dst tahun 2 jenis-jenis makanan dan fungsinya
DESCRIPTION
Jenis-jenis Makanan KitaTRANSCRIPT
DST TAHUN 2 SKTTMakanan kita
Jenis-jenis makanan dan fungsinya
Disediakan oleh Cikgu Ruslee
Guru DST dan sains2014
HP 011-17915430
Membantu tumbesaran
Kita makan daging, ikan, ayam, udang,sotong, telur dan minum
susu supaya badan kita boleh membesar dengan sempurna. Badan kita tidak membesar jika
kita tidak suka makan lauk ketika makan nasi.
Memberi tenaga
Kita makan nasi, mee, roti dan ubi supaya kita boleh mendapat
tenaga.Jika kita tidak makan, badan kita
akan menjadi lemah.
Membantu menjaga kesihatan
Setiap hari kita mesti makan sayur-sayuran ketika makan nasi.
Selepas makan nasi, kita makan buah-buahan pula.
Kita akan menjadi sihat dan tidak mudah terkena penyakit.
Kita perlu makan semua jenis makanan setiap hari supaya tubuh kita bertenaga, membesar dengan
sempurna dan tidak terkena penyakit.
Selain daripada itu, kita juga perlu bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh untuk
menyihatkan badan.