Transcript
Page 1: Buletin Jakim Januari 2010

Januari 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 127 • JANUARI 2010 • MUHARRAM - SAFAR 1431 H

QARI DAN QARIAH CILIK TONJOL BAKAT

QARI DAN QARIAH CILIK TONJOL BAKAT

Page 2: Buletin Jakim Januari 2010

2 | Januari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Kandungan

Meja Pengarang

• Multaqa Guru SMAN/SMAR Negeri Kedah 3

• Qari dan Qariah Cilik Tonjol Bakat 4�

• Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarii Bersidang 5

• Simposium Kepimpinan Wanita Hadhari 5

• Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia 6

• Pendakwah Sabah Berhimpun 6

• KP Jakim Bertemu Pegawai Kader di Sabah 7

• Amanat KP Jakim kepada Warga Jakim Sabah 7

• Berita Bergambar 8-9

• Dialong Mahasiswa UKM-Ikmas: Dakwah Multi Etnik 10

• Memantapkan Pensijilan Halal Malaysia 10

• Sampai Bila Kita Harus Bicara; Nafsu Besar, Jiwa Kecil? 11

• TKP (P) Tinjau Projek di Labuan dan Lawas 11

• Konvokesyen Ke-13 Rai Graduan PLD Kudat 12

• Rancangan Realiti TV Kanak-kanak ‘Adik-adikku’ 12

• Korban PKPU Merentasi Negara 13

• Ekspedisi Kasih Aidiladha di Pos Hendrop, Gua Musang 13

• Jakim Berusaha Wujud Dewan Huffaz 14�

• SAR Kampung Baru Penuhi Keperluan Setempat 14�

• Senarai Kenaikan Pangkat, Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai Jakim 15

SIDANG REDAKSI

PENAUNGDato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. HamidTimbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 1 & 4�, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

Keberkesanan sesuatu usaha atau program dakwah bukanlah bergantung pada berapa besar atau grand sesuatu program, namun perlu melihat pada kesesuaian mengikut tahap golongan sasaran. Zaman sekarang jika tertakluk

pada dakwah bil-lisan sahaja, usaha dakwah tidak berkembang dan jumud di takuk lama. Usaha dakwah perlu disesuaikan menggunakan segala medium yang ada di sekeliling dengan mengambil kira demografi sasaran seperti tahap umur, pendidikan, ideologi, bahasa, minat dan sebagainya.

Baru-baru ini Jakim membuat rakaman rancangan realiti untuk kanak-kanak iaitu Adik-adikku, yang disiarkan di TV1 pada awal tahun 2010. Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha dakwah terhadap anak-anak yang sememangnya terdedah kepada hiburan yang sarat di media penyiaran, terutama di kaca televisyen. Program ini mengambil konsep rancangan realiti yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Lantaran itu, rancangan Adik-adik dapat menjadi alternatif program realiti berbentuk Islamik, berbeza dengan program kebanyakan yang lebih menjurus kepada hedonisme dan lagho.

Program seperti ini diharap bukan sahaja sebagai hiburan kepada anak-anak, malah sebagai medium untuk menambah ilmu dan membentuk generasi yang berkualiti. Walaupun program tersebut belum diketahui sambutannya, namun apa yang penting ialah kesannya yang mendalam dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai ibu bapa pula, kita perlulah pandai menyaring dan menyediakan hiburan yang sesuai kepada anak-anak. Teringat pada bait lirik lagu Raihan yang berjudul Mari Berhibur,“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.” Marilah kita menyokong program-program seperti ini.

Dakwah kepaDa kanak-kanak

Page 3: Buletin Jakim Januari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Januari 2010 | 3

Pada 13 hingga 15 November 2009, Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam Jakim telah menganjurkan Multaqa Guru Sekolah Menengah

Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Negeri Kedah Tahun 2009 bertempat di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Baharom (B). Seramai 120 orang guru-guru SMAN/SMAN negeri Kedah telah mengikuti program ini.

Program ini merupakan kesinambungan program multaqa yang diadakan pada siri-siri sebelumnya. Objektif utama program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan isu semasa pendidikan negara khususnya mengenai perkembangan terkini pendidikan Islam, selain daripada memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu pendidikan, pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Multaqa Guru SMaN/SMar NeGeri Kedah

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Jamil Khir menyatakan kerajaan sentiasa memberi perhatian dan komitmen yang tinggi terhadap sistem dan pengurusan pendidikan Islam di negara ini. Sejajar dengan hasrat untuk membangun dan melahirkan modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi, kerajaan telah memperkenalkan program pendaftaran sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat pada tahun 2004 sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah, melengkapkan prasarana, menyediakan bantuan kewangan dan memelihara kebajikan guru serta murid.

Pada masa ini terdapat sebanyak 303 buah Sekolah Menengah Agama seluruh negara iaitu 126 buah SMAN dan 177 buah SMAR. Mengikut statistik terkini bilangan Sekolah Agama Negeri dan Rakyat yang telah berdaftar di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah 139 buah (45.87%) iaitu 60 buah SMAN dan 79 buah SMAR. Hanya 17 buah daripada 2,255 SMAN dan SMAR (0.75%) yang berdaftar di bawah program SABK di seluruh negara.

Page 4: Buletin Jakim Januari 2010

4 | Januari 2010

Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Urus Setia Lepai telah menganjurkan Majlis Tilawah dan Khatam al-Quran Murid-murid KAFA Peringkat Kebangsaan 2009 pada 20 hingga 22

November 2009 bertempat di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.

Seramai 27 peserta telah mengambil bahagian bagi mewakili setiap negeri kecuali Sarawak hanya seorang peserta qari. Program ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid KAFA di peringkat kebangsaan di samping mempamerkan bakat dalam bacaan al-Quran.

Majlis yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan En. Mohd Suhail Najid dari Yayasan Taqwa.

Majlis dimulakan dengan upacara khatam al-Quran beramai-ramai yang disertai seramai 400 murid KAFA mewakili setiap negeri. Majlis tersebut dipimpin oleh para munabbih yang dilantik khas yang juga merupakan jemaah hakim majlis tilawah.

Adik Amir Naufal Mohd Rashid dari Perak telah muncul sebagai juara qari dengan catatan markah sebanyak 80 markah sementara juara qariah pula disandang oleh peserta dari Sabah iaitu adik Nur Fareezah Saharuddin dengan catatan markah sebanyak 79 markah. Kedua-dua mereka memenangi wang tunai RM1,000, piala iringan, set persalinan kain sembahyang bagi qariah dan baju Melayu bagi qari serta sijil penyertaan.

Bagi kategori qari, tempat kedua telah disandang oleh peserta dari Kedah iaitu adik Ibrahim Idham Hj. Suhaimi sementara tempat ketiga dimenangi oleh adik Muhammad Afif Rosly dari Perlis.

Manakala bagi kategori qariah pula, tempat kedua telah disandang oleh peserta dari Johor iaitu adik Ummi Radhwa Mohd Zulkifli dan tempat ketiga adik Nor Azahara Azman dari Kelantan.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Dato’ Dr. Mashitah berharap majlis seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana bakat daripada qari dan qariah dapat dicungkil sejak dari kecil lagi. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini terutama Yayasan Taqwa atas keprihatinan dan bermurah hati menghulurkan sumbangan.

Qari dan Qariah Cilik Tonjol BakaT

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 5: Buletin Jakim Januari 2010

Pada 6 hingga 8 Disember 2009, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan Persidangan

Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarii Seluruh Malaysia kali ke-5 di Everly Resort Hotel, Tanjung Kling, Melaka. Persidangan yang bertemakan “Pencegahan Teras Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah” telah disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri dari seluruh Malaysia.

Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr.

Mashitah Ibrahim pada 7 Disember 2009. Dalam ucapannya, beliau mencadangkan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan dan Pendakwa Syariah bagi tujuan untuk memantap dan memperkasakan agensi penguatkuasaan syariah di negara ini seperti kewujudan Jabatan Mufti negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Dr. Mashitah turut melancarkan Buletin Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka, Datuk Meor Hashimi Abd. Hamid, Ketua Penolong Setiausaha Negeri Melaka, En. Roslan Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang Jakim, Tuan Haji Abdul Latif Ibrahim.

Pegawai Penguat Kuasa agama dan PendaKwa

syarii Bersidang

simPOsium KePimPinan wanita HadHari

Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan Jakim telah menganjurkan Simposium Kepimpinan Wanita Hadhari Peringkat Kebangsaan bertempat

di Hotel Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan pada 23 hingga 25 November 2009. Simposium ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang pegawai kanan wanita dari pelbagai jabatan dan agensi gred 48 dan ke atas.

Objektif utama pelaksanaan simposium ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kaum wanita terhadap fungsi dan peranan mereka sebagai pemimpin dalam organisasi untuk membangunkan negara mengikut bidang tugas dan keupayaan masing-masing. Di samping itu, simposium ini juga bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan wanita dalam aspek pelaksanaan tugas dan amanah serta menjadi role model dalam pengurusan organisasi dan seterusnya untuk memantapkan sahsiah serta memperkukuhkan integriti dalam kehidupan dan tugas seharian.

Simposium ini telah mendapat kerjasama para ilmuwan terkemuka seperti Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof Othman (Institut Islam Hadhari, UKM), Prof. Madya Dr. Arip Kosmo (UKM), Prof. Madya Dr. Halina Halizah Siraj (UKM), Tuan Haji Abdul Rahim Mohd. Noor (MAMPU) dan Ustaz Zamri Shafik (Jakim). Selain daripada ceramah, satu diskusi “Gagasan Satu Malaysia: Konsep dan Penghayatan” turut diadakan dengan dibarisi ahli panel seperti Dato’ Kamilia Ibrahim (Ahli MKI), YB Tuan Japferi Othman (Exco Kerajaan Negeri Perlis) dan Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim (Institut Islam Hadhari, UKM) dan Prof. Madya Datin Noor Aziah Haji Mohd Awal (UKM) sebagai moderator. Perasmian penutup simposium ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Januari 2010 | 5

Page 6: Buletin Jakim Januari 2010

Bertempat di The Puteri Pacific Johor Baru, pada 4 hingga 6 Disember 2009, Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-5 telah diadakan bagi

membincang dan menyelaras isu-isu pengurusan dan pembangunan institusi fatwa supaya ia sentiasa dikemas kini dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Jabatan Mufti Negeri Johor telah menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ini.

Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan pada persidangan kali ini, antaranya mengenai cadangan penstrukturan semula jabatan-jabatan mufti, cadangan penambahbaikan portal e-fatwa dan laman web jabatan-jabatan mufti, draf pelan strategik jabatan-jabatan mufti dan cadangan mengadakan program pendidikan fatwa di negeri-negeri. Hasil daripada pembentangan kertas-kertas kerja tersebut, persidangan telah bersetuju supaya beberapa tindakan segera diambil oleh Jakim dan Jabatan/Pejabat Mufti Negeri bagi meningkat dan memperkasakan pengurusan fatwa.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan telah dihadiri oleh SS Mufti dan Timbalan Mufti Negeri, kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Pengurusan) Jakim, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim dan Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim.

Bersempena dengan persidangan kali ini juga, YTM Tengku Mahkota Johor telah berkenan menerima menghadap ahli persidangan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Selain itu, ahli persidangan juga berpeluang melawat dan mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Operasi Iskandar Regional Development Authority (IRDA) mengenai pembangunan di Wilayah Iskandar Malaysia.

Persidangan muFti-muFti seluruH

malaysia

PendaKwaH saBaH BerHimPun

Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menganjurkan Konvensyen Pendakwah

Negeri Sabah Kali Ke-4 pada 11 hingga 13 November 2009 di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah dengan tema “Ke Arah Membangun Generasi Pewaris Dakwah.”

Ucap Utama konvensyen ini disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan yang bertajuk “Ke Arah Membangun Generasi Pewaris Dakwah.”

Antara pengisian lain termasuklah slot ceramah, pembentangan kertas kerja, forum bertajuk “Dakwah dalam Konsep 1 Malaysia” serta pembentangan resolusi oleh Pengarah Jakim Cawangan Sabah.

Perasmian penutup konvensyen telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Konvensyen kali ini dihadiri oleh seramai 156 orang peserta terdiri daripada pegawai Jakim, JHEAINS, Pegawai Daerah, penggerak dakwah, wakil NGO Islam Sabah, serta aktivis dakwah.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

6 | Januari 2010

Page 7: Buletin Jakim Januari 2010

Majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah Jakim Bersama Warga Jakim Cawangan Sabah telah diadakan pada 19 Oktober 2009 di ibu pejabat Jakim Cawangan Sabah, Kota Kinabalu.

Majlis ramah mesra ini memberi peluang kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz untuk menyampaikan amanat kepada warga Jakim Cawangan Sabah. Dalam ucapan amanatnya, beliau berharap semua warga Jakim Cawangan Sabah menitikberatkan soal itqan (kesungguhan) semasa melaksanakan program. Beliau turut memperingatkan fokus Jakim Cawangan Sabah di Negeri Bawah Bayu ini adalah untuk melahirkan kader serta melaksanakan program-program pengajian dan latihan. Sehubungan itu, empat buah institusi di bawah Jakim Cawangan Sabah iaitu Pusat Latihan Islam Kundasang, Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Pusat Latihan Dakwah Kudat dan Pusat Latihan Dakwah Keningau perlu diperkasakan.

“Kerja kita umpama pendakwah, perlu banyak berkorban apabila melaksanakan program. Keseluruhan masa dikorbankan untuk kerja dakwah. Jika kita letak diri kita sebagai pendakwah, kita akan berasa seronok apabila membuat kerja,” ujar beliau. Dato’ Haji Wan Mohamad juga menyentuh kerjasama pintar yang perlu dilakukan oleh Jakim Cawangan Sabah melalui hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Penyelidikan Jakim, Tuan Haji Razali Haji Shahabudin, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Aziz bin Haji Mohamad, pengetua-pengetua pusat latihan dan kakitangan Jakim Cawangan Sabah.

Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan majlis ramah mesra Ketua Pengarah Jakim bersama pegawai kader Jakim di Sabah dan Labuan pada 18 Oktober 2009 bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan Sabah. Majlis perjumpaan ini merupakan salah satu program bersempena lawatan kerja Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz ke Sabah.

Dalam ucapan amanat Dato’ Haji Wan Mohamad, beliau berharap semua pegawai kader Jakim dapat menjalankan tugas dan amanah. Dalam perjumpaan itu juga, pegawai kader berpeluang untuk berdialog bersama Dato’ Haji Wan Mohamad.

Seramai 43 orang pegawai kader Jakim yang bertugas di Sabah dan Labuan telah menghadiri perjumpaan tersebut. Mereka merupakan pegawai kader Jakim yang bertugas di Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) PDRM, Taman Seri Puteri, Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu dan Sekolah Tunas Bakti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah. Majlis turut dihadiri oleh 23 orang penggerak dakwah dan 34 orang Penyelia KAFA di Sabah.

Majlis perjumpaan tersebut turut disertakan dengan Taklimat Perkhidmatan dan Kerjaya oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesuma Jakim merangkap Exco Perkhidmatan dan Kerjaya, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Ustaz Zakuan Sawai, dan Taklimat Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Format Baru oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jakim, Puan Siti Nor Minu. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Pengarah Bahagian Latihan Jakim, Puan Hajjah Pauzaiyah Haron, dan Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Aziz Haji Mohamad.

KP JaKim Bertemu Pegawai Kader di saBaH

amanat KP JaKim KePada warga JaKim saBaH

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Januari 2010 | 7

Page 8: Buletin Jakim Januari 2010

Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), dan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Manchong telah mengadakan Program Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha di KOA Bukit Manchong, Hulu Selangor pada 26 dan 27 November 2009.

Pada 15 hingga 17 November 2009, Jakim telah menganjurkan Persidangan Ketua Pendaftar, Nikah Cerai dan Rujuk (NCR) Seluruh Malaysia Kali Ke-21 bertempat di Hotel Renaissance, Melaka.

Kursus Asas PHEI Siri 10 dan 11/2009 telah diadakan pada 29 Oktober dan 8 hingga 14 November 2009 bertempat di Pusat Pemantapan Akidah (PPA), Jelebu.

Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam Jakim dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengadakan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pengetua SMAN/SMAR 2009 pada 1 hingga 13 November 2009 di IAB, Kementerian Pelajaran, Sri Layang Genting Highlands, Pahang.

Kursus Asas Ilmu Tarannum untuk Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awan dan Swasta Tahun 1430H/2009 telah diadakan di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan bermula 16 hingga 19 November 2009.

Lawatan 1Malaysia dari Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Cheras ke Jakim telah diadakan pada 14 November 2009.

Jakim dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri dan Islamic Outreach ABIM telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Garis Panduan Pelancongan Masjid di Hotel Selesa, Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 4 hingga 6 November 2009.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERITA BERGAmBAR

8 | Januari 2010

Page 9: Buletin Jakim Januari 2010

Bahagian Penyelidikan Jakim dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Bengkel Pemantauan Laman Web Berunsur Islam buat kali pertama pada 15 hingga 17 November 2009 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Bengkel Pemurnian Soal Jawab Agama Internet (SJAI) Bil 2/2009 yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jakim telah diadakan pada 4 hingga 6 November 2009, di De Rhu Beach Resort, Beserah, Kuantan.

Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu dengan kerjasama SMK Senaling dan SMK Tunku Kursiah Kuala Pilah telah menganjurkan Kursus Pemantapan Akidah pada 10 hingga 12 November yang dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar tingkatan 3 dan 4.

Pada 7 November 2009 rombongan Jakim Cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (Sahabat), telah mengadakan lawatan ke kelas pengajian Teratak Fitrah, Likas, Kota Kinabalu.

Pada 9 November hingga 20 November 2009, Bahagian Dakwah Jakim telah mengadakan Kursus Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Ambilan Ketiga Tahun 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Jabatan Mufti Seluruh Malaysia anjuran Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim telah diadakan pada 22 hingga 24 November 2009 di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Bahagian Dakwah Jakim dengan Puspanita Jakim telah menganjurkan Program Ziarah Ukhuwah Bersama Pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Putrajaya pada 12 November 2009 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Putrajaya.

BERITA BERGAmBAR

Januari 2010 | 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 10: Buletin Jakim Januari 2010

Bertempat di Dewan Kenyalang, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) pada 17 November 2009, telah berlangsung Program Dialog Mahasiswa UKM-

Ikmas yang membincangkan tajuk “Dakwah Multi Etnik.”

Majlis dihadiri oleh Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham, Pengetua Ikmas, Ustaz Hamdan Jar’ee, Penolong Pengarah Kanan Jakim Cawangan Sarawak, Ustazah Norhayati Jaffri, para pensyarah UKM dan Ikmas, serta pelajar UKM dan Ikmas.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk bertukar-tukar fikiran di kalangan mahasiswa UKM dan Ikmas mengenai penyampaian dakwah multi etnik di Malaysia khususnya di Bumi Kenyalang.

dialOg maHasiswa uKm-iKmas: daKwaH multi etniK

Isu pensijilan halal Malaysia menjadi fokus utama yang dibincangkan dalam Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang diadakan

pada 8 hingga 10 November 2009 di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Antara isu diutarakan ialah laporan kajian audit terhadap pengurusan KAFA dan pengurusan imbuhan elaun imam

memantaPKan PensiJilan Halal malaysia

di seluruh Malaysia. Penelitian terhadap isu-isu yang dibangkitkan antara ahli persidangan adalah penting dalam mencapai kata sepakat supaya pengurusan hal ehwal Islam dapat dilaksanakan dengan lebih telus dan cekap.

Perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Said. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Khazan Che Mat. Persidangan ini dihadiri oleh Ketua-ketua Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri, ketua-ketua agensi seperti Biro Bantuan Guaman, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yadim, Jawhar, JPP Kelantan, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, KAGAT, Baka PDRM serta pegawai-pegawai kanan Jakim.

Ahli persidangan juga telah dibawa melawat ke Muassasah ar-Rahnu yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan ILIM Wilayah Timur di Besut, Terengganu.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

10 | Januari 2010

Page 11: Buletin Jakim Januari 2010

Pada 14 November 2009, Jakim dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertempat di Padang

Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sesi rakaman forum diadakan sebanyak dua sesi, dimulakan dengan tajuk pertama “Sampai Bila Kita Harus Bicara” yang mengupas mengenai isu kegawatan permasalahan sosial dalam masyarakat yang semakin berleluasa. Barisan ahli panel terdiri Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof. Adeeba Kamarulzaman, Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Tn. Hj. Azmi Abdul Hamid, artis dan perunding motivasi, Dr. Fazley Yaakob, serta Pengerusi Forum, Ustaz Mizra Hilmi Abu Bakar (AADK).

Sesi kedua pula bertajuk “Nafsu Besar, Jiwa Kecil?” dibarisi oleh tiga ahli panel iaitu Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, Dato’ Kamilia Dato’ Ibrahim, Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (International Syariah Research Academy For Islamic Finance) dan Ustaz Mohd Ajib Ismail (Jakim). Sesi ini membicarakan usaha masyarakat yang tidak seberapa dalam mencapai suatu matlamat walaupun kehendak serta semangat sentiasa berkobar-kobar, ditambah lagi dengan peluang dan galakan yang ada di mana-mana.

Forum yang dirakamkan ini disiarkan di TV1 pada awal bulan Disember 2009 dan awal Januari 2010. Perkongsian kepakaran yang terjalin antara semua pihak diharap dapat diperluaskan dalam usaha menangani permasalahan sosial dan perpecahan masyarakat.

samPai Bila Kita Harus Bicara; naFsu Besar, Jiwa Kecil?

Pada 5 hingga 7 November 2009, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan beberapa orang pegawai Jakim telah mengadakan lawatan kerja ke

beberapa buah projek di sekitar Labuan dan Lawas. Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk memantau projek pembangunan Jakim, melihat dengan lebih dekat status fizikal terkini projek tersebut serta mengenal pasti masalah yang dihadapi di tapak projek.Semasa di Labuan, terdapat tiga buah projek dalam pembinaan dan tujuh lokasi cadangan projek Jakim dan Jawi di Labuan telah dilawati. Antara projek dalam pembinaan ialah Masjid Sungai Labu, Masjid Durian Tunjong, dan Surau Kiamsang, manakala projek yang dicadangkan oleh Jawi Labuan ialah Masjid, SRA dan SMA Sungai Berdaun, menyewakan kawasan tanah perkuburan Islam yang kosong kepada penduduk tempatan, menambah bangunan di Masjid Layang Layangan, pembangunan Kompleks Islam di Tg. Taras, pembaikan cerun runtuh di tanah perkuburan Islam Tg. Keramat, kerja naik taraf Masjid An-Nur, dan tambahan ruang pejabat di Jawi Labuan.Pada 6 November 2009 peserta lawatan telah melawat projek pembinaan Pusat Latihan Islam Lawas, Sarawak. Keesokannya pula, rombongan menuju ke destinasi terakhir lawatan ini iaitu Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas), di Telaga Air.

TKP(P) Tinjau ProjeK di Labuan dan Lawas

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Januari 2010 | 11

Page 12: Buletin Jakim Januari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Pada 8 Disember 2009, satu program ramah mesra telah diadakan oleh Bahagian Media Elektronik (MEP) Jakim antara Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz bersama peserta

Rancangan Realiti TV Kanak-kanak ‘Adik-Adikku’ di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Rancangan Realiti TV ini merupakan rancangan televisyen yang akan diterbitkan oleh Bahagian MEP dengan kerjasama RTM. Seramai 20 orang peserta telah dipilih daripada ratusan kanak-kanak seluruh Malaysia. Kesemua peserta ini

akan menjalani sebuah program rakaman selama hampir satu bulan bermula 29 November 2009 sehingga 23 Disember 2009. Pertandingan akhir pula dijadualkan ditayangkan secara langsung pada 25 Februari 2010.

Turut hadir pada malam ramah mesra tersebut ialah Encik Farihin Abdul Fatah, Rais (Ketua) Rancangan Realiti Adik-adikku, murabbi-murabbi terdiri daripada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Haji Farid Ravi Abdullah, Ustaz Haji Mohd. Zamri Zainuldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Dato’ Haji Wan Mohamad dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta program yang telah berjaya dalam uji bakat yang telah bersaing dengan ratusan peserta lain untuk sampai ke peringkat ini.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan daripada para peserta. Lebih menggamatkan majlis apabila Dato’ Haji Wan Mohamad sempat berbalas pantun dengan peserta secara spontan.

Rancangan realiti ini bukan diterbitkan sekadar sebagai hiburan kepada para peserta ini, namun sebagai alternatif sebagai santapan rohani agar dapat membentuk generasi kanak-kanak yang berilmu dan berwawasan.

Pada 14 November 2009, Majlis Konvokesyen Kali Ke-13 Pusat Latihan Dakwah (PLD) Kudat Sesi 2009 telah diserikan dengan kehadiran Ketua

Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Majlis Konvokesyen ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan atas kejayaan pelatih yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pengajian Islam dan Dakwah.

Enam orang pelatih telah dipilih untuk menerima anugerah iaitu Anugerah Ketua Pengarah diterima oleh

rancangan realiti tV KanaK-KanaK ‘adiK-adiKKu’

Mohamad Faizal Mohamad Yunos, Anugerah Pengarah diterima oleh Saroja Khanay dan Nurul Husnah Ismail, Anugerah Khas Saudara baru kepada En. Batahong @ Bakri Abdullah berdasarkan komitmen yang ditunjukkan pelatih berkenaan sepanjang pengajian. En. Batahong merupakan mantan pengkhutbah di gereja SDA. Di samping itu, Anugerah Pengetua diterima oleh Mohd Firdaus Selamah dan Sarmilah Mahallan. Setiap penerima menerima sijil, wang tunai berserta hadiah iringan.

KonvoKesyen Ke-13 Rai GRaduan PLd Kudat

12 | Januari 2010

Page 13: Buletin Jakim Januari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Buat pertama kalinya, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JPM berjaya mengadakan program ibadah korban sempena

Aidiladha merentasi negara. Program yang dinamakan Ekspedisi Kasih dan Korban ke Kemboja ini berlangsung pada 29 November hingga 2 Disember 2009.

Program ini mendapat kerjasama dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia, sebuah NGO yang bernaung di bawah ABIM dan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) iaitu sebuah NGO yang bergerak aktif membantu masyarakat Islam di Kemboja. Ekspedisi ini disertai seramai 24 orang rombongan dari PKPU, tiga orang mewakili GPM dan diketuai oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz merangkap Penasihat PKPU.

Program ini merupakan projek percubaan untuk PKPU meninjau sendiri aktiviti ibadah korban yang dilaksanakan untuk membantu masyarakat Islam di Kemboja. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang ekspedisi ini termasuk majlis korban bersama penduduk di beberapa buah kampung terpilih seperti di Kampung Thom, Kampung Chnang dan lain-lain.

Selain itu ahli ekspedisi sempat juga mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mufti Kemboja dan Kedutaan Malaysia di Kemboja. Peluang ini turut diambil dengan mengadakan majlis silaturahim dan dialog bersama NGO Islam di Kemboja. Ahli ekspedisi turut menziarahi beberapa buah masjid dan sekolah agama di Kemboja dan melihat sendiri sistem pendidikan masyarakat Islam di sana.

Ekspedisi empat hari tersebut memberi pengalaman baru yang diperoleh di samping melihat nasib saudara seagama yang hidup di negara minoriti umat Islam dan kesan-kesan daripada kekejaman rejim Pol Pot di Kemboja. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

KOrBan PKPu merentasi negara

eKsPedisi KasiH aidiladHa di POs

HendrOP, gua musang

Program Ekspedisi Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan

program yang dirancang untuk dijadikan sebagai program tahunan Bahagian Dakwah Jakim telah diadakan pada 28 November 2009. Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Agama Islam Daerah Gua Musang, Tok Batin serta agensi-agensi lain.

Program ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli tentang sejarah ibadat korban serta memupuk semangat bekerjasama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam ibadat korban. Selain itu, melalui program ini, pendedahan dan kefahaman yang lebih luas dan menyeluruh tentang kesyumulan ajaran Islam dapat diberi secara teori dan praktikal.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, dan turut dihadiri kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Pengurusan)

Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan En. Mohd Noor Abd Hamid. Pada hari itu, enam ekor lembu telah dikorbankan dan yang paling membanggakan ialah, seramai 141 orang termasuk seorang penghulu telah memeluk Islam. Majlis pengislaman dan sumbangan telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Wan Mohamad.

Januari 2010 | 13

Page 14: Buletin Jakim Januari 2010

Darul Quran Jakim telah menganjurkan Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009 di De Rhu Resort, Balok bermula 23 hingga 25

November lalu. Konvensyen yang merupakan forum tahunan bagi menghimpunkan pensyarah tahfiz al-Quran seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha.

Turut hadir ialah Pengarah Darul Quran, Ustaz Che Ibrahim Che Man, Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Ustazah Zawanah Muhammad dan pengetua-pengetua maahad tahfiz al-Quran negeri dan swasta. Konvensyen yang bertemakan “Wahdah Huffaz Penjana Kecemerlangan Ummah” ini disertai oleh 70 peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah maahad tahfiz negeri dan swasta.

Dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Othman menekankan kepentingan penyatuan antara penghafal al-Quran di negara ini bagi memperkasa dan mempertingkatkan profesionalisme para huffaz. Menurut beliau lagi, masanya telah tiba untuk mewujudkan suatu platform bagi menghimpunkan para huffaz, seterusnya memberi sumbangan besar dalam memartabatkan al-Quran di negara kita.

Beliau menambah, bagi tujuan penyatuan tersebut, Jakim sedang giat berusaha merealisasikan cadangan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mewujudkan Dewan Huffaz yang berperanan untuk mengangkat martabat para huffaz al-Quran. Dengan adanya Dewan Huffaz ini, ia dapat menjadi sumber rujukan utama pihak kerajaan dan institusi pengajian bagi memberi pandangan tentang isu-

JaKim BerusaHa wuJud dewan HuFFaz

Berikutan pertambahan penduduk dan pembangunan yang pesat di tengah Kuala Lumpur, pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jalan Raja Muda

Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur dilihat dapat memenuhi keperluan para pelajar yang semakin bertambah. Pada asalnya, bangunan sekolah ini mempunyai lima blok bangunan setingkat berdinding papan, namun semuanya berwajah baru. Bangunan baru sekolah ini mempunyai dua blok bangunan empat tingkat, satu rumah wakaf, pondok pengawal, bangsal dan rumah sampah.

Majlis Penyerahan SRA ini telah diadakan pada 4 Disember 2009 di dewan sekolah tersebut. Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

sar KamPung baru Penuhi KePerLuan seTemPaTJakim, En. Mohd Noor Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) JKR Kuala Lumpur, En. Mohd Azmi Che Kob, Ketua Penolong Pengarah Jawi,

En. Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman, pegawai-pegawai Jakim, dan guru-guru sekolah tersebut. Majlis penyerahan disempurnakan oleh pihak JKR kepada Jakim seterusnya penyerahan daripada pihak Jakim kepada Jawi sebagai end user.

Projek pembinaan sekolah yang menelan kos RM 4 juta ini bermula pada 26 Julai 2007 dan disiapkan oleh kontraktor utama iaitu DSM Super Services

Sdn. Bhd. pada 7 Julai 2009. Projek ini merupakan salah satu projek di bawah RMK-9.

isu yang berkaitan dengan al-Quran. Konvensyen ini telah diisi dengan beberapa pembentangan dan beberapa resolusi penting telah diputuskan pada akhir konvensyen.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

14 | Januari 2010

Page 15: Buletin Jakim Januari 2010

biL. nama Pegawai gred dari Ke TariKh KuaT Kuasa

1 NORIAH BINTI ISMAIL S52 PEMBANGUNAN INSAN HAB HALAL 16.12.20092 DR. NORDIN BIN AHMAD S48 KESUMA PEMBANGUNAN INSAN 1.12.20093 AHMAD ZAKY BIN MD ALI S44 PENYELIDIKAN HAB HALAL 16.12.20094 MAHAYUDDIN BIN ABU BAKAR S44 PENYELIDIKAN HAB HALAL 16.12.20095 AISHAH BINTI ABDUL MAJID S48 PEMBANGUNAN INSAN KESUMA 1.12.20096 KHAIRULJANNAH BINTI ABDULLAH S44 JAWI KESUMA 1.12.20097 MARZUKI BIN HASSAN S44 CBBP PUU 7.12.20098 SITI RAHMANIAH BINTI BACHOK S44 JAWI JAIN MELAKA 16.12.20099 MUHAMMAD NAIM BIN MOHD AZIZ S41 INFRA HAB HALAL 16.12.2009

10 MOHD ARIF BIN ABD SAMAD S41 DAKWAH INFRA 16.12.2009

11 DR. MOHAMAD ZAIN BIN DOLAH S41 KPDN & KEPENGGUNAAN ILIM 14.12.2009

12 ROSNAH BINTI ISMAIL S41 PERHUBUNGAN HAB HALAL 16.12.200913 HASLIZAWATI BINTI RAMLI S41 LEPAI HAB HALAL 16.12.200914 KHAIRUNNISA’ BINTI YUSOF S41 LEPAI HAB HALAL 16.12.200915 NIK MOHD NASRUN BIN NIK ABDULLAH S41 LEPAI HAB HALAL 16.12.200916 RUZITA BINTI MOKHTAR S41 LEPAI HAB HALAL 16.12.200917 AMALUDIN BIN DOLAH S41 DAKWAH KEM. BELIA & SUKAN 16.12.200918 MAZLINA BINTI JALANI S41 PPUU HAB HALAL 16.12.200919 MOHD NIZAM BIN MOHD NOR S41 PENYELIDIKAN KDN 16.12.200920 RADIHAN BIN SAARI S41 PENERBITAN PENYELIDIKAN 1.12.200921 SYARIAH BINTI YSTIM MUSTAFA S41 JAWI HAB HALAL 1.12.200922 SHAHRIL AZWAN BIN HUSSIN S41 PENYELIDIKAN KDN 1.12.200923 ABDUL HALIM BIN DAUD S41 KDN PENYELIDIKAN 1.12.200924 MAZIDAH BINTI ARIPIN S32 HADHARI HAB HALAL 16.12.200925 AZMI BIN MUDA S27 DAKWAH KESUMA 16.12.200926 FAIZAH BINTI AHMAD AKHIRI S27 DAKWAH DARUL QURAN 16.12.200927 MOHD FADZLAH BINTI ABD RASHID S27 DARUL QURAN PDRM 16.12.200928 MUHAMAD BADRI BIN RAMLI S27 RELA JAWI 16.12.200929 KAMARIAH BINTI ZAKARIA S26 ILIM HAB HALAL 16.12.200930 SUHAIMI BIN AB. RAHMAN S17 KESUMA JPP KELANTAN 16.12.200931 SITI FAUZIAH BINTI NGADEMAN S17 PERHUBUNGAN HAB HALAL 16.12.200932 HASYIR BIN ROSLY S17 JAWI MASJID TUANKU MIZAN 16.12.2009

senarai KenaiKan PangKat, PertuKaran dan lantiKan Baru Pegawai JaKim disemBer 2009

PenemPaTan dan PerTuKaran Pegawai haL ehwaL isLam

PenemPaTan dan PerTuKaran Pegawai guna sama

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

biL nama Pegawai gred dari Ke TariKh KuaT Kuasa

1 HARDIANA BINTI HALIPAH C41 BARU HAB HALAL 16.12.20092 SITI AYISAH BINTI SURIF C41 BARU HAB HALAL 10.12.2009

3 NUR ILUNI HAYATI BINTI MOHD NOR AZMAN C41 BARU HAB HALAL 10.12.2009

4 MAZIZAH BINTI AHAMAD SHAPAWI C41 JAB. KIMIA HAB HALAL 10.12.20095 MOHD ASHRAF BIN ABDUL MALIK M41 ILIM HAB HALAL 16.12.20096 WAN FAUZIAH BINTI WAN HUSAIN F29 POLITEKNIK, KELANTAN MASJID NEGARA 14.12.20097 MOHD HAFIZI BIN MOHD NASIR N1 DARUL QURAN HAB HALAL 17.12.20098 FATHIAH BINTI MOHAMAD LAJIS PT N17 BARU HAB HALAL 14.12.2009

9 FARRAH SHAZWANI BINTI CHE HAMID PT N17 BARU FATWA 14.12.2009

10 MOHD NUZUL HIQMI BIN SAIM R3 BARU DARUL QURAN 2.12.200911 MOHD YUSOF BIN SALIM N27 BARU MASJID TUANKU MIZAN 1.12.2009

Januari 2010 | 15

Page 16: Buletin Jakim Januari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Tajuk : Koleksi Artikel Kesihatan Cahaya

Penerbit : Jakim

Tahun Terbitan : 2009

Harga : Percuma

Bilangan muka surat : 149

Sinopsis :Koleksi Artikel Kesihatan Cahaya memuatkan himpunan 28 artikel terpilih ruangan kesihatan dalam Majalah Cahaya yang diterbitkan oleh Jakim dua bulan sekali. Artikel-artikel ini ditulis oleh panel penulis dan juga sumbangan para pembaca. Pelbagai aspek disentuh dalam koleksi artikel ini bagi memberi panduan dan penjelasan untuk kesihatan yang lebih baik.

BUKU BAHARU JAKIM

Dapatkannya segera secara PERCUMA* di:Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 1, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.Tel : 03-8886 4575

*Sementara stok masih ada.


Top Related