Download - Visiting report

Transcript
Page 1: Visiting report

PENGENALAN

Projek yang telah dilaksanakan ialah program lawatan keusahawanan ke kilang-

kilang yang berkaitan dengan keusahawanan seperti kilang roti, perabot, makanan

dan sebagainya. Program lawatan ini dilakukan di lokasi dan masa seperti berikut :

Lokasi : Kilang Roti Mee Ngar

Tarikh Lawatan : 09 April 2011

Masa Lawatan : 09.00-10.30

Bilangan peserta yang terlibat dalam program lawatan pada kali ini ialah seramai

13 orang, termasuk seorang pensyarah Asas Pembudayaan Keusahawanan, iaitu

Pn. Dyana Chang Mui Ling.

TUJUAN/OBJEKTIF LAWATAN

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan

kaedah pengurusan perniagaan yang berkesan dan sistematik. Ini termasuklah

dalam pelbagai kemahiran, seperti pengurusan kilang, pengurusan kewangan,

pengurusan sumber manusia, strategi pemasaran dan sebagainya. Setiap peserta

akan mendapat peluang yang sama untuk menimba ilmu supaya ia akan dapat

membantu mereka untuk memulakan sesuatu perniagaan keusahawanan kelak.

SEJARAH SYARIKAT

Kilang Roti Mee Ngar telah ditubuhkan sejak 34 tahun dahulu. Sebelum ini, kilang ini

bertapak di Tanah Merah sejak tahun 1975. Walau bagaimanapun, kilang ini selalu

menjadi mangsa banjir dan ini telah mengakibat kan kerugian kepada Kilang Mee

Ngar. Bagi mengatasi masalah ini, pemilik kilang roti ini terpaksa mencari tapak

baru yang lebih strategic dan tidak dibanjiri semasa hujan. Kini, Kilang Roti Mee

Ngar telah bertapak di Bt. 8, Jalan Labuk, Sandakan.

Kilang Roti Mee Ngar ini merupakan satu perniagaan keluarga. Ini bermaksud,

perniagaan ini telah ditubuhkan oleh 8 orang adik beradik, yang diketuai oleh

Dennis Low. Adik beradik lain yang masih bergiat aktif di kilang Sandakan ialah Lo

Cheong Ming, Lo Cheong Fah dan Lo Cheong Fuh. Bagi menubuhkan kilang roti ini, 1

Page 2: Visiting report

ahli keluarga ini telah mengumpul wang sebanyak RM15,000.00 sebagai modal

perniagaan mereka.

Pada peringkat awal penubuhan kilang ini, hanya ahli keluarga yang menjalankan

sepenuhnya operasi kilang ini, termasuk dalam penghasilan roti. Beberapa tahun

kemudian, mereka telah menupah beberapa orang pekerja. Pada masa itu,

penghasilan roti dilakukan menggunakan tenaga manusia. Namun, setelah

mencapai kejayaan, pada hari ini, Kilang ini telah menggunakan mesin yang

canggih untuk menghasilkan roti. Kilang ini juga telah mempunyai 40 orang pekerja.

Selain kebajikan pekerja-pekerja di kilang ini dijaga dengan baik, pihak pengurusan

kilang juga memberikan caruman KWSP, SOCSO kepada setiap pekerja supaya

kehidupan pekerja-pekerja lebih terjamin dan selamat.

STRATEGI

Bagi melaksanakan program lawatan ini, berbagai-bagai strategi digunakan.

Antaranya ialah mesyuarat untuk pemilihan ahli jawatankuasa pelaksana,

penentuan lokasi, belanjawan dan sebagainya. Selain itu, setelah tugas-tugas

diberikan kepada setiap ahli dengan spesifik, semua tugasan akan dipastikan

selesai pada masa yang ditetapkan. Carta Gantt juga disediakan sebagai panduan

kepada setiap ahli supaya melaksanakan tugasan mengikut rancangan.

Selain daripada itu, beberapa kemungkinan kekangan atau masalah yang timbul

juga dianalisis dan dikenalpasti. Oleh itu, bagi menangani masalah yang bakal

timbul, beberapa jalan penyelesaian telah dibincangkan bersama. Antara masalah

yang timbul ialah sumber pendapatan, masalah pengangkutan, masa dan

sebagainya. Namun atas perbincangan dan kerjasama semua pihak, maka semua

permasalahan ini berjaya diselesaikan.

Selain itu, bagi mempromosikan program ini, pihak penganjur telah menggunakan

pelbagai kaedah promosi, iaitu melalui surat-surat hebahan, poster, banner,

suratkhabar, majalah dan juga iklan di TV. Ini supaya program ini sampai kepada

kumpulan sasaran, dan menarik lebih ramai peserta untuk menyertai program

lawtan ini.

2

Page 3: Visiting report

PENGURUSAN

Carta Organisasi

Carta Organisasi Diamond Co-Operation Berhad

3

PENGARAHEN. MALIK TAJIM

SETIAUSAHA EN. M. SARIP

KECEMASANEN. ABDULLAHSHIP ABD.

WAHID

PROMOSIEN. ALSHARO ALIH MIJAL

TUGAS – TUGAS KHASEN. ALSHARO ALIH MIJAL

KESELAMATANEN. ABDULLAHSHIP ABD .

BENDAHARIEN. M. SARIP

PENGANGKUTAN EN. ELMER AWANG

TIM .PENGARAHEN. FEDRIUS JUMI

Page 4: Visiting report

VISI

Visi syarikat ini adalah untuk menjadi syarikat yang terunggul dan berdaya saing di

peringkat domestic dan antarabangsa.

MISI

Misi syarikat ini adalah dengan mengadakan beberapa program yang boleh

menjadikan syarikat ini sebagai satu syarikat yang terunggul, terkenal dan berdaya

saing. Justeru, syarikat ini menganjurkan berbagai-bagai aktiviti untuk

meningkatkan tahap kemahiran dan profesionalisme dikalangan peserta yang

terlibat.

Antara program yang dijalankan ialah program lawatan sambil belajar ke tempat-

tempat yang berkaitan seperti sector perkilangan, pusat perindustrian, syarikat-

syarikat yang berkaitan dengan keusahawanan dan sebagainya.

Selain itu, syarikat ini juga menganjurkan aktiviti seperti seminar, kem motivasi,

kursus, bengkel dan sebagainya. Ini bertujuan supaya para peserta dapat

meningkatkan produktiviti mereka dalam syarikat, mahupun dalam bidang

pekerjaan mereka masing-masing. Di samping itu, para peserta juga dapat

menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam bidang pekerjaan mereka.

Melalui program-program ini, para peserta dapat melihat dan mempelajari

bagaimana untuk menguruskan sesuatu perusahaan, pengurusan kewangan,

pengurusan sumber manusia, pengurusan sumber dan bekalan, dan sebagainya.

Para peserta juga dapat mempelajari aspek-aspek pengeluarah produk,

pembungkusan produk, promosi dan pemasaran serta penjualaannya.

OBJEKTIF

Objektif lawatan ini adalah supaya para peserta lawatan ini dapat mengetahui atau

menguasai sekurang-kurangnya 90% daripada kesemua bidang kemahiran dan

bidang pengurusan yang berkaitan dengan bidang keusahawanan. Ini dapat

meningkatkan tahap pencapaian mereka apabila bekerja dalam sesebuah syarikat

atau menubuhkan ssbuah syaikat kelak.

4

Page 5: Visiting report

Selain itu,objektif lawatan ini pada jangka masa pendek adalah juga supaya

kesemua peserta dalam lawatan ini akan mencapai status pekerja mahir dan

menjawat jawatan professional dalam syarikat sekurang-kurangnya dalam masa 1

tahun

Selain daripada itu juga, objektif jangka masa panjang lawatan adalah untuk

melahirkan sekurang-kurangnya 100% usahawan daripada kesemua peserta yang

terlibat dengan lawatan ini dan dalam masa 5 tahun dan dalam masa 10 tahun, 50%

daripadanya akan berjaya menjadi usahawan yang berjaya.

Objektif lawatan ini juga adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berwawasan

dan celik dalam bidang keusahawanan. Walaupun mereka mungkin tidak tertarik

untuk menjadi usahawan, sekurang-kurangnya peserta lawatan ini mempunyai ilmu

dalam bidang keusahawanan dan mereka tidak menghadapi masalah jika mereka

berminat pada suatu hari kelak.

Objektif tak langsung daripada program lawatan ini ialah, untuk melahirkan seorang

pemimpin yang berkarisma dan berwibawa. Seorang usahawan berjaya adalah

seorang pemimpin yang berjaya. Justeru, mereka dapat belajar daripada usahawan

yang ditemui untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.

Logo Syarikat

5

Page 6: Visiting report

Pengurusan Kilang Dilawati

Carta Organisasi

Carta Organisasi Kilang Mee Ngar

Visi Syarikat

Membuka sebuah kilang roti popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk selain membuka sebuah kedai yang menjual barang-barang-barang makanan segera lain seperti ayam gorang dan pelbagai jenis minuman.

Misi Syarikat

Memastikan pelanggan mempunyai pilihan altenative dan membeli produk yang berasaskan roti dan kek yang diyakini halal. Berdasarkan layanan mesra, ianya dapat menarik consumer daripada kalangan pelanggan yang dating daripada daerah-daerah lain, dan juga masyarakat Sandakan amnya.

Objektif Syarikat

Memberikan kepuasan kepada pelanggan berdasarkan kualiti produk yang tinggi. Selain rasa yang sangat enak, pihak kilang menjaga kebersihan produk keluaran supaya tidak mendatangkan masalah kepada pelanggan. Selain itu, syarikat juga komited memberikan layanan yang terbaik dan mesra kepada pelanggan.

PEMASARAN

6

Pengurus

Ketua Operasi

Pembuat Kek Pembuat Roti Penghantaran/ pengagihan

Unit Kewangan

Kerani Kewangan dan Akaun

Supervisor

Page 7: Visiting report

Strategi Pemasaran

Dari segi harga, pihak kilang memberikan harga yang sangat berpatutan dan tidak membebankan pihak kilang mahupun kepada pelanggan Harga juga ditentukan berdasarkan kepada harga bahan-bahan mentah di pasaran seperti tepung, gula, perasa dan sebagainya. Selain itu, pihak kilang juga memberi potongan harga istimewa bagi setiap musim perayaan dan hari-hari tertentu. Harga pengenalan juga akan diberikan kepada produk-produk keluaran yang baru dikeluarkan. Selain itu, pihak kilang juga memberikan komisyen kepada pelanggan secara berperingkat-peringkat.

Strategi promosi yang digunakan syarikat ialah dengan memberi tawaran istimewa kepada pelanggan menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan penjualan. Selainitu, pihak kilang juga mengadakan pakej atau pek istimewa khususnya kepada bakal-bakal pelanggan, pengantin dan sebagainya. Pihak kilang juga memberikan pek percubaan pada harga yang rendah bagi produk baru yang dihasilkan.

Pengagihan produk kilang ini dilakukan dengan menggunakan ‘sale van’ di seluruh kawasan Sandakan, termasuk kedai-kedai runcit, Kedai serbaneka, kedai makanan dan restoran, supermarket dan juga kepada individu yang membuat tempahan.

Strategi Penjualan

Kilang Mee Ngar menjual terus produk keluaran mereka di premis yang disediakan di hadapan kilang mereka. Dengan ini pelanggan dapat membeli terus produk mereka seperti ayam goreng dan roti yang masih panas dan segar.

Selain itu, pihak kilang juga memberikan pek percubaan kepada pelanggan dengan harga yang murah dan berpatutan. Pihak kilang juga menarik pelanggan dengan layanan yang baik dan mesra, serta dengan senyuman yang menarik supaya para pelanggan merasa selesa untuk membeli roti dan kek serta barangan lain.

OPERASI

Rancangan dan Strategi Operasi

Strategi operasi dan rancangan-rancangan operasi telah diatur dengan baik oleh pihak kilang bagi meningkatkan produktivti mereka. Setiap pengeluaran produk dibahagikan kepada beberapa unit seperti unit pengadunan, pembakaran, dan sebagainya bagi setiap produk. Setiap unit akan diketuai oleh seorang ketua yang bertanggungjawab semua tugasan dilaksanakan dengan baik.

Bahan-Bahan Mentah

7

Page 8: Visiting report

Bahan-bahan mentah untuk menghasilkan produk kilang ini dibekalkan oleh beberapa syarikat pembekalan sah yang dilantik oleh pihak kilang. Dengan ini, pihak kilang tidak sukar untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan mentah.

Selain itu, pihak syarikat juga membeli beberapa bahan mentah lain di kedai-kedai dan supermarket yang berhampiran

Sumber Manusia

Pihak kilang menerapkan semangat kerja berpasukan kepada para pekerja demi kebaikan bersama. Selain itu, pihak kilang juga memberikan imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Pihak kilang juga mengadakan perbincangan kepada setiap pekerja yang bermasalah untum menyelesaikan masalah mereka.

Pihak kilang juga akan menghantar para pekerja untuk menghadiri seminar-seminar dan kurssus yang berkaitan supaya paea pekerja dapat meningkatkan kemahiran mereka.

Peralatan dan Kemudahan

Kilang Mee Ngar mempunyai beberapa kemudahan untuk menghasilkan kek. Antaranya ialah mesin canggih untuk mengadun bahan-bahan roti. Selain itu, pihak kilang juga mempunyai beberapa mesin untuk pembakaran kek dan roti yang telah diadun dan dibentuk. Pihak kilang juga mempunyai alat khas yang digunakan untuk menggoreng ayam.

Selain itu, kilang ini juga mempunyai premis untuk mempamerkan dan menjual terus produk mereka. Dengan ini, produk mereka sentiasa diminati kerana kesegarannya dan keenakannya.

Proses Membuat roti

8

Pembungkusan

Pemeriksaan

Penyejukan

Proses Pembakaran

Memasukkan dalam acuan

Menggaul /Mengadun

Menyukat bahan

Penjualan/pengagihan

Page 9: Visiting report

KEWANGAN

Kewangan syarikat ini sejak awal penubuhannya ialah dengan mengumpul wang daripada lapan adik beradik, iaitu sebanyak RM15,000.00 Kemudian, menyedari perniagaan kilang ini semakin maju, pengurus kilang telah meminjam wang kepada bank sebanyak RM40,000.00 untuk membuat kilang yang lebih bersih dan selesa, serta menghantar beberapa orang daripada adik beradik ini untuk mengikuti kursus kemahiran yang berkaitan.

Pada masa kini, kilang ini mengupah seorang kerani kewangan dan akaun untuk menguruskan segala urusan kewangan dan akaun, daftar serta rekod-rekod keluar masuk kewangan serta menguruskan buku tunai kilang.

MASALAH PROJEK DAN PENYELESAIANNYA

Masalah yang ketara yang wujud semasa program ini dijalankan ialah tempat untuk berkumpul. Akibat daripada ketidakseragaman tempat untuk berkumpul, timbul pula masalah lain, iaitu masalah pengangkutan. Selain itu, masalah yang wujud juga ialah masa lawatan. Masa lawatan sepatutnya pada jam 8.00, tetapi lawatan pada kali ini hanya dijalankan pada jam 9.00 pagi, iaitu lewat selama sejam.

Penyelesaian bagi masalah tersebut ialah dengan meminta kesemua peserta yang berada di PLUMS Sandakan supaya bertolak ke lokasi lawatan. Selain itu, masa lawatan terpaksa dilewatkan supaya semua peserta dapat melawat serentak ke lokasi lawatan dan sekaliogus tidak menimbulkan masalah lain.

Masalah juga timbul apabila pengurus kilang mempunyai temujanji lain pada masa lawatan dan ini menyebabkan keadaan jadi agak kelam kabut dan tergesa-gesa. Segala penerangan juga dilakukan dalam keadaan yang tidak selesa. Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, maka pihak penganjur lawatan meminta supaya mengadakan perbincangan dan temubual di suatu tempat yang selesa. Dengan ini, masa juga dapat disingkatkan memandangkan pengurus kilang mempunyai temujanji lain.

PENGALAMAN DIPEROLEHI DARIPADA LAWATAN

Daripada lawatan ini, peserta memperolehi pelbagai ilmu dan pengetahuan dalam bidang pemprosesan roti dan kek. Selain itu, para peserta juga dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskan sesebuah kilang, menguruskan operasi pengeluaran dan juga bagaimana untuk menguruskan sumber manusia supaya kilang ini dapat terus bertahan lebih lama.

Para peserta juga dapat mempelajari bagaimana strategi pemasaran dan penjualan produk yang telah dihasilkan. Pengalaman ini sangat berharga dan para berazam

9

Page 10: Visiting report

untuk memulakan perniagaan jika berpeluang kerana telah mendapat pengalaman melalui lawatan ini.

CADANGAN

Oleh kerana terdapat beberapa kelemahan dalam program lawatan kali ini, pada program akan datang, sesuatu program itu harus dirancang dengan lebih teliti, teratur dan sistematik supaya tidak berlaku masalah seperti dalam lawatan pada kali ini. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah masa. Masa lawatan harus disesuaikan supaya pengurus sesuatu perniagaan atau kilang tidak mempunyai temujanji dengan orang lain.

Selain itu, Tempat berkumpul bagi semua peserta harus ditentukan dengan persetujuan ramai sejelas-jelasnya. Ini mengelakkan daripada para peserta berkumpul di tempat yang berlainan. Pakaian peserta semasa lawatan juga haruslah seragam dan mempunyai tanda nama supaya umum dan pihak yang akan dilawati mengetahui akan status mereka.

PENUTUP

Secara keseluruhan, program lawatan pada kali ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Walau pun terdapat beberapa masalah yang wujud, namun ia dapat diselesaikan dengan baik dan segera.

Selain itu, program ini juga berjaya mencapai objektifnya kerana para peserta dapat melihat dan mempelajari semua aspek berkaitan dengan keusahawanan semasa melawat di kilang ini. Diharapkan agar suam peserta berpuas hati dengan lawatan ini.

10

Page 11: Visiting report

LAMPIRAN

11

Page 12: Visiting report

12


Top Related