disiplin disiplin sains-sosial

28
SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial Disiplin-disiplin Sains Sosial

Upload: fatin-halid

Post on 14-Jun-2015

3.038 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disiplin disiplin sains-sosial

SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial

Disiplin-disiplin Sains Sosial

Page 2: Disiplin disiplin sains-sosial

AntropologiKajian tentang perhubungan di antara ciri-ciri biologikal dan ciri-ciri sosial manusia

Sains mengenai manusia dan kelompok manusia (cth komuniti atau masyarakat)

Kaji kelompok manusia (cth masyarakat), untuk ketahui corak kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Matlamat - Melihat perbezaan-perbezaan dalam kelompok manusia (masyarakat) tempatan dari aspek bentuk dan kebudayaan (cth masyarakat primitif dan pramoden)

Lihat pertumbuhan, peranan dan perkembangan peradaban manusia dan kelompok manusia

Page 3: Disiplin disiplin sains-sosial

3 aliran penting – Amerika, Peranchis dan Inggeris

Umumnya, ada 4 sub-disiplin

a) Antropologi Budaya – kaji cara-cara masyarakat dan kebudayaan berkembang, cth nilai, peraturan dan adat resam masyarakat itu

b) Antropologi Fizikal – kaji pengaruh evolusi alam sekitar terhadap ciri-ciri fizikal manusia

c) Antropologi arkeologi – menilai dan membuat rumusan tentang budaya dan tabiat atau perlakuan manusia melalui tinggalan-tinggalan manusia; kajian ke atas sejarah, prasejarah, ciri-ciri kesejarahan budaya dan cara hidup masyarakat lampau; cuba fahami mengapa perubahan berlaku dan bagaimana ia terjadi

Page 4: Disiplin disiplin sains-sosial

d) Antropologi gunaan – guna kepakaran antropologi untuk menyelesaikan masalah sosial, gubal dasar, buat perancangan, dll

Teori utama – teori evolusi klasik, struktural fungsionalisme, teori difusi

Kaedah penyelidikan – kumpul data (etnografi, survei, temubual, pemerhatian ikut serta atau tidak ikut serta), biasanya kaedah analisis data secara kualitatif

Page 5: Disiplin disiplin sains-sosial

Sejarah

Kajian peristiwa lampau- sebab berlaku, akibat/kesan kepada masyarakat dan negara, benar atau tidak dikaitkan dengan masa kini- kesan dari sesuatu peristiwa – dasar negara,dll-

Kaji perkembangan politik, ekonomi dan sosial, kawasan, negara dan tamadun manusia dengan melihat dokumen lama seperti surat, dairi, catatan pengembaraan, laporan, perjanjian, laporan arkeologi

Page 6: Disiplin disiplin sains-sosial

Sub disiplin - arkeologi, sejarah sosial, sejarah politik, sejarah ekonomi, sejarah antarabangsa, historiografi, sejarah Asia-Pasifik, sejarah Asia Tenggara, dll Matlamat – beri kesedaran tentang keadaan sebenar masyarakat dan negara lampau dan kini, pengalaman lepas dijadikan ikhtibar/teladan/landasan hidup kepada masyarakat, ajar masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan lampau

Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian di lapangan, penyelidikan di arkib/Museum, temubual, survei, kajian kes di tempat arkeologi), biasanya kaedah analisis data secara kualitatif

Page 7: Disiplin disiplin sains-sosial

Geografi

Kaji aspek-aspek semulajadi dan bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan manusia dan kelompok manusia

Juga kaji bagaimana alam semulajadi mempengaruhi perkembangan kebudayaan kelompok manusia

Kajian mengenai manusia, kawasan dan persekitaran dari perspektif ruangan dan menghargai saling bergantungan di antara manusia dan alam fizikalnya

Page 8: Disiplin disiplin sains-sosial

Ada 2 sub disiplin

a) Geografi fizikal – kaji dan pelajari proses alam semulajadi dan akibatnya- tanah tanih, iklim, pola cuaca, pembentukan mukabumi, tumbuhan, ekologi haiwan dan persekitaran yang mempengaruhi dan dipengaruhi oleh manusia

b) Geografi manusia – kaji aktiviti organisasi ruang manusia dan hubungan manusia dengan persekitarannya – aktiviti manusia seperti pertanian, perindustrian, pembandaran, tingkahlaku manusia dalam ruang, isu-isu alam sekitar, ekonomi, politik, pengangkutan, pengurusan sumber, perancangan wilayah, penduduk, pertempatan, pembangunan takseimbang, dll

Page 9: Disiplin disiplin sains-sosial

Matlamat – sampaikan pengetahuan tentang proses fizikal yang berlaku di bumi dan pembangunan kemanusiaan dan sosial di peringkat lokal, nasional dan global; sampaikan pengetahuan tentang aktiviti manusia dalam ruang, isu persekitaran, impak pembangunan, penerokaan sumber, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, kependudukan dan sebagainya

Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian, survei, temubual, pengujian di makmal, penggunaan remote sensing untuk kumpul maklumat tentang permukaan bumi dengan cara foto udara atau imej satelite, penggunaan sistem komputer iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengumpul, menyimpan, mendapatkan semula, menganalisis dan memaparkan data ruangan dari dunia sebenar, penggunaan peta); kaedah analisis data secara kualitatif dan kuantitatf

Page 10: Disiplin disiplin sains-sosial

Sosiologi

Kajian sistematik tentang hubungan (relationships) di kalangan individu atau kelompok manusia seperti pola-pola hubungan dan tingkahlaku yang ditonjolkan, kesan daripada tingkahlaku

Tingkahlaku yang dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial, politik, kelompok masyarakat dan persekitaran

Kaji tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya, interaksi sosial, corak sosialisasi, perubahan sosial, masalah sosial, globalisasi dan umumnya tentang kehidupan sosial sesebuah kelompok manusia

Page 11: Disiplin disiplin sains-sosial

Biasanya kajian tentang masyarakat industri, maju, moden, kompleks

Sub disiplin – sosiologi organisasi, sosiologi devian, kriminologi, sosiologi politik, sosiologi pendidikan, sosiologi perubatan, sosiologi ekonomi, sosiologi agama, dll

Matlamat – beri kefahaman tentang sifat perkelompokan manusia (cth masyarakat), cth bagaimana kelompok itu berkembang dan berubah dan kesan

Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temubual, permerhatian tidak ikut serta); kaedah analisis data secara kualitatif dan kuantitatif

Page 12: Disiplin disiplin sains-sosial

Sains Politik

Kajian tentang peraturan sosial untuk menjaga keamanan dan keteraturan (order) dalam sesebuah kelompok manusia

Kaji sumber kuasa, penggunaan kuasa, pengagihan kuasa, perolehan kuasa, perebutan kuasa, proses mengawal dan menghad penggunaan kuasa

Kaji peranan individu dan institusi politik (cth kerajaan, parti-parti politik)

Page 13: Disiplin disiplin sains-sosial

Kaji isu-isu seperti konflik dan kestabilan politik, organisasi politik, sistem pentadbiran, undang-undang, hubungan antarabangsa, dasar awam, falsafah dan teori politik, pertubuhan bukan kerajaan, pola pengundian, kedudukan parti politik, hubungan antara Amerika dengan negara-negara lain di dunia seperti ASEAN

Sub disiplin – ekonomi politik, perhubungan antarabangsa, pentadbiran awam dan dasar kerajaan, politik perbandingan, dll

Page 14: Disiplin disiplin sains-sosial

Matlamat – sampaikan pengetahuan mengenai sistem kerajaan, proses politik, polisi dan ideologi untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan

Kaedah penyelidikan – survei, temubual, pemerhatian ikut atau tidak ikut serta

Page 15: Disiplin disiplin sains-sosial

Psikologi

Kajian jiwa manusia

Kajian tentang minda atau proses mental, emosi, personaliti, tingkahlaku individu (bagaimana tingkahlaku itu dipengaruhi oleh tingkahlaku orang lain)

Kaji meneliti individu, interaksi semuka dan kelompok kecil untuk memahami mekanisma yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran

Page 16: Disiplin disiplin sains-sosial

Sub disiplin psikologi – psikologi sosial, psikologi klinikal, psikologi industri dan organisasi, psikologi kanak-kanak dan psikologi kaunseling, psikologi pendidikan

Psikologi kaunseling – kaunseling kepada individu yang menghadapi masalah jiwa

Psikologi industri dan organisasi – kaji dan nilai tingkahlaku manusia dalam pekerjaan yang berkaitan dengan produktiviti dan keselesaan tempat kerja

Page 17: Disiplin disiplin sains-sosial

Psikologi klinikal – rawat sakit jiwa, kecelaruan mental serta tingkahlaku bilazim, mengdignos dan merawat pesakit dengan kaedah psikologi

Psikologi pendidikan – melihat aspek-aspek kurikulum, latihan perguruan, ko-kurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian pelajar di tempat pengajian

Psikologi kanak-kanak – beri perhatian kepada perkembangan kanak-kanak seperti fizikal, emosi, mental dan sosial

Page 18: Disiplin disiplin sains-sosial

Matlamat – Beri kefahaman dan pengetahuan tentang sifat tabii, tingkahlaku serta jiwa manusia/individu dan kelompok manusia

Contoh teori-teori – Teori psikodinamik, teori humanistik dan kewujudan

Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian, experimentasi di makmal, survei, temubual)

Page 19: Disiplin disiplin sains-sosial

Komunikasi

Kajian tentang cara bagaimana sesuatu idea, maklumat, berita, nilai, sikap dan sebagainya disalurkan dan dikongsi oleh individu dengan individu lain

Kaj proses mesej dihantar dari satu punca kepada penerima

Sub disiplin – komunikasi organisasi, komunikasi antarabangsa, perfileman, pengiklanan, telekomunikasi dan kewartawanan

Page 20: Disiplin disiplin sains-sosial

Boleh juga kaji peranan pengiklanan dalam pasaran antarabangsa, bagaimana komunikasi membantu menyalurkan maklumat pembangunan dan jenis-jenis komunikasi yang sesuai dengan pekerja dalam sebuah organisasi

Matlamat – lahirkan individu yang berkebolehan berkomunikasi, berkebolehan dalam mengurus dan mengendalikan peralatan media cetak dan elektronik yang merupakan media untuk menyampaikan pengetahuan atau maklumat/berita kepada orang awam

Page 21: Disiplin disiplin sains-sosial

Model-model komunikasi – model linear, model transactional, model interactional

Model linear – tekankan peranan seorang penutur awam dalam komunikasi yang berbentuk satu hala

Model transactional – tekankan bahawa penghantar atau penerima main peranan secara bertukar ganti dalam proses komunikasi

Model interactional – pengkodan dan penghantaran maklumat/berita kepada penerima melalui satu atau lebih saluran

Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temubual, pemerhatian, fotografi, rakaman video, experimentasi)

Page 22: Disiplin disiplin sains-sosial

Ekonomi

Kajian tentang pengeluaran, pengagihan sumber dan barangan dan perkhidmatan, penggunan sumber dan barangan dan perkhidmatan

Kaji bagaimana sesebuah kelompok manusia menentukan cara untuk mengeluarkan atau menghasilkan barangan dan perkhidmatan, cara mengeluarkan dan menggunakan sumber produktif yang terhad, aktiviti ekonomi, permintaan dan penawaran untuk barangan dan perkhidmatan, pembangunan dan kemunduran, hubungkait ekonomi dengan alam sekitar

Kaji corak pengeluaran untuk memenuhi kehendak atau permintaan orang/kelompok manusia

Kaji sistem ekonomi yang berbeza-beza

Page 23: Disiplin disiplin sains-sosial

Kaji inflasi, penggangguran, polisi, kualiti alam sekitar dan penggunaan sumber, peranan bank dunia (World Bank), tabung kewangan antarabangsa (IMF), blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah (EU), pola gunatenaga manusia sehubungan dengan perubahan demografi, pertukaran barangan, penentu harga barangan, sistem perbankan, dll

Sub disiplin – ekonomi mikro, ekonomi makro

Ekonomi mikro – kajian unit-unit analisis yang kecil seperti firma perniagaan, individu, isi rumah dan tingkahlaku mereka semasa membuat sesuatu keputusan

Page 24: Disiplin disiplin sains-sosial

Ekonomi makro – kaji unit-unit yang lebih luas seperti di peringkat nasional dan global, kaji isu seperti penggangguran, pendapatan negara, defisit, inflasi, corak pembangunan ekonomi negara

Matlamat – menghuraikan dan meramal peraturan sosial untuk memuaskan kehendak ekonomi dan meramal apa yang akan terjadi

Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temubual, pemerhatian)

Page 25: Disiplin disiplin sains-sosial

Linguistik

Kajian mengenai bahasa dan pertuturan dengan meneliti pelbagai aspek bahasa

Satu bidang ilmu yang bersifat saintifik yang mengkaji secara empiris atau secara bersistem.

Kajian tentang ilmu bahasa

Page 26: Disiplin disiplin sains-sosial

Kaji bahasa-bahasa manusia yang berbeza atau berkaitan satu sama lain – bagaimana manusia menyusun perkataan dan bunyi untuk berkomunikasi sesama sendiri, menganalisis sejauh mana bahasa mempengaruhi pengamatan dan pemikiran manusia, hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya

Sub disiplin – fonologi, morfologi, sintaksis, semantic bahasa Melayu, psikolinguistik, sosiolinguistik bahasa Melayu, dialektologi Melayu, linguistik sejarah

Page 27: Disiplin disiplin sains-sosial

Fonologi – kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa

Morfologi – kajian proses pembentukan dan pengkategorian kata dalam bahasa Melayu

Sintaksis bahasa Melayu – kajian aspek-aspek yang berkaitan dengan ayat bahasa Melayu

Semantik bahasa Melayu – kajian makna yang terkandung dalam pelbagai unsur bahasa Melayu

Dialektologi – kaji variasi bahasa Melayu berasaskan kawasan tempat tinggal penutur

Page 28: Disiplin disiplin sains-sosial

Linguistik sejarah – kaji aspek-aspek bahasa yang berkaitan dengan aspek kekerabatan

Sosiolinguistik – kaji hubungan antara bahasa dan situasi sosial

Psikolinguistik – kajian aspek-aspek bahasa yang berkaitan dengan akal dan bahasa manusia, kaji proses mental manusia semasa berbahasa

Matlamat – Paparkan cara-cara bahasa berfungsi sebagai alat berkomunikasi dan membantu manusia mencapai pelbagai matlamat atau hasrat dalam kehidupan harian

Kaedah penyelidikan – survei, temubual, pemerhatian