Download - skrip ringgit ke syurga
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
1/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
RINGGIT KE SYURGA
IDEA ASAL
ALLOY AZZALY
SKRIP
FARA FARIHA
SINOPSIS
Mengisahkan tentang kehidupan dua beranak iaitu pak Haji Berahim dan anaknya
Saiful di sebuah kampung di pinggir bandar metropolitan, Kuala Lumpur.Pak Hj.
Berahim membesarkan anaknya, Saiful dengan berniaga bakso secara bergerak
dengan gerai tolaknya. Dari merah bayi sehinggalah umurnya genap 21 tahun, dia
hanya membesar bersama kasih sayang seorang ayah.Namun langit tidak selalunya
cerah, konflik hidup mereka bermula apabila pak Hj. Berahim dijatuhkan hukuman
gantung mandatori kerana bersalah memiliki sejumlah sekilogram dadah jenis ganja
yang telah dijumpai di dalam kabinet gerai tolaknya.Peristiwa ini telah mengundang
pelbagai cemuhan dan cacian masyarakat (jiran / penduduk kampong) di kawasan
tempat tinggal mereka.Pelbagai cerita lama antara pak Haji Berahim dan Saiful telah
wujud.Luka lama, kenangan pahit serta harapan turut menuntut suatu pembongkaran
sebenar di sebalik kehidupan sederhana mereka dua beranak.Sehingga terlerailah satu
metafora Ringgit ke Syurga.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 1
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
2/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
WATAK DAN PERWATAKAN
Pak Haji Berahim - seorang ayah yang berumur 45 tahun.Seorang yang
bertanggungjawab, beriman, penyayang dan seorang duda
beranak satu (seorang anak lelaki).Isterinya mati di tali gantung
akibat dadah sewaktu anaknya baru berusia 6 bulan.
Saiful - seorang anak lelaki tunggal kepada Pak Hj Berahim.Sejak lahir lagi dia tinggal
bersama ayahnya.Berumur 21 tahun sewaktu ayahnya dijatuhkan
hukuman gantung sampai mati akibat dadah.
Mona - isteri kepada Hj Berahim yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,
6 bulan selepas Saiful dilahirkan.
Zack - seorang pemuda yang menjadi dalang serta duri dalam daging kepada Mona
dan kehidupan Hj Berahim dan Saiful.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 2
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
3/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
PROLOG
PENTAS DITERANGKAN
LATAR PERHENTIAN BAS / RUMAH-RUMAH BERSEBELAHAN (JIRAN
SEKAMPUNG)
V.O JIRAN DAN ORANG KAMPUNG.
WANITA 1 : Itulah anak penjual bakso yang kena tangkap tu. Tak sangka, gelaran dah
lah Haji, sudah lanjut usia pun masih nak buat kerja tak elok.
WANITA 2 : Zaman sekarang, ada macam-macam jenis orang. Entah-entah dalam
bakso dia tu ada diletakkan benda tu. sebab itulah bila makan sekali, asyik nak makan
lagi. Lebih kurang macam ketagih lah tu!.
LELAKI 1 : hey Rashid! Kau kenal tak ayah si Saiful?Ala.. Pak Haji Berahim!
LELAKI 2 : hah! Kenapa dengan pak Haji?
LELAKI 1 : nampak macam baik, beriman, penyayang anak, siap bagi ceramah lagi kat
surau waktu malam Jumaat. Rupa-rupanya topeng semata-mata!
SAIFUL : (marah) Hei kamu semua! Cakap biar beradap.Jangan ikut sedap mulut saja.
Ayah saya tak salah!
SEMUA JIRAN : Kalau tak salah, masakan ditangkap bersama dengan benda tu?
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 3
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
4/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
SAIFUL berlari meninggalkan perhentian bas.
PENTAS DIGELAPKAN.
BABAK 1
LATAR : MAHKAMAH/KANDANG PERSALAH
PENTAS DITERANGKAN
Pak Hj Berahim tenang berada di kandang pesalah.Lampu ditengah pentas malap.
HAKIM : Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan. Maka dengan ini pihak
mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan
tuduhan terhadap Hj Berahim bin Sani disebalik keraguan yang munasabah.Maka,
dengan ini Hj Berahim bin Sani didapati bersalah sebagaimana pertuduhan
terhadapnya dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati di bawah
Akta 39(B) Akta Dadah Merbahaya pada 26 Februari 2012, jam 6.00 pagi di penjara
Sungai Buloh.
Hj Berahim meraut muka senyuman bermakna selepas Hakim selesai membacakan
pertuduhannya.
PENTAS DIGELAPKAN
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 4
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
5/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
BABAK 2
LATAR RUMAH HJ BERAHIM.
PENTAS DITERANGKAN.
Hj Berahim : dah kau siapkan semuanya Saiful?
Saiful : dah! Mee, daging dan kuah sup! Semuanya dah Saiful campurkan kat
dalam tong sup tu!
Hj Berahim : erm Saiful. Nanti kalau kamu dah masuk ke kolej, pastikan kamu
belajar rajin-rajin tau! Berusaha bersungguh-sungguh supaya kamu akan menjadi
anak yang boleh ayah banggakan!
Saiful : erm! (hanya mengangguk dan berdiam diri).
Hj Berahim : ingat Saiful! Ayah sanggup berkorban apa saja untuk kamu. Asal kamu
berjaya dalam hidup kamu itu nanti!
Saiful : ayah saiful berjanji! Saiful akan pastikan kehidupan kita akan lebih
baik dan lebih senang dari sekarang.
Hj Berahim : Saiful ayah sayangkan kau nak. Kau satu-satunya sinar dalam hidup
ayah.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 5
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
6/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
Saiful : alangkah baiknya kalau ibu ada di sini kenapa dia mesti meninggalkan
kita?
Hj Berahim : erm (cuba mengelak daripada meneruskan topik tersebut). Hah! Nanti
petang jangan lupa ambil bekalan mee kat pasar tau! Nanti kehabisan bahan nak
dijual besok.
Saiful : ya ayah! Ayah pun jangan lupa malam ni ya?
Hj Berahim : malam ni?
Saiful : dah nak masuk 21 tahun!!!
Hj Berahim : oh ya?! Hahaha!!! Baiklah Saiful! Dah besar anak ayah
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 6
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
7/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
BABAK 3
PENTAS DITERANGKAN
SAIFUL duduk melutut.Lampu menyuluh kepada SAIFUL.
SAIFUL : Sejak kecil, ayah tidak pernah abaikan aku. Segala makan, pakai dan semua
kelengkapan cukup sempurna tiada yang tercicir.Aku bangga dan bertuah punya
ayah sebegitu.walaupun sudah tidak ada ibu, kasih dan sayang ayah tidak pernah
berkurangan malah berlebihan. Aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang
ibu.Bagi aku, Haji Berahim bin Sani adalah ibu dan ayah kepada diriku. Apabila aku
sudah meningkat usia remaja, aku seperti sudah mengerti kisah penghidupanku.
Perniagaan bakso milik ayah sudah cukup bagi menampung kehidupan kami
sekeluarga. Terima kasih ayah!. Namun Setiap kali hari ulang tahunku, aku seringbertanyakan kepada ayah, di mana ibu? kenapa ibu tidak pernah datang menjenguk
kita? Ayah membisu, biar berjuta kali aku tanyakan persoalan yang sama. Kalau ada
pun jawapannya saiful ayah dah lama bercerai dengan ibu kau sewaktu kau masih
kecil lagi. Tapi percayalah! Ibu kau seorang ibu yang baik!.Namun bagi aku ianya
hanya satu jawapan yang tak berpenghujung.
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 7
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
8/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
BABAK 4
LATAR : DALAM PENJARA
PENTAS DITERANGKAN
Ditengah pentas terdapat Mona sedang menjawab persoalan yang dikemukakan oleh
penyoal siasat.
MONA : siapa kata ianya satu jawapan yang tak pasti atau tidak berpenghujung? Setiap
cerita ada penamatnya! yang hidup akan mati! Yang bercinta akan berumah
tangga! Yang sihat akan sakit! Yang selalu betul akan silap! Yang jahat akan
menjadi baik! Dan banyak lagi pehujung lain yang pasti! Cuma ianya terletak ditangan kita. Sama ada kita mahukan ianya berkesudahan baik atau tidak.
PEGUAMBELA : kata-kata mona ini mungkin ada kebenarannya. Tapi ini tidak cukup
untuk menyokong hujah-hujah pembelaan ke atas pertuduhan yang mona hadapi.
Bagaimana dengan kehidupan mona sebelum ini?
MONA : Setahu aku, hidup aku bermula di sebuah rumah kebajikan. Aku tak tahu siapa
ibu bapa aku, asal-usul aku, saudara-mara aku! Semasa umur aku 7 tahun, aku
telah melarikan diri daripada rumah kebajikan tersebut. Dan dari situlah aku mula
mengenali kehidupan dunia luar yang penuh dengan hitam dan putihnya. 10
tahun aku hidup merempat dan mengemis di kota Kuala Lumpur ini. Orang kata
kota ini kota kehidupan, kemewahan dan wang ringgit!. Namun bagi aku ianya
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 8
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
9/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
tidak seperti sangkar duri pada mereka yang miskin dan naif seperti aku untuk
hidup dikalangan mereka yang terus kaya dengan cita-cita tamak dan rakus
mereka. Sepanjang saat itu hidup aku hanya beralaskan sisa makanan orang
mahupun sisa dari tong sampah! Tempat tidurku di mana-mana, kaki lima kedai,
hentian bas, dataran merdeka mahupun di jambatan berhampiran Bank Negara.
Sehinggalah aku bertemu dengan seorang lelaki bernama Zack.
PEGUAMBELA : Zack? Siapa Zack? Adakah kes ini ada kaitannya dengan Zack?
MONA : Dia membawa dan menjaga aku dengan sebaiknya. Disediakannya rumah,
kereta dan segala bentuk kemewahan hidup ini. namun aku mengerti akan
kemahuannya. Nak dikatakan menjadi perempuan simpanannya sudah pasti tidak
kerana dia belum berkahwin. Yang aku tahu, hampir setiap hujung minggu
pertama pada setiap awal bulan aku akan diminta menghantar sebuah bagasi ke
Thailand. Aku tidak pernah bertanya pada Zack mengapa perlu aku
melakukannya. Atau mungkin kerana aku merasa begitu selesa dengan
kehidupan mewah sekarang yang menyebabkan aku mengiyakan saja.
PEGUAMBELA : ini mungkin boleh menjadi satu subjek Prima Facie yang baik untukmenggugurkan kes ini. Habis itu? Apa yang berlaku seterusnya?
MONA : Sehinggalah pada suatu hari aku berjumpa dengan seorang insan yang baik
dan berhati mulia. Mulanya aku sering mengunjungi gerai baksonya. Di situlah
aku sering singgah apabila baru kembali dari Thailand. Dia seorang lelaki yang
peramah, alim dan begitu kuat bekerja. Kerana budi pekerti serta dasar
keimanannya yang begitu dalam telah menyebabkan aku didatangi suatu hidayah
yang selama ini aku tinggalkan, iaitu iman. Sehinggakan pada suatu hari tu aku
berani untuk menyatakan sesuatu pada Zack
Zack : seperti biasa esok kau akan ke Thailand untuk menghantar bagasi yang telah
aku sediakan. Ingat! Tempat dan waktu yang sama.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 9
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
10/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
Mona : baik Zack!
Zack : hah! Kenapa? Ada yang tak kena?
Mona : Zack. Ada sesuatu yang aku nak beritahu pada kau.
Zack : Apa dia?
Mona : aku tahu kau terlalu baik pada aku. Kerana kau jugaklah aku dapat merasa
hidup mewah macam sekarang. Cuma
Zack : kenapa? Cuba bagitahu Zack kalau ada masalah. Wang? Tak sihat?
Mona : bukan itu. Cuma mona dah ada pilihan hati. Mona nak berkahwin dengan dia.
Zack : wow! Siapa lelaki tu? Bertuahnya dia. Bila nak melangsungkan majlisnya? Tak
sabar nak bagi hadiah kahwin kat mona!
Mona : eh? Zack tak marah mona nak kahwin dengan lelaki lain? Meskipun Zack yang
bela mona selama ini.
Zack : pergilah mona. Aku harap kau akan bahagia dengan dia nanti. Cuma jangan
lupakan aku bila kau dah bahagia nanti! Hahaha!!!
Mona : terima kasih Zack!
Mona berlalu pergi. Tinggal Zack berseorangan.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 10
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
11/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
Zack : mona mona akhirnya kau nak juga merasa berumahtangga ya! Hahaha
tak mengapa. Aku akan pastikan kau akan mendapat hadiah yang terbaik dari
aku. Ahahaha
PENTAS DIGELAPKAN.
BABAK 5
LATAR : BALAI POLIS / TEMPAT BERJUMPA
PENTAS DITERANGKAN
Ditengah pentas terdapat sebuah meja empat segi.SAIFUL duduk di meja dengan
gelisah.Pak Haji Berahim dibawa masuk oleh dua orang pegawai polis dengan tangan
yang bergari.Pak Haji Berahim duduk bertentangan dengan SAIFUL.
SAIFUL : Ayah.
Haji Berahim tunduk.
SAIFUL : Kenapa begini jadinya ayah?
Haji Berahim diam lagi.
SAIFUL : Kenapa ayah buat semua ni? Saya sudah tidak ada siapa-siapa lagi ayah.
saya cuma ada ayah.Ayah pandanglah saya.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 11
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
12/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
Haji Berahim perlahan-lahan mengangkat muka. Riaknya Haji Berahim senyum dalam
kesedihan.
SAIFUL : Ayah sedar apa yang telah ayah lakukan? Sudah hilangkah kasih ayah pada
saya?
HAJI BERAHIM : Sebab kasihlah ayah lakukannya Saiful. Ayah buat semua ni sebab
ayah sayangkan kamu.
SAIFUL : ini bukan caranya sayang, ayah! Banyak lagi cara lain ayah nak tunjukkan
kasih sayang ayah pada saya. bukan dengan cara ni. Orang kampung! Jiran-
jiran kita! Semuanya mengata dan mencaci ayah!
HAJI BERAHIM : kata orang, Biar mati anak jangan mati adat!. Tapi apalah ertinya
adat andai zuriat yang akan mewarisinya akan terkorban mati! (sebak menahan
tangis) ayah hanya ada kau Saiful.
SAIFUL : tapi kenapa mesti ayah yang menanggung tanggungjawab ini!
HAJI BERAHIM : Cukup! Cukup Saiful! Ayah pernah kehilangan seorang insan yang
ayah sayangi iaitu ibu kau. Pergilah Saiful! Asal kau tahu ayah sangat
sayangkan kau! Pergilah
SAIFUL : Ayah! (sambil berlalu meninggalkan ayahnya bersama seorang pegawai
polis).
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 12
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
13/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
BABAK 6
LATAR DALAM PENJARA
PENTAS DITERANGKAN
HAJI BERAHIM :25 tahun yang lalu aku telah berjumpa dengan seorang perempuan
yang bernama Mona. Setahun kami bercinta.Dia seorang gadis yang baik,penyayang dan begitu mengambil berat.Kehidupannya agak senang. Walaupun
aku tidak tahu akan latar belakangnya. Namun keramahan serta sikap
penyayangnya telah membuat ikatan kasih kami disatukan di alam
perkahwinan.3 tahun selepas itu kami telah dikurniakan seorang
cahayamata.Dan ianya adalah Saiful. Kami sangat gembira! Namun
kegembiraan yang diharap itu amat pendek usianya.3 bulan selepas anak aku
lahir, isteri aku telah ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada sindiket
pengedaran dadah di Kuala Lumpur. Seakan tidak percaya aku cuba mencari
jawapannya di mulut Mona. Namun kata Mona, abang! Ampunkan Mona
abang Mona sedar yang abang pasti amat kecewa dengan tindakan Mona ini.
Namun satu yang Mona mahu abang tahu yang Mona sangat sayangkan
abang!.Itulah kata-kata terakhir Mona sebelum dia dijatuhkan hukuman
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 13
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
14/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
gantung sampai mati 6 bulan kemudian. Kerana peristiwa inilah Saiful! Kerana
peristiwa ini! Sejak hari itulah setiap pertanyaan yang kau ajukan tentang ibumu
mendera hati ayah.Alasan ayah bahawa ayah dah bercerai dengan ibu kau
hanyalah satu alasan ciptaan ayah supaya kau tidak akan bersedih dengan apa
yang akan kau dengari nanti. Ayah bimbang sekiranya kau malu dilahirkan
sebagai seorang anak pengedar dadah. Ayah tidak mahu pisang berbuah dua
kali. Ayah sudah tua, kau pula masih muda. Ayah pasrah dengan apa yang
berlaku.
Mona : kemewahan dan kesenangan hidup bagi aku adalah satu pelengkap kepada
kehidupan! kerana kemiskinan dan kesusahan itu adalah satu penderitaan!
SAIFUL : ada kamu semua kisah dengan kemiskinan itu? Kamu semua hanya
memandang harta dan pangkat kan?
HJ BERAHIM : tidak mengapalah biarpun aku hidup susah dan sederhana, yang
penting aku bahagia dengan kehidupan aku yang bukanlah daripada hasil
tangan yang menadah.
Mona : Namun setelah menemuinya. Jawapan terbaik kepada pelengkap hidup ini
adalah iman sebenarnya! Dia seorang lelaki penjual bakso yang mulia!
SAIFUL : semua orang suka jualan bakso ayah aku. Setiap hari mula jam 4 petang dan
tak sampai 3 jam bakso ayah aku dah habis!
HJ BERAHIM : Alhamdulillah. Segala titik peluhku selama ini diberkati Tuhan sehingga
aku mampu menyara kehidupanku dan anakku.
Mona : demikianlah setiap butir kata-kata yang indah dan manis yang sentiasa memuji
serta bersyukur akan nikmat Tuhan. Aku benar-benar teruja akan kecekalannya
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 14
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
15/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
meneruskan hidup ini meskipun sentiasa diduga oleh Tuhan. Biarpun tuduhan
menimpa dirinya
SAIFUL : sehingga aku mula tahu yang semua orang hanya tahu nak bermulut manis
bila seseorang itu disanjungi dan dihormati! Tapi bila tuduhan yang belum pasti
salah dan benarnya, kamu semua dah kutuk dan caci orang tu macam orang
yang takde maruah!
HJ BERAHIM : maruah umpama dinding putih yang membayangi seseorang insane itu
untuk dipandang sebagai insan yang baik.
Mona : Namun belum sempat aku merasai sepenuhnya nikmat keinsafan itu,
penentu akan penghujung kehidupan aku telah mengambil tempat untuk
mengadili segala kekhilafan masa lalu ku dan aku sebenarnya adalah mangsa
keadaan aku tidak bersalah!
SAIFUL : keluarga aku tidak bersalah!
HJ BERAHIM : ya! Aku mengaku, aku yang bersalah!
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 15
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
16/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
BABAK 7
SUATU SUDUT DI RUMAH ZACK.
PENTAS DITERANGKAN
Zack : semenjak pemergian mona untuk berkahwin dengan Haji Berahim. Aku telah
memulakan suatu dunia baru! Perniagaan baru! Kehidupan baru! Ahahaa!...
mona aku ambil dia dari sampah! Aku bagi dia hidup, aku bagi dia wang!
Rumah! Kereta dan segala-galanya kemewahan yang semua orang lain impikan
apabila hidup di bandar metropolitan ini. kuala Lumpur! Ya! Se-Gah namanya dan
sehebat itu jugalah aku berkuasa di bandar ini sebagai seorang taikun dadah!
Hahahaha! Apa? Bagasi? Bagasi yang mona bawa tu? Apa lah bengap sangat
kau ni hah! Mestilah wang! Mona hantar wang ke Thailand dan kembalikan bagasi
itu kepada aku dengan dadah di dalamnya. Dia tak tahu! Dia hanya keldai dadah
kepadaku! Hahahaha!... argh!!!! (marah). Tapi tapi tapi mona telah berpaling
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 16
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
17/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
daripada aku dia yang dulunya buta dengan wang dan kemewahan yang aku
berikan. Telah celik oleh seorang lelaki penjual bakso di jalan cheras. Penjual
bakso?! Hahaha! Tapi aku puas sekarang! Perempuan bodoh itu telah aku
campak ke tali gantung kerana hadiah dari aku sewaktu hari kelahiran anaknya!
Hahaha! Mampus kau betina bodoh! Hihihihi (ketawa seakan-akan menangis)
tapi tapi hati aku belum puas! Selagi seluruh kehidupan mona tidak aku
hapuskan, selagi Haji Berahim masih hidup! Akan aku hapuskan satu persatu
keluarganya hahaha! Sekarang giliran kau Haji Berahim! Aku nak kau rasa
betapa sakit kehilangan orang yang kau sayang! Hahahaha! Akan aku getas daun
mudamu hahaha!!!
PENTAS DIGELAPKAN.
BABAK 8
SUATU SUDUT DI RUMAH HJ BERAHIM.
PENTAS DITERANGKAN
V.O Peguambela : maafkan saya Mona. Saya tak dapat memenangi kes ini dan
membantu mona mencari keadilan yang hakiki. Saya faham, mona mungkin
tidak bersalah. Saya harap mona akan tabah menghadapi hukuman yang telah
ditetapkan. Maaf! Maafkan saya sekali lagi.
Di suatu sudut di rumah haji berahim.
SAIFUL : ayah!!!!...
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 17
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
18/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
Saiful tertunduk sambil ingin mencampakkan baju peninggalan ayahnya kepadanya
sewaktu di penjara tempoh hari. Kemudian Saiful terjumpa surat yang terkeluar dari
kocek baju bapanya itu dan kemudian membacanya.
MONA : Buat tatapan suami ku. Maafkan aku kerana tidak menjadi isteri dan ibu yang
baik. Saat aku menulis surat ini, aku baru sahaja selesai solat Subuh dan menanti untuk
menerima hukumanku sebentar lagi, Semoga ibadah ku pada hari-hari terakhir ku
diterima Tuhan.Maafkan aku, dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki.Halalkan
makan minum aku, abang.Aku berdosa kerana telah mengabaikan tanggungjawab
ku.Kini aku mulai sedar.Tetapi kesedaran ku pada ketika ini sudah tidak bermakna apa-
apa lagi.semuanya sudah terlambat. Aku sudah menerima hukuman ku atas apa yang
aku lakukan. Setelah aku tiada nanti, kau jagalah anak Saiful kita sebaik-baik insan dan
bajailah kehidupannya dengan kasih sayang yang melimpah ruah agar dia tidak berasa
kesepian. Aku harap kau dapat merahsiakan apayang telah berlaku padaku dari
pengetahuan anak kita. Aku tidak mahu anak ku malu mempunyai ibu seperti aku.
SAIFUL : sudah 21 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.
HJ. BERAHIM : sudah 21 tahun aku menjaga Saiful untuk kau Mona.
SAIFUL : tapi aku tetap merasa seperti wujudnya sentuhan ibu.
HJ BERAHIM : namun aku seolah-olah nampak kau pada dia.
SAIFUL : detik demi detik!
HJ BERAHIM : hari demi hari!
SAIFUL : aku sentiasa berharap ibu akan hadir kerana aku amat kesiankan ayah sendiri
menyaraku.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 18
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
19/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
HJ BERAHIM : aku berdoa agar Saiful tidak terbalut selendang hitammu yang pernah
membawa kedukaanku.
SAIFUL : kerana ayah selalu mengatakan yang sifat aku amat mirip dan persis seperti
ibu!
HJ BERAHIM : kerana aku selalu mengatakan yang sifat Saiful amat mirip dan persis
seperti kau!
Haji Berahim menangis.
SAIFUL menangis dan memeluk seerat-eratnya surat yang telah dibacanya.
SAIFUL : (menjerit) ayah. Ibu ..Ya Tuhan tolonglah ampunkan segala dosa ibu
dan bapaku sebenarnya.
EPILOG
Malam yang suram.Saiful telah dikejar oleh tiga orang polis.Saiful berhenti di gerai
bakso bapanya dan meletakkan sesuatu di situ.Seterusnya beredar dari situ. Ketika itu
bapanya sibuk mencuci pinggan mangkuk.Pegawai polis tersebut singgah di gerai
bakso dan seperti berkata kepada sesuatu padanya. Mereka mencari sesuatu dan
menjumpai apa yang mereka cari. Bapanya kemudian telah ditangkap dan dibawa ke
balai polis.
HAJI BERAHIM : ya encik! Barang ini, saya punya encik!
PENTAS DIGELAPKAN SEIRING BUNYI DAUN PINTU BESI DITUTUP.
TAMAT.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 19
-
7/29/2019 skrip ringgit ke syurga
20/20
KARYAWAN MUDA 2012FAKULTI TEATER,
ASWARA [SKRIP TEATER RINGGIT KE SYURGA. ]
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 20