draf minit jawatankuasa sektor dasar

Upload: parvinaa-vna

Post on 10-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

draf

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT SEKTOR DASAR BIL. 1/2014

TARIKH

:28 Januari 2014 (Selasa)

MASA

:9:00 Pagi

TEMPAT

:Bilik Gerakan, Aras 7

PENGERUSI:YBhg. Dato Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)

Kementerian Sains, Teknologi & InovasiKEHADIRAN:Seperti di Lampiran 1___________________________________________________________________1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Ucapan Alu-aluan

1.1.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua pegawai ke mesyuarat Bil. 1/2014.

Makluman1.2. Pengurusan Kewangan Sektor Dasar Awam

1.2.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa pelaporan status terkini pengurusan kewangan bagi semua Sektor Dasar Awam MOSTI dijadikan sebagai salah satu agenda tetap di dalam mesyuarat.

1.2.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa, prestasi perbelanjaan pembangunan MOSTI sehingga 19 Januari 2013 adalah sebanyak RM 652.005 juta (90.31%) daripada jumlah peruntukan sebanyak RM722.0 juta dan berada di kedudukan tangga 18 di bawah purata nasional.

1.2.3. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan agar bahagian yang terlibat perlu melaksanakan projek/program 2014 mengikut jadual pelan tindakan dan semua perolehan perlu dibuat dengan segera bagi memastikan pencapaian ini dapat ditingkatkan dan peruntukan tahun 2014 dapat digunakan sepenuhnya.

Makluman1.3. Pelaporan Pencapaian KPI MOSTI

1.3.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa laporan pencapaian KPI yang melibatkan semua sektor dasar awam perlu dilaporkan pada setiap Mesyuarat. Makluman1.4. Penambahbaikan Kualiti Data

1.4.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi turut meminta Bahagian MASTIC untuk menyelaras dan menambah baik kualiti data yang dikumpulkan terutamanya maklumat geran R,D&C MOSTI agar sentiasa relevan dan seiring dengan keperluan semasa.Tindakan: MASTIC

1.5. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2014

1.5.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memohon ahli mesyuarat untuk mematuhi 11 langkah perbelanjaan berhemat yang telah digariskan dalam pekeliling tersebut.Makluman

1.6. Amanat KSN 2014

1.6.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi juga memohon ahli mesyuarat untuk menerapkan 6 prinsip utama yang digariskan oleh YBhg. Tan Sri. Dr. KSN dalam mewujudkan penyampaian terbaik dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.Makluman1.7. Perancangan Rapi Dalam Menjalankan Program/Acara MOSTI1.7.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat agar membuat persiapan yang rapi dan terperinci sebelum melaksanakan sesuatu program. 1.7.2. Ketua Bahagian/Seksyen/Unit yang terlibat dalam program perlu bekerjasama dengan pihak UKK untuk menyediakan segala input untuk penyediaan media kit bagi maksud sidang media. 1.7.3. Ketua Bahagian/Seksyen/Unit yang terlibat dalam program perlu menyediakan atur cara pentadbiran dengan rapi agar program dapat dilaksanakan dalam tempoh masa atur cara majlis yang ditetapkan dengan lancar dan sempurna.

1.7.4. Segala gambar program MOSTI dan kenyataan berkaitan dengan program perlu disediakan oleh Ketua Bahagian/Seksyen/Unit yang terlibat untuk diedarkan kepada pihak UKK untuk dimuat naik dalam laman web Portal MOSTI untuk tujuan publisiti.Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Sektor Dasar Bil. 5/2013

2.1. Minit mesyuarat Sektor Dasar Bil. 5/2013 disahkan tanpa pindaan.

3. Perbincangan Dan Keputusan

3.1. Pemantauan & Pengemaskinian Laman Sosial Media

3.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pencalonan pegawai yang akan dilantik sebagai extended arm Facebook / laman sosial rasmi MOSTI oleh SUB-SUB telah pun diterima. Draf Surat Pelantikan rasmi berdasarkan pencalonan tersebut telah dikemukakan kepada KSU pada minggu ke-2 Januari namun masih menunggu tandatangan beliau.Tindakan: UKK

3.2. Kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pembangunan Islam

3.2.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu slot perkongsian ilmu berkaitan dengan kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pembangunan islam perlu diadakan pada setiap hari jumaat.Tindakan : Akademi Sains Malaysia3.3. Completed Research

3.3.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa maklumat dan data completed research sedang dikumpul dan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengkomersilan. Urus setia sedang mendapatkan tarikh untuk menetapkan mesyuarat bilangan pertama Jawatankuasa Induk Pengkomersilan yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri.3.3.2. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa Bahagian I&P bersama-sama dengan Pejabat Pengkomersilan perlu selaras dan kenal pasti definisi dan pengiraan bagi kadar pengkomersilan (rate of commercialisation) Tindakan: Bahagian I&P

3.4. Protokol dan Istiadat

3.4.1. UKK juga bercadang untuk mengadakan Kursus Asas Protokol bagi memastikan pegawai-pegawai di jabatan/agensi MOSTI dilengkapkan dengan pengetahuan protokol serta mengurangkan kebergantungan kepada UKK.Makluman

3.5. Audit Pengurusan Dana Pra-Pengkomersialan MOSTI Oleh Jabatan Audit Negara.

3.5.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pasukan audit negara sedang menjalankan proses audit bagi Dana Pra-Pengkomersilan MOSTI. Antara perkara yang diutarakan adalah mengenai kekurangan produk R&D yang dikomersilkan dan kurangnya post monitoring bagi projek-projek yang telah tamat.

3.5.2. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa suatu mesyuarat perlu diadakan bagi membincangkan penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas pengurusan dana R,D&C MOSTI.Tindakan: Seksyen Dana3.6. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1997: Garis Panduan Mengenai Penyelarasan Penggunaan dan Perolehan Kemudahan dan Peralatan Teknologi Baru di Agensi Kerajaan.3.6.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengumpulan data kemudahan dan peralatan telah dilaksanakan oleh MASTIC pada tahun 2013 dan laporan berbentuk direktori telah diterbitkan. Laporan ini turut dipaparkan di laman web MASTIC.

3.6.2. Satu perbincangan mengenai masalah dan kekangan berkaitan proses pengumpulan data-data STI telah diadakan di antara YBhg. Dr. Ketua Perangkawan dengan YBhg. Dato Dr. TKSU(D) bersama KPSU(M)1 pada 6 Januari 2014.3.6.3. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa proses pengumpulan data STI akan dilaksanakan oleh MASTIC sehingga Jabatan Perangkaan Malaysia memperluaskan skop perangkaan kepada STI. Perluasan skop tersebut akan dibuat selaras dengan sektor yang menjadi asas kepada pembangunan negara.Makluman

3.7. National Blue Ocean Strategy (NBOS)

3.7.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa makluman akan dibuat kepada semua jabatan/agensi untuk mengemukakan cadangan projek NBOS 2014 masing-masing kepada pihak urusetia sebelum 28 Februari 2014.Makluman3.8. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)

3.8.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa :(i) pembentangan awal mengenai program-program flagship pelan tindakan DSTIN ini akan diadakan pada 4 Disember 2013 di Bilik Mesyuarat Transformasi, MOSTIBerikut adalah senarai Pelan Tindakan (Plan of Action - POA) DSTIN yang telah disediakan;i. POA Teras Strategik

ii. POA Program Flagship

iii. POA Tahun Pengkomersialan MOSTI 2014

3.8.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua cadangan POA DSTIN telah diangkat untuk perhatian dan persetujuan pihak Pengurusan Tertinggi MOSTI.3.8.3. Mesyuarat dimaklumkan bahawa fokus konteks DSTIN adalah Plan of Action berdasarkan kepada teras strategik utama. Bahagian perancangan telah meneliti dan mengenalpasti 20 projek, 9 program dan 42 rangka dasar di bawah teras strategik utama.Tindakan : Bahagian Perancangan (Unit Strategik)3.9. Key Performance Indicator (KPI) TIER 23.9.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa 19 KPI telah diluluskan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta dipersetujui oleh MOSTI untuk dijadikan KPI YB Menteri bagi tahun 2014. KPI tersebut merangkumi:i. 4 KPI Overall Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA);ii. 4 KPI Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA);iii. 2 KPI Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI); daniv. 9 KPI Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA)

3.9.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Unit KPI juga memantau 13 KPI Dalaman MOSTI yang melibatkan semua Klaster/ Bahagian/ Unit/ Agensi. Tindakan: Bahagian Perancangan (Unit Strategik)

3.10. Rang Undang-Undang Academy Science Social and Humanity Malaysia (ASAH)3.10.1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa KKR masih belum memperolehi persetujuan daripada ketiga-tiga Lembaga di KKR berkenaan dengan draf RUU MBOT sebelum dikemukakan kepada MOSTI. MOSTI memerlukan surat jawapan persetujuan daripada KKR ini sebelum dapat memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan semakan ke atas draf RUU MBOT. Sehingga kini, surat jawapan daripada KKR ini masih belum diperolehi.Tindakan: Bahagian Perancangan (Unit Strategik)

3.11. Program Inovasi Inklusif3.11.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) projek yang lewat mengikut jadual iaitu Projek Merekabentuk Hentian Bas Berinovasi oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Projek ini lewat daripada perancangan asal kerana pihak MRM masih dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Permohonan MRM untuk melaksanakan projek ini dalam tahun 2014 masih dalam pertimbangan Bahagian Perancangan.Tindakan : Bahagian Perancangan (Unit Strategik)3.12. Pelancaran MOSTI Commercialisation Year 2014 (MCY 2014)3.12.1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa program MCY 2014 telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Menteri pada 23 Januari 2014 dan majlis tersebut dihadiri oleh 404 orang. 3.12.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa suatu mesyuarat perlu diadakan bagi membincangkan mengenai tindakan susulandan langkah penambaikan daripada majlis pelancaran yang telah diadakan pada 23 Januari 2014.3.12.3. YBhg. Dato Dr. Pengerusi turut meminta Bahagian I&P untuk mengadakan mesyuarat tersebut dengan kadar yang segera bagi membincangkan mengenai persiapan segala program di bawah Tahun Pengkomersilan MOSTI (MCY) sebelum diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan oleh YB Dato Dr. Menteri.

Tindakan : Bahagian I&P

3.13. Buku Katalog Produk R&D3.13.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa katalog produk R&D yang berjaya telahpun disediakan oleh Bahagian Industri dan Pengkomersilan (I&P) dan diedarkan sepanjang Majlis Pelancaran MCY2014 pada 23 Januari 2014.Makluman3.14. Pegawai Lantikan Baru3.14.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat pegawai-pegawai baru di sektor dasar seperti berikut: (I) Puan Humairath Binti KM Abu Bakar, KPSU MASTIC; dan

(II) Mohd Norhisham Bin Musa, KPSU Perancangan (RSE)Makluman3.15. Persaraan Pegawai MOSTI3.15.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa YBhg. Datin Nur Wahidah Wong binti Abdullah telah bersara daripada perkhidmatan awam pada 29 November 2013.

3.15.2. YBhg. Dato Dr. meminta Bahagian MASTIC untuk menyediakan memo kepada PSM untuk mengadakan satu sesi penghargaan dan terima kasih ke atas sumbangan pegawai sepanjang perkhidmatan di MOSTI dan perkhidmatan awam. Tindakan: MASTIC4. Hal-Hal Lain

4.1. Agenda pemerkasaan Bumiputera (PEB)4.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa hasil daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 27 Januari 2014 dengan agensi/bahagian di bawah MOSTI, beberapa projek utama telah disenaraipendek dan dikenalpasti sebagai inisiatif utama di bawah PEB.4.1.2. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa inisiatif ini akan disenaraikan sebagai salah satu KPI utama KPI YB Menteri dan KPI MOSTI.Makluman4.2. Projek di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Awam (PSDT)

4.2.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa bengkel Change Acceleration Process (CAP) telah diadakan di Port Dickson pada 19-21 Januari 2014 bagi memberi pemahaman mengenai kaedah yang terlibat di dalam melaksanakan perubahan bagi projek yang melibatkan pelbagai stakeholders. 4.2.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa agensi/jabatan yang terlibat dalam program di bawah PSDT perlu menyediakan slaid pembentangan bagi mesyuarat awalan dengan KSU MOSTI sebagai persediaan kepada Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri. KSN.Makluman4.3. Persiapan retreat MOSTI 2014

4.3.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa retreat dijangka diadakan pada 28 Februari 2014 hingga 2 Mac 2014 di Port Dickson. Segala persiapan retreat sedang dilaksanakan dan Bahagian Perancangan akan menetapkan satu mesyuarat bagi membincangkan persiapan retreat.Makluman5. Penutup

5.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 Tengahari dengan ucapan terima kasih daripada YBhg. Dato Dr. Pengerusi.

Disediakan oleh:MASTIC

30 Januari 2014

Disemak Oleh:

.......................................................

Encik Kamaruhzaman Mat Zin

KPSU(M)1

Bahagian MASTIC

Diluluskan Oleh:

..............................................................

YBhg. Dato Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)LAMPIRAN 1SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT SEKTOR DASAR BIL. 1/2014Bil.NamaJawatanBahagian

1.YBhg. Dato Dr. Mohd Azhar bin Hj. YahayaTimbalan Ketua Setiausaha DasarPejabat TKSU Dasar

2.Encik Kamel bin MohamedSetiausaha Bahagian KananPerancangan

3.YBrs. Dr. Ibrahim bin Abu AhmadTimbalan Setiausaha Bahagian KananPerancangan Strategik

4.Encik Ho Koon SengSetiausaha BahagianAntarabangsa

5.Encik Azhar bin AhmadTimbalan Setiausaha BahagianUnit Strategik

6.Encik Jafri bin Embok TahaTimbalan Setiausaha BahagianUnit HRD

7.Encik Mooi Wah KianTimbalan Setiausaha BahagianUnit Penilaian

8.Encik Suhaimi bin HamzahTimbalan Setiausaha BahagianSeksyen Dana

9.Encik Ahmad Norhad bin Zahari Timbalan Setiausaha BahagianUnit RSE

10.Encik Zalaludin bin AbdullahTimbalan Setiausaha BahagianI&P

11.Encik Kamaruhzaman bin Mat ZinKetua Penolong SetiausahaMASTIC

12.YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin Ketua Penolong SetiausahaUnit Strategik

13.Encik Wan Ashbi@Wan Maheran bin LemanKetua Penolong SetiausahaUnit Strategik

14.Encik Hasan Bin MudaKetua Penolong SetiausahaUnit Strategik

15.Encik Shahrizal Bin ShahrudinKetua Penolong SetiausahaUnit Strategik

16.Encik Paarteeben A/L SubramaniamKetua Penolong SetiausahaI&P

17.Puan Joanna A/P JayaprakashKetua Penolong SetiausahaUnit Penilaian

18.Encik Mohd Haslan Bin HussainKetua Penolong SetiausahaUnit Penilaian

19.Encik Paul Devaraj MichaelKetua Penolong SetiausahaI&P

20.Encik Mohd Fadzil bin Mohd JaafarKetua Penolong SetiausahaI&P

21.Encik Ahmad Rashezry bin Abdul RahimKetua Penolong SetiausahaI&P

22.Puan Humairath Binti KM Abu BakarKetua Penolong SetiausahaMASTIC

23.Encik Ramlee bin Ab. GhaniKetua Penolong SetiausahaMASTIC

24.YBrs. Dr. G PeriasamyKetua Penolong SetiausahaAntarabangsa

25.Puan Sumitra JayaseelanKetua Penolong SetiausahaAntarabangsa

26.Encik Danil Taridi Bin GhazaliKetua Penolong SetiausahaAntarabangsa

27.Encik Ho Yun ShiangKetua Penolong SetiausahaAntarabangsa

28.Puan Farah Wahida binti Ahmad ZainudinKetua Penolong SetiausahaAntarabangsa

29.Encik Mohd Norhisham bin MusaKetua Penolong SetiausahaUnit RSE

10