dentist urusan di jordan

Upload: ammar-atifie-othman

Post on 04-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Urusan Post GradEmbassyWizarah KharijiahJUST

TRANSCRIPT

DENTIST : URUSAN DI JORDAN.INFO 1 : Steps SIJIL/Syahadah di JUST:1.Buat baraah zimmah di klinik DTC dan juga dekat klinik di JUST. Ambil sheet dari diwan (ground floor DTC dan tingkat 2 10H3/10H4) Step ni basically senang. Kerjanya cuma dapatkan sign dari sesiapa/any department yang tertulis dalam sheet bagi menandakan kita tak ada buat hilang barang, hutang etc. Kemudian serahkan balik pada uncle kat diwan untuk dicop.2.Daftarkan diri anda sebagai Ahli ALUMNI JUST http://oldwww.just.edu.jo/alumniweb/ , kena pergi ke link bawah box id dan password (inqaz huna), isi id, password dan tarikh lahir. Kemudian pergi balik ke page registration, dan log in. Isi semua maklumat dan save kecuali 3 kotak terakhir. Kalau tak isi, korang tak dapat proceed yang lain nanti. Ikut urutan untuk isi Status : pilih azaab (bujang) Emel Alamat alamat Malaysia Poskod Negara City No landline boleh je letak no handset. No mobile No faks x perlu No watani tak wajib isi Website kalau ada Kebenaran utk hantar maklumat/iklan (takyah tick)3. Check denda yang perlu dibayar dalam student service : . Contoh denda : Tamin sihhi Denda maktabah4. Check nama. Step check nama ni boleh diurus lebih awal kalau nak. First, check nama di biodata Student service. Kalau salah betulkan. Pergi ke bilik musajjil tib asnan di bangunan Syuun Tolabah, Miss Khaula. Check nama korang pada system komputer di situ. Kesalahan yang menyebabkan kelewatan siap sijil Malizi batch 2014 adalah pada Sijil dan Kasyfu alamah, diregister binti dan nama ayah dekat (cth : bintirazali). Jadi to be sure, check nama di kedua-dua tempat. Pastikan nama pada system sama ejaan dengan dalam kad pengenalan/passport. Sebab akan menyusahkan korang bila prosedur di Malaysia nanti.5. Bayar di Sunduq Maliah berdekatan Presidential office,A1. Make sure bawa hawiyyah. Minta RESIT utk setiap pembayaran. Selepas itu kalau boleh, fotostat semua salinan resit untuk kegunaan claim dekat penaja bila balik Malaysia nanti. Machine fotostat ada di Library (3JD for kad bole fotostat 50 keping). Rusum Khirij JD75 Graduation certificate in English JD5 (jidariyyeh) Bil-bil Tamin Sihhi (berbeza ikut individu) Denda maktabah pastikan tahu jumlah Kunci PO box sekiranya hilang 0.5JD . Jika tidak hilang, pergi ke bangunan Qabul tasjil, berhadapan dgn library, serahkan pada Bilal ataupun Ahmad6. Masuk student service . Jumlah duit yang dibayar di sunduq maliah akan dikredit masuk ke dalam akaun student service. Sesiapa yang ada denda maktabah, pergi kolum maktabah. tekan 'dafa' dimah algharamat min rasid attalib' yang bermaksud tolak jumlah denda dr kredit pelajar. Nilai duit dalam akaun akan tertolak , so pastikan korang tahu nilai denda korang supaya cukup nilai 80 jd untuk urusan lain. Kemudian klik kolum tolab wasaik (request document). Akan keluar seperti berikut : PIlih jenis dokumen yg dikehendaki dari box pertama. bahasa box kedua. jumlah box ketiga. Untuk rujukan, akan keluar jadual seperti berikut . Tahun kami (2014) kasyfu alamat dan musaddaqah (wall certificate) dikeluarkan bahasa Inggeris so, tak perlu untuk request translation. Tapi kami terbuat sebab ikut manual senior sebelumnya. Korang tak perlu tolab translation of kasyfu alamat dan musaddaqah dah. Cukup setakat jidariyyeh lughah injiliz dan rusum takharruj. Dokumen yang direquest akan diproses dalam masa 8 jam dari permintaan which is boleh anggap keesokan harinya. Jadi, lepas bayar di Sunduq Maliah, boleh terus immediately request dokumen di student service.7. [ Pelajar tajaan boleh skip ] RESIT CLAIM pulak kena gi serah kat bangunan Presidential, Bahagian Financial Affait, tingkat atas sekali. Tapi jika kat RESIT CLAIM tu tulis ZIMAM (Penjuru atas sebelah kiri), korang tak perlu ke bangunan President tersebut sebab ZIMAM means korang FULLY SPONSORED. Resit Claim ni hanyalah untuk student private, awal-awal dulu ada bayar 20JD masa pendaftaran.8. Keesokannya, datang ke Musajjil tib asnan, Miss Khaula untuk ambil parcel dokumen grad. Kena sign satu paper dengan pembantu Miss Khaula bagi menandakan kita dah ambil dan jangan lupa, bawa bersama hawiyah. Hawiyah akan dipunch. Dalam parcel tersebut terkandung : Jidariyyah in arabic. Musaddaqah in English Kasyfu alamah in English9. Pergi ke bilik Documents, bersebelahan dengan Musajjil Tibb Asnan untuk dapatkan Jidariyyah in English. Bermakna sekarang dah ada empat dokumen penting : Jidariyyah in arabic. Jidariyyah in english. Musaddaqah in English Kasyfu alamah in English10. Bawa semua empat dokumen rasmi tu ke bangunan Qabul tasjil untuk dapatkan COP Wizarah Talim Ali, JUST. Ada 3 bilik. Bilik pertama untuk cop dan pembayaran 4JD (1 keping, 1 JD). Bilik kedua untuk dapatkan cop kedua. Bilik ketiga untuk tandatangan. Semua bilik dalam satu floor yang sama dan ikut turutan. Semua Pejabat buka 8am - 2pm sahaja kecuali Khamis sampai jam 1 petang. Pergi awal pagi untuk urusan menjadi lebih senang,lebih tenang.INFO 2 : Steps untuk dapatkan COP PENGESAHAN dan STEM HASIL:Basically ada 3 Cop kita kena amik.1) Cop Wizarah Ta'lim 'Ali (Urusan di JUST, rujuk INFO 1)2) Dah siap urusan JUST, boleh pergi Wizarah Kharijiyah dekat Duwar Awwal, Amman. Bangunan bawah tanah tu bertentangan dengan Tche Tche Restaurant. Sesiapa yg ada GPS boleh key-in coordinate ni 31.950578,35.923359 . Kalau naik Taxi cakap Wizarah Kharijiyyah Duwar Awwal (Bukan Wizarah Kharijiyyah Syari' Matar, yang on the way ke airport). Make sure juga naik teksi yg bermeter, kalau x memang kena goreng dgn taxi. Dari mujamma syimali ke wizarah kharijiah, tambang (rate 2014) approximately 2-2.5 JD Stem hasil, JD5 per dokumen. Semua dokumen yg di cop di Wizarah Ta'lim 'Ali kat JUST akan di cop semula disini dengan Cop Rasmi Wizarah Kharijiyyah beserta STEM HASIL JD5 setiap dokumen. So, TOTAL JD20 utk semuanya. Sampai kat sini, korang beratur. Bila sampai turn, kasi kat dia ke EMPAT-EMPAT dokumen yg telah di cop di Wizarah Ta'lim 'Ali kat JUST. Then dia akan tampalkan STEM HASIL and bayar JD20. ALWAYS DOUBLE CHECK! Make sure STEM HASIL semuanya on the same page korang dapat cop Wizarah Ta'lim 'Ali kat JUST! BERHATI-HATI, sijil korang akan Kotor dgn ink biru kesan cop yg belum kering! So, lepas dia beri balik, elakkan letak bertindih supaya sijil2 korang tak kotor. Kemudian pergi ke meja paling kanan utk dapatkan tandatangan pada setiap cop dalam dokumen. Jangan keluar dari bangunan tu selagi korang tak dapat TANDATANGAN Pegawai Wizarah Kharijiyyah. Kalau tak, sijil tak valid3) Dah siap kat Wizarah Kharijiyah, boleh ke SAFARAH Malaysia. Boleh bagi arahan teksi berdekatan dgn Kedutaan Amerika. Kalau naik taxi dari Wizarah Kharijiyyah , kena bayar dlm approx JD1.50 . Pass dokument yg nak di Cop pada secretary yg jaga kaunter tu. Pegawai Kedutaan (Encik Anwar) akan copkan. Bawa bersama untuk dicop, translation resit rusum takharruj untuk urusan claim penaja. Alhamdulillah dah settle urusan korang di Jordan.ATAU boleh pergi EMJ dekat Duwar Sabi3, berdekatan dengan Madrasah Amerikiyyah (American School) or Safeway. Kat sini amik cop & signature dari Pengarah or Atase Pendidikan EMJ.Semua urusan di JUST dan AMMAN selepas Jam 11 pagi adalah SUKAR and memerlukan KESABARAN. kalau awal-awal pagi insyaAllah Smooth! Bittaufiq!

INFO 3 : HANTAR JUBAH* Urusan pulangan semula robe graduation (jika tak nak bawa balik)1) Pergi ke tempat korang ambil robes dan pulangkan semula. Make sure ingat nombor dokumen korang masa mula-mula ambil robes2) Pergi ke Financial Affait(bangunan Presidential, tingkat atas sekali), untuk urusan claim duit deposit 30JD. Korang akan kena bayar 0.5JD untuk stem dan dia akan pulangkan 30JD korang semula.3) Tuan punya badan kena pergi sendiri. Bawa hawiyah bersama dan korang akan kena sign sebagai bukti dah claim.

CREDIT TO : Senior Afiq Muiz( grad medic 2013) dan batch dentist grad 2014