doa lembut hati
DESCRIPTION
doaTRANSCRIPT
VIDEO: DOA-DOA MELEMBUTKAN HATI SUAMI, ISTERI, ANAK, MERTUA, DAN KEKASIH.
Salam kepada pembaca,
N3 ini dibuat dari rumusan kebanyakan email-email tentang masalah keluarga terutama masalah suami garang dan tak mahu dengar cakap isteri, anak-anak degil dan malas solat, kekasih terutama si lelaki yang flip-flop samada nak masuk meminang atau tidak dan kadang-kadang memening kepala temannya. Masalah mertua yang tidak suka kat menantu atau bakal mertua yang tak suka dekat bakal menantunya.
Semua masalah-masalah ini selalu berlaku dalam kehidupan ini dan sebagai hambaNya yang lemah menghadapi ujian-ujian kadang-kadang tidak tahu dimana hendak cari jalan penyelesaian.
InsyaAllah, kali ini captain masukkan N3 yang lengkap ini supaya mereka dapat mengamalkan doa-doa ini dengan mudahnya dengan adanya video
yang "diuploadkan" ke youtube. Tak perlulah menjawab email-email yang berkaitan masalah yang disebutkan diatas tadi.
Bacaan Untuk Melembutkan Hati.
1. Surah Al-Fatihah - 1x. (Wajib baca).
2. Ayatul Kursi - 1x. (Wajib Baca).
3. Lauanzalna (Surah Hasyur Ayat 21-24) - 1x. (Wajib Baca) - Supaya Hatinya Lembut.
4. Surah Taha Ayat 1-5 - 1/3x. (Wajib Baca) - Untuk Melembutkan Hati.
5. Surah Fushilat Ayat 29 - 1/3x. (Pilihan) - Supaya Akur atau Tunduk Cakap Kita.
6. Surah Ali Imran ayat 200 - 1/3x (Pilihan) - Dibaca 3 kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Jika pasangan anda ada niat nak kahwin lagi, InsyaAllah niat tersebut akan lenyap dari hati sanubarinya. dan terus setia dengan anda.
7. Surah Al-Baqarah Ayat 165 - 1/3 x (Pilihan) - Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Mertua/Sahabat menjadi Penyayang. Dihembuskan dikening orang yang kita sayangi itu.
Jika tidak dapat berjumpa atau berjauhan, lakukan selepas setiap kali solat dan berdoalah dengan bahasa sendiri mana-mana surah-surah diatas. InsyaAllah segala permintaan hambanya akan dimakbulkan atas keyakinan diri dan tawakal kepadaNya.
www.resepirahsiaku.com/2012/04/video-doa-doa-melembutkan-hati-suami.