Download - Tutorial Meneroka Bahan
Kegunaan fenol dalam perubatan
O Fenol dapat digunakan sebagai antiseptik
O Fenol merupakan komponen utama pada anstiseptik ,triklorofenol atau dikenal sebagai TCP (trichlorophenol).
O Fenol berfungsi dalam pembuatan ubat-ubatan (penghasilan aspirin, pembasmi rumput liar, dan lain-lain )
Kenapa fenol digunakan dalam antiseptik?
O Fenol digunakan sebagai antiseptik karena dapat membunuh bakteria.
O Antiseptik juga dapat menghambat atau menghancurkan mikroorganisme pada jaringan hidup.
O Bahaya dari penggunaan fenol adalah dapat merosakkan protein. Jika terkena pada kulit akan terasa sakit.
KEGUNAAN ASID BENZOIK
O Asid benzoik merupakan salah satu bahan pengawet kimia yang tertua digunakan di dalam bahan kosmetik, dadah dan industri makanan.
O Asid benzoik serta terbitannya terutamanya natrium benzoat digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet
O Contoh : cili boh, mayonis, sos tiram, sos cili, kicap, jem, buah atau sayur yang ditinkan, buah yang dikeringkan dan minuman ringan
O Bahan tambah ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti natrium benzoat (E211), kalium benzoat (E212), kalsium benzoat (E213) atau bentuk benzoat yang lain seperti para-hidroksibenzoat
O Penggunaan meluas sebagai bahan pengawet kerana sifatnya yang tidak toksik dan tidak mempunyai rasa.
KESAN SAMPINGAN O Asid benzoik secara perlahan-lahan boleh
menjadi racun dan berkemungkinan menjadi agen kanser jika digunakan secara berlebihan.
O Menurut satu penyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang , ujikaji ke atas tikus mendapati ada diantaranya mati akibat kekejangan, menjadi terlalu aktif, kerap kencing atau mengalami penurunan berat badan selepas memakan asid benzoik.
O Boleh menjejaskan sistem saraf badan
O Bagi individu yang mengalami lelah atau penyakit kulit seperti ekzema dan urtikaria, bahan pengawet seumpanya ini boleh memburukkan lagi keadaan.
O Boleh menyebabkan rasa kebas pada bahagian mulut.
O Bagi yang alah kepada pewarna-pewarna tiruan (seperti tartazin) juga mungkin akan mengalami alahan terhadap pengawet kumpulan benzoat.