dokumen laporan bertulis

15
DOKUMEN PEMBUKTIAN HASIL PEMBELAJARAN HHHC9701- PENGURuSAN DAN KEUSAHAWANAN KUMPUL DAN DERMA TARIKH 10 MEI 2014 TEMPAT MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA, KAJANG ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI TEMA “GREEN AND GENEROUS”

Upload: faten-norfatihah

Post on 01-Jul-2015

178 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumen laporan bertulis

DOKUMEN PEMBUKTIAN HASIL PEMBELAJARAN

HHHC9701- PENGURuSAN DAN KEUSAHAWANAN

KUMPUL DAN DERMA

TARIKH

10 MEI 2014

TEMPAT

MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA, KAJANG

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

TEMA

“GREEN AND GENEROUS”

Page 2: Dokumen laporan bertulis

1.0 MAKLUMAT PROGRAM KESELURUHAN

No Kelulusan JPPEL: DN00306/2014

Program : Kumpul dan Derma

Penganjur : Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi

(PMFST) UKM

Jawatan : Timbalan Setiausaha

Tarikh : 10 Mei 2014

Tempat : Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Kajang

Dengan ini saya sertakan :

a. Surat Kelulusan JPPel : Lampiran A

b. Laporan Keseluruhan : Lampiran B

c. Ringkasan Eksekutif : LampiranC

d. Minit mesyuarat : Lampiran

Page 3: Dokumen laporan bertulis

2.0 Perancangan

Perancangan pada mulanya adalah untuk memberi bantuan keperluan kepada Mahaad

Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha ,Kajang dari segi keperluan.Namun dana yang diperlukan

tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan.Sebelum itu, saya dan beberapa Majlis Tertinggi

yang lain mengadakan pertemuan dengan pengetua Mahaad tahfiz sendiri untuk berbincang

mengenai barang-barang keperluan yang diperlukan.Setelah perbincangan berlangsung, Pihak

Mahaad kekurangan sejadah untuk pelajar-pelajar solat berjemaah dan rehal untuk mereka

membuat aktiviti keagamaan seperti membaca kitab Al-Quran.Jadi,pihak kami mengadakan

program Kumpul dan Derma bagi memenuhi tuntutan ini.

3.0 Pelaksanaan

Perlaksanaannya kami mengadakan kitar semula barangan terpakai di sekitar kawasan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) termasuk kolej-kolej kediaman.barangan kitar

semula itu kami kumpul disuatu tempat yang dikhaskan dan menjualnya kepada Pusat Kitar

Semula UKM sendiri.Seterusnya bagi menambah dana untuk membeli keperluan,Saya dan

ahli jawatankuasa yang lain mengadakan satu jualan berhadapan dengan Pusat Mahasiswa

Fakulti Sains dan Teknologi mengunakan modal sendiri.

4.0 ringkasan laporan

Setelah dua minggu mengadakan jualan dan menjual semua barangan kitar semula

yang dikumpul, kami mempunyai dana yang cukup bagi membeli barangan yang diperlukan

oleh Mahaad Tahfiz.Saya dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain sepakat untuk membeli

belah barang keperluan yang diperlukan oleh pihak mhaad.Kami juga berjaya mendapatkan

sumbangan Al-quran dari pihak as-syifa’.

Sebagai seorang mahasiswi UKM,saya didedahkan dengan kemahiran pengurusan dan

keusahawanan kerana terdapat juga subjek major berkaitan dengan pengurusan dan

keusahawan yang saya pelajari.Bagi memantapkan lagi,kemahiran saya dalam bidang

Page 4: Dokumen laporan bertulis

pengurusan dan keusahawanan saya menyertai program ‘Kumpul dan Derma’.Program ini

bukan sahaja mengasah bakat saya dalam pengurusan dan keusahawan bahkan memupuk

sikap perihatin dalam diri untuk menolong pihak-pihak yang memerlukan diluar sana.Bermula

perjalanan program kami dua bulan sebelum program berlangsung dengan mengumpul kitar

semula barangan seperti botol mineral,tin aluminium,kotak,kertas dan sebagainya di kolej-

kolej kediaman UKM dan kami jual kepada Pusat Kitar Semula UKM.Modal yang dijana

daripada hasil jualan ini kami gunakan sebagai modal untuk membuat satu jualan berhadapan

dengan PMFST.Kami membuat jualan aiskrim,kentang goreng, air minuman,bubur

nasi,cengkodok dan sebagainya.Selain daripada itu,sebagai timbalan setiausaha saya juga

membuat pemasaran bagi menambah keperluan pihak Mahaad dan hasilnya kami berjaya

mendapatkan dua puluh buah Al-Quran dan hasil jualan juga kami berjaya membeli dua

gulung sejadah panjang dan dua puluh lima rehal.Pada 10 Mei,kami menyerahkan bantuan itu

kepada pihak mahaad selain mengadakan aktiviti bersama pelajar-pelajar mahaad dan

memberi sagu hati kepada mereka.

Menerusi program yang saya sertai ini,memupuk kemahiran pengursan dan

keusahawanan dalam diri agar lebih berani untuk memulakan perniagaan pada masa akan

datang.Bermodal wang yang sedikit untuk membuat jualan adalah satu risiko yang besar bagi

saya dan pasukan saya kerana kerahan tenga seramai tujuh orang pada masa itu.Namun atas

semangat kami semua mencari ahli jawtan kuasa yang baru dan mengiatkan usaha mengitar

semula barangan dapat meneruskan kelangsungan perniagaan kami sehingga berjaya meraih

pulangan yang lumayan.Hal ini,menambah minat kepada saya untuk menceburi bidang

pengurusan dan perniagaan apada masa akan datang.Melalui program ini juga saya

didedahkan lagi kepada projek keusahawanan yang sebenar dan keinginan menguasai bidang

ini membuak-buak.Banyak yang saya pelajari dalm program ini,antarnya kerja

berpasukan.Walaupun sebagai Majlis Tertinggi,saya juga turun padang bagi merealisasikan

program ini,strategi kami berniaga di hadapan PMFST juga berhasil kerana ia merupakan

pusat tumpuan pelajar dan kami berjaya menarik perhatian mereka untuk singgah ke gerai

kami dan kami juga dapat menguruskan gerai kami dengan baik.Wang keluar masuk melalui

perniagaan kami juga dijaga dengan rapi apabila kami berjaya mendaptkan sumbangan Al-

quran dan buku-buku dan saya juga boleh mengurskan maklumat perniagaan dengan baik.hal

ini,memotivasikan diri saya untuk meneburi bidang ini pada suatu hari nanti. Disini saya juga

sertakan beberapa bukti sepanjang melakukan program ini

Page 5: Dokumen laporan bertulis

LAMPIRAN A:

Page 6: Dokumen laporan bertulis

LAPORAN PROGRAM KESELURUHAN

KUMPUL DAN DERMA

TARIKH

10 MEI 2014

TEMPAT

MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA, KAJANG

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

TEMA

“GREEN AND GENEROUS”

Page 7: Dokumen laporan bertulis

2.0 PENGISIAN PROGRAM KESELURUHAN

Dalam program ini terdapat beberapa pengisian elemen bagi mencapai objektif dan seterusnya

menjayakan program ini. Antara pengisian elemen dalam Program Kumpul dan Derma

1. PROGRAM TAARUF/PERKENALAN

Bagi menjayakan program ini maka satu sesi perkenalan akan diadakan. Pengisian bagi

program ini ialah barisan ahli jawatankuasa memperkenalkan diri dan jawatan masing-masing

. Selain daripada itu, semua ahli jawatankuasa memberitahu serba sedikit tentang kos yang

dipelajari kepada pelajar tahfiz. . Program ini dilihat dapat membantu memberikan keyakinan

kepada pelajar-pelajar tentang semangat untuk belajar dan pendedahan suasana di universiti.

2. PROGRAM SAINS DALAM ISLAM

Bagi mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat, pengisian sains tauhidik

akan diperkenalkan. Pengisian program ini ialah tayangan video sains dalam islam. Program

ini diwujudkan bagi membuka minda pelajar untuk mengetahui bahawa sains juga penting

dalam agama .

3. PROGRAM MOTIVASI DAN LATIHAN DALAM KUMPULAN

Page 8: Dokumen laporan bertulis

Program ini diwujudkan bagi merapatkan hubungan mahasiswa dan pelajar-pelajar sekolah di

sekitar kawasan program. Program ini dilihat dapat membantu memberikan keyakinan kepada

pelajar-pelajar tentang semangat daya saing secara sihat dan semangat berpasukan.

4. KHIDMAT SOSIAL

Di dalam program ini kami ingin menyemai rasa kebertanggungjawaban mahasiswa terhadap

kehidupan bermasyarakat. Mahasiswa berpeluang mengumpul dana dengan mengitar semula

barangan untuk dijual dan modal pusingan digunakan untuk membuat jualan bagi menambah

dana untuk mendapatkan barang keperluan yang diperlukan oleh Maahad

3.0 KESIMPULAN

3.1 KELEBIHAN/KEBAIKAN PROGRAM

Membina hubungan baik antara mahasiswa/i UKM dan masyarakat luar

Memupuk sifat kerjasama dan dalam kalangan ahli kumpulan

Melahirkan mahasiswa/i yang perihatin tentang masyarakat

Menerapkan nilai-nilai kemasyarkatan serta peribadi mulia sentiasa

dijadikan contoh dan tauladan masyarakat luar

Mewujudkan jaringan komunikasi mahasiswa/i dengan masyarakat

khususnya pelajar tahfiz untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat

demi kesejahteraan dan perpaduan masyarakat dan negara

3.2 PERMASALAHAN

Masa perjalanan program yang awal agak lewat dari yang dijadualkan. Namun,

program-program selanjutnya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Berlaku perubahan dari tentatif program,terpaksa membuat pindaan dari segi tentatif

program bagi menyelaraskan kesesuaian masa dengan pelajar tahfiz.

Masalah daripada kerjasama dengan pihak Maahad tahfiz yang mengambil sikap

sambil lewa dengan program yang dijalankan

Page 9: Dokumen laporan bertulis

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhan program ini telah berlangsung selama sehari yang bertempat di

Maahad Tahfiz Anak Yatim, Kajang pada 10 Mei 2014. Program Kumpul dan Derma

bermatlamatkan untuk membina perhubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi

dan masyarakat luar. Selain itu, memupuk sifat berkerjasama dan berkepimpinan

dalam kalangan ahli dan melahirkan mahasiswa perihatin tentang masyarakat yang

memerlukan . Akhir sekali, adalah untuk menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan serta

peribadi mulia yang sentiasa dijadikan contoh dan tauladan masyarakat luar dan

sekaligus mewujudkan jaringan komunikasi mahasiswa/i dengan masyarakat luar

untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan dan perpaduan

masyarakat dan negara. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa

Fakulti Sains dan Teknologi

Page 10: Dokumen laporan bertulis

Disediakan oleh,

FATEN NOR FATIHAH BINTI SA’AID

Timbalan Setiausaha,

Program Kumpul dan Derma,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi,

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh,

NOR AZWAN HANIFF KAMAROL ZAMAN

Ketua Pengarah,

Program Kumpul dan Derma,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Diperakui oleh,

PROF. DR MASLINA BINTI DARUS

Penasihat,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 11: Dokumen laporan bertulis

RINGKASAN EKSEKUTIF

KUMPUL DAN DERMA

TARIKH

10 MEI 2014

TEMPAT

MAAHAD TAHFIZ ANAK YATIM DARUL FUQAHA, KAJANG

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

TEMA

“GREEN AND GENEROUS”

Page 12: Dokumen laporan bertulis

Kumpul dan Derma

1

NAMA PROGRAM

Kumpul dan derma

2

TARIKH

10 Mei 2014

3

TEMPAT

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha,Kajang

4

MATLAMAT

1. medium perhubungan antara mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi dengan masyarakat

2. Pembudayaan kitar semula

3. meningkatkan kebolehan para pelajar dalam berkomunikasi, membentuk pelajar supaya lebih berfikiran kritis dalam penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan pengetahuan saintifik, membina sifat kepimpinan dan kerjasama dalam sesebuah organisasi dan melatih mahasiswa untuk memulakan perniagaan

4. membentuk pelajar boleh menguruskan maklumat dan data yang diperoleh melalui pelbagai sumber untuk pengetahuan pembelajaran sepanjang hayat

5

OBJEKTIF

1) Memberi kefahaman dan kesedaran kepada

para pelajar tentang kepentingan penjagaan

alam sekitar untuk mengekalkan

kelestariannya

Page 13: Dokumen laporan bertulis

2) Memupuk minat para pelajar untuk

melakukan aktiviti kitar semula supaya

dapat mengurangkan kadar sisa pepejal di

UKM.

3) Melatih para pelajar untuk lebih bersifat

prihatin terhadap masyarakat dalam

membantu memenuhi dan memahami

keperluan masyarakat di dunia sebenar.

4) Memberi idea kepada pelajar untuk

menyumbang kepada kepada masyarakat.

6

TEMA

“GREEN AND GENEROUS”

7

ANJURAN

Pelajar Tahun 1,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

8

PESERTA

19 orang terdiri daripada Pelajar Tahun 1,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

9 PEJABAT URUSAN

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Sains dan Teknologi

43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Nor Azwan Haniff Bin Kamarol Zama – 013-3222964

(Ketua Pengarah Kawasan)

10 ELEMEN PROGRAM 10.1 “Tak Kenal Maka Taaruf”

10.2 Tayangan Video dan Pembentangan Sains dalam

Page 14: Dokumen laporan bertulis

Islam

10.3 Slot “Kenali UKM”

10.4 Slot bersama Alumni UKM

10.5 Slot latihan Dalam Kumpulan

10.6 Soal Selidik

10.7 Lain-lain program

Page 15: Dokumen laporan bertulis

KUMPUL DAN DERMA

10 MEI 2014

TENTATIF PROGRAM KUMPUL DAN DERMA

10 Mei 2014

08:15 Pagi - Bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia ke Maahad

Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Kajang

08:45 Pagi - Tiba di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Kajang

09:00 Pagi - Slot “Tak Kenal Maka Taaruf” bersama para pelajar

Maahad Tahfiz

10:30 Pagi - Tayangan Video dan Pembentangan Sains dalam Islam

11:00 Pagi - Slot LDK

1:00 Petang - Slot Penyerahan bantuan dan derma

Majlis Penutup

2:30 Petang - Rehat / Makan Tengahari

Solat Zuhur