dengan tema ceria kembali ke sekolah dengan tema ceria kembali ke sekolah dilancarkan 28 disember...

Download DENGAN TEMA CERIA KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN TEMA CERIA KEMBALI KE SEKOLAH DILANCARKAN 28 Disember 2017

Post on 23-Oct-2019

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Muka surat 1 daripada 6

    Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017

    KENYATAAN MEDIA

    PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM “OP KASIH 2.0”

    DENGAN TEMA CERIA KEMBALI KE SEKOLAH DILANCARKAN

    28 Disember 2017 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada hari ini

    melancarkan Program Tanggungjawab Sosial (SR) Op Kasih 2.0 peringkat nasional

    dengan tema “Ceria Kembali Ke Sekolah” bersempena dengan musim cuti sekolah

    yang hampir tamat. Majlis perasmian Op Kasih 2.0 ini disempurnakan oleh Encik

    Mahmood Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM di

    pasar raya Tesco Nilai, Negeri Sembilan manakala upacara Flag-off pula diadakan di

    Ibu pejabat LHDNM Cyberjaya.

    Program SR yang yang bermula pada 22 Disember – 31 Disember 2017 ini

    mensasarkan pelajar-pelajar Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dari keluarga

    yang miskin / berpendapatan rendah / anak-anak yatim di seluruh negara. Sekitar

    1,000 orang murid dan pelajar menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah

    seperti pakaian, kasut, alat tulis dan beg sekolah bernilai RM130 setiap seorang.

    Op Kasih 2.0 ini merupakan program tanggungjawab sosial berskala besar yang

    dianjurkan oleh LHDNM dengan melibatkan keseluruhan cawangan dan warga kerja

    LHDNM di seluruh negara. Maka secara tidak langsung ia akan memberi peluang

    kepada warga kerja di seluruh LHDNM untuk turut sama menggembleng tenaga,usaha

    dan sumbangan wang ringgit sebagai insan prihatin dan rakyat yang bertanggungjawab

    terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan.

    Selain itu, Op Kasih 2.0 ini merupakan satu kesinambungan yang akan menggerakkan

    Skuad Prihatin 1Hasil yang telah sedia diwujudkan di setiap Pejabat Pengarah Negeri

    Untuk siaran segera

  • Muka surat 2 daripada 6

    Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017

    dan Cawangan LHDNM di Seluruh negara lantas menangkis tanggapan negatif

    sebilangan masyarakat terhadap LHDNM selaku ejen percukaian negara.

    # # #

    SEKIAN, TERIMA KASIH

    Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873 Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 28 Disember 2017.

    http://www.hasil.gov.my/

  • Muka surat 3 daripada 6

    Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017

    Gambar 1 : Majlis perasmian Op Kasih 2.0 di Pasar Raya Tesco Nilai.

    Gambar 2 : Upacara Flag-off Program Op Kasih 2.0 di Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya.

  • Muka surat 4 daripada 6

    Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017

    Gambar 3 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Johor.

    Gambar 4 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Melaka.

  • Muka surat 5 daripada 6

    Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017

    Gambar 5 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Pahang.

    Gambar 6 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Sembilan.

  • Muka surat 6 daripada 6

    Kenyataan Media LHDNM, 28 Disember 2017

    Gambar 7 : Program Op Kasih 2.0 di Negeri Sabah.

Recommended

View more >