Transcript

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP(Laporan antara 8 10 muka surat)

NAMA PELAJAR : MOHD SHAHRUDDIN BIN NORDINNO. KAD PENGENALAN : 720520-11-5545PROGRAM :PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)NAMA SEKOLAH : SK KOTA BAHARU, GOPENG, PERAK.NAMA PROJEK : PIRAMID BLOK TAJWID TEMPOH PELAKSANAAN : 30 MINIT

1. OBJEKTIF

Meningkatkan kemahiran murid membaca Al-Quran secara bertajwid. Meningkatkan kemahiran mengingati huruf-huruf serta membaca dengan betul hukum Nun Sakinah dan Tanwin.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

Guru memberi penerangan kepada murid mengenai konsep Hukum Nun Sakinah dan Tanwin. Mereka akan diajarkan mengenai kelompok-kelompok huruf yang terlibat bagi setiap hukum seperti kelompok huruf Izhar Halqi, kelompok huruf Ikhfa Hakiki, kelompok huruf Idgham dan kelompok huruf Iqlab menggunakan Piramid Blok Tajwid yang telah ditetapkan dalam bentuk tersendiri .

Guru memberi penerangan tentang nama-nama hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang terdapat pada Piramid Blok Tajwid

Setelah diberi penerangan nama-nama hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang terdapat pada Piramid Blok Tajwid murid diminta menyebut hukum Nun Sakinah dan Tanwin berserta dengan huruf yang mewakili hukum tersebut.

Kemudian guru memadankan huruf-huruf mengikut kelompok Nun Sakinah dan Tanwin yang terdapat pada Piramid Blok Tajwid. Setiap kali guru memadankan huruf tersebut guru akan menyebut nama hukum Nun Sakinah dan Tanwin tersebut berserta dengan hurufnya. Murid diminta menyebut huruf dan nama hukum Nun sakinah dan Tanwin yang telah dipadakan tadi secara kelas dan individu.

Guru memadankan huruf pada Piramid Blok Tajwid dan murid diminta menyebut huruf dan nama hukum yang mewakili huruf tersebutKemudian murid diminta meletakan blok huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin pada Piramid Blok Tajwid dan menyebut nama hukum Nun sakinah dan Tanwin yang mewakili huruf-huruf tersebut.

Murid sedang menyusun blok huruf pada Piramid blok Tajwid

Setelah murid menyusun huruf-huruf pada Piramid Blok Tajwid, murid sekali lagi diminta menyebut huruf-huruf tersebut serta nama-nama hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang mewakili huruf-huruf tersebut.

Untuk pengukuhan murid diminta menyusun huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin tanpa melihat Piramid blok Tajwid atau pun membuat susunan huruf secara bebas. Gerak kerja ini dilakukan dalam 2 kumpulan iaitu kempulan lelaki dan kumpulan perempuan.

Kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan sedangMenyusun huruf-huruf Nun Sakinah dan tanwin

Untuk pengukuhan individu pula murid diberi lembaran kerja Piramid Blok Tajwid kosong. Murid diminta mengisi huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin pada lembaran kerja tersebut.

Guru mengedar lembaran kerja Piramid blok tajwid kosong danMengisi huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin piramid tersebut

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek:

Pembelajaran yang menyeronokkan Meningkatkan kemahiran mengingat huruf-huruf serta membaca hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang dengan betul berpandukan permainan Piramid blok Tajwid dapat di capai

b) Kelemahan Projek: Peserta kajian berasa tidak selesa kerana proses pembelajaran ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk dijalankan terutama semasa sesi latih tubi menyebut huruf-huruf dan nama-nama Nun Sakinah dan Tanwin. Aspek penghasilan Piramid Blok Tajwid yang agak kurang kemas, di mana piramid hanya dibuat daripada soft board manakala blok-blok huruf pula dibuat daripada kertas A4 yang diliminat. Bahan matarial yang digunakan untuk membuat Piramid Blok Tajwid ini kurang tahan.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya, hasil dapatan projek inovasi ini telah menunjukkan keputusan positif dan dapat mencapai objektif serta persoalan kajian yang telah dibuat. Saya telah mengenalpasti batasan dan kelemahan yang timbul sepanjang menjalankan kajian tindakan ini. Berdasarkan kepada batasan dan kelemahan dalam projek ini, saya telah mencadangkan beberapa cadangan projek lanjutan bagi penambahbaikan dalam melaksanakan projrk inovasi pada masa akan datang.

Antara cadangan bagi projrk lanjutan ini ialah, pembinaan BBM permainan Piramid Blok Tajwid ini akan dibuat dalam bentuk 3D yang mana bentuk blok pada piramid akan dibuat lubang manakala blok huruf pula dapat diletak dalam lubang tersebut. Ia lebih efektif di mana huruf-huruf itu tidak akan bergerak jika ia sudah dimasukkan ke dalam bentuk yang telah ditetapkan.

Saya juga berperdapat Piramid Blok Tajwid boleh dibuat dalam bentuk CD interaktif yang mana cara permainannya masih sama seperti Piramid Blok Tajwid yang sedia ada, Cuma ia perlu ditambah dengan audio atau animasi supaya ia lebih menarik ketika PdP dijalankan. Saya membayangkan permainan CD interaktif Piramid Blok Tajwid ini mempunyai audio menyatakan huruf dan nama hukum Nun Sakinah atau Tanwin juga audio cara bacaannya pada ayat-ayat yang terdapat huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin . Saya berpendapat proses PdP akan lebih menarik sekiranya guru menggunakan bahan multimedia.

5. KESIMPULAN

Setiap projek yang dilakukan mempunyai kepentingan dan objektifnya tersendiri. Begitu juga dengan projek PIRAMID BLOK TAJWID ini. Walaupun banyak kelemahan yang dikenalpasti tetapi objektif untuk projek ini berjaya dicapai.

Dengan menggunakan kaedah permainan Piramid Blok Tajwid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ia telah menarik minat murid untuk belajar. Murid juga memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana tertarik dengan kaedah permainan Piramid Blok Tajwid ini.

Dengan terciptanya projek inovasi ini, ia sekurang-kurangnya dapat membantu murid cepat faham apa yang diajar oleh guru dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai oleh guru akan tercapai. Ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Justeru, keberhasilan sebuah projek inovasi pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauh mana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.

Projek inovasi ini bukan hanya fokus kepada murid tetapi ianya turut dapat membantu guru dalam menjadikan PdP bidang Tilawah al-Quran lebih menarik dan tidak bosan. Kekuatan kajian ini diukur apabila objektif kajian yang ditetapkan iaitu meningkatkan tahap penguasaan murid mengingat huruf-huruf serta membaca hukum Nun Sakinah dan Tanwin dapat dicapai. Guru berpendapat pencapaian objektif ini adalah satu kejayaan yang besar apabila peserta kajian menunjukkan tingkah laku positif dan perubahan dalam pencapaian ujian yang telah dilaksanakan. Perubahan tersebut juga telah menunjukkan tahap kualiti pembelajaran yang baik. Semoga hasilnya mampu memberi manfaat kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Akhir projek inovasi ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhya, diterima dan digunapakai dan sesuai dengan perkembangan minda murid yang makin mencabar di zaman ini serta hasil yang didapati dari projek ini dapat memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).


Top Related