Transcript
Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: REKACIPTA SELUAR DENGAN BEBANAN UNTUK

MENINGKATKAN KEKUATAN OTOT KAKI.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya, SHAREL IZUWAR BIN ISMAIL ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di

perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

√ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh

TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap: D/A KEDAI BURHAN, PM. DR. HJ. ABD. HAFIDZ HJ. OMAR KAMPUNG KELAWEH, 18500 MACHANG, KELANTAN. Tarikh : 20 APRIL 2006 Tarikh : 20 APRIL 2006

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : PM. DR. HJ. ABDUL HAFIDZ BIN HJ. OMAR

Tarikh : APRIL, 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

ii

REKACIPTA SELUAR DENGAN BEBANAN UNTUK MENINGKATKAN

KEKUATAN OTOT KAKI

SHAREL IZUWAR BIN ISMAIL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : SHAREL IZUWAR BIN ISMAIL

Tarikh : APRIL, 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

iv

DEDIKASI

Buat Bonda dan Ayahanda serta Keluarga yang Tersayang,

Ismail Bin Muhammad & Khadijah Binti Hussain

Shahrulnizam Bin Ismail & Norma Binti Hanapi

Zamzuri Bin Ismail & Suzana Binti Mohamad

Alinawati Binti Ismail & Wan Zulkarnain Iskandariah

Norazli Bin Isamail & Marini Binti Abdullah

Norafizi Bin Ismail

Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee

Mohd Izrul Bin Ismail

Serta Istimewa Buat

Zuryana Binti Che Yahya

Dan

Rakan-rakan seperjuangan sekalian yang telah lima tahun bersama-sama

(Hafiz Halim, Fidzamil Basaruddin, Izwanuddin Yahaya, Azizul Aziz, Farizal

Faudzi, Ibrahim Hj Azman, Zawahir Mad Tahir, Abd Hafiz Muhammad)

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

v

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim....................................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang. Alhamdulillah,

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat penyelidik

menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah

Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM terutamanya buat pensyarah pembimbing

PM. Dr. Hj. Abdul Hafidz Bin Hj. Omar di atas bimbingan, tunjuk ajar dan galakan

tanpa jemu yang diberikan sepanjang proses penyelidikan ini.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan buat Dr. Zainal Abidin Bin

Zainuddin kerana turut sudi meluangkan masa membantu dalam proses penyelidikan

ini.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar lelaki Sains

Sukan, UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penulis

terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan tahun 5 SPS, semoga segala apa yang

kita lalui bersama ini menjadikan kita lebih matang dalam menghadapi hari yang

mendatang. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan kalian.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa tersayang serta adik

beradik yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan tanpa jemu di saat suka

atau duka.

Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian......Insyaallah

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

vi

ABSTRAK

Kekuatan otot kaki sangat penting dalam semua jenis sukan kerana kekuatan

otot ini akan membantu atlet mencapai prestasi yang lebih baik. Kajian ini

merekacipta seluar yang dilengkapi dengan bebanan untuk tujuan latihan. Kajian

eksperimental seterusnya dijalankan untuk menguji kesan penggunaan seluar tersebut

dalam membina kekuatan maksimum otot kaki. Ujian pre dan pos digunakan untuk

menguji keberkesanan seluar setelah menjalani 4 minggu latihan. Seramai 6 orang

pelajar lelaki tahun 5 Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah

dipilih sebagai subjek kajian. Ujian kekuatan otot pra dan pos dijalankan dengan

menggunakan sistem HELMAS bagi ujian vertical jump dan alat multigym bagi

ujian leg press. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for

Social Science version 11.0 (SPSS 11.0). ’Paired Sampled T-Test’ dengan aras

signifikan yang telah ditetapkan ialah p<0.05. Hasil daripada penganalisaan data,

didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos selepas

melakukan latihan bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian

vertical jump p = 0.01 (p = 0.02) dan ujian leg press p = 0.02 (p = 0.04).

Perbandingan antara kumpulan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam

ujian vertical jump p = 0.01 sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi

ujian leg press p = 0.22. Ini menunjukkan bahawa alat yang di cipta oleh penyelidik

berpotensi untuk meningkatkan kekuatan eksplosif otot kaki tetapi tidak

meningkatkan kekuatan keseluruhan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

vii

ABSTRACT

Lower limb muscle’s strength is essential in all sports as maximal muscle

strength will assist the athletes to perform better. This research designed a long pant

with weight for training purpose. Experimental test were applied to test the

advantages of using this pant in developing maximal leg strength. Pre and post test

were used to measure the effects of using the pant following 4 weeks training. 6

Sports Science students from Faculty of Education, UTM, Skudai, Johor were

chosen as subjects for this study. Pre and post test were conducted using vertical

jump and leg press in HELMAS system and multigym respectively. Data were then

analyzed using Statistical Packages for Social Science software version 11.0 (SPSS

11.0). ’Paired Sampled T-Test’ was conducted with probability set at p<0.05. Results

from data analysis showed a significant difference between pre and post test

following training for both experimental and control groups in vertical jump p = 0.01

(p = 0.02) and leg press p = 0.02 (p = 0.04). Comparison between groups found there

are significant difference in vertical jump test p = 0.01 whereas there are no

significant difference in leg press test p = 0.22. These results indicate that designed

pant is potentially increase explosive power but not beneficial in overall strength.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

Pengakuan Penyelia i

Judul ii

Pengakuan Penulis iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Senarai Lampiran xi

Senarai Rajah xii

Senarai Jadual xiii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Kepentingan Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Limitasi Kajian 11

1.7 Delimitasi Kajian 12

1.8 Definisi Operasional 12

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

ix

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian Berkaitan 17

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Kaedah Penyelidikan 29

3.3 Populasi Dan Persampelan 29

3.4 Instrumen Kajian 31

3.5 Prosedur Kajian 32

3.6 Rekabentuk Kajian 38

3.7 Pembolehubah Kajian 39

3.8 Pngumpulan Data 41

3.9 Penganalisaan Data 41

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Diskriptif 43

4.3 Analisis Inferensi 56

4.4 Penutup 61

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

x

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan 61

5.3 Masalah-Masalah Yang

Dihadapi 66

5.4 Kesimpulan 66

5.5 Cadangan 68

5.6 Rumusan 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN A - H 75

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

xi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Rekod kesihatan dan kecergasan diri 75

B Garis panduan pemilihan subjek mengikut 76

kategori A ( ACSM, 1980 )

C Surat perlantikkan subjek 77

D Surat perjanjian 78

E Borang skor ujian individu 79

F Jadual waktu latihan bebanan 12 sesi 80

G Analisis ujian-t 82

H Ganbar Alat Rekacipta 88

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratus berat subjek 44

4.2 Peratus tinggi subjek 45

4.3 Peratus umur subjek 46

4.4 Perbandingan Skor Min Ujian Pra 49

Dan Ujian Pos Subjek Kumpulan A

(tanpa alat reka cipta) dan Subjek

Kumpulan B (dengan alat reka cipta)

Bagi Ujian Vertical Jump

4.5 Perbandingan Skor Ujian Pra Dan 51

Ujian Pos Subjek Kumpulan A

(tanpa alat reka cipta) dan Subjek

Kumpulan B (dengan alat reka cipta)

Bagi Ujian Vertical Jump

4.6 Perbandingan Skor Min Ujian Pra Dan 54

Ujian Pos Subjek Kumpulan A

(tanpa alat reka cipta) dan Subjek

Kumpulan B (dengan alat reka cipta)

Bagi Ujian Leg Press.

4.7 Perbandingan Skor Ujian Pra Dan 56

Ujian Pos Subjek Kumpulan A

(tanpa alat reka cipta) dan Subjek

Kumpulan B (dengan alat reka cipta)

Bagi Ujian Leg Press.

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 Taburan bilangan subjek 43

mengikut berat badan

4.2.2 Taburan bilangan subjek 44

mengikut ketinggian

4.2.3 Taburan bilangan subjek 46

mengikut umur

4.2.4 Ketinggian lompatan ujian 47

Vertical Jump untuk ujian pra

bagi kumpulan A dan kumpulan B.

4.2.5 Ketinggian lompatan bagi ujian 48

Vertical Jump untuk ujian pos

bagi kumpulan A dan Kumpulan B

4.2.6 Perbandingan ujian pra dan ujian pos 50

subjek bagi ujian Vertical Jump

4.2.7 Kekerapan lakuan menolak beban semasa 51

ujian Leg Press untuk ujian pra

bagi kumpulan A dan kumpulan B

4.2.8 Kekerapan lakuan menolak beban semasa 53

ujian Leg Press untuk ujian pos

bagi kumpulan A dan kumpulan B

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

xiv

4.2.9 Perbandingan ujian pra dan ujian pos 55

Subjek bagi ujian Leg Press

4.3.1.1 Subjek yang berlari tanpa menggunakan 57

seluar dengan bebanan bagi ujian Vertical Jump,

p = 0.020, signifikan pada aras 0.05.

4.3.1.2 Subjek yang berlari menggunakan 57

seluar dengan bebanan bagi ujian Vertical Jump,

p = 0.013, signifikan pada aras 0.05

4.3.2.1 Subjek yang berlari tanpa menggunakan 58

seluar dengan bebanan bagi ujian Leg Press,

p = 0.038, signifikan pada aras 0.05

4.3.2.2 Subjek yang berlari menggunakan seluar 59

dengan bebanan bagi ujian Leg Press,

p = 0.015, signifikan pada aras 0.05.

4.3.3.1 Perbandingan antara kumpulan A dan 59

Kumpulan B bagi ujian Vertical Jump,

p =0.010, signifikan pada aras 0.05.

4.3.3.2 Perbandingan antara kumpulan A dan 60

kumpulan B bagi ujian Leg Press,

p = 0.225, signifikan pada aras 0.05

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan sukan kebanyakannya dikaitkan dengan kemajuan sains sukan

yang mana dapat membantu meningkatkan prestasi atlet dan persembahan pasukan.

Kemajuan ini juga dapat membantu persediaan atlet untuk menghadapi sesuatu

pertandingan. Persediaan yang terperinci ini akan menentukan sama ada atlet

berkenaan akan berjaya atau tidak. Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr

Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa sukan merupakan salah satu cara

untuk memperkenalkan negara ke peringkat antarabangsa. Perkembangan sains

sukan juga dapat merealisasikan impian bekas Perdana Menteri Malaysia itu untuk

memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa, dan ini telah terbukti melalui

beberapa acara sukan seperti badminton, hoki dan skuasy. Penubuhan Majlis Sukan

Negara yang juga bertindak sebagai satu institusi yang dapat membantu atlet

berkembang dari segi mental dan fizikal merupakan satu langkah awal untuk

memajukan sukan negara kita.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

2

Justeru itu, perkembangan dalam sains sukan perlu digunakan dengan

sebetulnya agar dapat membantu atlet dari segi persediaan mental dan fizikal. Selain

itu, perkembangan sains sukan telah banyak merombak dan mengubah sukan dari

segi peraturan, pakaian, alatan untuk latihan dan bentuk fizikal atlet. Dari segi

fizikal, dapat dilihat bahawa perubahan bentuk badan dari zaman dahulu dan zaman

moden. Otot-otot dikembangkan mengikut bidang sukan yang diceburi. Contohnya

sukan bola sepak, bola tampar, serta sukan-sukan yang memerlukan kekuatan kaki

secara keseluruhannya, otot gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring

adalah sebahagian daripada otot-otot yang perlu diberikan penekanan khusus.

Untuk melahirkan atlet-atlet yang akan menggegarkan dunia sukan tanah air

mahupun antarabangsa, atlet-atlet ini perlu menjalani corak latihan yang sistematik

dan teratur. Latihan-latihan ini perlu diberi mengikut kesesuaian atlet agar tidak

merosakkan struktur fizikal atlet mahupun mencederakannya. Latihan-latihan ini

perlu diberi penekanan dari segi masa, teknik serta corak latihan. Latihan-latihan ini

juga perlu mempunyai matlamat yang khusus serta terperinci. Latihan-latihan yang

diberikan perlu mengikuti protokol-protokol yang ditetapkan. Protokol-protokol ini

akan mengehendaki para jurulatih atau saintis sukan memerhatikan tahap

kemampuan dan perkembangan atlet sambil memberi perhatian kepada daya tahan

kardiovaskular atlet, kekuatan otot, daya tahan otot, tekanan darah atlet, penyakit

yang dialami contohnya semput dan peringkat mental atlet. Apabila perkara-perkara

ini dapat ditentukan maka tahap perkembangan atlet tersebut dapat ditingkatkan

dengan sempurna dan pencapaian atlet akan meningkat dengan baik.

‘Encyclopedia Of Sport Science and Medicine’ tahun 1971, telah

mendefinisikan daya tahan otot sebagai penguncupan otot yang berulang-ulang

mengatasi sesuatu rintangan di dalam sesuatu jangka masa. Menurut McCloy dan

Young (1954), kekuatan otot, daya tahan otot dan kecekapan jantung dan paru-paru

adalah saling diperlukan antara satu sama lain. Walaupun kekuatan otot dan daya

tahan otot saling berkait, keduanya adalah tidak sama. Contoh terbaik yang dapat

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

3

membezakan keduanya adalah jika seseorang itu dapat melakukan 35 kali tekan tubi,

tekan tubi itu merupakan ujian daya tahan otot untuknya. Berlainan pula dengan

seseorang yang hanya mampu melakukan satu kali tekan tubi, ini bermakna itu

hanya latihan kekuatan untuk orang itu. Kunci di sini ialah daya tahan otot ialah

kebolehan seseorang itu menggunakan kuasa berulang-kali atau dalam satu jangka

masa. Contoh sukan yang memerlukan daya tahan otot ialah seperti sukan gusti,

renang, olahraga,lumba basikal dan sebagainya. Daya tahan otot terbahagi kepada

dua iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik. Daya tahan otot statik

ialah kemampuan otot untuk menampung daya pada kedudukan yang tetap. Daya

tahan otot dinamik pula ialah kemampuan otot menampung daya dalam pergerakan.

Pembinaan otot yang sempurna perlu dilakukan dengan sistematik dan

teratur. Menurut McGlynn dan Moran (1997) pembinaan otot bukan sahaja penting

untuk atlet yang ingin meningkatkan prestasi tetapi juga pada orang yang inginkan

gaya hidup yang sihat ataupun yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut

McGlynn dan Moran (1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting. Seseorang

individu hanya perlukan rasa keinginan dan semangat yang jitu untuk melakukannya.

Daya tahan otot maksimum atau daya tahan otot sehingga mencapai kelesuan

atau kepenatan (muscular fatigue) adalah satu fenomena yang kompleks, subjektif

dan berkait rapat dengan fisiologi yang kompleks serta faktor psikologi. Simonson

(1971) mencadangkan bahawa perkataan kelesuan (fatigue) harus digunakan untuk

semua proses yang berkaitan dengan penurunan prestasi. Istilah kelesuan dalam

fisiologi senaman yang akan digunakan oleh penyelidik ialah penurunan sementara

dalam kapasiti kerja yang berpunca daripada aktiviti fizikal yang lepas. Kelesuan

neuromuscular pula adalah penurunan sementara dalam kapasiti kerja otot biasanya

akibat kegagalan untuk mengekalkan atau meningkatkan satu kuasa atau daya yang

sepatutnya.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

4

Cogan kata Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat perlu

diambil sebagai panduan. Semua manusia memerlukan kekuatan dan daya tahan otot

yang tinggi untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Otot yang tidak kuat akan

cepat lesu dan menyebabkan aktiviti harian terganggu dan terbantut.

Menurut McGlynn dan Moran ( 1997) persepsi lama yang menyatakan

bahawa banyak atlet mengelakkan diri daripada latihan kekuatan otot adalah kerana

timbul persepsi menakutkan yang mana akan muncul masalah koordinasi badan,

kekurangan kelembutan dan sebagainya. Namun begitu, tanggapan ini adalah salah

hasil daripada kajian terperinci saintis sukan. Daripada kajian ini juga didapati

bahawa latihan kekuatan otot bukan sahaja meningkatkan daya tahan serta kekuatan

otot malah meningkatkan kelembutan otot serta memberikan otot tenaga yang lebih

untuk beraksi.

Menurut suatu kajian dalam Journal The Applied Physiology (1990), latihan

kekuatan otot juga dapat membantu meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi

hormon tumbesaran badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan

otot dapat meningkatkan produktiviti hormon tumbesaran badan sehingga 50 peratus.

Daripada kajian ini didapati bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan saiz

badan menjadikan badan lagi besar dan segak.

Menurut McGlynn dan Moran ( 1997), phrasa kekuatan, daya tahan otot dan

tenaga otot merupakan istilah yang berlainan maksudnya. Kekuatan otot bermaksud

jumlah daya yang boleh dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau

pergerakan yang berulang. Manakala daya tahan otot pula ialah keupayaan otot itu

melakukan sesuatu aktiviti pada penggunaan kuasa yang sama selama satu jangka

masa yang ditetapkan. Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa.

Terdapat juga beberapa istilah-istilah lain yang mempunyai penggunaan yang salah.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

5

Weight Training merupakan satu program latihan mengangkat berat untuk tujuan

meningkatkan kekuatan, tenaga, ketahanan, kelembutan, kemahiran dan kuasa.

Secara amnya, kekuatan adalah perkara yang penting dalam menentukan

kecergasan seseorang. Kekuatan otot juga dapat memberi kesan yang baik dalam

membantu meningkatkan prestasi seseorang atlet. Kekuatan otot hasil daripada

latihan yang sistematik adalah kekuatan yang lebih jitu dan dapat bertahan lebih

lama. Prinsip reversibility yang menyatakan bahawa kekuatan otot mahupun

kecergasan akan hilang dan tidak kekal lama jikalau latihan yang tetap tidak

dilakukan. Perlu diberikan perhatian juga ialah tahap kekuatan otot juga bergantung

kepada umur seseorang atlet apabila suatu program latihan diberikan serta dilakukan.

Menurut Chad Tackett (2001) faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan otot

seseorang ialah tempat pelekatan otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan

yang sistematik serta jenis fiber otot.

Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia iaitu Slow Twitch

Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau seseorang individu itu mempunyai jumlah

atau kuantiti Fast Twitch Muscles yang banyak, maka individu tersebut lebih sesuai

untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang memerlukan

penghasilan tenaga dalam jangka masa yang singkat. Bagi individu yang

mempunyai jumlah atau kuantiti Slow Twitch Muscles yang banyak, maka badan

individu itu lebih sesuai untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bola sepak

serta sesuai untuk aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular.

Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling sesuai untuk

pembinaan otot yang sempurna adalah daripada umur 10 tahun sehingga 20 tahun.

Latihan yang sistematik perlu diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan

otot berkembang dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua, otot- otot

yang diberikan latihan ini akan berkembang dengan lambat.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

6

Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak mempunyai kaitan

dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan kuantiti ataupun jumlah tisu otot.

Lelaki mempunyai kuantiti tisu otot yang lebih banyak daripada wanita. Faktor

hormon memainkan peranan di sini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh

lelaki mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot.

Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada individu yang

memilikinya untuk membina saiz dan kekuatan otot yang lebih berbanding individu

yang mempunyai otot yang pendek. Otot yang panjang mempunyai potensi yang

tinggi untuk meningkat dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang

pendek.

Faktor tempat pelekatan otot juga memainkan peranan dalam menentukan

kekuatan otot seseorang. Contohnya seseorang individu yang otot bisepnya yang

melekat lebih jauh dari sendi siku dapat mengangkat lebih banyak beban daripada

individu yang otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku.

Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang ditetapkan adalah

penting dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Menurut Charles Tackett

(2001) salah satu cara untuk meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang

sempurna ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihan-latihan

yang diberikan kepada atlet perlulah mengambil kira intensiti, set serta ulangan.

Menurut Brian J. Sharkey (1990) perkara-perkara seperti isokinetik, latihan

bebanan, kalis tenik, frekuensi, set dan ulangan merupakan enam perkara yang

dapat meningkatkan kekuatan otot seseorang individu. Teori ini telah diperkukuhkan

lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh McGlynn (1997) dengan menyatakan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

7

bahawa apabila seseorang individu menjalani latihan yang sistematik dan teratur

maka secara tidak langsung kekuatan otot individu tersebut akan meningkat.

McGlynn dan Moran (1997) juga menyatakan akan kebaikan melakukan

aktiviti membina daya tahan otot serta kekuatan otot. Di antara kelebihan yang

dinyatakan adalah meningkatkan ketebalan rawan, meningkatkan kelembutan,

meningkatkan kemahiran, meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot,

menguatkan ligamen dan tulang, meningkatkan kepadatan kapilari dalam otot,

mengurangkan kecederaan, mengurangkan lemak, mengurangkan tekanan dan

mempercepatkan kadar penyembuhan badan.

Daripada penerangan yang diberikan, jelas bahawa kekuatan otot bukannya

datang secara semula jadi tetapi adalah hasil latihan bebanan yang sistematik dan

terperinci. Melalui latihan bebanan, atlet-atlet dapat dilatih untuk menjadi atlet yang

mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan seterusnya memajukan kualiti sukan

tanah air.

1.2 Penyataan Masalah

Kebelakangan ini kebanyakan sukan memerlukan seseorang itu memiliki

kekuatan serta daya tahan otot yang tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang di

impikan. Otot-otot ini terutamanya otot pada bahagian kaki seperti otot

gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring yang kebiasaannya melibatkan

keseluruhan sukan terutamanya sukan bola tampar, badminton, sepak takraw serta

bola sepak yang mana memerlukan atlet mempunyai kekuatan yang tinggi. Ini

adalah perlu semasa melakukan kemahiran seperti lompatan untuk merejam ataupun

semasa menendang. Kekuatan otot yang tinggi juga perlu bagi mereka yang terlibat

dalam acara-acara sukan jarak jauh seperti maraton dan duathlon mahupun trithlon.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

8

Untuk memperoleh kekuatan otot yang maksimum bukanlah sesuatu yang

datang dengan begitu sahaja, ia memerlukan seseorang atlet itu melakukan latihan

yang khusus serta sistematik seperti latihan bebanan. Alatan yang digunakan juga

perlulah sesuai. Pada kebiasaannya kita dapat lihat atlet-atlet ini akan melakukan

latihan bebanan dengan menggunakan alat-alat pemberat yang terdapat di gimnasium

sahaja. Namun demikian alat-alat ini kebiasaannya tidak fleksibel dan hanya boleh

digunakan dalam situasi tertentu sahaja di mana atlet tidak boleh menggunakannya

atau memakainya bersama-sama semasa melakukan latihan kemahiran untuk sesuatu

acara.

Hasil kemajuan sains sukan maka terciptalah bag pasir yang membolehkan

atlet menggunakannya semasa melakukan kemahiran-kemahiran sukan yang

diceburi. Ini membolehkan atlet melakukan dua latihan dalam satu masa iaitu latihan

untuk meningkatkan kemahiran permainan serta latihan untuk meningkatkan

kekuatan otot. Namun demikian alat ini mendatangkan ketidakselesaan kepada atlet

kerana alat ini mengganggu pergerakan mereka. Maka dengan terciptanya alat ini

maka diharap ia dapat membantu atlet melakukan dua latihan dalam satu masa, iaitu

latihan bebanan serta latihan kemahiran sukan tanpa sebarang masalah.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

9

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang akan dijalankan mempunyai objektif seperti yang berikut:

1.3.1 Menghasilkan satu alat yang dapat memberikan kelebihan kepada atlet-atlet

dalam meningkatkan kekuatan ekplosif otot kaki untuk melakukan sesuatu aktiviti

sukan yang diceburi.

1.3.2 Menghasilkan satu alat yang sesuai untuk latihan bebanan dalam

meningkatkan kekuatan otot kaki secara keseluruhannya.

1.3.3 Memastikan bahawa kekuatan otot kaki dapat ditingkatkan dengan program

latihan yang disusun khas menggunakan alat ini.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian yang akan dilakukan adalah untuk menghasilkan satu alat latihan atau

pakaian untuk latihan bebanan yang mana boleh memberikan lebih kesesuaian

kepada atlet semasa menjalankan aktiviti sukan yang diceburi di samping membina

kekuatan otot maksimum melalui prinsip latihan bebanan terutamanya otot

gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring. Alatan ini diharap dapat

membantu atlet serta jurulatih dalam membina kekuatan otot kaki dan dapat

menjimatkan masa di mana atlet atau jurulatih tidak perlu memperuntukkan satu

masa khas untuk latihan yang hanya bertujuan untuk meningkatkan kekuatan otot

sahaja. Dengan terhasilnya alat ini atlet boleh melakukan dua aktiviti dalam satu

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

10

masa di mana atlet dapat menjalani latihan harian mereka serta latihan untuk

membina kekuatan otot.

Alat ini juga diharap dapat memudahkan para jurulatih dan atlet terutamanya

dari segi pengendalian serta penggunaannya terutamanya semasa melakukan latihan

harian di samping latihan untuk membina kekuatan otot kaki tanpa perlu

menyediakan satu sesi khas.

Akhir sekali, diharap alatan ini dapat memberikan kesan yang

memberangsangkan kepada atlet serta jurulatih dalam membina kekuatan ekplosif

serta kekuatan otot keseluruhannya terutamanya otot bahagian kaki iaitu otot

gastrocnemius, otot quadriceps dan otot hamstring dalam mengharungi sesuatu

tempoh permainan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang di bangkitkan sepanjang kajian ini di jalankan :-

1.5.1 Adakah dengan penggunaan seluar dengan bebanan yang di cipta ini dapat

membantu atlet dalam membina dan meningkatkan kekuatan ekplosif otot kaki ?

1.5.2 Adakah alat ini dapat membantu dalam meningkatkan kekuatan otot kaki

secara keseluruhan penggunanya ke tahap maksimum?

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Emy Rusaida Binti Ismail & Mohd Fairol Amin Bin Ramlee Mohd Izrul Bin Ismail Serta Istimewa Buat Zuryana Binti Che Yahya Dan Rakan-rakan

11

1.5.3 Adakah alat ini sesuai digunakan dalam latihan untuk meningkatkan kekuatan

kaki?


Top Related