya
mengambil Islam “separuh-separuh”
seperti orang Yahudi mengambil
pengajaran daripada Kitab Taurah
separuh-separuh.
masyarakat jahiliyah yang mengamalkan
ajaran tahyul kepada sebuah masyarakat
yang bersistem, berperaturan dan
mampu membangunkan seluruh potensi
kemanusiaannya (rohani, qalb, akal,
nafs dan jasad) untuk membangunkan
alam ini. Baginda juga berjaya merubah
masyarakat yang mengabdikan diri
sesama manusia kepada sebuah
masyarakat yang mengabdikan diri
kepada Allah SWT. Baginda juga berjaya
19
•iFIKRAH 25x17.5.indd 19•iFIKRAH 25x17.5.indd 19 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM
di kalangan kita yang bekerja kerana
mencari nafkah untuk tanggungan,
seperti isteri dan anak-anak. Apa pun
tujuan kita bekerja, ia bukanlah niat yang
sepatutnya menjadi tunjang perbuatan
tersebut, tetapi hanyalah motif sahaja,
kerana niat setiap amalan kita tetap
untuk mencari redha Allah SWT.
Yang paling utama, dalam setiap
saat umur yang ada, jadilah insan yang
sentiasa berusaha mengenal Tuhan.
Usahakanlah mencari keberkatan dalam
rezeki dan usia, supaya ianya tidak
menjadi sia-sia di hari perhitungan kelak.
Untuk menggapainya, sama-samalah kita
berusaha mencontohi akhlak Rasulullah
SAW, yang juga sirat setiap ahli Sunnah
Wal Jamaah di dalam perjalanan yang
panjang ini.
meletakkan taraf kemuliaan sebenar
manusia pada hakikatnya yang sebenar
yang menghormati para ilmuwan, para
pemimpin, dan memuliakan ibu, bapa,
anak-anak, jiran tetangga dan mereka
yang berautoriti di kalangan mereka.
Dalam membina peribadi yang
cemerlang mengikut acuan sunnah,
setiap individu Muslim haruslah
menjadikan Rasulullah SAW sebagai
model ikutan yang akan menjadi
panduan utama. Tanpa mengira apa
bentuk kecenderungan wibawa setiap
insan, sekiranya mereka menjadikan
Rasulullah SAW sebagai qudwah
hasanah, maka mereka tidak akan gagal
menjadi seorang yang istimewa di mata
Dia.
Allah SWT yang Maha Penyayang
dan Maha Pengasih amat cintakan
hamba-Nya yang dicipta untuk beribadah
kepada-Nya, Justeru, tiada upaya kita
untuk melakukan amalan yang
selainnya di dunia ini melainkan
mencari redha-Nya semata-mata.
Lakukanlah setiap perbuatan
atau pekerjaan di dunia ini
dengan hanya satu niat sahaja,
iaitu: untuk mencari redha
Allah SWT.
Namun begitu, kita
mungkin mempunyai motif
yang berbeza dalam setiap
apa yang dilakukan. Dalam
pekerjaan contohnya, ramai
RUJUKAN- Abd. al-Rahman Ibn Hasan Habannakah al-Maidani. 1996. al-Akhlaq al-Islamiyyah. Beirut: Dar al-Qalam
- al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad. t. th. Ihya’ Ulum al-Din. Semarang: Taha Petra
- Rijaluddin Yahya et al. 2014. Tafsir Maudhu’iy: Akhlak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
20
•iFIKRAH 25x17.5.indd 20•iFIKRAH 25x17.5.indd 20 11/23/17 11:05 AM11/23/17 11:05 AM