Download - Pengenalan multimedia
BAB 1 : PENGENALAN MULTIMEDIA
1.Definisi
Ia merupakan gabungan pelbagai sumber maklumat media bagi persembahan maklumat dengan melibatkan kombinasi elemen-elemen seperti teks, grafik, bunyi, video, animasi , dimana maklumat ini akan disampaikan dalam persembahan yang disokong pada sistem komputer secara interaktif.
Elemen Peranan/ciri-ciri
Teks - Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu informasi.
- Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi
daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi.
- Boleh juga digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi
kandungan yang ingin disampaikan.
Grafik - Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap
sesuatu persembahan informasi.
- Grafik membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih
berkesan.
- Grafik wujud dalam pelbagai bentuk seperti ilustrasi, lukisan, carta,
gambar, diagram dan sebagainya.
Audio - Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan
lebih berkesan.
- Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan
tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.
- Contoh : Suara latar, muzik, lagu dan kesan bunyi.
Video - Merujuk kepada siri gambar foto atau grafik yang dipersembahkan
dalam satu kadar masa yang pantas.
- Video menawarkan satu persembahan atau paparan yang lebih hidup
dan realistik.
Animasi - Proses penerangan atau penyampaian sesuatu maklumat yang
kompleks dapat digambarkan dengan lebih mudah dan pantas.
- Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu
kelihatan lebih hidup atau realistik.
Interaktiviti - Interaktiviti membenarkan pengguna berinteraksi secara dua hala.
- Memberi peluang kepada pengguna untuk menentukan apa,
bagaimana dan bila sesuatu maklumat itu dipersembahkan.
- Pengguna dapat meneroka sesuatu maklumat mengikut keperluan dan
kepantasan mereka.
- Persembahan maklumat lebih dinamik dan interaktif.
2. Ciri-ciri
Proses perlaksanaan maklumat adalah bercirikan analog ke bentuk digital. Bagaimanapun, kesemua maklumat bagi menghubung pada sistem multimedia ia perlu diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara supaya pengguna dan komputer dapat berinteraksi ke atas maklumat/data-data multimedia secara interaktif yang membolehkan komputer dapat bertindakbalas kehendak pengguna.
Terdapat perbezaan rekabentuk asas pada ciri-ciri multimedia iaitu antara linear dan tidak linear
Linear Tidak linear pengguna tidak boleh mengawal
urutan kandungannya. Aplikasi yang boleh digunakan
untuk menyampaikan sesuatu maklumat bermula dari awal hingga akhir atau maklumat akan diulangi semula.
Contoh:Filem, Iklan TV
Pengguna boleh mengawal urutan kandungannya.
Pengguna bebas untuk memilih butang mana-mana bahagian (menu yang disediakan) yang dikehendaki melalui butang navigasi
Contoh:Permainan, Kamus elektronik
Namun begitu, berdasarkan ciri-ciri multimedia tersebut, konsep penyampaian maklumat multimedia iaitu menggunakan medium penghantaran bagi aplikasi bercirikan multimedia antara penggunaan web dan CD adalah perbezaan isi kandungannya.
3. Produk multimedia Bahan multimedia yang disediakan pengguna boleh bertindakbalas dan
mengawal persembahan maklumat tersebut. Kaedah link (penghubungan antara satu halaman page ke halaman page yang
lain) dapat berfungsi dengan baik dan teratur.- butang navigasi untuk membenarkan pencapaian bukan linear-hyperlink atau hypertext yang menggunakan grafik atau text
Persembahan maklumat yang berinteraktif.
4. Bidang penggunaan multimediaTeknologi multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut adalah:Industri, pendidikan, hiburan, perniagaan
Perkembangan mesin Memproses banyak data/maklumat ( keterangan barangan,jadual pengeluaran
dan lain-lain) Mengawal proses pengeluaran ( kawalan inventori- baki/maklumat
baru/menyimpan/nilai/barangan siap/status) Mempengaruhi perkembangan
Menyebarkan ilmu pengetahuan ( sekolah/perpustakaan/rumah/pendidikan jarak jauh dan lain-lain)
Mengabungkan animasi, video, bunyi bersama-sama teks dan gambar serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan.
Proses pentadbir/ penyelidik/guru/murid/ibubapa membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kemahiran /pengatahuan mereka.
industri
pendidikan
pemasaran , menyediakan perkidmatan dan komunikasi pelanggan dalam rangakain / online
persembahan multimedia yang berunsurkan text animasi, bunyi, klip video dan gambar memberi minat kepada pelanggan untuk memahami jualan yang hendak disampaikan .
pengurusan lebih mudah dalam urusan dokumen seperti pengurusan pentadbiran di pejabat.
Memberi perkhidmatan /berunding tanpa bertemu secara fizikal
Banyak permainan kini dalam CD /DVD dan internet (online) yang mengandungi kesemua elemen-elemen multimedia.
Pelbagai perisian aplikasi permainan yang menguji pelbagai kebolehan pemain dengan bahan multimedia yang digunakan mempunya animasi dan grafik yang baik.
Kegunaan animasi dan grafik yang baik boleh dijayakan oleh bahan multimedia tersebut dan menarik perhatian pengguna.
kebanyakkannya bidang hiburan menggunakan teknik tiga dimensi 3D Teknik ini menampakkan grafik dan animasi yang lebih relistik atau hidup di
dalam pembikinan filem layar perak. Disamping itu, multimedia juga digunakan di dalam klip musik video, persembahan, upacara rasmi dan montaj
gfhdhhhperniagaan
gfhdhhhhiburan