Download - Aku dan Bintang 12

Transcript
Page 1: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344Keluaran 12

Untuk mendapatkan berita ataupun pengumuman terkini, anda boleh melawat laman web Planetarium Sultan Iskandar atau ke laman Pages Facebook dengan menaip Planetarium Sultan Iskandar di ruang Search.

www.planetarium-sarawak.org

Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI SahabatPSI

Jerayawara BersamaMini Planetarium

Page 2: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 2www.planetarium-sarawak.org

Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.org

e-mel: [email protected]

Kandungan

EditorAlfean Aziz

Sumbangan

Ismandy AliFaliq Asyraf

Noraizah IdrisAzzryn Zainurin

Muhammad Athari Bin IsmailAlfean Aziz

Muhd Zulfadhli UsopZurwina Sharkawi

Muka depan Buletin Aku dan Bintang keluaran ke-12 menunjukkan kolaj gambar Mini Planetarium yang telah dibawa dan digunakan semasa Jerayawara Sahabat Astronomi di Baram.

Pembaca dapat melihat wajah-wajah kegembiraan para pelajar yang pertama kali melihat pertunjukan yang dibawa khas dari Planetarium Sultan Iskandar (PSI).

PSI dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) membawa suasana menonton pertunjukan yang selalunya akan dinikmati oleh mereka yang berada di sekitar bandar raya Kuching dan mereka yang sanggup berkunjung jauh untuk ke pla-netarium.

Planetarium di Sarawak ini bukan organisasi yang terbaru ataupun terkini di Malaysia, namun tujuan asalnya untuk membawa ilmu sains dan astronomi kepada masyarakat. Dengan tenaga kerja yang minimum, usaha juga dijalankan agar suasana pengajaran dan ilmu yang terdapat di planetarium ini dibawa ke-pada pelajar dan orang awam yang berada jauh di luar bandar.

Namun, ia masih lagi tidak mencukupi sekiranya kita membandingkan apa yang terdapat di Sarawak ini berbanding di tempat-tempat lain di Malaysia se-perti di Kuala Lumpur dan juga Kedah.

Keperluan untuk memiliki pusat sains sebagai tempat tumpuan ilmu sains adalah amat tinggi memandangkan bukan semua yang mampu untuk membeli tiket dan berkunjung ke Semenanjung Malaysia.

Minat terhadap sains dan teknologi di negara kita perlu ditingkatkan melalui adanya pusat-pusat sains yang mampu untuk memberikan pengajaran secara praktikal.

Sifat manusia yang sentiasa ingin tahu akan membantu menyemarakkan lagi semangat terhadap sains dan astronomi ini, lebih-lebih lagi jika adanya tempat yang dapat memberikan aspek pengajaran ini.

Kanak-kanak di negara Barat misalnya telah didedahkan dengan aspek-as-pek sains dan astronomi yang dianggap amat rumit melalui permainan secara praktikal di muzium-muzium sains mereka.

Secara tidak langsung wujudnya kaedah pembelajaran mereka ketika kanak-kanak ini sibuk bermain permainan yang disediakan di muzium sains tersebut.

Inilah yang diperlukan di tempat kita dengan kita perlu mendedahkan golo-ngan kanak-kanak dan remaja terhadap aspek sains dan astronomi agar wujud-nya minat mereka supaya ia terus menjurus kepada sains dan teknologi.

Muzium sains pemangkin pembelajaran sains dan astronomiMini Planetarium tarikan utama Jerayawara Sahabat Astronomi 2012 - 4

Kerjasasama Planeta-rium Negara, PSI dalam Perkhemahan Sahabat Astronomi 2012 - 5

Kiosk The Planisphere di PSI - 5

AMNH pusat sains dunia - 6

Zooniverse - Projek Bima Sakti - 8

Tujuh sebab mengapa belajar astronomi di planetarium - 9

Mengenali ilmu di muzium sains dunia - 10

Pengisian ilmu dengan kunjungan ke Bibliotheca Alexandria - 12

Bumi akan diserang? - 14

New York Hall of Science uji minda pengunjung - 16

Lima sebab mengapa kita harus mengenali astrono-mi - 17

Koleksi pesawat terbesar muzium Smithsonian - 18

Pertunjukan sains isi ilmu pengunjung PSI - 19

Cerapan terakhir transit Zuhrah tarik 400 pengun-jung - 20

Page 3: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 20123

Perutusan

Datu Romie Sigan DanielPresiden

Persatuan Astronomi Sarawak

Salam Kemerdekaan yang ke-55 dan Selamat Me-nyambut Hari Malaysia kepada pembaca Buletin Aku dan Bintang. Semoga dengan kemerdekaan

yang dikecapi hari ini akan terus membangunkan Malay-sia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dengan adanya status kemerdekaan ini jugalah kita berpeluang untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang sains angkasa dan astronomi.

Pada tahun ini, kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) yang bertujuan untuk menggerakkan agenda pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia.

Dengan bertemakan ‘Sains dan Inovasi Pemacu Trans-formasi’, tahun SGI2012 ini merupakan kesinambungan kepada Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia (Malaysia Inovatif 2010) dan Tahun Penggalakan Sains dan Matema-tik 2011 yang secara berterusan untuk membudayakan serta mengamalkan sains, kreativiti dan inovasi di semua peringkat.

Pelbagai program dan aktiviti telah dan akan dilak-sanakan bagi menyokong usaha kerajaan di dalam memar-tabatkan sains dan teknologi serta mencetus minda untuk meningkatkan kesedaran terhadap aplikasi sains, kreativiti

dan inovasi terhadap kehidupan seharian.Ini termasuklah dengan usaha Planetarium Sultan Is-

kandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti seperti mengadakan jerayawara ke kawasan pedalaman dan luar bandar dengan menggunakan Dana Belia 1Malaysia bagi memperkenalkan bidang sains angkasa dan astronomi ke-pada golongan sasar.

Selain itu, aktiviti lain seperti perkhemahan astronomi dan Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) turut diadakan secara berterusan bagi memastikan golongan sa-sar, khususnya pelajar-pelajar sekolah sentiasa peka dengan perkembangan terkini dunia sains angkasa dan astronomi.

Dalam masa yang sama, mereka turut didedahkan de- ngan konsep kreativiti dan inovasi untuk diaplikasi di dalam bidang berkaitan bagi anjakan paradigma minda dan berdaya saing dengan perubahan semasa.

Sokongan daripada semua pihak termasuk agensi ke-rajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan ko-muniti amat diperlukan bagi memastikan usaha ini berjaya dilaksanakan dan mencapai sasarannya.

Terima kasih diucapkan kepada anda yang sentiasa me-nyokong usaha dan memberi kerjasama kepada PSI-SAS selama ini di dalam memartabatkan dan membudayakan sains angkasa dan astronomi di kalangan masyarakat!

Page 4: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 4www.planetarium-sarawak.org

Mini Planetarium tarikan utama Jerayawara Sahabat Astronomi 2012

Buat pertama kali, rombongan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astrono-

mi Sarawak (SAS) telah membawa Mini Planetarium dalam program Jerayawara Sahabat Astronomi 2012.

Mini Planetarium ini sebagai me-nampilkan sedutan pertunjukan yang terdapat di PSI dan rombongan je-rayawara cuba membawa planetarium kepada mereka yang berada jauh dari Kuching.

Bagaimanapun para pelajar dari Baram, Marudi sahaja yang berpe-luang untuk mencuba mini planeta-rium ini dengan rombongan Sahabat Astronomi telah berkunjung ke SK Rumah Gudang, SK Sungai Setapang, SK Good Shepherd dan SMK Telang Usan pada 14 hingga 21 Julai 2012.

Reaksi pelajar apabila pertama kali menonton sedutan pertunjukan dalam Mini Planetarium adalah penuh de-ngan rasa kagum dan seronok.

Di samping itu, mereka turut ber-peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti semasa program jerayawara se-perti aktiviti mencari buruj, membuat carta bintang, mencerap bintang dan matahari dan mencuba roket air.

Bagi jerayawara ini, seramai 800 orang telah mendapat manfaat dari-pada ilmu yang disampaikan.

Jerayawara Sahabat Astronomi tu-rut diadakan di Bahagian Betong meli-batkan SK Nanga Ajau dan SK Issu Bangat pada 21 dan 22 Mac 2012.

Di Kapit pula melibatkan SK Sg. Amang, SK Sg. Kapit dan SMK Kapit pada 16 hingga 20 April 2012.

Namun, di kedua-dua tempat ini, hanya aktiviti-aktiviti seperti mem-buat carta bintang, melancarkan roket air, mencari buruj, mencerap bintang

dan matahari serta Augmented Reality (AR) diadakan.

Mini Planetarium belum lagi di-peroleh pada ketika jerayawara di-adakan di Bahagian Betong dan juga Kapit.

Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak turut menjadi tenaga penga-jar ketika jerayawa ini termasuk Muhd Zulfadhli Usop, Mohd Asyraf Affen-di, Abdul Rahman Hisham, Mohamad Aiman Jamel dan Mohd. Lufti Mohd. Mortaza.

Sesi interaktif antara pelajar ketika jerayawara yang diadakan di Limbang.

Mencari buruj di SK Nanga Ajau, Be-tong.

Membuat carta bintang di SK Sg Amang, Kapit.

Membuat latihan kajian mental bumi di SK Issu Bangat, Betong.

Seorang pelajar sedang bersedia untuk melancarkan roket air di SK Rumah Gudang, Baram.

Melihat matahari dengan menggu-nakan teleskop Coronado di SK Good Shepherd, Baram.

Kagum dengan teknologi Augmen-ted Reality (AR) di SK Sg. Setapang, Baram.

Page 5: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 20125

Kerjasama Planetarium Negara, PSI dalam Perkhemahan Sahabat Astronomi 2012

Perkhemahan Sahabat Astrono-mi 2012 telah diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2012 di Pla-

netarium Sultan Iskandar dan Kom-pleks Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah.

Perkhemahan ini telah membawa kira-kira 110 pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4 dari sekolah-sekolah di Sadong Jaya, Simunjan, Betong, Saratok, Ro-ban dan Sematan, selain pelajar jem-putan dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi dan SMK Tunku Abdul Rah-man.

Perkhemahan kali ini turut me-nampilkan jemputan tenaga penga-jar dari Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara iaitu Lau Chen Chen, Nur’ Fazilah dan Redzuan Tahar yang memfokuskan pengajaran mereka ke-pada kesan cuaca angkasa dan astro-fotografi.

Di samping itu, terdapat juga penceramah jemputan, Paul Bourke dari University of Western Australia yang memberikan ceramah tentang visualisasi astronomi.

Peserta juga telah berpeluang un-tuk menghasilkan jam hibrid matahari

serta mereka turut dikehendaki meng-hasilkan projek poster yang berkaitan dengan astronomi seperti teori rela-tiviti umum, teori evolusi bintang dan lohong hitam.

Apa yang menarik tentang poster-poster ini adalah peserta perlu meng-hasilkan poster yang berbentuk tiga dimensi atau mempunyai jalinan sen-tuhan.

Setelah menghasilkan poster terse-

but, peserta dikehendaki memben-tangkan poster-poster yang telah di-hasilkan kepada hakim-hakim sebagai bukti bahawa mereka memahami apa yang telah dihasilkan.

Seperti sebelumnya, perkhemahan sahabat astronomi ini telah berjaya mewujudkan semangat persahabatan antara peserta yang menjadi motif utama program selain berkongsi ilmu astronomi kepada peserta.

The Planisphere merupakan sebuah kiosk interaktif yang dibangunkan bertujuan untuk

mendedahkan kepada orang awam mengenai carta bintang dan buruj melalui pendekatan yang baru iaitu menerusi interaktif multimedia.

Pendekatan ini dipilih atas dasar lebih mudah menarik perhatian pe-ngunjung kerana pendekatan ini sa-ngat dekat kepada orang zaman in-telektual kini.

The Planisphere mengandungi empat bahagian :

1. Informasi Planetarium Sultan Is-kandar

• Butiran mengenai PSI (alamat, nombor telefon, logo, laman sesawa-ng rasmi, halaman Facebook, halaman Twitter dan saluran Youtube)

2. Carta bintang (Utara dan Se-latan)

• Utara – bintang dan buruj yang kelihatan pada waktu malam di sebe-lah utara.

• Selatan – bintang dan buruj yang kelihatan pada waktu malam di sebe-lah selatan.

• Ciri-ciri Stellarium digunakan seperti menghilangkan dan mengem-balikan kembali bintang dan buruj menggunakan kotak tanda (checkbox-es).

3. Buruj• Cerita ringkas mengenai bu-

ruj. Sembilan belas jenis buruj yang

telah disediakan. (Andromeda, Aq-uila, Draco, Hercules, Leo, Cancer, Pisces, Perseus, Pegasus, Sagittarius, Aries, Capricon, Libra, Gemini, Tau-rus, Orion, Ursa Major & Ursa Minor, Aquarius and Scorpio)

4. Teka-teki atau permainan• ‘Puzzle’ disediakan bagi menam-

pakkan The Planisphere lebih me-narik.

Secara ringkasnya, dengan keha-diran The Planisphere ini, kami ber-harap mampu memberi sedikit se-banyak pengetahuan mengenai carta bintang dan buruj kepada orang awam terutamanya kepada pengunjung-pe-ngunjung PSI.

Untuk mencuba The Planisphere, sila kunjungi PSI setiap hari pada wak-tu pejabat.

Kiosk The Planisphere di PSIAzzryn ZainurinPelatih Industri

UiTM

Peserta sibuk membuat projek di lokasi Kompleks Yayasan Sarawak, Jalan Sul-tan Tengah, Kuching.

Page 6: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 6www.planetarium-sarawak.org

American Museum of Natural History atau AMNH terletak di bandar Manhattan, New

York dan ia telah ditubuhkan sejak 1869 dengan kira-kira 5 juta pengun-jung yang mengunjungi muzium ini setiap tahun. Muzium tersebut ter-diri daripada 25 bangunan yang ber-sambung antara satu sama lain yang menempatkan 46 dewan pameran tetap, makmal penyelidikan dan per-pustakaan.

Pameran tetapAntara dewan-dewan pameran

tetap di muzium tersebut termasuk;• Anne and Bernard Spitzer Hall of

Human Origins - Pameran berkai-tan dengan evolusi manusia.

• Galeri Besar - Ruang utama mu-zium bertentangan dengan Central Park yang menempatkan rangka dinosaur Great Canoe setinggi 63 kaki.

• Iridescent Opals - Pameran batu opal.

• Rare Jade Slab - Spesimen mineral batu jed.

• Iridescent Ammolite - Pameran fo-sil batu gem berusia 80 juta tahun.

• Spectacular Stibnite - Pameran batu stibnite

• Dewan Fosil - Dewan yang me-nampilkan rangka-rangka dinosaur.

• The Arthur Ross Hall of Meteo-rites - Dewan yang menampilkan beberapa koleksi batu meteorit ter-masuk batu besi meteorit seberat 34 tan digelar Ahnighito.

• The Milstein Hall of Ocean Life - Dewan yang menempatkan pel-bagai jenis diorama hidupan laut termasuk model ikan paus sepan-jang 94 kaki.

• The Gottesman Hall of Planet Earth - Dewan pameran yang me-nempatkan koleksi geologi.

Rose Center For Earth and Space

Pusat Rose menempatkan Plan-etarium Hayden yang menjadi seba-hagian daripada muzium sejak tahun 2000 lagi. Bagaimanapun, ia merupa-kan planetarium yang telah ditubuhkan pada 1933 sebelum ia menjadi sebaha-gian daripada Pusat Rose. Planetarium ini berbentuk sfera dengan kedudu-

kannya seperti terapung-apung diso-kong oleh tiang-tiang di empat sudut. Di sekeliling planetarium ini terdapat ruang pameran sistem suria berskala, evolusi galaksi, pameran meteorit dan kedai cenderamata planetarium. Tea- ter Planetarium Hayden pula mem-berikan tayangan digital dengan meng-gunakan Projektor Zeiss Star yang mampu mewujudkan persekitaran angkasa lepas yang berkualiti tinggi. Di sfera bawah planetarium pula me-nempatkan pameran Big Bang dengan pengunjung akan dibawa ke permu-laan pembentukan alam semesta sejak 13 bilion tahun lalu. Untuk menonton tayangan planetarium, pengunjung perlu membeli tiket tambahan seban-yak AS$25.

Pameran bertemaAMNH juga menempatkan ru-

ang-ruang bagi pameran-pameran bertema termasuk;• Creatures of Light: Natures’ Bio-

luminescence - Pengenalan kepada makhluk yang mampu mengeluar-kan cahaya seperti kelip-kelip.

• Beyond Planet Earth: The Future of Space Exploration - Pameran tentang misi robotik ke angkasa lepas seperti penerokaan ke planet

AMNH pusat sains dunia

Penulis telah berpeluang untuk berkunjung ke salah sebuah muzium yang paling banyak menampilkan simpanan dan spesimen yang terle-tak di New York, Amerika Syarikat. Muzium yang terletak berhadapan

dengan Central Park merupakan antara muzium yang paling besar dan kun-jungan ke tempat ini pastinya memberikan kepuasan lebih-lebih lagi bagi mereka yang dahagakan ilmu.

Alfean Aziz

Page 7: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 20127Marikh.

• Journey to the Stars - Tayangan planetarium yang diolah suara oleh Whoopi Goldberg yang membawa pengunjung 13 bilion tahun ke za-man silam apabila alam semesta mula terbentuk.

• Born to Be Wild IMAX Film - Tayangan filem IMAX yang me-nampilkan bagaimana manusia berusaha untuk menyelamatkan orang utan dan gajah terbiar.

• Picturing Science: Museum Sci-entist and Imaging Technologies - Pameran yang menampilkan 20 set imej berformat besar tentang penyelidikan yang dijalankan di muzium.

• Highway of An Empire: The Great Inca Road - Pameran fotografi yang menampilkan perjalanan se-jauh 25,000 batu jalan yang dibina oleh masyarakat Inca enam abad lalu di Amerika Selatan.

UlasanPerjalanan ke AMNH amat mu-

dah dengan menggunakan Subway, yang merupakan perjalanan utama bagi warga New York dengan hanya membayar AS$2.50 bagi setiap per-jalanan ke mana-mana sahaja. AMNH mempunyai beberapa pintu masuk termasuk yang dihubungkan terus dari Subway.

Pengunjung mempunyai beberapa pilihan untuk membeli tiket sama ada untuk membeli tiket bagi kemasukan umum sebanyak AS$22, namun seki-ranya anda membeli tiket termasuk tayangan planetarium, IMAX dan Creatures of Light: Natures’ Biolumi-nescence, anda hanya perlu membayar sebanyak AS$33 sahaja.

Muzium sains ini amatlah besar yang menghubungkan dari satu ba-ngunan ke bangunan yang lain. Den-gan pelbagai koleksi spesimen serta pa- meran yang ada dalam bangunan tersebut, tidak mustahil pengunjung perlu menghabiskan masa kira-kira beberapa hari untuk melihat semua pameran yang ada di dalam muzim tersebut. Rombongan kami hanya dapat menghabiskan masa yang amat singkat dari jam 10 pagi (waktu di-buka) sehingga 5.30 petang (waktu di-tutup), dan berpendapat kami belum lagi selesai meneroka keseluruhan pa-meran di dalam muzium tersebut.

Pengunjung dibenarkan untuk mengambil gambar semua bahan-bahan pameran yang menampilkan ri-buan spesimen kerana tidak logik bagi pihak pengurusan muzium untuk me-larang pengunjung untuk berkongsi pengalaman mereka ketika berada di dalam muzium tersebut.

Biarpun ratusan pengunjung yang berkunjung ke muzium tersebut pada hari lawatan, namun pihak muzium mampu mengawal dari segi kemasu-kan pengunjung, terutama apabila se-tiap pengunjung perlu membuka beg masing-masing untuk mengelakkan antara pengunjung yang membawa senjata ke dalam muzium. Laluan pen-gunjung juga terkawal dan pihak pen-gawal keselamatan juga membantu para pengunjung yang tersesat ketika berada di dalam muzium.

Apa yang menarik tentang mu-zium ini adalah ia dihidupkan melalui sumbangan daripada orang ramai yang merupakan salah satu daripada sumber kewangan muzium. Ini me-nyebabkan terdapatnya dewan-dewan ataupun ruang pameran yang mem-punyai nama penyumbang kepada muzium. Malah, kerusi-kerusi yang terdapat di dalam planetarium turut mempunyai nama-nama setiap pen-derma. Ia mewujudkan seakan-akan adanya komuniti yang memberikan

sumbangan dan menjaga bahan-bahan pameran bagi generasi-generasi akan datang. Penglibatan komuniti dalam memberikan sumbangan ini patut di-jadikan contoh bagi masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan agar kewujudan muzium serta pusat sains tidak hanya menjadi tanggungan pihak kerajaan sahaja.

Selain pengunjung melihat-lihat bahan pameran di muzium, wujudnya juga aspek interaktif dengan mereka yang mempunyai telefon bimbit pintar seperti iPhone digalakkan memindah turun apps dan ‘menangkap’ simbol-simbol dalam pameran angkasa lepas untuk koleksi dikumpul dalam telefon bimbit masing-masing. Tujuannya agar setiap pengunjung melalui setiap laluan pameran dan sebagai bukti de-ngan adanya sistem koleksi pameran tersebut.

Ilmu yang diperoleh semasa be-rada di AMNH amatlah bernilai kerana ia merangkumi semua bidang dari astronomi, kajian manusia, fosil, haiwan, budaya dan banyak lagi. Ti-dak dinafikan mengapa kanak-kanak di New York mempunyai peluang dan minat tersendiri ketika membesar kerana mereka mempunyai kemuda-han yang menggalakkan percambahan ilmu pengetahuan melalui penerokaan minat masing-masing.

Model sistem suria yang terdapat di Rose Center For Earth and Space, Ameri-can Museum of Natural History.

Page 8: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 8www.planetarium-sarawak.org

Pembaca pastinya ingat ke-pada dua artikel yang pernah saya tulis sebelum ini menge-

nai projek Zooniverse. Zooniverse adalah projek ‘Citizen Scientist’ iaitu projek saintis mudah yang boleh di-sertai oleh orang awam.

Projek Galaxy Zoo sebagai con-toh, membantu peserta membuat pengkelasan bentuk galaksi melalui pilihan sama ada galaksi berbentuk pi-lin, lingkaran atau membujur. Projek Planet Hunter pula membantu peserta mencari planet yang extrasolar melalui pengecaman ‘isyarat amplitud yang di-ganggu’.

Projek Bima Sakti ini pula mem-bantu peserta mencari bintang muda iaitu dengan cara membulatkan calon bintang muda. Tetapi, apakah kewa-jarannya membulatkan gambar yang mempunyai bintang muda?

Apabila peserta masuk (login) ke dalam sistem (lihat Gambar 1.0), peserta akan dipaparkan dengan be-berapa siri gambar yang diambil oleh teleskop angkasa Spitzer sebagai se-bahagian dari projek yang dipanggil GLIMPSE. Ia melibatkan 440,000 imej yang terdiri daripada bintang muda, gas dan debu.

Garisan melintang Galaksi Bima Sakti (lihat Gambar 2.0) adalah gari-san pertengahan yang membelah Ga-laksi Bima Sakti yang kita dapat lihat pada waktu malam. Ini bermakna gambar ini adalah gambar dari jaluran Bima Sakti yang kita lihat pada waktu malam yang cerah dan tidak berawan di kawasan yang gelap.

Jadi apa kaitannya dengan mem-bulatkan bintang muda?

Inilah perkara yang kita hendak ketahui di dalam projek ini. Jika dili-hat menerusi teori evolusi, bintang di kawasan ini adalah bintang muda yang berjisim tinggi dan sungguh terang dengan cahaya yang dihasilkan telah menyebabkan impak kepada gas berada di sekelilingnya sehingga sep-erti buih (lihat Gambar 3.0). Kawasan berwarna merah bermaksud kawasan pasca impak manakala yang berwarna

Zooniverse - Projek Bima Sakti

hijau adalah kawasan yang sedang ber-laku impak.

Hasil dari tolakan ini juga mening-katkan peluang bahan ke satu keadaan kepadatan jirim. Kepadatan jirim akan meningkatkan graviti dan ini akan memberi peluang kepada graviti bagi menarik lebih banyak jirim yang ada di sekitarnya untuk membentuk bintang.

Membulat buihJika dilihat pada sidebar tool se-

belah kiri pada Gambar 1.0 di atas, terdapat alat khas yang digunakan untuk membulatkan buih-buih yang disepadankan. Sila rujuk Gambar 3.0 untuk menggunakan sidebar tool untuk membulatkan buih. Langkah pertama yang harus dibuat ialah:

1. Bulatkan buih yang telah di-sepadankan.

2. Padam bahagian buih yang

Gambar 1.0 Peserta projek akan dipaparkan dengan imej untuk dibulatkan seki-ranya dapat mengecam objek seakan buih.

Gambar 2.0 Garisan lintang Bima Sakti yang dapat dilihat di kawasan gelap sewaktu langit tidak berawan (sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Milky_Way_Arch.jpg).

Bersambung di muka 9

Page 9: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 20129

tiada. 3. Sesuaikan bahagian buih de-

ngan yang ketiga. 4. HantarButang-butang yang lain pula agak

jarang digunakan. Adalah dicadangkan supaya peserta mencubanya sendiri.

KesimpulanProjek membulatkan buih ini

adalah salah satu dari enam buah pro-jek mudah yang membolehkan orang awam terlibat dengan projek saintis. Projek ini memerlukan pengkela-san secara manual kerana komputer belum lagi mampu untuk membuat pengecaman. Ia merupakan cara mu-dah untuk orang awam terlibat de-ngan projek saintis tanpa melibatkan formula matematik yang agak adalah merumitkan.

Jadi sekiranya anda belum terlibat dengan mana-mana projek Citizen

Scientist ini, marilah bersama-sama ke portal http://www.zooniverse.org dan pilih “The Milky Way Project”

untuk menyumbang kepada pemba-ngunan pengetahuan astronomi!

Gambar 3.0 Menggunakan sidebar tools untuk memilih buih yang telah dicam-kan.

1. Sebarang sahaja topik yang meli-batkan langit boleh dilihat secara tiga dimensi. Teks pada papan hitam dan slaid tidak dapat menghasilkan per-spektif omni-arah seperti di dalam planetarium.2. Langit boleh dilihat tanpa gangguan cuaca.3. Pelajar tidak perlu untuk menunggu lama selepas sesi pengajaran dan pem-belajaran (P&P) daripada guru untuk praktikal cerapan. Ini akan mening-katkan daya ingatan pembelajaran di sekolah. 4. Langit boleh ditunjukkan dari pel-bagai lokasi sama ada dari Bumi atau planet lain serta boleh ditunjukkan mengikut masa atau tarikh yang dike-hendaki, sama ada masa lepas atau masa akan datang.5. Pergerakan objek samawi di langit dapat diilustrasikan, dengan setiap kitaran dapat dipermudah dan di-pendekkan bagi membolehkan pelajar menghayati keadaan sebenar perger-

Tujuh sebab mengapa belajar astronomi di planetarium

akan objek di langit yang mempunyai tempoh berkala tertentu.6. Ramai kanak-kanak yang membesar di kawasan bandar tidak sedar akan aspek langit malam yang mempunyai kadar pencemaran cahaya yang tinggi. Hanya kanak-kanak di luar bandar dapat melihat langit malam yang cerah dengan ribuan bintang di samping

dapat melihat jujukan Galaksi Bima Sakti. Planetarium dapat menunjuk-kan Bima Sakti dan pergerakan jasad samawi yang lain di dalam kegelapan teater.7. Efek-efek tambahan seperti sistem bunyi tiga dimensi dapat menambah-kan lagi pengalaman berada di langit malam dan angkasa.

Page 10: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 10www.planetarium-sarawak.org

Mengenali ilmu di muzium sains dunia

1 2

3 4

5 6 7

Page 11: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 201211

Mengenali ilmu di muzium sains dunia

1. Model Rover Marikh Spirit yang dipamerkan di Ameri-can Museum of Natural History, New York.

2. Tulang-tulang dinosaur dalam Hall of Ornithischian Dinosaurs yang menjadi tarikan pengunjung di Amer-ican Museum of Natural History, New York.

3. Sebuah meteorit besar dipamerkan di bahagian Doro-thy and Lewis B. Cullman Hall of the Universe, Ameri-can Museum of Natural History, New York.

4. Kapsul angkasa lepas antara pameran yang dilihat di Smithsonian National Air and Space Museum, Wash-ington DC.

5. Model Sputnik, satelit buatan manusia pertama yang dilancarkan oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957 dipamerkan di Smithsonian National Air and Space Museum, Washington DC.

6. Model satelit yang dipamerkan di Smithsonian Na-tional Air and Space Museum, Washington DC.

7. Meteorit yang dipamerkan di American Museum of Natural History, New York.

8. Bangunan Rose Center for Earth and Space yang menjadi sebahagian daripada American Museum of Natural History, New York.

9. Hidupan laut yang telah diawet dipamerkan di Hall of Biodiversity, di American Museum of Natural History, New York.

10. Sejarah sains yang dipamerkan di New York Science Center.

11. Model teleskop Hubble yang dipamerkan di Smith-sonian National Air and Space Museum, Washington DC.

12. Sebahagian daripada pameran alam semesta yang dipamerkan di Smithsonian National Air and Space Museum, Washington DC.

8

9

10

11

12

Page 12: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 12www.planetarium-sarawak.org

Faliq AsyrafMesir

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pem-baca sekalian, apa khabar

semuanya? Mudah-mudahan semua dalam keadaan yang sihat, bahagia di samping orang yang tersayang. Pada kesempatan kali ini, saya ingin mem-bawa sahabat-sahabat sekalian ke bumi Mesir, yang popular dengan bi-naan piramidnya, juga digelar sebagai qiblat ilmu, kerana di situlah lahirnya ramai ulama-ulama hebat dalam pel-bagai bidang. Dan di situ jugalah ter-letaknya universiti pertama di dunia yang mengeluarkan sijil iaitu Univer-

siti Al-Azhar Asy-Syarif.Kali ini, saya ingin berkongsi pe-

ngalaman ketika melawat Planetarium di Bibliotheca Alexandria, Iskanda-riah, Mesir. Perjalanan ke Iskandariah mengambil masa kira-kira dua jam dari ibu negara Mesir iaitu Kaherah.

Bandar Iskandariah ini merupa-kan antara bandar pelancongan yang begitu indah kerana dikelilingi oleh laut yang biru dan pantai yang putih, memukau sesiapa sahaja yang meli-hatnya.

Maka tidak hairanlah bandar ini, dengan keadaan persekitarannya yang kondusif dijadikan lokasi un-tuk mewujudkan sebuah bandar ilmu bagi negara Mesir. Di sini jugalah ter-letaknya salah sebuah mercu tanda kebanggaan rakyat Mesir iaitu Biblio-

Pengisian ilmu dengan kunjungan ke Bibliotheca Alexandria

theca Alexandria atau lebih popular dengan istilah Maktabah Iskandariah (Perpustakaan Iskandariah).

Siap dibina pada tahun 2002 dengan kos pembinaan mencecah USD220 juta, Bibliotheca Alexandria ini dilengkapi dengan perpustakaan yang mengandungi tidak kurang dari-pada satu juta buah buku, dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet, sebuah Planetarium, em-pat buah muzium, empat galeri seni, 15 pusat pameran, lapan buah pusat penyelidikan, sebuah dewan persida-ngan, serta beberapa buah bilik me-syuarat. Turut menarik perhatian pe-ngunjung, adalah replika jam matahari yang dibina berdekatan Planetarium.

Pengunjung dikenakan bayaran sebanyak 5-10 Egyptian pound atau

Penulis (kanan) menerangkan cara penggunaan Jam Matahari kepada rakannya.

Page 13: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 201213

bersamaan RM3.00 hingga RM6.00 untuk masuk ke Planetarium ini ber-gantung kepada jenis pertunjukan. Pertunjukan akan ditayangkan dalam bahasa Arab, namun bagi yang tidak mempelajari Bahasa Arab, anda boleh mendengar terjemahan dalam Bahasa Inggeris menggunakan headphone yang disediakan. Ruang tayangan dilengka-pi dengan projektor fish-eye yang ter-kini dan dilengkapi sistem bunyi yang berkualiti.

Planetarium ini juga mempun-yai ruang pameran yang menempat-kan peralatan-peralatan astronomi seperti astrolabe dan permainan interaktif serta berinformasi untuk para pelawat mengenali astronomi dengan lebih mendalam. Peralatan-peralatan tersebut sebahagiannya dibeli oleh kerajaan Mesir sendiri, manakala sebahagian lagi adalah sumbangan negara-negara lain se- perti Belanda dan Perancis. Plan-etarium ini juga sering menganjurkan program-program astronomi teruta-manya pada cuti musim panas setiap tahun.

Diharap perkongsian ini mampu memberikan gambaran secara ringkas mengenai Planetarium dan Bibliothe-ca Alexandria secara umumnya. Se-hingga berjumpa lagi dalam penulisan yang akan datang, Assalamualaikum wbt.

Penulis bergambar dengan pakaian angkasawan.

Alat mengukur berat anda di bumi dan di planet-planet lain.

Keadaan di dalam ruang pameran Pusat Sains Planetarium.

Page 14: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 14www.planetarium-sarawak.org

Adakah benar planet yang didi-ami manusia ini akan ditakluk oleh makhluk daripada pla-

net lain? Perkara ini telah dinyatakan oleh

pihak National Aeronautic Space Ad-ministration (NASA) sendiri bahawa terdapat dua objek dari luar Sistem Su-ria seperti kapal angkasa sedang meng-hampiri ke arah Sistem Suria kita. Ob-jek yang berukuran sebesar dua buah padang bola sepak itu diekori bersama empat objek kecil seolah-olah anak kapal yang kecil. Ia menuju ke arah Bumi dengan berkelajuan cahaya dan dijangka tiba ke dalam Sistem Suria kita November ini.

Pihak Searching for Extraterres-

trial Intelligence (SETI) menyatakan memang benar terdapat objek yang sedang menghampiri Sistem Suria kita, akan tetapi belum dapat dipasti-kan kesahihannya. Ini kerana mereka tidak ingin sebarang kekecohan ber-laku di kalangan penduduk Bumi yang boleh mengancam keamanan sejagat.

Jika benar perkara ini berlaku, per-soalannya “adakah makhluk asing wu-jud” mungkin akan terjawab sekiranya berlakunya penaklukan ini.

Sekiranya kita mengkaji semula kesan unsur “WOW!” yang ditemui SETI, kesahihan gelombang tersebut amat diragui disebabkan saintis ber-pendapat bahawa ia mungkin gelom-bang siaran radio atau televisyen yang tidak berhala, atau siaran daripada puluhan atau mungkin ratusan tahun dulu yang terperangkap dalam ruang vakum angkasa dan menghasilkan gelombang lemah yang tidak berhala yang masih berlegar di ruang angkasa kita.

Gelombang ini secara tidak lang-

sung ditarik oleh satelit bumi dan menyebabkan berlakunya unsur “WOW!” seperti yang direkodkan oleh pihak SETI.

Artikel ini juga sedikit sebanyak menerangkan mengenai kajian ‘Extra-terrestrial’ atau kajian terhadap hidu-pan luar bumi yang mungkin menjadi persoalan kebanyakan ahli yang baru menceburi dalam bidang astronomi.

Soalan seperti “Adakah makh-luk wujud?”, “Dari mana datangnya UFO?”, “Benarkah ada hidupan di planet lain?” sering diajukan kepada planetarian termasuklah pengunjung yang berkunjung ke Planetarium Sul-tan Iskandar.

Walaupun isu ini sering diper-katakan berulang kali, namun segala persoalan terhadap perkara ini tidak mampu dijawab oleh planetarian kera-na pemikiran manusia adalah terbatas dan kewujudan ketamadunan “me-reka” adalah tidak jelas.

Kebarangkalian terdapatnya hidu-pan lain di luar bumi sentiasa ada,

Muhammad Athari Bin Ismail

UiTM

Bumi akan diserang?Gambar dari filem War of The Worlds (2005).

Page 15: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 201215

dengan terdapatnya penemuan fosil oleh NASA pada permukaan planet Marikh, malangnya ia hanyalah mik-robakteria yang bersaiz mikroskopik. Namun, penemuan ini membuktikan bahawa wujudnya hidupan lain di luar Bumi, cuma ia tidak wujud dalam ben-tuk hidupan yang kompleks dan tidak membentuk sebuah koloni mahupun mempunyai teknologi canggih seperti yang diwar-warkan.

Ada juga berpendapat bahawa makhluk asing, piring terbang dan ke-jadian aneh yang berlaku di luar bumi mungkin direka-reka dan didalangi oleh sesetengah pihak yang sengaja mereka cerita terutamanya oleh ma-syarakat Barat. Mereka terkenal de-ngan filem sains fiksyen dan ada juga berpendapat bahawa piring terbang dikaitkan dengan teknologi ketente-raan yang sudah lama dibangunkan oleh Barat.

Kemunculan objek di ruang ang-kasa yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi itu adalah hasil daripada ciptaan yang hebat dan telah disalah tafsir oleh orang awam yang tidak mengetahui asal usul objek tersebut.

Ahli-ahli sejarah turut mengesah-kan bahawa kejadian makhluk asing dan objek aneh dari luar ruang angka-sa telah lama berlaku, malahan ia telah berlaku ribuan tahun dahulu.

Perkara ini juga telah dibuktikan dengan lukisan pada dinding-dinding piramid di Mesir yang menunjukkan seakan-akan kapal angkasa dan juga dua bentuk makhluk yang berupa makhluk asing dari angkasa lepas pada

lukisan tersebut. Selain itu, di Peru, terdapat lukisan

besar yang digelar sebagai Nazca Line oleh penduduk tempatan yang juga merupakan salah satu keajaiban dunia, merupakan lukisan geometri yang ter-besar di dunia yang dilakarkan di atas permukaan gurun. Lukisan yang ber-skala besar itu mempunyai ketepatan geometri yang mengagumkan dan wu-jud sekitar 1500 tahun dahulu.

Amat mustahil jika manusia boleh melukis lukisan sebesar itu, ini kerana ketepatan geometrinya yang tepat dan penghasilannya amatlah sukar tanpa menggunakan teknologi yang boleh dilihat dari pandangan atas.

Kemudian timbul persoalan apakah mungkin terdapat teknologi canggih dalam menghasilkan lakaran ini? Ini kerana motif lakaran tersebut didapati mempunyai unsur-unsur fu-turistik dan geometrikal yang tidak terdapat pada lukisan yang kebiasaan dilukis oleh manusia zaman dahulu seperti lukisan pada dinding gua.

Penemuan motif lakaran berben-tuk manusia yang sedang memakai sut angkasa lepas dengan kewujudan ang-kasawan adalah amat mustahil pada ketika itu. Ini telah menimbulkan tan-da tanya kepada ahli sejarah dan juga saintis di seluruh dunia? Anda juga mungkin berpendapat bahawa semua kejadian ini adalah satu kebetulan, bagaimanapun banyak bukti sahih telah ditemui mengenai kewujudan makhluk tersebut.

Oleh itu, persoalan demi persoa-

lan sering bermain di dalam pemiki-ran manusia yang ingin mengetahui kejadian sebenarnya yang berlaku di galaksi lain dan adakah wujudnya tamadun yang mempunyai teknologi yang canggih?

Perkara ini memerlukan kajian secara terperinci dan bukannya teori semata-mata dengan saintis perlu berusaha menggunakan pelbagai cara untuk berhubung, merekodkan ke-munculan, mengkaji dan mengesan ruang Sistem Suria dan sebagainya. Dan bagaimana kajian ini dijalankan akan diulas dengan lebih lanjut pada siri Aku dan Bintang akan datang.

Rujukan1. Johnson M. (2012, June 3).

NASA’s Kepler Mission Confirms Its First Planet in Habitable Zone of Sun-like Star: http://www.nasa.gov/mission_pages/kepler/news/kepscicon-briefing.html

2. Lake F. (2012, May 13). Alien Spaceship to Attack Earth In November 2012: http://weekly-worldnews.com/aliens/26535/alien-spaceships-to-attack-earth-in-2011/

3. Klotz I. (2009, Nov 27). Have You Heard the one About Life On Mars?: http://news.discovery.com/space/have-you-heard-the-one-about-life-on-mars.html

4. Lumir G. Janku (2012, June 5). Spaceship and Aircraft on Pyramid Wall: http://www.enigmas.org/aef/lib/archeo/abydosm.shtml

Garisan Nazca.

Page 16: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 16www.planetarium-sarawak.org

New York Hall of Science (NYHS) terletak di kawasan Queens, yang memerlukan

perjalanan yang agak jauh sekiranya kita berada di bandar Manhattan, New York City. Bagaimanapun, per-jalanan dimudahkan dengan meng-gunakan perkhidmatan Subway. Ia merupakan pusat sains yang kecil sekiranya dibandingkan dengan pu-sat-pusat sains lain di Amerika Syari-kat.

NYHS telah ditubuhkan pada 1964 di Flushing Meadows-Corona Park sebagai sebahagian daripada World Fair sebelum ditutup pada 1979. Muzium ini kemudian meng-alami proses pengubahsuaian secara besar-besaran dan dibuka semula pada 1984.

PameranMuzium sains ini memfokus ke-

pada pendidikan pelajar berumur 1-17 tahun dan pengunjungnya terdiri dari-pada kanak-kanak daripada kawasan berdekatan yang ingin belajar tentang sains. Muzium sains tersebut mempu-nyai koleksi pameran tetap besar serta beberapa pameran bergerak.

Antara pameran tetap muzium sains tersebut termasuk; • Connections: The Nature of Net-

works• Feedback• Hidden Kingdoms: The World of

Microbes• Mathematica: A World of Num-

bers... and Beyond• Marvelous Molecules- The Secret

of Life• Preschool Place• Realm of the Atom• Rocket Park• Science Playground• Science Technology Library

• The Search for Life Beyond the Earth

• Seeing the Light• Sound Sensations: The Inside Story

of Audio• The Sports Challenge• Technology Gallery• Amateur Radio Station

UlasanNYHS merupakan sebuah pu-

sat sains interaktif sesuai bagi pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Kedudukannya agak jauh dari Man-hattan dan pengunjung terpaksa menggunakan perkhidmatan Subway untuk ke lokasi muzium tersebut.

Untuk masuk ke muzium sains pengunjung perlu membayar seba-nyak AS$5.50, namun untuk menon-ton pertunjukan IMAX, pengunjung perlu membuat pembayaran tambah-an sebanyak AS$3. Terdapat beberapa

New York Hall of Science uji minda pengunjung

NYHS merupakan sebuah muzium sains interaktif kecil, namun penuh dengan bahan-bahan pameran interaktif yang boleh dicuba oleh pengunjung. Mereka yang datang ke muzium ini tidak akan

berasa bosan dengan banyak bahan-bahan yang boleh dicuba untk menguji kecerdasan minda.

Page 17: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 201217

1. Astronomi adalah asas kepada sains dan antara bidang ilmu yang ter-tua. Ia memberi setiap individu per-spektif bagi masa dan ruang. Secara intuitif, manusia ingin mengenali alam di sekelilingnya semata-mata untuk menolak ruang lingkup kejahilan dan memahami alam semesta yang lebih luas. Sebab itulah wujud pelbagai mi-tos mengenai kejadian Bumi dan alam semesta di dalam semua budaya serta sejarah sejak beribu tahun yang lalu. 2. Astronomi adalah ilmu berguna bagi setiap individu. Masa adalah ber-dasarkan kepada pergerakan jasad as-tronomi. Takrif sehari, nama hari, ka-lendar dan empat musim telah wujud di dalam kalendar, dan ia merupakan aspek penting dalam sosiopolitik dan budaya kita semenjak sebelum wujud-

Lima sebab mengapa kita harus mengenali astronomi

nya tamadun awal manusia pada za-man Mesopotamia lagi. 3. Astronomi sering dikaitkan dengan subjek berkenaan tenaga. Matahari adalah sumber kepada ba-han api fosil, angin dan tenaga solar. Unsur-unsur radioaktif adalah penting di dalam tenaga nuklear serta sumber tenaga geoterma dan ia merupakan hasil dari proses yang pernah berlaku di dalam bintang yang telah meng-habiskan riwayatnya melalui letupan yang dahsyat (supernova). Tenaga air pasang-surut pula adalah disebabkan oleh tarikan graviti Matahari dan Bu-lan. Perlu diingatkan bahawa untuk mencari sumber tenaga pada masa hadapan manusia tidak perlu lagi meli-hat ke bawah (dalam Bumi) tapi seba-

liknya harus melihat ke atas. 4. Astronomi wujud di dalam pel-bagai subjek: subjek fiksyen atau bu-kan fiksyen, malah di dalam lagu-lagu atau kesenian, malah di dalam komik sekalipun! Ia juga wujud di dalam pseudosains seperti UFO dan asas ke-pada ramalan bintang. 5. Kajian berkenaan alam semesta seperti proses kejadian bintang dan data yang diambil dari misi kapal ang-kasa mampu mempromosi pemiki-ran yang konstruktif di dalam isu-isu falsafah dan psikologi di dalam men-jawab misteri satu soalan yang sering dikemukakan sejak berzaman: Adakah terdapat hidupan lain di alam semesta yang luas selain di Bumi? Adakah kita keseorangan?

pilihan filem dan pengunjung hanya perlu memilih tayangan yang sesuai bagi mereka.

Muzium sains ini dibina bagi fae-dah komuniti kawasan berdekatan. Saiznya kecil, namun bahan-bahan pameran yang terdapat dalam muzium tersebut adalah berbentuk interaktif. Ketika kami mengadakan lawatan, terdapat ramai kanak-kanak yang giat aktif untuk mencuba pelbagai jenis bahan-bahan pameran interaktif yang disediakan.

Ia merangkumi bahan-bahan pa-meran yang mengajar cara menggu-nakan ‘Mars rover’ kepada menjelas-kan secara saintifik melalui demon-strasi-demonstrasi yang mudah dan menyeronokkan.

Apa yang penting perlu kita lihat di sini adalah setiap pengunjung ber-peluang untuk mencuba bahan-bahan pameran yang terdapat di muzium sains tersebut. Tidak kurang juga, selain aktiviti di dalam bangunan, banyak juga aktiviti di luar bangunan disediakan agar wujudnya penglibatan pengunjung dalam setiap aspek ruang pameran.

Muzium sains ini dibina bagi faedah komuniti kawasan berdekatan. Saiznya

kecil, namun bahan-bahan pameran yang terdapat dalam muzium tersebut adalah

berbentuk interaktif.

Si cilik sentiasa ingin mencuba bahan pameran interaktif di dalam muzium sains.

Page 18: Aku dan Bintang 12

April 2012 - September 2012 • 18www.planetarium-sarawak.org

Smithsonian National Air and Space Museum terletak di Washington D.C dengan ia

merupakan sebahagian daripada 19 buah muzium yang terdapat di seki-tar Washington serta dua terletak di New York City dan sebuah di Chan-tilly, Virginia.

Muzium ini telah ditubuhkan pada 1946 sebagai National Air Mu-seum dan ia merupakan muzium yang mempunyai koleksi pesawat bumi dan angkasa lepas paling besar dunia yang dimuatkan dalam ruang sebesar 161,145 kaki persegi.

Hampir kesemua pesawat angkasa lepas yang dipamerkan di dalam mu-zium adalah pesawat sebenar ataupun ‘backup’ kepada pesawat yang asal.

UlasanMuzium ini amat besar dari segi

bilangan pesawat yang dipamerkan di muzium tersebut. Kedudukannya tidak jauh dari Capitol City dan juga

National Mall serta tugu peringatan di Washington DC menyebabkan-nya mudah dikunjungi memandang-kan dikelilingi oleh muzium-muzium Smithsonian lain.

Pengunjung tidak dikenakan se-barang bayaran untuk melihat bah-an-bahan pameran di muzium ini, namun pengunjung perlu membayar untuk menonton tayangan sebanyak USD9.00 dan USD6 bagi tayangan di Einstein National Planetarium.

Setiap ruang di dalam muzium ini mempunyai tema masing-masing de-ngan lobi utama menempatkan pel- bagai jenis pesawat moden serta mod-ul angkasa lepas dengan di bahagian-bahagian lain seperti berikut;

• World War II Aviation• Sea-Air Operations• Milestones of Flight• Lunar Exploration Vehicles• Apollo to the Moon• Exploring the Planets

• Early Flight, The Samuel P. Langley Gallery

• Jet Aviation• The Golden Age of Flight• Looking at Earth• Voyager: Around the World with-

out a Pit Stop• Legend, Memory, and the Great

War in the Air (WWI Aviation)• How Things Fly• Space Race• Explore the Universe• Voyage - A Journey Through Our

Solar System• The Wright Brothers & The Inven-

tion of the Aerial Age• America by Air• Military Unmanned Aerial Vehicles

(UAV)• Moving Beyond Earth• Pioneers of Flight, Barron Hilton

Di samping itu, terdapat juga ruang-ruang pameran bertema de- ngan konsep pamerannya berubah

Koleksi pesawat terbesar muzium Smithsonian

Muzium Smithsonian National Air and Space membawa pengun-jung untuk belajar tentang sejarah penerokaan angkasa dunia, dari sejarah penerbangan sehingga ke penjelajahan permukaan bulan.

Penulis amat kagum dengan muzium ini yang menempatkan pelbagai saiz dan bentuk model dan pesawat saiz sebenar dalam koleksi muzium yang paling besar dunia.

Page 19: Aku dan Bintang 12

• April 2012 - September 201219

Kebiasaannya, Planetarium Sultan Iskandar (PSI) akan dikunjungi oleh pelajar-pe-

lajar sekolah terutamanya pada setiap hujung tahun bagi mengadakan la-watan sambil belajar serta mengeta-hui dengan lebih lanjut tentang ilmu astronomi. Kunjungan rombongan pelajar-pelajar ini bukan sahaja dari sekitar bandar raya Kuching, malah ada yang datang sejauh dari Daerah Marudi.

Bagi pengisian kunjungan terse-but, PSI telah menyediakan beberapa aktiviti pertunjukan sains dan astrono-mi untuk para pelajar yang bertujuan memberi pendedahan secara ringkas sementara menunggu giliran untuk menonton tayangan di dalam teater.

Antara pertunjukan yang bakal ditayangkan bertajuk ‘Mitos Sistem Suria’ mengenai pendapat masyarakat zaman Yunani terhadap planet-planet dan kisah-kisah legenda serta kedudu-kan bagi setiap planet yang ada dalam

Sistem Suria kita. Selain itu, turut disediakan be-

berapa kelengkapan dan peralatan pandang dengar bagi melambangkan legenda sesebuah planet.

Pertunjukan sains dan astronomi ini sesuai bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah kerana ia meli-batkan tahap kefahaman yang cekap.

Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti-aktiviti lain yang turut menjadi pengisian kepada pelajar-pelajar se-perti Membuat Klip Kertas Terapung, Menghasilkan Bunyi Melalui Penyedut

dari semasa ke semasa. Untuk me-nambahkan lagi kemeriahan pengun-jung yang berkunjung ke muzium tersebut, mereka juga dihiburkan oleh persembahan muzik secara ‘live’ yang dibawakan oleh anggota tentera bergantung kepada acara atau majlis. Semasa kami melawat muzium terse-but terdapat persembahan daripada kumpulan anggota tentera sempena dengan Hari Veteran.

Dengan bilangan pesawat yang amat banyak pelbagai saiz dan bua-tan, ternyata muzium ini amat popular terutama bagi mereka yang berminat dengan sejarah penerbangan dan ang-kasa. Malah terdapat juga ruang khas bagi perkembangan sains angkasa daripada sejarah pembuatan teleskop kepada model teleskop Hubble yang berada di angkasa lepas.

Terdapatnya planetarium di mu-zium ini yang menyediakan tayangan planetarium digital dan ia juga mem-punyai projektor optikal mekanikal yang hampir sama dengan projek-tor Planetarium Sultan Iskandar bagi

menunjukkan bintang-bintang, buruj dan planet dengan jelas.

Sambutan pengunjung kepada muzium ini amat menggalakkan me-

Pertunjukan sains isi ilmu pengunjung PSI

mandangkan terdapat banyak ba-han pameran yang boleh diterokai di samping melibatkan aktiviti interaktif kepada kanak-kanak.

Minuman dan banyak lagi.Bagi pelajar tadika pula, aktiviti

yang sesuai turut disediakan seperti Saya dan Graviti.

Dengan adanya aktiviti-aktiviti ringkas seperti ini, ia dapat mem-bantu pelajar-pelajar memperoleh pengalaman dalam mempelajari ilmu astronomi yang dapat kongsikan ber-sama rakan-rakan. Dalam pada itu, pelajar-pelajar juga didedahkan de-ngan maklumat-maklumat menerusi aktiviti-aktiviti secara praktikal dan lebih interaktif.

Model ‘moon lander’ yang dipamerkan di muzium ini.

Page 20: Aku dan Bintang 12

Cerapan terakhir transit Zuhrah tarik 400 pengunjung

Fenomena transit Zuhrah yang berlaku pada 6 Jun 2012 telah berjaya menarik minat 400 orang berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk

menyaksikan transit planet Zuhrah yang terakhir pada abad ini. Transit yang seterusnya akan berlaku pada 2117.

Sesi aktiviti telah dibahagikan kepada beberapa baha-gian dengan 200 pengunjung telah berkumpul di dalam teater PSI seawal 9 pagi untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Jacob Sebastian, salah seorang penga-sas Persatuan Astronomi Sarawak.

Sesi seterusnya dijalankan oleh salah seorang ahli SAS, Encik Rambli Ahmad dengan mengadakan sesi taklimat dan tayangan video streaming transit bagi pengunjung yang tidak berpeluang untuk masuk ke dalam teater.

Kemuncak aktiviti pada kira-kira jam 11 pagi apabila pengunjung dibawa ke tapak cerapan untuk menyaksikan transit yang sedang berlangsung pada hari tersebut.

Dengan menggunakan beberapa teleskop dan teles-kop solar Coronado, orang awam dapat melihat fenomena tersebut dengan wajah gembira yang sebelum ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan internet.

‘Welding glass’ turut diedarkan kepada orang ramai bagi pengunjung yang ingin menyaksikan fenomena itu dengan menggunakan mata kasar.

Dari atas:1. Zurwina Sharkawi (kiri), ahli SAS bersama-sama kakitangan PSI mencerap feno-

mena transit di atas kertas yang dipancarkan oleh teleskop. 2. Encik Rambli Ahmad, ahli SAS sedang memberikan taklimat transit kepada pe-

ngunjung. 3. Ramai yang menunggu untuk mencerap transit dengan menggunakan teleskop. 4. Salah seorang pengunjung yang mencuba teleskop untuk melihat transit planet

Zuhrah. 5. Mencerap dengan menggunakan teleskop matahari Coronado.


Top Related