ebook teknik baca cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...baca-cepat-download-p… ·...

14
Ebook Teknik Baca Cepat 4 Teknik Yang Akan Meningkatkan 33% Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma)

Upload: trancong

Post on 28-Aug-2018

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

Ebook Teknik Baca Cepat

4 Teknik Yang Akan Meningkatkan 33%

Kelajuan Membaca Anda

(Download Percuma)

Page 2: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 2

Pengenalan

Page 3: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 3

Bagaimana Otak Kita Bekerja Ketika Membaca.

Jika kanak-kanak ditanya, adakah mereka berminat dengan video games? 9 dari 10

orang kanak-kanak menjawab ya. Tetapi bila ditanya adakah mereka suka

membaca.. jumlah yang sama akan menjawab tidak.

Kenapa? Sebab masyarakat kita terlupa akan satu kemahiran yang perlu diajar pada

anak mereka selepas mereka pandai membaca iaitu ‘speed reading’ atau ‘baca

cepat’. Perkara yang bergerak atau datang perlahan tidak digemari otak. Cuba

bercerita pada mereka secara perlahan. Contohnya, Paaaadaaaa suatuuuuu

hariiiiiii….. tentu membosankan jugakan?

Jika kanak-kanak diajar awal tentang kaedah ini, mereka akan mampu melakukan

speed read dengan lebih 800 perkataan seminit pada umur 14 tahun. Kelajuan biasa

orang dewasa adalah 150 perkataan seminit. Menurut US Labor Department, ahli

perniagaan atau ahli korporat yang membaca 7 buku perniagaan/pemasaran

setahun, mempunyai pendapatan 230% lebih banyak dari mereka yang membaca 1

buku sahaja setahun. Bagi orang dewasa, ia bagus untuk cemerlang dalam kerjaya.

Page 4: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 4

Kita hanya menggunakan 10% daripada kapasiti otak kita. Otak kita cepat bosan

sesuatu yang datang perlahan. Menunggu dalam waktu yang lama sangat

membosankan tetapi mengejar sesuatu dengan pantas sangat mengujakan.

Terutama jika kita tahu hadiah ‘ilmu’ yang kita akan dapat di penghujungnya.

Begitu juga dengan membaca pantas. Otak akan rasa teruja. Ia akan jatuh minat

dan menjadi lebih fokus mengejar ayat-ayat yang dibaca. Ia seolah-olah satu

‘permainan’ baginya. Ia mengelakkan otak kita melayang memikirkan benda lain

ketika membaca sebab kebosanan dengan kelajuan kita itu. Ini menyebabkan

adakalanya ketika kita membaca perlahan, kita masih tidak faham apa yang telah

dibaca.

Kepentingan Membaca Cepat

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan minat yang berbeza-beza. Kita belajar

dan menuntut ilmu untuk mengembangkan bakat dan kelebihan kita. Kebanyakkan

ilmu untuk mengembangkan bakat ini adalah dengan membaca. Maklumat dan

ilmu kelihatan bersepah-sepah di internet, perpustakaan dan kedai-kedai buku.

Tiada masalah dengan sumber ilmu. Yang masalahnya adalah diri kita sendiri.

Rasa berat untuk membaca ilmu-ilmu itu yang sangat mengambil masa kita yang

sudah memang sibuk. Kita tidak boleh menghadam pantas kerana kekurangan kita

dalam kelajuan atau ‘kemahiran membaca’ ilmu tersebut.

Sudah berlalu zaman dimana kita hanya mengajar anak kita setakat pandai

membaca sahaja. Kita perlu juga mengajar mereka kemahiran meningkatkan

kelajuan membaca juga. Pandai membaca tidak semestinya mereka akan suka

membaca atau banyak membaca. Dengan kelajuan membaca yang meningkat,

minat membaca juga akan meningkat. Sebuah buku yang nipis selalunya

mengambil masa 2-3 hari untuk membacanya, sekarang boleh dihabiskan tidak

sampai 1 jam! Sudah tentu amalan membeli buku dan menyimpan buku didalam

almari hingga ada masa untuk membacanya, tidak akan terjadi.

Page 5: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 5

Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca sekurang-

kurangnya 33% lebih cepat dari biasa.

1. Reticular Activating System

Adakala sistem otak akan hanya mula bekerja setelah kita memberi ‘pengenalan’

kepadanya. Contohnya, jika kita baru membeli sebuah kereta proton yang terbaru

dengan warna terkini. Baru saja keluar dari kedai proton, dalam perjalanan balik ke

rumah, kita lihat rupanya sudah ramai orang yang memiliki model baru yang kita

pakai itu. Sebelum ini kita tidak perasan pun. Ini dinamakan ‘Reticular Activating

System’. Kita akan lihat apa yang otak kita mahu mata kita lihat.

.

Begitu juga dengan baca cepat ini. Tidak semua orang pernah dengar atau tahu

tentang baca cepat ini. Jika anda membaca buku ini, anda telahpun diperkenalkan

untuk pertama kali atau untuk beberapa kali, idea tentangnya. Kita mengenalkan

idea dan konsep kepada otak kita. Kemudian kita akan lihat setiap kali kita

memegang buku, kita akan mencuba serba sedikit. Hingga satu hari kemahiran itu

semakin baik.

Page 6: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 6

Peringkat kedua dalam Reticular Activating System adalah dengan

memperkenalkan tajuk buku dan isi kandungan buku sebelum buku itu dibaca.

Beritahu otak apakah yang akan dibincangkan didalam buku itu. Adakah mengenai

bagaimana untuk diet? Atau ia berkenaan agama - tentang puasa dan qada puasa

dan sebagainya. Kita perlu maklumkan pada otak kita berkenaan apa yang di baca

itu serta tujuan dan kepentingannya untuk diri kita. Bila kita ada tujuan, kita tidak

akan membazir masa untuk ‘melayarkan’ minda kita ke dunia lain ketika

membaca. Kita akan fokus dengan apa perlu kita dapatkan dari bacaan tersebut.

2. Mata suka benda yang bergerak.

Pernahkah ketika anda duduk santai menikmati teh panas di balkoni rumah anda

sambil mata anda menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba anda terasa

kucing anda lalu di sisi anda dan anda dengan cepat mengalihkan mata anda untuk

melihatnya. Benar, ia kucing anda. Kenapa anda sudah tahu tetapi masih mahu

melihatnya? Ini adalah bukti mata anda sukakan pergerakan. Ia lebih sukakan

pergerakkan dari benda yang statik.

Maka untuk membaca dengan cepat dan kefahaman yang meningkat, kita perlu

buat apa yang otak suka. Iaitu berikan pergerakkan. Gunakan pointer, atau

penunjuk semasa membaca. Sama seperti kita membaca al Quran dulu kala. Kita

membaca al Quran menggunakan penunjuk, tetapi bila membaca buku, kita tidak

terfikir untuk menggunakan penunjuk. Penunjuk yang bergerak ketika membaca

adalah satu alat yang diminati oleh mata.

Page 7: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 7

3. Postur Badan Ketika Membaca

Postur badan ketika membaca juga memberi kesan kepada kelajuan membaca kita.

Contohnya jika kita membaca dalam keadaan baring, dengan buku diletakkan di

dada, mata secara automatisnya berada diarah mudah untuk melihat tubuh tetapi

dipaksa untuk melihat buku. Sukar untuk mata menumpukan pembacaan terutama

di bahagian pertengahan ke bawah mukasurat buku tersebut. Mata kita akan cepat

letih. Akhirnya kita akan tertidur dengan buku yang kita baca itu.

Membaca diatas meja yang terlalu rendah juga tidak bagus. Ia menyebabkan

kepala tunduk terlalu ke bawah dan akan memenatkan kita. Kepala yang tunduk,

akan terkeluar dari paksi leher menyebabkan urat leher terpaksa memegang berat

kepala itu dengan lebih kuat. Berat kepala kita adalah lebih kurang 4 kg. Selepas

Page 8: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 8

20 minit kemudian, kita akan berasa letih. Badan kita akan mula cuba untuk

berkomunikasi kepada otak menghantar signal bahawa ia letih. Bermakna, ada 2

komunikasi sedang berlangsung dengan otak. Satu dari mata yang mengarah otak

untuk memproses maklumat, dan satu lagi dari leher dan badan yang mengarah

untuk mengubah kedudukan kerana penat. Ini akan menyebabkan kefahaman

dalam menyerap apa yang dibaca makin kurang. Kita akan rasa letih dan hilang

fokus untuk membaca dengan cepat dan tidak boleh mencapai kefahaman yang

tinggi.

Semakin kurang tenaga untuk melakukan benda lain selain dari membaca buku,

semakin laju dan tinggi kefahaman bacaan anda.

4. Kurangkan Mengulang Ketika Membaca

Kebanyakkan kita selalu mengulang baca sebanyak 30% dari keseluruhan waktu

membaca kita. Ini adalah kerana kita mempunyai sikap ‘aku mahu mengetahui apa

benda yang tak faham tu’. Contohnya kita tidak faham satu perkataan itu. Kita

mula mengulang. Jika masih tidak faham, kita berhenti dan bertanya orang lain.

Jika orang lain pun tidak dapat menjawab, kita mencari kamus atau mencari

maksudnya di internet dengan menaipnya di google. Bila jadi begitu, otak kita

akan menjadi letih dan cepat bosan dengan banyaknya perhentian.

Kurangkan mengulang jika anda tidak faham mana-mana satu perkataan, teruskan

hingga habis perenggan. InsyaAllah anda akan tahu apa ceritanya selepas habis

perenggan tersebut. Jika masih tidak faham, teruskan hingga habis satu mukasurat

itu. Mengulang semula apa yang anda baca samalah dengan anda ‘reverse kereta’

anda setelah ianya dipandu laju. Ia akan menyebabkan anda jadi lambat. Anda

telah membantutkan kelajuan yang digemari otak yang tengah keseronokkan

membaca tadi.

Cuba lihat perkataan dibawah ini. Adakah anda tahu apa maksudnya?

i. bheni

ii. ladnga

Page 9: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 9

iii. tuhmub

iv. akra

v. utnas-utnas

vi. hacaay

vii. mnejuanlg

viii. tukat

ix. anka

x. mengugnu

xi. mengisa

Sekarang kita gunakan perkataan itu dan membaca tanpa berhenti keseluruhan

ayat. Jangan berhenti jika anda tidak faham perkataan tersebut. Setelah selesai,

tanya diri anda, adakah anda faham apa yang dibaca dalam keadaan anda tidak tahu

perkataan yang dihitamkan itu? Adakah anda faham cerita yang ingin dibawa ini?

Ada 2 biji bheni tanaman yang terhampar di sebuah ladnga yang subur. Benih

yang pertama berkata,” Aku ingin tuhmub besar. Aku ingin menjejakkan akraku

dalam-dalam di tanah ini dan menjulang utnas-utnasku kelangit. Aku ingin

merasakan hacaay matahari dan kelembutan air embnu pagi di pucuk-pucuk

daunku. Dan benih itu tuhmub..semakin mnejuanlg.

Benih yang kedua tergamam mendengar kata-kata benih pertama, “Aku tukat. Jika

ku tanamkan akarku ke tanah ini, aku tak tahu apa yang akanku temui dibawah

sana. Bukankah disana sangat gleap? Dan jika ku tembuskan tunasku keatas, pasti

ada anka kecil bermain akan lalu disini dan mencabutku.”

Dan benih itu pun mengugnu sendirian.

Beberapa minggu kemudian, seekor ayam mengisa tanah itu dan menemui benih

yang kedua tadi dan segera mematuk dan memakannya.

Page 10: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 10

Kebanyakkan orang akan faham setelah dia selesai ke baris akhir. Tidak perlu

berhenti melihat kamus atau mengulang 2-3 kali sehingga faham, sebelum ke ayat

seterusnya. Tetapi jika kita tidak mahu ‘memaksa’ diri untuk meneruskan

pembacaan selepas terjumpa perkataan yang tidak faham, ia akan membantutkan

objektif meningkatkan kelajuan membaca.

Otak Kiri dan Kanan ketika membaca

Otak kiri membaca secara teliti dan teratur. Membaca satu perkataan demi satu

perkataan dalam satu baris. Dia ingin memastikan setiap patah difahami dengan

jelas. Otak kanan pula membaca secara keseluruhan atau satu kumpulan.

Bermakna ia melihat secara keseluruhan apa yang dibaca tersebut. Dia boleh

membaca gambar dengan sekali imbas dan membuat kesimpulan dengan cepat.

Jika anda boleh membaca cerita didalam kotak tadi dengan sekali baca sahaja,

bermakna anda telahpun menggunakan otak kanan. Jika anda diberi arahan supaya

jangan berhenti jika tidak faham, dan anda masih berhenti juga untuk mencari apa

maksud perkataan hitam itu, ini bermakna anda menggunakan otak kiri dan sukar

untuk menggunakan otak kanan ketika membaca. Segalanya memerlukan latihan.

Page 11: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 11

Latihan Otak Kanan Untuk Kanak-Kanak

Untuk melatih otak kanan bagi kanak-kanak pula, salah satu daripadanya adalah

dengan mengajar mereka melihat secara keseluruhan dengan cepat. Contoh

menggunakan flashcard Right Brain dari huruf A ke huruf Z yang disertakan

dengan ebook Teknik Baca Cepat ini.

Cuba tengok kad huruf itu. Ianya kelihatan seolah seperti kad biasa yang mengajar

huruf dan perkataan yang bermula dengan huruf tersebut. Kemudian tutup kad

itu dan soal anak anda dengan soalan yang disediakan dengan gambar tersebut.

Contoh soalan :

1. Berapa ekor semut di dalam gambar tadi?

2. Yang manakah lebih banyak, semut merah atau semut

biru?

3. Buah epal dalam gambar tadi berwarna hijau atau

merah?

4. Dan lain-lain soalan.

Page 12: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 12

Ini akan melatih mata kanak-kanak untuk memerhati dan mengingat dengan cepat

secara keseluruhannya.

Baca cepat memerlukan fokus. Kita tidak boleh membaca cepat sambil jari-jari

bermain dengan rambut panjang kita itu (bagi perempuan), menggoyang kaki, atau

memicit jerawat! Jika tenaga fokus ini dialihkan ke tempat lain, bermakna bukan

sahaja kelajuan baca cepat kita akan menurun, malah kefahaman apa yang dibaca

itu juga akan menurun.

Percayalah, jika kita sudah berlatih untuk 3-4 hari untuk membaca cepat, dan

kemudian kita cuba untuk membaca seperti sebelumnya, kita akan rasa betapa kita

membazirkan banyak masa dengan cara kita dahulu. Kita akan berkata, “kenapalah

kita tidak terfikir untuk membaca lebih cepat seperti sekarang”. Berlatihlah dengan

menggunakan apa-apa buku yang agak nipis yang anda telah beli tetapi belum

dibaca yang diletakkan di dalam almari itu. Jadikan ianya satu latihan dengan 5

mukasurat sehari dengan 4 teknik ini.

Selamat Mencuba!

Lina Karim

Page 13: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 13

Untuk Modul yang tersusun dan latihan yang lebih terancang, anda boleh dapatkan

di ‘Ebook Teknik Baca Cepat”.

Pakej Ebook Teknik Cepat Baca

1. Ebook Teknik Cepat Baca

2. Kids Right Brain Alphabet Set

Boleh didapati di bacacepat.islamicparentingnetwork.net

Page 14: Ebook Teknik Baca Cepatbacacepat.islamicparentingnetwork.net/wp...Baca-Cepat-Download-P… · Kelajuan Membaca Anda (Download Percuma) ... Berikut adalah 4 cara untuk anda boleh membaca

islamicparentingnetwork.net 14