Download - Skrip Teater
PERTANDINGAN TEATER PEMBACA
Persembahan Oleh : SK Lereh.
Tajuk Cerita : Bunga Matahari Yang Sombong
Pencerita : Pak Kassim sangat rajin menghias rumahnya .
Halaman rumah Pak Kassim penuh dengan bunga-
bungaan yang cantik dan harum. Macam-macam pokok
bunga ditanamnya. Ada bunga melur, bunga kertas ,
bunga matahari, dan banyak lagi. Hari ini cuaca sangat
baik. Bunga-bunga yang ditanamnya berkembang
dengan cantik. Jiran yang lalu memuji-muji kecantikan
bunga-bunga itu.
Bunga Matahari : ( menyanyi )
Pagi yang gelap kini sudah terang
Aku yang cantik kini sedang kembang
( Lagu : Pagi Yang Gelap, Kumpulan : Hujan )
Oh, cantiknya kelopakku ini. Berseri-seri bak matahari
yang sedang memancar. Dengar tu bunga kertas. Kakak
tu puji aku.
Bunga Kertas : ( Tersenyum sinis..) Yelah…. Aku tumpang gembira
mendengar dia puji kau. Akupun dipujinya jugalah
matahari. Bukankah kita semua bunga yang cantik.
Bunga Matahari : ( Menggeleng-geleng sambil meninggi suara ) Eh, aku
sahajalah yang dipujinya. Kalian ni semua menumpang
saja.
Bunga Kertas : Kau…. Kau jangan perasanlah Matahari.Kakak tu
pun puji bunga-bunga yang lain.
Bunga Matahari : Ah! Aku lagi cantiklah..
Pencerita : Warna bunga matahari memancar ke seluruh
halaman rumah Pak Kassim. Bunga Kertas
memandang cemburu kecantikan bunga matahari.
Tidak lama kemudian, muncul Pak Kassim
berjalan-jalan di halaman rumahnya.
Pak Kassim memuji-muji kecantikan bunga matahari.
Bunga Matahari : Ha! Tengok. Semua orang terpegun dengan
kecantikanku. ( tersenyum bangga sambil meliuk-liukkan
kelopaknya)
Bunga Kertas : Matahari, Matahari. ( Menggeleng-gelengkan
kepalanya). Tak habis-habis lagi ke kau nak berbangga?
Bunga matahari : ( Tersenyum bangga ) Tak…. Kalau aku saja bunga yang
ada di sini, lagi bagus. Kamu ni semua menyemakkan halaman Pak Kassim ni saja.
Bunga Kertas : Kau jangan berlagaklah matahari, nanti memakan diri.
Aku tahu aku tak cantik, tetapi aku bersyukur kerana Pak
Kassim menjagaku dengan baik.
Bunga matahari : ( Marah ) Argh… diamlah kau bunga kertas.
Sebenarnya engkau cemburu akan kecantikanku.
Kan…kan..kan…
Pencerita : Di hadapan pagar rumah Pak Kassim dan Mak
Munah kelihatan dua orang budak lelaki sedang
berjalan-jalan sambil memegang sebatang kayu di tangan.
Hakim : Eh….eh… berhenti….! Wah cantiknya bunga
yang kembang tu. Kau nampak tak Amir apa yang aku
lihat?
Amir : Mana? Mana? Aku tak nampak pun. Ha…. dah
nampak, dah nampak.
Pencerita : Kemudian, kedua-dua mereka menyelinap masuk
ke halaman rumah Pak Kassim.
Hakim : Cantiknya bunga-bunga di sini. Rasa macam dalam filem
Bollywood pulak.
Ham to hamise coralo….. ( lagu Hindustan )
Amir : Hish, diamlah sikit…. Nanti Pak Kassim keluar.
Mati kita dikerjakannya. ( Takut)
Hakim : Ala… jangan takut lah. Eh, apa kata kita cabut
semua kelopak bunga matahari ni. Aku teringin
nak tengok bunga matahari togel. Macam mana
agaknya bentuknya nanti.
Amir : Apa…. tunggu lagi. Satu kelopak, dua kelopak….,
tiga kelopak…..( sambil mencabut kelopak bunga matahari)
Bunga Matahari : Aduh… sakitnya…. Bunga kertas, tolonglah aku!
Bunga melur selamatkanlah aku.. Aduh … sakitnya…
Bunga Kertas : Maaflah bunga matahari, aku tidak dapat
menolong kamu.
Amir : Ha..ha..ha… lucunya bunga matahari ni. Hakim, apa kita
hendak namakan bunga ni sekarang?
Hakim : Matahari Si Bunga …… ah, tak tergamak aku hendak
menyebutnya… ha..ha..ha…
Amir : Hakim, jom lari. Pak Kassim datang tu…
Bunga Matahari : ( Menangis ) Kenapalah mereka tergamak melakukan
perbuatan itu kepada aku. Habis kelopakku gugur ke
tanah. Aku sudah tidak cantik lagi.
Bunga Kertas : Sudahlah Matahari. Tidak guna engkau menangis lagi.
Itu semua gara-gara sikap kamu yang terlalu sombong.
Bunga Matahari : ( Menyesal ) Aku minta maaf Bunga Kertas. Aku
menyesal sekarang.
Sudah, cukup-cukup sudah…
Cukup sampai di sini saja,
Daripada diri tersiksa, lebih baik ku pergi saja..
Pencerita : Pak Kassim dan Mak Munah keluar dari rumah mereka
untuk membersihkan halaman rumah. Mereka terperanjat
melihat keadaan bunga matahari . Pak Kassim lantas
mencantas pokok bunga matahari . Bunga-bunga lain
berasa sedih melihat Pak Kassim memangkas batang
pokok Bunga Matahari.
Rakan-rakan semua, kita tidak boleh berlagak sombong
dengan kelebihan yang kita miliki. Sepatutnya kita
hendaklah bersyukur dengan setiap pemberian Allah
kepada kita.