ebook rahsia kejayaan pelajar cemerlang

55
1 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANGMOHD FIRDAUS MAT SAAD

Upload: fieybiz

Post on 14-May-2015

124 views

Category:

Self Improvement


20 download

DESCRIPTION

Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang - Siri Kisah Motivasi Penuh Inspirasi

TRANSCRIPT

Page 1: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

1

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Page 2: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

2

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Ebook Yang Sedang Anda Baca Ini Adalah SAMPEL PERCUMA Yang Saya

Hadiahkan Untuk Anda

Ia Adalah Sedutan Beberapa Kisah Motivasi Kejayaan Dan Tips Yang Saya Ambil Daripada 3 Buah Buku Yang Saya Tulis

Buku #1: DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

Buku #2: RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG Buku #3: RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA

Buku ‘SAMPEL PERCUMA’ Yang Anda Terima Ini Adalah ‘HALAL CETAK

ROMPAK’. Ini Bermaksud Anda boleh Menghadiahkan Buku SAMPEL Ini

Kepada Saudara Mara, Anak Anak, Sahabat Handai Dan Rakan-Rakan Anda

Secara Percuma Tanpa Perlu Meminta Izin Daripada Saya.

Percayalah Jika Anda Dapat Beramal Dengan Beberapa Tips Yang Saya

Kongsikan Dalam SAMPEL PERCUMA Ini, Hidup Anda Akan Berubah Sedikit

Demi Sedikit.

Page 3: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

3

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Buku Ini Saya Dedikasikan Khas Kepada Kedua Ibu Bapa Saya, Tuan Haji Mat

Saad Bin Hassan Dan Hajjah Hasenah Binti Embi, Isteri Saya Yang Tercinta Kam

Maria Binti Abdul Mutalib, Anak-Anak Saya Yang Dikasihi, Muhammad Farees

& Muhammad Fateh Serta Semua Guru Yang Pernah Mendidik Saya Sejak Saya

Kecil Sehinggalah Saya Dewasa.

Page 4: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

4

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

ISI KANDUNGAN BUKU 1

APA KATA MEREKA ................................................................................................5

CATATAN PENGARANG ........................................................................................ 13

MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI ......................................................................... 15

BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA .................................................................. 21

BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN ................................................................ 26

BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR ................................................ 28

BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU.................................................... 35

BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING – PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA....................... 38

BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD ........................................................ 44

BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN................................................ 50

BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN ........................................................ 55

PENUTUP .............................................................................................................. 57

Kandungan Dalam Buku SAMPEL PERCUMA Ini Tidak Mengikut

Muka Surat Seperti Yang Dinyatakan Di Atas. Ini Kerana Ia

Hanyalah Sedutan Daripada Keseluruhan EBOOK ini.

Page 5: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

5

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

APA KATA MEREKA?

TESTIMONI #1 : DOKTOR NOR AMLIZAN RAMLI

Alhamdulillah. Tahniah buat pengarang 3 buah ebook dalam Siri Motivasi pelajar

ini. “Dari Kampung Kedah ke United Kingdom”, “Rahsia Kejayaan Pelajar

Cemerlang” dan “Rahsia Pelajar Luar Biasa”.

“My first impression”. Wahhh! Hebat pengarang ni. Kenapa saya kata hebat?

Buku ini ditulis dari hati berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Kesukaran dan ‘seksa’ yang beliau lalui ketika bergelar pelajar adalah kisah benar. Bukan melalui rujukan dari kisah motivasi lain! Ini yang dapat saya rasakan.

Kisah anak kampung yang diklasifikasikan gagal kerana tidak mendapat 4 A dalam UPSR dan bangkit dari kegagalan tersebut untuk terus memburu kejayaan. Tentu sahaja, semuanya tidak berlaku sekelip mata. Perit, pedih, sakit, sedih, sengsara tentu menjadi pengajaran berguna dalam beliau mengejar kejayaan.

“Learn from the best!” Pengarang menjadikan abang sulungnya sebagai idola. Saya berani jamin ianya kisah benar! Abang Jan di dalam ketiga-tiga edisi ini memang saya kenal dan memang hebat orangnya. Testimoni terbukti!

Mengapa anda perlu baca ketiga-tiga siri ini?

Siri Pertama: Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom

Ini kisah keseluruhan. Untuk kongsi aura positif pengarang. Siapakah beliau dan di mana beliau bermula? Bagaimana beliau mencapai apa yang beliau perolehi sekarang? Sangat mengujakan kerana beliau juga adalah orang biasa-biasa seperti majority rakyat Malaysia yang lain.

Tidak dibesarkan di atas tilam emas. Tidak mandi susu. Tidak juga makan dalam pinggan emas. Beliau juga bukan pelajar yang 24-7 mengadap buku dan tidak tahu bergaul.

Page 6: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

6

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Subhanallah..sejuk perut ibu yang mengandung dan melahirkan. Namun dengan semangat dan kesungguhan…beliau menjadi seorang yang hebat! Seorang yang “above average”. Ahli dalam banyak perkara!

Siri Kedua: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

25 tips! Banyak tips ini dan bacalah dengan hati. Hayatilah dengan kesungguhan. Tentu lebih ramai Mohd Firdaus yang lahir nanti. Sukar untuk menjadi orang yang berjaya. Namun, kesukaran itu cuma dalam tempoh sementara sahaja.

Jika 10 tahun tempoh berjuang itu…hidup anda seterusnya bergantung kepada betapa sengsaranya anda ketika melalui tempoh 10 tahun itu.

“Duplicate!” Baca dan hayatilah dengan tenang. Letak semua prasangka anda ke tepi ketika membaca siri kedua ini. Buka minda dan lapangkan dada.

Ini kerana, memang lelah apabila membaca semua tips ini. Akan tetapi, ianya “workable, doable and most importantly! Duplicable.”

Tirulah…imitasi tips dan cara pengarang ini berusaha. “Non-stop!” Membacanya pun saya dapat bayangkan kepenatan itu. Janganlah berhenti setakat membacanya. Namun aplikasikanlah. Berbaloi! In shaa Allah. “You have to start Now, Not Tomorrow!”

Siri Ketiga: Rahsia Pelajar Luar Biasa

Ini bukan sahaja sesuai untuk para pelajar di sekolah, kolej, universiti akan tetapi sesuai untuk semua insan yang sentiasa belajar seumur hidup mereka. Saya sendiri teruja untuk mengaplikasikan tips yang diberikan oleh pengarang. Memang luar biasa!

Semoga perjuangan pengarang untuk berkongsi ilmu dengan khalayak pembaca mendapat Redha Ilahi. Semoga ilmu yang dikongsi ini menjadi ilmu yang bermanfaat.Tahniah sekali lagi buat pengarang.

Doktor Nor Amlizan Ramli (Pensyarah Fakulti Farmasi / UiTM Kampus Puncak Alam)

Page 7: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

7

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

TESTIMONI #2 : DOKTOR REZQA ABDULLAH HUSSIN

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Firdaus Mat Saad kerana berjaya menghasilkan tiga buah karya sekaligus. Kejayaan ini adalah satu daripada banyak capaian luar dari kebiasaan oleh beliau. Mohd Firdaus Mat Saad adalah seorang budak melayu yang biasa dan normal, lahir dalam keluarga yang sederhana dan kebanyakkan, hidup di dalam masyarakat kampong yang tipikal dan tidak ideal tetapi mampu untuk berjaya dan mencapai keluarbiasaan di dalam banyak aspek kehidupan anak muda melayu yang biasanya, biasa-biasa sahaja. Buku pertamanya ‘Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom’ menggarap perjalanan anak muda ini dari zaman awal persekolahan sehingga beliau tamat belajar, bekerja sebagai jurutera dan seterusnya menjadi usahawan tani yang berjaya. Catatan dan gaya bahasanya sederhana sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah lakaran kisah kejayaan dan pencapaian beliau di dalam akademik dan aktiviti di luar bilik darjah. Saya percaya ada ramai yang lebih berjaya dan cemerlang daripada beliau, tetapi hanya segelintir daripada mereka yang berjaya itu mampu atau mahu untuk berkongsi pengalaman kejayaan masing masing untuk menjadi inspirasi dan motivasi generasi masa hadapan. Kisah kejayaan beliau (dan adik beradik beliau) memberi jaminan dan tunjuk jalan kepada anak anak nusabangsa bahawa, walaupun mereka bukan dari keturunan golongan elitis dan terpilih, mereka juga mampu untuk berjaya dengan cara dan kemahuan yang betul. Selain itu, Firdaus Mat Saad adalah contoh bahawa kejayaan di dalam akademik bukan di atas pengorbanan aktiviti ko kurikulum, bahkan membuktikan sebaliknya. Saya percaya, kejayaan beliau menjadi usahawan tani banyak dibantu oleh ‘soft skill’ yang dibentuk oleh aktiviti luar bilik darjah berbanding kecemerlangan akademik beliau. Di dalam ‘Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang’ Firdaus telah berkongsi

pengalaman dan teknik teknik belajar yang digunapakai. Beliau mulakan buku

tersebut dengan muhasabah akan peripenting untuk cemerlang dalam pelajaran

Page 8: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

8

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

dan kesan akibat gagal dalam pelajaran. Beberapa anekdot menarik disisipkan

untuk renungan para pembaca.

Seterusnya beliau menghuraikan 25 rahsia pelajar cemerlang. Saya begitu teruja

membaca tips tips yang diberi kerana kesemuanya sangat praktikal dan diolah

dengan baik berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Keterujaan saya bercampur

dengan sedikit kekesalan kerana mengapa baru kini saya dapat membaca satu

buku kaedah pembelajaran yang praktikal dan realistik untuk dipraktikkan. Buku

ini perlu dimiliki oleh setiap pelajar yang inginkan kejayaan.

Buku ‘Rahsia Pelajar Luar Biasa’ adalah sebuah buku motivasi diri. Penekanan dan

fokusnya adalah pada hidup yang bermatlamat dan memperkasakan potensi diri

serta menjauhi sifat yang melemahkan. Kandungannya ringkas dan tidak berpura

pura. Sarat dengan kisah inspirasi dan kata kata hikmah penulis sendiri, dan

orang lain, buku ini mudah dan ringan untuk dibaca. Pengajaran dan hikmahnya

pula berat dan menaikkan semangat. Buku ini perlu selalu dibaca berulang ulang

untuk motivasi diri yang semangatnya acapkali menurun. Sesuai untuk semua

golongan.

Penutup Saya mengenali Firdaus sejak dari SMKA AL Mashoor lagi. Perjalanan akademik kami hampir serupa. Bermula di Al Mashoor, MRSM Taiping, dan Sheffield University. Membaca buku-buku tulisan beliau mengingatkan kembali kepada watak sang diri penulis. Salah satu sifat beliau yang saya ingat ialah sikap berani beliau, berani mencuba dan berani bercakap benar. Kali ini, beliau sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan mencebur bidang penulisan dan menulis kisah hidupnya yang masih muda dengan agak intim. Bukan mudah untuk menceritakan kejayaan diri sendiri yang masih lagi setahun jagung. Bukan senang untuk menulis dan berkongsi kaedah belajar diri. Bahkan paling sukar berkongsi rahsia menjadi insan luar biasa walaupun diri terasa biasa biasa sahaja. Tapi, demi hidup untuk memberi, dalam memburu matlamat akhir mencapai mardhatillah, lahirlah tiga karya yang sangat bermanfaat! Dr Rezqa (Doktor Pakar Bedah, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis)

Page 9: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

9

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

CATATAN PENGARANG

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmatnya,

saya dapat menyiapkan 3 buah buku secara serentak iaitu Buku Pertama ‘Dari

Kampung Kedah Ke United Kingdom’, Buku Kedua ‘Rahsia Kejayaan Pelajar

Cemerlang’ dan Buku Ketiga ‘Rahsia Pelajar Luar Biasa’.

Buku-buku ini saya dedikasikan khas buat anak-anak saya yang masih kecil,

Muhammad Farees dan Muhammad Fateh.

Saya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi menulis

buku ini. Saya bukanlah insan yang layak untuk menulis semua perkongsian ini.

Masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dan lebih berjaya daripada

saya dalam pelajaran mereka.

Namun, saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat

membantu dan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana yang masih

bergelar pelajar.

Semasa saya menulis buku ini, saya berusia 32 tahun.

Saya perlu menggunakan ruang dan kesempatan yang diberikan Allah ini untuk

berkongsi dengan para pembaca segala pengalaman yang telah saya lalui

sepanjang kehidupan saya bergelar pelajar.

Apa yang saya tulis di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya

sepenuhnya. Kisah bagaimana saya belajar daripada saya kecil sehinggalah saya

berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kemudian pulang ke Malaysia dan

bekerja sebagai seorang jurutera, dan kini menjadi seorang usahawan yang

berjaya.

Apa yang lebih penting, melalui buku ini saya kongsikan bagaimana saya belajar

untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut perspektif yang diajar Islam.

Page 10: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

10

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Saya rasa, pengalaman ini perlu diabadikan di dalam buku ini agar anda semua

dapat mengetahui bahawa bukan mudah untuk berjaya dalam pelajaran. Ia perlu

dibayar dengan harga yang mahal. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil

untuk dicapai.

Akhir sekali, saya berharap agar satu hari nanti, akan ada di kalangan anda yang

membaca buku ini akan menjadi seorang pelajar yang berjaya, yang dihormati,

yang disegani dan yang lebih penting menjadi seorang insan yang bertakwa.

Selamat membaca, semoga ia terus memberi manfaat kepada anda semua. Saya

doakan anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Wassalam.

Mohd Firdaus Bin Mat Saad Parit Buntar, Perak 6 Jun 2013 / 27 Rejab 1434H

Page 11: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

11

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

ABANG JAN – MENTOR UTAMA

Abang Jan merupakan anak sulung dalam keluarga. Sejak di bangku sekolah

rendah lagi, emak dan abah tak putus-putus memberikan dorongan dan kata-kata

semangat untuk Abang Jan berjaya dalam pelajaran.

Bagi emak, kejayaan Abang Jan dalam pelajaran amat penting kerana ia akan

menjadi pembakar semangat untuk kami adik-beradik yang lain. Jika yang sulung

berjaya, Insya Allah adik-adiknya akan lebih termotivasi untuk berjaya.

Sejak di sekolah rendah lagi, Abang Jan telah belajar bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah, semasa peperiksaan Penilaian Darjah 5 pada tahun 1983 (sama

dengan UPSR sekarang), beliau berjaya mendapat gred A dalam semua mata

pelajaran (5A).

Selepas tamat persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat Nibong

Tebal, Abang Jan meneruskan pengajian di Sekolah Tun Syed Syeh Shahabudin

(STSSS). Sebuah sekolah berasrama penuh di Bukit Mertajam. Abang Jan belajar di

situ sehingga Tingkatan 5.

Saya masih ingat, jika emak dan abah berkelapangan, kami akan melawat Abang

Jan di sekolahnya. Setiap kali kami melawat Abang Jan, emak dan abah akan

menasihatkan kami untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk ke

sekolah berasrama penuh seperti Abang Jan.

Walau pun ketika itu saya masih kecil, saya sudah rasa bersemangat untuk masuk

ke sekolah berasrama penuh macam abang saya juga.

Setiap tahun di STSSS, Abang Jan menerima hadiah Pelajar Cemerlang di Majlis

Penyampaian Hadiah sekolah. Malah, beliau juga terpilih sebagai Ketua Pelajar

dan Pelajar Terbaik Keseluruhan semasa di Tingkatan 5.

Sebagai adik, saya berasa bangga memiliki seorang abang yang hebat. Saya

menanam impian agar satu hari nanti saya akan berjaya seperti abang saya juga.

Alhamdulillah, Abang Jan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan SPM dan mendapat tawaran biasiswa Petronas untuk melanjutkan

Page 12: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

12

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

pelajaran di United Kingdom. Abang Jan ditawarkan untuk membuat A-Level di

Maktab Sains MARA, Cheras Kuala Lumpur pada waktu itu.

Setelah dua tahun membuat A-Level di sana, pada tahun 1992 Abang Jan

mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University of Manchester

Institute of Science and Technology di Manchester, United Kingdom dalam bidang

Electrical and Electronic Engineering.

Di United Kingdom, beliau merupakan seorang yang aktif berpersatuan, dan

dipilih sebagai Presiden Malaysian Students Society di situ.

Dalam bidang akademik, beliau amat cemerlang. Beliau memperoleh First Class

Honours dalam peperiksaan akhir tahun.

Selepas pulang dari United Kingdom, beliau terus berkhidmat dengan sebuah

syarikat minyak dan gas yang terkemuka di Malaysia.

Sepanjang kerjayanya bersama syarikat minyak dan gas ini, Abang Jan telah

merantau dan bertugas di banyak negara, antaranya Myanmar, Sudan,

Turkmenistan, Indonesia, dan lain-lain lagi.

Hari ini, Abang Jan hidup selesa di Shah Alam bersama keluarga yang tercinta.

Kisah Ini Adalah Sedutan Sebahagian Daripada Kisah Inspirasi

Kejayaan Adik Beradik Saya Yang Semuanya Belajar Di Luar Negara

Iaitu Abang Jan Yang Merupakan Mentor Utama Saya. Dalam FULL

VERSION, Anda Akan Turut Membaca Kisah Kejayaan Abang Saya Yang

Kedua, Abang Arman Yang Belajar Dalam Bidang Perubatan Di Trinity

College Dublin, Republic Of Ireland Dan Adik Saya Mohd Dzuha Yang

Belajar Dalam Bidang Mechanical Engineering Di University Of

Sheffield, United Kingdom.

Page 13: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

13

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR

Alhamdulillah saya ditawar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al

Mashoor (L), Pulau Pinang untuk pengajian di Tingkatan 1. Ia merupakan sebuah

sekolah berasrama harian.

Pada waktu itu, saya rasa amat bersyukur. Tak dapat masuk sekolah berasrama

penuh, dapat ke sekolah agama pun jadilah. Boleh saya belajar banyak ilmu

agama di sini nanti. Itu yang saya fikirkan pada waktu itu.

Di sinilah kehidupan saya mula berubah. Saya pernah kecewa dengan keputusan

peperiksaan UPSR saya dahulu. Saya tidak mahu kecewa sekali lagi.

Saya mahu mengubah kehidupan saya. Saya mahu berjaya seperti abang-abang

saya yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara di United Kingdom dalam

bidang kejuruteraan dan kedoktoran.

Saya mesti belajar sehingga ke luar negara seperti mereka juga.

HATIKU TERSENTAP!!

Di SMKA Al Mashoor, saya tinggal di asrama. Setiap dua minggu, kami para pelajar

yang tinggal di asrama dibenarkan pulang ke rumah.

Suatu hari, saya pulang ke rumah untuk bercuti.

Ayah saya mengajak saya untuk membantu beliau membancuh simen, dan

siapkan lantai simen di tepi rumah saya. Kawasannya tidaklah besar. Kecil sahaja.

Saya sekadar bantu mencampurkan simen, pasir dan air. Kemudian saya angkat

simen yang siap dibancuh ke tempat yang hendak diturap. Setelah bekerja keras

sekitar 2 jam, kerja itu dapat disiapkan.

Page 14: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

14

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Saya berasa amat letih dan penat. Tambahan pula, petang itu saya perlu pulang

ke asrama di Pulau Pinang dengan menaiki bas.

Sebelum pulang ke asrama, saya bersalam dengan ayah saya. Satu soalan yang

beliau tanya kepada saya membuatkan saya rasa ia memberi dimensi baru dalam

hidup saya.

“Daus, penat tak tadi buat kerja bancuh simen?”

“Mestilah penat.” Saya menjawab ringkas.

“Macam tu lah penatnya orang yang kerja buruh kasar. Kalau sekarang Daus

belajar rajin-rajin, nanti bila dah besar boleh jadi engineer, tak perlu kerja berat-

berat macam tadi. Tapi kalau sekarang malas belajar, nanti bila dah besar susah

nak dapat kerja. Kena kerja buruh kasar macam tadi.”

Ayat itu benar benar menyentap perasaan saya.

Sepanjang perjalanan saya pulang ke asrama menaiki bas, saya terbayang apa

yang ayah saya katakan ini.

Ia benar-benar meresap masuk ke dalam hati dan sanubari saya. Apa yang ayah

saya katakan itu mungkin ada kebenarannya.

Jika saya tak belajar bersungguh-sungguh sekarang, nanti apabila sudah besar,

saya akan susah mendapat pekerjaan yang baik. Akhirnya, saya mungkin terpaksa

memilih pekerjaan yang memerlukan kudrat dan tenaga yang banyak. Saya

mungkin akan hidup susah.

PERUBAHAN DI SEKOLAH

Di sekolah, saya mula berubah. Saya berazam untuk menjadi pelajar yang

cemerlang. Walaupun masih di Tingkatan 1, saya sudah pun berazam untuk

mendapat gred A dalam semua matapelajaran (9A) dalam PMR nanti.

Page 15: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

15

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Semasa di Tingkatan 1, Abang Jan mula menceritakan kepada saya rahsia untuk

menjadi pelajar yang cemerlang.

Abang Jan berkongsi dengan saya satu persatu teknik belajar yang berkesan.

Beliau mengajar saya teknik memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas.

Beliau berkongsi dengan saya teknik membuat nota, teknik menghafal,

persediaan sebelum kelas, semasa di dalam kelas dan selepas kelas. Beliau

mengajar saya cara untuk berjaya dengan lebih mudah.

Beliau turut berkongsi dengan saya pengalaman yang beliau telah lalui semasa

belajar di STSSS dahulu.

Beliau banyak memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk turut berjaya.

Beliau mahu saya berjaya seperti beliau. Syukur Alhamdulillah saya mempunyai

abang yang mampu untuk membimbing saya dalam pelajaran.

Saya tersentuh dengan kata-kata semangat daripada beliau. Saya teruja dengan

teknik pembelajaran berkesan yang beliau kongsikan dengan saya. Saya kagum

dengan rahsia untuk menjadi pelajar luar biasa yang diajar kepada saya.

Saya mula belajar bersungguh-sungguh.

Saya amalkan segala teknik yang diajar oleh Abang Jan. Pada masa itu, barulah

saya rasa belajar itu mudah. Mudah kerana saya sudah tahu cara untuk belajar

dengan berkesan.

[Segala teknik-teknik ini telah saya kongsikan secara terperinci dalam Buku Kedua

iaitu Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dan Buku Ketiga Rahsia Pelajar Luar

Biasa.]

Saya mula mensasarkan untuk masuk ke MRSM di Tingkatan 4 nanti. Saya mahu

pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abang-abang saya.

Saya tiada pilihan.

Page 16: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

16

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Saya mula berubah. Saya mula fokus kepada pengajaran cikgu di kelas. Saya

membuat persediaan yang rapi sebelum ke kelas. Saya mengulangkaji dengan

segera selepas pulang dari kelas. Setiap kerja sekolah disiapkan segera.

Saya rajin berjumpa dengan guru.

Pendek kata, saya melakukan semua perkara yang dinasihatkan oleh abang saya.

Saya rasakan seolah-olah inilah peluang terakhir untuk saya berubah.

NASIHAT SEORANG GURU

Di sekolah, hampir setiap hari cikgu akan memberi nasihat kepada kami untuk

belajar bersungguh sungguh.

Pada suatu hari, seorang guru masuk ke kelas saya. Saya masih ingat, nama cikgu

ini Cikgu Abdul Rashid. Beliau mengajar subjek Kemahiran Hidup.

Sebelum memulakan kelas, beliau selalu memberi kata-kata nasihat kepada kami

semua. Di dalam kelas, beliau bertanya kepada kami.

“Saya nak tanya kamu semua dua soalan mudah. Yang pertama, berapa umur

kamu semua sekarang?”

“13 tahun cikgu,” kami semua menjawab serentak.

“Soalan kedua saya, kebiasaannya pada umur berapa seseorang itu akan mati?”

“60-70 tahun cikgu,” kami memberi jawapan pelbagai. Mengikut sangkaan

masing-masing.

“Ok, sekarang ini, umur kamu 13 tahun. Insya Allah, dalam tempoh 10 tahun lagi

umur kamu 23 tahun, waktu itu kamu dah habis belajar sampai peringkat ijazah.

Kamu semua sedar tak, kamu sebenarnya hanya akan belajar selama 10 tahun

sahaja lagi.” Cikgu Rashid menerangkan kepada kami.

Page 17: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

17

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

“Sekarang, katakanlah seseorang itu mati umur 63 tahun. Maksudnya selepas

umur 23 tahun. Kamu masih ada lagi 40 tahun untuk hidup. Betul tak?” Cikgu

Rashid bertanya kepada kami.

“Betul cikgu,” kami semua menjawab. Pada waktu itu, saya masih tidak faham.

Apa rasionalnya cikgu bertanya kami dua soalan ini. Sehinggalah cikgu

menerangkan kepada kami.

“Sebenarnya macam ni. Saya nak kamu semua faham. Kamu hanya akan belajar

di sekolah dan universiti dalam tempoh 10 tahun saja lagi. Kalau nak susah untuk

baca buku pun, dalam 10 tahun ini sajalah. Kalau nak belajar rajin-rajin pun, 10

tahun ini sajalah. Lepas tu kamu tak payah belajar di sekolah atau universiti lagi

dah.”

“Tapi kamu sedar tak, kalau kamu belajar betul-betul sekarang ni, kamu akan

dapat keputusan yang baik. Nanti kamu akan dapat pekerjaan yang baik-baik.

Dapat gaji yang besar. Kamu akan hidup senang lagi 40 tahun.

Tapi, kalau kamu main-main dalam tempoh 10 tahun ni, keputusan peperiksaan

kamu tak bagus, kamu akan susah mendapat pekerjaan. Gaji kamu pun rendah

nanti. Kesannya, kamu mungkin akan hidup susah selama 40 tahun lagi.”

“Jadi, saya nak nasihatkan kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh sekarang ni.

Korbankan ‘keseronokan’ kamu untuk 10 tahun ini. Insya Allah. Kamu akan hidup

senang selepas itu.”

Ya Allah, saya baru faham apa yang cikgu maksudkan. Mendalam maksud cikgu tu.

Nasihat yang Cikgu Rashid sampaikan kepada saya itu benar-benar terkesan di

hati saya. Lebih kurang sama macam nasihat yang ayah saya berikan sebelum ini.

Ia menambah semangat saya untuk terus belajar bersungguh sungguh. Saya yakin,

jika saya korbankan ‘keseronokan’ saya untuk tempoh 10 tahun ini. Saya akan

mendapat kesenangan dalam tempoh 40 tahun kemudian.

Tetapi, jika saya memilih untuk berseronok dalam tempoh 10 tahun ini, hidup

saya mungkin akan susah untuk tempoh 40 tahun kemudian. Saya tidak mahu

begitu.

Page 18: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

18

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

MENGATUR LANGKAH MARA KE HADAPAN

Saya amat bersyukur. Selepas mendapat dua nasihat daripada ayah dan guru

saya, saya semakin bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.

Walau pun masih di Tingkatan 1, saya tidak mahu terlalu berseronok.

Ketika di Tingkatan 2, saya semakin fokus. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan

saya menunjukkan peningkatan yang positif. Semasa cuti sekolah di Tingkatan 2

untuk masuk ke Tingkatan 3, saya mengikut nasihat yang abang saya berikan.

Saya gunakan masa cuti ini untuk mengulang kaji semua subjek Tingkatan 1 dan 2.

Saya mahu membuat persediaan awal. Saya mahu masuk ke Tingkatan 3 dalam

keadaan bersedia.

Apabila masuk ke Tingkatan 3, saya terus masuk ‘gear’ untuk memecut.

Saya semakin fokus terhadap pelajaran saya. Saya semakin rajin untuk berjumpa

dengan guru untuk mendapatkan penjelasan sesuatu yang saya tidak faham.

Pada waktu itu, saya dah tak kisah. “By Hook Or By Crook” saya mesti dapat 9A

dalam PMR dan saya nak masuk ke MRSM. Setiap hari, saya menunaikan Solat

Hajat agar Allah memperkenankan doa saya ini.

Semasa di Tingkatan 3, saya dapat mengenal pasti kelemahan utama saya adalah

dalam Subjek Bahasa Inggeris. Saya perlu memberi keutamaan dalam subjek ini.

Alhamdulillah saya tidak mempunyai banyak masalah untuk faham subjek-subjek

lain.

Memandangkan kelemahan utama saya adalah untuk membuat karangan Bahasa

Inggeris, saya meletakkan usaha yang lebih untuk ini.

Hampir setiap minggu, saya berjumpa dengan guru kelas saya. Saya meminta

beliau untuk mengajar teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris dalam PMR. Ia

dilakukan secara personal. Hanya saya dan guru sahaja.

Setiap minggu, saya akan membuat satu karangan dan meminta kepada guru

tersebut untuk menyemaknya.

Page 19: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

19

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Apa yang saya lakukan ini adalah atas inisiatif saya sendiri. Bukan kerana ia kerja

sekolah yang perlu saya selesaikan.

Menjelang peperiksaan, saya tiada pilihan. Saya perlu menghafal karangan Bahasa

Inggeris. Ya, ia satu kerja gila.

Saya mula menghafal beberapa karangan penting yang boleh diaplikasikan dalam

banyak soalan. Misalnya, saya menghafal karangan berbentuk ucapan, surat rasmi

dan tidak rasmi di bahagian pendahuluan dan penutup.

Saya juga menghafal berpuluh-puluh peribahasa dalam Bahasa Inggeris.

Ini semua saya lakukan bagi memudahkan saya menjawab soalan PMR nanti.

Alhamdulillah, menjelang peperiksaan PMR saya agak yakin kebolehan dan

kemampuan saya dalam Bahasa Inggeris.

Saya turut memberi penekanan untuk subjek-subjek yang lain. Sepanjang tahun,

saya bekerja keras bagi mencapai apa yang saya impikan.

Kesannya amat memberangsangkan. Alhamdulillah. Saya memperoleh keputusan

yang amat cemerlang .

Saya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. Termasuk Subjek Bahasa Arab.

Terus-terang saya katakan, tips dan teknik belajar berkesan yang abang saya

ajarkan benar-benar membantu saya dalam mencapai keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan PMR.

Ini Adalah Sedutan Sebahagian Daripada Buku DARI KAMPUNG

KEDAH KE UNITED KINGDOM Yang Saya Ambil Dari Bab Ketiga

Buku Ini Iaitu : “Turning Point” Di SMKA Al Mashoor(L).

Dalam FULL VERSION Buku Ini, Saya Turut Berkongsi

Pengalaman Hidup Saya Di Sekolah Rendah, Mengapa Saya

Gagal Di Situ? Seterusnya Saya Berkongsi Kisah Kejayaan Saya

Page 20: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

20

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Di MRSM Taiping, Kolej Mara Banting Dan Di University Of

Sheffield Sehingga Saya Menjadi Pelajar Terbaik Di Sana.

Saya Turut Menyelitkan Gambar-Gambar Saya Ketika Di Luar

Negara Sebagai Inspirasi Kepada Mereka Yang Membaca

Untuk Belajar Bersungguh-Sungguh.

Jika Seorang Anak Kampung Yang Biasa Biasa Macam Saya

Boleh Berjaya, Mengapa Tidak Anda? Anda Hany a Perlu Tahu

Caranya Sahaja.

PENUTUP

Daripada pengalaman yang saya lalui, saya dapat merasakan betapa pentingnya

untuk seseorang pelajar sedar mereka perlu belajar bersungguh-sungguh dan

menjadi pelajar cemerlang.

Tak salah untuk anda bermain dan bersukan di sekolah. Yang tak bolehnya, anda

main-main di sekolah. Anda perlu bijak untuk menguruskan masa.

Jika anda berjaya fokus dalam pelajaran di peringkat awal, Insya Allah. Anda akan

mudah fokus walau di mana jua anda belajar.

Seandainya anda berjaya dalam peperiksaan terdahulu. Jangan lalai dan leka

dengan pencapaian itu. Anda perlu terus fokus dan berusaha. Anda berjaya hari

ini, bukan bermaksud anda akan berjaya selama-lamanya.

Seandainya anda pernah gagal dalam peperiksaan terdahulu, jadikanlah ia sebagai

pengajaran. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Bangkitlah daripada kegagalan.

Terus berusaha. Insya Allah. Kejayaan pasti menanti anda.

Apa yang penting, anda hanya perlu tahu teknik belajar yang betul. Anda perlu

tahu apa rahsia untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Anda perlu tahu rahsia

untuk hidup luar biasa.

Page 21: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

21

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Insya Allah. Terdapat banyak ilmu dan perkongsian yang akan saya kongsikan

dalam buku seterusnya. Semuanya berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri

sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Juga berdasarkan pemerhatian saya

terhadap pelajar-pelajar yang lain.

Selepas ini, bacalah Buku Kedua saya iaitu, “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang”.

Di dalam buku ini, saya mendedahkan 25 rahsia teknik belajar berkesan yang saya

amalkan dahulu. Teknik ini juga digunakan oleh abang-abang dan adik saya

sehingga kami semua berjaya dalam bidang masing-masing. Abang Jan mendapat

First Class Honours dalam bidang Electrical Engineering di University Manchester

Institute Science And Technology, Manchester, Abang Arman dalam bidang

perubatan di Trinity College Dublin, Republic of Ireland dan adik saya Mohd Dzuha

dalam bidang Mechanical Engineering di University of Sheffield, United Kingdom.

Percayalah, kesemua 25 rahsia ini amat mudah dipraktikkan. Saya benar-benar

berharap agar anda dapat menggunakan kesemua teknik ini dalam proses

pembelajaran anda.

Jika anda mampu untuk amalkan segala tips yang telah saya lakukan ini, anda

bukan sahaja ‘terpaksa’ berjaya seperti saya, malah anda akan mampu untuk

lebih berjaya daripada saya. Insya Allah.

Tidak ketinggalan, bacalah Buku Ketiga saya iaitu “Rahsia Pelajar Luar Biasa”.

Buku ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengubah hidup anda daripada

seorang pelajar biasa-biasa kepada seorang pelajar yang luar biasa.

Saya berkongsi dengan anda 11 tips hebat yang akan mengubah cara pemikiran

anda. Ia akan mengubah destinasi hidup anda. Anda akan menjadi seorang yang

luar biasa hebat.

Teruskan membaca Buku Kedua dan Buku Ketiga. Semoga anda semua berjaya.

Insya Allah.

Wassalam.

Page 22: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

22

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Tamat Sedutan Buku #1 : DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED

KINGDOM. Sila Baca Sedutan Buku Kedua Dan Ketiga Selepas Ini.

Page 23: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

23

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Page 24: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

24

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

ISI KANDUNGAN BUKU #2 CATATAN PENGARANG ........................................................................................................................... 5

TIPS #1 : BERSYUKUR ............................................................................................................................ 12

TIPS #2 : JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH ......................................................................................... 16

TIPS #3 : HIDUP BERMATLAMAT ........................................................................................................... 21

TIPS #4 : KENAPA ORANG GAGAL DAN TERUS GAGAL .......................................................................... 29

TIPS #5 : BIJAK URUSKAN MASA ........................................................................................................... 36

TIPS #6 : SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KELAS ................................................................................ 42

TIPS #7 : BUAT NOTA RINGKAS ............................................................................................................. 47

TIPS #8 : LATIHAN DAN PAST YEARS PAPERS ........................................................................................ 51

TIPS #9 : BUKU NOTA PENTING ............................................................................................................. 58

TIPS #10 : RAJIN BERJUMPA GURU ....................................................................................................... 60

TIPS #11 : TEKNIK MENGHAFAL YANG BERKESAN ................................................................................. 66

TIPS #12 : STUDY GROUP ...................................................................................................................... 71

TIPS #13 : BANTU KAWAN ANDA .......................................................................................................... 79

TIPS #14 : JAGA MASA TIDUR................................................................................................................ 85

TIPS #15 : “TODAY. NOT TOMORROW” ................................................................................................ 88

TIPS #16 : PERSEDIAAN AKADEMIK ....................................................................................................... 91

TIPS #17 : PERSEDIAAN KEROHANIAN .................................................................................................. 96

TIPS #18 : PERSEDIAAN PADA HARI PEPERIKSAAN.............................................................................. 100

TIPS #19 : AKHLAK DENGAN RAKAN ................................................................................................... 109

TIPS #20 : AKHLAK DENGAN GURU ..................................................................................................... 115

TIPS #21 : AKHLAK DENGAN IBU BAPA ............................................................................................... 119

TIPS #22 : SIFAT PELAJAR CEMERLANG ............................................................................................... 124

TIPS #23 : PELAJARI ILMU AGAMA ...................................................................................................... 132

TIPS #24 : DOA SEORANG PELAJAR ..................................................................................................... 141

TIPS #25 : DOA IBU BAPA UNTUK ANAK ............................................................................................. 152

KESIMPULAN ...................................................................................................................................... 156

Page 25: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

25

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Sedutan Daripada EBOOK KEDUA : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR

CEMERLANG

TIPS #4 : KENAPA ORANG GAGAL & TERUS GAGAL

Dalam hidup ini, cuba kita perhatikan di persekitaran kita, ada orang yang berjaya

dan terus berjaya. Tetapi ada juga orang yang selalu gagal. Mereka gagal dan

terus gagal dalam kehidupan.

Adakalanya, kita tertanya-tanya mengapa orang yang berjaya asyik berjaya dan

mengapa orang yang gagal asyik gagal?

Jawapannya, orang yang berjaya mereka tahu cara untuk berjaya.

Sebaliknya, orang yang gagal mereka tidak sedar yang mereka sedang melakukan

kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Mereka tidak sedar yang mereka sedang

menuju kegagalan.

Persoalannya sekarang, sampai bila orang ini akan terus gagal?

Selagi mana orang ini tidak mengetahui kesilapan yang dia lakukan. Selagi itulah

orang itu akan berterusan gagal.

Sebelum ini, saya sering melihat ada orang di sekeliling saya yang gagal. Tapi saya

sendiri tidak perasan mengapa mereka gagal.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya jarang gagal dalam apa yang saya

lakukan. Tetapi, saya sendiri juga tidak perasan mengapa saya selalu berjaya

dalam apa yang saya lakukan.

Sehinggalah satu hari, saya terdengar satu ceramah yang disampaikan oleh

Doktor Azizan Osman.

Beliau berkongsi dengan para pendengar 3 sebab mengapa seseorang itu selalu

gagal dalam kehidupan.

Page 26: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

26

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Selepas itu baru saya sedar, ramai insan-insan disekeliling saya yang gagal kerana

mereka melakukan 3 kesilapan besar dalam hidup mereka. Tetapi, mereka tidak

sedar mereka sedang melakukan kesilapan itu.

Dalam bahagian ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca 3 faktor mengapa

seseorang itu gagal, gagal dan terus gagal dalam kehidupannya.

FAKTOR #1 : Belajar Daripada Orang Yang Salah

Inilah punca pertama mengapa ramai orang gagal hari ini. Mereka melakukan

kesilapan dalam memilih ‘guru’.

Apabila mereka mahu melakukan sesuatu perkara, mereka bertanya kepada

orang yang bukan ‘ahlinya’.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang kurang cemerlang apabila dia mahu

bertanya sesuatu yang dia tidak faham. Dia bertanya kepada kawan baiknya yang

juga tidak berapa cemerlang dalam pelajaran.

Kesannya, sama ada kawan baiknya itu gagal menerangkan kepadanya dengan

baik tentang perkara itu ataupun diajarnya ilmu yang salah. Lebih teruk lagi jika

kawannya itu memperlecehkan semangat dia yang mahu belajar.

Akhirnya, semangat itu hilang dan orang ini akan terikut-ikut dengan perangai

kawannya itu. Akhirnya, orang ini akan gagal dalam pelajarannya.

Saya berikan satu lagi contoh lain yang mudah untuk kita fahami kes ini. Jika kita

hendak belajar bagaimana mahu menggunakan Ipad, kemudian kita bertanya

kepada kawan kita yang tidak mempunyai Ipad dan meminta dia mengajarkannya

kepada kita.

Sudah pasti, kawan kita ini tidak dapat mengajar kita cara menggunakan Ipad

dengan betul. Kesannya, agak sukar untuk kita memahami cara menggunakan

Ipad itu. Inilah kesannya apabila kita bertanya atau ikut orang yang salah.

Page 27: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

27

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Dalam hidup ini, jangan sesekali kita ikut orang yang salah. Jika kita tersalah

memilih ‘guru’, hidup kita akan susah.

Sekarang mari kita renungkan bersama, selama ini jika kita pernah gagal dalam

melakukan sesuatu perkara. Tanyalah diri kita sendiri, siapa sebenarnya yang kita

ikut? Adakah kita ikut orang yang betul, atau kita ikut orang yang salah?

Jika sebelum ini kita ikut orang yang salah, betulkan kesilapan ini. Jangan ikut

orang yang salah selama-lamanya.

Berubahlah, pilihlah orang yang betul yang boleh membimbing kita ke arah

kejayaan.

Jika anda mampu lakukan ini, kehidupan anda akan berubah. Jika sebelum ini

anda selalu gagal, selepas berubah anda akan memperoleh kejayaan demi

kejayaan.

FAKTOR #2 : Tidak Mencari Mentor Yang Betul

Apa yang saya perhatikan, sebab kedua mengapa ramai orang yang gagal adalah

kerana mereka tidak mahu belajar daripada mereka yang telah terbukti berjaya.

Mereka malu untuk mendekati golongan yang berjaya. Apabila ingin melakukan

sesuatu perkara, mereka tidak mahu merujuk golongan ini.

Percayalah, orang yang berjaya mereka mempunyai “Pola Kejayaan” mereka

yang tersendiri. Mereka tahu rahsia bagaimana mahu berjaya. Mereka juga tahu

cara mudah untuk berjaya. Jika kita sering mendekati golongan ini, adalah lebih

mudah untuk kita berjaya melakukan sesuatu perkara.

Page 28: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

28

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Masalahnya sekarang, orang yang gagal tidak mahu belajar daripada mereka yang

sudah berjaya.

Mentaliti mereka, orang yang sudah berjaya selalunya sombong. Orang yang

sudah berjaya tidak mahu membantu mereka.

Persoalannya, sudahkah kita meminta pertolongan daripada mereka yang sudah

berjaya? Kita belum bertanya lagi, kita sudah buat andaian yang negatif.

Tidak dinafikan, ada segolongan yang sudah berjaya bersikap sombong dan

kedekut ilmu. Tetapi percayalah, ia hanya segelintir sahaja. Ramai lagi golongan

yang berjaya yang baik hati dan suka membantu orang lain.

Jika anda mahu berjaya, anda kena ubah sikap. Belajarlah dengan mereka yang

sudah pun terbukti berjaya.

Saya berikan satu contoh mudah. Jika anda lemah dalam Subjek Matematik,

carilah seorang sahabat anda yang ‘pakar’ dalam subjek ini. Mintalah bantuan

daripada beliau. Bercakaplah dengan lemah lembut dan berharap kepadanya.

“Khairul, aku nak minta tolong kau sikit. Aku ada masalah. Aku ni lemah dalam

subjek Matematik. Dah banyak kali aku cuba fahamkan, tapi aku tak faham juga.

Boleh tak aku nak minta tolong kau ajar aku subjek ni. Kalau boleh, aku nak minta

tolong kau jadi mentor aku. Aku betul-betul nak berubah. Aku pun nak berjaya

macam kau juga. Boleh tak kau tolong aku?”

Page 29: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

29

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Saya yakin, jika anda boleh merayu sebegini kepada rakan anda. Pasti rakan anda

akan membantu anda.

Apabila seseorang yang pakar membantu anda melakukan sesuatu perkara, pasti

hidup anda akan lebih mudah. Kejayaan semakin hampir dengan anda. Anda tidak

akan gagal lagi.

FAKTOR #3 : Suka Memberi Alasan

Inilah punca utama kegagalan ramai orang. Mereka tinggal di sebuah pulau yang

bernama ‘Pulau Alasan’.

Dalam kehidupan seharian, ramai pelajar gagal kerana mereka sering

memberikan alasan.

Contoh mudah, dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Anda akan ada banyak

kerja sekolah, assignment, tutorial dan sebagainya.

Akan ada orang yang mengajak anda untuk membuat kerja-kerja ini. Jika anda

mula memberikan alasan untuk menangguhkannya. Anda sebenarnya selangkah

lebih hampir kepada kegagalan.

“Alah, cikgu nak lambat lagi lah. Nantilah kita buat. Sekarang ni awal lagi.”

“Esoklah kita buat, sekarang kita main bola dulu.”

“Arghh… Buat apa susah-susah. Bagi orang lain buat dulu. Nanti kita tirulah.”

“Tunggu dulu. Kita pergi ‘outing’ dulu. Lepas ‘outing’ baru kita buat.”

Jika anda ada sikap-sikap sebegini. Percayalah, anda sukar untuk berjaya. Hidup

anda akan selalu gagal. Hidup anda dipenuhi dengan alasan.

Ada lagi satu golongan mereka yang gagal. Selepas gagal melakukan sesuatu

perkara, mereka ini akan berfikir. Apa alasan yang hendak diberikan kepada diri

mereka sendiri untuk menyejukkan hati mereka disebabkan kegagalan yang telah

dihadapi.

Page 30: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

30

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Sebagai contoh, seorang pelajar ini gagal dalam subjek Matematik. Dia mula

berfikir bagi memberikan pelbagai alasan untuk menyejukkan hatinya bahawa dia

telah gagal dalam subjek itu.

“Alah, bukan aku seorang saja yang gagal subjek ni, kawan-kawan aku pun ramai

yang gagal jugak. So, kira ok lah”

“Dalam keluarga aku pun, abang dan kakak aku dulu pun ‘failed’ jugak subjek ni.

Jadi, bukan aku seorang la.”

“Alah… Aku subjek lain ok. Cuma subjek Matematik ni saja yang aku tak ok.”

“Subjek Matematik ni memang susah pun. Tak apa lah. Satu subjek saja pun yang

aku gagal.”

Cuba kita perhatikan. Alasan-alasan yang diberikan oleh pelajar ini. Langsung

tidak menampakkan sebarang usaha untuk mengatasi kelemahan yang ada.

Dia cuma memberikan alasan atas kegagalan yang dihadapinya.

Jika gagal dalam subjek Matematik ini dia memberikan seribu satu alasan tanpa

memikirkan jalan penyelesaiannya, percayalah jika dia gagal dalam perkara lain

sekali pun, dia akan melakukan perkara yang sama. Dia akan berfikir apa alasan

yang mahu diberikan untuk menyejukkan hati nya setelah gagal.

Orang ini sebenarnya orang yang amat berfikiran negatif. Dia termasuk dalam

golongan yang tidak mahu melakukan perubahan.

Jika dia kekal hidup sebegini, hidupnya akan selama lamanya susah. Ini kerana, dia

akan berterusan memberi alasan atas setiap satu kegagalan yang dialaminya.

Sebab itulah saya tulis buku ini.

Saya nak sedarkan anda mengapa ramai orang yang gagal dalam kehidupan

mereka. Jika anda tahu mengapa orang gagal dan anda tidak melakukan perkara

yang sama, Insya Allah. Anda tidak akan gagal.

Page 31: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

31

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Sebaliknya, satu demi satu kejayaan akan datang kepada anda. Anda akan

menjadi seorang insan yang amat berjaya suatu hari nanti.

Tamat Tips #4 : Kenapa Pelajar Gagal Dan Terus Gagal. Kita

Teruskan Membaca Tips #22: Sifat Pelajar Cemerlang.

TIPS #22 : SIFAT PELAJAR CEMERLANG

Setiap pelajar yang berjaya, mereka mempunyai kisah kejayaan mereka yang

tersendiri. Anda percaya atau tidak, kesemua pelajar yang cemerlang ini

mempunyai sifat-sifat yang hampir sama.

Sifat yang ada pada Pelajar Cemerlang A pasti ada pada Pelajar Cemerlang B. Jika

anda mengetahui sifat-sifat ini dan cuba beramal dengannya, Insya Allah anda

‘terpaksa’ berjaya seperti mereka.

Untuk tips yang ke-22 iaitu Sifat Pelajar Cemerlang, saya tidak bercadang untuk

menghuraikan kesemua sifat yang perlu ada. Sebaliknya ia lebih banyak

dihuraikan dalam buku saya yang seterusnya iaitu Rahsia Pelajar Luar Biasa.

Dalam topik ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa sifat penting yang

perlu ada pada diri anda jika mahu menjadi pelajar yang cemerlang.

Yakin & Percaya Kebolehan Diri Sendiri

Semasa saya masih belajar, abang saya memberi motivasi kepada diri saya. Beliau

menyuruh saya yakin dan percaya akan kebolehan diri saya sendiri.

Jauh di lubuk hati saya, saya tanam perasaan bahawa saya pasti akan berjaya.

Saya yakin saya akan memperoleh 9A dalam PMR, saya yakin akan memperoleh

9A dalam SPM, saya yakin akan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Inilah keyakinan dan kepercayaan yang saya tanam dalam diri saya sejak dahulu

lagi. Alhamdulillah, saya dapat capai semua yang saya impikan.

Page 32: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

32

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Kisah Katak Panjat Pokok

Dalam sebuah negeri, seekor raja katak ingin mencari seekor pemuda katak untuk

dijadikan isteri kepada puterinya yang cantik. Pemuda katak yang dicari itu

mestilah bijak, tangkas dan kuat. Lalu raja katak itu membuat pengumuman di

negerinya.

“Beta akan menganjurkan satu pertandingan, mana-mana katak yang dapat

memanjat pokok kelapa ini sampai ke atas dahulu, katak itu akan beta kahwinkan

dengan puteri beta. Kemudian, katak itu akan menjadi raja di negeri ini satu hari

nanti.”

Pada waktu itu, semua katak hampir tidak percaya. Mana mungkin seekor katak

boleh panjat naik pokok kelapa.

Walau bagaimana pun, ada beberapa ekor katak yang mahu mencuba. Apabila

mereka mula memanjat pokok kelapa itu, terdengar bunyi riuh rendah daripada

katak-katak lain yang menjerit ke arah mereka. Ada katak yang mengutuk, ada

katak yang mengkeji, dan ada juga katak lain yang memuji mereka. Seekor demi

seekor katak jatuh yang memanjat pokok kelapa tadi jatuh.

Akhirnya, ada seekor katak yang melompat untuk memanjat pokok kelapa itu. Bila

katak itu memanjat, terdengar bunyi bising katak-katak lain yang mengutuk dan

memperkecilkan keupayaan katak ini.

Perlahan-lahan, katak itu memanjat dan akhirnya sampai ke puncak pokok kelapa.

Apabila pemuda katak ini turut ke bawah, raja katak bertanya kepada pemuda

katak.

“Beta ingin bertanya kepada kamu, bagaimana kamu boleh berjaya naik ke atas

puncak pokok kelapa ini?”

Pemuda katak itu menjawab.

Page 33: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

33

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

“Saya yakin dan percaya pada diri saya sendiri yang saya boleh panjat pokok

kelapa ini. Saya kuatkan semangat, dalam hati saya katakan saya akan naik

pokok kelapa ini sampai ke atas. Semasa saya naik, ramai katak-katak lain yang

mengutuk saya. Saya pekakkan saja telinga saya. Akhirnya, saya berjaya naik ke

atas.”

Inilah rahsia kejayaan yang ingin saya kongsikan dengan anda. Walaupun agak

mustahil untuk seekor katak memanjat pokok kelapa, tetapi sekiranya ada

keyakinan dan kepercayaan dalam diri sendiri yang mengatakan dia mampu

melakukannya, dia akan berjaya.

Perkara yang sama saya lalui dahulu. Semasa saya belajar di Tingkatan 1, impian

saya adalah untuk belajar di luar negara sama seperti abang-abang saya. Impian

itu agak besar sebenarnya. Bukan mudah untuk seorang pelajar Tingkatan 1

seperti saya yang baru ‘gagal dan kecewa’ kerana tidak mendapat 4A dalam UPSR

memiliki impian sebesar itu.

Tetapi, saya kuatkan semangat saya. Saya yakin yang saya akan mampu untuk

melakukannya. Alhamdulillah, impian saya ini tercapai.

Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda, apabila saya yakin dengan diri saya,

semangat juang saya amat tinggi untuk mengharungi semua cabaran dan dugaan

sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang saya impikan.

Dalam perjalanan ini, banyak cabaran dan halangan yang saya tempuhi. Tetapi,

saya telah pun bertekad.

“Biar apa orang kata. Biar apa orang cakap. Nak… Saya nak… Saya nak juga.”

Dalam hidup, Allah amat menyukai seseorang yang melakukan sesuatu perkara

dengan terbaik. Sebab itulah dahulu saya belajar bersungguh-sungguh. Apabila

saya buat sesuatu perkara, saya berikan yang terbaik.

Saya berjanji dalam diri saya, “Saya akan melakukan yang terbaik. Hanya yang

terbaik. Only My Best.” Inilah yang memberikan kekuatan kepada saya untuk

berjaya. Sekarang, fikirkanlah. Sejauh mana anda sanggup melakukan yang

Page 34: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

34

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

terbaik untuk pelajaran anda? Jika anda sanggup memberikan yang terbaik, Insya

Allah. Anda akan berjaya.

Tidak Mudah Berputus Asa

Sifat kedua yang perlu ada pada pelajar yang cemerlang adalah tidak mudah

berputus asa.

Dalam kehidupan, kita tidak dapat lari daripada menghadapi kegagalan.

Kegagalan adalah sebahagian daripada rencah kehidupan kita.

Sebenarnya, lagi cepat kita gagal. Lagi bagus.

Ini kerana, apabila kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara kita akan

mendapat banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran yang dapat diambil atas

kegagalan itu.

Gagal di peringkat awal memudahkan kita untuk berjaya di peringkat yang

seterusnya. Kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Apa yang penting, kita tidak boleh berputus asa atas kegagalan kita yang lampau.

Apa jua cabaran yang kita hadapi, kuatkan semangat. Teruskan berjuang.

Fokuskan matlamat yang ingin kita capai. Insya Allah, kita akan berjaya.

Page 35: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

35

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Analogi Kapal Terbang

Bayangkan anda menaiki sebuah kapal terbang dari Kuala Lumpur dan mahu ke

Los Angeles, Amerika Syarikat. Perjalanan ini akan mengambil masa 24 jam.

Sepanjang perjalanan ini, kapal terbang anda sudah pun berada dalam ‘Mode

Auto Pilot’. Ia sudah dirancang untuk berhenti seketika di Tokyo sebelum

menyambung perjalanan ke Los Angeles.

Dalam perjalanan ini, kapal terbang ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai

halangan ketika sedang terbang. Adakala, terpaksa berhadapan dengan kawasan

angin lintang. Apabila ini berlaku, kapal terbang ini akan ‘divert’ ke arah yang lain.

Sistem ‘Auto Pilot’ akan mengembalikan kapal terbang ini ke arah yang betul.

Selepas beberapa ketika, kapal terbang ini perlu berhenti di Tokyo bagi berehat

dan mengisi minyak. Kemudian, kapal terbang ini akan meneruskan perjalanan ke

Los Angeles.

Apabila menyambung perjalanan ini, kapal terbang ini terpaksa mengharungi

kawasan ribut taufan pula. Kapal terbang bergoyang-goyang dan tidak stabil.

Tetapi, selepas beberapa ketika kapal terbang itu kembali seperti sedia kala.

Selepas 24 jam menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya kapal terbang ini

selamat tiba ke destinasinya di Los Angeles.

Pengajaran dari kisah ini, sebenarnya perkara yang sama juga berlaku dalam

kehidupan kita. Apabila kita mempunyai sesuatu matlamat yang ingin kita capai,

kita merasakan ia terlalu jauh untuk dicapai.

Sepanjang perjalanan itu, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

Adakalanya, kita berasa letih dan lemah. Adakalanya kita gagal. Kita hilang fokus

buat seketika.

Kita perlu berehat seketika untuk menenangkan keadaan. Kemudian kita perlu

bangun semula untuk meneruskan perjuangan.

Page 36: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

36

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Jika kita menghadapi lagi cabaran, kuatkan semangat. Teruskan berjuang. Kita

perlu sedar, tidak semua yang kita rancang akan berjalan lancar seperti yang kita

harapkan.

Insya Allah, jika kita tidak berputus asa. Kita akan sampai ke destinasinya.

Kebangkitan Semula

Inilah yang berlaku dalam kehidupan saya semasa saya bergelar pelajar dahulu.

Semasa saya menduduki peperiksaan UPSR, saya hanya mendapat 3A dan 1B

sahaja. Saya gagal mendapat tawaran ke mana-mana MRSM ataupun asrama

penuh.

Ia satu tamparan buat saya. Syukur Alhamdulillah, saya ditawarkan masuk ke

SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang.

Di situlah saya bangkit semula. Saya belajar bersungguh-sungguh. Saya tidak

berputus asa dengan kegagalan saya yang lalu. Kegagalan semasa menduduki

UPSR memberi pengajaran penting dalam hidup saya. Ia memberi kekuatan untuk

saya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Biarlah saya gagal sekali, saya tidak

mahu gagal buat kali kedua.

Inilah yang saya katakan, lagi cepat kita gagal. Lagi bagus. Sebab ia akan menjadi

pengajaran dalam hidup supaya kita tidak lagi gagal dalam ujian yang lebih besar

selepas itu.

“Peninju yang hebat bukan sahaja peninju yang pantas, tetapi peninju yang cepat

bangun apabila dia terjatuh”

Page 37: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

37

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Komitmen 100%

Salah satu sifat yang perlu ada untuk menjadi pelajar yang cemerlang adalah

memberikan komitmen 100% dalam apa juga perkara yang dilakukan.

Ramai orang mempunyai impian yang besar, tetapi mereka tidak mampu

memberikan komitmen yang tinggi. Impian mereka hanya sekadar hangat-hangat

tahi ayam.

Mereka mulakan sesuatu dengan impian yang besar, tetapi lama-kelamaan

impian mereka semakin pudar. Mereka tidak mampu memberikan komitmen

yang tinggi.

Mana mungkin seseorang yang tidak boleh memberikan komitmen untuk berjaya

dengan cemerlang.

Kejayaan memerlukan pengorbanan. Untuk mendapatkan sesuatu, anda perlu

mengorbankan sesuatu. Jika anda mahukan kejayaan, banyak yang perlu anda

korbankan.

Anda perlu mengorbankan sedikit keseronokan semasa anda belajar. Anda perlu

bekerja keras untuk berjaya. Memberikan yang terbaik dalam semua perkara yang

anda lakukan.

Semasa saya belajar dahulu, saya sentiasa memberikan komitmen 100%. Saya

berikan yang terbaik.

Masa belajar, saya belajar. Masa main, saya bermain. Masa aktiviti persatuan,

saya berpersatuan. Saya buat semua perkara. Tetapi, saya cuba berikan komitmen

yang terbaik dalam semua perkara yang saya buat.

Alhamdulillah, saya dapat merasakan apabila saya memberikan komitmen 100%

dalam aktiviti-aktiviti yang saya lakukan. Impaknya sangat hebat. Saya berjaya

mencapai apa yang saya mahukan.

Page 38: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

38

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Semasa saya belajar dahulu, satu masalah yang saya perhatikan, ramai yang tidak

mampu untuk memberikan komitmen yang maksimum dalam pekerjaan mereka.

Kesannya, mereka tidak mendapat result yang maksimum.

Insya Allah, saya akan mendedahkan kepada anda semua rahsia bagaimana untuk

menjadi seorang pelajar yang luar biasa dalam buku saya yang seterusnya iaitu

Rahsia Pelajar Luar Biasa.

Bacalah buku itu, hayatilah. Jika anda beramal dengan semua rahsia yang saya

berikan. Percayalah, anda terpaksa hidup luar biasa.

Di Dalam SAMPEL PERCUMA Ini, Saya Hanya Berkongsi 2 Daripada

25 Tips Dan Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang Yang Hebat.

Anda Perlu Mengetahui 23 Tips Lagi Yang Saya Amalkan Dahulu

Sehingga Saya Menjadi Pelajar Terbaik Dalam Department

Electrical Engineering Di University of Sheffield, United Kingdom.

Tips Tambahan Ini Boleh Diperoleh Dalam Full Version EBOOK Ini

Yang Boleh Didapati Di http://www.rahsialuluscemerlang.com

Page 39: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

39

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

KESIMPULAN

Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada anda yang telah pun berjaya

membaca buku ini sehingga muka surat ini. Percayalah, apa yang saya tulis ini

tidak akan diajar oleh mana-mana orang kepada anda. Tidak ada silibus di mana-

mana sekolah atau universiti yang akan ‘cover’ topik ini.

Apa yang saya tulis ini semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika

saya belajar. Saya juga membuat pemerhatian terhadap sahabat-sahabat saya

yang lain dalam pelajaran mereka.

Kesemua pengalaman saya belajar selama 10 tahun bermula dari Tingkatan 1

sehingga ke peringkat universiti saya kongsikan dengan anda begitu detail.

Saya mahu anda tahu, untuk berjaya anda perlu berusaha. Anda perlu berubah.

Berani berubah untuk melakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan

sebelum ini.

Semua tips dan panduan yang saya tulis dalam buku ini tidaklah perlu anda ikut

100%. Anda boleh ikut mana-mana tips yang anda rasakan perlu.

Mungkin, anda hari ini jauh lebih hebat berbanding saya dahulu. Anda boleh

kekalkan teknik belajar yang anda gunakan sekarang.

Mungkin satu dua tips yang saya kongsikan boleh anda gunakan bagi

memantapkan lagi skil-skil anda untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Atau

sekurang-kurangnya buku ini boleh dijadikan panduan untuk anda bagi

merancang masa hadapan anda selepas ini.

Saya sudah pun mendedahkan segala rahsia dan teknik yang saya gunakan

semasa saya belajar dahulu. Sekarang, terpulang kepada anda sama ada anda

mahu mengamalkannya atau tidak.

Saya tidak menjanjikan kejayaan apabila anda membaca buku ini. Tetapi, saya

berani berkata Insya Allah anda akan berjaya sekiranya anda beramal dengan

semua tips-tips ini.

Page 40: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

40

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Saya sudah pun memberikan yang terbaik kepada anda. Sekarang terpulanglah

kepada anda.

Segala ilmu dan tips ini tidak berguna jika anda tidak mengamalkannya. Saya

yakin, datanglah pakar motivasi mana pun kepada anda, sekiranya anda tidak

mahu bertindak, anda tidak akan ke mana.

Ayuh adik-adikku, serlahkan potensimu. Tunjukkan kebolehanmu. Tunjukkan

kemampuanmu.

Jika anda berusaha hari ini, anda bukan berusaha untuk orang lain, tetapi anda

berusaha untuk diri anda sendiri. Kalau anda leka hari ini, anda bukan leka untuk

orang lain. Tetapi, kesannya adalah terhadap diri anda sendiri.

Kehidupan anda 5-10 tahun akan datang bergantung kepada apa usaha anda hari

ini.

Saya mendoakan agar anda yang membaca buku ini akan menjadi seorang pelajar

yang cemerlang, berjaya di dunia dan di akhirat.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda dalam kehidupan anda

selepas ini.

Jangan lupa, pastikan anda membaca Buku Ketiga saya, “Rahsia Pelajar Luar

Biasa”.

“Mengapa pilih untuk jadi pelajar biasa-biasa kalau anda boleh pilih untuk

menjadi PELAJAR LUAR BIASA!!!!!”

Selamat Membaca.

Wassalam.

Tamat EBOOK #2 : Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Ayuh Kita

Baca Sedutan Ebook #3: Rahsia Pelajar Luar Biasa

Page 41: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

41

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Page 42: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

42

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

ISI KANDUNGAN

CATATAN PENGARANG ..........................................................................................5

TIPS #1 : SKRIP KEHIDUPAN ...................................................................................7

TIPS #2 : KUASAI MINDA ANDA............................................................................ 14

TIPS #3 : BUAT KEPUTUSAN ................................................................................. 19

TIPS #4 : BERI TUMPUAN (FOCUS) ....................................................................... 22

TIPS #5 : MAKSIMUMKAN POTENSI DIRI.............................................................. 26

TIPS #6 : KUASA TINDAKAN PANTAS .................................................................... 33

TIPS #7 : PILIH SAHABAT YANG POSITIF ............................................................... 39

TIPS #8 : ‘DUPLICATE’ ........................................................................................... 46

TIPS #9 : BELAJAR ‘PUBLIC SPEAKING’.................................................................. 50

TIPS #10 : KELUAR DARI ‘ZON SELESA’ ................................................................. 55

TIPS #11 : DIRI SENDIRI PENGHALANG UTAMA ................................................... 60

PENUTUP .............................................................................................................. 66

Dalam SAMPEL PERCUMA ini, saya hanya memberikan TIPS #7:

PILIH SAHABAT YANG POSITIF. Jika Anda Berminat Untuk

Mendapatkan Baki 10 Tips Rahsia Pelajar Luar Biasa, Anda Boleh

Dapatkan Full Version Ebook Ini Di

http://www.rahsialuluscemerlang.com

Page 43: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

43

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

CATATAN PENGARANG

Bersyukurlah kepada Allah kerana anda sudah pun sampai ke buku saya yang

ketiga, “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. Tak ramai yang berpeluang untuk membaca

buku ini. Alhamdulillah, Allah telah memilih anda untuk membacanya.

Saya berharap anda akan mendapat inspirasi dan motivasi selepas membaca buku

pertama, “Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom”. Saya mahu anda menjadi

pelajar cemerlang walau di mana jua anda belajar sekarang ini. Kalau boleh

pasangkan impian hari ini agar suatu hari nanti anda akan melanjutkan pelajaran

ke luar negara.

Saya juga sudah mendedahkan 25 tips dan teknik bagaimana untuk anda menjadi

pelajar cemerlang dalam buku kedua “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang”. Saya

berharap anda dapat menghayati dan mengamalkan segala tips dan teknik yang

telah saya kongsikan dengan anda dalam buku ini.

Jika anda sanggup ‘paksa’ diri anda untuk mengamalkannya, Insya Allah. Anda

akan berjaya dalam pelajaran anda.

Ramai yang sudah membaca buku “Rahsia Pelajar Luar Biasa” ini. Alhamdulillah,

saya mendapat respon yang amat positif daripada mereka.

Mereka berasa teruja dengan rahsia-rahsia yang saya kongsikan. Percayalah, jika

anda mengamalkan segala rahsia ini anda akan menjadi seorang pelajar yang luar

biasa.

Terus-terang saya katakan, buku ini harus dibaca oleh mereka yang ingin

mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Buku ini harus dibaca oleh

mereka yang mahu menjadi manusia luar biasa. Jika anda tidak berhasrat untuk

berubah, anda tidak perlu membaca buku ini.

Untuk berjaya dalam hidup ini, anda perlu menjadi seorang yang luar biasa. Anda

tidak boleh berjaya jika anda hidup biasa-biasa sahaja.

Page 44: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

44

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Untuk menjadi seorang yang luar biasa, ia harus bermula dengan anda menjadi

seorang pelajar luar biasa terlebih dahulu.

Insya Allah, saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menjadi

seorang pelajar luar biasa. Rahsia ini tidak akan diajar di mana-mana buku teks

semasa anda belajar di sekolah, kolej atau universiti.

Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa saya

belajar dahulu.

Walaupun semua rahsia ini ditulis secara khusus untuk golongan pelajar, tetapi

rahsia yang sama juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita semua.

Jika diamalkan, hidup kita akan bertambah baik. Kita akan dapat mencapai banyak

perkara yang sebelum ini kita sukar untuk capai.

Saya mendoakan agar anda yang membaca buku ini akan menjadikan hari ini

sebagai titik perubahan dalam hidup anda. Jika anda tidak berubah sekarang, bila

lagi anda mahu berubah. Sama-samalah kita berubah ke arah hidup yang lebih

baik.

Bacalah buku ini dengan hati yang tenang. Terlalu banyak perkara yang ingin saya

kongsikan. Jika anda perhalusi setiap rahsia ini dan kemudian mengamalkannya, ia

akan memberi kesan positif dalam hidup anda.

Sedikit demi sedikit hidup anda akan berubah ke arah yang lebih baik.

Selamat Membaca!

Mohd Firdaus Mat Saad Parit Buntar 6 Jun 2013 / 27 Syaaban 1434H

Dalam SAMPEL PERCUMA ini, saya hanya memberikan TIPS #7:

PILIH SAHABAT YANG POSITIF. Jika Anda Berminat Untuk

Mendapatkan Baki 10 Tips Rahsia Pelajar Luar Biasa, Anda Boleh

Dapatkan Full Version Ebook Ini Di

http://www.rahsialuluscemerlang.com

Page 45: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

45

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

TIPS #7 : PILIH SAHABAT YANG POSITIF

Pentingkah kawan dalam kehidupan anda? Jika anda bertanya kepada saya.

Jawapannya. Teramat penting.

Di dalam ceramah Prof Muhaya, Prof banyak menekankan “Anda Adalah Siapa

Kawan Anda”.

Kalau anda nak tahu bagaimana perangai dan sikap anda, lihatlah bagaimana

perangai dan sikap sahabat-sahabat yang rapat dengan anda.

Kalau baik sahabat-sahabat anda, insya Allah, anda juga akan menjadi baik. Tapi

kalau kawan-kawan anda buruk perangainya, maka kemungkinan besar perangai

buruk itu akan berjangkit kepada anda juga.

Jika anda mahu hidup luar biasa, jika anda mahu menjadi seorang yang berjaya,

anda mesti dikelilingi oleh mereka yang berjaya. Ini bukan satu pilihan. Tapi, ini

satu kemestian.

Perhatikan di dalam kelas, siapa yang duduk di sebelah anda.

Perhatikan dalam ‘study group’ anda, siapa yang selalu bersama anda.

Perhatikan di sebelah kanan dan kiri anda. Lihat siapa di hadapan dan di belakang

anda. Mereka ini turut memainkan peranan dalam menentukan masa depan

anda.

Saya mahu anda menjawab satu soalan. Adakah mereka yang rapat dengan anda

merupakan seorang yang sentiasa berfikiran positif atau pun seorang yang

sentiasa berfikiran negatif?

Page 46: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

46

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Getaran

Setiap benda dalam dunia ini bergetar. Kita manusia ini juga ada getarannya.

Seseorang yang berfikiran positif akan mengeluarkan gelombang positif dari

dalam dirinya. Seseorang yang berfikiran negatif juga akan mengeluarkan

gelombang negatif dari dalam dirinya.

Sebab inilah penting untuk kita memilih kawan yang betul.

Jika kita dikelilingi oleh orang yang berfikiran positif, kita akan terasa lebih yakin

apabila berada bersama mereka. Mereka yang berfikiran positif akan menolak kita

ke atas.

Tetapi kalau kita dikelilingi oleh orang yang berfikiran negatif, kita akan terasa

lemah. Tahap keyakinan kita akan berkurang. Ini kerana mereka yang berfikiran

negatif akan menarik kita ke bawah.

Uji Kaji Di Sebuah MRSM

Ketika saya menyampaikan satu ceramah motivasi pelajar cemerlang di sebuah

MRSM, saya ingin menunjukkan bukti yang mudah kepada seluruh pelajar yang

lain betapa pentingnya mencari sahabat yang berfikiran positif.

Saya ingin tunjukkan secara ‘Live’ kepada mereka betapa pentingnya kita

dikelilingi oleh mereka yang berjaya.

Saya meminta salah seorang pelajar yang cemerlang untuk berdiri. Beliau

memperoleh PNG 3.96.

“Adik, boleh berikan nama sahabat yang paling rapat dengan adik,” saya bertanya

kepada beliau.

“Sahabat baik saya bernama Ana,” beliau menjawab.

Page 47: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

47

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Kemudian, saya bertanya pula kepada Ana.

“Adik, berapa ‘pointer’ adik?” Ana menjawab, “3.84”

Selepas itu, terus saya terangkan kepada pelajar yang lain teori seorang sahabat.

“Anda adalah siapa sahabat anda. Kalau kita tengok sekarang, Ana bersahabat

baik dengan pelajar terbaik di sini. Mahu tak mahu, Ana pun ‘terpaksa’ berjaya

macam sahabat baiknya. Sebab itulah saya katakan, penting untuk kita memilih

bersahabat dengan mereka yang berjaya”

Kemudian, saya bertanya soalan seterusnya kepada semua pelajar lain.

“Boleh tak sesiapa yang dapat pointer di bawa 2.50 untuk angkat tangan?”

Ada beberapa pelajar yang mengangkat tangan. Ini menunjukkan mereka

memperoleh pointer di bawah 2.50 untuk semester yang lepas. Saya meminta

salah seorang daripada mereka untuk bangun dan saya bertanya kepadanya.

“Ok adik, berapa pointer adik untuk semester yang lepas?”

“2.40,” beliau menjawab ringkas. Kemudian saya bertanya soalan cepu emas

kepadanya. “Boleh tak adik beri tahu siapa nama sahabat di sini yang paling rapat

dengan adik?”

Beliau menamakan Ali sebagai sahabat yang paling rapat dengannya. Saya

meminta Ali untuk bangun dan bertanya pointer Ali untuk semester yang lepas.

Ternyata, pointer Ali juga tidak banyak berbeza dengan pointer sahabat baiknya

itu.

Nah, adakah anda nampak kesan pengaruh sahabat dalam kisah ini?

Ini bukanlah bermaksud kita tidak boleh berkawan dengan mereka yang lemah.

Sememangnya kita perlu berkawan dengan semua orang.

Tetapi kita perlu lebih rapat dengan mereka yang lebih berjaya untuk belajar

daripada mereka. Apabila bersama dengan kawan-kawan yang lemah pula, kita

bantulah mereka untuk sama-sama berjaya. Barulah hidup kita lebih berkat.

Page 48: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

48

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Pilih Sahabat Yang Berfikiran Positif

Adalah sangat penting untuk kita berada di sekeliling mereka yang berfikiran

positif dan berjaya. Ini kerana, mereka yang berfikiran positif dan berjaya pasti

akan berusaha membantu kita untuk sama-sama berjaya.

Sebaliknya, mereka yang berfikiran negatif, hanya akan sentiasa mengeluarkan

aura negatif dari badan mereka. Maka mereka ini akan selalu menjuruskan kita ke

arah kegagalan.

Jika kita rapat dengan mereka, kehidupan kita juga akan dipengaruhi oleh mereka.

Apabila kita berada di sekeliling mereka yang berjaya dan bijak pandai, amat

mudah untuk kita meminta pertolongan daripada mereka.

Mentor Dalam Pelajaran

Semasa saya belajar dahulu, sama ada di MRSM Taiping, di Kolej Mara Banting

atau di University of Sheffield, saya mempunyai seorang mentor untuk setiap

subjek yang saya lemah.

Saya meminta bantuan mereka untuk membimbing secara personal. Merekalah

yang banyak membantu saya untuk berjaya dalam pelajaran. Syukur

Alhamdulillah.

Apa yang pasti, dahulu saya bijak memilih sahabat.

Saya BERKAWAN dengan semua orang.

Tetapi, saya BERSAHABAT dengan mereka yang berfikiran positif sahaja.

Page 49: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

49

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

‘Biawak’ Berkaki Dua

Tahukah anda? 80% manusia di sekeliling kita berketurunan ‘biawak’. ‘Biawak’

yang saya maksudkan di sini adalah manusia yang suka menarik orang lain ke

belakang untuk gagal bersama-sama dengannya.

Yang lebih menyedihkan, ramai orang yang gagal kerana bersahabat dengan

‘biawak-biawak’ berkaki dua ini.

Saya memberi contoh, apabila kita membuat sesuatu kerja rumah untuk disiapkan

segera, sedangkan kerja itu sepatutnya dihantar pada minggu hadapan.

Golongan ‘biawak’ ini akan berkata.

“Elehhh… Nak buat apa buat sekarang. Kerja ni kan nak hantar minggu depan”

Apabila kita hendak pergi awal ke kelas atau kuliah. Golongan ‘biawak’ ini akan

berkata.

“Elehh… Rileks la.. Awal lagi ni. Pergi awal-awal pun bukannya cikgu sampai lagi.”

Apabila kita buat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Golongan

‘biawak’ ini akan berkata.

“Elehhh… Kenapa yang nak study awal-awal.. Exam kan hujung tahun ini. Lambat

lagi bro. Rileks la dulu.”

Golongan ‘biawak’ ini adalah mereka yang banyak memberi komen-komen

negatif.

“Tak payah la.. Tak boleh la… Rileks la.. Tunggu dulu la… Nanti la…..”

Perkataan negatif ini sering meniti di bibir mereka yang dikategorikan sebagai

‘biawak berkaki dua’. Jika ramai dikalangan sahabat baik anda mempunyai sikap

begini, anda harus lebih berhati-hati dengan mereka.

Jangan biarkan diri anda ditarik ke bawah oleh golongan ‘biawak’ ini.

Page 50: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

50

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Be In A Mastermind Group

Jika anda mahu hidup luar biasa, dan mahu berjaya, buatlah satu kumpulan.

‘Be In A Mastermind Group’. Dalam kumpulan ini, anda mesti sentiasa bantu-

membantu. Tidak bersaing antara satu sama lain. Sebaliknya, anda semua

bekerjasama untuk sama-sama berjaya.

Pastikan hanya yang berfikiran positif berada dalam kumpulan anda.

Orang yang berfikiran positif, memikirkan masalah 10% dan memikirkan

penyelesaiannya 90%. Tetapi mereka yang negatif memikirkan masalah 90% dan

memikirkan penyelesaian hanya 10%.

Sebab itulah saya amat tekankan kepada anda semua. Jika mahu berjaya, tukarlah

sahabat anda. Peliharalah getaran anda. Jika anda jumpa orang yang berfikiran

negatif dan anda rasa anda tak mampu untuk menolong mereka, anda hanya

perlu lari jauh-jauh daripada mereka.

Percayalah… Anda adalah siapa sahabat anda.

Page 51: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

51

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

5 Nasihat Imam Al Ghazali Dalam Memilih Kawan :

1. Pilihlah kawan yang berakal. Jangan memilih kawan yang bodoh. Kawan

yang bodoh akan menjadi musuh & menyakitkan hati kamu.

2. Pilihlah kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat. Kawan yang

jahat akan dirangsang oleh nafsu jahatnya.

3. Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik. Kawan yang fasik

akan mengajak kita kepada perkara dosa dan maksiat.

4. Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak. Kawan

yang tamak akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

5. Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang bercakap

bohong. Kawan yang suka berbohong akan memusnahkan jiwa.

Buat para pembaca yang dikasihi. Ketahuilah bahawa mencari sahabat yang baik

itu sangat dituntut oleh agama kita. Maka, cari dan pilihlah sahabat yang baik

akhlaknya. Jika sahabat disekeliling anda tidak begitu, tukarlah sahabat anda.

Lakukanlah demi masa depan anda.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik. Kita seharusnya terlebih dahulu

menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain. Sekiranya diri kita dianggap

sebagai seorang sahabat yang baik, maka nanti Allah akan kurniakan kita sahabat

yang baik di sekeliling kita. Insya Allah.

Page 52: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

52

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

PENUTUP

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya membaca buku ini

sehingga ke muka surat ini. Anda sudah berjaya menghabiskan ketiga-tiga buku

yang saya tulis.

Syabas kerana anda telah memberikan komitmen yang baik untuk meluangkan

masa membaca buku ini.

Bagi saya, tidak ada sebarang jaminan bahawa anda akan berjaya selepas

membaca buku-buku ini. Anda boleh baca buku ini seribu kali, tetapi sekiranya

anda tidak melakukan sebarang tindakan, anda tidak beramal dengan ilmu-ilmu

yang dikongsikan, semuanya sia-sia.

Saya sudah menjalankan tugas saya iaitu untuk berkongsi rahsia kejayaan saya

dahulu dengan anda. Semua rahsia, tips dan teknik yang saya lakukan telah pun

saya kongsikan dalam ketiga-tiga buku ini. Sekarang terserah kepada anda untuk

mengamalkan apa yang telah saya kongsi.

Seperti yang saya tulis di awal buku pertama, tujuan saya menulis buku ini adalah

kerana saya mahu memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelajar untuk

berjaya. Saya mahu anda tahu, anda sebenarnya boleh berjaya sekiranya anda

mahu dan berusaha.

Untuk mendapat sesuatu, anda perlu korbankan sesuatu. Kejayaan tidak datang

bergolek di hadapan anda.

Jika anda tidak sanggup berkorban ‘keseronokan’ yang anda ada sekarang, sukar

untuk anda berjaya di kemudian hari.

Anda rasa susah, penat atau letih semasa anda belajar? Kepenatan ini hanyalah

bersifat sementara.

Berapa usia anda sekarang? Insya Allah anda akan habis belajar sekitar umur 23

tahun. Jika sekarang anda berumur 18 tahun, ini bermaksud anda hanya perlu

Page 53: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

53

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

‘susah’ selama 5 tahun sahaja lagi. Ya, 5 tahun yang anda korbankan ini akan

menampakkan hasilnya selepas itu.

Tetapi, jika anda memilih untuk berseronok sekarang, hidup anda mungkin akan

sengsara di kemudian hari.

Buatlah pilihan yang tepat.

Saya komited untuk melihat anak bangsa saya berjaya. Jika tidak, saya tidak akan

menulis buku ini.

Saya mahu anda berjaya, saya mahu anda menjadi pelajar cemerlang, saya mahu

anda berubah ke arah yang lebih baik.

Sebab itulah, saya bersedia untuk menganjurkan satu pertandingan.

Selepas 6 bulan hingga satu tahun dari sekarang (Jun 2013), saya akan

menganjurkan satu pertandingan.

“Perkongsian Pengalaman: Perubahan yang anda rasakan dalam hidup

Sebelum dan Selepas membaca buku ini.”

Saya mahu anda hayati dan pelajari setiap perkongsian yang saya lakukan dalam

ketiga-tiga buku ini.

Saya mahu anda amalkan segala tips dan rahsia yang telah saya kongsikan. Saya

mahu melihat perubahan dalam hidup anda. Saya mahu melihat anda berjaya.

Kemudian, saya mahu anda kongsikan dengan saya apa perubahan hidup anda

selepas mengamalkan semua ilmu ini dalam tempoh 6 bulan – 1 tahun dari

sekarang.

Pemenang yang terpilih kelak akan menerima Hadiah Istimewa daripada saya!!

Saya hanya mahu melihat anak bangsa saya berjaya. Saya mahu lihat ummat

Islam berjaya. Saya suka melihat orang lain berjaya.

Anda perlu bangkit, anda tidak boleh ‘tidur’ lagi. Jika sebelum ini anda berjalan,

sekarang anda perlu ‘berlari’ bagi mencapai semua impian anda.

Page 54: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

54

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Jika anda rasakan buku ini bermanfaat untuk anda, Insya Allah buku ini juga akan

memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain.

Cadangkan kepada mereka untuk mendapatkan buku ini juga dengan melayari

laman web http://www.rahsialuluscemerlang.com dan facebook kami di

https://www.facebook.com/RahsiaLulusCemerlang. Ini bukan isu saya mahu

mendapat keuntungan hasil jualan buku ini, tetapi kita mahu lebih ramai anak

bangsa kita yang berjaya.

“Jika Anda Mahu Berjaya, Bantu Orang Lain Untuk Turut Berjaya, Insya Allah.

Anda Terpaksa Berjaya”

Akhir sekali, saya mendoakan agar anda yang membaca buku ini dapat mengambil

iktibar dari kisah hidup saya ini. Semoga anda semua kaya dan berjaya, menjadi

seorang yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Mohd Firdaus Bin Mat Saad Parit Buntar 6 June 2013

Page 55: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

55

SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG– MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Dalam SAMPEL PERCUMA Ini, Saya Telah Memberikan Anda Satu Topik Sebagai

Sedutan Daripada Buku #1: Dari Kampung Kedah Ke United Kingodm, 2 Tips Dari Buku #2:Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang Dan 1 Tips Dari Buku #3:

Rahsia Pelajar Luar Biasa.

Jika Anda Berminat Untuk Mendapatkan Full Version Ebook Ini, Anda Boleh Mendapatkannya Di http://www.rahsialuluscemerlang.com

Harga Untuk Ketiga-Tiga Ebook Ini Adalah RM35 Sahaja. 3 Buah EBOOK = RM35

Untuk Pengetahuan Anda, Sebahagian Daripada Keuntungan Hasil Jualan Buku Ini Akan Diinfakkan Kepada Orang Miskin, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal,

Pembelian Makan Dan Minum Di Rumah Anak Yatim, Pembangunan Surau Dan Masjid Serta Untuk Pembangunan Islam. Jika Anda Membeli ‘Full Version’

Ebook Ini, Ini Bermaksud Anda Membeli Sambil Menderma

Sekiranya Selepas Membeli Ebook Ini, Anda Merasakan Ebook Ini Tidak Bermanfaat Untuk Anda, Anda Boleh Menghubungi Saya. Saya Akan

Memulangkan Wang Anda Sepenuhnya Tanpa Sebarang Soalan.

Ini Komitmen Yang Saya Berani Berikan Kerana Saya Tahu Buku Ini Amat Berkualiti Untuk Membantu Anak Anda.

Ada Lagi !!!! Sekiranya Anda Susah, Anda Miskin, Anda Tidak Merokok Dan

Anda Kekurangan Wang Untuk Membeli Ebook Ini, Maklumkan Kepada Saya. Saya Akan Berikan Kepada Anda Secara Percuma

Saya Komited Untuk Membantu Anak Bangsa Saya.

Jika Anda Berhasrat Untuk Membantu Anak Anda Berjaya, Cemerlang Dalam

Kehidupan Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat, Inilah Buku Yang Sepatutnya Mereka Baca.

Semoga, Anak Anak Anda Akan Bersemangat Selepas Membaca Ebook Ini.

Semoga Mereka Tahu Bagaimana Jalan Pintas Untuk Mereka Berjaya.