Transcript
Page 1: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013

KOD KURSUS : HBEF 3503

TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA : MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN

NO. MATRIKULASI : 700428016001001

NO. KAD PENGNEALAN : 700428016001

NO. TELEFON : 0177803185

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

BATU PAHAT

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 1

Page 2: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

Isi Kandungan :…………………………………………………………………………………………………

Pengenlan

Soalan Tugasan

Abstrak

1.0 Difinisi Tajuk

1.1 Jenis-jenis pendidikan inklusif

1.2 Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan

1.3Peranan yang dimainlan oleh Badan Bukan Kerajaan

2.0 Polisi Kerajaan

2.1 Keperluan Pendidikan Inklusif

3.0 Maklumat terperinci Murid Inklusif

3.1

3.2

Kesimpulan/ Rumusan

Penutup

Rujukan

Lampiran

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 2

Page 3: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

PENGENALAN

Alhamdulillah bersyukur saya kehadratNya kerana dengan izin dan kehendakNya, maka

saya dapat menyempurnakan dengan jayanya tugasan yang diamanahkan kepada saya iaitu

tugasan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF ini mengikut jangka masa yang

ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat

Encik Mohd. Yusof bin Abdullah [email protected] yang telah banyak

memberikan panduan dan tunjuk ajar kapada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai , segala bahan-bahan rujukan yang

disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah

tentu tugasan saya tidak seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru , banyak perkara yang

masih perlu dipelajari bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus

ini amat -amat saya harapkan.Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah

datangnya daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat

mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini. Harapan saya agar tugasan ini, sedapat tidak

mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini

akan dapat keberkatan daripada Nya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam………………

Mohd Zaidi bin Hj Wagiran,

700428016001,

017803185

[email protected]

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 3

Page 4: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

TUGASAN

Aktiviti 1 : Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan

inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan inklusif dilaksanakan dengan lebih

meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam

bentuk e-portfolio.

E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokus kepada aspek-

aspek berikut :

Senario terkini berkaitan dengan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di Negara

ini yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan

program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada

Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikut program

pendidikan inklusif di sekolah anda.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 4

Page 5: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

ABSTRAK

Pelaksanaan pendekatan pendidikan kepelbagaianf atau pendidikan inklus adalah bertepatan

dengan sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi merapatkan jurang

perbezaan di sekolah dan menghapuskan sebarang unsur diskriminasi terhadap pelajar-pelajar

lemah dan bermasalah dengan kesedaran bahawa mereka adalah manusia yang mempunyai

keperluan kendiri yang memerlukan perhatian, penerimaan, penghargaan dan kasih sayang.

Pandangan ini selari dengan model keperluan Maslow yang menerangkan keperluan manusia

dalam bentuk berhierarki. Pengisian terhadap keperluan kekurangan (makan, minum dan

tempat tinggal) dan keperluan pertumbuhan (keselamatan, kasih sayang dan penghargaan)

akan membawa kepada kesempurnaan kendiri (Ahmad Rafaai Ayudin 1995).

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam

pendidikan arus perdana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kajian lepas sebagai

rujukan. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987

dibawah Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Program Pendidikan Inklusif menitik beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid -

murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa belajar bersama-sama

dengan murid-murid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu

dilaksanakan kerana keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

Namun terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanan

Pendidikan Inklusif sepenuhnya dalam Pendidikan di Malaysia.

Keywords: Pendidikan Inklusif, Pendidikan Malaysia, Keperluan Khas

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 5

Page 6: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

1.0 DIFINISI TAJUK

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untu memenuhi pelbagai keperluan

murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran

dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk

MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui

• perkembangan mental

• kestabilan emosi

• integrasi sosial

Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan

inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil

daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim,

1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah

mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka

berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain

tanpa mengira status. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna

pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang

kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan /

atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan

Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan

pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan

peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau

perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 6

Page 7: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

Falsafah Pendidikan Khas “Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan

untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah

pendidikan negara.”

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 7

Page 8: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

1.1 JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru

terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan pelbagai khidmat sokongan untuk membantu

murid-murid khas belajar dengan lebih berkesan. Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran ialah murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan muridmurid

yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami

kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh

dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :

• kognitif

• tingkahlaku sosial/perkembangan sosial

• penguasaan bahasa lisan/pertuturan

• penguasaan membaca

• kemahiran perkembangan (development skills)

• kemahiran matematik

(sumber : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala

Lumpur)

Murid Berkeperluan Khas di Aliran Perdana

Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di

Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas

dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja.

Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting

inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam

aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah :

i. fizikal (cacat anggota)

ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)

iv. penguasaan kemahiran 3M

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 8

Page 9: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

1.2 PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN

Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan

pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian

Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di bawah kementerian

berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk

golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti

berikut;

a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik

2. Intervensi awal

c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal

2. Intervensi awal

d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk

semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu

bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa.

Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai ‘Disabled

Person Act 2002’ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu

deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini

bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut

keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai

kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan

kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam

menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad,

2010).

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap

kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang

mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 9

Page 10: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk

golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan

dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

PENGENALAN AKTA PENDIDIKAN KHAS DALAM NEGARA

Akta Pendidikan Bagi Semua Jenis Kanak-Kanak Cacat 1975 Public Law 94-142

Komponen-komponen :

Mengenalpasti kanak-kanak khas mengenalpasti kanak-kanak khas melalui ujian

saringan.

Pendidikan Percuma memastikan setiap murid khas diberi pendidikan percuma.

“Due Process” Ibu bapa/Penjaga murid-murid khas berhak mendapat penerangan

yang secukupnya. Ibu bapa murid-murid khas berhak mendengar “due

process” yang tidak berat sebelah, jikalau mereka tidak bersetuju dengan keputusan

pentadbiran sekolah.

Keizinan Ibu bapa Sebelum murid-murid dinilai, ditempatkan atau dirancang

pendidikannya, terlebih dahulu mesti mendapat keizinan daripada ibu bapa murid-murid

tersebut.

Persekitaran yang tidak terhad. Murid-murid khas mesti diberi pendidikan di dalam

keadaan persekitaran yang tidak terhad, yang konsisten dengan keperluan

pendidikannya dan seboleh-bolehnya bersama dengan murid-murid biasa.

Rancangan Pendidikan Individu .Setiap murid mesti disediakan RPI secara bertulis

mengikut tahap pencapaian dan keperluannya.

Penilaian yang tidak berat sebelah .Murid-murid khas perlu dinilai di dalam semua

bidang yang berkaitan dengan ketidakupayaan mereka. Penilaian ini hendaklah adil

dari segi bahasa, budaya dan ketidakupayaan murid-murid tersebut.

Rahsia Segala keputusan-keputusan perancangan, penilaian dan penempatan mesti

dirahsiakan. Walaubagaimanapun ibu bapa dibenarkan meneliti rekod-rekod,

perancangan, penilaian

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 10

Page 11: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

1.3 PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak

bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah

suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang

diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar

memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,

sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan

bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak

kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan

pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori

pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan

sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee

on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri daripada organisasi profesional mentakrifkan

masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang

mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis,

membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah-masalah ini berpunca

daripada ketidakfungsian sistemsaraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur.

Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama

masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah

pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain

seperti masalah sensori (kurang upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau

gangguan emosi yang serius.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 11

Page 12: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

2.0 POLISI KERAJAAN

Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai

masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang

upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention

Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai

individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara

ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program

pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang

sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan

diri di mana-mana agensi. Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada

masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen

persekolahan berikut:

Sekolah pendidikan khas:

Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah

untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);

Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):

Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan

Program pendidikan inklusif:

Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam

kelas arus perdana.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 12

Page 13: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam

program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di

sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen

persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama,

kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan

ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah

dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah

penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang

sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua

perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk

kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding

kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana

seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat

pendengaran dan mesin taip Braille.

Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan

Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994),

kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif

untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu

mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan

pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi,

mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif.

Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid

berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan

dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,

Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model

pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.

Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini,

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 13

Page 14: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada.

Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan

jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga

pelbagai jenis keperluan.

Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang

berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama

dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation

Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN).

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 14

Page 15: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

2.1 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak

yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-

keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi

dalam keupayaan Komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan

amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatanperkhidmatan pendidikan khas,

supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke

arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha

tertentu hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. (Geatheart,

Weishahn & Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat

faktor-faktor tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan programprogram

Pendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber

yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya

(Ysseldyke dan Alozzine, 1982).

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 15

Page 16: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

2.0 MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Majoriti guru yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri daripada

guru-guru perempuan iaitu 82.5 % dan guru lelaki 17.5% Responden guru biasa yang

mengajar kelas Pendidikan Biasa, guru lelaki 62.7% sementara guru perempuan 37.5%.

Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang ramai

mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan mempunyai

tahap kesabaran , prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani karenah

kanakkanak istimewa ini. Dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa, kebanyakan guru-

guru yang mengajar kanak-kanak ini mempunyai anak-anak istimewa . Guru ini

berpendapat dengan mengajar sendiri anak-anak mereka yang istimewa ini mereka lebih

memahami dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 16

Page 17: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN

KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA

Mula

Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak

Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri

Isi Borang dan Buat Pemeriksaan

Kembalikan Borang Yang Lengkap

ke Jabatan Pelajaran Negeri

Proses Penilaian

Temuduga Ibu bapa

Tawaran Penempatan

Tempoh Percubaan

Pengesahan Penempatan

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 17

Page 18: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

3.1 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF YANG TERDAPAT DI

SEKOLAH

1.Model A –Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian

kurikulum dan strategi P&P.

2.Model B – Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat

nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

3.Model C – Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat

Sumber.

4.Model D –Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelas“Satellite” di sekolah

biasa.(OctopusModel)

5.Model E– Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.

6.Model F– Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 18

Page 19: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

3.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.

2. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.

3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu.

4. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos.

5. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.

6. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.

7. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti

masyarakat setempat.

8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk

berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.

2. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar

pendidikan khas.

3. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran

perdana.

4. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.

5. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.

6. Pelajar – pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas

inklusif.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 19

Page 20: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

RUMUSAN/ KESIMPULAN

Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas, dengan

meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan

menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik yang

professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO

(The Salamanca Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam

suasana kurang kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang

pembelajaran MBP di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan

inklusif di sekolah harian adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri

daripada pelajar bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini

amat bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan

pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga

soal penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian

lanjutan yang mengukur amalan dan kualiti pelaksanaannya. Kepentingan kajian ini dari segi

ilmu diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong

perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya.

Kajian yang akan dilaksanakan ini dapat memberi informasi baru untuk menambah

pengetahuan dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan individu. Penghasilan indikator

amalan terbaik pendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian

ini pula dijangka dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya.

Profil yang dihasilkan dijangka dapat memperlihatkan aplikasi teoritikal dan praktikal amalan

pengajaran guru dalam konteks sebenar pendidikan inklusif bagi murid PKBP di Malaysia

khususnya dan di luar negara umumnya.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 20

Page 21: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

PENUTUP

Pada 20 Februari 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan dalam subjek

PENDIDIKAN INKLUSIF HBEF 3503 yang menghendaki saya melaksanakan kajian

tentang program pendidikan inklusif di sekolah Buat permulaan kerja-kerja mencari bahan,

membuat kajinan dan rujukan di sekolah . Saya membuat rujukan telah bermula secara

individu dan kumpulan.Walaupun pada peringkat awalnya, saya mengalami sedikit masalah

dalam mengum ul bahan , berkat tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya

kerja menyiapkan tugasan dapat dijalankan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan.

Juga kepada pensyarah, rakan-rakan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri

Sekawan Desa , Pontian yang telah banyak memberikan kerja sama dalam menyiapakan

tugasan ini.

Sekian ……………….

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 21

Page 22: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Ashman, Adrian & Elkiar, John (1990) Educating Children with Special Needs.

GGGGPrentice Hall : New York.

Bachor, Dan G. & Crealock, Carol. (1986) Instructional Strategies for Students with Special

Needs. GGGGGG.Prentice Hall : New York.

Cole, Peter & Chan Lorna. (1990) Methods and Strategies for Special Children.

GGG.Prentice Hall : New York.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1992) Surat Pekeliling-Pekeliling Pendidikan Khas (1979 –

1991). Kuala Lumpur : Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu

(RPI) murid-murid berkeperluan khas.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 22

Page 23: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

LAMPIRAN

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 23

Page 24: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 24

Page 25: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 25

Page 26: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 26

Page 27: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 27

Page 28: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 28

Page 29: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 29

Page 30: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 30

Page 31: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 31

Page 32: Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001)

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 32


Top Related