Transcript
Page 1: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

HNS 2013 : KENEGARAAN

TAJUK

KUMPULAN

BATU PAHAT 01 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK NO TELEFONROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. BAHARUDDIN BIN JABAR

TARIKH HANTAR : 6 APRIL 2012

1

5. Jelaskan proses kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-Negeri

Melayu

Page 2: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKASURAT

1. Faktor penolak kedatangan imigran Cina

a) kekacauan politik (pergolakan dan korupsi politik pemerintahan Manchu)

b) pertambahan penduduk yang teruk berlaku di negara asal

c) kejadian bencana alam

d) taraf hidup penduduk yang merosot

e) Kekurangan rangsangan ekonomi di Negara China

f) sifat-sifat keberanian, gemar mengembara dan berdaya usaha yang tinggi

g) kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan

4

5

5

5

6

6

6

2. Faktor penarik kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu

a) perkembangan atau kekayaan ekonomi di Tanah Melayu (Industri Perlombongan dan Industri Pertanian)

b) perkembangan Revolusi Industri di Eropah

c) pembukaan pelabuhan di Singapura dan Pulau Pinang

d) Dasar Pentadbiran British

e) kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi

f) cara kemasukan kaum imigran Cina

6

6

7

7

8

8

3. Faktor penolak kemasukan imigran India ke Tanah Melayu

a) pertambahan penduduk India 9

2

Page 3: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

b) kejadian bencana alam

c) amalan sistem sosial

9

9

4. Faktor penarik penghijrahan imigran India ke Tanah Melayu

a) perkembangan industri getah

b) perkembangan Revolusi Industri di Eropah

c) dasar kerajaan British iaitu penghapusan amalan penggunaan hamba abdi

d) cara kemasukan buruh India

10

10

10

11

5. Kesimpulan dan kesan 11- 14

6. Bibliografi 15

3

Page 4: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Kehadiran imigran Cina ke Tanah Melayu sudah pun bermula sejak awal abad ke-15. Pada masa

itu, Kerajaan Melayu telah pun menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan Negara China.

Perhubungan ini semakin erat ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebagai bukti atau contoh, pada

tahun 1403 Laksamana Yin Cheng telah melawat Melaka, selepas itu diikuti dengan persahabatan

Paramewara dan penggantinya ke China. Sejak dari tu, telah wujud perhubungan perdagangan dan

diplomatik antara Melaka dan China. Dari sumber Portugis, The Suma Oriental menyatakan bahawa setiap

tahun, berpuluh-puluh buah jong pedagang Cina telah datang berniaga di Pelabuhan Melaka. Ini

menunjukkan bahawa pelabuhan Melaka telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang daripada China.

Begitu juga dengan imigran India, sejak awal lagi Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-

pedagang India dan golongan Brahmin. Mereka bukan sahaja berdagang tetapi mahu menyebarkan agama

Hindhu dan Buddha di Tanah Melayu. Jumlah imigran India semakin bertambah pada abad ke-15 pada

Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga mendirikan penempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai

“Kampung Keling”. Tambahan pula, ketika itu India di bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris

(EIC). Ini menyebabkan urusan kemasukan imigran India ke Tanah Melayu lebih mudah dan lancar. Di

samping itu, kos murah untuk membawa masuk imigran India merancakkan lagi proses penghijrahan

imigran India ke Tanah Melayu. Imigran India menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau

‘tanah emas’.

Faktor penolak kedatangan imigran Cina yang pertama ialah kekacauan politik (pergolakan

dan korupsi politik pemerintahan Manchu). Ini adalah disebabkan perasaan anti-Manchu iaitu kerajaan

Manchu telah dianggap sebagai kerajaan asing1. Menjelang abad ke-19, politik Negara China di bawah

pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan

Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China menggambarkan kelemahan Dinasti Manchu. Keadaan

politik yang sangat tidak stabil contohnya di Wilayah Kwangtung dan Kwangsi, China sering berlaku

pemberontakan untuk mengulingkan kerajaan Manchu iaitu pemberontakan Taiping (1850-1864) yang

dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan,bertujuan untk menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal2dan

pemberontakan Boxer (1899-1900). Pemberontakan tersebut berjaya tetapi rakyat hidup dalam ketakutan

dan banyak nyawa yang terkorban3. Bagi mengelakkan tekanan kerajaan, ramai penduduk yang melarikan

diri ke Tanah Melayu. Dalam masa yang sama, tekanan dapat dirasai apabila kerajaan Manchu

mengamalkan amalan rasuah dan pelbagai cukai dikenakan dengan kadar yang tinggi (sentimen anti-

Manchu). Ini adalah berikutan kos pentadbiran yang tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan Manchu.

Petani terpaksa menjual tanah mereka semata-mata untuk menjelaskan cukai yang dikenakan ke atas

mereka. Petani amat kecewa, mereka sering menunggu peluang untuk berhijrah ke Tanah Melayu4. 1 Nor Aslina Mamat,Faudziah Bedu, Zarina Zamri & Aima Mohammad. (2012). Sejarah Malaysia STPM. Selangor:PNI Neuron (M)Sdn. Bhd. ,hal:662 Norizan Yusoff.(2009).Sejarah Malaysia (Kertas 2:Bahagian A).Selangor:Marshall Cavendish (Malaysia)Sdn.Bhd.,hal:1043 Ibid,Nor Aslina Mamat,Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad,(2012), hal:674 Ibid,Norizan Yusoff(2009), hal:103

4

Page 5: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Manakala, penduduk yang tidak mampu menjelaskan cukai dengan amalan rasuah yang berleluasa dan

penduduk yang berasa tertekan membuat keputusan untuk mencari kehidupan baharu di tempat lain yang

lebih selamat iaitu Tanah Melayu.

Seterusnya, faktor penolak yang kedua ialah pertambahan penduduk yang teruk berlaku di

negara asal5. Negara China telah berlaku lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan. Ini berlaku

kerana bilangan penduduk yang bertambah melebihi pertambahan hasil pertanian mereka. Ini dikaitkan pula

dengan kekurangan tanah untuk pertanian. Lagi memburukkan keadaan iaitu hasil pengeluaran atau

penghasilan makanan yang tidak boleh menampung jumlah penduduk yang ramai. Masalah kebuluran telah

melanda penduduk. Penduduk telah hidup menderita dan sengsara. Contohnya, antara tahun 1751 hingga

1851, jumlah penduduk China telah bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang6.Oleh itu,

penduduk mengambil keputusan berhijrah ke Tanah Melayu untuk membina hidup baharu.

Faktor penolak yang ketiga pula ialah kejadian bencana alam yang telah memusnahkan harta

benda,tanaman dan berlaku ramai kematian terutama orang Cina di bahagian Selatan. Kejadian bencana

alam ini juga turut memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian penduduk di China7. Contohnya,

sepanjang tahun 1840-an dan 1850-an, Negara China telah mengalami terlalu banyak bencana alam iaitu

kemarau yang lama dan berpanjangan di Wilayah Hunan di Utara China serta masalah banjir di bahagian

Selatan China iaitu di sekitar kawasan Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Masalah kebuluran

juga telah timbul8. Mereka terpaksa berpindah ke Tanah Melayu untuk keperluan hidup dan mencari

pekerjaan baharu.

Manakala, faktor penolak yang keempat ialah taraf hidup penduduk yang merosot9. Negara China

telah mengalami masalah pengangguran yang teruk. Munculnya industri atau perusahaan barat di China

telah menjadikan industri tempatan amat merosot. Tambahan pula, barangan tempatan tidak laku akibat

kemasukan barang-barang dari Barat yang murah dan dengan kuantiti yang banyak. Orang Cina yang

bekerja dalam sistem pengangkutan tradisional juga turut terjejas seperti tongkang dan kereta kuda iaitu

mereka telah hilang pekerjaan kesan daripada wujudnya sistem pengangkutan moden. Masalah kemiskinan

dan kesengsaraan dalam menjalani hidup seharian telah timbul . Dengan ini, pemerintah China telah

menggalakkan rakyatnya berpindah atau berhijrah keluar. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh

pemerintah China ialah mereka telah meminta persetujuan atau kerjasama daripada pihak Perancis dan

British untuk membenarkan rakyat China berhijrah atau berpindah keluar dan bekerja di tanah atau kawasan

jajahan mereka. Pemerintah China juga telah menyediakan bantuan kewangan untuk pendahuluan tambang

ke negara atau kawasan yang mereka ingin berpindah. Gabenor Wilayah telah berjanji untuk melindungi

5 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:666 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:1037 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:668 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:1039 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:66

5

Page 6: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

penghijrah yang ingin kembali semula ke China dan pemerintah China telah menggubal undang-undang

kerakyatan 1909 yang mengiktiraf orang China di seberang laut sebagai rakyatnya.

Kekurangan rangsangan ekonomi di Negara China merupakan faktor penolak yang kelima.

Kerajaan Manchu, pemerintah di China telah mengenakan pelbagai cukai ke atas penduduk China. Oleh itu,

penduduk China terpaksa menjual tanah dan akhirnya semua tanah mereka habis terjual. Mereka telah

kehilangan tanah. Mereka mula berputus asa untuk terus tinggal di negara asal.

Faktor penolak yang lain ialah sifat-sifat keberanian, gemar mengembara dan berdaya usaha

yang tinggi iaitu terutama bagi penduduk Wilayah China Selatan seperti Kwangtung dan Fukien10. Tanpa

sikap mudah berputus asa, mereka nekad untuk membina kehidupan baharu dan selesa yang jauh lebih baik

meskipun terpaksa berkorban dengan meninggalkan tanah air mereka sendiri. Ini lebih mempengaruhi lagi

proses penghijrahan ke Tanah Melayu. Dengan kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan

merupakan faktor lain yag menarik kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu. Berikutan terciptanya kapal

wap (stim) bagi menggantikan “kapal layar” telah menghidupkan atau menimbulkan minat yang mendalam

orang Cina untuk ke Tanah Melayu dengan murah dan lebih cepat11.

Faktor penarik kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu yang pertama ialah perkembangan

atau kekayaan ekonomi di Tanah Melayu (Industri Perlombongan dan Industri Pertanian). Pada

pertengahan abad ke-19, ekonomi Tanah Melayu sangat berkembang dengan pesatnya iaitu berikutan hasil

pelaburan British dan kemasukan para saudagar Cina dalam industri getah dan bijih timah12. Tanah Melayu

mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi kerana menyediakan peluang pekerjaan yang banyak

terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, di kawasan ladang lada hitam dan kawasan ladang

kopi. Misalnya, antara tahun 1899 hingga 1900, sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap atau tinggal di

Tanah Melayu kesan daripada penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ekoran daripada kenaikan

harga pasaran bijih timah. Di samping itu, kemajuan perusahaan getah juga menarik kemasukan imigran

Cina ke Tanah Melayu. Pada tahun 1931, hampir separuh penduduk yang terlibat dalam penanaman getah

merupakan orang Cina13.

Faktor penarik yang kedua ialah perkembangan Revolusi Industri di Eropah iaitu telah

meningkatkan lagi permintaan ke atas bijih timah dan telah menyebabkan lebih banyak lombong bijih timah

telah dibuka dan meningkatkan keperluan terhadap tenaga pekerja atau buruh. Kaum imigran telah tertumpu

atau berpusat di kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh, Kampar dan Lukut14. Kedatangan

orang Cina secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di kawasan perlombongan bijih timah dan

bekerja sebagai peniaga di kedai runcit terutamanya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Misalnya, 10 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:10511 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:10512 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:6613 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:10414 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:66

6

Page 7: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

tahun 1912, hampir kesemua bijih timah telah dikeluarkan oleh pelombong Cina dengan menggunakan

kaedah atau cara lombong dedah, mesin wap dan pam kerikil berikutan tahun 1848, Long Jaafar telah

menjumpai longgokan bijih timah dalam kuantiti yang banyak di Larut, Perak15.

Faktor penarik yang ketiga pula ialah pembukaan pelabuhan di Singapura dan Pulau Pinang juga

banyak mempengaruhi kemasukan imigran ke Tanah Melayu. Ini adalah berikutan perkembangan

perdagangan pada awal abad ke-19. Selain berniaga, orang Cina terlibat dalam kerja sampingan iaitu

bertukang dan menjadi buruh. Contohnya, pada tahun 1820 terdapat sejumlah 85000 orang Cina di Pulau

Pinang, pada tahun 1822 pula terdapat 1200 orang Cina di Singapura dan 4000 orang Cina di Melaka pada

tahun 1826. Negeri-negeri Selat telah menjadi pangkalan kemasukan imigran Cina dan mereka juga terlibat

dalam sektor penanaman gambir, lada hitam dan tebu16.

Faktor penarik yang keempat yang mempengaruhi penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu

ialah Dasar Pentadbiran British yang mengalu-alukan kedatangan imigran Cina. Ini adalah disebabkan

kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah. Tambahan pula, pihak British

tidak berminat untuk memajukan orang Melayu bagi tujuan pertahanan kerana dikhuatiri orang Melayu akan

bangkit menentang mereka satu hari kelak. Cara pihak British bagi menarik minat imigran-imigran Cina ke

Tanah Melayu, mereka telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta

benda imigran-imigran Cina di Tanah Melayu. Contohya, pihak British telah berjaya menamatkan Perang

Larut, Perang Kelang dan membanteraskan atau menghapuskan kegiatan perlanunan. Dalam masa yang

sama, pihak British tidak mengenakan sebarang sekatan dan menggalakkan kemasukan orang-orang Cina

hingga tahun 1929. Dengan ini, kehadiran imigran-imigran Cina mampu mangatasi masalah kekurangan

tenaga kerja atau tenaga buruh di sektor perladangan mahupun di sektor pertanian. Secara tidak langsung

impian British untuk mengaut faedah atau mengekploitasi kekayaan daripada sumber bumi Tanah Melayu

tercapai17. Hasil campur tangan pihak British telah berjaya menghapuskan kegiatan kongsi gelap, perebutan

takhta dan perang saudara dan dapat menyakinkan bahawa berlaku kestabilan poloitik di Perak, Selangor

dan Sungai Ujong. Manakala, sejak tahun 1874 pihak British telah mewujudkan dasar migrasi berbentuk

bebas iaitu tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing. Situasi ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan

Jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada penindasan dan

penganiayaan pihak kongsi gelap ataupun pihak majikan itu sendiri. Ini juga menjelaskan bahawa tindakan

dan dasar yang dikuatkuasakan adalah untuk memastikan mereka tidak akan kehilangan buruh bagi menjana

ekonomi Tanah Melayu. Tambahan pula, kewujudan undang-undang buruh. Ini adalah untuk memastikan

para majikan memberi kemudahan yang sesuai atau yang sepatutnya kepada buruh-buruh imigran Cina. Ini

telah menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke Negara asal mereka.tahun 1927 sehingga 1932 telah

15 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:10216 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:6617 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:105

7

Page 8: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

berlaku kemelesetan ekonomi, imigran-imgran Cina enggan pulang ke Negara asal dan telah menjadi

masalah kepada pihak British.

Faktor penarik yang kelima ialah kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana

ekonomi. Ini dapat dihuraikan dengan pihak British telah menganggap bangsa Melayu adalah satu bangsa

yang malas bekerja. Orang-orang Melayu dilihat sebagai satu bangsa yang tidak mahu berusaha keras tetapi

cenderung untuk mendapatkan habuan yang tinggi. Sistem dan institusi yang telah diamalkan oleh orang

Melayu contohnya sistem perhambaan, sistem kerah dan serah dipandang oleh British sebagai satu cara atau

sistem yang akan melambatkan pemodenan atau kemajuan proses ekonomi yang berteraskan wang. Pihak

British berpandangan, konsep penyerahan diri kepada para pembesar adalah satu sistem penganiayaan dan

akan membuatkan golongan bawahan Melayu tidak melibatkan diri secara aktif dalam bidang perniagaan

secara komersial tetapi lebih selesa dalam pertanian sara diri. Kesannya, pihak British melihat cara mereka

menguasai atau memonopoli kekayaan Tanah Melayu iaitu dengan cara membawa masuk imigran-imigran

Cina bagi mangatasi masalah kekurangan buruh amat perlu. Ini adalah kerana, orang Melayu tidak sanggup

atau tidak mahu bekerja dengan orang British atau dengan tauke-tauke Cina. Jika orang Melayu sanggup

bekerja dan mahu menceburkan diri dalam bidang perdagangan, jadi tidak akan timbul masalah bagi

mengurangkan atau melenyapkan sama sekali kemasukan imigran dari China.

Faktor penarik yang keenam ialah cara kemasukan kaum imigran Cina18. Ini dapat dibuktikan

dengan tiga sistem yang diwujudkan. Sistem tiket kredit iaitu kedatangan orang Cina telah dibiayai secara

hutang oleh seorang ejen. Imigran Cina akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan. Sehingga hutang mereka langsai. Selepas tempoh itu mereka akan dibebaskan. Buruh Cina ini

dikenali sebagai “Singkheh”. Cara kemasukan seterunya ialah sistem Kangchu iaitu imigran Cina telah

digalakkan berpindah, kekal menetap di Johor dan membuka ladang lada hitam dan ladang gambir di bawah

pengawasan seorang Kangchu. Setiap seorang Kangchu diberi tanggungjawab mengawal, memjelaskan

bayaran sewa bagi kawasan yang dibuka dan menyelesaikan pelbagai masalah imigran Cina di bawah

jagaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem ini.

Penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor telah berlaku semasa pemerintahan Temenggung

Ibrahim (1825 hingga 1862). Melalui cara persendirian juga salah satu cara kemasukan imigran ke Tanah

Melayu iaitu orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah untuk mengatasi masalah kesempitan

hidup di China melalui bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.

Sebagai kesimpulannya, sebahagian besar imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu adalah berasal

dari Selatan China iaitu dari Wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka pula terdiri dari

orang Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien. Orang Hakka dan Kantonis. Oarng Hakka dan

Kantonis bekerja sebagai pelombong dan tinggal di kawasan perlombomgan bijih timah seperti di Larut,

18 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:1028

Page 9: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Kuala Kangsar, Kinta, Lukut, Linggi, Kuala Langat dan lain-lain. Orang Teochew pula, menjadi buruh

pertanian dagangan seperti lada hitam, gambir dan tebu di Johor dan Seberang Prai. Orang Hilam terlibat

dalam perniagaan runcit, kedai makanan dan buruh di ladang-ladang getah. Sementara itu, orang Hokkien

pula tinggal di pelabuhan perdagangan seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura kerana mereka

menjadi pedagang dan peniaga. Pada tahun 1921, jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu di anggarkan

seramai 1.2 juta orang. Daripada jumlah itu seramai 380656 orang terdiri daripada Hokkien sebanyak

32.4%, Kantonis 28.3%, Hakka 18.6%, Teochew 11.1% dan Hailam 5.9%. Ini menunjukkan sebahagian

besar imigran Cina terdiri daripada orang Hokkien dan Orang Kantonis.

Faktor penolak kemasukan imigran India ke Tanah Melayu yang pertama ialah pertambahan

penduduk India selepas pertengahan abad ke-19, iaitu daripada 130 juta pada tahun 1845 kepada 390 juta

pada tahun 1941. Ini telah menimbulkan masalah kepada para petani iaitu saiz tanah yang semakin hari

semakin mengecil, sumber makanan yang amat terhad berikutan saiz tanah untuk pertanian yang kecil

(penghasilan sumber makanan dalam kuantiti atau jumlah yang sedikit), para petani juga terpaksa menjual

atau mengadaikan tanah mereka untuk menjelaskan atau melunaskan hutang atau kadar cukai yang

dikenakan dan kadar sewa atau pajak yang telah dikenakan adalah terlalu tinggi. Pada masa yang sama, para

petani juga turut menanggung bebanan cukai yang tinggi dan dengan pelbagai hutang19. Akibatnya, telah

wujud masalah kemiskinan dan kebuluran di kalangan penduduk India.

Faktor penolak yang kedua pula ialah kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau lagi

merumitkan keadaan. Misalnya, pada tahun 1840-an, kawasan di Selatan India telah menghadapi musim

kemarau yang berpanjangan dan teruk. Ini telah menjejaskan penghasilan atau pengeluaran makanan. Kadar

kematian juga meningkat kesan daripada masalah kebuluran dan merebaknya wabak penyakit20.

Faktor penolak yang ketiga pula ialah amalan sistem sosial. Ini dapat dikaitkan dengan sistem kasta

yang terlalu mementingkan kedudukan atau darjat seseorang dan menyekat seseorang daripada memajukan

diri atau meningkatkan taraf kehidupannya. Orang yang berada di kasta yang rendah sering dipandang hina,

tersisih dari masyarakat dan dinafikan haknya oleh mereka yang berada di kasta tinggi. Di sini berlaku

ketidakadilan dalam kehidupan bermasyarakat. Mereka telah memulakan penghijrahan ke Tanah Melayu

bagi meningkatkan atau memperbaiki maruah diri. Pada tahun 1931, satu per tiga daripada buruh yang

bekerja di Tanah Melayu adalah terdiri dari golongan berkasta rendah. Jurang semakin besar akibat masalah

buta huruf dalam kalangan mereka yang berkasta rendah. Semua masalah ini merupakan punca yang

menyebabkan mereka ingin atau cuba keluar daripada kesengsaraan dan mencari kehidupan baharu di negeri

asing.

19 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:6720 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:67

9

Page 10: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Faktor penarik penghijrahan imigran India ke Tanah Melayu yang pertama ialah perkembangan

industri getah di Tanah Melayu21. Ini adalah berikutan keperluan tenaga kerja atau tenaga buruh bagi sektor

perladangan getah. Rakyat tempatan yang tidak mahu mengisi kekosongan itu dan ini mengalakkan

kemasukan imigran India untuk bekerja di ladang-ladang getah. Pada awal abad 20-an, keperluan buruh

dalam sektor perladangan adalah tinggi kerana orang Melayu sangat tidak berminat untuk bekerja di estet-

estet getah tetapi lebih berminat atau lebih menumpukan perhatian kepada penanaman padi. Penghijrahan

imigran India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu telah berlaku antara tahun 1911 sehingga tahun 1921.

Ketika itu harga getah melambung tinggi di pasaran. Kawasan penanaman getah telah ditanbah secara besar-

besaran. Contohnya, pada tahun 1900, kawasan tanaman getah ialah seluas 20250 hektar. Namun,

jumlahnya meningkat lina kali ganda pada tahun 1938 iaitu kepada 1325160 hektar. Tenaga buruh yang

diperlukan juga telah meningkat seiring dengan pertambahan keluasan estet getah tersebut. Pada tahun 1911,

jumlah imigran India di Tanah Melayu ialah 270 ribu orang namun telah bertambah kepada 470 ribu pada

tahun 1921.

Faktor penarik yang kedua ialah perkembangan Revolusi Industri di Eropah. Ini memerlukan

banyak bekalan bahan mentah dan menyebabkan proses penjajahan ke atas kawasan yang boleh

membekalkan bahan mentah tersebut. Malangnya, terdapat kawasan yang tidak mampu menyediakan tenaga

buruh seperti yang dikehendaki. Dalam masa yang sama, di Eropah getah amat diperlukan dengan banyak

dalam industri automobil untuk penghasilan tayar kereta dan getah juga dijadikan bahan penebat elektrik

dalam industri elektronik.

Faktor penarik yang ketiga ialah dasar kerajaan British iaitu penghapusan amalan penggunaan

hamba abdi di tanah jajahan British. Peladang Eropah telah mendesak kerajaan British untuk membuat

peraturan baharu untuk membawa masuk buruh secara tetap dari India. Ini adalah kerana, buruh dari India

berminat dan sanggup bekerja dengan kadar gaji atau bayaran gaji yang rendah di ladang-ladang getah. Di

samping itu, imigran India juga terlibat membina jalan raya dan jalan kereta api sebagai langkah atau

inisiatif untuk memantapkan penguasaan ekonomi pemerintah British di Tanah Melayu. Orang Punjabi

keturunan Sikh pula telah dibawa masuk untuk bekerja sebagai polis dan tentera manakala yang mendapat

pendidikan Inggeris menjadi kerani kerajaan atau di ladang. Pada masa yang sama, kerajaan British di Tanah

Melayu menggalakkan kedatangan imigran India ke Tanah Melayu dengan menyediakan bantuan bagi

menyara atau menampung kos perjalanan imigran India ke Tanah Melayu. Contohnya, pada tahun 1887

sehingga 1892, sejumlah $30 ribu telah dikeluarkan bagi membiayai kos perjalanan buruh India yang datang

ke Tanah Melayu dengan menggunakan kapal stim22.

21 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:6722 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:108

10

Page 11: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Faktor penarik yang keempat ialah cara kemasukan buruh India iaitu melalui tiga cara; sistem

Buruh Kontrak, secara persendirian dan sistem Kangani23. Pemilik ladang akan membuat pesanan bilangan

jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada seorang ejen di India. Selepas itu, ejen tersebut akan pergi ke

kampung-kampung bagi mendapatkan buruh-buruh India yang ingin bekerja di Tanah Melayu. Di Tanah

Melayu, imigran India akan menandatangani satu kontrak perjanjian iaitu sistem Buruh Kontrak. Sistem

Buruh Kontrak ialah buruh telah mengikat perjanjian atau kontrak dengan majikan yang telah membiayainya

untuk tambang perjalanan datang ke Tanah Melayu. Buruh tersebut wajib bekerja dengan majikan tersebut

contohnya dalam masa lima tahun. Sistem ini tidak kekal lama kerana telah berlaku penindasan apabila

buruh diberi layanan buruk dan telah dipaksa bekerja keras di ladang iaitu antara 9 hingga 10 jam sehari

tetapi upahnya rendah (6 sen sehingga 16 sen sehari) atau tidak dibayar gaji. Sistem Buruh Kontrak ini telah

dihentikan pada tahun 1868 dan telah digantikan dengan sistem Kangani. Manakala, sistem Kangani

dilaksanakan. ‘Kangani’ bermaksud mandur, tandil atau ketua pekerja. Sistem ini diperkenalkan pada tahun

1898, namun telah dihapuskan pada tahun 1938 disebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia pada

tahun 1929 sehingga tahun 1932. Menurut Sistem Kangani, majikan akan menghantar seorang Kangani atau

mandur dari ladangnya ke India. Sementara di India, Kangani akan kembali ke kampung halamannya dan

berusaha mengumpulkan saudara maranya, sahabat handai dan penduduk yang ingin bekerja dan berpindah

ke Tanah Melayu. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh Kangani. Seramai 300000 orang buruh India

telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sehingga tahun 193824. Kebanyakannya telah datang ke Tanah Melayu

secara berkeluarga. Satu tabung khas telah diwujudkan pada 1907 untuk menampung kos pengambilan

buruh. Melalui sistem ini, kos pelayaran ditanggung oleh majikan dan telah dikenakan bayaran $5.00

setahun bagi setiap buruh yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Terdapat kelemahan sistem Kangani ini

iaitu setiap Kangani akan membawa masuk seramai mungkin buruh untuk mendapatkan wang yang lebih

kerana jumlah bayaran adalah mengikut jumlah buruh yang diambil. Namun, terdapat juga imigran India

masuk ke Tanah Melayu secara persendirian.ada sebilangan kecil buruh atau imigran India yang datang

dengan pembiayaan sendiri.

Sebagai kesimpulannya, bagi pihak British mereka mendakwa atau berpendapat perlu

mentamadunkan masyarakat yang dijajah.Ini adalah kerana mereka dianggap native people atau tidak

bertamadun. Oleh itu, mereka ingin mentamadunkan masyarakat Melayu dari pelbagai aspek hidup. Mereka

merasakan mereka lebih unggul (superior) dan orang-orang Barat harus membantu bangsa yang mundur

dalam pembangunan negara mereka. Seringkali masyarakat Melayu dikatakan mundur, pemalas, lembap dan

tidak begitu serius dalam bidang pekerjaan. Ini tidak betul sama sekali. Masyarakat Melayu mengalami

tekanan daripada pihak penjajah iaitu mereka membawa pengaruh-pengaruh asing, bangsa-bangsa asing

masuk ke Tanah Melayu dan memperkenalkan fahaman kapitalisme dan sekularisme tanpa menghiraukan

kemajuan ekonomi orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di desa. Kesan dari penjajahan itu mereka

23 Ibid,Nor Aslina Mamat, Faudziah Bedu, Zarina Zamri&Aima Mohammad(2012),hal:6724 Ibid,Norizan Yusoff(2009),hal:106

11

Page 12: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

menjadi beku dan terkongkong. Menurut Ibnu Khaldum, ‘bangsa yang dijajah biasanya menjadi malas

kerana jiwanya sentiasa dikongkong oleh pihak penjajah dan mereka ini tidak mampu membela diri kerana

rasa kalah telah mematahkan semangat mereka’. Ringkasnya, pihak penjajah British berjaya mempengaruhi

masyarakat Islam atau Melayu di negara ini iaitu dari segi pemikiran dan cara hidup. Secara tidak langsung,

pihak British dalam rangka dasarnya untuk memecah belahkan dan ingin memerintah negeri-negeri di

bawah takluknya. Mereka juga cuba memporak-perandakan masyarakat serta mewujudkan

ketidakseimbangan antara nilai rohani dan jasmani dalam kehidupan masyarakat Melayu. (Mahayudin

1998:201)25. Kesan yang dapat kita lihat ialah kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi. Kemajuan

ekonomi yang dimiliki atau dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa

yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Ini telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripapa

menikmati kekayaan sumber ekonomi di Negara sendiri. Contohnya, melalui jadual berikut yang

menunjukkan pemilikan ladang getah: (Emerson,1974);

Keluasan ladang Eropah Melayu Cina India

100-1000 ekar 357 23 287 118

1000 dan lebih 296 - 12 -

Di dalam industri perlombongan bijih timah pula, orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki atau

tidak mempunyai dan tidak mengambil bahagian langsung. Semua lombong yang ada dimiliki oleh orang

Eropah dan Cina.

Kesan daripada penjajahan British juga dapat dilihat dari segi dasar pendidikan pemerintahan British.

Dasar pendidikan ini adalah berteraskan negara ibunda, British menggalakkan lagi perbezaan antara kaum

dan mewujudkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Ini dapat dilihat melalui ketidakseragaman sukatan

pendidikan dan pendidikan guru. Oleh itu, maka wujudlad sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan

guru yang berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Contohnya, setiap kaum telah mengambil

guru dan sukatan pendidikan daripada negara asal mereka. Ini menunjukkan kerajaan British tidak

mempunyai agenda atau rancangan untuk menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan di Tanah

Melayu. Bagi orang Melayu, mereka hanya berpeluang mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan

kerja-kerja sara diri dan tidak diberikan peluang untuk memperolehi kenahiran dan ilmu akademik seperti

kaum-kaum lain di Tanah Melayu. Namun, sistem pendidikan hanya dikhususkan untuk golongan

bangsawan Melayu sahaja. Secara langsung, ia menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka

tahu jika di Tanah Melayu mereka masih berpeluang mendapat pendidikan seperti di negara asal. Ini

menampakkan kerajaan British memang sebenarnya menggalakkan kemasukan imigran asing dan menjaga

kebajikan mereka untuk keuntungan ekonomi penjajah. Oleh itu, berpandukan dasar-dasar yang dijalankan

25 Afifah Abu Yazid. (2006).Pengajian Tamadun Asia Edisi ke-2.Kuala Lumpur:PTS Professionaal Publishing Sdn. Bhd.,hal 81&8212

Page 13: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

atau dilaksanakan oleh pihak British atau Inggeris ini jelas memaparkan kewujudan masyarakat majmuk di

Malaysia adalah berikutan hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana

ekonomi dengan langsug tidak mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi oleh mayarakat Melayu atau

pribumi.

Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu juga wujud akibat daripada penjajahan British iaitu

munculnya gabungan UMNO, MCA dan MIC. Ini telah membentuk parti perikatan dalam pilihanraya pada

tahun 1955 di Tanah Melayu. Namun pada tahun 1951 telah ditubuhkan atau memperlihatkan gabungan

ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai yang membentuk Sistem Ahli. Ini jhtelah membuktikan wujudnya

sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia.

Kesan kemasukan imigran juga dapat dilihat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Pada

tahun 1898 yang telah menunjukkan perbezaan yang jelas dengan pertambahan penduduk Masyarakat

Pribumi iaitu meningkat sebanyak 34.9 peratus, Cina meningkat kepada 83.3 peratus dan India

peningkatannya mencecah 18.2 peratus. Kesannya, telah menyebabkan berlakunya penguasaan golongan

imigran Cina dan imigran India terhadap Tanah Melayu yang dahulunya dimonopoli atau dikuasai oleh

orang Melayu. Ini terbukti bahawa pihak British telah berjaya mengubah struktur sosioekonomi masyarakat

tradisional tempatan yang telah membentuk masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Kedatangan

imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial

dan budaya yang berbeza daripada sebelumnya. Kelompok baharu ini sangat penting kerana ia menjadi satu

daripada ciri rupa bentuk masyarakat Malaysia selepas merdeka.

Munculnya tiga cara hidup yang sangat berbeza di antara kaum Melayu, Cina dan India. Contohnya,

orang Melayu aktif atau ke arah bidang pertanian dan penangkapan ikan, orang Cina pula menguruskan

industri perlombongan dan perdagangan. Orang India pula, bekerja di ladang-ladang getah dan kawasan

perladangan yang lain. Manakala, penempatan juga berbeza. Bagi orang Melayu, mereka tinggal di

kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut. Orang Cina pula menetap di kawasan

perlombongan dan membuka tempat perniagaan di Bandar. Kaum India pula tinggal di estet-estet getah dan

di ladang-ladang kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum amat berbeza mengikut jenis

pekerjaan yang mereka ceburi.

Namun, kesan daripada pemerintahan British ini, kuasa raja dan pembesar negeri kian terhakis dan

pengaruh mereka semakin berkurangan. Akibatnya muncul pelbagai gerakan penentangan di beberapa

negeri di bawah pimpinan tokoh tempatan. Walaupun berjaya ditumpaskan, tetapi penentangan ini

menggambarkan keengganan rakyat tempatan menerima kuasa asing sebagai pemerintah.

13

Page 14: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

BIBLIOGRAFI

1. Rujukan buku ;

14

Page 15: Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali

Afifah Abu Yazid. (2006).Pengajian Tamadun Asia Edisi ke-2.Kuala Lumpur:PTS Professionaal Publishing Sdn. Bhd.

Nor Aslina Mamat,Faudziah Bedu, Zarina Zamri & Aima Mohammad. (2012). Sejarah Malaysia STPM. Selangor:PNI Neuron (M)Sdn. Bhd.

Nizan Said.(2010).Sejarah Tingkatan 4.Selangor:Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Norizan Yusoff.(2009).Sejarah Malaysia (Kertas 2:Bahagian A).Selangor:Marshall Cavendish (Malaysia)Sdn.Bhd.

Yew Chee Wai & Wan Iqmal.(2005).Sejarah SPM Tingkatan 4&5.Selangor:Sasbadi Sdn.Bhd.

2. Rujukan internet ;

http://saku30.tripod.com/sejtema2.htm

http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2011/01/era-kolonial-membawa-perubahan-politik.html

http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/faktor-faktor-kemunculan-masyarakat-majmuk-dan-perkembangannya-di-tanah-melayu-sebelum-perang-dunia-kedua/

15


Top Related