doa vw gala night 2013

3
DOA SELAMAT SEMPENA MAJLIS VW DINNER 2013. Sebelum kita berdoa elok lah kita sama-sama membaca Ummul kitab. ALFATIHAH Alhamdulilah rirobbilalmin , wasalamuala asrofilambiya iwalmursalim waalalihi wasoh bihiajmain. Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda. Ya Allah ya rahmanu ya rahiim , yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memanjatkan syukur kehadhrat mu Ya Allah kerana dengan limpah rahmat dan restu mu dapat kami datang dengan selamatnya untuk menghadhiri Majlis MAKAN MALAM KAKI TANGAN VW ( ) 2013 di Hotel yang serba indah ini.. Kami memohon doa dan memohon rahmat serta hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu , Engkau berikanlah petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan diantara kami. Engkau kuatkan lah semangat setia kawan kami dan Engkau memperbaikilah Agama dan segala urusan dunia kami. Ya Allah ya aliimu ya hakim , Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, Kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka, dan sifat sifat yang keji dan gantikan kepada kami dgn. sifat-sifat yang mulia & terpuji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Ya Allah ya Qawiiyun ya Aziiz , jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepasnya

Upload: noor-zarif

Post on 03-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sd

TRANSCRIPT

DOA SELAMAT SEMPENA MAJLIS VW DINNER 2013.

Sebelum kita berdoa elok lah kita sama-sama membaca Ummul kitab. ALFATIHAHAlhamdulilah rirobbilalmin , wasalamuala asrofilambiya iwalmursalim waalalihi wasoh bihiajmain.

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluargaserta para sahabat baginda.

Ya Allah ya rahmanu ya rahiim, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memanjatkan syukur kehadhrat mu Ya Allah kerana dengan limpah rahmat dan restu mu dapat kami datang dengan selamatnya untuk menghadhiri Majlis MAKAN MALAM KAKI TANGAN VW ( ) 2013 di Hotel yang serba indah ini..Kami memohon doa dan memohon rahmat serta hidayah dari-Mu.Semoga dengan rahmat itu ,Engkau berikanlah petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan diantara kami. Engkau kuatkan lah semangat setia kawan kami dan Engkau memperbaikilah Agama dan segala urusan dunia kami.

Ya Allah ya aliimu yahakim , Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, Kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.

Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka, dan sifat sifat yang keji dan gantikan kepada kami dgn. sifat-sifat yang mulia & terpuji.Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan .

Ya Allah ya Qawiiyun yaAziiz , jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepasnya nanti,perpisahan yang terpelihara.Dan janganlah Engkau biarkan, Ya Allah, apa yang ada pada Kami, juga yang ada berserta kami, juga mereka yang bersama kami penderitaan dan kegagalan yg. berpanjangan.

Robana zolamna wa ilamtakfirlana watakhamna lanaku nanaminal qosirin.

Robana latuziq khulubana bak daiz hadaitana wahab lana min radon karohmah innaka an tal wahab.

Rabana itina fidunya hasana wafila qiratihasanah wa qina azabannar.Wasollalah hu ala saidina Muhammadin waalalihi wasoh bihi waba riq wasaalam.

Walham dulilah rirobbil alamin.Takkabal Allahu minkom.23/9/2013

DOA SELAMAT SEMPENA MAJLIS PEMBUKAAN PEJABAT BARU VEOLIA.

Sebelum kita berdoa elok lah kita sama-sama membaca Ummul kitab. ALFATIHAHAlhamdulilah rirobbilalmin , wasalamuala asrofilambiya iwalmursalim waalalihi wasoh bihiajmain

Kami meminta kepada Mu kebaikan pejabat ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya dan kami berlindung dengan Mu dari keburukan pejabat ini dan keburukan yang ada di dalamnya. Dengan rahmat-Mu Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepasnya nanti,perpisahan yang terpelihara.Dan janganlah Engkau biarkan, Ya Allah, apa yang ada pada Kami,juga yang ada berserta kami, juga mereka yang bersama kami penderitaan dan kegagalan

Ya Allah bukalah bagi kami pintu-pintu kebaikan,pintu-pintu nikmat, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu rahmat, pintu-pintu keberkatan , pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu afiat,pintu-pintu kesejahteraan , pintu-pintu syurga ya Karim dengan rahmat Engkau Ya-Allah wahai yang paling mengasihani.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Perkenanlah permohonan kami ini,Mustajabkanlah doa kami

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluargaserta para sahabat baginda.

Berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat. Peliharakanlah kami dari azab api neraka.Ya Allah ya Qawiiyun yaAziiz, Ya Allah ya aliimu yahakim,Ya Allah ya rahmanu ya rahiim,