
Download - KECERGASAN FIZIKAL (T9)
-
TOPIK 9
KECEDERAAN DALAM SUKAN
-
PETA MINDA
KECEDERAAN
DALAM SUKAN
PENGENALAN KEPADA
KECEDERAAN DALAM
SUKAN
Konsep dan Definisi Jenis-jenis Kecederaandalam Sukan
PENCEGAHAN KECEDERAAN
DALAM SUKAN
Prinsip Pencegahan Kepentingan Memanaskan Badan Ansur Maju Latihan Aktiviti yang MenggalakkanKecederaan
Keselamatan Kemudahandan Peralatan
Peralatan Perlindungan -
9.1.1 Konsep dan Definisi
Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan.Punca-punca kecederaan sukan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan. -
9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan
Dikategorikan kepada kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras.Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot manakala kecederaan tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang. -
9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan
Ligamen
Ligamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut iaitu serabut putih dan serabut elastik kuning.
Jika tercedera, ia memakan masa selama 3 minggu untuk pulih sediakala.
SeliuhKecederaan pada serat-serat ligamen. Terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Sering berlaku kepada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh menjadikan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi yang tersebut, anda boleh mengesyaki bahawa seliuh atau patah telah berlaku.
-
9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan
Tendon
Ia terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot.
Tendon TerputusSering terlibat ialah tendon Archilles dan tendon kuadrisep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keseluruhan atau sebahagiannya sahaja. Individu yang mengalaminya mungkin boleh mendengar bunyi tendon terputus. Agak sukar untuk digerakkan sekiranya ini berlaku.
-
9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan
Otot
(a) Kekejangan Urat dan kekejangan Otot
Ia terjadi semasa seseorang menjalani latihan atau
semasa pertandingan. Kekejangan otot juga boleh
berlaku semasa menggeliat apabila bangun dari tidur.
Ia juga boleh berlaku semasa menulis, berenang dan
melakukan aktiviti fizikal (sukan). Boleh terjadi apabila
faktor keletihan atau fatigue berlaku. Ini disebabkan
oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan.
(b) Koyak Otot
Otot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau
melibatkan keseluruhan otot. Kerana tujuan untuk
mendapatkan prestasi yang maksimum, otot-otot
bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan otot koyak
dan atlet reban (jatuh).
-
9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan
4. Tulang
Patah TulangPatah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Kawasan tisu-tisu lain seperti otot, saraf, saluran darah juga terlibat. Patah akan mengakibatkan kawasan di situ ditakungi darah yang merembes dari pembuluh yang terdapat di hujung tulang yang patah.
Tanda-tanda terpenting kecederaan ini ialah kawasan yang patah deformed atau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit(pedih) dan krepitus disebabkan pergeselan hujung tulang yang terlibat. Kawasan yang terlibat harus di x-ray terlebih dahulu bagi mendapat kepastian.
-
9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan
Sendi
Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi)Dislokasi atau kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya.
Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.
-
9.2 PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN
9.2.1 Prinsip Pencegahan
Prinsip latihan bagi mengelakkan kecederaan ialah:
Memanaskan badan
Penambahan beban senaman secara beransur-ansur (Gradualness)
Tempoh Latihan (Timing 1 1 hr)
Intensiti
Kesanggupan diri (Capacity level)
Kekuatan (Strength)
Motivasi (Motivation)
Pengkhususan
Relaksasi
Rutin
-
9.2.1 Prinsip Pencegahan
Memanaskan Badan
Amalkan senaman memanaskan badan sebelum menjalani apa-apa senaman latihan yang lebih membebankan.
Penambahan Beban Senaman Secara Beransur-ansur
Secara beransur-ansur sedikit demi sedikit.
Tempoh Latihan
Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
-
9.2.1 Prinsip Pencegahan
Intensiti
Lebih berfaedah sekiranya beban kerja ditambah daripada memanjangkan tempoh latihan.
Kesanggupan Diri
Jangan berlatih melebihi paras kesanggupan diri.
Kekuatan
Penting bagi mencapai kecergasan yang menyeluruh. Menunjukkan tahap berat senaman yang boleh dilakukan seperti di dalam latihan angkat berat.
-
9.2.1 Prinsip Pencegahan
Motivasi
Hasrat mencapai tahap kecergasan yang lebih tinggi merupakan motivasi yang baik. Memahami kesan dan faedah senaman akan menggalakkan seseorang itu bersenam dengan lebih tekun.
Pengkhususan
Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif. Sistem kardiovaskular, senaman aerobik. Bagi menguatkan otot-otot pula, senaman berbentuk anaerobik lebih sesuai.
Relaksasi
Rutin
Dilakukan tanpa paksaan dan harus menjadikannya sebagai suatu kebiasaan dalam hidup.
-
9.2.2 Kepentingan memanaskan Badan
Merupakan komponen yang amat penting sebelum memulakan sesuatu latihan.Ianya bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.Astrand dan Rodhal (1970) menyatkan perlakuan memanaskan badan yang betul akan meningkatkan kelajuan dari 0.5 hingga 0.6 saat dalam larian 100 meter sementara 4.0 hingga 6.0 dalam larian 800 meter. -
9.2.2 Kepentingan memanaskan Badan
3 jenis latihan memanaskan badan iaitu melibatkan regangan statik, secara umum dan latihan memanaskan badan secara neuromuskular yang spesifik.Wee (1996) aktiviti memanaskan badan adalah perlu untuk meregangkan otot-otot, tendon-tendon dan ligamen-ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu.Penting bagi meningkatkan suhu badan dan seterusnya meletakkan pelajar bersedia secara mental dan fizikal terhadap aktiviti-aktiviti yang akan diceburinya. -
9.2.3 Ansur Maju Latihan
9.2.3.1 Faedah Ansur Maju LatihanMempromosikan kesembuhan
Menyediakan ukuran perkembangan
Mendirikan bridge ke penyertaan
Meningkatkan keyakinan diri
Memaksimumkan prestasi pada bahagian yang cedera.
-
9.2.4 Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan
Menurut Vasudevan (1989) aktiviti-aktiviti memanaskan
badan yang dapat mengelakkan atlet mendapat kecederaan
semasa pertandingan.
Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau joging sehingga badan berasa panas dan berpeluh.
Melunjur (stretching). Dilakukan senaman yang senang dahulu sebelum mencuba senaman yang lebih susah.
Berlari pecut. Dilakukan dua atau tiga kali ulangan untuk 60 hingga 100 meter.
Senaman khusus (specific exercise). Bermaksud senaman-senaman yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pertandingan.
-
9.2.4 Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan
Pelabgai cara bagi mengelakkan kecederaan.
Mengambil tindakan awal terhadap mereka yang merungut sakit di bahagian-bahagian tertentu. Perlu diberi rehat yang cukup.
Memilih permainan-permainan yang sesuai berasaskan kepada kebolehan atlet tersebut.
Meminda undang-undang atau taktikal permainan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.
Mengajar kemahiran-kemahiran asas permainan untuk menyediakan dan membolehkan atlet-atlet bertindak sewajarnya.
-
9.2.4 Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan
Menggunakan alat-alat keselamatan seperti penutup muka, penutup dada dan lain-lain lagi adalah diwajibkan.
Menjalankan coditioning yang baik dan sempurna hendaklah diusahakan.
Mengelakkan menggunakan bebanan yang berat atau ulangan yang rendah bagi kanak-kanak.
Menggunakan teknik mengurangkan berat badan dengan cepat adalah tidak digalakkan.
Menggalakkan atlet-atlet merasa gembira semasa bermain atau melakukan aktiviti. Emosi yang kurang terganggu akan menyebabkan penumpuan sepenuhnya kepada permainan.
-
9.2.5 Keselamatan Kemudahan dan Peralatan
Padang atau gelanggang yang tidak rata, berlubang dan licin adalah penyumbang kepada faktor kecederaan sukan.Keadaan sekeliling gelanggang, padang atau dewan harus diambil kira bagi mengelakkan kecederaan di luar permainan.Contoh, dahan pokok itu patah, bahan buangan yang bahaya seperti kaca dan besi di kawasan permainan. -
9.2.6 Peralatan Perlindungan
Peralatan perlindungan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. Sebagai contoh, Batting Helmet untuk pemukul adalah wajib dipakai.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut.