Transcript

KOLEJ PERNIAGAANSEMESTER PERTAMA 2014/2015

BPMS3073 SEMINAR DALAM PENGURUSAN MUAMALAT KUMPULAN ASEKURITI PATUH SYARIAH

DISEDIAKAN UNTUK:DR. AHMAD BASHIR @ ZOLMAT BIN AZIZ

DISEDIAKAN OLEH:NURHANAYUZLAINI BINTI MOHD JAMIL 212794SITI NOR ARQILAH BINTI TALIB 213004MUHAMAD FAHMI BIN MD NOOR221344

TARIKH HANTAR:8 DISEMBER 2014

i

BPMS3073 SEMINAR PENGURUSAN MUAMALAT |1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN12.0 DEFINISI SEKURITI PATUH SYARIAH23.0 MPS BADAN BERAUTORITI MENSTATUSKAN PATUH SYARIAH23.1 PERANAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH34.0 TANDA ARAS BAGI MENENTUKAN SEKURITI PATUH SYARIAH44.1 TANDA ARAS AKTIVITI PERNIAGAAN44.2 TANDA ARAS NISBAH KEWANGAN55.0 SYARIKAT PEMEROLEHAN KEGUNAAN KHAS (SPAC)66.0 TEMPOH PELUPUSAN SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAH66.1 SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAH77.0 SYARIKAT CAMPURAN77.1 SITUASI SYARIKAT CAMPURAN87.2 PANDANGAN ULAMA YANG MEMBENARKAN SYARIKAT CAMPURAN98.0 SEJAUHMANA PELAKSANAAN SISTEM PATUH SYARIAH DI MALAYSIA109.0 PERANAN AMANIE ADVISORS129.1 AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH AMANIE ADVISORS139.2 KECEKAPAN STRUKTUR ORGANISASI159.3 DIVERSITI RANGKAIAN PERNIAGAAN AMANIE GROUP1610.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI PERLAKSANAAN SISTEM PATUH SYARIAH DI MALAYSIA1611.0 KESIMPULAN18RUJUKAN19

1.0 PENDAHULUANIslam merupakan agama yang syumul dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia.Setiap aktiviti yang dilakukan adalah berlandaskan syarak yang telah ditetapkan. Ajaran Islam sangat mementingkan aspek disiplin dan peraturan dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Keperluan manusia kepada undang-undang atau peraturan yang tertentu adalah tidak dapat dinafikan. Kehidupan bermasyarakat memerlukan kepada kepelbagaian transaksi di antara pelbagai pihak yang akan menghasilkan pula kepelbagaian perhubungan. Ada kalanya perhubungan ini akan mewujudkan pertikaian dan perbalahan. Justeru itu, kewujudan sesuatu undang-undang bagi memperuntukkan hak dan tanggungjawab individu serta bagi menjelaskan kaedah-kaedah penyelesaian apa-apa pertikaian dalam sesuatu masyarakat adalah semakin jelas.Merujuk kepada Islam undang-undang yang diguna pakai adalah dinamakan sebagai syariat atau syariah Islam. Syariah ialah segala perintah Allah s.w.t. dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidangkuasanya.la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek itiqadiyyah atau batiniyyah iaitu hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan, amaliyyah atau hal- hal yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah SWT, sesama manusia, dan alam lain serta aspek akhlakiyyah iaitu membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat.Dalam konteks muamalat pada hari ini dapat dilihat setiap organisasi yang menjalankan perniagaan mempunyai suatu badan yang mengawal segala operasi organisasi mengikut lunas-lunas syarak yang ditetapkan. Setiap organisasi akan memastikan perniagaan mereka sebagai sekuriti patuh Syariah dan diyakini oleh masyarakat. Badan penasihat Syariah ini mampu menjadi penggerak untuk menegakkan syiar Islam.

2.0 DEFINISI SEKURITI PATUH SYARIAHSekuriti patuh Syariah merupakan sekuriti syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah. Secara amnya, sesebuah syarikat akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah jika aktiviti utamanya tidak melibatkan perkara berikut:i. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah)ii. Perjudian dan pertaruhaniii. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan.iv. Insurans konvensionalv. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariahvi. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitanvii. Pembrokeran jual beli sekuriti tidak patuh Syariahviii. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.Selain itu, turut diambil kira adalah tahap sumbangan daripada faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain.3.0 MPS BADAN BERAUTORITI MENSTATUSKAN PATUH SYARIAHMajlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti ialah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh SC pada tahun 1996 di bawah seksyen 18, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA). MPS diberikan mandat dalam memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Bidang kuasanya ialah memberi nasihat kepada Suruhanjaya dalam semua perkara berhubung pembangunan pasaran modal Islam yang komprehensif dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu pasaran modal Islam. Ahli MPS terdiri daripada ulama Islam dan pakar kewangan Islam.Dalam menentukan status patuh Syariah dalam sesebuah syarikat fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.3.1 PERANAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAHMajlis Penasihat Syariah memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat mematuhi landasan syariah yang ditetapkan. Antara peranan MPS adalah :i. Menyenaraikan senarai sekuriti patuh syariah. Senarai patuh Syariah ini telah dikeluarkan oleh MPS sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September setiap tahun. Senarai ini sangat penting dalam membantu para pelabur islam dalam mengenal pasti sekuriti yang selaras dengan prinsip Syariah dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka tanpa sebarang keraguan dalam membuat pelaburan.ii. Memberi nasihat tentang produk-produk Pasaran Modal. Antara tugasannya ialah mengambil 2 pendekatan iaitu yang pertama mereka akan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal berdasarkan perspektif Syariah. Kajian tertumpu pada struktur, mekanisma dan penggunaan instrumen tersebut sama ada terdapat prinsip yang bercanggah dengan prinsip syariah atau tidak. Seterusnya pendekatan kedua pula ialah merangka dan membentuk instrumen baru yang berlandaskan Syariah.iii. Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful. Antara tugasannya ialah menasihati serta memantau urusan pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan dalam instrumen yang diharuskan syariah sahaja. Oleh itu jika berlaku sebarang pembayaran kepada peserta yang memerlukan bantuan wang tersebut adalah dari sumber yang halal dan bukan berpunca dari pelaburan yang mengandungi unsur riba.iv. Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK). Fungsi utama yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Syariah adalah memberi nasihat kepada institusi-institusi kewangan seperti bank-bank perdagangan yang ingin mengeluarkan sesuatu produk perbankan yang terbaru sama ada ianya mematuhi kehendak syariah atau tidak.v. Mengesahkan Manual Patuh Syariah. Dalam menyediakan satu sumber rujukan yang tersusun untuk menetukan sama ada sesuatu produk perbankan itu melepasi syarat patuh syariah atau tidak. MPS akan mengesahkan suatu manual yang telah dihasilkan melalui perbincangan antara ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah.Peranan Badan Penasihat Syariah hari ini amat mencabar.Hal ini kerana pengamalan serta produk kewangan Islam yang sangat rumit pada hari ini sangat mencabar pakar-pakar Syariah untuk membuat keputusan yang betul.Semakin rumit dan canggih produk dan amalan kewangan Islam semakin mencabarlah peranan Badan Penasihat Syariah.4.0 TANDA ARAS BAGI MENENTUKAN SEKURITI PATUH SYARIAHMPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu berasaskan ijtihad untuk menentukan sekuriti syarikat bercampur sebagai patuh Syariah atau sebaliknya. Pengiraannya adalah berdasarkan sumbangan aktiviti tersebut kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat. Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. 4.1 TANDA ARAS AKTIVITI PERNIAGAAN i. Tanda aras lima peratus Secara amnya tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya atau tidak selaras dengan Syariah seperti aktiviti riba atau syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional, judi, minuman keras dan daging babi. ii. Tanda aras 10 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur umum balwa iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut ialah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau. iii. Tanda aras 20 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah. Terimaan sewaan sedemikian kebiasaannya daripada premis yang terdapat menjalankan aktiviti bercampur-campur antara patuh Syariah dan dengan yang sebaliknya seperti terimaan sewaan daripada aktiviti pasar raya yang di dalamnya terdapat aktiviti jualan arak dan sebagainya.iv. Tanda aras 25 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam, namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan pusat peranginan, perniagaan saham, pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.4.2 TANDA ARAS NISBAH KEWANGANBagi tanda aras nisbah kewangan, MPS mengambil kira perkara-perkara berikut:i. Tunai ke atas jumlah asetTunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun-akaundan instrumen-instrumen konvensional, manakala tunai yangditempatkan dalam akaun-akaun dan instrumen-instrumen Islam tidakdiambil kira dalam pengiraan ini.ii. Hutang ke atas jumlah asetHutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kiradalam pengiraan ini.Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen-elemenberteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikatmestilah kurang daripada 33 peratus. Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kiraaspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti-aktivitisyarikat dari perspektif pengajaran Islam.

5.0 SYARIKAT PEMEROLEHAN KEGUNAAN KHAS (SPAC)Dalam mengklasifikasikan sekuriti-sekuriti SPAC, MPS mempertimbangkan kriteria-kriteria berikut:(i) Aktiviti perniagaan yang dicadangkan hendaklah patuh Syariah(ii) Keseluruhan hasil kutipan daripada penerbitan tawaran awam permulaanhendaklah ditempatkan dalam akaun-akaun Islam(iii) Sekiranya hasil kutipan dilaburkan, keseluruhan pelaburan berkenaanhendaklah patuh Syariah.Sekuriti-sekuriti patuh Syariah termasuk saham-saham biasa dan waran-waran yang diterbitkan oleh pihak syarikat sendiri. Ini bermakna waran-waran diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah dengan syarat saham-saham pendasarnya juga patuh Syariah. Selain itu, stok pinjaman dan bon adalah sekuriti tidak patuh Syariah melainkan ianya distruktur berdasarkan keputusan, konsep dan prinsip-prinsip Syariah yang diluluskan oleh MPS.6.0 TEMPOH PELUPUSAN SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAHSebagai panduan kepada para pelabur, MPS ingin menasihatkan pelabur mengenai tempoh untuk melupuskan sekuriti-sekuriti yang telah diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.Sekuriti patuh Syariah yang kemudiannya bertukar status kepada tidak patuh SyariahIni merujuk kepada sekuriti-sekuriti yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai patuh Syariah tetapi oleh kerana beberapa faktor sepertiperubahan dalam operasi perniagaan syarikat dan kedudukan kewangan, kemudiannya diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.Dengan perlaksanaan kaedah penyaringan yang disemak semula, para pelabur diberi tempoh selama enam bulan daripada tarikh berkuatkuasa senarai kemas kini iaitu 29 November 2013 untuk melupuskan sekuriti-sekuriti tersebut, sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut melebihi atau bersamaan dengan kos pelaburan. Oleh itu, para pelabur dibenarkan menyimpan dividen yang diterima dan keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh enam bulan yang diberikan.Walau bagaimanapun, setiap dividen yang diterima dan lebihan keuntungan modal hasil daripada pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah selepas tempoh enam bulan yang diberikan hendaklah disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan.Sebaliknya, para pelabur dibenarkan untuk memegang pelaburan dalam sekuriti-sekuriti tidak patuh Syariah sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut berada di bawah kos pelaburan. Sepanjang tempoh pegangan sekuriti tidak patuh Syariah, para pelabur juga dibenarkan untuk menyimpan dividen yang diterima sehingga jumlah dividen yang diterima dan harga pasaran sekuriti-sekuriti tidak patuh syariah tersebut bersamaan dengan kos pelaburan. Pada ketika ini, para pelabur dinasihatkan untuk melupuskan pegangan mereka.Di samping itusepanjang tempoh pegangan, para pelabur juga dibenarkan untuk melanggan:a. Sebarang terbitan sekuriti baru oleh syarikat yang mana sekuritinya tidak patuh Syariah yang dipegang oleh pelabur sebagai contoh, terbitan hak, terbitan bonus, terbitan khas dan waran yang tidak termasuk sekuriti-sekuriti yang tidak patuh syariah seperti stok pinjaman.b. Sekuriti-sekuriti patuh Syariah syarikat lain yang ditawarkan oleh syarikat yang mana sekuritinya tidak patuh Syariah yang dipegang oleh para pelabur, dengan syarat mereka mempercepatkan pelupusan sekuriti tidak patuh Syariah tersebut.6.1 SEKURITI TIDAK PATUH SYARIAHMPS menasihatkan para pelabur yang melabur berdasarkan prinsip syariah supaya melupuskan sekuriti-sekuriti tidak patuh Syariah yang dipegang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan selepas mengetahui status sekuriti tersebut. Sebarang keuntungan dalam bentuk keuntungan modal atau dividen yang diperoleh sebelum atau selepas pelupusan sekuriti tersebut hendaklah disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan. Para pelabur hanya berhak untuk mengambil kos pelaburan sahaja.7.0 SYARIKAT CAMPURANSyarikat campuran merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti teras yang dibenarkan Syariah, di samping menjalankan beberapa aktiviti yang mengandungi unsur-unsur yang dilarang Syariah tetapi dalam skala yang kecil. Bagi syarikat campuran ini, MPS menjalankan analisa dengan syarat tambahan sebelum memasukkan syarikat-syarikat ini ke dalam senarai patuh Syariah. Syarat tambahan seperti berikut:i.Aktiviti utama syarikat mestilah aktiviti yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah dan aktiviti yang berunsur haram mestilah dalam skala yang lebih kecil berbanding aktiviti utama.ii.Persepsi masyarakat terhadap imej syarikat tersebut mestilah baik.iii.Aktiviti utama syarikat mempunyai maslahah atau kepentingan kepada masyarakat dan negara serta aktiviti yang berunsur haram amat kecil yang melibatkan perkara umum balwa (masalah bersama), uruf dan hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.7.1 SITUASI SYARIKAT CAMPURANPersoalan yang timbul apabila sesebuah syarikat yang mempunyai aktiviti teras yang dibenarkan Syariah tetapi pada masa yang sama terdapat aktiviti yang dilarang. Sebagai contoh, sebuah syarikat besar yang mempunyai aktiviti teras dalam pengeluaran barangan industri tetapi mempunyai anak syarikat yang menjalankan aktiviti melibatkan riba. Aktiviti ini berlaku di dalam kumpulan syarikat yang menyediakan pembiayaan kepada anak syarikat dan syarikat induk sebagai sumber kewangan untuk aktiviti perniagaan syarikat mereka. Bentuk kegiatan yang dilarang dalam kes ini lebih kepada pembiayaan pembelian jentera, peralatan pengeluaran dan sebagainya. Di dalam kes ini, syarikat tersebut merupakan milikan bersama sepenuhnya orang Islam tetapi salah seorang rakan kongsi mengamalkan aktiviti riba. Berdasarkan pandangan ulama, rakan kongsi tersebut tidak perihatin dan patuh terhadap amalan dan prinsip Syariah.Selain itu, syarikat besar yang mempunyai aktiviti teras seperti hartanah tetapi mempunyai anak syarikat yang mengendalikan hotel atau resort yang menjual arak di premis mereka. Bentuk kegiatan yang dilarang dalam kes ini pula adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan bukan Islam. Berdasarkan pandangan ulama, perbincangan ini dilihat pada status syarikat yang berkongsi pemilikan antara orang Islam dengan bukan Islam. Mereka menyentuh situasi rakan kongsi yang bukan Islam yang mengamalkan riba dan menjual arak. Namun begitu, Islam mengiktiraf hak orang bukan Islam dengan mengklasifikasikan aktiviti mereka sebagai al-mal atau aset. Malahan Islam melarang umatnya merosakkan aset masyarakat bukan Islam walaupun aset tersebut dilarang di dalam Islam.Oleh yang demikian, ulama yang membenarkan syarikat campuran ialah Mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan sebahagian Mazhab Hanafi. Mereka bersetuju syarikat campuran dilaksanakan kerana mereka percaya orang Islam dibenarkan berkongsi perniagaan dengan bukan Islam walaupun tidak digalakkan. Hal ini berdasarkan qiyas di mana kedua-dua rakan kongsi berkelayakan untuk menjadi wakil secara rasmi. Jadi, mereka perlu menjalankan syarikat mufawadhah, di mana kedua-duanya boleh menjalankan aktiviti syarikat mereka sendiri.Walau bagaimanapun, pemilik syarikat Islam tidak boleh menjalankan aktiviti yang dilarang seperti riba, namun mereka juga tidak boleh menyekat aktiviti pemilik bukan Islam.Selain itu, ulama yang tidak membenarkan syarikat campuran ialah sebahagian Mazhab Hanafi yang lain. Mereka tidak percaya bahawa orang Islam dibenarkan berkerjasama dengan orang bukan Islam melalui mufawadhah.Hal ini demikian kerana aktiviti Islam dan bukan Islam berbeza.Apa yang dibenarkan untuk bukan Islam dikira sebagai al-mal atau aset namun dilarang untuk Islam. 7.2 PANDANGAN ULAMA YANG MEMBENARKAN SYARIKAT CAMPURAN Berdasarkan pandangan kebanyakan ulama, pendekatan ke arah membenarkan orang Islam untuk melabur ke dalam syarikat campuran adalah dibenarkan.Hal ini demikian kerana kebanyakan ulama tidak melarang syarikat itu ketika menilai status syarikat dimiliki bersama oleh kedua-dua orang Islam dan bukan Islam.Fuqaha silam membincangkan syarikat yang menjalankan aktiviti yang dilarang seperti menjual arak dan pembiayaan yang dilarang sumber.Majoriti ulama membenarkan dengan syarat nisbah aktiviti tersebut adalah lebih kecil daripada aktiviti utama syarikat. Izz al-Din bin Abd al-Salam berkata: Maksudnya: Sekiranya wang yang dibenarkan adalah lebih iaitu satu dirham daripada wang dilarang bercampur dengan satu ribu wang yang dibenarkan, maka transaksi tersebut dibenarkan.Ibn Taimiyyah juga turut memberikan pandangan terhadap campuran dana yang dibenarkan dan dilarang: Maksudnya: Sekiranya yang dibenarkan lebih, maka transaksi perniagaan tidak dilarang. Dan sekiranya kekayaan seseorang didapati mempunyai campuran yang dibenarkan dan dilarang, maka unsur yang dibenarkan tidak akan dilarang. Sebaliknya, pemilik dibenarkan untuk mengambil mengikut nisbah yang dibenarkan.8.0 SEJAUHMANA PELAKSANAAN SISTEM PATUH SYARIAH DI MALAYSIAPasaran modal Islam secara umumnya terdiri daripada pasaran ekuiti dan pasaran sekuriti hutang di bawah kawalan dan seliaan Suruhanjaya Sekuriti. Di bawah pasaran ekuiti Islam terdapat sekuriti patuh Syariah yang telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah, dana unit amanah berasaskan Syariah, Indeks Islam Bursa Malaysia, firma broker saham Islam dan jendela broker saham Islam.

Rajah 1: Senarai Sekuriti Patuh Syariah, 28 November 2014Majlis Penasihat Syariah akan mengeluarkan dan mengumumkan senarai sekuriti patuh syariah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November. Kebanyakan syarikat di Malaysia semakin sedar kepentingan sistem patuh Syariah ini. Hal ini dibuktikan sebanyak 74% syarikat yang telah mematuhi Syariah. Senarai sekuriti patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti akan sah sehingga tempoh enam bulan.Oleh itu, setiap pelabur perlu sentiasa menyemak senarai sekuriti patuh Syariah yang dikeluarkan Majlis Penasihat Syariah dua kali setahun. Hai ini demikian bagi mengelakkan pelabur melabur pada sekuriti yang tidak patuh Syariah dan mengelakkan pelabur menerima keuntungan yang syubhah.

9.0 PERANAN AMANIE ADVISORSAmanie telah ditubuhkan pada 2005 oleh Dr Mohd Daud Bakar, seorang pakar Syariah antarabangsa yang terkemuka, sebagai sebuah Konsultan Penasihat Syariah Kewangan Islam yang pertama di dunia. Amanie mempunyai kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan penasihatan Syariah yang berkualiti kepada pelbagai latar pelanggan termasuklah institusi kewangan, korperat dan kerajaan. Rangkaian perkhidmatan Amanie termasuklah :i. pembangunan dan penukaran produkii. penasihatan kewangan, perniagaan dan pelaburan iii. menentukan status patuh syariah sesuatu produk atau perkhidmatan melalui Badan Pengawasan Syariah Amanie Advisors

Amanie mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Dubai, Muscat, Luxembourg, Kaherah, Melbourne, Astana, Seoul, dan Dublin.Amanie berada dalam kedudukan strategik untuk menawarkan satu perspektif antarabangsa dan amalan terbaik bersifat global kepada pelanggan. Amanie Group telah membina kapasiti untuk mempercepatkan pertumbuhan kewangan Islam di peringkat global. Dengan pelbagai syarikat yang berkaitan di bawah sayapnya, Amanie mempunyai kedudukan yang terbaik untuk meletakkan kewangan Islam ke tahap yang seterusnya.Berikut merupakan carta yang menerangkan rangkaian syarikat yang berada di bawah Amanie Group.

Rajah 2:Amanie Group/ Amanie Holdings9.1 AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH AMANIE ADVISORS

Dr.Mohamed Ali Elgari Kingdom of Saudi Arabia (Pengerusi)Dr Mohamed Ali Elgari Ialah Profesor Ekonomi Islam dan bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Ekonomi Islam di King Abdul Aziz Universiti, Arab Saudi. Dr Ali Elgari merupakan penasihat kepada beberapa institusi kewangan Islam di seluruh dunia dan juga di papan Syariah bagi indeks Islam Dow Jones. Beliau juga adalah ahli Akademi Fiqh Islam serta Pertubuhan Islam Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAIOFI) . Dr Elgari telah menulis beberapa buah buku mengenai perbankan Islam. Beliau berkelulusan dari Universiti California dengan Ph.D dalam bidang Ekonomi.

Dr. Muhammad Amin Ali Qattan- KuwaitDr. Qattan mempunyai Ph.D. dalam Perbankan Islam dari Universiti Birmingham dan beliau sendiri merupakan seorang pensyarah dan juga pengarang prolifik teks dan artikel mengenai ekonomi dan kewangan Islam.Beliau kini ialah Pengarah Unit Ekonomi Islam, Pusat Kecemerlangan Pengurusan di Universiti Kuwait.Dr Qattan juga berperanan sebagai penasihat Syariah kepada banyak institusi terkemuka seperti Penilaian Perisikan, Standard &Poors Indeks Syariah, dan Al Fajer Retakaful.Beliau aalah seorang sarjana Syariah yang dipandang tinggi di Kuwait.

Dr. Mohd Daud Bakar-MalaysiaDr Mohd Daud Bakar ialah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.Dr. Bakar sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dr. Bakar adalah ahli lembaga Syariah pelbagai institusi kewangan, termasuk Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) (Bahrain), Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan Timur Tengah (London) di kalangan lain-lain lagi.

Dr. Osama Al Dereai- QatarDr Osama Al Dereai ialah seorang ulama Syariah dari Qatar.Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran, perundingan dan penyelidikan dalam bidang kewangan Islam.Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam Sains Hadeth Al Sharef dari Universiti berprestij Islam Madinah.Dr Al Dereai memperolehi Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa (Malaysia) dan kemudian telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam Urus Niaga Islam dari Universiti Malaya.Dr Al Dereai adalah ahli lembaga Syariah pelbagai institusi kewangan termasuk Syarikat Pertama Leasing, Barwa Bank, Pertama Pelaburan Syarikat dan Kumpulan SyarikatGhanim Al Saad lain-lain.

9.2 KECEKAPAN STRUKTUR ORGANISASIAmanie Advisors mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang yang pelbagai dan khusus antaranya syariah, perbankan, pelaburan, undang-undang, ekonomi, perakaunan, risiko, kewangan korporat dan perancangan strategik.

Rajah 3: Skop kepakaran AmanieSelain itu, Amanie turut menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan. Berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan:

Rajah 4: Perkhidmatan yang ditawarkan Amanie9.3 DIVERSITI RANGKAIAN PERNIAGAAN AMANIE GROUPAmanie berada pada situasi yang strategic di antara permintaan dan penawaran dalam industri kewangan Islam. Kedudukan ini membolehkan Amanie untuk menjalankan urusan mengenai peluang-peluang yang boleh didapatkan di peringkat global.

Rajah 5: Diversiti rangkaian perniagaan Amanie

10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI PERLAKSANAAN SISTEM PATUH SYARIAH DI MALAYSIABerikut merupakan cadangan cadangan untuk penambahbaikan perlaksanaan sisitem patuh syariah di Malaysia :(i)Mentajdidkan niat bagi setiap Muslim bahawa mencari yang halal itu adalah satu kewajipan untuk menggapai redha Allah SWT.(ii)Memperluaskan kefahaman Islam kepada Muslim juga not yet Muslim agar Islam dapat dipraktikkan sebagai cara hidup yang menyeluruh merangkumi segenap aspek kehidupan melalui usahasama pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta seterusnya rakyat marhaen sendiri.(iii)Meningkatkan kualiti sistem pamatuhan syariah samada daripada aspek standard piawaian yang digunapakai sehinggalah kepada praktikal operasinya.(iv)Menyediakan lebih banyak peluang kerjaya bagi lepasan graduan atau mereka yang berkelayakan bagi memenuhi permintaan pasaran semasa yang dilihat semakin mesra dengan produk atau perkhidmatan patuh syariah kerana jelas lebih menguntungkan pengguna samada dalam sektor perbankan mahupun sektor perniagaan yang lain.(v)Memberikan sokongan yang berterusan kepada semua produk dan perkhidmatan patuh syariah yang ada agar semakin tinggi permintaan maka semakin tinggilah penawaran yang boleh disediakan. Apabila permintaan meningkat, pengeluaran juga akan meningkat seterusnya kos pengeluaran akan berkurang maka harga pasaran produk atau perkhidmatan patuh syariah akan menjadi semakin murah atau berpatutan.

11.0 KESIMPULANKesimpulannya, pihak Bank Negara melalui Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti telah berusaha sedaya mampu bagi menyediakan produk-produk kewangan yang Islamik atau lebih tepat lagi patuh syariah bagi memenuhi keperluan semasa pengguna Muslim di Malaysia. Walaupun tidak dinafikan masih lagi terdapat beberapa kekurangan dalam proses penyediaan produk-produk tersebut, namun berdasarkan kapasiti kemampuan ekonomi semasa itulah yang terbaik dapat disediakan. Usaha-usaha bagi meningkatkan lagi kualiti serta kuantiti produk-produk kewangan Islam terus giat dirancang serta dilaksanakan terutamanya dalam menilai status patuh syariah pada setiap produk yang dikeluarkan kerana kebanyakan produk masih berstatus sekadar mengharuskan kontrak-kontrak yang terdapat dalam sistem konvensional yang ada dalam pasaran kewangan dunia. Oleh yang demikian, bagi mencapai objektif sebenar sistem kewangan Islam iaitu menjaga kemaslahatan umum masyarakat maka sewajarnya sistem kewangan Islam perlulah disokong juga didokong perlaksanaannya secara lebih proaktif lagi melalui langganan produk-produknya secara keseluruhan tanpa bergantung lagi pada produk-produk konvensional. Sekiranya permintaan produk-produk sistem kewangan Islam meningkat, maka penawarannya juga dapat ditingkatkan. Pada masa yang sama kosnya juga akan semakin berkurang. Oleh itu, produk-produk kewangan Islam dapat ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan atau lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

"Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu. Sesungguhnya itulah yang lebih baik sekiranya kamu mengetahui!" (As-Saff: ayat 10 - 11)

RUJUKANAmanie Advisor, (2014). Diakses pada 19 November 2014 daripada, http://www.amanieadvisors.com/ver2/#/IntroPage/ Bank Negara Malaysia, (2014). Majlis Penasihat Syariah Bank. Diakses pada 22 November 2014, daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_about&pg=bm_thebank&ac=803&tpt=9&lang=bmMd Nurdin Ngadimon, (2009). Peranan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Dalam Pembangunan Pasaran Modal Islam Di Malaysia. Diakses pada 19 November 2014, daripada http://e-muamalat.gov.my/sites/default/files/jurnal_muamalat/2010/06/7_peranan.pdf Resolusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, Edisi Kedua. (2007). Diakses pada 20 November 2014, daripada http://www.sc.com.my/wp-content/uploads/eng/html/icm/Resolutions_SAC_2ndedition.pdfMajlis Penasihat Syariah. Senarai Sekuriti Patuh Syariah. (2014)


Top Related