Download - Refleksi keseluruhan
Refleksi keseluruhan
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta
mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam
terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan
mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri
setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG
seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik
menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa,
bangsa dan juga negara.
Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,
rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan
nilai-nilai keguruan. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk
sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Saya juga telah mengambil bahagian dalam BIG dari fasa 1 hingga ke fasa 6.
Saya telah mendapat pengalaman melalui keenam- enam BIG ini.
Dalam big fasa 1 kami telah menjalani kem kepimpinan di SJK(T) Bukit Mertajam
selama 3hari 2 malam. Saya telah mengajar murid cara mendirikan khemah, Malaysia
cergas, latihan dalam kumpulan , kembara,persembahan kumpulan dan taklimat moral.
Dalam Program ini saya dapat megajar murid cara-cara mendirikan khemah dan
sebagainya. Daripada program ini saya dapat melahirkan murid-murid yang berani dan
berhemah.
Dalam big fasa 2 dan 3, kami telah menjalani aktiviti kemasyarakatan di SJK(T)
Krian. Dalam fasa ini kami menjemput penceramah Bahasa Tamil untuk memberikan
ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Tamil UPSR untuk murid sekolah tersebut.
Selain itu juga, ceramah pembinaan insan guru yang seimbang juga telah diberi. Dalam
fasa 3 aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan. Saya dapat mengetahui ciri-ciri seorang
guru dan sebagainya. Selain itu, dalam fasa ini saya telah mempelajari kerjasama
seseorang guru antara satu sama lain.
Kami juga telah menjalankan aktiviti gotong-royong di Kuil Mariamma Krian
dalam big Fasa 3. Kami telah membantu pegurus kuil untuk membersihkan kuil dan
mencuci semua bahan. Dalam program ini kami guru ppg tolong menolong antara satu
sama lain. Kami juga telah mengamalkan nilai bertoleransi semasa membuat gotong –
royong.
Big (fasa 4) kami menjalankan di SJK(T) Permatang tinggi. Dalam program ini
kami menjalankan khidmat kemasyarakatan seperti gotong royong dan tanaman pokok-
pokok herba di sekolah tersebut. Dengan bantuan konsumer kami juga telah menanam
pokok-pokok herba di taman herba sekolah tersebut. Kami juga mengadakan ceramah
untuk murid tentang kegunaan pokok-pokok herba. Daripada program ini kami dapat
mengetahui cara penanaman pokok herba dan kegunaan pokok-pokok herba untuk
menjadikan ubat-ubatan. Dalam program ini saya juga telah mempelajari tentang
bagaimana cara membuat baja buatan sendiri tanpa bahan kimia. Ia telah memberi
manfaat dan menolong bumi kekal kehijauan.
Big (Fasa 5) kami menjalankan program lawatan penanda aras sekolah
cemerlang (kluster). Kami menjalankan program ini di SK Jawi selama 8jam. Pada
pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan kerana mampu
memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba
ilmu dan pengalaman agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan
meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.
Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang
pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak
kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah
ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-
masing supaya terus cemerlang.
Dalam program ini kami dapat mempelajari ciri-ciri kepimpinan sekolah,
pengurusan sekolah, budaya sekolah, iklim sekolah dan infrastuktur kurikulum sekolah.
Kami juga dapat mempelajari cara-cara penyediaan fail-fail kurikulum yang cemerlang.
Kami juga dapat mempelajari cara-cara meyediakan bilik-bilik khas dan sebagainya.
Bagi menjadikan sekolah kluster prosedur-prosedur yang perlu diikuti juga kami telah
mempelajari.
Big (fasa 6) kami menjalankan penanda aras guru cemerlang di SJK(T) Perai.
Kami telah berjumpa Pn.Thavamani a/p Alagan guru cemerlang Bahasa Tamil pada
tahun 2010. Kami telah mengetahui pedagogi (inovasi) amalan pengajaran dan
pembelajaran guru cemerlang.
Kami juga telah dapat tahu ciri-ciri profesiolisme dan komitmen guru cemerlang.
Selain itu, kami juga dapat tahu fungsi guru cemerlang dan kelebihan guru cemerlang
melalui PN.Thavamani. kami juga dapat tahu cara-cara menyediakan Pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk murid. Selain itu, kami juga dapat tahu contoh
pengajaran inovasi dalam kelas yang dijalankan oleh Pn.Thavamani.
Melalui program ini , saya akan diterapkan dengan ciri-ciri potensi dan jati diri
seorang insan guru dan pelajar, membina daya saing yang tinggi dan mampu membuat
refleksi diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam profesion
perguruan pada masa yang akan datang.
Saya juga telah Memahami realiti persekitaran dan responsive secara positif
kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza melalui program ini. Saya
akan Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan , amalan
atau aktiviti. Saya dapat Menghayati ciri-ciri kerohanian , nilai , etika dan akhlak
keguruan. Selain itu, saya juga dapat Memupuk semangat berpasukan , bekerjasama
dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan semasa semua
program big dari fasa 1 hingga fasa 6.
Program big fasa 1 hingga fasa 6 telah memberi pengajaran kepada saya. Selain
itu juga, melalui program –program ini saya akan mengaplikasikan di sekolah saya
sendiri. Selain itu, juga apa yang saya telah lalui dalam 6 fasa ini saya akan
menjadikannya sebagai satu contoh untuk melaksanakan program lain di sekolah saya.
Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya untuk menjayakan semua fasa big dari fasa 1hingga fasa 6.