Transcript
Page 1: Aku dan Bintang Vol 7

www.sarawak-astronomy.orgJanuari - Jun 2010

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344Keluaran 7

Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dinasihatkan untuk mengemaskinikan nombor telefon bimbit mereka dengan menghantar kepada [email protected] bagi menerima aktiviti terkini secara SMS.

www.planetarium-sarawak.org

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

Encik Romie Sigan Daniel, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak atas penganugerahan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’

dan Tuan Haji Mohamad Atei bin Abang Meda’an, Naib Presiden II atas

penganugerahan Johan Bintang Sarawak (JBS) oleh

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin pada 24 Oktober 2009

Page 2: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 2www.sarawak-astronomy.org

Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.orghttp://www.sarawak-astronomy.org

e-mel: [email protected]

Artikel sumbangan:

Alfean AzizIsmandy Ali

Zurwina SharkawiShaiful Nizam

Khairuddin Azizi MohammadNadia Abdullah dan Tiara Abdullah

Dicetak oleh Abadi Design & Services

Kandungan

Alfean AzizEditor Aku & Bintang

Dua puluh tahun merupakan tempoh yang amat panjang bagi sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk memberikan kesedaran sains dan astronomi kepada orang awam.

Persatuan Astronomi Sarawak masih lagi di peringkat ‘remaja’ dalam usaha-nya untuk menyebarkan minat astronomi namun pada usia ini, persatuan ini telah berjaya dalam menarik minat orang ramai, khasnya para pelajar bagi me-ngenali astronomi.

Usaha Malaysia untuk bersama-sama terlibat sebagai warga astronomi de-ngan menghantar Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2008 telah membuka mata dan minda orang ramai tentang sumbangan astronomi dan sains kepada masyarakat.

Boleh dikatakan masyarakat kita masih lagi di peringkat asas dalam men-genali sains angkasa serta astronomi kerana ramai yang sering menyalahertikan astronomi dengan astrologi.

Tiadanya kaitan antara bulan dan planet dengan perhubungan cinta kita, tetapi adanya kaitan bulan, bintang serta angkasa dengan kehidupan kita. Ini kerana pada asasnya kita tinggal di atas bumi yang terapung-apung di angkasa lepas dan kewujudan bumi ini hasil daripada apa yang digelar sebagai Teori Big Bang.

Persatuan Astronomi Sarawak dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskan-dar telah mengadakan pelbagai aktiviti sejak ia mula ditubuhkan pada 1990 dari aktiviti kecil-kecilan seperti cerapan kepada aktiviti besar-besaran yang melibat-kan seminar, kuiz astronomi, hari astronomi dan sebagainya.

Aspek yang penting adalah persatuan ini adalah mewujudkan konsep yang dikenali sebagai Sahabat Astronomi dengan ahli-ahli Persatuan Astronomi Sa-rawak dari pelbagai peringkat umur tidak kira lelaki ataupun perempuan dari sekolah yang berbeza, berkawan, berkongsi ilmu astronomi dan akhirnya bersa-ma-sama untuk menganjurkan aktiviti astronomi bagi menyebarkan minat serta kesedaran astronomi mereka.

Sebagai ahli Persatuan Astronomi Sarawak, adalah menjadi kebanggaan un-tuk melihat ahli-ahli lain berusaha dengan gigih untuk menyebar astronomi dan mengembangkan lagi ilmu serta minat tidak kira di mana mereka berada.

Selamat menyambut ulang tahun ke-20 Persatuan Astronomi Sarawak!

Kongsi astronomi di pelbagai peringKat umur

• KongsiAstronomiDiPelbagaiPeringkatUmur-2

• BerinovasiMelaluiAstronomi-3• SASTerimaSumbanganDermaPUSAKA-4

• PameranMiniAstronomiMaalHijrah-4

• HariKo-KurikulumBersepadu2009TUNAZ-5

• AstroCampHasilKerjasamaPelajarTunaz-5

• IYA2009DanKaitannyaDenganKehidupanSeharian-6

• MenitiPengalamanBersamaSAS-PSI-8

• ImbasanAktiviti-AktivitiAstronomiSeparuhTahunKedua2009-9

• KenanganBersamaAstronomi-12• LangitMalamJan-Jun2010-13• AstronomiTanpaSempadan-14• 10ThingsYouShouldKnowAboutEarth-15

• PersoalanKemusnahan2012-16• AmazingAstronomyFacts-18• HujanMeteor2010-18• PakejGalakanPromosiSainsAngkasa-19

• HobikuWarnaiHidupOrangLain-20

Latar belakang muka depan menun-jukkan gambar kumpulan galaksi. Sumber: http://hubblesite.org/

Page 3: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 20103

Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovasi dan kreativiti atau Malaysia Inovatif 2010

dengan tema ‘Meraikan Kreativiti’ pada 27 Januari 2010.

Pengisytiharan ini adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melakukan inovasi secara menyeluruh untuk membawa ne-gara ke tahap yang lebih maju dalam semua bidang membabitkan semua lapisan masyarakat.

Malaysia Inovatif 2010 adalah kaedah untuk membawa inovasi dan kreativiti ke dalam masyara-kat menerusi pemberian ruang dan peluang kepada masyarakat untuk memberi dan mengaplikasi idea-idea mereka untuk pembangunan negara.

Bidang astronomi dan sains angkasa juga tidak terkecuali daripada perubahan dan pembaharuan untuk inovasi serta kreativiti ini.

Malah, bidang astronomi dan sains angkasa neg-ara kini memerlukan lebih ramai pakar untuk mem-bangunkan bidang ini ke arah yang lebih berinovasi supaya Malaysia setanding dengan negara-negara maju lain.

Dengan bermulanya Program Angkasawan Negara dan penghantaran Angkasawan Pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007, ia telah membuka ruang dan peluang kepada masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar, untuk menceburkan diri di dalam astronomi dan sains angkasa.

Keberkesanan dan impak Program Angkasawan Negara itu kini boleh dilihat dengan penubuhan be-berapa planetarium baru pusat-pusat sains, tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di dalam bi-dang astronomi dan sains angkasa, serta usaha Ke-menterian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dalam mempromosikan bidang berkaitan.

Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Pla-netarium Sultan Iskandar (PSI) juga tidak ketinggal-an untuk bergiat aktif dalam usaha memartabatkan astronomi di kalangan masyarakat tempatan.

Menerusi pelbagai program dan aktiviti astrono-mi yang diadakan sepanjang tahun, SAS-PSI mem-beri peluang kepada golongan pelajar untuk berfikir secara kreatif bagi mendapatkan idea-idea yang ber-nas untuk memajukan bidang astronomi dan sains angkasa di Sarawak supaya lebih berdaya saing.

Walaupun idea-idea yang dicetuskan mungkin agak kurang relevan dengan kemampuan yang ada, namun dengan usaha dan keyakinan yang tinggi, di-tambah dengan nilai inovatif dan kreatif, ia mampu dilaksanakan dan dicapai dengan jayanya.

Saya yakin dan percaya, golongan ini mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan pembaharuan di dalam bidang astronomi dan sains angkasa di Malaysia, khususnya di Sarawak.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Se-lamat Menyambut Ulang Tahun ke-20 Persatuan Astronomi Sarawak, semoga tahun ini kita lebih kreatif dan berinovasi dalam memantapkan bidang astronomi dan sains angkasa negara...

Datu Romie Sigan DanielPresiden

Persatuan Astronomi Sarawak

berinovasi melalui astronomi

PERUTUSAN

Perutusan

Page 4: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 4www.sarawak-astronomy.org

Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menerima sumbangan derma daripada Perbadanan Kema-juan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan

anak-anak syarikatnya dalam satu majlis yang diadakan pada 11 September 2009 di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching.

Majlis penyampaian derma disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Men-teri Kemudahan Awam Sarawak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA dan SAS diwakili Pre-sidennya, Datu Romie Sigan Daniel. Turut hadir ialah Pengurus Besar PUSAKA, Datu Haji Len Talif Salleh dan Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Tuan Haji Hashim Haji Bojet.

Pada tahun ini, PUSAKA dan anak-anak syarikatnya menderma sejumlah RM224,000.00 kepada 53 pertubuhan kebajikan dan sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak tahun 1982.

Antara penerima sumbangan ialah pertubuhan kebaji-kan, badan-badan amal, sukan, agama dan pendidikan yang bertujuan untuk menyokong organisasi berkenaan dalam

sas terima sumbangan derma pusaKa

menjalankan aktiviti mereka, di samping membantu golo-ngan yang kurang bernasib baik.

PRESIDEN Persatuan Astronomi Sarawak, Datu Romie Daniel (kanan) menerima cek sumbangan PUSAKA dari-pada Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA (tengah).

Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sul-tan Iskandar telah mengadakan pameran mini as-tronomi sempena dengan sambutan Maal Hijrah

1431H Peringkat Negeri Sarawak pada 17 hingga 19 Di-sember 2009.

Pameran yang diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya adalah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan merupakan pameran yang pertama kali diser-

tai SAS-PSI sempena sambutan Maal Hijrah. Ia telah berlangsung selama tiga hari dan berjaya me-

narik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke booth pameran untuk mengenali dengan lebih dekat astronomi serta sains angkasa.

Antara aktiviti yang diadakan demonstrasi roket air, carta bintang, planisfera, penggunaan teleskop dan perisian Stellarium serta Celestia.

pameran mini astronomi maal Hijrah

Berita

ANTARA ahli-ahli SAS dan kakitangan PSI bergambar ke-nangan ketika pameran sambutan Maal Hijrah 1431H yang diadakan Masjid Jamek Kuching.

SHERIL Anatasya (kanan) sedang memberikan penera-ngan tentang cara menggunakan jam matahari kepada pengunjung pameran.

Page 5: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 20105

Sesi taklimat ringkas “Pengenalan kepada Galaksi” berjaya menarik perhatian 240 pelajar Tingkatan 1 hingga 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(SMKA) Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) untuk mengenali secara asas mengenai astronomi.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Kurator PSI, Encik Ismandy Ali, kepada peserta-peserta yang ter-diri daripada Kelab Astronomi TUNAZ, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Pengakap, Kadet Polis dan Kadet Bomba sempena dengan Hari Ko-Korikulum Bersepadu 2009 anjuran TUNAZ pada 11 dan 12 November 2009.

Hari Ko-Kurikulum bersepadu 2009 tunaZ

astro Camp hasil kerjasama pelajar tunaZ B

erita

SESI ceramah Pengenalan kepada Galaksi yang dijalan-kan oleh Ismandy Ali Kurator Planetarium Sultan Iskandar di SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (atas).

ANTARA para pelajar yang mendengar sesi ceramah yang diadakan di SMK Agama Tun Ahmad Zaidi semasa Hari Ko-Kurikulum Bersepadu 2009 (kiri).

Astro Camp III telah dijalankan dengan jayanya oleh ahli-ahli Kelab Astronomi TUNAZ di Pu-sat Ko-Kurikulum, Santubong pada 7 hingga 9

Disember 2009. Ia merupakan kebanggaan bagi ahli-ahli kelab ini kera-

na mereka telah berjaya menganjurkan aktiviti sedemikian rupa dan berjaya menggabungkan para pelajar di sekitar Kuching untuk bersama-sama menghadiri kem tersebut.

Kem yang diadakan selama 3 hari ini turut menampil-kan aktiviti seperti membuat gugusan buruj, penyampaian mesej dari angkasa lepas dan banyak lagi.

PARA peserta sedang membuat aktiviti semasa Astro Camp.

SESI aktiviti penyampaian mesej diadakan.AKTIvTI dalam kumpulan.

Page 6: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 6www.sarawak-astronomy.orgEksklusif

Universe: Yours to Discover merupakan tema Interna-tional Year of Astronomy

2009 (IYA2009) yang memberi gam-baran bahawa alam semesta ini me-merlukan kita untuk menerokainya.

Dengan tema demikian, planetari-um, pusat sains, balai cerap di seluruh dunia telah menggunakan sambutan ini untuk mempromosikan astronomi kepada masyarakat agar mereka ber-peluang untuk mendapat pengetahuan daripada astronomi yang merupakan antara ilmu yang tertua di dunia.

Masyarakat telah didedahkan de-ngan cara penggunaan teleskop, ter-utamanya teleskop Galileo yang per-nah digunakan oleh saintis tersohor itu, kira-kira 400 tahun lalu untuk me-lihat objek di bumi dan planet-planet di sekitarnya. Tetapi dengan senario masyarakat kita sekarang, adakah de-ngan bermulanya penggunaan teles-kop sebagai satu kaedah untuk mem-promosikan astronomi dan diselang-selikan dengan imej seperti galaksi ser-ta nebula merupakan satu pendekatan permulaan yang sesuai?

Astronomi dan teleskop di Barat

Sejak 400 tahun lalu, saintis ter-utamanya masyarakat Barat telah membuat pembaharuan dari semasa ke semasa di dalam kaedah penggu-naan teleskop. Dalam tempoh yang sama, perubahan bagi segi fizikal dan keupayaan teleskop juga turut diperbaiki, termasuklah lokasi ia di-tempatkan. Di negara Barat, teleskop atau balai cerap besar boleh dilihat di lokasi yang sering dikaitkan dengan ilmu pengetahuan. Ia boleh dilihat terutamanya di universiti dan juga di rumah-rumah ahli astronomi amatur di kawasan-kawasan kediaman.

Ini menunjukkan bahawa ilmu as-tronomi tidak terbatas hanya di lokasi-lokasi tertentu sahaja, malah teles-kop boleh diletakkan di lokasi-lokasi

strategik yang membolehkan pemer-hati mendapatkan maklumat ‘secara terus’ dengan hanya menghalakannya ke arah langit.

Boleh dikatakan ‘pemandangan’ dan penggunaan teleskop adalah tidak asing di negara-negara barat dan ia se-ring dipaparkan di dalam filem-filem sains popular yang secara tidak lang-sung mempromosikan astronomi dan sains angkasa kepada penonton.

Tetapi, bagaimana pula dengan masyarakat kita?

Astronomi di Malaysia Di Malaysia, penggunaan perkata-

an astronomi agak janggal di kalangan masyarakat kita. Walaupun ia meru-pakan perkataan yang universal dan sering dikaitkan dengan kajian langit, bintang dan angkasa lepas, namun ia masih kurang mendapat perhatian di negara ini.

Hanya selepas Program Angka-sawan Negara diperkenalkan dan ke-jayaan Angkasawan Pertama Malaysia, Datuk Dr. Syeikh Muzaffar Shukor ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007, barulah as-

tronomi mula mendapat perhatian dan diperkenalkan secara rasmi ke-pada umum.

Menerusi kejayaan program ini, lebih banyak usaha diperlukan bagi mendidik generasi muda untuk men-getahui dengan lebih mendalam ilmu astronomi, seterusnya mengembang-kannya kepada masyarakat, dan bukan sahaja terhad kepada golongan pelajar dan profesional.

Bagaimanapun, usaha ini bukan hanya terletak di bahu pihak tertentu sahaja seperti Kementerian Pelajaran, Agensi Angkasa Negara, Pusat Sains Negara atau mana-mana institusi yang berkaitan dengan pengajian astronomi atau angkasa lepas.

Ia memerlukan komitmen dari-pada semua pihak bagi memastikan usaha kerajaan menerusi Program Angkasawan Negara itu akan terus di-warisi oleh generasi seterusnya.

IYA2009 dan sambutannya di Sarawak

Sempena dengan sambutan IYA2009 ini, pelbagai program telah diadakan untuk memperkenalkan as-

iYa2009 dan kaitannya dengan kehidupan seharian

SESI bergambar semasa aktiviti Program Sains Angkasa Cuti Sekolah vI yang diadakan pada 16 - 18 Mac 2009.

Page 7: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 20107

tronomi kepada masyarakat global, antaranya Galileoscope, 100 Hours in Astronomy, She is an Astronomer, Dark Sky Awareness, Galileo Teacher Training Programme dan lain-lain.

Di Malaysia, sambutan IYA2009 ini juga telah diadakan dengan pel-bagai aktiviti dan program, termasuk-lah cadangan pembinaan model sistem solar di sepanjang lebuh raya PLUS, duit syiling peringatan IYA2009, ka-jian semula silibus pendidikan negara, seminar astronomi, membukukan cerita rakyat yang berkaitan dengan astronomi dan banyak lagi.

Manakala di Sarawak, sejak awal tahun ini, dengan gabungan Plan-etarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) atau PSI-SAS, telah mengatur beber-apa program yang sesuai untuk mem-promosikan IYA2009, terutamanya kepada golongan sasaran iaitu pelajar dan guru. Bermula dengan fenomena gerhana matahari separa pada 26 Jan-uari 2009, PSI-SAS telah mengambil kesempatan untuk mempromosikan astronomi ke semua lapisan masyara-kat dengan kehadiran kira-kira 200 orang ramai yang berkumpul di teater PSI menerusi aktiviti simulasi dan ce-ramah gerhana tersebut.

Pada bulan Mac berikutnya, PSI-SAS sekali lagi menganjurkan ak-tiviti untuk golongan pelajar dengan memasukkan elemen reka cipta iaitu membuat roket air. Selain memberi peluang kepada golongan pelajar un-tuk menunjukkan kreativiti dan ino-vasi dalam mencipta sesuatu, ia juga mampu menarik minat mereka untuk meminati astronomi. Seterusnya, pada 16 hingga 17 April 2009, seminar pen-didikan bertajuk ‘Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa’ telah diadakan dan ia merupakan seminar astronomi yang pertama pernah dia-dakan di Sarawak.

Seminar ini telah berjaya menarik perhatian hampir 300 peserta dari se-luruh Malaysia yang terdiri daripada guru, pensyarah, peminat astronomi amatur dan juga pelajar, yang in-gin berkongsi ilmu dan pengalaman bersama-sama penceramah mengenai bidang serta pendidikan astronomi di Malaysia.

Sepanjang seminar selama dua hari itu, peserta berpeluang untuk menyertai sesi selari (concurrent session) seperti demonstrasi aktiviti praktikal astronomi untuk pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah as-tronomi, kaedah penggunaan teleskop dan demonstrasi astronomi menerusi simulasi di Planetarium Sultan Iskan-dar selama 60 minit.

Seminar itu juga turut menyaksi-kan pelbagai soalan diajukan kepada penceramah mengenai sistem pendi-dikan di Malaysia yang berkaitan de-ngan penerapan subjek sains angkasa di dalam silibus berkaitan, masa hada-pan bidang sains angkasa selepas Pro-gram Angkasawan di lancarkan pada tahun 2007 dan peranan pendidikan serta maklum balas masyarakat ter-hadap bidang ini untuk pembangunan negara.

Soalan yang diajukan bagi setiap sesi merupakan soalan yang pendek, namun ia memerlukan jawapan dan penerangan yang lebar serta terperinci bagi merungkai persoalan sebelum ini.

Peminat baru Penggunaan tema IYA2009 ‘The

Universe: Yours to Discover’ dan tema Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa iaitu ‘Astronomy & Us’ cuba membawa astronomi di dalam kehidupan seharian manusia dengan sasaran utamanya adalah me-reka yang tidak mengenali astronomi.

Adakah program-program yang disusun secara global berkaitan as-tronomi oleh agensi di peringkat antarabangsa seperti International Astronomy Union (IAU) atau di per-ingkat negara seperti Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) serta PSI-SAS sudah memadai untuk menjadikan ‘Yours to Discover’ atau ‘Astronomy and You’ sebagai asas atau platfom bagi mereka untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai astronomi?

Sudah tentu ia tidak mencukupi untuk menyebarkan ilmu astronomi ini untuk semua golongan masyarakat dengan hanya mengharapkan usaha kecil daripada pihak-pihak berkenaan. Ia memerlukan kerjasama, sokongan dan komitmen daripada semua pihak bagi memastikan usaha ini berjaya, se-

terusnya berkembang untuk diaplika-sikan pada masa akan datang.

Dari segi psikologi, untuk me-narik perhatian seseorang individu untuk meminati sesuatu, ia memer-lukan suatu faktor atau elemen yang dapat mempengaruhinya untuk terus meminati sesuatu perkara itu dengan lebih serius, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Setelah mengetahui faktor-faktor yang mampu memotivasikannya un-tuk minat terhadap sesuatu perkara itu, di situlah kita menggunakan fak-tor berkenaan sebagai kekuatan untuk membawa mereka lebih jauh lagi, dan dalam konteks ini adalah astronomi, untuk terus meneroka bidang yang se-belum ini agak janggal bagi mereka ke tahap yang tinggi.

Dengan menggunakan penekanan seperti definisi sehari adalah sebenar-nya pusingan Bumi mengelilingi ma-tahari, sebulan adalah definisi bulan membuat pusingan lengkap matahari, nama hari-hari dalam seminggu dan penentuan tarikh penting berkaitan dengan astronomi, mampu menarik minat masyarakat untuk meneroka dan ‘menjelajah’ bidang yang tertua di dunia ini.

Persoalan Adakah dengan hanya menggu-

nakan gambar-gambar nebula, planet atau galaksi yang letaknya berjuta ta-hun cahaya dari Bumi yang hanya dapat dilihat menerusi teleskop yang mahal mampu menarik minat ma-syarakat terhadap astronomi?

Memang diakui, pameran seperti ini sememangnya cukup menarik per-hatian bagi golongan yang sudah men-getahui astronomi dan aplikasinya.

Tetapi, bagaimana pula bagi golongan yang baru berjinak atau me-reka yang ‘buta’ astronomi? Adakah sekadar memadai menggunakan se-jarah astronomi daripada nenek mo-yang kita yang diaplikasikan di dalam kehidupan seharian untuk mendidik mereka mengenai astronomi?

Apakah kaedah yang lebih efektif yang boleh digunakan bagi menarik minat masyarakat untuk meminati dan memartabatkan astronomi setanding dengan bidang-bidang lain? Renung-renungkan.

Eksklusif

Page 8: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 8www.sarawak-astronomy.orgRencana

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Per-satuan Astronomi Sarawak

telah menjangkau usia dua dekad se-jak ia ditubuhkan pada tahun 1990. Walaupun pada usianya yang sebe-gitu muda, persatuan ini telah ber-jaya melahirkan masyarakat yang me-minati bidang astronomi. Semua ini adalah ilham dan usaha anak Sarawak sendiri untuk mendidik masyara-kat agar mempunyai sifat ingin tahu mengenai kejadian alam dan menya-lurkan sifat ini ke angkasa lepas.

Malah bukan itu sahaja, persatuan ini turut berjaya menanam sifat untuk meminati ilmu sains dan teknologi serta menjadi pemangkin dalam mela-hirkan para intelek dan cendekiawan yang telah berkecimpung dalam bi-dang penyelidikan sains, yang bermula dengan hanya menggunakan sepasang teropong.

Di Planetarium Sultan Iskan-dar (PSI) inilah bermulanya episod pengembaraan indah dalam menjejaki ilmu sains yang begitu halus dan teliti,

meniti pengalaman bersama sas-psi

sama ada dari segi pengiraan mahu-pun dari segi penemuan saintifik yang amat memberangsangkan minda.

Saya mula mendekatkan diri dalam bidang astronomi apabila mengikuti Program Cuti Sekolah dan Bengkel Astronomi yang dianjurkan pada sekitar tahun 1992. Pada masa itu, saya baru menjejaki Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Bantuan (SMB) St. Joseph, Kuching. Kurator Planetarium pada ketika itu ialah Puan Zalia Morshidi.

Beliau telah menjemput setiap sekolah menengah di sekitar bandar raya Kuching untuk menghantar sera-mai lima orang wakil dan dihimpun-kan di Planetarium Sultan Iskandar (PSI) bagi menyertai aktiviti-aktiviti astronomi selama seminggu.

Kami telah diajar untuk mengenal pasti bintang dan planet di angkasa serta membuat jam matahari atau sun-dial menggunakan kad manila. De-ngan konsep pengiraan yang begitu komplikated dan di luar tahap pem-belajaran seorang pelajar tingkatan menengah rendah, ia memang agak sukar dan mengelirukan. Namun, dengan kesabaran dan sikap ingin tahu

mengenai astronomi yang menebal di hati, akhirnya kami berjaya menghasil-kan jam matahari dan menyiapkan beberapa tugasan yang diberikan. Se-lain itu, kami juga sempat melukis dan memplot tompok hitam matahari atau sunspot menggunakan teleskop di be-lakang taman perkarangan letak kereta Dewan Suarah Negeri.

Dalam pada itu, kami juga ber-peluang untuk mendengar cerita dan seloroh Encik Rambli Ahmad yang meminati kajian sastera Yunani dan beliau telah berkongsi pengalaman-nya mengenai legenda Venus dan juga cerita-cerita rakyat dari benua yang lain. Begitu juga dengan Encik Jacob V. Sebastian yang begitu informatif dan penuh semangat menceritakan kisah dan sejarah buruj-buruj di langit kepada kami.

Di samping mempelajari ilmu matematik dan astronomi, kami juga sempat berkenalan dengan rakan- rakan sebaya dari beberapa sekolah yang meminati bidang sama. Malah, sehingga kini, hubungan persaha-batan yang terjalin sejak 18 tahun lalu masih kukuh dan hubungan ini telah digunakan untuk meneruskan usaha

Khairuddin Azizi Mohammad

PESERTA Program Cuti Sekolah bergambar kenangan bersama-sama peneramah dan fasilitator setelah tamatnya pro-gram tersebut anjuran PSI-SAS. - Gambar hiasan

Page 9: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 20109

Rencana

masa untuk setiap cerapan. Beliau begitu mahir mengendalikan teleskop yang berat untuk membolehkan kami melihat planet-planet seperti Musytari, Marikh dan Zuhal. Sekiranya cuaca ti-dak mengizinkan, kami akan mende-ngar cerita atau menonton video yang diterbitkan oleh persatuan astronomi dari negara lain seperti Amerika Syari-kat dan Australia.

Pada tahun 2000, selepas me-namatkan pelajaran di luar negara, saya segera mencari saudara Isman-dy untuk membincangkan aktiviti pencerapan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan bahawa saudara Ismandy masih lagi aktif menganjurkan pro-gram mencerap tahi bintang dan juga planet-planet di rumah beliau.

Beliau juga bertanggungjawab un-tuk memberi nafas baru dalam bidang astronomi di Planetarium Sultan Is-kandar. Sumbangan beliau terhadap bidang astronomi di Sarawak patut mendapat perhatian. Sekiranya sauda-ra berkunjung ke PSI, saudara pasti kagum dengan perubahan yang ketara.

Persatuan Astronomi Sarawak dan PSI juga mengendalikan ceramah umum yang menjemput para pencera-mah daripada ahli astronomi amatur Jepun hinggalah ke Jurutera NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL), Ameri-ka Syarikat.

Kini, kami berjaya menghidupkan semula Persatuan Astronomi Sarawak setelah beberapa tahun tidak aktif berikutan kebanyakan ahli-ahlinya ti-

dak berada di Kuching kerana melan-jutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi (IPT).

Dengan kebangkitan semula Per-satuan Astronomi Sarawak dan Pla-netarium Sultan Iskandar, pelbagai aktiviti dan program astronomi telah diadakan sejak tahun 2004.

Antara aktiviti Program Cuti Sekolah menjadi semakin hebat den-gan adanya pertandingan seperti Mars Rover, roket air dan trading card game yang menjangkau dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah.

Walaupun galeri astronomi ber-sebelahan dengan PSI kini telah tia-da, namun kenangan manis semasa menghadiri Program Cuti Sekolah bersama rakan-rakan masih begitu jelas tersemat dalam diri saya.

Di dalam galeri itu juga, sajak bertajuk ‘Kejora dan Bintang Senja’ pernah dideklamasikan oleh saudara Safakhruddin Sitam semasa upacara penutupan Program Cuti Sekolah.

Pengalaman manis sedemikian begitu sukar untuk dilupakan dalam meniti hari bersama Persatuan As-tronomi Sarawak. Tidak lupa juga kepada Planetarium Sultan Iskandar yang menjadi pusat dan nadi segala aktiviti Persatuan Astronomi Sarawak.

Dengan minat yang mendalam dan kesungguhan daripada semua ahli, saya yakin Persatuan Astronomi Sar-awak mampu bertahan dan menjadi persatuan astronomi yang unggul di Malaysia kelak.

memperkenalkan astronomi kepada masyarakat di Bumi Kenyalang.

Sejak itu, cuti sekolah kami diisi dengan menelaah majalah dan buku-buku rujukan di perpustakaan untuk mengetahui ilmu astronomi dengan lebih lanjut. Maklumlah, pada ketika itu alam siber dan internet belum lagi bertapak di Kuching.

Perpustakaan Dewan Suarah yang dahulunya terletak di tingkat bawah Dewan Suarah Negeri men-jadi pusat kunjungan utama kami, dan tidak kurangnya juga berulang-alik ke Perpustakaan Negeri (yang ketika itu terletak di belakang Wisma Hopoh) untuk mendalami bidang as-tronomi.

Saya juga sempat berkenalan den-gan beberapa orang pelajar dari seko-lah lain termasuk saudara Ismandy Ali dari Kolej DPAH Abdillah. Be-liau merupakan salah seorang pela-jar yang bergiat aktif dalam bidang astronomi. Pada masa itu, Kolej DPAH Abdillah telah menubuhkan Kelab Astronomi dan merupakan yang pertama di Kuching bagi pe-ringkat sekolah menengah.

Dalam usia yang begitu muda, kira-kira pada usia 15 tahun, saudara Ismandy sudah mempunyai teleskop sendiri. Perwatakannya yang ceria dan suka bergurau sering menjadi tumpuan rakan-rakan untuk me-minta nasihat, berkongsi ilmu, pe-ngalaman dan pendapat mengenai pencerapan beliau.

Alhamdulillah, pada setiap cuti sekolah kami telah diisi dengan pro-gram astronomi walaupun ia cuma diadakan selama dua atau tiga hari sahaja. Menerusi sesi pencerapan malam, saya telah dapat mengenal pasti dan membezakan antara bin-tang dan planet berdasarkan kerlipan cahaya.

Kami juga telah diajar kaedah untuk membaca peta bintang meng-gunakan lampu suluh yang dibalut dengan plastik atau kain merah un-tuk memudahkan pembacaan peta bintang semasa pencerapan. Semua aktiviti ini diadakan di perkarangan letak kereta Dewan Suarah Negeri.

Encik Dona Repet, pakar teles-kop dari PSI juga sudi meluangkan

PAMERAN yang disertai oleh Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar yang membawa astronomi kepada masyarakat. - Gambar hiasan

Page 10: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 10www.sarawak-astronomy.org

Imbasan aktiviti-aktiviti astronomi separuh tahun kedua 2009

1 2

3 4

5 6

7 8 9

10 11 12

Page 11: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 201011

Imbasan aktiviti-aktiviti astronomi separuh tahun kedua 2009

1. Tuan Haji Soedirman Airi (kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) menerima cen-deramata daripada Ismandy Ali, Kurator PSI, disaksikan oleh Datu Romie Daniel, Presiden SAS merangkap Residen Baha-gian Betong semasa lawatan Tuan Haji Soedirman ke PSI pada 28 Oktober 2009.

2. YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Men-teri Melaka (kanan) bercakap dengan Ismandy Ali, Kurator PSI semasa rangka lawatannya ke PSI pada 30 Julai 2009.

3. Datu Romie Daniel, Presiden SAS menyampaikan cenderamata kepada Encik Ik Pahon anak Joyik, mantan Setiausaha Tetap KPSU dalam majlis perpisahannya yang diadakan di PSI. Turut hadir ialah Encik William Patrick Nyigor (kiri), selaku Timbalan Presiden SAS merangkap Ketua Pengarah Unit Teknologi Mak-lumat dan Komunikasi, pada 6 Oktober 2009.

4. Ahli-ahli SAS sempat bergambar dengan Dr. Faiz Khaleed semasa Pameran Karnival Sains MOSTI yang diadakan di Kom-pleks Pelancongan Kuching pada 15 Ogos 2009.

5. Wakil-wakil dari Pusat Sains Negara sedang mengadakan demonstrasi sains di SMK Tun Abdul Rahman dalam program Sekolah Angkat pada 12 Ogos 2009.

6. Demonstrasi pelancaran roket air yang dilakukan oleh Dr. Faiz Khaleed semasa Pameran Karnival Sains MOSTI yang diadakan di Kompleks Pelancongan Kuching pada 15 Ogos 2009.

7. Aktiviti membuat robot mudah oleh pelajar SMK Tun Abdul Rah-man semasa program Sekolah Angkat oleh Pusat Sains Negara pada 12 Ogos 2009.

8. Peserta mendengar ceramah mengenai astronomi semasa Hari Ko-Kurikulum Bersepadu Tunaz pada 11 November 2009.

9. Sesi perbincangan para peserta semasa Program Sains Ang-kasa Cuti Sekolah vII di PSI pada 24 November 2009.

10. Para pelajar mencuba menggunakan teleskop Meade GPS 10 inci semasa pameran Karnival Sains MOSTI di Kompleks Pelan-congan Kuching pada 15 Ogos 2009.

11. Ahli-ahli SAS sedang membuat persiapaan bagi pameran Maal Hijrah yang diadakan di Majid Jamek, Kuching pada 17 Disem-ber 2009.

12. Salah seorang pelajar mencuba teleskop semasa rangka la-watan sambil belajar ke PSI pada 16 Oktober 2009.

13. Gambar kenangan peserta dan penceramah semasa Program Sains Angkasa Cuti Sekolah vII pada 24 November 2009.

14. Sesi membuat planet dalam satu aktiviti Program Sains Ang-kasa Cuti Sekolah vII di PSI pada 24 November 2009.

15. Gambar kenangan pelajar SMK Matang Hilir bersama-sama guru mereka, Cik Halimaton semasa pameran Karnival Sains MOSTI di Kompleks Pelancongan, Kuching pada 15 Ogos 2009.

15

14

13

Page 12: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 12www.sarawak-astronomy.org

Pertengahan tahun 2007 mem-bawa pengertian baru kepada diri saya dan adik. Pada ketika

inilah pengembaraan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muzaffar Syukor ke angkasa lepas membawa sejarah baru untuk negara Malaysia.

Kami masih ingat lagi berita men-genai angkasawan itu sering mendapat tempat utama dalam akhbar tidak kira akhbar Mingguan, Utusan Sarawak dan tidak ketinggalan Borneo Post. Selain selalu menjadi perbualan ramai tidak kira sekolah, tempat awam lebih-lebih lagi di planetarium.

Dengan itu, fenomena ini dinilai secara bijak oleh Saudara Khairud-din Azahar, senior kami dalam usaha memupuk minat astronomi di kala-ngan pelajar dengan mengadakan Kem Astronomi yang diadakan sem-pena cuti sekolah pada 2007. Sejak itu-lah kami mula mengembangkan sayap

“ Demi langit dan yang datang pada malam hari, Apakah engkau mengetahui apa yang datang pada malam itu.

(iaitu) bintang yang sinaran cahayanyamenembusi kegelapan malam..”

Surah al-Tariq, Ayat 1, 2, 3.

Nadia binti Abdullah & Tiara binti Abdullah

ke bidang astronomi.Antara program astronomi yang

sentiasa kekal dalam ingatan kami ia-lah Kem Astropilia 2008 yang telah di-adakan di Kem Alapong, Santubong. Sejak itulah bermulalah titik tolak mi-nat astronomi dalam diri kami.

Astrophilia berasal daripada per-kataan Greek yang bermaksud persa-habatan astronomi. Pengalaman yang paling tidak akan kami lupakan adalah semasa sesi mencerap bintang.

Pada mulanya, kami tidak pernah menghayati keindahan langit malam. Namun setelah menghadiri sesi mencerap bintang, barulah kami ber-peluang melihat gugusan bintang yang menyinari langit malam.

Gugusan bintang tersebut apabila digabungkan akan menghasilkan satu bentuk yang dipanggil buruj. Untuk

melihat buruj tersebut dengan lebih jelas, seseorang itu haruslah bijak berimaginasi. Pada malam tersebut kami berdua berjaya menemui buruj Leo dan Bootes.

Selain itu, pengalaman yang pa-ling berharga buat kami berdua adalah kami berpeluang berkayak buat kali pertama. Perasaan gembira dan teruja tidak dapat diekspresikan dalam kata-kata. Di akhir program, kami berdua mendapat banyak ilmu yang sangat bernilai di samping menambah kena-lan dari pelbagai sekolah.

Pada tahun 2008 juga, kami turut serta dalam program Kids Conven-tion. Kami diberi tugasan untuk mem-beri taklimat kepada guru prasekolah mengenai aktiviti-aktiviti yang berkai-tan astronomi yang mereka boleh dikongsikan dengan murid-murid

Kenangan bersama astronomi

AHLI-AHLI Kelab Astronomi TUNAZ bergambar kenangan setelah berakhirnya program Hari Sains dan Matematik yang diadakan di SMK Agama Tun Ahmad Zaidi.

Rencana

Page 13: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 201013

Aktiviti

mereka. Di samping itu, tahun ini juga merupakan tahun yang amat membanggakan bagi sekolah kami kerana ber-jaya dinobatkan sebagai Sekolah Astronomi 2008.

Augerah ini merupakan anugerah yang kedua selepas SMK Matang Hilir diumumkan sebagai sekolah Angkat Astronomi Pertama pada tahun 2006.

Sepanjang hampir tiga tahun pengembaraan astronomi ini, terdapat banyak kenangan manis yang telah kami lalui. Melibatkan diri dalam program astronomi bukanlah perka-ra yang sia-sia, tetapi ia merupakan pengalaman yang dapat dibawa pada masa hadapan.

Bagi kami berdua, pengembaraan Aku dan Bintang su-dah bermula. Anda, bila lagi?

PENULIS (kiri) ketika menyertai Kem Astrophilia pada 2008.

langit malam Jan-Jun 2010Januari 2010Tarikh Perkara

3 Kemuncak hujan meteor Quadrantid

6 Bulan melintasi Planet Zuhal 8 darjah

11 Bulan 1.1 darjah ke utara Antares

15 Gerhana matahari separa

18 Bulan melintasi planet Musytari 5 darjah

29 Marikh di dalam kedudukan dekat dengan Bumi

Februari 2010Tarikh Perkara

2 Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

7 Bulan melintasi antares 1.1 darjah

12 Bulan melintasi Utarid 2 darjah

18 Asteroid boleh dilihat dengan mata kasar

25 Bulan melintasi Marikh 5 darjah

28 Musytari berselisih dengan matahari

Mac 2010Tarikh Perkara

2 Bulan melintasi planet Zuhal 8 darjah

17 Bulan melintasi zuhrah 7 darjah

20 Equinoks

21 Zuhal di dalam kedudukan terdekat dengan Bumi

25 Bulan melintasi Marikh 5 darjah

29 Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

April 2010

Tarikh Perkara

11 Bulan melintasi Musytari 6 darjah

15 Bulan melintasi Utarid 1.5 darjah

16 Bulan melintasi Marikh 5 darjah

22 Kemuncak hujan meteor Lirid

25 Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

29 Bulan melintasi Zuhal 8 darjah

Mei 2010

Tarikh Perkara

3 Planet Zuhrah akan mendekati Aldebaran 6 darjah

6 Kemuncak hujan meteor ta Aquarid

9 Bulan mendekati Musytari 6 darjah

12 Bulan mendekati Utarid 8 darjah

18 Bulan mendekati Zuhrah 0.1 darjah

20 Bulan mendekati Zuhal 8 darjah

23 Bulan mendekati Zuhal 8 darjah

Jun 2010Tarikh Perkara

6 Bulan mendekati Musytari 7 darjah

Marikh mendekati Regulus 1 darjah

9 Zuhrah mendekati Pollux 5 darjah

10 Bulan mendekati Utarid 5 darjah

15 Bulan mendekati Zuhrah 4 darjah

Utarid mendekati Aldebaran 5 darjah

17 Bulan mendekati Marikh 6 darjah

19 Bulan mendekati Zuhal 18 darjah

21 Solsetis

26 Gerhana bulan separa

Page 14: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 14www.sarawak-astronomy.orgRencana

Astronomi merupakan satu cabang ilmu yang boleh di-pelajari oleh pelbagai lapisan

masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, latar belakang politik dan sebagainya.

Berkhidmat sebagai guru sandaran di bahagian pendidikan khas (pengli-hatan) telah memberikan saya serba sedikit pengalaman tentang pengaja-ran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar khas.

Ilmu astronomi untuk pelajar yang mempunyai masalah penglihatan agak sukar untuk dibayangkan.

Seperti yang kita tahu dan faham, astronomi melibatkan imej-imej alam semesta yang menakjubkan. Namun, bagaimanakah pula bagi golongan is-timewa ini?

Di Amerika Syarikat, golongan ini tidak dipinggirkan begitu saja. Peny-elidik dari National Aeronautic and Space Administration (NASA) telah menghasilkan beberapa program yang membolehkan pelajar yang mempu-nyai masalah penglihatan terlibat dalam pembelajaran tentang angkasa lepas.

Satu projek untuk tujuan ini telah dihasilkan oleh kakitangan NASA sendiri, Daniel Wong, untuk meng-hasilkan bahan bacaan bagi pelajar peringkat rendah yang mempunyai

astronomi tanpa sempadanShaiful Nizam

masalah penglihatan yang dikenali se-bagai “Our Very Own Star”.

Bahagian penerangan akan melalui proses ‘braille’. Proses ini akan mem-bolehkan semua perkataan akan diter-jemahkan ke dalam satu bentuk sistem penulisan yang universal untuk pelajar atau mereka yang mempunyai masalah penglihatan. Tulisan ini dipanggil se-bagai Braille.

Selain itu, bahagian gambar pula agak sedikit berbeza, rajah timbul akan digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang boleh disentuh melalui jari walaupun tidak setepat melihat gambar. Sekurang-kurangnya ia memberikan idea tentang rupa ben-tuk matahari dan bumi dengan bantu-an penerangan orang awam atau guru-guru kepada para pelajar ini.

Satu lagi bahan pengajaran yang

berpotensi untuk dibawa dan didedah-kan kepada pelajar atau orang awam yang mempunyai masalah penglihatan adalah melalui bidang kajian astrono-mi radio.

Bahan-bahan cerapan radio ini telah diubah suai bagi membolehkan bahan audio diperolehi digunakan un-tuk memberikan idea tentang bentuk bunyi yang dihasilkan oleh sistem su-ria serta alam semesta.

Oleh itu, terdapat banyak lagi usaha yang boleh dijalankan dan diperkenalkan bagi membolehkan golongan kurang upaya ini supaya ti-dak ketinggalan dalam usaha negara memperkenalkan ilmu astronomi yang kita sedia maklum telah memba-wa kejayaan angkasawan negara kita, serta Malaysia terlibat dalam penero-kaan angkasa lepas.

CONTOH gambar yang membantu golongan kurang upaya untuk mengenali bentuk-bentuk di sekitar mereka.

Page 15: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 201015

10 things You should Know aboutEarth, our home planet, is the

only planet whose name is not derived from Greek/

Roman mythology. In Roman My-thology, the goddess of the Earth was Tellus - the fertile soil, while the Greek goddes was Gaia, terra mater - Mother Earth. The name we use to-day, Earth, comes from Old English and Germanic.1. Earth is the third planet from the Sun

The Earth’s average distance from the Sun is 149,597,890 km (92,955,820 miles) or one astronomical unit (AU). Located between Venus and Mars, some people have called it the “third rock from the sun.”2. Earth is the fifth largest planet

The diameter of the earth at the equator is about 7926 miles, but that’s not the whole story. Because the earth is not a perfect sphere but is slightly flattened at the poles, the diameter of the earth measured around the North Pole and the South Pole is about 7899 miles.

3. Earth is the only planet known to harbor life

All of the things we need to sur-vive are provided under a thin layer of atmosphere that separates us from the uninhabitable void of space. Earth is made up of complex, interactive systems that are often unpredictable. Air, water, land, and life - including humans - combine forces to create a constantly changing world that we are striving to understand.4. Earth is mostly covered in water

While the word earth is often used synonymously with dirt, seventy-one percent of the its surface is covered with water. It is the only planet where it exists in its liquid form on the sur-face. This is probably part of the rea-son that the Earth is the only planet known to contain life.5. Early philosophy had the Earth as the center of the universe

Although Aristarchus of Samos, in the 3rd Century B.C., figured out how to measure the distances to and

sizes of the Sun and the Moon, and concluded that the Earth orbited the Sun, this view didn’t attract follow-ers until Nicolaus Copernicus, a Pol-ish astronomer, published “On the Revolutions of the Celestial Spheres” in 1543.6. Earth has four distinct seasons

This is a result of a result of Earth’s axis of rotation being tilted more than 23 degrees. Seasons changes as the tilt of Earth’s axis changes during it’s revolution around the Sun.7. Earth has an atmosphere that sustains life

Earth’s atmosphere is 77 per-cent nitrogen, 21 percent oxygen, with traces of argon, carbon dioxide and water. This atmosphere affects Earth’s long-term climate and short-term local weather; shields us from nearly all harmful radiation coming from the Sun; and protects us from meteors as well - most of which burn up before they can strike the surface.8. Earth has one natural satellite

Earth’s Moon (called Luna) or-bits at a distance of 384,000km, with a radius of 1738km and a mass of 7.32e22kg. However, there are thou-sands of small artificial satellites which have been placed in orbit around the Earth. Also, asteroids 3753 Cruithne and 2002 AA29 have complicated orbital relationships with the Earth; they’re not really moons, the term “companion” is being used.

Because of its size and rocky composition, the moon has also been called a terrestrial planet along with

Mercury, Venus, Earth, and Mars. It has no atmosphere, but there is water ice in some deep craters. The moon is the only extra-planetary body that a human has visited.9. Earth has a magnetic field

Our planet’s rapid spin and mol-ten nickel-iron core give rise to a magnetic field, which the solar wind distorts into a teardrop shape. The magnetic field does not fade off into space, but has definite boundaries. Just like the field around a magnet, ours is also polarized. When charged particles from the solar wind become trapped in Earth’s magnetic field, they collide with air molecules above our planet’s magnetic poles. These air molecules then begin to glow and are known as the aurorae, or the North-ern and Southern Lights.10. Our close proximity prevents us from seeing Earth in its entirely

To completely view our own planet, we must leave its surface and journey into space. From the vantage point of space we are able to observe our planet globally, as we do other planets, using similar sensitive instru-ments to understand the delicate bal-ance among its oceans, air, land, and life. Viewing Earth from the unique perspective of space provides the opportunity to see Earth as a whole. Scientists around the world have dis-covered many things about our planet by working together and sharing their findings.

(Source: http://space.about.com/od/earth/tp/Earth_10_Things.htm)

Info

Page 16: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 16www.sarawak-astronomy.org

Trailer filem 2012 menggam-barkan bahawa satu mala-petaka amat dashyat akan

menimpa Bumi pada 21 Disember 2012. Benua merekah, batu besar dari angkasa lepas menghentam Bumi, malah gelombang tsunami yang mampu sampai hingga ke kawasan pergunungan Tibet juga akan ber-laku pada masa itu. Sebenarnya idea pembikinan filem “2012” bernilai USD200 juta yang akan mula ditay-angkan di pawagam pada November 13 ini adalah hasil daripada pelbagai karangan buku-buku yang terdapat di pasaran ketika ini.

Pencarian dengan menggunakan kata kunci “2012” dari amazon.com menujukkan terdapat kira-kira lebih 200 buah buku berkenaan hari kiamat atau apocalypse ini. Alasan utama yang menarik perhatian saya untuk menulis artikel ini kerana sering kali ditanya oleh peminat astronomi yang melawat ke Planetarium Sultan Iskandar (PSI) mengenai malapetaka tersebut. Soalan mereka mudah, bagaimanakah mala-petaka dashyat seperti itu boleh ber-

persoalan kemusnahan 2012

laku pada tarikh tersebut?Jika kita bercakap tentang hari ke-

musnahan dunia, kita tidak dapat lari daripada membincangkan dan men-gaitkannya dengan astronomi. Jika dilihat dari jiran kita yang paling dekat, “rumah” kita atau Bumi ini, ia hanya-lah satu bola berwarna biru terapung-apung di angkasa lepas. Malapetaka besar yang mampu menghancurkan Bumi sudah semestinya berasal dari angkasa lepas. Ia sebenarnya memberi implikasi yang amat mudah, sekiranya Bumi hancur, ke mana lagi manusia akan hidup? Sehingga kini, kita masih tiada jawapan untuk persoalan itu.

Oleh kerana implikasi yang cukup besar terhadap kebolehlangsungan (survavility) bangsa manusia ini, seki-ranya apa sahaja bencana yang cukup besar menimpa Bumi, ia sering dan mudah menjadi perhatian umum. Se-bagai contoh, peristiwa Pepijat Y2K yang berlaku apabila kalendar bertukar ke tarikh 1 Januari 2000. Tak kisahlah apa yang berlaku pada pepijat Y2K yang meresetkan tarikh kepada 1 Jan-uari 1900 dan menyebabkan komput-er bercelaru di dalam pengiraan selang masa. Idea kiamat akan berlaku pada berubahnya milenium baru ini telah

dimulakan oleh seorang pengarang buku, Charles Berlitz, yang meminjam idea tersebut daripada Nostradamus – seorang ahli psikik yang kononnya boleh meramal masa depan. Berlitz meramalkan di dalam bukunya ber-tajuk ‘Doomsday’ yang dikarang pada tahun 1981, dengan mengatakan ba-hawa pertukaran tahun (dari 1999 ke 2000) tersebut akan menyebabkan berlakunya banjir besar, kebuluran, pencemaran dan penyongsangan ku-tub Bumi. Malah beliau turut mera-malkan, semasa planet-planet berada di dalam garisan lurus pada waktu itu, ia akan menyebabkan bencana yang lebih besar akan berlaku seperti nya-laan matahari (solar flare) secara tiba-tiba, gempa bumi amat dashyat, Bumi merekah dan banyak lagi. Bermula sinilah semakin ramai pengarang men-gambil kesempatan untuk menulis buku berkaitan dengan kemusnahan dunia atau kiamat. Kita semua sudah cukup maklum apa yang telah berlaku semasa tempoh peralihan ke abad 21. Selain kemeriahan sambutan me-nyambut milenium baru,tiada bencana besar yang berlaku. Keadaan normal seperti biasa dan tiada sebarang ben-cana dashyat menimpa.

Ismandy Ali

Rencana HENTAMAN yang akan memusnahkan kehidupan di bumi. Adakah ini bakal me-

nimpa kita pada 2012?

KALENDAR yang digunakan oleh kaum Maya sebagai rujukan

yang mungkin berlakunya ben-

cana 2012 seperti dalam filem yang mempunyai tajuk

yang sama.

Page 17: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 201017

Kalendar kaum MayaKisah bencana kemusnahan Bumi

pada tahun 2012 ini bermula dari ka-lendar kaum Maya. Pernahkah anda menonton filem Apocalypto? Ia me-ngisahkan bangsa Indian yang maju dan mendiami kawasan Semenanjung Yucatan - Belize, Guatemala, Mexico dan Honduras sekarang dan mereka pada waktu itu mengamalkan korban manusia kepada Tuhan yang dipang-gil Kukulkan. Bangsa ini maju dari pelbagai bidang seperti senibina, sains, matematik terutamanya astronomi. Salah satu hasil daripada kemajuan yang dicapai adalah penciptaan sistem kalendar mereka yang kompleks. Pada 21 Disember 2012, kalendar mer-eka akan seperti ’diresetkan’ kepada jujukan nombor sifar dari 13.0.0.0.0 kepada 0.0.0.0.0 seperti odometer kereta anda. Tetapi di dalam kes ka-lendar Maya ini, ia tidak mengambil masa 1000 tahun, tetapi pengakhiran tahun mengikut tempoh 13 baktun. Kalendar maya ini adalah berdasarkan beberapa kitaran masa dan kelompok baktun adalah salah satu daripadanya. Satu baktun adalah bersamaan 144, 000 hari, lebih sedikit daripada 394 tahun atau bersamaan 143,810 hari.

Kalendar Maya juga seperti kalen-dar yang biasa kita gunakan, di mana kalendar kita bermula dari tarikh kela-hiran Nabi Isa. Dengan menggunakan konsep yang sama, jika dibandingkan antara kalendar Maya dengan kalendar Masehi kita, ia bermula apabila alam semesta (menurut kalendar Maya) dicipta pada 0.0.0.0.0 atau bersamaan dengan 11 Ogos 3114 Sebelum Ma-sihi.

Kalendar ini mempunyai tempoh

yang berdasarkan kelompok 20. Satu tempoh bersamaan 7,200 hari sebagai contoh adalah daripada 360 hari x 20 = 7,200 hari, dan ia dikenali sebagai satu katun. 20 katun pula membentuk satu baktun (20 katun x 7,200 hari = 144,000 hari). Berdasarkan sistem tempoh kelompok 20 ini, semestinya selepas 13 baktun, kelompok baktun seterusnya akan diteruskan sehingga 14 baktun sehingga 20 baktun untuk membentuk kelompok besar seterus-nya iaitu satu pictun. Jadi, bermula di sinilah 13 baktun digunakan sebagai titik tolak bagi tahun pengakhiran ka-lendar Maya kepada 0.0.0.0.0 seperti yang telah dinyatakan di atas.

Kalendar ini memang menarik, tetapi apakah kaitannya dengan peng-akhiran dunia? Ia adalah SIFAT ma-nusia semata-mata yang memikirkan

sesuatu yang ekstrem. Walaupun kalendar Maya ini sememangnya me-narik untuk dipelajari tetapi ia tetap dikaitkan dengan kemusnahan dunia. ‘Khabar angin murahan’ yang me-ngaitkan batu besar akan menghen-tam Bumi, sinaran kosmik dari pusat galaksi Bima Sakti akan tersekat apabi-la matahari terletak di pusat koordinat galaktik, planet di dalam sistem solar bergerak di dalam satu garisan, hipo-tesis kewujudan planet Nibiru yang kononnya bakal berlanggar dengan Bumi dan banyak lagi fenomena ngeri yang digambarkan, semakin menakut-kan manusia.

Ini ditambah lagi dengan terbit-nya sebuah filem bertajuk 2012 yang diarahkan oleh Roland Emmerich. Ia sebenarnya hanyalah sebuah filem yang dieksploitasi untuk mengaut keuntungan, hasil daripada kisah-kisah dan khabar-khabar angin yang semakin ‘menggila dan menakutkan’.

Bagaimanapun, seperti filem yang telah dikeluarkan oleh Hollywood se-belum ini iaitu Armageddon, Deep Impact dan The Knowing memang ada asas kaitannya dari segi astronomi, kita sebagai warga yang ‘waras’ perlu menerima filem-filem dan buku-buku ini sebagai hiburan semata-mata, dan bukannya sebagai penentu kepada pastinya kemusnahan dunia akan ber-laku pada tahun 2012!.

Berlitz meramalkan di dalam bukunya bertajuk ‘Doomsday’ yang dikarang pada tahun 1981, dengan mengatakan bahawa

pertukaran tahun (dari 1999 ke 2000) tersebut akan menyebabkan berlakunya banjir besar, kebuluran, pencemaran dan

penyongsangan kutub Bumi.

Rencana

SALAH satu adegan yang boleh ditonton dalam filem Apocalypto.

Page 18: Aku dan Bintang Vol 7

Januari - Jun 2010 • 18www.sarawak-astronomy.org

Hujan meteor 2010Nama Tarikh kemuncak Ramalan Frekuensi per jam

Quadrantids 3-4 Januari 40Lyrids 21-22 April 20Eta Aquarids 5-6 Mei 10Delta Aquarids 28-29 Julai 20Perseids 12-13 Ogos 60Orionids 21-22 Oktober 20Leonids 17-18 November 30Geminids 13-14 Disember 40

Sumber: Amateur Meteor Shower Association

• When you look at the Andromeda galaxy (which is 2.3 million light years away), the light you are see-ing took 2.3 million years to reach you. Thus you are seeing the ga-laxy as it was 2.3 million years ago.

• Light from the sun takes 8 minutes to reach you, thus you see the sun as it was 8 minutes ago. It might have blown up 4 minutes ago and you wouldn’t know about it!

• The Earth is not a sphere! It ac-tually is an oblate spheroid, it is squashed slightly at the poles and bulges out at the equator due to its rotation.

• Spare a thought for the constella-tions that never made it into the official list... these include Machi-na Electrica (the electricity genera-tor), Officina Typographica (The Printing Office), and Turdus Soli-tarius (the solitary thrush).

• When Galileo viewed Saturn for the first time through a telescope, he described the planet as having “ears”. It was not until 1655 that Christian Huygens suggested the crazy theory that they might be an enormous set of rings around the planet.

• If you could put Saturn in an enor-mous bathtub, it would float. The planet is less dense than water.

• A teaspoon-full of Neutron star

would weigh about 112 million tonnes.

• Jupiter is heavier than all the other planets put together.

• Even on the clearest night, the human eye can only see about 3,000 stars. There are an estima-ted 100,000,000,000 in our galaxy alone!

• The tallest mountain in the so-lar system is Olympus Mons, on Mars at a height of about 15 miles, three times the height of Mount Everest. It covers an area about half the size of Spain.

• If the sun were the size of a dot on an ordinary-sized letter ‘i’, then the nearest star would be 10 miles away.

• Half-a-billionth of the energy released by the sun reaches the Earth.

• Temperatures on Venus are hot enough to melt lead.

• If you could travel at the speed of light (186,000 miles per second) it would take 100,000 years to cross our galaxy!

• Only one side of the moon ever faces Earth. The moons period of rotation is exactly the same as it’s period of orbit.

• Betelgeuse, the bright star on Orion’s top-left shoulder, is so big that if it was placed where the

amazing astronomy Factssun is, it would swallow up Earth, Mars and Jupiter!

• If you stand on the equator, you are spinning at about 1,000 mph in as the Earth turns, as well as charging along at 67,000 mph round the sun.

• On the equator you are about 3 percent lighter than at the poles, due to the centrifugal* force of the Earth spinning.

• The atmosphere on Earth is pro-portionately thinner than the skin on an apple.

• On Mercury a day (the time it takes for it to spin round once) is 59 Earth-days. Its year (the time it takes to orbit the sun) is 88 days- that means there are fewer than 2 days in a year!

• If a piece of the sun the size of a pinhead were to be placed on Earth, you could not safely stand within 90 miles of it!

• Its estimated that the number of stars in the universe is greater than the number of grains of sand on all the beaches in the world! On a clear night, we can see the equiva-lent of a handful of sand.

• Every year the sun evaporates 100,000 cubic miles of water from Earth (that weighs 400 trillion tonnes!)

• Jupiter acts as a huge vacuum cleaner, attracting and absorbing comets and meteors. Some esti-mates say that without Jupiters gravitational influence the num-ber of massive projectiles hitting Earth would be 10,000 times greater.

• Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic metre.

• Saturn is not the only planet with rings- Neptune has it’s own ring system.

Sumber: http://www.astronomyfor-beginners.com/astronomy/facts.php

Info

Page 19: Aku dan Bintang Vol 7

• Januari - Jun 201019

Khusus untuk sekolah menengah

Pertunjukan Astronaut (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan pra rakaman.Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bin-tang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit).

Konsep-konsep astronomi seperti:a. Gerhana, transitb. Bulan-bulan mengelilingi planetc. Simulasi matahari dan aktiviti matahari (prominence dan tompok matahari) di dalam pelbagai tapisan seperti sinar UV dan X-ray. Menggunakan Stellarium pada Mir-rorDome (30 minit)d. Mencerap permukaan matahari untuk melihat tompok matahari menggunakan teleskop, 8” celestron (sekiranya cuaca membenarkan) (20 minit)e. Simulasi angkasa lepas

Masa: 9:00 pagi Rabu dan KhamisTempoh: 2 jam

Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) - pertunjukan prarakaman. Mari mengenal buruj dan melihatnya di langit (20 minit) - gerak kerja.

Simulasi sistem solar

Masa: 9:00 pagiIsnin sehingga KhamisTempoh: 1 jam

Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dalam usaha menyokong promosi pembelajaran sains peringkat tinggi me-nyediakan beberapa aktiviti bagi faedah lawatan daripada pihak seko-

lah. Sila layari www.planetarium-sarawak.org untuk membuat tempahan se-cara online atau mendapatkan maklumat lanjut.

Pertunjukan Aku & Bintang (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman.Alat bantu mengajar untuk menerangkan konsep gerhana dan model sistem suria (20 minit) menggunakan carta bintang planisfera untuk memahami dan mencari bintang sepanjang tahun (30 minit) - pelajar dibekalkan dengan carta bintang (planisfera) secara berkumpulan.Konsep buruj dan simulasi planet menggunakan Stel-larium pada MirrorDome (20 minit).

Masa: 9:00 pagi Isnin sehingga Khamis Tempoh: 1 jam 30 minit

Pakej 1 Pakej 2

Pertunjukan Astronaut (30 minit) dan Langit pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman.Membuat planisfera untuk memahami dan mencari bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit).

Konsep-konsep astronomi seperti:a. Gerhana, transitb. Bulan-bulan mengelilingi planetc. Buruj dan ilustrasi kepercayaan langit pelbagai tama-dun purbad. Pengesanan planet extrasolar menggunakan model.

Masa: 9:00 pagiIsnin sehingga KhamisTempoh: 1 jam 30 minit

Pakej 3

Khusus untuk murid-murid tadika, prasekolah dan ke bawah

Khusus untuk sekolah rendah

Pakej 4

pakej galakan promosi sains angkasa

Pakej

Page 20: Aku dan Bintang Vol 7

Hobiku warnai hidup orang lain

Peluang bercuti panjang seme-mangnya tidak disia-siakan dengan melakukan perkara-

perkara yang tidak berfaedah bagi Muhammad Alwi Busrah, yang telah lama terlibat dalam aktiviti-aktiviti as-tronomi dalam SAS.

Dengan hobinya yang suka melu-kis dia telah bertekad untuk mengubah kawasan laluan tangga dari pejabat PSI ke teater planetarium yang tidak bermaya kepada imej-imej astronomi yang menarik.

Selama sebulan, Muhammad Alwi telah berjaya mengisi dinding kosong tersebut dengan imej-imej bulan, ne-bula serta galaksi dengan menggu-nakan media cat Pelaka dan juga sem-buran cat agar kawasan dinding yang dahulunya kelihatan pudar kini men-jadi tatapan setiap pengunjung yang melalui kawasan laluan itu.

Malah, keinginannya untuk mengecat kawasan laluan telah disu-arakan sejak dia berada di Tingkatan 5 lagi apabila dia kerap berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk menghadiri aktiviti-aktiviti yang di-adakan.

Menurutnya, ia merupakan ho-binya untuk berseni dan juga menggu-

nakan seni untuk ‘menambah warna’ di dalam kehidupan orang lain.

Muhammad Alwi merupakan bekas pelajar SMK Tun Abdul Rah-man sememangnya tidak asing bagi SAS kerana amat proaktif dalam men-jalankan aktiviti-aktiviti astronomi semasa sekolahnya dan setelah menin-

ggalkan bangku sekolah. Sebelum melanjutkan pelajaran

ke institut pengajian tinggi, masanya telah diisi untuk mendidik junior-ju-nior yang baru berkenalan dalam as-tronomi melalui kem astronomi serta aktiviti jerayawara.

MUHD. Alwi berdiri di sebelah hasil Horsehead Nebula.

ATAS, hasil galaksi dan nebula yang telah siap. KANAN atas, Muhd. Alwi sedang sibuk membuat kemasan asas pada hasil-nya. KANAN bawah, Muhd. Alwi menunjukkan petikan kata-kata yang dijadikan penghias kepada salah sebuah dinding di PSI.


Top Related