dibayar rm2 - sarawak

25
MAC 2014 Bil :160/3/2014 Penasihat Cik Zurima Safian Hasil Nukilan Nur Faizatul Camellia Rablin Mastura Iskandar Norlela Suleiman Lela Ahmad Allias Sahari Rubiah Alli Dolly Liaw Mariam Gani Yong Azizah Haili Zulhaisham Sulaiman 4 Mac 2014 Bengkel Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2014 6 Mac 2014 Mesyuarat Semakan Suku Tahun Ke-4 Perancangan Strategik 2013 7 Mac 2014 Bengkel Penilaian Penarafan Bintang ‘Audit Rating - Balanced Scorecard’ 11 Mac 2014 Sambungan Mesyuarat Semakan Suku Tahun Ke-4 Perancangan Strategik 2013 untuk laporan KPI dan ‘Balanced Scorecard’ Lawatan 5S dari Majlis Perbandaran Padawan ke DBKU 14 Mac 2014 Audit Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014 ~ Kriteria 3: Pengurusan Pelanggan oleh TP(PNL) ~ Kriteria 4: Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk oleh TP(RES) 17 Mac 2014 Audit Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014 ~ Kriteria 1: Pengurusan Organisasi oleh TP(FCS) 19 - 21 Mac 2014 Audit Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014 ~ Kriteria 2: Perkhidmatan Teras oleh KTP, TP(INS) dan TP(CPS) 19 Mac 2014 Mesyuarat Majlis Inovasi dan Kreativiti (ICC) Ke-85 25 Mac 2014 Seminar ‘Urban Health’ di Universiti Malaya, Kuala Lumpur - Pengarah dijemput sebagai ‘speaker’ untuk topik ‘Healthy City Initiatives: Kuching North’. 1 Anugerah Khas JPNIN 2014 Sempena Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota SRS (Skim Rondaan Sukarela) serta Penghargaan Khas Rukun Tetangga 2014 daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada 6 Mac 2014 di Dewan Undangan Negeri Lama, Kuching Cadangan Q yang diterima oleh Mesyuarat Majlis Inovasi dan Kreativiti (ICC) akan dibayar RM2.00 Cadangan & Laporan Penambahbaikan/Inovasi Salurkan cadangan anda ke dalam

Upload: others

Post on 25-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dibayar RM2 - Sarawak

MAC 2014 Bil :160/3/2014

Penasihat

Cik Zurima Safian

Hasil Nukilan Nur Faizatul Camellia Rablin

Mastura Iskandar Norlela Suleiman

Lela Ahmad Allias Sahari Rubiah Alli Dolly Liaw

Mariam Gani Yong Azizah Haili

Zulhaisham Sulaiman

4 Mac 2014 • Bengkel Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa

Tempatan (AIPBT) 2014

6 Mac 2014 • Mesyuarat Semakan Suku Tahun Ke-4

Perancangan Strategik 2013 7 Mac 2014 • Bengkel Penilaian Penarafan Bintang ‘Audit Rating

- Balanced Scorecard’

11 Mac 2014 • Sambungan Mesyuarat Semakan Suku Tahun Ke-4

Perancangan Strategik 2013 untuk laporan KPI dan ‘Balanced Scorecard’

• Lawatan 5S dari Majlis Perbandaran Padawan ke DBKU

14 Mac 2014 • Audit Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa

Tempatan Tahun 2014 ~ Kriteria 3: Pengurusan Pelanggan oleh TP(PNL) ~ Kriteria 4: Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk oleh TP(RES)

17 Mac 2014 • Audit Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa

Tempatan Tahun 2014 ~ Kriteria 1: Pengurusan Organisasi oleh TP(FCS) 19 - 21 Mac 2014 • Audit Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa

Tempatan Tahun 2014 ~ Kriteria 2: Perkhidmatan Teras oleh KTP, TP(INS) dan TP(CPS) 19 Mac 2014 • Mesyuarat Majlis Inovasi dan Kreativiti (ICC) Ke-85

25 Mac 2014 • Seminar ‘Urban Health’ di Universiti Malaya, Kuala

Lumpur - Pengarah dijemput sebagai ‘speaker’ untuk topik ‘Healthy City Initiatives: Kuching North’.

1

Anugerah Khas JPNIN 2014 Sempena Majlis Pelancaran Kempen 10 Keluarga 1 Anggota SRS (Skim Rondaan Sukarela) serta Penghargaan Khas Rukun Tetangga 2014

daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada 6 Mac 2014 di Dewan Undangan Negeri Lama, Kuching

Cadangan Q yang diterima oleh Mesyuarat Majlis Inovasi dan Kreativiti (ICC) akan

dibayar RM2.00

Cadangan & Laporan Penambahbaikan/Inovasi Salurkan cadangan anda ke dalam

Page 2: dibayar RM2 - Sarawak

3

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

Jumlah Staf (21) (4) (28) (15) (25) (6) (20) (48) (25) (28) (16) (90) (43) (13) (59) (36) (202) (12) (10) (106) (38) (12) (7) Pencapaian Cadangan Q 0% 0% 30% 0% 0% 50% 0% 0% 0% 14% 0% 1% 246% 40% 0% 0% 40% 0% 100% 9% 16% 0% 14%

(125)

0%

STATISTIK LAPORAN CADANGAN Q/PENAMBAHBAIKAN/INOVASI MENGIKUT BAHAGIAN (JANUARI - MAC 2014)

Cadangan Q - 146 Penambahbaikan/Inovasi - 7

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

2

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

Jumlah Staf (21) (4) (28) (15) (25) (6) (20) (48) (25) (28) (16) (90) (43) (13) (59) (36) (202) (12) (10) (106) (38) (12) (7) Pencapaian Cadangan Q 0% 0% 11% 67% 0% 50% 0% 2% 8% 14% 0% 2% 5% 246% 0% 0% 5% 0% 130% 3% 18% 0% 0%

(125)

0%

STATISTIK CADANGAN Q DAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN/INOVASI (JANUARI - MAC 2014)

Page 3: dibayar RM2 - Sarawak

3

Page 4: dibayar RM2 - Sarawak

4

Page 5: dibayar RM2 - Sarawak

Lawatan tapak 5S ke Zon Kaktus Bahagian TRI

5S - Pengurusan Pelan Bangunan di Bahagian BLG

5

Page 6: dibayar RM2 - Sarawak

Semakan pada 7 Mac 2014

6

CHAIRMAN Andrew Joris

SECRETARIAT Meran Ak Ubong (Secretary) Liew Chai Joon (

) Azlin Abdullah

• Rudzaimeir Bin Malek (ϰ) - Leader • Awg. Mohammad Awg. Yusuf (ϰ) • Desmond Leo Lee Pheng (

) • Holis Ak Atun (

) • Safuani Bin Saie (

)

• Dennis Achil (ϰ) - Leader • Samsury Sahari (ϰ) • Lee Foo Soon (

) • Wang Huat Theng (

) • Mohd Benyamin Julaihi Khan (ϰ) • Basil Wee Geok Sang (ϰ) • Ng Lian Seng (ϰ) • Megawati Abd Manan (

) • Tony Manjon (

) • Johnny Ibrahim (

)

• Ajing Kartini Mohd. Ramlee (ϰ) - Leader • Mohd. Faisal Adenan (ϰ) • Emil Rosainie Mohamad Husaini (ϰ) • Ali Akbar (MBJ Chairman) (

)

• Kartini Bushra (ϰ) - Leader • Zainal Abidin Bolhassan (

)

Petunjuk : ϰ - Wakil Pengurusan

- Wakil Pekerja

Training and Education Accident Investigation Workplace Inspection and Audit

Publicity, Awareness and Campaign

9 Safety and Health Campaign

9 Safety week/Safety month

9 Maintaining the OHSAS corner at the lobby and Portal WargaKU 9 Publication, news letter

and any information

9 Safety and Health posters

9 Articles and statistic

9 Safety Tips

9 Ensure inspection and audit carried out as per schedule including follow-up action 9 Inspection of First Aid facilities

9 To coordinate investigation with SHO

9 Conduct investigation

9 Make recommendation to the Management 9 Report in the HSEC meeting 9 Analyse trend

9 TNA for OHSAS

9 Conduct training

9 Courses

Page 7: dibayar RM2 - Sarawak
Page 8: dibayar RM2 - Sarawak

8

STATUS CADANGAN Q SELEPAS KEPUTUSAN DARI MESYUARAT MAJLIS INOVASI & KREATIVITI KE-85 PADA 19 MAC 2014

(64 CADANGAN)

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

1.

5149

Keseragaman petunjuk di kaunter-kaunter Bukit Siol DBKU. Ini kerana petunjuk seperti ‘Boleh Kami Tolong Anda atau Boleh Kami Membantu Anda’ di kaunter-kaunter DBKU Bukit Siol tiada keseragaman. Perlu diseragamkan semua ‘tag line’ berkenaaan di Kaunter DBKU.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

2.

5292

Mempromosikan perkhidmatan DBKU kepada pelanggan dengan menyertakan 'flyers' perkhidmatan DBKU yang menyertakan harga perkhidmatan, siapa yang perlu dihubungi dan nombor yang perlu dihubungi. Promosi perkhidmatan ini akan disertakan dengan bil cukai taksiran yang dipos atau diserahkan kepada pelanggan setiap awal tahun.

Cadangan diterima dan kadar perkhidmatan yang baru telah dibentangkan semasa Mesyuarat Mingguan Datuk Bandar pada 30 Disember 2013 dan telah diluluskan. Kadar tersebut telah dikemukakan kepada Bahagian PRD pada 1 Mac 2014 untuk dimuat naik ke Laman Web DBKU dan tujuan promosi.

3.

5785

Bahagian atau Kelab Allamanda untuk mengadakan aktiviti 'Poco-poco Fun in the Sun' atau 'Poco-poco Extravaganza' - memberi hadiah untuk Pasukan Terbaik, Pasukan Paling Kreatif, dan 'Costume’ Terbaik. Yuran penyertaan seperti RM20.00 satu kumpulan boleh dikenakan.

Cadangan diterima dan Kelab Allamanda sedang dalam perbincangan untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi mengadakan pertandingan tersebut. E-mel akan dikeluarkan kepada semua staf yang berminat untuk menyertai pertandingan dalam masa yang terdekat.

4.

5899

Menyediakan satu talian khas 'hotline' yang dapat menerima sms daripada pengguna atau pengadu. Hal ini boleh menjimatkan masa dan kos bagi pemanggil sepertimana yang telah dilaksanakan kebanyakan jabatan pada masa ini.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

Page 9: dibayar RM2 - Sarawak

9

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

5.

6045

Perhentian bas di Kampung No.1 - 6 (Satok) diubah fungsinya agar penjaja diberi permit untuk menggunakannya untuk berjual eg. kuih, nasi lemak, burger, suratkhabar dan sebagainya. Ini adalah kerana perhentian bas tersebut tidak digunakan lagi kerana tiada perkhidmatan bas disediakan di situ. Selain itu, boleh juga digunakan untuk tujuan pengiklanan.

Cadangan tidak diterima kerana perhentian bas tersebut telah dirobohkan.

6.

6031

Memandangkan perpustakaan DBKU akan berpindah ke tempat baru dicadangkan agar pakaian seragam diberikan kepada petugas kaunter perpustakaan agar kelihatan kemas bila berurusan dengan pelanggan di Kaunter Perkhidmatan Sirkulasi. Sekiranya tiada peruntukan, memadai dengan memberi subsidi untuk pakaian tersebut.

Cadangan diterima dan ianya telah dimasukkan dalam peruntukan bajet pakaian seragam tahun 2014 untuk petugas kaunter FIN, IRM, VAL, LAW, PRD dan LES.

7.

6038

Meyediakan Kon Keselamatan (Tanda) bagi setiap permohonan ruang letak kereta yang telah mendapat kelulusan daripada DBKU bagi mengadakan acara ataupun majlis.

Cadangan tidak diterima kerana kajian telah dijalankan dan Bahagian BDD mendapati penggunaan kon keselamatan adalah tidak praktikal dan memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan. Namun mekanisma lain telah dibuat dengan menggunakan Notis Permit Sementara Permohonan Penggunaan Tempat Letak Kereta.

8.

5257

Bahagian TRI melaporkan kepada setiap Bahagian secara bulanan berhubung statistik pegawai/staf yang telah mengemukakan cadangan Q.

Cadangan diterima dan penambahbaikan pada sistem tersebut telah dibuat. Manakala statistik cadangan Q kepada setiap bahagian secara bulanan telah dilaksanakan untuk statistik Cadangan Q mulai bulan Januari 2014.

Page 10: dibayar RM2 - Sarawak

10

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

9.

6230

Bulatan di kaki Bukit Siol diberi nama BULATAN DATUK BANDAR KUCHING UTARA.

Cadangan tidak diterima seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat ‘Geographical Naming Committee’.

10.

6208

Menukar papan tanda nama bahagian di Aras 1 Bangunan DBKU kepada nama bahagian baru.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan

11.

6219

Membuat lorong tambahan di ‘T-junction’ Jalan Stapok.

Cadangan diterima dan dilaksanakan pada 25 Mac 2014.

12.

6260

Kelab Allamanda mengadakan kelas jahitan untuk staf wanita di DBKU secara percuma atau secara bayaran ansuran bulanan dengan kadar harga yang berpatutan.

Cadangan diterima dan Kelab Allamanda akan mengadakan Kursus Menjahit bersama Bahagian CRD sebagai salah satu program komuniti. Semua staf berminat boleh terlibat sama. Tarikh akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

13.

6261

Kelab Allamanda menganjurkan kelas masakan kepada ahlinya yang berminat. Tenaga pelatih diambil daripada jabatan/agensi luar mahupun staf DBKU sendiri yang kebanyakannya berkebolehan dalam bidang ini. Bayaran dikenakan secara ansuran melalui potongan gaji atau secara percuma.

Cadangan diterima dan Kelab Allamanda telah berhubung dengan SATT College bagi mengadakan kursus masakan dan pembuatan pastri. E-mel telah dikeluarkan kepada semua staf pada 27 Februari 2014. Tarikh kelas akan dimaklumkan setelah mengetahui jumlah staf yang berminat untuk menyertai kursus tersebut.

14.

6453

Membekal cermin mata ‘ray ban’ kepada semua anggota Trafik Warden yang bertugas di lapangan.

Cadangan diterima dan cermin mata tersebut telah dibeli serta diagihkan kepada Trafik Warden pada 17 Mac 2014.

15.

6402

Nama 'Bahagian Logistik' yang tertera pada salinan ke-3 borang ('3rd carbon copy') - Borang permohonan untuk menghadiri kursus/bengkel/persidangan ditukar kepada Bahagian COP.

Cadangan diterima dan akan diambil tindakan bagi tempahan cetakan baru borang tersebut. Memandangkan stok borang lama masih banyak, maka ianya masih boleh digunakan dengan membuat pindaan menggunakan pen.

Page 11: dibayar RM2 - Sarawak

11

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

16.

6367

Menyeragam nombor item ‘Schedule of Rates’ dalam dokumen tender (contoh: membekal alat tulis pejabat) dengan nombor item ‘Schedule of Rates Enquiry’ pada sistem e-PeC

Cadangan tidak diterima kerana pengguna boleh mencari item yang dikehendaki menggunakan butang ‘SEARCH’ dan ini lebih mudah untuk pencarian.

17.

6378

Mempamer maklumat pegawai atau staf yang telah bersara di semua papan notis DBKU atau die-mel ke semua bahagian serta ucapan penghargaan di atas jasa serta sumbangan kepada DBKU dan masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatan.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

18.

6379

Tidak perlu menempah ‘letterhead’ tetapi menggantikannya dengan mencetak surat pada kertas A4 (‘softcopy’ yang mempunyai format ‘letterhead’ seperti diamalkan oleh Jabatan Ketua Menteri).

Cadangan tidak diterima kerana perkara ini telah dibawa ke Mesyuarat Mingguan Pengurusan pada 18 November 2013 dan Mesyuarat Mingguan Datuk Bandar serta disaran untuk menempah ‘letterhead’ seperti biasa.

19.

6401

Membuat kawasan letak kenderaan rasmi berbumbung di Depo D.BKU

Cadangan diterima dan akan dilaksanakan pada tahun 2015 disebabkan peruntukan tahun ini digunakan untuk kerja-kerja membaiki kebocoran yang kritikal.

20.

6445

Menempah khas tali yang baru untuk menggantung Pas Jabatan untuk kegunaan staf kerana tali yang lama dibekalkan telah pudar warnanya (warna hijau terdahulu) kerana semua staf diwajibkan memakai Pas Jabatan sekarang.

Cadangan diterima dan ‘lanyard’ baru akan diagihkan kepada semua staf bersama Pas Jabatan DBKU baru.

21.

6463

Memberi taklimat dan membekalkan maklumat berkenaan fungsi-fungsi bahagian di DBKU kepada telefonis dan staf di Kaunter lnformasi Bangunan DBKU.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan pada bulan Februari 2014.

Page 12: dibayar RM2 - Sarawak

12

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

22.

6456

Membina tempat motosikal yang baru (tambahan) dari tempat letak motosikal berbumbung hingga ke hadapan pejabat Bahagian ENF untuk staf yang bertugas di Depo DBKU. Ini adalah memandangkan tempat letak motosikal berbumbung yang sedia ada telah digunakan khas untuk menyimpan motosikal Trafik Warden. Sekarang terdapat sebilangan staf yang sering meletak motosikal mereka di tempat letak kereta pegawai sehingga menyebabkan kesukaran untuk mereka meletak kereta.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

23.

6490

Membuat bangku di hadapan gazebo di Esplanade - Seperti atas saranan YBhg. Datuk Bandar, banyak aktiviti akan dianjurkan di kawasan Esplanade pada setiap hujung minggu bermula pada bulan Oktober 2013. Terdapat ruang yang luas, berumput dan redup di bawah pokok di hadapan gazebo. Tetapi pengunjung dan orang ramai hanya menonton dari jauh sahaja, iaitu hanya duduk di kawasan bersimen. Mungkin mereka takut pakaian mereka kotor dan beranggapan kawasan tersebut basah, kotor atau tidak sesuai untuk mereka duduk di situ. Oleh yang demikian, dicadangkan agar dibuat 8 - 10 unit bangku yang diperbuat daripada kayu/papan berukuran 4‘ panjang. Bangku ini hendaklah dicat dengan menggunakan cat kalis air agar bangku tersebut dapat bertahan lebih lama.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

24.

6492

Membuat pantri dan singki di tepi pejabat Bahagian CSS bagi menyenangkan staf meletak dan mencuci peralatan seperti pinggan mangkuk selepas kegunaan semasa mesyuarat yang dijalankan di Bahagian CSS.

Cadangan tidak diterima kerana hasil dari perbincangan dengan Bahagian BLG, kerja-kerja membuat pantri dan sinki di tempat tersebut adalah dibatalkan sebab tidak sesuai.

25.

6503

Membina laluan konkrit (pejalan kaki) untuk menghubung pejabat Bahagian ENV dengan parkir di hadapan pejabat Bahagian IMT. Sekarang ini staf terpaksa berjalan atas laluan rumput dan terpaksa melompat parit selebar 0.9 m.

Cadangan diterima dan jambatan kayu telah dipasang untuk laluan pejalan kaki bagi menghubung pejabat Bahagian ENV dengan parkir di hadapan pejabat Bahagian IMT.

Page 13: dibayar RM2 - Sarawak

13

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

26.

6514

Lampu isyarat di Padang Merdeka - Mengaktifkan semula lampu isyarat yang sedia ada untuk pejalan kaki berhampiran Pejabat Residen (lama)/‘Central Police Station’ yang memang sudah lama tidak berfungsi bagi memudahkan pejalan kaki melintas jalan, memandangkan aliran trafik datang dari arah belakang dan membelok ke kiri jalan di selekoh tersebut.

Cadangan diterima dan telah siap serta beroperasi.

27.

6555

Memasang GPRS pada kenderaan DBKU Ronda dan DBKU Bantu supaya dapat digunakan sebagai petunjuk zon-zon lokasi yang hendak dironda. Memudahkan anggota ronda mengetahui lokasi ronda yang hendak dituju.

Cadangan tidak diterima kerana kenderaan tersebut telah dipasang dengan ‘Fleet Management System’.

28.

6520

Bantuan dan inisiatif ‘EXIT’ khas untuk pegawai atau Orang Kurang Upaya (OKU) yang berurusan di kaunter Bangunan DBKU semasa kebakaran/kecemasan - Menyediakan satu inisiatif (peralatan/laluan/bantuan) kepada pegawai atau orang awam kurang upaya (khususnya yang tidak dapat berjalan) untuk keluar dengan cepat dan selamat semasa berlakunya kebakaran/kecemasan di Bangunan DBKU. Antara kaedah yang dicadangkan ialah:- (1) Melatih pegawai-pegawai keselamatan untuk mengangkat OKU; (2) Menyedia ‘stretcher’ atau kerusi mudah alih untuk mengangkat OKU. Dengan adanya inisiatif ini, nyawa mereka yang kurang upaya akan terselamat. Inisiatif ini juga boleh menjadi ‘WOW FACTOR’ untuk anugerah yang disertai oleh DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana SOP boleh dirujuk dengan prosedur IMS/SYS/15-WI01 Prosedur Kawad Kebakaran dan Pengungsian Bangunan.

29.

6444

Mengalih dan menambahbaik pusat tong sampah Sukma Ria:- (1) Pusat pembuangan tong sampah di Sukma Ria dialihkan ke tempat yang sesuai ataupun menempatkan tong sampah bergerak di lokasi tersebut; (2) Mengubahsuai pusat tong sampah yang sedia ada seperti membuat penutup (tudung) agar keadaan persekitaran udara lebih bersih dan 'hygienic'; (3) Membina rumah pelupusan sampah di kawasan tersebut; dan (4) Menempatkan pusat 'recycle' di kawasan tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana penduduk taman tidak dibenarkan membuang sampah di kawasan tersebut. Bahagian ENF akan melakukan pemantauan berkala dan Bahagian CRD juga akan turut mengadakan program komuniti seperti ‘Bulk Collection’ bersama pihak Trienekens bagi mengatasi masalah tersebut.

Page 14: dibayar RM2 - Sarawak

14

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

30.

6509

Meletakkan maklumat penggunaan alat pemadam api yang bersesuaian. Alat pemadam api yang ada di Bangunan DBKU hanya mempunyai 1 jenis, dicadang supaya mempunyai 2 jenis pemadam api beserta dengan tanda maklumat jenis dan punca kebakaran. Warga kerja lebih peka dengan pemadam api yang bersesuaian dengan punca kebakaran.

Cadangan tidak diterima kerana alat pemadam yang sedia ada boleh digunakan untuk memadam semua jenis kebakaran.

31.

6568

Program pendidikan lalu lintas shell dikendalikan oleh Bahagian MNE. Pada awalnya program ini dikendalikan oleh Bahagian IMT (dulu dikenali sebagai Bahagian AMM dan RDM yang mana Bahagian Mekanikal merupakan unit di dalam bahagian berkenaan).

Cadangan tidak diterima dan program tersebut kekal bawah pengendalian Bahagian IMT.

32.

6585

Menghadiahkan telefon bimbit kepada pegawai yang akan bersara dan yang telah berkhidmat selama 25 tahun untuk menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh pegawai-pegawai tersebut.

Cadangan tidak diterima dan masih dikekalkan cenderahati sedia ada.

33.

6610

DBKU mengenakan caj yang bersesuaian ke atas setiap cetakan bil kedua selepas bil asal dihantar dan cetakan untuk tempoh kedua. Peringatan mengenai caj dikenakan dipamer dalam setiap bil asal yang dikeluarkan.

Cadangan tidak diterima kerana melibatkan implikasi kewangan dan proses mengeluarkan resit selepas pembayaran.

34.

6619

Mohon disediakan kasut keselamatan untuk kegunaan pekerja awam (pencuci pejabat) lelaki dan perempuan untuk keselamatan dan juga mengelak kemalangan.

Cadangan tidak diterima kerana mengikut Polisi Pakaian Seragam DBKU, kasut memang tiada dibekalkan.

35.

6637

Diletak papan notis serta notis makluman di ruang menunggu antara Bilik Anggerik dan Cempaka untuk maklumat orang awam dan pegawai dari jabatan lain memandangkan mereka sering berlegar-legar mencari bilik mesyuarat mana hendak dituju.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan mendesak.

Page 15: dibayar RM2 - Sarawak

15

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

36.

6587

Memasang petak motosikal berkunci dan CCTV di Medan Niaga Sukma Ria kerana sering berlaku kes kecurian motosikal di kawasan parkir motosikal. Untuk keselamatan kepada motosikal dan pengunjung ke Sukma Ria.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan. Manakala pemasangan CCTV tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan.

37.

6592

Membina penutup parit disepanjang Jalan Cenderawasih Semariang kerana jikalau tidak ditutup akan membahayakan nyawa penduduk-penduduk di situ terutamanya budak kecil yang sering bermain di luar.

Cadangan diterima dan ‘hand railing’ telah dibina. Penutup parit akan dilaksanakan tertakluk kepada peruntukan.

38.

6684

Pihak Pengurusan menyediakan 2 buah kenderaan khas atau van untuk membawa jenazah bagi kemudahan staf/keluarga DBKU yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Cadangan diterima dan telah dipersetujui oleh pihak Pengurusan untuk menggunakan kenderaan Bahagian IRM sebagai kenderaan jenazah. KB(ADM) telah diminta untuk mewar-warkan perkara ini kepada semua staf untuk makluman.

39.

6567

Memasang ‘bollard’ pada petak kuning laluan untuk meletak motosikal di kawasan di sebelah kanan Bangunan Al-Idrus (belakang Pondok Kupon, Jalan Satok). Untuk memudahkan motosikal masuk ke kawasan tempat letak motosikal dan menghalang kereta diletak dalam petak kuning tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Kawasan yang terlibat merupakan petak disediakan khas untuk pili Bomba dan penyelenggaraan parit.

40.

6572

‘Roller Shutter’ di Kaunter Satok ditukar kepada jenis berjaring.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. ‘Roller shutter’ ini hanya sesuai di kawasan dalam seperti pusat membeli belah.

41.

6579

Semua jalan kampung terutamanya di sepanjang jalan Kampung Panglima Seman, Kampung Pulo dan Kampung Bintawa yang ada di sekitar Bandaraya Kuching sebelum ini terlalu kecil hendaklah dibesarkan dan dibuat penurapan jalan berkeluasan 3 - 4 kaki/ 1.5m hingga 2m besar.

Cadangan tidak diterima kerana ketiadaan rizab jalan yang mencukupi menyebabkan pelebaran tidak dapat dibuat.

Page 16: dibayar RM2 - Sarawak

16

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

42.

6580

Didirikan pagar keselamatan di sekeliling kawasan terbuka di luar Kafeteria Bangunan DBKU bagi mengelak risiko kemungkinan orang terjatuh ketika berada di sisi kawasan tersebut. Lagipun ianya menjadi kehendak dalam penyediaan kemudahan awam untuk menyediakan pagar keselamatan di mana-mana tempat tebing yang tinggi.

Cadangan tidak diterima kerana buat masa ini terdapat ’plantar box’ sedia ada.

43.

6581

Mengaktifkan penggunaan kad barang kitar semula untuk setiap bahagian seperti mana digunakan untuk individu. Mudah mengenal pasti bahagian-bahagian yang mengambil bahagian dalam membudayakan kitar semula

Cadangan tidak diterima kerana setiap barang kitar semula yang dihantar telah direkod oleh Bahagian ENV. Sehubungan itu, penggunaan kad tidak diperlukan.

44.

6591

Menurap atau menampung jalan raya di sepanjang Jalan Bako yang berlubang kerana ini akan menyebabkan kemalangan kepada pemandu terutamanya kepada penunggang motosikal.

Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU dan jalan tersebut masih di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya.

45.

6593

Mencari pelapis-pelapis baru ataupun menambah lebih ramai lagi staf menjadi MC/juruacara DBKU bagi setiap majlis-majlis yang diadakan oleh DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana ada yang berbakat tetapi tidak berminat.

46.

6594

Jalan di hadapan taman perumahan baru di Jalan Matang (baru) diturap lebih tinggi memandangkan masa ini musim hujan dan jalan tersebut mengalami banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas dan sangat merbahaya kepada pemandu terutama kepada penunggang motosikal.

Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU dan jalan tersebut masih di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya.

47.

6595

Yellow tranverse bar’ dan zebra crossing’ dibina di hadapan simpang Sekolah Kebangsaan Gita Nombor 2 seperti yang dibina di hadapan sekolah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR).

Cadangan tidak diterima kerana jalan tersebut bukan di bawah bidang kuasa DBKU namun Jabatan Kerja Raya akan membuat pelebaran jalan.

Page 17: dibayar RM2 - Sarawak

17

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

48.

6596

Persembahan ‘Busking’ oleh Kumpulan ‘Busker’ DBKU di ruang lobi DBKU sebulan sekali (masa dicadang pada jumaat pertama jam 4:00 petang - 5:00 petang.

Cadangan tidak diterima kerana tempat yang dicadangkan tidak sesuai.

49.

6598

Memasang papan tanda amaran dilarang memanjat batu di hadapan pejabat Bahagian CSS untuk tujuan bergambar kerana ianya membahayakan keselamatan para pelancong dan pelawat.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Namun demikian, Pengawal Keselamatan telah diminta untuk membuat kawalan dan rondaan di kawasan tersebut.

50.

6603

Petak kuning dibina di simpang ke Tadika Nurul Iman, Taman Amina, Jalan Merdeka dan kedai bersebelahan. Ini adalah disebabkan jika berlaku kesesakan lalu lintas, kereta yang hendak masuk dari kiri menuju ke tadika atau jalan masuk ke kedai pasti akan dilanggar oleh motosikal yang lalu dari arah bertentangan kerana penglihatan yang tidak jelas bila dihadang oleh kereta.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

51.

6609

Membuat kad ID untuk setiap pegangan/pembayar cukai di kawasan DBKU. Kad ID yang mempunyai nombor rujukan/akaun R/P atau bar kod (mana yang bersesuaian).

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Ianya melibatkan kos yang tinggi untuk menyediakan mesin (seperti mesin KWSP). Pembayar cukai yang mempunyai banyak pegangan perlu membawa banyak kad. Sebarang pertukaran hak milik perlu membuat kad baru.

52.

6615

Membuat penutup parit bagi parit terbuka di tepi Jalan Siol Kanan dan membina pagar penghadang. Kedudukan parit tersebut dekat dengan jalan dan membahayakan pengguna jalan raya.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

53.

6618

Memberi surat perlantikan kepada 'First-Aider' DBKU yang telah dilantik beserta tanggungjawab sebagai 'First-Aider' dan pelan lantai lokasi 'First-Aid Box' yang ada di bahagian-bahagian.

Cadangan tidak diterima kerana memang telah dipraktikkan oleh Unit OSH sebelum ini.

Page 18: dibayar RM2 - Sarawak

18

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

54.

6624

Menempatkan Trafik Warden di penghujung Jalan Haji Taha, Jalan Masjid dan Jalan P.Ramlee, memandangkan kesesakan berlaku pada waktu balik kerja, hujung minggu dan musim perayaan.

Cadangan tidak diterima kerana kesesakan disebabkan oleh pembinaan projek pembetungan. Kawalan trafik hanya dibuat pada musim perayaan atau jika ada penutupan jalan yang diarah oleh pihak Polis.

55.

6628

Dalam sebulan sekali lif DBKU ditutup selama satu hari kecuali ada sebab yang tertentu di mana semua staf DBKU menggunakan tangga untuk ke Pejabat.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Staf boleh menjaga kesihatan dan jantung melalui senaman di taman rekreasi dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Bahagian CRD.

56.

6639

Cadangan untuk mengubah kedudukan cermin jalan yang terletak di Jalan Semariang berdekatan bulatan DBKU ke sebelah kiri seberang jalan.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

57.

6643

Menyediakan ‘return bin’ (‘book drop’) di ibu pejabat DBKU atau mana-mana tempat di kawasan Petra Jaya.

Cadangan tidak diterima kerana memadai ’book drop’ yang telah disediakan di Perpustakaan DBKU, Jalan P. Ramlee.

58.

6653

Membuat ruangan untuk mempromosikan buku-buku perpustakaan setiap bulan.

Cadangan tidak diterima kerana memang telah dipraktikkan di mana promosi telah dibuat melalui e-mel setiap bulan kepada semua bahagian.

59.

6654

Meminjam buku secara atas talian untuk kakitangan awam serta orang awam yang sibuk dengan tugas masing-masing. Buku boleh dipinjam melalui atas talian dan diberi pada tarikh yang telah ditetapkan oleh peminjam.

Cadangan tidak diterima kerana kakitangan awam boleh meminjam melalui e-mel.

60.

6661

Slogan ‘Selamat Datang’ dan ‘Terima Kasih’ diletakkan di pintu masuk setiap bahagian.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

61.

6664

Meletak ‘Selamat Datang’ dan ‘Terima Kasih’ di pintu masuk dan keluar basement.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

Page 19: dibayar RM2 - Sarawak

19

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

62.

6681

Menggantikan kuasa letrik ke kuasa solar bagi menjana lampu isyarat lalu lintas.

Cadangan tidak diterima kerana kos vandalisma dan penyelenggaraan tinggi.

63.

6622

Memberikan lesen kepada pemuzik-pemuzik jalanan (‘Busker’) untuk menjalankan aktiviti mereka supaya aktiviti ‘busking’ teratur dan berlesen.

Cadangan tidak diterima kerana mahu suasana bandar raya lebih ‘vibrant’.

64.

6679

Mengadakan latihan sangkutan 3 bulan kepada staf teknikal J17 - J29 (BLG, ENG dan MNE) di firma konsultan, syarikat pembinaan atau syarikat penyelenggaraan.

Cadangan tidak diterima kerana Ketua-ketua Bahagian boleh memohon latihan tersebut melalui Bahagian HRM apabila diperlukan.

Page 20: dibayar RM2 - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

1.

6682

Bakat-bakat seni dipamerkan di ruangan atau satu tempat seperti lukisan, sajak, pantun,ukiran, gambar, sulaman, anyaman, jahitan, hiasan dan seni-seni kreativiti yang lain.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6046.

2.

6690

Pemasangan pagar penghadang di tempat pejalan kaki di sekitar kawasan DBKU. Dicadangkan supaya jarak sisi jalan dari pagar tidak kurang dari satu meter.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6615, 3648 dan 3658.

3.

6693

Pihak Pengurusan DBKU menyedia/membeli kipas angin yang besar untuk diletakkan di bawah jambatan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan aktiviti di bawah jambatan hanya dijalankan sekali sekala. Sekiranya perlu, kipas angin akan disediakan oleh Bahagian MNE.

4.

6696

Disediakan struktur simbolik berupa tiang dan bendera Sarawak untuk diletakkan di pintu utama setiap bahagian-bahagian di Ibu pejabat DBKU supaya bila lagu Ibu Pertiwiku dimainkan setiap pagi, semua staf akan berdiri menghala ke arah bendera tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4175 dan 5761.

5.

6697

Membuat landskap yang cantik berbentuk unta di bulatan Depo Jalan Semariang.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5673.

6.

6698

Meletak tanda nama jalan dekat Jalan Matang/Sekolah Menengah Matang Jaya.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6528 dan 6469. Cadangan tidak diterima kerana kawasan tersebut di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya.

7.

6699

Menyediakan Tabung Amal ataupun Tabung Kebajikan di DBKU bagi membantu anak-anak yatim, warga tua dan yang memerlukan.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 1927, 0788, 0653, 5429, 1955, 2903 dan 6217.

20

Page 21: dibayar RM2 - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

8.

6700

Menyediakan borang bagi mengadakan lawatan ke DBKU dan diletakkan di kaunter untuk diisi oleh mana-mana persatuan/NGO/jabatan/ sekolah dan lain-lain yang hendak melawat secara berkumpulan ke Muzium Kucing, Taman Orkid, Perpustakaan dan Pentarama DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 1876.

9.

6701

Membina bonggol di Jalan Piala 4, Taman Sukma, Petra Jaya, Kuching.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4522 dan 4797. Cadangan tidak diterima kerana keutamaan diberi kepada surau, sekolah, taman permainan, tadika, dewan masyarakat dan pemohon hendaklah melalui wakil setempat serta persetujuan dengan menandatangani surat permohonan.

10.

6702

Menanam bunga hiasan kekal di sekeliling tiang bawah jambatan Bangunan DBKU/Halaman DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5456 dan 5959.

11.

6703

Membina Arena DBKU, sebuah tempat khas yang lebih selesa untuk aktiviti sukan seperti padang futsal, badminton, 'street soccer' dan senamrobik.

Cadangan tidak diterima kerana memang dalam perancangan untuk bangunan baru DBKU.

12.

6704

Bahagian TRI disaran memohon HAK CIPTA hasil inovasi dan kreativiti yang telah dicipta oleh Kumpulan KIK dan staf DBKU yang ada potensi untuk dikomersialkan.

Cadangan tidak diterima kerana memang dalam perhatian dan kajian.

13.

6704

Menjarakkan pasu-pasu bunga di antara satu sama lain dengan lebih jauh lagi terutama di simpang jalan bagi memudahkan pemandu melihat kenderaan yang datang. Ini kerana pasu-pasu bunga yang telah diletak di bahu jalan tersebut menghalang penglihatan pemandu/pengguna jalan raya dan boleh mengundang kemalangan. Untuk kenderaan seperti MPV atau ‘pickup’ ianya tidak menjadi masalah kerana tempat memandunya tinggi.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6141.

21

Page 22: dibayar RM2 - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

14.

6707

Bas DBKU di ‘spray’ dengan warna yang lebih menyerlah memandangkan warna bas sekarang sudah pudar dan lusuh.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5796 dan 4857.

15.

6708

Menambahbaik atau membaik pulih papan tanda berlampu tempat letak kereta berkupon di sekitar pentadbiran DBKU. Memandangkan ianya tidak relevan dengan masa perkhidmatan, pembayaran, nombor telefon dan sebagainya. Tambahan pula terdapat iklan syarikat atau produk yang sudah tiada lagi perkhidmatan tetapi masih diiklankan.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

16

6709

Meletak peti cadangan dan borang cadangan di setiap pintu masuk utama pejabat DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana peti cadangan telah diletakkan di Kaunter Pembayaran Satok dan Kaunter Informasi di Ibu Pejabat. Mana-mana bahagian mempunyai pejabat tersendiri boleh melaksanakan inisiatif ini dengan meletakkan peti cadangan untuk bahagian tersebut seperti dilaksanakan oleh Bahagian IRM. Selain itu, warga kota juga boleh memberi maklum balas melalui ‘hotline’ dan laman web DBKU.

17.

6710

Menambah lampu isyarat yang sedia ada di Jalan Matang (baru) menuju ke bulatan pertama Petra Jaya (Datuk Abang Temenggong Kipali). Memandangkan kedudukan lampu isyarat yang sedia ada agak sukar untuk dilihat oleh pemandu kenderaan yang berhenti di hadapan sekali, terutama yang berhenti di kedudukan tengah.

Cadangan tidak dierima kerana jalan tersebut di bawah tanggung jawab Jabatan Kerja Raya.

18.

6712

Siling lama yang terlalu berat ditukar kepada siling yang lebih ringan dan baru di Surau DBKU kerana siling lama sangat merbahaya dan boleh mendatangkan musibah sebab ianya hampir berlaku pada 18 Mac 2014 jam 3.47 petang.

Cadangan tidak diterima kerana pencadang diminta untuk memajukan laporan tersebut sebagai ‘Near Miss Accident’ kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan DBKU.

22

Page 23: dibayar RM2 - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

19.

6716

Membina lampu isyarat di simpang tiga Jalan Astana/Kampung Lintang sama seperti lampu isyarat yang dibina di Jalan Astana/Kampung Tupong Tengah. Kawasan ini amat memerlukan kemudahan tersebut kerana kerap kali kesesakan berlaku dan kenderaan tersekat terutama pada waktu puncak iaitu awal pagi/tengah hari dan petang.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4834 dan 2531.

20.

6718

Menyediakan perkhidmatan Trafik Warden di beberapa kawasan sekolah yang selalu mengalami kesesakan jalan terutama pada waktu tengahari.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 3965, 5865 dan 4877.

21.

6719

Jalan Intan ditar semula dan dibaik pulih kerana terlalu rendah dan tidak rata meyebabkan air bertakung dan mengakibatkan banjir serta air tidak mengalir ke parit.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

22.

6721

Kemudahan kepada pemilik lesen/ permit agar dapat memperbaharui/ membuat pembayaran lesen secara ansuran.

Cadangan tidak diterima kerana memang telah dilaksanakan oleh Bahagian Pelesenan.

23.

6722

Membuat tempat letak kereta khas untuk Ketua-Ketua Bahagian yang berada diluar pejabat DBKU. Contoh di Kaunter SBBS DBKU Satok dan sebagainya untuk KB(IMT), KB(ENV), KB(SCY), KB(ENF), KB(LES), KB(IRM) dan KB(BDD).

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4425.

24.

6724

Melaksanakan ketetapan ‘reshuffle’ dalam tempoh 3 tahun sekali seperti yang pernah dijanjikan.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6147 dan 5768.

25.

6725

Pihak yang berwajib dan telah dipertanggungjawabkan secara rasmi oleh DBKU memeriksa dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap jalan-jalan yang kurang elok dan rosak dan sering kali mendatangkan masalah semasa banjir kilat jika hujan lebat. Lubang-lubang hendaklah ditutup kerana sehingga sekarang masih belum diperbaiki bagi mengelak kemalangan besar ataupun kecil berlaku.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

23

Page 24: dibayar RM2 - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

26.

6726

Papan tanda (‘signage’) mudah alih untuk pemberitahuan tentang mesyuarat yang melibatkan orang luar diletakkan di lobi (Seperti yang dipraktikkan di hotel-hotel).

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5344.

27.

6728

DBKU membuka Kaunter Bergerak sebulan sekali selepas hari gaji pada hari Sabtu atau Ahad di Supermarket terpilih seperti contoh di Merdeka Plaza, Wisma Satok dan sebagainya.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4770.

28.

6729

Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada staf yang ingin mempunyai alat-alat kemudahan komunikasi contohnya ‘smartphone’ dengan bayaran bulanan yang agak rendah dengan melantik agen/syarikat komunikasi secara potongan gaji.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6180.

29.

6730

Mengadakan kempen bertujuan bagi mendapatkan tandatangan staf DBKU untuk sama-sama mendoakan keselamatan penumpang dan krew pesawat MH370.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6711.

30.

6734

Menurap atau membuat penambahbaikan jalan di sepanjang jalan dari bulatan e-Mart ke bulatan pertama Petra Jaya kerana jalan tersebut terumbang ambing dan kurang selamat digunakan.

Cadangan tidak diterima berulang dengan cadangan No. 6594.

31.

6735

Menambah lampu jalan di bulatan antara SMB St. Mary's, After Four Restaurant dan Jalan Tabuan (berdekatan Star Cineplex) kerana keadaan sekeliling jalan di antara bulatan tersebut agak suram/gelap, kurang terang. Kawasan tersebut juga merupakan tumpuan ramai pelancong menginap kerana banyak hotel berdekatan.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6274.

24

Page 25: dibayar RM2 - Sarawak

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

32.

6736

Menggunakan lampu LED di semua pejabat DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6659, 5841 dan 5661.

33.

6737

E-mel yang memerlukan tindakan segera oleh mana-mana bahagian hendaklah berwarna merah kecuali ianya sudah dibalas atau diambil tindakan. Selagi ianya belum diambil tindakan atau dibalas ianya akan sentiasa berwarna merah. Kepakaran SAINS diperlukan memandangkan mereka pakar dalam bidang IT.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

34.

6739

Setiap kali DBKU mempunyai program yang ‘grand’ contohnya ‘Cat Show’ atau ‘Earth Hour’ mesti terdapat pertandingan mewarna dan melukis. Dicadang ditukar dengan pertandingan lain seperti pertandingan menulis sajak, ratu kucing atau pantun secara spontan dan sebagainya.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5134, 0880 dan 1185.

35.

6740

Mengadakan Kursus Fardhu Kifayah bagi mereka yang belum tahu atau belum mempelajari kursus seperti ini.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4475.

36.

6741

Setiap kali DBKU mengadakan program contohnya ceramah agama, taklimat dan sebagainya, haruslah menyediakan kerusi pasang siap atau mudah alih di hadapan Auditorium DBKU untuk kemudahan semasa pendaftaran program dijalankan.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

37.

6742

Mengadakan persembahan konsert dengan iringan Orkestra DBKU di Lebuh India pada hari Ahad setiap hujung bulan.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5816.

25