designer babies” menurut islam

23
KOLEJ MARA BANTING KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 1/2010 TAJUK : “DESIGNER BABIES” MENURUT ISLAM PENSYARAH : USTAZ ABD JAMIR B. MD SAAD DISEDIAKAN OLEH ; NAMA : SITI NABILAH BINTI AZMAN

Upload: pendislam

Post on 02-Jul-2015

88 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

KOLEJ MARA BANTING

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER 1/2010

TAJUK : “DESIGNER BABIES”

MENURUT ISLAM

PENSYARAH : USTAZ ABD JAMIR B. MD SAAD

DISEDIAKAN OLEH ;

NAMA : SITI NABILAH BINTI AZMAN

KELAS : M10E

NO. K.P : 920401-14-6310

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARAMUKA

SURAT

1 1.0 PENGENALAN 2

2

2.0 “DESIGNER BABIES”

2.1 DEFINISI “DESIGNER BABIES”

2.2 KONSEP “DESIGNER BABIES”

2.3 BEBERAPA CONTOH PENGAPLIKASIAN KONSEP

PGD

2.4 HUKUM “DESIGNER BABIES”

3

3

3

5

7

3 3.0 KESIMPULAN 11

4 4.0 BIBLIOGRAFI 14

5 LAMPIRAN 16

1

1.0 PENGENALAN

Pada hari ini, manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan dan

kesempurnaan hidup. Kesempurnaan hidup mungkin boleh diukur melalui kekayaan,

kemewahan dan kejayaan seseorang. Sehubungan dengan itu, dengan teknologi

juga, manusia berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi yang baru. Dengan

teknologi yang baru ini, lahirlah konsep “designer babies”.

Sekiranya dilihat secara mendalam, konsep “designer babies” ini agak

berdekatan dengan konsep bangsa sempurna yang dimulakan oleh Adolf Hitler.

Semasa Perang Dunia Kedua, Adolf Hitler ingin melahirkan bangsa Aryan

yang mempunyai rambut berwarna “blonde” dan bermata biru. Bagi mewujudkan

bangsa ini, pada masa itu, ramai orang yang telah diculik dan dilarikan daripada

keluarga mereka bagi menyertai bangsa Aryan ini. Bagi golongan manusia yang

tidak menepati ciri bangsa Aryan yang dikatakan sempurna, mereka akan dibunuh.

Kejadian yang telah tercatat dalam sejarah ini telah menyebabkan

pembunuhan. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang baik.

Jadi, apakah konsep “designer babies” ini? Bagaimanakah dikatakan

“designer babies” ini merupakan zuriat sempurna? Bagi menjawab persoalan ini,

saya telah menjalankan penyelidikan dan kajian.

2

2.0 “DESIGNER BABIES”

2.1 DEFINISI “DESIGNER BABIES”

“Designer babies” atau bayi rekaan,merupakan bayi yang mempunyai ciri-ciri genetik

yang telah dipilih secara kejuruteraan genetik dan digabung dengan konsep “in vitro

fertilisation”(IVF). Bayi yang dilahirkan akan mempunyai ciri-ciri genetik yang telah

ditetapkan dan dipilih oleh pasangan tersebut.

2.2 KONSEP “DESIGNER BABIES”

Tujuan pasangan memilih untuk melahirkan bayi rekaan atau “designer babies” ini

adalah untuk memperolehi zuriat yang sempurna. Ini kerana dengan teknologi yang

digunakan untuk “designer babies” ini membolehkan pasangan tersebut memilih ciri-

ciri yang mereka mahu untuk anak mereka. Ciri-ciri seperti warna rambut, warna

mata, ketinggian malah kecerdasan boleh ditentukan oleh pasangan tersebut.

Sebagai contoh, terdapat pasangan suami isteri yang mahukan zuriat mereka

supaya mempunyai rambut berwarna perang dan mata berwarna biru.

Kebarangkalian bagi perkara ini untuk berlaku sangat rendah, terutamanya

sekiranya suami isteri tersebut tidak mempunyai rambut berwarna perang dan mata

berwarna biru. Namun, dengan kejuruteraan genetik dan teknologi “designer babies”

ini, pasangan suami isteri tersebut boleh mendapat zuriat dengan ciri-ciri yang

mereka inginkan itu.

Dengan pemilihan ciri-ciri yang telah ditetapkan tersebut, bayi yang bakal

dilahirkan akan mempunyai genetik yang sempurna yang dimahukan oleh ibu

bapanya. Bayi yang sempurna akan dilahirkan dengan teknologi terbaru ini.

Selain itu, terdapat juga pasangan suami isteri yang menggunakan teknologi

ini untuk melahirkan zuriat yang bebas daripada penyakit genetik dan penyakit

keturunan. Teknologi ini sememangnya boleh menentukan jantina zuriat yang bakal

dilahirkan. Sebagai contoh, penyakit hemofilia dapat dielakkan.

3

Hemofilia merupakan ketidakupayaan badan untuk membekukan darah.

Pesakit hemofilia biasanya mempunyai jangka masa hidup yang singkat. Mereka

tidak boleh mengalami luka,walaupun hanya pendarahan yang sedikit. Bagi manusia

normal, darah yang keluar akan berhenti. Namun, bagi penyakit hemofilia, mereka

tidak mempunyai mekanisme yang memberhentikan darah daripada keluar dari

badan mereka. Kebanyakan pesakit hemofilia mati disebabkan kehilangan darah

yang berlebihan.

Oleh itu, sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai gen hemofilia, sudah

tentu pasangan suami isteri itu ingin mengelakkan daripada mendapat anak lelaki

kerana kebarangkalian untuk anak lelaki yang dilahirkan mempunyai penyakit

hemofilia sangat tinggi. Dengan teknologi kejuruteraan genetik, jantina zuriat dapat

ditentukan. Sperma yang membawa genetik jantina perempuan sahaja yang akan

disenyawakan.

“Designer babies” dihasilkan menggunakan teknik “In vitro fertilisation” atau

IVF,iaitu persenyawaan yang berlaku di luar rahim ibu. Ovum, atau telur yang

dihasilkan oleh ibu akan dikeluarkan. Persenyawaan antara telur tersebut dengan

sperma dari bapa akan berlaku di dalam medium cecair yang telah ditetapkan di

dalam makmal. Setelah persenyawaan berlaku, pembahagian sel akan bermula.

Setelah sampai ke suatu tahap, sel yang telah bertambah tersebut akan dimasukkan

semula ke dalam rahim ibu, diletakkan di dinding rahim.

Sebenarnya, teknik IVF ini digunakan untuk pasangan yang susah untuk

mendapat zuriat kerana ketidaksuburan. Teknik ini bermula sejak tahun 1978 lagi.

Louise Brown merupakan manusia pertama yang telah dihasilkan melalui teknik IVF

ini.

Kini, terdapat 2 teknik yang dibenarkan untuk IVF ini. Teknik yang pertama

ialah memilih sperma yang bakal disenyawakan dengan ovum. Teknik ini bertujuan

untuk menetapkan jantina dan genetik zuriat. Teknik yang kedua ialah teknik “Pre-

Implantation Genetic Diagnosis” (PGD). Teknik yang kedua ini membolehkan

embryo diperiksa untuk penyakit genetik. Hanya embryo yang bebas dari sebarang

penyakit genetik sahaja yang akan ditanamkan ke dalam rahim ibu.

4

2.3 BEBERAPA CONTOH PENGAPLIKASIAN KONSEP PGD

Adam Nash dipilih melalui teknik PGD. Saintis memilih embryo yang memiliki

sel yang tepat untuk menyelamatkan kakaknya yang sedang tenat. Kakaknya

menghidapi penyakit “Fanconi’s anaemia.” Pesakit “Fanconi’s anaemia” akan

mempunyai bilangan sel darah merah, sel darah putih dan “platelets” yang sedikit.

Kekurangan sel darah merah akan menyebabkan keletihan yang cepat, kekurangan

sel darah putih pula akan mengakibatkan pesakit senang mendapat jangkitan atau

penyakit, manakala kekurangan “platelets” pula mengakibatkan kehilangan darah

yang berlebihan.

Peluang untuk adik-beradiknya yang lain untuk mendapat penyakit ini juga

tinggi. Oleh itu, sebelum embryo ditanamkan ke dalam rahim ibunya, embryo

tersebut diperiksa dahulu sama ada bebas dari penyakit “Fanconi’s anaemia” atau

tidak. Seterusnya, embryo juga diperiksa sama ada mempunyai sel yang tepat atau

tidak. Setelah Adam Nash dilahirkan, dia menjadi penderma kepada kakaknya.

Peluang kakaknya untuk hidup telah berganda.

Pasangan suami isteri dari United Kingdom, iaitu Michelle dan Jayson

Whitakers mempunyai seorang anak yang berumur 4 tahun yang bernama Charlie.

Namun begitu, Charlie menghidap penyakit yang jarang ditemui, iaitu “Diamond

Blackfan anaemia”.

“Diamond Blackfan anaemia” merupakan penyakit yang sangat jarang

dijumpai. Tubuh badan pesakit akan menghasilkan hanya sedikit sahaja sel darah

merah. Pesakit biasanya akan mati dalam lingkungan umur 30 tahun.

Charlie Whitakers terpaksa mendapat transfusi darah secara kerap. Dia juga

mendapat suntikan sebanyak lima malam dalam seminggu. Demi menyelamatkan

Charlie, dia memerlukan transplan “stem cells” atau sel batang yang padan dengan

jenis tisu Charlie.

5

Sel batang tersebut diperolehi daripada darah yang terdapat dalam tali pusat

bayi tersebut, iaitu, James. Beberapa ujian dijalankan untuk melihat sama ada

sistem imun James sama dengan sistem imun Charlie atau tidak. Untuk meneruskan

transplan tersebut, sel batang yang diperolehi daripada darah tali pusat James

perlulah padan dengan sistem imun Charlie. Setelah padan, transplan boleh

dijalankan.

Di United Kingdom, konsep ini tidak dibenarkan. Oleh itu, ibu bapa James

sanggup pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan bayi. Pada tahun 2003,

James Whitakers dilahirkan.

Pada tahun 2006, seorang wanita memilih untuk mendapatkan bayi

menggunakan teknik IVF walaupun dia tidak mengalami masalah kesuburan.

Namun, wanita tersebut mengalami kanser mata. Sekiranya dia tidak menjalankan

penghamilan melalui teknik IVF dan menggunakan teknologi PGD, risiko bagi bayi

yang bakal dilahirkan untuk mendapat kanser mata juga adalah sebanyak 90 %.

Oleh itu, konsep PGD digunakan untuk memilih hanya embryo yang mempunyai

genetik yang bebas daripada kanser mata sahaja yang dipilih untuk ditanamkan ke

dalam rahim wanita tersebut.

6

2.4 HUKUM “DESIGNER BABIES”

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Proses

penciptaan manusia telah diceritakan di dalam Al-Quran :

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Manusia

dikatakan sebagai sebaik-baik kejadian kerana telah dikurniakan akal. Berbanding

dengan haiwan, manusia telah dikurniakan akal supaya dapat berfikir dan

membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Akal juga membolehkan manusia

berfikir dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya.

7

“Wahai manusia! Jika kamu meragukan hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim mengikut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditetapkan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi...”

(Surah Al-Hajj,ayat 5)

Sebenarnya, teknologi ini digunakan bagi mengelakkan zuriat daripada

memperolehi penyakit keturunan. Perkataan “designer babies” ini sebenarnya

gelaran yang digunakan oleh wartawan, bukan saintis. Bidang kewartawanan

bimbang dengan perkembangan teknologi pada hari ini, yang membolehkan

“designer babies” dicipta pada masa akan datang. Kita semestinya tidak mahu

situasi pasangan bertemu dengan doktor untuk mendapat zuriat dengan ciri-ciri

tertentu seperti warna mata, warna rambut, ketinggian dan kecerdasan, seperti ingin

membeli kereta idaman melalui katalog.

Konsep PGD ini mendatangkan kebaikan secara digunakan dengan tepat.

Melalui konsep ini, risiko bagi ibu bapa untuk mendapat anak yang berpenyakit

dapat dikurangkan. Risiko untuk melahirkan bayi yang mempunyai penyakit “Down

Syndrome”, “Fanconi’s anaemia” dan “Diamond Blackfan anaemia” akan berkurang.

Dengan teknologi PGD, Charlie Whitakers tidak perlu menanggung penderitaan

penyakitnya. Setakat ini, teknologi PGD digunakan untuk mengelakkan penyakit

genetik dan penyakit keturunan.

Namun begitu, perkara ini membangkitkan beberapa isu sekiranya teknologi

ini digunakan bagi tujuan kosmetik. Dr. Jeff Steinburg dari Los Angeles menyatakan

bahawa ibu bapa boleh memilih jantina, warna mata,kulit dan rambut zuriat mereka

dengan menggunakat teknologi PGD ini. Selain itu, kepandaian, kecantikan dan

keupayaan bersukan juga boleh ditetapkan. Dia juga telah menyatakan bahawa

servis ini ditawarkan kepada ibu bapa yang inginkan “designer baby” menggunakan

teknik IVF. Harga bagi setiap bayi ialah $18 000.

Terdapat beberapa isu kemanusiaan dibangkitkan berkaitan dengan teknologi

PGD ini. Antara isunya ialah sekiranya embryo yang terpilih ditanam ke dalam rahim,

embryo yang lain akan dibuang. Perkara ini membangkitkan isu kerana embryo

tersebut berpotensi menjadi manusia. Embryo yang dihapuskan tersebut boleh

menjana ekonomi dan permbangunan sesebuah negara.

8

Melalui konsep “designer babies” ini, manusia seolah-olah ingin menjadi

Tuhan dengan menentukan sendiri ciri-ciri anak mereka. Dengan teknologi, manusia

akan lupa terhadap Tuhan yang memberi mereka zuriat. Manusia akan lebih

mengharapkan kepada doktor dan saintis untuk mendapat zuriat daripada

mengharapkan Allah.

Ajaran Islam merupakan ajaran yang mengambil berat terhadap

penganutnya. Melalui teknologi PGD, hanya embryo yang terpilih sahaja yang akan

dimasukkan semula ke dalam rahim ibu. PGD diharuskan untuk memeriksa sama

ada bakal zuriat tersebut bebas daripada sebarang penyakit atau tidak, dengan

syarat bahawa pasangan tersebut telah mempunyai ikatan suami isteri yang sah.

Namun begitu, sebarang penyelidikan komersial yang tiada kaitan dengan ibu atau

janin adalah tidak dibenarkan.

Setakat ini, sama ada embryo yang bebas daripada penyakit sahaja yang

dipilih atau embryo yang mempunyai genetik yang padan sahaja yang akan ditanam

ke dalam rahim ibu. Embryo juga dipilih berdasarkan jantina. Ini kerana terdapat

beberapa penyakit yang hanya memberi kesan kepada satu jantina sahaja seperti

Hemofilia.

Namun begitu, penggunaan teknologi PGD bagi tujuan kosmetik adalah

haram di sisi Islam. Tujuan kosmetik bermaksud tujuan yang bukan untuk

mengelakkan penyakit, tetapi untuk mendapatkan zuriat yang sempurna yang

diinginkan oleh semua manusia. Ciri-ciri kosmetik seperti memilih warna mata,

rambut, kulit, ketinggian dan kebijaksanaan adalah haram di sisi Islam.

Di Malaysia, pada 27 Jun 2006, kerajaan Malaysia telah mengharamkan

teknologi “designer baby” di Malaysia, walaupun hanya memilih jantina, bukan warna

rambut, mata, kulit dan sebagainya. Langkah ini diambil bagi mengelakkan

kebanjiran jantina di Malaysia. Bayangkan, sekiranya kebanyakan ibu bapa inginkan

anak lelaki, bilangan warganegara wanita di negara ini akan berkurang. Ini boleh

menyebabkan masalah homoseksual dalam kalangan rakyat Malaysia.

9

Dr. Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan pada masa itu menyatakan bahawa

pada masa ini, nisbah lelaki terhadap perempuan di Malaysia ialah 105 : 110.

Menurutnya lagi, sekiranya teknologi “designer baby” ini dibenarkan di Malaysia,

dikhuatiri Malaysia akan mengikuti jejak langkah China. Nisbah lelaki terhadap

perempuan di negara China ialah 110 : 100.

Oleh itu, penggunaan konsep PGD untuk melahirkan “designer baby”

diharamkan di Malaysia. Namun begitu, sekiranya pasangan perlu memilih jantina

bagi mengelakkan daripada penyakit keturunan yang memberi kesan berdasarkan

jantina, maka, pemilihan jantina adalah dibenarkan.

10

3.0 KESIMPULAN

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah bersyukur terhadap kurniaanNya. Allah

s.w.t telah berfirman :

Pengharaman teknik PGD dalam melahirkan “designer babies” ini adalah

bersesuaian. Sekiranya konsep ini dibenarkan, manusia akan berkejar-kejar untuk

menjadi sempurna. Manusia akan mula membezakan darjat antara satu sama lain

berdasarkan kesempurnaan mereka. Perkara ini bertentangan dengan ajaran Islam

yang menyuruh manusia supaya hormat-menghormati antara satu sama lain. Firman

Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ :

11

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya adalah bahawa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan agar kamu merasakan sebahagian dari rahmatNya dan agar kapal dapat berlayar dengan perintahNya dan (juga) agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurniaNya, dan agar kamu bersyukur.

(Surah Ar-Rum, ayat 46)

Ditakuti sekiranya dilahirkan “designer babies”, mula wujud pemberontakan.

Dalam Al-Quran sendiri, terdapat kisah Iblis yang enggan sujud kepada nabi Adam

kerana nabi Adam diciptakan daripada tanah sedangkan dia diciptakan daripada api.

Perkara ini terdapat dalam Surah Al-Baqarah :

Perkara ini boleh berlaku kepada kita. Mungkin seorang anak yang dilahirkan

menggunakan teknologi “designer babies” ini pada suatu hari akan memberontak

dan tidak menghormati kedua ibu bapanya yang dilahirkan secara semulajadi. Allah

s.w.t berfirman lagi :

12

Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka, kecuali pembicaraan rahsia dari orang yang menyuruh (orang) bersedeqah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar.

Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “sujudlah kamu kepada Adam!”. Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk dari golongan yang kafir.

(Surah Al-Baqarah,ayat 34)

Rasulullah juga merupakan seorang manusia biasa. Manusia biasa bererti

tidak lekang daripada melakukan kesalahan. Sekiranya zuriat sempurna melalui

teknologi PGD ini dilahirkan, tidak mustahil bahawa generasi “designer babies” ini

akan mula mempersoalkan agama.

Sebagai kesimpulan, hukum yang ditetapkan terhadap teknologi ini adalah

sesuai. Kita tidak mahu pada suatu hari nanti manusia akan berbunuh-bunuhan

seperti pada zaman Adolf Hilter kerana inginkan bangsa yang sempurna, bangsa

yang dilahirkan melalui teknologi “designer babies”. Fitrah manusia yang serba

kekurangan tidak perlu dilanggar. Manusia hendaklah hidup dalam keadaan aman

dan harmoni dengan hormat-menghormati antara satu sama lain.

13

Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahay yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

(Surah An-Nisa’,ayat 36)

4.0 BIBLIOGRAFI

Wikipedia,The Free Encyclopedia. “In vitro fertilisation”:

http://en.wikipedia.org/wiki/In_vitro_fertilisation, visited September 14, 2010.

Bionet(2002). “Design-a-baby?”:

www.bionetonline.org/english/content/db_cont1.htm, visited September 14,

2010.

Wikipedia, The Free Encyclopedia. “Designer baby”:

http://en.wikipedia.org/wiki/Designer_baby, visited September 16, 2010.

David Bjerklie and Alice Park/New York and Dick

Thompson/Washington(1999). “Designer babies”:

www.time.com/time/magazine/article/0,9171,989987-3,00.html, visited

September 20, 2010.

Wikipedia, The Free Encyclopedia. “Haemophilia”:

http://en.wikipedia.org/wiki/Haemophilia, visited September 22, 2010.

Shaoni Bhattacharya(2003). “Banned designer baby is born in UK”:

www.newscientist.com/article/dn3854-banned-designer-baby-is-born-in-

uk.html, visited September 22, 2010.

Priya Johnson. “Pros and Cons of designer babies”:

www.buzzle.com/articles/pros-and-cons-of-designer-babies.html, visited

September 25, 2010.

Oracle Education Foundation. “German extremes”:

http://library.thinkquest.org/27648/cgi-bin/ais.cgi?display-html&page=5, visited

September 25, 2010.

Cynthia Harlan (2007). “Designer Babies : The Ethical Issues Regarding

Interference With Natural Conception”:

www.associatedcontent.com/article/232709/

designer_babies_the_ethical_issues.html?cat=5, visited September 25, 2010.

Mark Henderson (2006). “First baby in Britain designed cancer-free”:

www.timesonline.co.uk/tol/news/uk/article717260.ece, visited September 25,

2010.

14

David C Dugdale, James R. Mason, David Zieve. “Fanconi’s anaemia”:

www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000334.htm, visited September 25,

2010.

Ida_KL (2006). “Kerajaan haramkan bayi rekaan-Soi Lek”:

www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t53636.html, visited September

25, 2010.

www.quran.com , visited September 25, 2010.

Kiessling, Ann. A and Anderson, Scott C. Human Embryonic Stem Cells. New

York : Jones and Bartletl Publishers, 2007.

Al-Quran.

15

LAMPIRAN

Artikel tentang “designer babies” :

Kemusykilan tentang “designer babies” :

16

17