Transcript

Novel Tingkatan 1: Sukar MembawaTuahTemaTema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah. Dalah hal ini, Adit berpendapat bahawa sekolah tempat tidak penting, bagi Adit asalkan seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.PersoalanAntara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak. Sumber air mereka ialah dari sungai.Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan Adit pergi ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.Akhir sekali, terdapat juga persoalan tentang semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, guru-guru di sekolah membantu Adit agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, pekerja-pekerja balak bekerjasama dengan penduduk kampung Orang Asli mencari Adit.Catatan: Dalam peperiksaan huraikan tiga persoalan sahaja.Watak dan perwatakanWatak utama novel Sukar Membawa Tuah ialah Adit. Adit anak Pak Katan, remaja yang erusia 10 tahun, berbadan kurus. Antara perwatakan Adit ialah bersemangat kuat. Misalnya. .., Selain itu dia juga sangat rajin. Misalnya, .. Di samping itu, Adit juga menghormati orang tua. Buktinya, Seterusnya, Adit juga mempunyai sikap suka membantu insan lain. Misalnya, . Di sebalik usia mudanya, Adit adalah remaja yang berani. Contohnya, Ahkir sekali, Adit juga berfikiran luas. Misalnya, .Watak-watak Sampingan1. Pak Katan: Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.2. Mak Tawi: Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.3. Akeh: Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.4. Tijah: anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.5. Ah Tong: Penyelia pekerja balak, suka membantu.Latar TempatAntara latar tempat novel Sukar Membawa Tuah ialah Kampung Bakai, Bukit Lokan. Di sinilah. .. Selain itu, cerita dalam novel ini juga belatarkan rumah Pak Katan. Misalnya, .. Di samping itu, tepi sungai juga menjadi latar tempat cerita dalam novel ini. Contohnya, ..Latar Tempat yang lain1. Hutan2. Di dalam gaung.3. SekolahLatar MasyarakatAntara masyarakat digambarkan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah masyarakat yang yang kurang mementingkan pendidikan. Misalnya, .. Selain itu, terdapat juga masyarakat Orang Asli yang percaya akan kepada alam mistik seperti roh jahat. Contohnya, .. Di samping itu, novel ini juga berlatarkan masyarakat Orang Asli yang bergantung pada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. Buktinya, . .. Akhir sekali, latar masyarakat bagi novel ini ialah masyarakat Orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka. Contohnya, .Nilai1. Kasih sayang2. Kerajinan3. Bekerjasama4. Tolong-menolong5. Bercita-cita tinggiNOVEL SUKAR MEMBAWA TUAHSINOPSIS BAB DEMI BABBab Satu: Inilah Dunia KamiSebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia pergi ke hutan untuk memulakan pekerjaan yang menjadi rutin kehidupannya, mencari rotan di dalam hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di dalam hutan pada pagi itu. Adit yang sudah lali dengan kerja itu menyediakan tali untuk mengikat rotan yang diperoleh nanti. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya untuk mendapat ikan yang banyak. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi ikan-ikan yang terlekat. Kemudian, dia meletakkan belat tersebut kembali lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya pergi ke hutan selepas sarapan pagi.Bab Dua : Rutin Harian Adit BermulaAdit dan ayahnya pergi ke hutan. Adit tidak menghiraukan keadaan pakaiannya yang sudah lusuh, lantaran menyedari kemiskinan hidupnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk dijual dan hasil jualannya nanti hanya cukup untuk membeli makanan dan keperluan harian sahaja, tetapi tidak cukup untuk membeli pakaian baru.Masyarakat Orang Asli menjual hasil hutan yang mereka peroleh kepada tauke Cina. Oleh sebab tahap pendidikan mereka yang rendah dan kemudahan infastruktur dalam keadaan yang sangat menyedihkan, maka kehidupan mereka dihimpit kemiskinan dan serba kekurangan. Pekan terhampir terletak kira-kira 30km dari kampung mereka. Oleh hal yang demikian, barang keperluan hanya diperoleh melalui pekerja balak yang berulang-alik dari kampung mereka ke pekan. Namun begitu, mereka tetap selesa hidup di sini dengan sedikit bantuan daripada agensi kerajaan.Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tempat tinggal yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Namun begitu, penerokaan hutan untuk aktiviti pembalakan kian menghimpit kehidupan mereka. Misalnya, Adit masih tidak bersekolah biarpun sumurnya sudah hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan pengetahuan tentang hutan sebagai asas pendidikan Adit.Adit menimbulkan persoalan tentang kepupusan hasil hutan dan musibah yang bakal menimpa mereka. Walau bagaimanapun persolan itu dinafikan oleh ayahnya yang tidak sedar akan realiti itu. Dalam pada itu, Adit teringat akan Akeh, satu-satunya rakannya yang bersekolah. Akeh tinggal di asrama dan dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Akeh bercita-cita ingin menjadi jurutera untuk membolehkannya berbakti kepada masyarakat orang asli. Minat untuk bersekolah timbul dalam perasaan Adit apabila dia diajak bersekolah dan apabila mendengar cerita-cerita tentang alam persekolahan Akeh. Namun demikian, keinginannya untuk bersekolah tidak dinyatakan oleh Adit kepada ayahnya.Bab Tiga: Impian AditBab ini berkisar tentang cerita Adit yang terlalu ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan kepada ayahnya semasa mereka berakit membawa rotan. Namun begitu, hasratnya itu dibantah oleh ayahnya yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Ayah Adit tidak melihat tujuan anaknya ialah untuk engubah nasib keluarga mereka. Jauh di sudut hatinya, Pak Katan memahami hasrat Adit, tetapi pada masa yang sama dia mahu Adit mengikut jejak langkahnya.Pak Katan tidak memberi repons terhadap permintaan anaknya itu hingga membuat Adit berubah sikap. Hal ini menyebabkan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan punca yang menyebabkan anaknya begitu pada Pak Katan. Sementara itu, Adit teringat kembali akan kedatangan pegawai penerangan ke kampung mereka dan sikap masyarakat mereka yang endah tak endah terhadap dasar kerajaan.Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah tidur lena. Pada pagi keesokannya, Pak Katan tidak pergi ke hutan sebalik dia pergi ke pekan. Niat Pak Katan pergi ke pekan tidak diketahui oleh Adit, kerana dia tidak menjawab apabila ditanya oleh Adit.Bab Empat: Dugaan bagi AditAdit berurusan dengan tauke Cina yang ingin membeli hasil hutan yang dijualnya sebelum mengangkat belat di sungai. Adit berbuat demikian untuk mendapatkan ikan yang melekat pada belat tersebut. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar gembira tentang Adit yang akan mula bersekolah, namun demikian ayahnya gagal mendapatkan kemudahan asrama baginya. Oleh hal yang demikian, Adit sukar bersekolah sebab masalah pengangkutan kerana jarak sekolah yang jauh dari kampungnya. Kekecewaan terpancar pada wajah Adit yang begitu teringin bersekolah. Namun begitu, semasa menenangkan diri di sungai, Tijah rakan baiknya, datang untuk memujuknya dan berjanji untuk berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Adit.Hujan lebat yang turun pada malam itu begitu merisaukan hati Pak Katan. Pak Katan risau akan rezekinya kerana tidak dapat pergi ke hutan pada keesokan harinya, tambahan pula belat yang ditahannya di sungai belum diangkat lagi. Satu perkara yang menambahkan kebuntuannya lagi ialah cara untuk menyelesaikan masalah persekolahan anaknya. Adit, termenung bersendirian tatkala memikirkan impiannya itu.Bab Lima: Riak ceria buat Adit.Hujan masih turun dengan lebat lagi. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada rumah terkena tempias air hujan. Adit diarahkan oleh ayahnya mencari kain guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, apabila hujan berhenti pada pagi itu mereka mendapat rezeki yang tidak pernah diduga. Sekor rusa yang dalam keadaan cedera terbaring di bawah rumah mereka. Rusa yang masih bernyawa itu dijual Pak Katan kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.Ah Tong berasa harian apabila melihat Adit tidak pergi ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun begitu setelah Pak Katan menjelaskan bahawa Adit tidak mendapat tempat untuk tinggal di asrama, maka Ah Tong memahaminya dan dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya untuk ke sekolah. Adit begitu gembira kerana Ah Tong sudi menolongnya.Bab Enam: Adit mula ke sekolahPada hari keesokannya, Adit memulakan pesekolahannya. Segala keperluannya telah dibelikan oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Adit menceritakan suasana persekolahannya kepada Tijah. Tijah teringin juga bersekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang inginkan dia berkahwin jika bertemu jodoh beberapa tahun yang akan datang. Adit ada hati ingin menghebohkan bahawa dia sudah bersekolah kepada masyarakat di kampungnya, namun begitu dia membatalkan hasratnya, kerana menyedari sikap negatif penduduk di situ akan pendidikan.Ayah dan ibunya gembira apabila melihat Adit yang mencuba memakai pakaian baru. Lebih mengembirakan lagi apabila ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu di kem pembalakan dengan upah yang lebih baik lagi daripada pendapatan memungut hasil hutan. Adit begitu gembira. Ibu bapanya menasihati Adit supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.Bab Tujuh: Hari Pertama ke SekolahHari pertama ke sekolah, Adit mandi pada pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya. Pagi itu dia dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Oleh sebab tiba terlalu awal dia tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal keselamatan sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan. Mereka bersarapan sambil berbicara tentang rakannya Akeh, pada masa yang sama Pak Kassim menyatakan kesudiannya uktuk Adit.Di dalam kelas, Adit jauh lebih tua daripada rakan-rakannya. Selain itu, dia juga sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Apabila masa persekolahan tamat, dia bertemu dengan Akeh dan mereka pun pulang menaiki lori balak Ah Tong.Adit mula serasi dengan rutin hariannya mengejar masa untuk ke sekolah. Dalam pada itu, dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Adit berpeluang untuk melompat kelas. Hal tersebut telah menggembirakan gurunya. Namun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu. Hal ini menyebabkan dia semakin kurus, namun, tidak dia pernah mengeluh.Lapan: Dugaan Terus MenimpaSepanjang dua bulan Adit bersekolah, dia tidak pernah ponteng. Dia masih menumpang kenderaan Ah Tong untuk ke sekolah pada pagi itu. Sementara itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petangnya pula Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah datang di rumah. Apabila melihat hari menjelang gelap, Pak Katan mengadu hal tersebut kepada Tok Batin. Tok Batin mengarahkan penduduk kampung mencari Adit. Setelah lima jam mencari baru mereka mengetahui rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas lalu masuk ke dalam gaung. Adit cedera parah , manakala Ah Tong mati di tempat kejadian.Adit dihantar ke hospital dengan lori balak. Dia telah kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit sudah ditemui dan berada di hospital. Di hospital Pak Katan menanti masa untuk melihat keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. Dua jam kemudian, doktor mengatakan bahawa Adit dalam keadaanyang kian stabil.Bab Sembilan: Mendung Berarak Pergi.Adit terlantar di hospital selama dua bulan. Dia dijaga oleh ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Sementara itu, adik-adiknya dijaga oleh isteri Tok Batin. Dia akhirnya sembuh, namun begitu kakinya telah tempang. Akan tetapi kecacatannya itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini telah mendapat perhatian daripada pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberikan bantuan dengan menawarkan tempat untuknya di asrama. Dia boleh berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya setelah keputusan peperiksaan diketahui.Setelah enam tahun peristiwa itu sudah dan kini semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah mengikut jejak langkah Adit. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.

Sukar Membawa TuahTema :Kegigihan remaja orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarga.Persoalan :1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan anak mereka.2. Masyarakat pedalaman yang miskin kerana hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan.3. Sikap saling membantu yang ditonjolkan tanpa mengenal erti bangsa, agama dan budaya.4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang.Watak dan perwatakan :1.Adit(Utama): Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat, sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas.2.Pak Katan: Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.3. Mak Tawi: Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.4.Akeh: Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.5.Tijah: anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.6.Ah Tong: Penyelia pekerja balak, suka membantu.Latar Tempat:1. Kampung Bakai, Bukit Lokan.2. Rumah Pak Katan3. Tepi sungai4. Hutan5. Di dalam gaung.6. SekolahLatar Masyarakat1. Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.2. Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.3. Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.4. Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka.Nilai1. Kasih saying2. Kerajinan3. Bekerjasama4. Tolong-menolong5. Bercita-cita tinggiSINOPSIS BAB 1 NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAHBab 1 Inilah Dunia KamiSebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.Nota:Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.Bab 2 Rutin Harian Adit BermulaAdit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru.Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit.Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.Bab 3 Impian AditDalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih berdegil.Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan.Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.Bab 4 Dugaan untuk AditAdit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit.Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu.Bab 5 Riak ceria buat Adit.Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.Bab 6 Adit mula ke sekolahEsoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya.Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.Bab 7 Hari Pertama ke SekolahHari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.Bab 8 Dugaan Terus MenimpaSudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah. Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.Bab 9 Mendung Berarak Pergi.Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit enggan menerimanya kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan berusaha.NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH: SINOPSIS RINGKASNovel Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will mengisahkan kesukaran hidup Adit yang merupakan seorang remaja daripada kaum Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan mereka hanya bergantung pada hasil-hasil hutan, kampung mereka kekurangan kemudahan infastruktur, tambahan pula Masyarakat di situ tidak mementingkan pendidikan dan masih berpegang teguh pada kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Dalam diam-diam Adit menaruh impian untuk bersekolah. Pada mulanya hasratnya itu dibantah oleh ayahnya Pak Katan yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Akhirnya Aidit bersekolah juga, namun begitu dia tidak mendapat kemudahan untuk tinggal di asrama. Hal ini menyebabkan dia terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan menumpang kenderaan Ah Tong, pekerja balak.

Walaupun terpaksa berulang-alik, Adit tidak pernah ponteng sekolah. Pada suatu hari Adit ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya menjadi tempang. Walaupun cacat, keadaan itu tidak melemahkan semangat Adit untuk meneruskan persekolahannya. Akhirnya Adit ini telah mendapat tempat di asrama. Dia berkongsi katil dengan sahabatnya Akeh. Adit menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Kejayaan Adit menyebabkan semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Dia ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.

Tema:Kegigihan remaja orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarga.Persoalan:

1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan anak mereka.2. Masyarakat pedalaman yang miskin kerana hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan.3. Sikap saling membantu yang ditonjolkan tanpa mengenal erti bangsa, agama dan budaya.4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang.Watak dan Perwatakan:1. Adit (Utama) : Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat, sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas.2. Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.3. Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.4. Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.5. Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.6. Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.Latar Tempat:1. Kampung Bakai, Bukit Lokan.2. Rumah Pak Katan3. Tepi sungai4. Hutan5. Di dalam gaung.6. SekolahLatar Masyarakat1. Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.2. Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.3. Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.4. Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka.Nilai-Nilai Murni1. Kasih sayang2. Kerajinan3. Bekerjasama4. Tolong-menolong5. Bercita-cita tinggiSINOPSIS MENGIKUT BABBab 1 Inilah Dunia KamiSebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.

Nota:Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.

Bab 2 Rutin Harian Adit BermulaAdit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru.

Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.

Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit.

Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli. Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.

Bab 3 Impian AditDalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih berdegil.

Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan.

Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.

Bab 4 Dugaan untuk AditAdit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit.

Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu.

Bab 5 Riak ceria buat Adit.Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.

Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.

Bab 6 Adit mula ke sekolahEsoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya.

Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.

Bab 7 Hari Pertama ke SekolahHari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.

Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.

Bab 8 Dugaan Terus MenimpaSudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah. Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.

Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi.Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.

Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit enggan menerimanya kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan berusaha.

LATIHAN NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH [TINGKATAN 1 dan PMR]1.Berdasarkan novel tingkatan 1,huraikan contoh peristiwa berdasarkan setiap latar di bawah iaitu latar masa,tempat dan masyarakat.

Latar masa Contoh peristiwa;______________________________________________________________________________________________________________Latar tempat-Contoh peristiwa;_____________________________________________________________________________________________________________Latar masyarakat-Contoh peristiwa;________________________________________________________________________________________________________________

2.Persoalan ;-keberanian dalam perjuangan-kasih sayang dalam keluarga-kegigihan dalam kehidupan

Berdasarkan novel tingkatan 1,huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap persoalan yang dinyatakan di atas.Jawapan;-keberanian dalam perjuangan,contoh peristiwa- __________________________________________________________________________________________________________-kasih sayang dalam keluarga, contoh peristiwa-_________________________________________________________________________________________________________-kegigihan dalam kehidupan ,contoh peristiwa-______________________________________________________________________________________________________________.

Nota rujukan,ada dibawah..

Sinopsis Novel Tingkatan 1 : Sukar Membawa TuahNovel Sukar Membawa Tuah mengisahkan kehidupan Adit sebagai seorang anak Orang Asli yang mundur dari segi pelajaran. Kampung Bakai di kaki Bukit Lokan merupakan penempatan masyarakat Orang Asli suku Jahut. Terdapat kira-kira 25 keluarga yang menghuni penempatan ini. Masyarakat Orang di sini masih berpegang kuat pada kepercayaan tradisi dan kurang berhubung dengan dunia luar. Mereka hidup dalam kemiskinan dan rumah yang didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif, sekadar untuk berteduh siang dan malam.Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya. Awal-awal pagi, Pak Katan telah bersedia untuk ke hutan bersama-sama anaknya, Adit. Isterinya, Mak Tawi menyediakan ubi kayu rebus dan air kopi pahit sebagai sarapan dan bekalan mereka ke hutan. Sebelum ke hutan, Adit pergi ke sungai dahulu untuk melihat belat yang dipasang untuk menangkap ikan.Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untu bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakat Orang Asli. Adit juga menyatakan hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan. Adit teringat akan cerita kawannya, Akeh yang menyatakan keseronokan bersekolah dan timbul keinginan di hati Adit untuk turut bersekolah. Namun begitu, hasrat Adit ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu meneruskan tradisi keluarga dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa dan berdiam diri semasa berada di rumah.Perubahan Adit disedari oleh ibu bapanya. Akhirnya Pak Katan memahami hasrat anaknya untuk bersekolah lalu pergi ke pekan untuk mendaftarkan persekolahan Adit. Adit diterima oleh pihak sekolah tetapi malangnya Adit tidak dapat tinggal di asrama kerana tiada kekosongan. Adit berasa kecewa lalu pergi ke tebing sungai. Di situ, dia berjumpa dengan Tijah. Tijah berjaya memujuk Adit supaya bersabar.Suatu malam, ketika hujan lebat, Pak Katan menjumpai seekor rusa dara yang cedera berteduh di bawah bangsal mereka. Pak Katan menjual rusa tersebut kepada Ah Tong dan wang yang diperolehi digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan Adit dan keluarganya. Ah Tong turut menawarkan bantuan untuk menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari. Walaubagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus bangun seawal empat pagi dan pulang dengan menumpang lori balak. Adit rela demi menuntut ilmu.Pak Katan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh. Adit terpaksa belajar bersama murid darjah satu walaupun usianya sudah menjangkau sepuluh tahun. Namun, Adit tidak berasa malu. Selama dua bulan Adit perlu bangun awal pagi dan pulang lewat petang kerana menumpang lori balak Pak Atan. Lama-kelamaan, kesihatan Adit semakin merosot akibat kepenatan kerana menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan pulang dari sekolah tetapi Adit tidak pernah bersunggut.Pada suatu hari, Mak Tawi berasa berdebar-debar dan berasa seperti sesuatu yang buruk akan berlaku. Sehingga lewat senja, Adit masih tidak pulang ke rumah. Mak Tawi dan Pak Katan berasa sangat risau lalu meminta bantuan Tok Batin Ahboi dan orang kampung untuk mencari Adit. Setelah empat jam mencari, akhirnya mereka menjumpai Adit di dalam gaung dengan kecederaan parah pada kaki dan kepalanya manakala Ah Tong pula telah meninggal dunia.Adit terlantar selama dua bulan di hospital dan akibat kemalangan itu, kakinya menjadi tempang. Namun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat Adit untuk belajar. Akhirnya, Adit diterima untuk tinggal di asrama dan berkongsi katil dengan Akeh. Adit telah memperolehi 3A dalam peperiksaan UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Walaubagaimanapun, Adit menolak tawaran itu kerana memikirkan keadaan ibu dan bapanya. Adit dan Akeh telah membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, hidup mereka akan lebih bermakna. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.TemaTema novel ini ialahtentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya.Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah. Dalah hal ini, Adit berpendapat bahawa sekolah tempat tidak penting, bagi Adit asalkan seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.PersoalanAntara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuahialah persoalan tentang pentingnya kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.Selain itu terdapat jugapersoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan.Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak. Sumber air mereka ialah dari sungai.Di samping itu, persoalantentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan Adit pergi ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.WATAK UTAMA.ADIT-Anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi.-berketurunan Orang Asli yang tinggal di Kampung Bakai yang terletak di kaki bukit lokan.PERWATAKANPerwatakan AditHuraian dan contoh

Ringan tulangPada waktu pagi,Adit menolong ayahnya,Pak Katan mencari hasil hutan seperti damar,gaharu,rotan, dan tumbuhan ubat-ubatan.Pada waktu petang pula,dia pergi ke sungai untuk menjenguk belat yang dipasang untuk mendapatan ikan.

Bercita-cita tinggiAdit bercita-cita tinggi hendak mengubah nasib keluarganya dan masyarakat Orang Asli.Oleh itu,langkah pertama yang mesti dilakukan adalah dengan menuntut ilmu.

BeraniAdit budak yang berani kerana dia mendayung perahu di sungi seorang diri untuk belat yang dipasang

WATAKSAMPINGAN.PAK KATAN.-Ayah kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi.-Orang Asli berketurunan Jahut yang tinggal di Kg Bakai ,kawasan hutan BukitLokan.PERWATAKAN.Perwatakan Pak KatanHuraian dan contoh

BeraniPak Katan berani masuk ke dalam kawasan hutan bersama anaknya Adit untuk mencari dammar,gaharu dan rotan.

PrihatinPak Katan sangat prihatin terhadap Adit. Dia sanggup berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah walaupun sudah lewat.

PenyayangPak Katan sangat saying akan anaknya,Adit. Dia sanggup mencari Adit yang tidak pulang selepas waktu persekolahan. Dia juga sanggup menunggu Adit yang terlantar di hospital selama dua bulan.

LATARLATARHURAIAN DAN CONTOH

Latar MasyarakatMasyarakat yang bekerja sebagai pembalakMasyarakat yang terdiri daripada pekerja balak.Mereka kebanyakannya tinggal di rumah kongsi yang dibina di tepi hutan.

Masyarakat pelajarMasyarakat pelajar yang terdiri daripada anak Orang Asli yang sedang belajar di sebuah sekolah di pekan.Antaranya ialah Akeh dan Adit.

Masyarakat CinaMasyarakat Cina yang terdiri daripada Ah Tong yang bekerja sebagai penyelia balak dan tauke Cina yang membeli hasil hutan daripada Orang Asli.

TempatKg BakaiKg Bakai terletak di kaki bukit Lokan.Rata-rata penduduknya ialah masyarakat orang asli berketurunan Jahut.

Rumah Orang AsliRumahnya terdiri daripada bangsal yang sempit dan daif.Tiangnya daripada kayu bulat,berlantaikan nibung belah, berdindingkan kulit bayas dan buluh, dan beratapkan rumbia.

Asrama JururawatTerletak di kawasan hospital.Pihak hospital membenarkan Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama ini untuk menjaga Adit yang terlantar di hospital.

MasaPetangAdit pergi ke sungai untuk mengangkat belat yang dipasangnya.Dia akan mengambil ikan di dalam belat dan memasukkannya ke dalam bakul. Semua ikan itu diserahkan kepada ibunya untuk dimasak.

Musim KemarauPada musim ini laluan balak akan berdebu. Keadaan ini menyebabkan pakaian Adit menjadi kotor kerana dia menaiki lori balak untuk pulang ke rumah.

Lima pagiSetiap hari pada pukul lima pagi, Ah Tong keluar ke pekan dengan jipnya untuk mengambil minyak dan membawa Adit ke sekolah.

NILAI DAN PENGAJARAN.HURAIAN DAN CONTOH

NILAIKasih sayangKasih saying anak terhadap ibu bapa.Adit sangat menyayangi ibu bapanya.Dia sanggup menolak tawaran belajar di sekolah berasrama penuh.

RasionalAdit berfikiran rasional kerana menganggap pelajaran sangat pentng.Orang Asli perlu mengalami perubahan dalam pendidikan.

BeraniBerani seorang bapa,Pak Katan berani ke hutan seorang diri walaupun sudah tua demi mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya.

PENGAJARANKita hendaklah menghormati ibu bapaAdit selalu menghormati kedua-dua ibu bapanya.

Kita hendaklah sentiasa tabahAdit tabah menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidupnya demi mengejar cita- citanya untuk maju dalam pelajaran.

Kita hendaklah bersyukurKita hendaklah bersyukur apabila terselamat daripada malapetaka seperti kemalangan dan apabila Berjaya dalam pelajaran.

Novel Sukar Membawa Tuah - Teknik Plot

~ Pemerian ~Pengarang memerihalkan suasana di persekitaran desa terpencil di kaki Bukit Lokan.

~ Imbas Kembali ~Adit teringat akan Akeh yang menceritakan pengalamannya selama tinggal di asrama.

~ Dialog ~Saya katan, jawab Pak Katan."Ada apa kamu datang malam-malam ni?" tanya Tok Batin lagi.

~ Monolog ~Bersungguh-sungguh benar Adit hendak ke sekolah. Bagaimana lagi cara untuk membantu Adit itu. Aku buntu. Aku kasihan melihat Adit yang kecewa kerana tidak dapat belajar. Sebagai bapa, aku harus mencari jalan, bisik hatinya sambil fikirannya melayang memikirkan cara menyelesaikan masalah itu.

~ Suspens ~Adit tidak pulang-pulang dari sekolah meskipun hari telah malam.

Penemuan jip yang dinaiki oleh Adit dan Ah Tong yang terbalik di bawah gaung. Namun setelah jip itu diangkat, baik Adit mahupun Ah Tong tiada di dalam jip itu.

~ Kejutan ~Ah Tong ditemui mati setelah jipnya terbabas ke dalam gaung.


Top Related