Download - Assignment Siap!
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang
terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi
berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan
yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga
Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia,
dan Brunei malah mempunyai sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara
Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada
tahun 2009, Malaysia dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai 28 juta orang.
Malaysia berakar-umbikan kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan
menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali
sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah
Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum
menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu
dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari
persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas.
Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika serta
mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara
megadiversiti. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar
Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan
Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik, Negara -
Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara - Negara Berkecuali.
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
1
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoritinya sebanyak
50.4% merupakan orang Melayu dan 11% terdiri daripada kaum bumiputera lain. Perlembagaan
negara menetapkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang mengamalkan adat dan
kebudayaan Melayu. Taraf bumiputera turut diberi kepada sesetengah orang asli bukan Melayu
tertentu, termasuk etnik Thai, Khmer, Cham dan peribumi Sabah dan Sarawak. Lebih separuh
penduduk Sarawak adalah bumiputera bukan Melayu (yang mana 30% adalah Iban); begitu juga
dengan 60% penduduk Sabah (yang mana 18% adalah Kadazan - Dusun, dan 17%
adalah Bajau). Wujudnya juga kelompok - kelompok peribumi kecil di semenanjung yang
dikenali sama sekali sebagai Orang Asli.
Sementara itu sebanyak 23.7% dari penduduk Malaysia berketurunan Cina, manakala
7.1% lagi berketurunan India. Masyarakat India mula berhijrah ke Malaysia pada awal abad ke-
19. Majoriti masyarakat India di Malaysia bersuku Tamil. Ramai orang Eropah dan Timur
Tengah yang masing-masing berasimilasi ke dalam masyarakat Kristian dan Islam melalui
perkahwinan campur. Kebanyakan rakyat Malaysia kaum Serani mengakui berdarah British,
Belanda atau Portugis.
Kewarganegaraan Malaysia biasanya diberikan secara jus soli. Kewarganegaraan di
negeri Sabah dan Sarawak berbeza daripada kewarganegeraan di Semenanjung Malaysia atas
sebab - sebab urusan imigresen. Setiap warganegara yang mencecah usia 12 tahun diberi kad
pengenalan bercip pintar biometrik yang dikenali sebagai MyKad dan harus sentiasa membawa
kad itu sepanjang masa.
Islam pula merupakan kata kerja bahasa Arab iaitu Aslama, yang bermaksud " untuk
merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)". Satu lagi perkataan yang diterbitkan
daripada akar yang sama ialah salam yang bermaksud “ sejahtera ”. Dengan demikian, Islam
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
2
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan orang Islam harus menunjukkan ini
dengan menyembahNya, menurut perintahNya dan mengelakkan syirik. Perkataan ini
kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat, kualiti Islam
sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan:
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya
untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah
petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata
hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah
bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima
peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian
keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Az-Zumar 39:22)
Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada 2009 melaporkan
bahawa 23% penduduk dunia atau 1.57 bilion orang merupakan umat Islam. Sekitar 80 – 90%
angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10 – 20% adalah Syiah, dengan minoriti kecil
tergolong dalam mazhab lain. Kira-kira 50 negara bermajoriti orang Islam, dan sekitar 20% dari
semua umat Islam seluruh dunia merupakan Arab. Antara 1900 dan 1970 komuniti Islam telah
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
3
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta dan sekitar 1970 dan 2009 populasi masyarakat
telah berkembang lebih tiga kali ganda menjangkau sejumlah 1.57 bilion penganut.
Majoriti masyarakat Islam tinggal di Asia dan Afrika. Sekitar 62% orang Islam menetap
di Asia, dengan lebih 683 juta penganut di Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh.
Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran adalah negara majoriti Islam
terbesar; di Afrika, Mesir dan Nigeria memiliki masyarakat Islam teramai.
Kebanyakan anggaran menyatakan yang rakyat Republik China memiliki antara 20
hingga 30 juta penganut agama Islam (1.5% hingga 2% penduduk). Bagaimanapun, data
daripada International Population Center, San Diego State University menunjukkan bahawa
China memiliki 65.3 juta orang Islam. Islam ialah agama kedua terbesar selepas Kristian di
kebanyakkan negara Eropah dan sedang menghampiri status tersebut di benua Amerika, dengan
anggaran antara 2.45 juta dan kira - kira 7 juta masyarakat Islam di Amerika Syarikat.
Etnik boleh di definisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang
hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik
mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep - konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa
memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi ( keturunan dan pertalian
darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat
pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri
budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi
politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazan,
Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat
etnosentrik, iaitu mengangap cirri - ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
4
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap
rendah atau tidak bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub
budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah
laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud
dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah
jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu
perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada
negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status negara maju, seperti
yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur
kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan
suatu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses
transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang
telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang
tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah
merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi.
Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja
tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Pada masa yang sama, kestabilan politik
sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
5
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi
secara saksama dan perkongsian kuasa yang matang.
Dalam tugasan ini akan dijelaskan hubungan etnik di Malaysia dari perspektif Islam iaitu
antara hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam di mana Islam telah menetapkan
peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Malah di dalam Al – Quran iaitu surah Al – Hujurat ayat
13, ada mengiktirafkan keperlbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu
bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu sama lain. Ayat tersebut berbunyi
seperti berikut ;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13)
Islam merupakan satu sistem hidup yang bersifat rabbani dan menganjurkan setiap
manusia agar berlaku adil dalam setiap tindakan. Islam juga menyeru agar meletakkan sesuatu
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
6
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
pada tempat yang sewajarnya, memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta
menghukum manusia yang bersalah dengan hukuman yang setimpal tanpa membezakan antara
manusia, merupakan perkara – perkara yang sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Konsep
persamaan dalam Islam pula adalah berasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia
yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu
diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik ini, tentunya melahirkan kepelbagaian
budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini
begitu indah untuk dikongsi bersama.
Hak persamaan yang diletakkan dalam Islam tidak berdasarkan kepada kedudukan
seseorang mengikut jantina, bangsa, pangkat ataupun darjat. Semua manusia mempunyai hak
yang sama untuk hidup bermaruah dan mempunyai peluang yang sama banyak untuk mencari
rezeki dan kekayaan di bumi Allah, mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan,
mendapat kedudukan yang sama di sisi undang – undang dan mempunyai peluang yang sama
untuk melakukan ibadah kepada Allah. Setiap manusia diberkan ganjaran dan balasan atas setiap
perbuatan yang dilakukan. Jelaslah Islam tidak mengiktiraf perbezaan fizikal dan lahiriah seperti
pangkat, keturunan, etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat perhatian dan
perhitungan yang sama dari Allah. (Abdul Monir, 1986)
Kebebasan untuk hidup dan meneruskan kelansungan hidup yang diberikan adalah
berasaskan kepada kenyataan bahawa kita adalah manusia dan sebagai manusia, kehormatan kita
adalah terpelihara. Islam tidak sekali – kali membenarkan sebarang bentuk permusuhan berlaku
hanya kerana berbezanya bangsa dan etnik atau lantaran berbeza keturunan dan warna kulit.
Lebih – labih lagi apabila kelompok majority menindas kelompok minority dalam arus
pembangunan negara. Islam melihat permusuhan yang disebabkan oleh perbezaan warna kulit
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
7
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
atau berlainan etnik mampu menghuru – harakan masyarakan serta menghancurkan keharmonian
hidup di kalangan masyarakat.
Islam telah menggariskan bahawa persamaan di kalangan bangsa dan etnik merupakan
asas kepada keharmonian dan keamanan kehidupan bermasyarakat khususnya di Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai kumpulan minority yang perlu dipelihara dan
dijaga haknya. Manakala hak kumpulan ini telah dijadikan salah satu daripada prinsip
pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oeh mantan perdana menteri yang ke – 5 Yang
Amat Behormat, Dato’ Seri Abdullah Badawi di mana ianya teah menjadi kerangka dalam
proses pembangunan Malaysia.
Di Malaysia, persamaan ini ditekankan di mana setiap orang tanpa mengira etnik
dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, pendidikan, social, perundangan mahupun
beragama. Hal ini jelas dalam pembagunan negara Malaysia, etnik Cina dan India diberikan
peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam bidang pendidikan dalam
bahasa ibunda mereka dan bebas mengamalkan anutan kepercayaan agama mereka. Menurut
Mohd Kamal (1994), walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar islamisasi seperti
Dasar Penerapan Nilai – Nilai Islam, namun dasar ini tidak pernah menyisihkan kepentingan dan
sensitiviti penganut bukan Islam di Malaysia.
Selain daripada hak persamaan, Islam juga amat mengutamakan keadilan dalam setiap
tindakan yang di ambil. Melalui keadilan inilah, Islam menganjurkan kehidupan yang harmoni
dan saling menghormati. Apabila keadilan di laksanakan di kalangan anggota masyarakat, maka
dengan sendirinya pintu permusuhan dan perasaan membenci dapat dihilangkan sedikit demi
sedikit. Keadilan yang dilaksanakan itu sendiri merupakan salah satu kaedah bagi menutup ruang
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
8
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
– ruang kemusnahan yang mungkn berlaku di kalangan masyarakat atau mengelakkan
pencerobohan ke atas hak – hak yang ditetapkan.
Keadilan juga bermaksud setiap hukuman perlu dilaksanakan ke atas kesalahan yang
dilakukan tanpa mengira sesiapa atau bangsa mana sekalipun tanpa menimbulkan semangat
untuk mempertahankannya atau berusaha untuk mengelakkan hukuman tersebut semata – mata
kerana kaum, bangsa, agama atau etnik sendiri. Yang berhak perlu diberi kelayakannya atau
yang bersalah perlulah dihukum kerana kesalahannya tanpa mempersoalkan keturunan, pengkat
atau etniknya. Firman Allah s.w.t ;
Wahai orang – orang yang beriman! Hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang – orang yang menegakkan keadilan
Allah, lagi menerangkan kebenaran ; dan jangan sekali – kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepad
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
( Surah Al – Maaidah 5 : 8 )
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
9
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Merujuk kepada keadaan di Malaysia, Malaysia adalah sebuah negara yang mana
masyarakatnya bersifat majmuk. Kemajmukan ini tentulah akan menimbulkan perbezaan antara
etnik dari segi budaya dan agama. Namun, setiap individu diberi kebebasan beragama dan
berbudaya. Orang bukan Islam dibenarkan mendirkan rumah ibadat di mana ramai terdapat
penganut agama tersebut. Dalam politik, pemilihan pemimpin ditentukan oleh pilihan raya yang
member pengiktirafan keadilan kapada rakyat. Dari segi ekonomi, pengenalan dasar – dasar
pembangunan Negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara, Rancangan
Pembangunan Lima Tahun, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebajikan Negara telah
mengambil kira pandangan masyarakat walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa
seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153.
Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama
yang paling ramai penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci
Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam;
19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain
mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya
dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang
tidak beragama atau tidak memberikan maklumat.
Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan
Malaysia. Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti
ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-
Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang. Majoriti orang India Malaysia beragama
Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000
beragama Sikh, dan 1,000 penganut lain. Kristian merupakan agama utama
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
10
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3%
pengikut agama tradisional.
Umat Islam diwajibkan menurut keputusan Mahkamah Syariah untuk perihal berkenaan
agama Islam. Hakim syariah sewajarnya mengikuti fahaman
perundangan Syafii selaku mazhab utama di Malaysia. Bidang kuasa mahkamah Syariah terhad
kepada hal-ehwal umat Islam seperti pernikahan, pewarisan, perceraian, kemurtadan, mualaf,
hak penjagaan anak dan lain-lain lagi. Tiada kesalahan jenayah atau awam lain yang terletak
dalam bidang mahkamah Syariah yang serupa hierarkinya dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah -
Mahkamah Sivil (termasuk Mahkamah Persekutuan) selaku mahkamah agung negara pun tidak
melayan perihal amalan Islam.
Islam dengan jelas melarang kepada pembelaan etnik sendiri dalam erti kata membantu
dan membela etnik sendiri yang melakukan kesalahan. Larangan ini dijelaskan oleh nabi dalam
hadisnya yang bermaksud ;
Bukan dari kalangan orang yang menyeru ke jalan asabiah dan
bukan di kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan
asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang mati di atas
dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, sahabat bertanya
“Apakah yang dimaksudkan dengan asabiah, wahai
Rasululullah?”. Baginda menjawab “Kamu membantu
saudaramu di atas landasan kezaliman”.
(Muhamad Syams, 1990)
Begitu juga dengan asabiah yang sering disalah tafsirkan apabila sesuatu kaum berpakat
dan bekerjasama di atas landasan bangsanya dianggap asabiah. Asabiah pada dasarnya difahami
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
11
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
sebagai semangat perkauman sempit dan hidup subur di zaman jahiliah kerana rasa cinta yang
sangat mendalam terhadap suku kaum sendiri. Ia berlaku tanpa batas di mana mereka sanggup
berbunuhan dan berperang asalkan puak mereka menang. Mereka membela kaum sendiri
walaupun perbuatan tersebut membawa ketidak adilan dan kezaliman. Asabiah hanya akan
menjadi masalah dan menimbulkan masalah sekiranya dijadikan suatu keyakinan pengganti
Islam dan disertai kefahaman karut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Berpandukan
kepada hadis ini, hujah yang mengatakan perjuangan memajukan bangsa sendiri sebagai asabiah
tidak dapat diterima. Dalam konteks di Malaysia, usaha yang dilakukan demi membawa
kemajuan kepada orang Melayu tidak boleh dianggap asabiah. Hal ini kerana dalam semangat
setia kawan yang tiada unsure kezaliman di mana usaha membantu orang Melayu dilaksanakan
tanpa mengambil hak orang bukan Melayu dan disebabkan orang Melayu jauh ketinggalan dari
kaum lain. Rasululullah s.a.w ada menegaskan perkara ini dalam khutbah terakhir (Haji Wida)
iaitu ;
“Sesiapa yang menzalimi ‘Dhimmi’ (golongan bukan Islam yang
tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam) atau yang
membuat perjanjian damai atau membebankan mereka dengan
yang mereka tidak berupaya, maka akulah yang akan
berhadapan dengannya.”
Menurut Ismail Ibrahim yang merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan,
beliau menjelaskan perhubungan etnik mestilah berpaksikan kepada teori ajaran Islam yang
komprehensif dan menyeluruh di mana Al – Quran menjelaskan hikmah kejadian manusia yang
pelbagai etnik. Hal ini agar manusia dapat hidup bersama, berkomunikasi, dan tolong menolong
untuk hidup secara aman, membina ilmu dan kekuatan ekonomi serta teknologi dalam segala
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
12
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
aspek kehidupan. Kebebasan beragama dalam Islam berdasarkan keyakinan untuk memilih
agamanya dan nabi menjelaskan kategori Dhimmi tidak boleh disakiti dan diperangi. Sesiapa
yang memerangi mereka, ia seolah – olah memerangi nabi. Kefahaman asabiah perlu difahami
iaitu untuk membantu kaum melakukan kezaliman. Konsep perkongsian kuasa, kebebasan
beragama, perlindungan undang – undang terhadap kaum yang lemah merupakan dasar yang
direstui Islam. Konflik yang berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan Kampung Medan bukan
kerana agama tetapi lebih berbentuk perkauman.
Jika dirujuk kembali sejarah perhubungan etnik yang berlaku pada zaman Islam iaitu
pada zaman Rasulullah, Khalifah ar – Rasyiddin, pemerintahan Bani Umaiyah, pemerintahan
Bani Abbasiah dan sehinggalah sekarang, orang bukan Islam diberikan hak – hak yang tertentu.
Malah dalam konteks kontrak sosial juaga ada menyebut bahawa kontrak sosial di Malaysia
merujuk kepada perjanjian oleh bapa - bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan
merupakan penggantian beri - memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14 - 18 yang
berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu,
dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum
bumiputera. Istilah ini juga kadang - kadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian -
bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia
adalah sebuah negara sekular.
Dalam hal ini, terdapat beberapa prinsip asas yang mendasari bentuk hubungan umat
Islam dengan bukan Islam. Prinsip – prinsip tersebut ialah ;
1. Kepercayaan tentang kemuliaan sebagai manusia tanpa
mengira agama, bangsa dan warna kulit. Kemuliaan inilah
sebenarnya yang menjamin hak untuk setiap manusia dihormati
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
13
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
2. Kepercayaan bahawa perbezaan agama di kalangan manusia
berlaku dengan kehendak Allah yang telah memberi kebebasan
dan pilihan kepad makhluk – makhlukNya dalam setiap apa
yang hendak dilakukan atau ditinggalkan
3. Kepercayaan bahawa umat Islam tidak ditugaskan untuk
mempersoalkan setiap golongan tersebut di akhirat
4. Kepercayaan bahawa Allah memerintahkan supaya umat Islam
sentiasa berlaku adil dan berakhlak mulia walaupun terhadap
orang bukan Islam. Di samping itu, umat Islam juga perlu
menyedari bahawa Allah membenci kezaliman walaupun
dilakukan oelh umat Islam terhadap orang bukan Islam.
Namun, dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab orang bukan Islam menjaga
perasaan orang Islam yang menjadi rakan senegara mereka. Begitu juga dengan kedaulatan
negara Islam yang memberikan pengawalan dan perlindungan kepada diri dan harta benda
mereka. Maka, mereka ditegah mencaci agama Islam, rasul dan kitab suci. Mereka juga dilarang
menyebarkan apa sahaja aqidah atau idea yang bertentangan dengan aqidah negara dan agama
yang mana ianya selari dengan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kebebasan
beragama.
Dalam konteks Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik, setiap rakyat perlu hormat –
menghormati terhadap hak individu dan masyarakat. Fahaman seperti eksterisme, cauvinisme
(kepercayaan yang patriotik, berlebihan, dan membuta tuli dalam keunggulan dan keberanian
nasional), fanatisisme, etnosentrisme, prejudis, streotaip dan rasisme hendaklah diketepikan
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
14
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
(Wan Suhaimi dan Syed Mohammad Hilmi, 2007). Hal ini ada juga dijelaskan di dalam Al –
Quran seperti berikut;
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami
tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh
seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh
orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka
seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang
menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia
telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi
sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan
membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya
kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-
orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
(Al-Maaidah 5:32)
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
15
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan
yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat
yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)
dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang
menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu
ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau
mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah
yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa
pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan
sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk
diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah
petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman
kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan
rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
(Al-Baqarah 2:143)
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
16
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Setiap rakyat Malaysia perlu menggerakkan hubungan etnik dan sering berinteraksi
antara satu sama lain. Di samping itu, orang bukan Islam di Malaysia telah menikmati hak – hak
mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak tersebut juga selari
dengan hak kepada bukan Islam yang diberikan oleh Islam. Antaranya, mereka bebas menganut
dan mengamalkan agama dengan aman dan damai, bebas mendirikan rumah ibadat, bebas
makan, minum dan berpakaian mengikut kebudayaan sendiri, bebas mencari rezeki, bebas
memiliki dan mengurus harta, bebas memilih pemimpin snediri, mendapat hak pendidikan dan
kesihatan, terjamin dari segi keselamatan hidup, mendapat keadilan dari segi undang – undang
dan sebagainya. Sebagai contoh, walaupun sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
terkeluar dari segi pengurusan, namun kerajaan tetap menyalurkan bantuan kepda sekolah
tersebut.
Namun sebagai rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu sepatutnya tahu dan
menjiwai 7 wasiat Raja – Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan
keamanan jika kota bersatu dan berpegang teguh kepadanya seperti yang di ingatkan oleh Raja
Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Wasiat yang disampaikan semasa raja – raja Melayu
menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
pada 5 Ogos 1957 yang mana antara kandungannya ialah ;
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang
kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan
Tanah Melayu (sekarang dipanggil Malaysia)
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami
benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu,
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
17
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
selain gunung – ganang, tasik dan hutan simpan, tanah
simpanan Melayu sehinggan nisbah 50 peratus, selebihnya
kamu rebutlah bersama – sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami
serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar
Melayu selain membanteras kekacauan dalam Negara dan
ancaman dari luar Negara
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan
raja – raja Melayu memerintah Negara ini
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan
6. Kami tetapkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada
raja – raja Melayu untuk melindungi kedudukan istemewa
orang Melayu dan kepentingan sah kaum – kaum lain
(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri
Sabah dan Sarawak)
Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan
seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, Negara,
kedudukan keluarga, orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam.
Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga
kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan
dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam.
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
18
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan seperti mewujudkan perbezaan dan
diskriminasi antara kaum dan ia seolah – olah bertentangan dengan konsep persamaan dan
keadilan dalam Islam. Walau bagaimanapun, peruntukan orang Melayu ini merupakan jaminan
bago prang Melayu untuk sama – sama mencapai kejayaan kerana tanpa dibantu sukar untuk
Berjaya disebabkan dasar pecah dan perintah yang di amalkan oleh penjajah British. Merujuk
kepada statistic yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan, jelas menunjukkan orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi dan
pendidikan berbanding etnik lain. Jika diteliti walaupun orang Melayu mendapat kedudukan
istimewa, namun pada masa yang sama hak kaum lain dijamin dan tidak boleh dilucutkan.
Selain itu ua adalah persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu sewaktu
menggubal perlembagaan dan bukan keputusan sebelah pihak sahaja. Hal ini ditambah lagi keran
peruntukan tersebut adalah bagi menjamin kedudukan orang Melayu yang bermaksud menjamin
kedudukan orang Islam. Pada masa yang sama, orang bukan Melayu lebih Berjaya dari segi
ekonomi dan pendidikan berbanding orang Melayu. Namun, kedudukan istimewa orang Melayu
ini perlu dilaksanakan dengan betul iaitu untuk membantu orang Melayu keluar dari arus
kemiskinan tanpa menafikan hak etnik lain. Kedudukan istimewa ini juga perlu dirasai oleh
semua orang Melayu dan bukan segelintir orang Melayu seperti yang dianggap oleh etnik lain.
Jika ini dilaksanakan, jelaslah ia menepati prinsip keadilan Islam.
Perbincangan di atas menunjukkan orang Melayu mempunyai keistimewaan dalam
Perlembagaan Persekutuan khususnya yang menyentuh mengenai Perkara 153. Maka perkara ini
perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda agar sentiasa berlapang
dada dalam setiap isu yang melibatkan orang Melayu dalam perlembagaan. Ia seperti mana yang
pernah dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Raja – Raja ke – 215 iaitu Islam dan orang Melayu
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
19
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
merupakan asas utama dalam pembentukan Malaysia. Di samping itu, Islam menganjurkan agar
menerima perbezaan agama dan etnik sebagai satu yang lumrah dalam manusia seperti dalam
surah Al – Hujuraat ;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13)
Ayat ini menerangkan Islam menyaran agar umatnya mengelakkan cemuhan budaya,
etnik dan agama, bersopan santun dan berbudi. Justeru itu, sewajarnya rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai etnik, perlu saling hormat – menghormati terhadap hak individu dan
masyarakat. Fahaman seperti eksterisme, cauvinisme, etnosentrisme, prejudis, streotaip dan
rasisme haruslah diketepikan demi kemakmuran masyarakat majmuk pelbagai etnik di Malaysia.
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
20
SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIKHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
RUJUKAN
Kedudukan non - Muslim dalam negara Islam. (1989). Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
Malaysia, J. K. (2005). Islam Hadhari : Satu Penjelasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.
Sokong Projek Surah.My - Serai Solutions . (n.d.). Tafsiran Al - Quran. Retrieved Ogos 7, 2012,
from www.surah.my
Yaacob, A. M. (2005). Hak & tanggungkawab pelbagai kaum dari perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
NURAFIFAH KAMARUDINS 216300
21