Transcript
Page 1: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Kesan Rumah Hijau

&

Pemanasan Global

Page 2: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

KANDUNGAN

BAB 4: KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL

(Greenhouse effects and global warming)

Pengenalan: senario semasa

Kesan Rumah Hijau

Pengenalan

Mekanisme Kesan Rumah Hijau

Gas-gas Kesan Rumah Hijau

Kesan kepada persekitaran akibat kejadian Kesan Rumah Hijau

Page 3: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Pemanasan Global

Pengenalan

Impak pemanasan Global kepada kesihatan dan

persekitaran.

Page 4: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PENGENALAN

Senarion: fenomena alam masa kini.

RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan

matahari semakin terik terutama pada tengah hari.

Fenomena kepanasan ini dikaitkan dengan aktiviti manusia di

muka bumi.

Penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran

industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan

pelepasan gas rumah hijau antara contoh „kerosakan‟ yang

dilakukan manusia hingga memberi kesan terhadap bumi.

Page 5: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PENGENALAN

Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai

Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal meningkat

daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara

1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan

semakin panas.

Risiko banjir besar boleh berlaku sekiranya suhu bumi terus

meningkat, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam.

Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima

taburan hujan yang banyak.

Page 6: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PENGENALAN

“Sejak 10 tahun kebelakangan ini, manusia semakin

terancam berikutan bencana kerap berlaku. Taufan, banjir,

kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar

semakin kerap dan ancamannya bertambah meluas.

“Senario pemanasan global turut menggiatkan kesan El

Nino, terutama membabitkan kejadian kemarau dan banjir.

El Nino akan mempengaruhi iklim dunia mengakibatkan

sesetengah tempat kemarau manakala sesetengah lagi

banjir,” katanya.

Page 7: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

KESAN RUMAH HIJAU

(Greenhouse Effects)

Page 8: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PENGENALAN

Kesan rumah hijau merupakan satu

fenomena yang berlaku akibat

pencemaran udara.

Sejarah kesan rumah hijau bermula

pada zaman Revolusi Perindustrian.

Pada zaman inilah manusia mula

menggunakan bahan api fosil secara

meluas.

Ini menyebabkan kandungan karbon

dioksida bertambah.

Page 9: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PENGENALAN

Kesan rumah hijau berlaku kerana

pemerangkapan haba oleh gas-gas

rumah hijau.

Gas-gas ini akan bertindak seperti

selimut yang membenarkan haba

masuk kemudian akan memerangkap

haba ini.

Haba yang terperangkap inilah yang

akan meningkatkan suhu pada

permukaan bumi.

Page 10: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

KESAN RUMAH HIJAU…

(Green house effects)

Page 11: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

MEKANISME KESAN RUMAH

HIJAU

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) adalah

berkaitan dengan kesan pemanasan atmosfera

terhadap bumi.

Gelombang cahaya matahari melalui udara

diserap oleh bumi.

Bumi kemudiannya memancarkan semula

tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap

oleh udara, terutamanya oleh karbon dioksida.

Page 12: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti kaca di

dalam rumah hijau

dimana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang

memasuki rumah kaca menjadi

semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah

kaca dan memerangkap haba tersebut.

(konsep asal di dalam rumah hijau diterjemahkan ke

atmosfera dan dinamakan sebagai kesan rumah hijau).

Page 13: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

GAS-GAS KESAN RUMAH HIJAU

Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati

ialah:

Karbon dioksida (CO2)

Nitrous Oxide (N2O)

Gas Metana (CH4)

Ozone (O3)

Wap Air

Page 14: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

IMPAK KEPADA PERSEKITARAN AKIBAT

FENOMENA KESAN RUMAH HIJAU…..

KENAIKAN PARAS LAUT

PERUBAHAN IKLIM

KESIHATAN MANUSIA TERGANGGU

KEGIATAN HARIAN DAN PENEMPATAN MANUSIA

TERGANGGU

Page 15: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PEMANASAN GLOBAL

(Global warming)

Page 16: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PENGENALAN

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan

dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti

Matahari, atau kelajuan putaran Bumi.

Pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh

kesan rumah hijau.

Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari

Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak

dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah

diserapi oleh atmosfera kita.

Page 17: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan Global didorong oleh “aktiviti manusia” yang rakus.

Pemanasan yang berterusan ini telah mencairkan bongkah-

bongkah ais dikawasan kutub pada setiap hari dan

mengakibatkan peningkatan air laut diseluruh dunia.

Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan bandar, negara dan

pulau didunia bakal tengelam selamanya jika air laut terus

meningkat.

Page 18: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Selain itu, pemanasan global juga menyebabkan fenomena

lain:

kemarau,

hujan lebat,

taufan,

banjir dan

ombak besar berlaku dibeberapa bahagian bumi.

Page 19: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Bryn Mawr

di Alaska

runtuh

akibat

Global

Warming

(April 2000)

Page 21: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PEMANASAN GLOBAL

Menurut Ahli Kaji Iklim (Climatologist), menyatakan pemanasan

global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab

utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas

rumah hijau (greenhouse gases).

Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang

membabitkan:

cahaya matahari,

gas, dan

partikel di atmosfera.

Gas tersebut akan memerangkap haba diatmosfera yang dikenali

sebagai gas rumah hijau.

Page 22: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PUNCA PEMANASAN GLOBAL

Proses Semula jadi:

a) Tenaga matahari yang berlebihan diterima oleh

bumi.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada dekad 1990-an suhu

bumi sudah mula meningkat. Pada tahun 2004 dan 2005

merupakan tahun yang paling panas sejak suhu bumi

dicatatkan pada tahun1861.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika

Syarikat (AS) merupakan pengeluar gas CO2 terbesar dunia

(6.0005 bilion tan), China (5.017 bilion tan) dan Indonesia

(3.014 bilion tan).

Page 23: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

PUNCA PEMANASAN GLOBAL

Aktiviti utama manusia:

a) Pembakaran bahan api fosil (arang batu, minyak

dan gas asli)

Pembakaran kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan,

kilang dan loji jana kuasa elektrik.

Bahan api fosil membebaskan karbon dioksida (CO2) yang

merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan

pembebasan haba ke atmosfera.

Page 24: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

b) Pembersihan hutan dan tanah

Tumbuhan akan menggunakan CO2 untuk menghasilkan

makanan melalui proses fotosintesis.

Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah secara

berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah

hijau.

Hal ini berlaku kerana semakin kurang tumbuhan yang

menggunakan CO2 untuk proses fotosintesis. Jika masalah ini

terus berlaku tanpa kawalan pihak berkuasa ia akan

memburukan lagi keadaan semasa

PUNCA PEMANASAN GLOBAL

Page 25: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

KESAN PEMANASAN GLOBAL

Hasil pemanasan global ini telah memberi kesan secara

langsung kepada bumi dan hidupannya.

Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan

haiwan.

Ia juga akan memaksa haiwan dan tumbuhan didarat

untuk berpindah ke habitat baru.

Kesan pencairan bongkah-bongkah ais dikutub yang

telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut

dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan

tuaian hasil pertanian.

Page 26: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Senario pemanasan global, negara seperti Afrika merupakan

kawasan yang sebahagian besarnya diliputi kawasan gurun

yang panas. Namun, baru-baru ini berlaku penurunan salji pada

tahun 2006. Manakala Perancis mengalami panas melampau

yang telah mengorbankan 29 penduduknya pada 2006.

Suhu atmosfera meningkat 1.1 farenheit (0.6 darjah celcius).

Aras air laut meningkat (naik) sebanyak 10 sentimeter.

Laporan PBB menyatakan pada tahun 2085, dijangkakan 25-40

peratus spesis flora dan fauna akan pupus atau kehilangan

habitat akibat pemanasan global.

KESAN PEMANASAN GLOBAL

Page 27: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

a) Peningkatan Paras Laut

Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah

ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan

air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan

tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air

tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

b) Ancaman Hidupan Laut

Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan

meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu

karang. Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran

penyakit yang akan mengancam hidupan laut.

KESAN PEMANASAN GLOBAL - NASA

Page 28: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

c) Perubahan Habitat

• Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau

sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan

berpindah ke habitat atau lokasi baru.

d) Kerosakan Cuaca

• Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa

kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah

sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan

ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan

suhu yang tidak konsisten.

KESAN PEMANASAN GLOBAL -

NASA

Page 29: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

e) Ancaman Kesihatan Manusia

• Penyakit tropika seperti malaria dan denggi akan menular dengan mudah.

• Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan berlaku jika pendedahan

kepada gelombang panas yang ekstrem dan untuk jangka panjang boleh

menyebabkan kematian, kelaparan dan kekurangan zat makanan.

f) Perubahan Tuaian Makanan

• Sesetengah kawasan dunia akan mengalami perubahan hasil tuaian

pertanian sama ada meningkat atau sebaliknya. Rusia dikatakan akan

memperoleh hasil pertanian yang lebih baik.

KESAN PEMANASAN GLOBAL -

NASA

Page 30: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

LANGKAH PENCEGAHAN DAN

MENGATASI “PEMANASAN GLOBAL”

Perjanjian Kyoto yang ditandatangani di Kyoto, Jepun pada

1997 perlu dilaksanakan dengan lebih serius, cekap dan

berkesan.

Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan draf perjanjian

tersebut yang menekankan kepada pengurangan

pembebasan gas rumah hijau.

Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu menghadkan

pengeluaran CO2 dan gas rumah hijau yang lain.

Page 31: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”

Pengharaman tersebut bermula pada 2008 hingga 2012. Setiap

negara mempunyai sasaran pengeluaran CO2 yang berbeza.

Namun, perjanjian ini tidak menyatakan pengharaman kepada

negara membangun. Ia juga mengalakkan kerjasama dari semua

negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan

CO2 secara sukarela.

Pada 2001, AS telah menolak usul Protokol Kyoto dengan alasan

bahawa ia akan mengancam ekonomi AS. Tindakan AS ini

merupakan tindakan yang menunjukkan bahawa Presiden Bush

mementingkan diri dan kepentingan kapitalis mereka berbanding

usaha untuk menyelamatkan bumi. Umum sudah tahu bahawa As

penyumbang terbesar CO2 dan gas rumah hijau yang lain (melebihi

6 bilion tan).

Page 32: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Adalah tidak wajar AS menolak terus Protokol Kyoto.

Adalah lebih baik ia dikaji dan menunjukan sedikit sikap

tolak ansur dalam mengatasi isu global yang membabitkan

alam sekitar.

Namun begitu, AS dalam usaha menenangkan pihak lain.

Ia telah menyatakan sokongan untuk menangani masalah

pemanasan global dengan mana-mana negara didunia.

Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”

Page 33: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi

masalah pemanasan global ini iaitu

a) Menghadkan pembebasanCO2

Mengantikan bahan api fosil dengan sumber tenaga

yang tidak menghasilkan O2.

Menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap.

Bahan api yang tidak mengeluarkan CO2

termasuklah angin, cahaya matahari, dan stim (wap)

bawah tanah.

Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”

Page 34: Kesan Rumah Hijau Pemanasan Globalfaizalcucst.weebly.com/uploads/7/2/5/1/7251101/kesan_rumah_hijau... · pencemaran udara. Sejarah kesan ... Manusia merupakan penyebab utama pemanasan

b) Memencilkan CO2 dan menghalang CO2 dari memasuki ruang

atmosfera atau membuang CO2 yang sudah berada

disitu.

i. Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan

CO2 ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu

untuk menyimpan lebih banyak CO2 namun ia masih lagi dalam kajian

supaya ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran

ekosistem laut.

ii. Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera. Ia

mengabungkan karbon dari CO2 dengan hydrogen untuk menghasilkan

gula yang disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut. Tumbuhan yang

mati akan membebaskan CO2. Oleh itu, penebangan hutan dan

tumbuhan yang mati secara langsung akan membebaskan CO2 dari tisu

tumbuhan tersebut dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup akan

menyebabkan pertambahan dan lambakan CO2 di ruang atmosfera

bumi.

Sambungan…. “langkah pencegahan dan mengatasi “pemanasan global”


Top Related