Transcript

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan salam

sejahtera buat para pembaca Komik Niaga.

Tim Komik Niaga mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke

hadrat Ilahi, kerana memberikan peluang sekali lagi untuk meny-

empurnakan tugasan kami menghasilkan ezine Komik Niaga edisi

ke 8.

Edisi kali ini akan membawa satu lagi dimensi baru yang

menginspirasikan kepada para pembaca Komik Niaga. Di mana

kami mencoretkan kisah tokoh usahawan tempatan, yang ber-

jaya mengubah dunia animasi tempatan sebanyak 360 darjah.

Individu yang kami maksudkan ini adalah Hj. Burhanuddin, yakni

pengasas syarikat Les Copaque yang cukup sinonim dengan ani-

masi Upin & Ipin. Dalam ezine kali ini, kita akan dapat tahu lebih

banyak isu mengenai beliau.

Bagaimana beliau bermula, dari satu impian kecil menjadi

kenyataan yang berjaya menyentuh banyak jiwa dari seluruh

pelosok nusantara. Serta banyak lagi kisah-kisah yang mencuit

hati dan memberikan 1,001 pengajaran kepada bakal-bakal usa-

hawan tempatan.

Insya Allah, tim Komik Niaga akan terus berusaha dan berkor-

ban untuk memperbaiki ezine menjadi lebih baik dari pelbagai

sudut untuk edisi-edisi selanjutnya.

Sekiranya ezine ini cukup bermanfaat untuk anda, maka

jasa baik untuk menyebarkannya kepada orang

ramai sudah cukup untuk membayar semula

kos-kos pembangunan Komik Niaga ini.

Semoga kita bertemu lagi dalam edisi

akan datang. Salam kejayaan!

Hasbul ‘Aqill & Aqif Azizan

Pengasas Komik Niaga.

www.KomikNiaga.com

PenerbitInovattic Solutions (Part Of Flarebiz Network)

Pihak PengurusanKomik NiagaMatbizAbang IsHasbul ‘AriffKartunis UbiHasbul ‘AqillAqif Azizan

Krew Komik NiagaNik UjangKia KartunisBalootNurul LuvleeyZamzamiEdyIrfan FonerLya

Diterbitkan OlehINOVATTIC SOLUTION(Part Of Flarebiz Network)13-4-2, Jalan Semarak Api 2, Diamond Square Commercial Centre 53000 Kuala LumpurTel: 603-4031 4641

[email protected]

HAK CIPTA TERPELIHARA: Di larang sama sekali menerbit se-mula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-komik ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak KomikNiaga.com. Namun begitu, anda dibenarkan bahkan digalakkan menyebarkan e-komik ini untuk tujuan kebaikkan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

Dalam perniagaan, pengurusan ibarat sistem yang menjamin kestabilan syarikat. Bisnes yang mempunyai status ‘gergasi’ dan

‘menguntungkan’ juga mampu jatuh muflis sekiranya gagal dalam pengurusan bisnes. Perkongsian Prof. Niaga kali ini adalah menjurus kepada tip-tip

pengurusan bisnes. Ini adalah hasil kajian daripada beberapa syarikat gergasi terkemuka tempatan dan persada dunia.

Pengurusan Bisnes #1 - Simpan Data Pelanggan

Pengurusan Bisnes #2 - Kemaskini Data Pelanggan

Pengurusan Bisnes #3 - Wujudkan SOP (Standard Operating Procedure)

Data pelanggan adalah aset perniagaan. Dapatkan maklumat mereka dan masukkan dalam perisian data seperti Microsoft Excel. Antara maklumat penting pelanggan adalah:

1. Nama

2. Nombor Telefon

3. Tempat Tinggal

4. Jantina

Ambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam setiap hujung minggu untuk mengemaskini data pelanggan. Dengan ini, kita dapat melihat perkembangan syarikat dengan jelas.Serta merangka strategi yang diperlukan untuk memaksimumkan keuntungan menerusi data-data pelanggan sedia ada.

SOP adalah sistem gerak kerja yang dibangunkan khas oleh syarikat. Ia digunakan untuk memastikan pekerja mengikuti sistem sedia ada. Kita boleh belajar SOP lebih lanjut meneru-si syarikat-syarikat francais seperti Mc Donalds dan KFC.

Edisi kali ini Dr. Minda ingin berkongsi dengan para pembaca Komik Niaga mengenai ‘kuasa minda’. Buat pengetahuan umum, Dr. Minda sebenarnya menjalankan kajian terperinci terhadap individu yang cukup

sinonim dengan ayat ‘Saya Kaya & Berjaya’.

Ya, beliau adalah Dr. Azizan Osman. Berikut adalah dapatan kajian Prof. Minda selepas bedah siasat rahsia kejayaan beliau dalam setiap seminar yang dikendalikan.

1.

2.

3.

Setiap Ayat Adalah Doa

Visi Hidup Mesti Jelas

Pilih Kawan yang Betul

Setiap kata-kata yang disebutkan setiap hari adalah ‘doa’. Oleh yang demikian, jika kita mahu berjaya, sentiasa ucapkan kata-kata positif dalam diri sendiri. Ia akan mendorong peningkat estim diri.

Tahu tujuan kita hidup di muka bumi, serta kenal pasti kelebihan yang Tuhan berikan untuk memberikan manfaat kepada orang ramai.

Dr. Azizan tidak berkawan dengan orang sebarangan. Kerana beliau mahu mengekalkan momentum untuk terus mencapai kejayaan.

Semoga perkongsian Prof. Minda mengenai kuasa minda yang ditekankan oleh Dr. Azizan Osman memberikan 1,001 manfaat kepada para pembaca Komik Niaga. Teruskan usaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Salam dan hai! Baru-baru ini Matbiz berjaya menemubual pengasas Upin & Ipin (siri ani-masi popular di Malaysia dan Indonesia), iaitu Tuan Hj. Burhanuddin. Selain daripada mengetahui siapa pengasas di sebalik karakter kartun ini, Matbiz juga berjaya mendapat beberapa rahsia bisnes daripada beliau. Bagi yang berminat untuk memulakan pernia-gaan, 3 tip daripada Tuan Hj. Burhanuddin ini berkemungkinan besar dapat membantu kita untuk lebih cepat berjaya.

Ramai yang menganggap orang yang mempunyai modal bisnes yang besar lebih selamat kerana mereka ada duit yang banyak. Kenyataan ini tidak betul. Tuan Hj. menyatakan, setiap bisnes pasti ada risiko yang besar walaupun mempunyai modal atau peruntukan bernilai jutaan ringgit.

Animasi Upin & Ipin tidak akan memperoleh sentuhan yang cantik, tertarik dan menarik sekiranya syarikat tidak mempunyai pekerja yang berkualiti. Maksudnya, kita mesti mengambil kira keupayaan pekerja untuk dimanfaatkan sepenuhnya terhadap projek syarikat.

Dalam kes ini, Tuan Hj. Burhanuddin mencari mereka yang hanya mempunyai bakat dalam bidang peng-hasilan animasi. Oh ya, kebanyakannya terdiri daripada graduan-graduan universiti yang tidak mempunyai pengalaman.

Semoga perkongsian Matbiz ini memberikan inspirasi kepada pembaca Komik Niaga. Mat-biz juga sedang berfikir-fikir untuk menghantar rayuan kepada Les Copaque, supaya da-pat berlakon dalam siri Upin & Ipin akan datang. Oh~!

“Betul, betul, betul.”

Ayat ini cukup sinonim dengan karakter Upin & Ipin. Dalam masa sama, cari jalan untuk meningkatkan jenama perniagaan kita secara berperingkat. Siapa tahu, perniagaan kita mampu terbang jauh sehingga ke Indonesia atau Singapura dalam masa 3 tahun dari sekarang.

Bersedia Hadapi Risiko (Walaupun Ada Modal Besar)

Dapatkan Pekerja yang Berkualiti

Hasilkan Jenama dan Sebut-sebutan

“Kamu nak jadi apa?” Itulah kata-kata yang pertama keluar dari mulut orang tua itu. Berjam-jam aku menemankan beliau dalam rumah orang tua, baru sekarang dia buka mulut. “Jadi apa pa-kcik?” Aku cuba cari penjelasan. Nada soalannya seperti teguran sinis, mungkin aku ada buat silap di hadapannya. Riak wajahnya agak bengis. Dia marah aku ke?

“Ya, nanti lepas habis belajar kamu nak jadi apa?” Orang tua itu mengulangi soalannya tadi. Dia perasan yang aku ini seorang sukarelawan yang masih menun-tut. “Hendak jadi usahawan. Kalau boleh tidak mahu kerja makan gaji.” Aku selit-kan sekali senyuman. Dia tak senyum balik.

“Kenapa?” Pakcik tua itu bertanya lagi. Mata dia tajam merenung anak mata aku. Rasa seperti men-duduki temuduga kerja. Serius. “Saya dengar orang kata kalau hendak kaya kenalah kerja sendiri. Makan gaji buat orang lain kaya sahaja pakcik.” Jawab aku dengan senyum simpul menandakan jawapan ini bukanlah berbentuk formal.

“Jadi kamu nak jadi kayalah ye?” Pakcik itu masih mengekalkan wajah seriusnya. Aku jadi makin tak selesa. Ada baiknya dia tidak buka mulut tadi.

“Kalau bolehlah.” Aku tersipu.

“Bila dah jadi kaya, kamu nak buat apa?” Bertalu-talu pula soalan dari orang tua ini. Mungkin inilah sebab tak ramai pelajar sudi jadi sukarelawan di rumah orang tua. “Macam-macam kita boleh buat pakcik. Ada duit semua boleh jadi.” Jawapan secara am harapnya dapatlah melepaskan aku dari perang-kap persoalan ini. Aku resah dibuatnya.

“Pakcik dulu macam kamu juga. Hendak sangat jadi kaya. Tapi itu dulu.” Pakcik itu menambah. Sekurang-kurangnya kami sudah ada persamaan. ‘Common ground’. Baru lega sikit rasanya.

“Pakcik kerja apa dulu pakcik?” Aku pula bertanya. Bukan apa, baik aku yang bertanya dari dia. Biar dia pula jadi calon temuduga.

“Macam-macam. Asal boleh buat duit semua pakcik buat.” Dia menjawab setelah hampir seminit aku menunggu dalam kesunyian yang menyiksa. Malu kalau dia buat tak tahu.

“Pakcik merasa jadi kaya?” Aku tidak bagi peluang. Sebelum dia tanya ada baik aku tanya dulu.

“Kaya tu memanglah, berjuta duit pakcik, tapi pakcik tidak dapat apa yang pakcik mahu.” Laju jawapan keluar dari mulut orang tua itu. Kebenarannya tak dapat untuk dipastikan. “Pakcik mahu apa sebenarn-ya?” Mungkin juga dia berhajat untuk jadi ‘billion-aire’.

“Pakcik mahu hidup semula. Pakcik mahu nyawa. Pakcik mahu betulkan semua yang pakcik sudah buat selama ini.” Pandangan pakcik dilontar jauh ke perkarangan rumah orang tua. Aku terdiam menden-gar jawapan itu.

“Pakcik biar betul. Macam seram bunyinya.” Aku pandang muka pakcik. Dia masih terpaku melihat pemandangan diluar. Jauh fikirannya melayang barangkali.

Setelah beberapa ketika berlalu,“Pakcik masa mula-mula berniaga dulu, pakcik tak ada ilmu, tak ada

pegangan agama. Nama sa-haja Islam tapi serupa isi alam. Hidup sekadar nak cari makan, siang malam fikir cari duit sa-haja. Solat entah kemana, zakat tak pernah terlintas di kepala. Sedekah jangan cerita.”

Ada riak-riak penyesalan dalam air mukanya.“Pakcik masih ada masa, masih boleh taubat, masih sempat buat ibadat.” Aku cuba beri harapan. Selagi hayat dikandung badan kita semua sentiasa ada harapan.

“Kau cakap senang. Pakcik sudah buat semua itu tapi hati pakcik masih tidak tenang.” Mata tuanya turun ke lantai. Kerut dahinya berselirat tanda tanggungan hati teramat berat.

“Pakcik ada anak?” Aku cuba untuk mengalih bicara. Barang-kali orang tua-tua sepertinya suka berkisah tentang anak-anaknya yang berjaya. “Ada. Ramai.” Pakcik tenung aku. Mungkin aku mengingatkan dia kepada anak-anaknya.

“Minta maaf kalau saya tanya soalan sensitif sikit. Kenapa anak pakcik letak pakcik di sini?” Aku perlu tahu. Terka-dang aku sendiri hairan dengan fenomena anak yang menghan-tar orang tua mereka ke rumah orang tua, mungkinkah kerana mereka dulu sering dihantar ke rumah asuhan kanak-kanak?

“Ini semua natijah dari apa yang pakcik cari selama ini. Kekayaan. Mereka anak orang kaya. Mereka tak senang mahu pelihara orang tua seperti pak-cik.” Jawapan sinis dan ironik. Sindrom anak orang kaya. Pen-yakit kacang lupakan kulit.

Aku rasa mual dalam hati, kesal dengan sikap sesetengah manusia yang mengabaikan orang tua mereka yang membe-sarkan mereka dengan penuh kasih sayang.“Bukankah dulu

pakcik pernah kaya? Mereka hidup hasil pahit jerih usaha sepanjang usia pakcik.” Hati aku memberontak.

Aku tengok muka orang tua itu seperti tiada apa yang perlu dihairankan.“Pakcikmahu mereka hidup senang. Pak-cik tidak mahu mereka susah macam apa yang pakcik alami dulu. Sekarang mereka dah senang.” Kata-kata pakcik mengalir tenang. Redha dan pasrah dengan ketentuan yang dihadapinya.

Sunyi seketika. Aku melayan mazmumah serta amarah dalam hati. Orang tua itu me-layan panorama petang yang tenang.

“Pakcik silap. Pakcik ingat bila pakcik bahagi-bahagikan harta semasa pakcik masih hidup maka tidak timbullah masalah berebut harta selepas pakcik mati. Pakcik tidak mahu anak-anak pakcik bergaduh sesama mereka kerana harta.

Jadi, pakcik bahagi-bahagikan segala apa yang pakcik ada sama rata, tukar kepada nama mereka, segala harta, segala kuasa, pakcik pindahkan ke-pada mereka. Pakcik cadang hendak habiskan usia tua berehat dan bermain dengan cucu-cicit. Pakcik silap.”

“Mulanya, semua nampak bahagia. Semua puas hati. Selang beberapa tahun se-muanya berubah. Rancangan pakcik makan diri. Walaupun pakcik masih hidup, anak-anak pakcik nampaknya sudah mula lupakan pakcik. Pakcik mereka anggap seperti perabut lama yang menyemak pada pandan-gan mata, tak sesuai dengan citarasa serta hiasan dalaman rumah mereka.”

“Mereka sibuk dengan kerja, dengan urusan bisnes, semua

orang sibuk zaman sekarang. Tiada siapa sudi untuk tengok-kan pakcik yang dah uzur ini. Jadi pakcik minta dihantar ke sini. Sekurang-kurangnya di sini ada petugas boleh tengok-tengokkan pakcik. Pakcik ada kawan-kawan sebaya. Pakcik tidak sunyi.”

“Mereka tak bantah?” Aku perlu tahu. Adakah semudah itu orang tua ini tercampak ke sini tanpa sebarang rasa simpati dari anak-anaknya?

“Mulanya mereka tak setuju. Mereka tak mahu reputasi mereka di mata masyarakat tercalar dengan hal sebegini.

Namun selepas mereka berbin-cang, akhirnya semua sepakat. Mereka setuju dan berjanji akan jenguk pakcik selalu. Itu janji manis yang masih tinggal janji sampai ke hari ini.”

Pakcik nampak tegas. Sebagai bekas usahawan, sudah pasti apa yang diusulkan telah difikir-kan masak-masak dari segenap sudut. Dia tahu apa yang dia mahu dan dia tahu anak-anakn-ya akan sampaikan hajatnya.

“Andai boleh diulang balik masa, agak-agak apa yang pakcik nak ubah dalam hidup pakcik?” aku mengandaikan jawapannya tentu berkisar tentang cara dia mendidik anak-anaknya. Seorang anak yang soleh tidak mungkin terga-mak melepaskan orang tuanya menghabiskan sisa-sisa hayat sendirian tanpa ditemani kaum keluarga.

“Niat pakcik masa muda-muda dulu.” Pantas jawapan itu ke-luar dari mulut pakcik. Seolah-olah persoalan itu telah lama dipendamnya, menunggu masa untuk dizahirkan.

“Niat?” Aku tak faham.

“Ya, dulu niat cuma nak cari harta, nak jadi kaya, nak hidup senang. Niat pun dah tak betul, mana hidup nak berkat.” Pak-cik menerangkan namun masih terasa perlunya pencahayaan lanjut. Bukankah kita semua pun mempunyai niat yang sama?

“Takde niat kerana Allah?” aku cuba meneka jawapannya dan aku yakin aku betul, seratus peratus pasti.

“Ada. Bila orang tanya macam itulah bunyinya. Usaha kerana Allah. Berniaga kerana Allah. Kerja lintang pukang siang malam kerana mencari rezeki Allah.

Cakap pandai. Niat sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sendiri kadang-kadang tak tahu apa niat kita, mana kita letak Allah dalam hidup kita, yang penting ‘mahsyuk’.

Bila dah terbuang macam ini baru kita terfikir, dulu kita lebih dahulu buang Allah dari hidup kita. Barulah padan dengan muka kita.”

Memang terbukti pemikiran orang tua seperti beliau jauh mendalam hikmahnya dan tidak ternilai harganya, bentuk-bentuk pemikiran dari pengalaman hidup sebeginilah barangkali yang dimaksudkan oleh sesetengah ahli fikir yang dikatakan lebih afdhal dari melakukan solat sunat seribu rakaat.

Jika niat tak tepat mana mung-

kin ibadat akan ada berkat, biarpun kuantitinya banyak kualitinya kita tak mungkin dapat.

Masa-masa sunyi namun tidak sepi kami biarkan berlalu dalam renungan tentang erti hidup.“Walau macam mana pun, pakcik bersyukur. Allah tunjukkan pada pakcik semasa pakcik masih hidup. Sekurang-kurangnya masih ada masa untuk pakcik taubat, mengin-safi segala kesilapan yang telah pakcik perbuat . Sisa-sisa usia yang berbaki masih sempat be-ramal. Allah Maha Penyayang. Kalau Allah tak sayang mana mungkin pak cik dapat peluang sebegini.

Berapa ramai orang yang pergi dijemput Ilahi dalam mereka sibuk mengejar dunia. Tak sedar maut mengejar mereka. Allahurobbi.”

Ada terukir senyum diping-gir bibir beliau. Tanda syukur. Nikmat Allah tak mampu kita ukur.

“Maaf Pakcik, ada pelawat mahu bertemu dengan pakcik. Mari saya bawa pakcik ber-jumpa dengan mereka.” Petu-gas rumah orang tua mencelah.

Pakcik nampak hairan.

Petang itu aku berpeluang men-yaksikan satu lagi keajaiban kuasa Allah yang Maha Menga-tur. Pakcik akhirnya menerima kunjungan dari anak-anak serta cucu-cicit beliau.

Aku doakan agar pakcik dapat apa yang dia hajatkan selama ini, peluang kedua untuk ‘hidup’ semula. Amin Ya Rabbal Ala-min.

Sememangnya aku nampak wajah pakcik sungguh gembira, dikala aku berjalan meninggal-kan pakcik bersama keluargan-ya yang menyambutnya dengan penuh kasih sayang, aku melihat jasad lemahnya nampak kembali bertenaga, senyumannya ceria, matanya bercahaya. Pakcik sudah hidup semula.

Tamat

Filem animasi tempatan sudah mula bertapak sejak tertubuhnya Unit Filem Negara pada tahun 1946.Siri animasi tempatan juga mempunyai pengikut yang ramai terutamanya golongan kanak-kanak. Jika suatu ketika dahulu kanak-kanak dan remaja hanya mengetahui watak dan cerita kartun Jepun dan Amerika, Doraemon, Spongebob. Tetapi sekarang mereka tertarik kepada sesuatu yang lebih hampir dengan negara dan kebudayaan mereka. Antara filem animasi yang terawal muncul adalah diantara tahun 1984 hingga 1987 iaitu kisah Sang Kancil & Monyet, kisah Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak.

Dalam Edisi 8 ini, kak Luvleey kongsikan 4 filem animasi yang pernah ditayangkan dan sedang ditayang-kan di pasaran Malaysia. Ya, mungkin anda boleh mengimbau kembali siri animasi yang pernah menjadi kegilaan anda ketika usia kecil.

5 Siri & Filem Animasi Tempatan Pilihan Rakyat Malaysia

Siri animasi Keluang Man disiarkan di kaca televisyen tempatan (RTM) sekitar tahun 1998-2003.Pada tahun 2008, siri animasi ini telah diulang tayang di TV9 Malaysia. Kisah penceritaan disebali kanak muda yang bernama Burhan, iaitu individu disebalik topeng Keluang Man. Bersama-sama pembantunya, Tiongman

yang membantunya menumpaskan musuh negara.

Usop Sontorian adalah antara siri animasi Malaysia yang pertama. Siri animasi ini telah direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh KharismaPictures Sdn. Bhd pada sekitar tahun 1993-1996. Mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto. Usop mempu-nyai beberapa rakan sekampung iaitu Abu, Dol, Ah Kim, Velludan Singh.Filem animasi ini telah mencipta sejarah awal apabila mendapat sambutan luar biasa-

daripada masyarakat Malaysia dan Jepun, iaitu ketika ditayangkan pada Festival Animasi Asia, tahun 1996.

1. Keluang Man

2. Usop Sontorian

Anak-anak Sidek merupakan komik, serta siri animasi yang diterbitkan di Ma-laysia.Komik menceritakan komik biografi keluarga jaguh badminton Negara iaitu keluarga Sidek. Siri animasi ini dimulakan dengan kisah Haji Sidek dengan isterinya sehingga membawa kelahiran Misbun dan adik-adiknya, iaitu Razif (Ajib), Jailani (Alan), Rahman (Aman), Rashid (Adul). Kisah keseluruhan siri animasi ini menceritakan gelagat kenakalan kelima-lima anak lelaki Haji Sidek ini ketika mempelajari sukan badminton sehingga berjaya menempah nama di

persada dunia.

Boboiboy adalah sebuah siri animasi yang diterbitkan oleh syarikat Animon-sta Studios. Berkisar tentang seorang adwira kanak-kanak yang mempunyai kuasa bersama-sama rakannya melindungi bumi daripada ancaman makhluk as-ing. Musim pertama siri Boboiboy disiarkan di TV3 pada Mac 2011. Seterusn-ya musim kedua pada penghujung bulan Mei 2012. Jika siri animasi Upin&Ipin terkenal dengan kata-kata ikutan “betul-betul’, siri Boboiboy pula terkenal

dengan kata-kata ikutan ‘terbaik’.

3. Anak-anak Sidek

4. BoboiBoy

www.komikniaga.com/download


Top Related